Anda di halaman 1dari 19

FRASA KERJA

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri


daripada satu atau lebih perkataan dan intinya
ialah kata kerja.

Kata kerja terdiri daripada;

i. Kata kerja transitif (diikuti objek dan unsur
lain)
ii. Kata kerja tak transitif (bersendirian / diikuti
satu / sederetan perkataan)





FRASA KERJA
Contoh frasa kerja:

Subjek Frasa Kerja
Ali minum air
Kami sedang tidur
Budak itu bermain sepak takraw
Pemburu menembak harimau dengan
senapangnya
Hujan turun dengan lebatnya
FRASA KERJA
Binaan Frasa Kerja :

1. Frasa Kerja Tanpa Objek
Kata kerja tak transitif sebagai intinya. Tidak perlu
sebarang frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.

3 jenis kata kerja tak transitif;
i. tanpa pelengkap
ii. dengan pelengkap
iii.kata nama sebagai penerang
FRASA KERJA
i. Kata tak transitif tanpa pelengkap
semua penonton bangun
mereka semua pulang
kanak-kanak itu menangis
padi menguning

ii. Kata kerja tak transitif dengan pelengkap
a) Kata adjektif sebagai pelengkap
keadaan menjadi genting
kesihatan bapanya beransur baik
mereka tidak berbuat jahat
kami masih tinggal miskin


FRASA KERJA
b) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
mereka berada di Kulai
Encik Ahmad menetap di Selangor
kami pergi ke Ipoh
Abu dan Ali makan di Restoran Bunga

c) Kata nama sebagai penerang
dia menjadi guru
Malaysia pengeksport utama kelapa sawit
Aznil tidur berbantalkan lengan
pengemis itu bertilamkan rumput

FRASA KERJA
iii. Kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai
pelengkap

lelaki itu berseluar jean
kanak-kanak itu berbaju Melayu
Keluarga kami berkedai kopi
bapanya berniaga ayam


FRASA KERJA
2. Frasa Kerja dengan Objek
Kata kerja transitif sebagai inti dan frasa nama sebagai
objek atau penyambut.
Contoh:
mereka makan ayam goreng itu
pemburu menembak harimau dengan senapangnya
budak itu membaca buku

Dua jenis Frasa kerja yang mengandungi objek
i. Frasa kerja dengan satu objek
ii. Frasa kerja dengan dua objek


FRASA KERJA
Frasa kerja dengan satu objek

Saya menjawab surat itu
Ubat itu dapat menyihatkan badan
Perahu-perahu itu menyusuri pantai
Kami mendekati bangunan itu

Frasa kerja dengan dua objek
Frasa nama yang menjadi objek mempunyai fungsi yang
berbeza sebagai objek tepat dan objek sipi.
Objek tepat menjadi penyambut langsung kata kerja dan
objek sipi mengikuti objek tepat.
FRASA KERJA
Dia membelikan isterinya buah nangka
Ibu memasakkan tetamu makanan
Anaknya menghidangkan kami sedulang kueh
Encik Karim membersihkan bilik anak lelakinya

3. Frasa Kerja Dengan Kata Bantu
Dua kata bantu dalam frasa kerja ialah

i. Kata bantu aspek (aspek waktu)
ii. Kata bantu ragam (ragam perasaan)



FRASA KERJA
i. Kata Bantu Aspek
Mereka sudah menonton wayang gambar itu
Saya pernah melihat orang itu
Adik kecil masih tidur lagi
Matahari belum terbit

ii. Kata Bantu Ragam
Encik Yahya hendak mengembara ke Eroph
Awak mesti berehat dahulu
Kamu boleh pergi sekarang
Tugasan itu dapat disiapkan dengan baik

FRASA KERJA
Kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir
bersama dalam frasa kerja

i. Kata bantu aspek + Kata bantu ragam
Kami sedang hendak pergi ke bandar
Saya akan dapat menjawab soalan tersebut
Ali belum boleh berjalan lagi

ii. Kata bantu ragam + Kata bantu aspek
Mereka mesti akan datang lagi
Adik harus sudah tidur
Polis mesti telah menangkap pencuri itu

FRASA KERJA
4. Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen
Frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif boleh
menerima ayat komplemen dengan membentuk ayat
majmuk.

Contoh: Frasa kerja transitif
Orang itu menafikan bahawa keretanya telah hilang
Saya mengaku bahawa buku itu kepunyaan Saya
Guru memaklumkan bahawa aktiviti perkhemahan telah
ditunda
Berita itu mengesahkan bahawa semua penumpang
terselamat



FRASA KERJA
Contoh: Frasa kerja tak transitif

Pak Abu percaya bahawa anaknya tidak bersalah
Semua penduduk tahu bahawa Haji Murad seorang
dermawan
Kami berpendapat bahawa projek itu patut diteruskan
Penceramah berasa bahawa tajuk itu tidak sesuai untuk
para pendengar
FRASA KERJA
5. Unsur keterangan Dalam Frasa Kerja
Unsur keterangan dalam frasa kerja berfungsi
menerangkan lebih lanjut tentang kata kerja

Dalam ayat biasa, unsur keterangan hadir selepas kata
kerja.
Frasa kata kerja transitif, unsur keterangan hadir
selepas objek
Unsur keterangan terdiri daripada;
frasa sendi nama
frasa adjektif
frasa nama




FRASA KERJA
Contoh :

Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji
Sungai Perak mengalir dengan tenangnya
Bunga rampai itu berbau sungguh harum
Burung enggang terbang tinggi
Rombongan pengantin itu tiba malam tadi
Kumpulan pelajar Malaysia bertolak esok pagi ke Jepun
Mereka berjuang demi kemerdekaan tanah air

FRASA KERJA
Dari segi makna, unsur keterangan terbahagi kepada
lapan kumpulan.

i. Tempat atau arah
Ramai wanita bekerja di kilang
Mereka berasal dari Sarawak
Tembakannya kena pada sasarannya

ii. Keterangan waktu
Kuliah akan tamat pada pukul 5 petang
Kerja itu dapat diselesaikan dalam masa tiga jam
Peristiwa itu berlaku dua dekad yang lalu

FRASA KERJA
iii. Keterangan cara
Kereta api itu bergerak laju
Mereka bercakap dengan lantangnya
Abu membantu orang itu secara sukarela

iv. Keterangan tujuan atau harapan
Mereka berniaga sambilan untuk menambah pendapatan
Rumah dihias cantik untuk majlis hari jadi adik
Wira negara berjuang demi kepentingan agama, bangsa,
dan negara






FRASA KERJA
v. Keterangan alat
Rombongan kami datang dengan bas
Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran
Pokok itu ditebang dengan kapak

vi. Keterangan penyertaan
Saya datang dengan Fairuz
Ibu melawat datuk dengan ayah
Razif membeli belah dengan isterinya
FRASA KERJA
vii. Keterangan hal
Ahli mesyuarat sedang berbincang tentang perkara itu
Pihak sekolah membuat teguran terhadap hal itu
Keputusan akan diumumkan mengenai kes itu esok
hari

viii. Keterangan bagai
Mukanya bercahaya bak bulan purnama
Aminah dianggap seperti adik saya
Saya berperanan sebagai ibu titri dalam drama itu

Anda mungkin juga menyukai