Anda di halaman 1dari 11

KATA

PRAFRASA
-HAFIZ HAKIM-
KATA PRAFRASA
sejumlah perkataan yang terletak di
hadapan frasa, iaitu sama ada frasa
nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.
mendukung tugas-tugas maksud yang
terkandung dalam ayat seperti tugas
membantu, menguatkan, menegaskan,
menafikan, memerikan, menyendikan,
menunjukkan arah dan membilang.
Kata Prafrasa
1.kata bantu

2.kata penguat

3.kata penegas

4.kata nafi
5.kata pemeri

6.kata sendi nama


7.kata arah
8.kata bilangan
Kata bantu
membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan
menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.

(i) kata bantu aspek


Pekerja itu telah pulang.
Kanak-kanak itu sudah makan.
Kami pernah ke utara Malaysia.
Mereka sedang mendaki gunung.
Guru besar masih menyiapkan laporan itu.
Ahmad akan ke sana esok.
Pertanyaan pemuda itu belum berjawab.
Kata bantu

(ii) kata bantu ragam


Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas.
Mereka mesti keluar hari ini juga.
Kita boleh bertolak ke Johor Bahru esok.
Kami dapat pulang ke kampung pada masa cuti
persekolahan.
Kata penguat
perkataan yang mendahului atau

mengikuti kata adjektif dan berfungsi

menguatkan maksud yang terkandung

dalam kata adjektif


penguat hadapan
penguat belakang
penguat bebas
(iii) Kata penguat bebas
(i) Kata penguat hadapan

Pokok di belakang rumahku terlalu Pakaian seragam pasukan itu amat


tinggi. kemas/kemas amat.
Masakan ibunya paling sedap. Pemandangan di perbatasan
Sungai itu agak dalam. sungguh indah/indah sungguh.
Sungai itu sangat dalam/dalam
sangat.
(ii) Kata penguat belakang
Kelakuan budak-budak itu baik
sekali.
Lambat benar bas itu tiba.
Indah nian puteri bunian.
KATA NAFI
perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa
predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama.

Kata nafi bukan - menjadi Kata nafi tidak - menjadi unsur


unsur nafi frasa nama dan nafi frasa kerja dan frasa
frasa sendi nama adjektif

Contoh: Contoh:
Makanan itu bukan Bapanya tidak pergi ke
untuk Ratna tetapi sawah hari ini.
untuk adiknya. Saya tidak akan datang lagi.
Projek itu bukan usaha Kenyataan itu tidak benar.
saya.
Kata pemeri
unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan
frasa-frasa utama dalam predikat. pemerihalan itu dilakukan melalui
dua cara, iaitu
(i) secara persamaan dengan penggunaan kata
pemeri ialah
(ii) secara huraian dengan menggunakan kata
pemeri adalah.

Contoh:
Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah
pentingnya penterjemahan dari segi pindah budaya dan
percambahan pengetahuan.
Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan
terperinci tentang penterjemahan semantik lawan
penterjemahan komunikatif.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai