Anda di halaman 1dari 25

Boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja, ataupun sederetan perkataan.

Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu, iaitu: Jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama, sementara perkataan-perkataan lain merupakan penerangnya. Jenis yang terdiri dairpada dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi dari segi makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna. Penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti.
Contoh : bapak budak itu

bapak = inti budak itu = penerang

Binaan frasa nama: inti + penerang


Frasa nama jenis ini boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan yang berikut:

Inti + penerang nama

Inti + penerang bukan nama

Inti + penerang nama


Semua konstituen terdiri daripada kata nama (termasuklah inti dan penerang) Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan:

Penerang nama keturunan Penerang nama jenis Penerang nama penyambut Penereng nama kegunaan Penerang nama kelamin Penerang nama tempat Penerang nama arah Penerang nama anggota badan Penerang nama tenaga penggerak Penerang nama hal atau perkara Penerang nama milik Penerang nama khas Penerang nama panggilan atau gelaran

Inti + penerang nama keturunan


Menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama. Contohnya:
Frasa Nama Inti orang pelajar askar suku bangsa Penerang Nama Keturunan Melayu Amerika British Kadazan

Inti + penerang nama jenis


Menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-nama itu. Contohnya :
Frasa Nama Inti harimau kelapa pokok air Penerang Nama Jenis bintang sawit getah limau

Inti + penerang nama penyambut


Menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada intinya. Contohnya :
Frasa Nama Inti penyendal pam penyelenggara Penerang Nama Penyambut pintu air pejabat

Inti + penerang nama kegunaan


Menerangkan makna fungsi atau peranan kepada inti. Contohnya :
Frasa Nama Inti Alat Kayu tali Penerang Nama Kegunaan Pemadam Pengukur penyidai

Inti + penerang nama kelamin


Menerangkan jenis jantina bagi inti. Contohnya:
Frasa Nama Inti ayam orang budak lembu Penerang Nama Kelamin jantan lelaki perempuan betina

Inti + penerang nama tempat


Penerang tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti. Contonya :
Frasa Nama Inti penduduk orang Cina anak Penerang Nama Tempat bandar tempatan Melaka Johor

Inti + penerang nama arah


Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti. Contohnya :
Frasa Nama Inti kawasan jalan angin simpang Penerang Nama Arah barat tengah timur kanan

Inti + penerang nama anggota badan


Menerangkan bahagian badan yang berkaitan dengan inti itu. Contohnya :
Frasa Nama Inti Penerang Nama Anggota Badan

jam tali tudung sarung

tangan pinggang kepala kaki

Inti + penerang nama tenaga penggerak


Unsur yang menyatakan daya yang menggerakkan benda dalam inti. Contohnya :
Frasa Nama Inti Penerang Nama Tenaga Penggerak

lampu seterika kipas kapal

minyak arang elektrik layar

Inti + penerang nama perihal atau perkara


Unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti. Contohnya :
Frasa Nama Inti lesen borang garis surat Penerang Nama Perihal atau Perkara perniagaan pendaftaran permulaan perjanjian

Inti + penerang nama milik


Menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti. Contohnya :
Frasa Nama Inti rumah kemajuan pakaian belalai Penerang Nama Milik saya Malaysia Aminah gajah

Inti + penerang nama khas


Merupakan jenis perkataan yang menunjukkan kata nama bagi menerangkan inti. Contohnya :
Frasa Nama Inti bandar Republik Planet Gunung Penerang Nama Khas Ipoh Indonesia Marikh Kinabalu

Inti + penerang nama panggilan atau gelaran


Merupakan unsur yang merujuk nama julukan atau penghormatan kepada makhluk atau benda. Bentuk ini merupakan kecualian kepada bentuk susunan inti + penerang nama iaitu penerang terletak di hadapan inti. Contohnya :
Frasa Nama Penerang Nama Panggilan atau Gelaran Haji Si Nik Inti Ahmad Belang Abdullah

Inti + penerang bukan nama


Penerang bukan nama, terdiri daripada penerangpenerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu:
Penerang penentu Penerang kata kerjaatau akar kata kerja Penerang kata adjektif Penerang kata adverb Penerang frasa sendi nama Penerang bilangan ordinal

Inti + penerang penentu


Unsur yang memberi sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan penerang penentu kata nama iaitu: Penentu hadapan Unsur-unsur yang hadir di hadapa KN, yang mungkin terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya :
Frasa Nama Penentu Hadapan Bilangan Penjodoh Bilangan Inti

lima sepuluh segala

orang buah -

askar bangunan kelengkapan

Penentu belakang Merupakan unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu Terdiri daripada kata penentu itu dan ini. Contohnya :
Frasa Nama Inti orang rumah pemenang calon Penentu Belakang itu ini itu ini

Inti + penerang kata kerja (akar kata)


Umumnya menerangkan perlakuan kepada inti. Contohnya :
Frasa Nama Inti mesin meja wad kamar Penerang Kata Kerja jahit makan bersalin tidur

Inti + penerang kata adjektif


Merupakan unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contohnya :
Frasa Nama Inti anak warna minyak bulan Penerang Kata Adjektif muda merah tua wangi terang

Inti + penerang kata adverba


Unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contohnya :
Frasa Nama Inti masa hari jawapan hujan Penerang Kata Adverba serentak lusa sekali gus nanti

Inti + penerang frasa sendi nama


Merupakan unsur-unsur yang mengandungi kata sendi dengan diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asli, dan matlamat. Contohnya :
Frasa Nama Inti rumah kehidupan hadiah Penerang Frasa Sendi Nama Sendi Nama di pada untuk Nama bandar masa ini ibu

Inti + penerang bilangan ordinal


kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan. Contohnya :
Frasa Nama Inti tempat bab anak Penerang Bilangan Ordinal pertama ketiga kedua

Anda mungkin juga menyukai