Anda di halaman 1dari 4

MODUL PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU STPM


SMK KENINGAU, KENINGAU, SABAH

1.0 SASARAN PELAJAR

Semua pelajar Tingkatan 6 Semester Dua Sesi 2021/2022 yang mengambil mata pelajaran Bahasa
Melayu

2.0 MORFOLOGI
2.1 Konsep Morfologi
2.2 Proses Pembentukan Kata
2.3 Golongan Kata

3.0 OBJEKTIF MODUL

Pelajar dapat memahami, menjelaskan dan menghuraikan topik yang berkaitan selepas membaca
nota dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan

4.0 AKTIVITI
4.1 Pelajar membaca nota yang berkaitan
4.2 Pelajar menjawab soalan struktur yang diberikan
4.3 Jawapan hendaklah dibuat di kertas yang berasingan (sama ada bertaip atau tulisan
tangan)

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN AKTIVITI

Dua minggu (bermula 21/9/2021 hingga 1 Oktober 2021)


SOALAN

BAB 1 – Konsep Morfologi

1. Apakah morfem?
2. Berikan dua jenis morfem, dan sertakan sat contoh perkataan bagi setiap morfem tersebut.
3. Apakah morfem bebas?
4. Berikan dua ciri morfem terikat.
5. Apakah alomorf?
6. i. peN- + sampai
ii. peN- + karya
Apakah alormorf bagi awalan peN- apabila awalan peN- bertemu dengan kata dasar i dan ii di
atas? Kemudian tuliskan perkataan tersebut.
7. Bina satu perkataan yang mengandungi morfem yang berikut:
i. satu morfem bebas + dua morfem terikat
ii. dua morfem bebas + dua morfem terikat
8. Berapakah jumlah morfem bebas dan morfem terikat bagi perkataan yang berikut?
i. menggelembung
ii. kewarganegaraan

BAB 2 – Proses Pembentukan Kata

proses pembentukan kata

Q proses pengimbuhan R S

contoh kata: contoh kata:


asbut, debunga jejari, bebiri
1.

i. Apakah Q?
ii. Berikan satu cara pembentukan kata bagi Q, dan berikan satu contoh perkataannya.
iii. Apakah R?
iv. Apakah S?
v. Berikan satu jenis S, dan berikan satu contoh perkataannya.

2.
i. Baju kurung gadis itu kehijau-hijauan.
ii. Fikirannya serabut dengan masalah.
iii. Mereka berbincang mengenai peperiksaan.

a. Apakah bentuk kata bagi perkataan yang dicondongkan dalam ayat (i) dan (ii) di atas?
b. Nyatakan fungsi dalam imbuhan pada perkataan yang dicondongkan dalam ayat (i), (ii),
dan (iii) di atas.

3. berkesinambungan

a. Nyatakan kata dasar bagi perkataan di atas.


b. Pisahkan perkataan di atas kepada kata tunggal dan kata terbitan.
4.
i. jentik → jen-jentik → X
ii. lintang + pukang → Y
iii. kuat kuasa + di-…-kan → dikuatkuasakan

a. Nyatakan jenis kata ganda bagi X dan Y.


b. Nyatakan proses morfologi bagi X dan Y.
c. Apakah bentuk kata bagi perkataan dikuatkuasakan dalam (iii)?

BAB 3 – Golongan Kata

1.
Sebagai orang luar, tiada sesiapa pun yang peduli tentang masalah yang kami hadapi
semasa tinggal di sana.

Apakah bentuk kata dan jenis kata kata nama bagi perkataan bergaris dalam petikan di atas?

Perkataan Bentuk kata Jenis kata


orang luar
sesiapa
kami
sana

2.
Ketika adik melalui lorong itu, adik ketimpaan kayu lalu dahinya benjol.

Berdasarkan ayat di atas, nyatakan


i. Kata kerja tak transitif
ii. Kata kerja transitif
iii. Kata kerja pasif

3.
Belayar kapal bertimbang arus,
Patah kemudi sepanjang pantai,
Tuan laksana cindai yang halus,
Alah membeli menang memakai

Apakah jenis kata kerja tak transitif bagi perkataan bertimbang dalam pantun di atas?

4.
a. Amin lebih bijak daripada Kamarul.
b. Tubuh lelaki itu kurus sejak dahulu.
c. Cincin itu teramat mahal

Apakah jenis darjah perbandingan kata adjektif dalam ayat yang di atas?
5.
Kerajaan dapat membendung masalah penyeludupan melalui akta itu untuk menjaga
perniagaan peniaga tempatan semasa musim perayaan.
Apakah golongan kata dan fungsi kata bagi perkataan yang bergaris berdasarkan ayat di atas?

Perkataan Golongan kata Fungsi kata


melalui
untuk
semasa

6.
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Tuliskan kata tugas yang terdapat dalam ayat di atas, dan nyatakan jenis kata tugas tersebut?

Kata tugas Jenis kata tugas


i.
ii.

7.
i. Dia bersorak kuat sampai serak suaranya.
ii. Kakak mengulang kaji pelajaran sampai dinihari.
iii. Ibu menunggu adik hingga petang.
iv. Saya belum mengunjunginya sejak dia sakit.

Apakah jenis kata tugas bagi perkataan bergaris dalam ayat di atas?

Anda mungkin juga menyukai