Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Istilah sintaksis berasal daripada bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein
yang bererti “menempatkan bersama-sama”. Oleh yang demikian, secara etimologi,
sintaksis dapat diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk
menjadi kelompok kata atau ayat”. Kata ‘suntattein’ ini kemudian menjadi istilah ‘syntaxis’
dalam bahasa Belanda, dan ‘syntax’ dalam bahasa Inggeris (Ahmad Khair Mohd Nor, 2011).
Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis turut merupakan sistem yang mengkaji peraturan dan kategori
dalam asas pembentukan ayat bagi sesuatu bahasa. Sintaksis bukan sahaja mengkaji
proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan
disusun dalam ayat. Dengan lain perkataan, sintaksis merupakan bidang yang mengkaji
cara perkataan disusun menjadi ayat. Dalam bidang sintaksis ini , kita dapat mempelajari
bagaimana satu-satu perkataan itu disusun dengan mengaplikasi subjek dan predikat yang
dikenali sebagai konstituen dalam membentuk satu ayat yang bermakna.

2.0 DEFINISI SINTAKSIS

Menurut  Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali
sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa. Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum
atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis
juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis- jenis ayat dan ragam ayat.

Menurut Abdullah Hassan,(2006), bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat; bagaimana


kata disusun menjadi frasa, dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. Dalam Dewan
Bahasa Edisi Keempat , sintaksis bermaksud satu cabang linguistik yang mengkaji
peraturan dan susunan kata dalam satu ayat.

Seterusnya menurut Syarifah Nor Syed  merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan      


Lengkap STPM, sintaksis  dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji
proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum 
tatabahasa berkaitan kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan
sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna.
Di samping itu, menurut Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam
buku Morfologi    Dan Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu
cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji
proses pembinaan ayat dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan
bagaimana sesuatu perkataan itu disusun dalam serangkai ayat yang bermakna.

Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan  Tatabahasa Bahasa Melayu


( Edisi Kemas Kini ) berkata sintaksis adalah suatu bidang linguistik  yang mengkaji proses-
proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan
klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan
bermakna.

3.0 PENGENALAN FRASA

Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi
duaperkataan atau lebih. Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta
menjadi konstituen atau binaan kepada klausa. Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam setiap frasa ada
perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang paling penting
dalam frasa. Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa
nama,frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

3.1 DEFINISI FRASA

Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas.
Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan. Tetapi frasa
dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Manakala
menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat
bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Bagi Abdullah
Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang menjadi sebahagian daripada
ayat.

3.1.1 FRASA NAMA


Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur
abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri
daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.

3.1.2 FRASA KERJA

Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk
menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia,
haiwan, benda dan unsur abstrak.Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya
iaitu ia boleh didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam).

Jadual di atas menunjukkan contoh binaan frasa kerja.

3.1.3 FRASA ADJEKTIF

Frasa ini dapat berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai
penerang frasa kerja dan penerang frasa nama. Definisi dari segi binaan iaitu mengandungi
satu atau beberapa perkataan dengan kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya
(perkataan utama). Definisi dari segi fungsi pula satu atau beberapa perkataan yang
digunakan untuk menggambarkan sifat, keadaan, warna, manusia, haiwan, benda, peristiwa
dan unsur abstrak.
3.1.4 FRASA SENDI NAMA

Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama danfrasa
nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi
nama menjadi predikat dalam ayat. Nik Safiah Karim et.al,2008 menyatakan bahawa frasa
sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama.
Manakala, Abdullah Hassan et.al 2006, antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat
ialah di, ke, dari, daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang,
sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada
kata bantu ragam atau kata bantu aspek.

4.0 KLAUSA

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa. Frasa tidak mungkin
menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa
mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat. Sebagai
unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak
bebas.

Chaer (2015: 235) dalam bukunya yang berjudul “Linguistik Umum” berpendapat bahawa
jenis klausa berdasarkan potensi menjadi kalimat ada dua, iaitu klausa bebas dan klausa
terikat.

4.1 KLAUSA BEBAS

Klausa bebas dikenali sebagai klausa utama atau klausa induk. Klausa ini menjadi tapak
untuk memancangkan klausa yang lebih kecil atau klausa tak bebas. Klausa bebas dapat
berdiri sendiri dan dapat menjadi ayat yang lengkap jika diucapkan dengan intonasi yang
sempurna. Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan boleh
berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis.
Klausa Ayat

Subjek Predikat Subjek Predikat

budak itu mendengar radio Budak itu mendengar radio

ujian tadi amat susah Ujian tadi amat susah

jambatan itu jambatan kayu Jambatan itu jambatan kayu

mereka ke pantai Mereka ke pantai

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali. Ayat dimulai dengan huruf besar
dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak. Contoh yang boleh diambil daripada
jadual di atas, klausa budak itu mendengar radio mengandungi subjek budak itu dan
mendengar radio sebagai predikat dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna
dan betul seperti dinyatakan di atas, maka klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap.

4.2 KLAUSA TIDAK BEBAS

Klausa tidak bebas merupakan klausa yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat
yang lengkap. Klausa ini berfungsi sebagai penerang kepada klausa bebas. Klausa tidak
bebas hampir sama sifatnya dengan klausa bebas, yakni terdiri daripada unsur subjek dan
predikat. Ciri utamanya ialah didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun,
walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya. Contohnya, kamu pandai kerana kamu rajin
belajar. Klausa kerana kamu rajin belajar yang mengandungi subjek kamu, predikat rajin
belajar dan kata hubung kerana ialah klausa tidak bebas, kerana klausa tersebut tidak dapat
berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan tidak bebas, klausa bebas
disebut klausa utama, manakala klausa tidak bebas disebut klausa kecil, sebagaimana yang
terdapat dalam rajah berikut:

KLAUSA BEBAS / KLAUSA UTAMA KLAUSA TIDAK BEBAS / KLAUSA KECIL


Kamu pandai Kerana kamu rajin belajar
5.0 KESIMPULAN

Pembinaan ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul iaitu mengikut peraturan dan
sistem dalam sesuatu bahasa sangat penting kerana pembinaan ayat yang mantap akan
menjadikan barisan-barisan ayat mudah difahami pembaca disamping, releven serta
gramatis bagi menarik minat sesorang untuk membaca dan dipakai mengikut peredaran
zaman dan pada era kini. Jadi, sintaksis memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan dan pembinaan struktur ayat.
6.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan,(2006). Linguistik am untuk guru. Selangor: PTS Publications &


Distributors

Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006). Sintaksis. Kuala Lumpur: PTS.

Ahmad Khair Mohd Nor ( 2011). Persoalan tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors.

Asraf (2008).

Azahar Bahari (2009).

Chaer (2015: 235), “Linguistik Umum”.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin, buku Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu.

Nik Safiah Karim et.al,2008.

Nik Safiah Karim (2008).

Samsu Yaacob, Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi
Kemas

Kini ).

Syarifah Nor Syed, Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM.


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, kerana di atas
limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus BMM 1064, tugasan
pertama ini dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah Encik Khairulanuar Bin Ismail. Beliau telah meluangkan
banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing Unit V3, kelas saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini.

Ucapan penghargaan ini turut didedikasikan kepada ibubapa saya kerana berkat doa dan
motivasi mereka merangsang semangat saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
serta jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan
terutamanya untuk tujuan percetakan kerja kursus kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada semua rakan seunit V3 lain atas kesudian membantu dan memberi
segala nasihat.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kerja Kursus BMM1064 ini. Tidak
dapat dinafikan, pemberian tugasan kerja kursus ini telah memberikan saya pelbagai
pengalaman dan pengetahuan yang bermakna serta dapat diaplikasikan di sekolah kelak
nanti.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 DEFINISI SINTAKSIS

3.0 PENGENALAN FRASA

3.1 DEFINISI FRASA

3.1.1 FRASA NAMA

3.1.2 FRASA KERJA

3.1.3 FRASA ADJEKRIF

3.1.4 FRASA SENDI NAMA

4.0 KLAUSA

4.1 KLAUSA BEBAS

4.2 KLAUSA TIDAK BEBAS

5.0 KESIMPULAN

6.0 RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai