Anda di halaman 1dari 43

HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN A

1. Subjek dan predikat merupakan unit yang terdapat dalam binaan peringkat
klausa. Berikan definisi bagi subjek dan predikat.
a) Subjek-Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
b) Predikat-Kumpulan perkataan yang terfolong dalam satu frasa dan menjadi unsur
yang menerangkan subjek.
Contoh pembahagian subjek dan predikat:
Subjek

Predikat

Ali

guru sementara di sekolah itu.

Adik bongsuku

sedang tidur di serambi rumah.

Pegawai kanan pejabat


itu

amat rajin dan cekap pula

Rumah kediamannya

di Kampung Malaysia Tambahan


dalam Wilayah Persekutuan.

7. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat tunggal. Berikan DUA jenis ayat
tunggal bahasa Melayu dengan contohnya.
a) Ayat Penyata-Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan
atau keterangan tentang sesuatu hal.
Contoh : i. Jamaliah eksekutif. ii. Pokok di hadapan sekolah itu rendang. iii. Kucing
itu sedang tidur.
b) Ayat tanya
Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat ini ditandai
dengan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh
digolongkan kepada ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata
tanya.
Contoh :

i. Benda itu apa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya)
ii. Apakah benda itu? (penambahan partikel kah)
iii. Apa benda itu? (pendepanan kata ganti nama tanya)
iv. Gurunya siapa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya)
v. Siapakah gurunya? (penambahan partikel kah)
vi. Siapa gurunya? (pendepanan kata ganti nama tanya)
8. Salah satu struktur frasa nama terdiri daripada binaan Inti + Penerang. Jelaskan
konsep inti dan penerang dalam frasa nama.
Inti ialah unsur yang diberi dari segi makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi
makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam
inti itu. Frasa Nama jenis ini boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan yang
berikut :
(i) Inti + Penerang Nama
Contoh : Askar Melayu Diraja berbaris di padang.
(ii) Inti + Penerang Bukan Nama
Contoh : Orang itu bapa saya.
9. Dengan memberikan contoh, nyatakan EMPAT jenis frasa dalam bahasa Melayu.
a) Frasa Nama
Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan
atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam
binaan ayat. Binaan frasa nama adalah seperti berikut:
(i) Inti + penerang nama
Contoh ayat : Guru sekolah agama itu guru saya.
(ii) Inti + penerang bukan nama
Contoh ayat : Lima orang murid tidak hadir.
(iii) Inti + inti
Contoh ayat : Keluar masuk untuk pelajar sahaja.

b) Frasa Kerja
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak
transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian
atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, sedangkan kata kerja transitif mesti
diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
Contoh Frasa Kerja Tanpa Objek (Kata kerja tak transitif) :
i. Ali berjalan.
ii. Adik bongsuku sedang tidur.
Contoh Frasa Kerja Mengandungi Objek (Kata kerja transitif) :
i. Pegawai kanan ini mempengerusikan mesyuarat.
ii. Gembala itu menghalau binatang ternakannya.
c) Frasa Adjektif
Frasa Adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya.
Contoh Frasa Adjektif dengan satu perkataan :
i. Pelayan kedai Pak Amrin rajin.
ii. Kawan-kawan Ahmad bijak.
Contoh Frasa Adjektif dengan dua perkataan :
i. Hidupnya riang gembira.
ii. Mukanya pucat lesi.
d) Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan
satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Frasa sendi
nama dalam ayat terbentuk dalam binaan seperti berikut :
a) kata sendi nama + frasa nama
Contoh : Dia berdiri di jambatan.
b) kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama

Contoh : Pak Akob menanam keladi di belakang rumahnya.


c) kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)
Contoh : Malik ke utara negeri Jepun pada tahun ini.

10. Nyatakan DUA jenis ayat majmuk keterangan. Berikan contoh bagi setiap satu.
a) Keterangan Musabab
Keterangan musabab merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu
kejadian atau perbuatan berlaku. Antara contoh kata hubung keterangan musabab
ialah kerana, lantaran dan oleh sebab.
Contoh :
i. Oleh sebab hari hujan, perlawanan bola sepak itu terpaksa ditunda ke hari lain.
ii. Saya tidak dapat menyiapkan tugasan itu kerana komputer saya rosak.
b) Keterangan Syarat
Keterangan syarat merupakan unsur yang menerangkan sesuatu tuntutan yang
perlu dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat ialah sekiranya, andai kata, jikalau,
jika dan kalau.
Contoh :
i. Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang, ayahnya akan
menghadiahinya sebuah basikal.
ii. Andai kata terdapat bantahan daripada para perwakilan, pelaksanaan projek itu
akan dibatalkan.
12. Huraikan apa maksud morfem dan terangkan mengapa ada dua jenis morfem.
Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang
menjalankan tugas nahu.
Morfem boleh dibahagikan dua mengikut sifatnya iaitu morfem bebas dan morfem
terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya,
morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain.
Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi
imbuhan ber - dalam bersekolah dan - an dalam lautan ialah morfem-morfem
terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

16. Morfologi dan sintaksis merupakan bidang linguistik yang mendasari kajian
tentang tatabahasa sesuatu bahasa. Beri takrifan anda tentang kedua-dua istilah
tersebut.
Dalam bahasa melayu, Morfologi ialah bidang yang mengkaji perkataan dari segi
struktur, bentuk dan golongannya. Sintaksis pula bidang yang mengkaji ayat dari
segi struktur, bentuk, dan binaannya. Morfologi merupakan kajian spesifik
berfokuskan kata dan melalui sintaksis dapat dilihat bagaimana ayat dibina. Keduadua bidang ini berkait rapat dan saling bergantungan kerana sintaksis adalah
pelengkap dan lanjutan pada kajian Morfologi.
18. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada DUA jenis. Dengan contoh ayat
yang sesuai, jelaskan penyataan ini.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada
frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu:
a) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif.
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau
tanpa akhiran kan atau i.
Contoh :
i. Muhammad Syafiq menendang bola itu.
ii. Murid-murid menyertai rombongan itu.
b) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau
perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Contoh :
i. Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq.
ii. Rombongan itu disertai oleh murid-murid.
19. Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat
tunggal. Berdasarkan cara ayat tersebut dibentuk, nyatakan jenis-jenis ayat

majmuk dan bina satu ayat bagi setiap jenis.


Ayat majmuk dapat dijeniskan kepada empat, iaitu:
i. Ayat Majmuk Gabungan
Contoh ayat :
Peserta senam robik melompat-lompat, girang, berpeluh-peluh.
ii. Ayat Majmuk Pancangan
Contoh ayat :
Bas yang dinaiki oleh para pelancong itu terbabas ke dalam gaung.
iii. Ayat Majmuk Campuran
Contoh ayat :
Sofea sedang mengulang kaji pelajarannya, tetapi kawan-kawannya yang letih telah
lama dibuai mimpi.
iv. Ayat Majmuk Pasif
Contoh ayat :Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.
20. Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga wujud dalam susunan songsang.
Nyatakan DUA bentuk susunan songsang tersebut dengan mengemukakan contoh
ayat yang sesuai.
a) Seluruh bahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapan
Contoh ayat :
i. Sudah pulang kawan-kawan kamu?
ii. Sungguh cantik tulisan budak perempuan itu.
b) Sebahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapan
Contoh ayat :
i. Ke sekolah mereka pergi untuk bermain bola jaring.
ii. Berkejaran budak-budak itu di taman permainan.

23. Sintaksis dalam bahasa Melayu ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk,
struktur, binaan, atau konstruksi ayat dan juga hukum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun di dalam ayat.
(a) Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan
subjek dan predikat dalam binaan ayat bahasa Melayu.
Subjek ialah konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
ManakalaPredikat pula merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu
frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
(b) Setiap ayat yang mengandungi subjek dan predikat juga boleh disongsangkan,
iaitu dengan meletakkan sama ada subjek dahulu dan kemudian predikat ataupun
predikat dahulu dan kemudian subjek. Dengan berpandukan kenyataan ini,
songsangkan ayat-ayat berikut:
i. Ali guru mata pelajaran sains di sekolah itu.
Guru mata pelajaran sains di sekolah itu Ali.
ii. Adik sulungku sedang tidur di serambi rumah.
Sedang tidur di serambi rumah adik sulungku.
iii. Pegawai kerani di pejabat itu amat rajin dan cekap menggunakan komputer.
Amat rajin dan cekap menggunakan komputer di pejabat itu pegawai kerani.
iv. Rumah kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Di Kampung Baru, Kuala Lumpur rumah kediamannya.
24. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat
pasif.
(a) Dengan merujuk kepada kedua-dua ragam ayat tersebut bincangkan DUA
perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.
Ayat Aktif

Ayat Pasif

Ayat yang mengandungi kata kerja yang


mengutamakan subjek asal sebagai
judul atau unsur yang diterangkan.

Terbentuk daripada ayat aktif transitif


dan mengandungi kata kerja yang
mengutamakan objek asal sebagai judul
atau unsur yang diterangkan.

Terdiri daripada dua jenis ayat iaitu :

Terbahagi kepada tiga iaitu:

i. Ayat aktif transitif

i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja

ii. Ayat aktif tak transitif.

pasif.
ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama
diri pertama dan kata ganti nama diri
kedua.
iii. Ayat pasif dengan perkataan kena
yang hadir sebelum kata kerja.

(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai bina DUA ayat pasif dengan perkataan
kena yang hadir sebelum kata kerja.
Contoh :
i. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
ii. Budak-budak itu kena kejar oleh anjing.
25. Pada dasarnya ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh juga dibahagian kepada
dua jenis iaitu, ayat tunggal dan ayat majmuk.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan definisi ayat tunggal dan ayat
majmuk bahasa Melayu yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baru.
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang
mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Dari segi binaan ia
menyamai binaan ayat dasar iaitu subjek mendahului predikat.
Contoh :
i. Dia guru.
ii. Guru itu mengajar di Seremban.

Walau bagaimanapun ada juga ayat tunggal di mana predikat mendahului subjek
seperti dalam ayat songsang.
Contoh:
i. Guru dia.
ii. Mengajar di Seremban guru itu.
Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Ia bukan ayat dasar. Ia juga merupakan
ayat songsang.

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et. al. 2002), mendefinisikan
ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat

tunggal. Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis. Ayat-ayat yang digabung
menggunakan kata penghubung tertentu membentuk kelompok ayat yang besar.

Contoh :
Ayat tunggal 1
: Saya belajar bersungguh-sungguh.
Ayat tunggal 2
: Saya berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.
Ayat majmuk
: Saya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya melanjutkan
pengajian di menara gading.
Berdasarkan contoh, penggunaan kata hubung dan membentuk ayat majmuk
daripada dua ayat tunggal.

(b) Huraikan DUA perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu

Ayat Tunggal

Ayat Majmuk

Ayat tunggal ialah ayat yang


terbina daripada dua bahagian
iaitu:

Ayat majmuk ialah ayat yang


terbentuk daripada gabungan dua
atau lebih ayat tunggal.

Subjek,
Predikat.
Ayat tunggal mempunyai dua
bentuk susunan, iaitu:

Terdapat empat jenis ayat majmuk


iaitu;

Susunan biasa,

a. Ayat Majmuk Gabungan,

Susunan songsang.

b. Ayat Majmuk Pancangan,


c. Ayat Majmuk Campuran,
d. Ayat Majmuk Pasif.

HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN B

(b) Terangkan maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada
frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif, dan Kata
kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif. Contoh:
Kata Kerja Transitif Aktif : Muhammad Syafiq menendang bola itu.
Kata Kerja Transitif Pasif : Bola itu ditendang oleh Muhammad Syafiq.
Kata kerja tak transitif pula dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu :
i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Ia juga boleh
diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan.
Contohnya, Muhammad Syamil menyanyi di hadapan cermin.
ii.Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah :
a. Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud
ayat.
b. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif.
c. Ayat yang mengandungi pelengkap TIDAK boleh dipasifkan.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada beberapa jenis, iaitu kata
adjektif, frasa sendi nama, dan kata nama.

4.Sintaksis merupakan bidang terpenting dalam pengajian ilmu tatabahasa.


(a) Berikan definisi ayat.
Ayat ialah inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan
diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.
(b) Jelaskan konsep ayat aktif dan ayat pasif. Sertakan contoh-contoh yang sesuai.
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu
;
1. Aktif transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh
frasa nama atau ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek atau unsur
penyambut. Contoh ;
a. Guru besar memanggil saya.
b. Dia membeli buah langsat.
c. Banjir melanda pekan kecil itu.

2. Aktif tak transitif


Ayat aktif tidak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tidak transitif iaitu
kata kerja yang mengandungi pelengkap. Ayat aktif tidak transitif terbahagi
kepada dua jenis iaitu:
i. Keterangan yang boleh digugurkan. Contohnya :
a. Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
b. Pokok itu membesar dengan cepat.
c. Mereka berkebun di kampung.
ii. Keterangan yang tidak boleh digugurkan. Jika digugurkan, ayat berkenaan tidak
gramatis. Contohnya ;
a. Dia berada di Hulu Tiram, Johor.
b. Bas itu menuju ke utara tanah air.
c. Kebanyakan orang yang berdemontrasi menuntut keadilan.

Ayat pasif terbit daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang
mengutamakan objek asal atau subjek terbitan sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu dibahagikan tiga kumpulan, iaitu :
1. Pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif di-. Contohnya ;
a. Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin.
b. Kerusi dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3A pagi tadi.
c. Bola itu ditendang oleh Helmi dengan kaki kiri.

2. Pasif dengan kata ganti nama pertama dan kedua


Kata ganti nama orang pertama (aku, saya, kami, kita, patik, hamba ) dan kedua
(anda, awak, engkau, kamu, kalian) tidak boleh menerima kata kerja pasif
berimbuhan di- dan harus berada di hadapan kata kerja tanpa imbuhan di.
Contohnya ;
a. Kerja itu telah saya selesaikan semalam.
b. Makanan itu belum aku rasai lagi.
c. Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuh tenaga.

3. Pasif dengan Kata bantu Pasif Kena


Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang
tidak menerima imbuhan awalan. Contohnya :
a. Anak ahli korporat itu kena culik.
b. Budak nakal itu kena rotan oleh bapanya.
c. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.

(c) Bincangkan jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu.


Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal
disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi,
sambil, seraya dan lain-lain. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. ayat
majmuk dapat dijeniskan kepada empat, iaitu:
1. Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat
tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata
penghubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Hubungan antara satu ayat dengan
yang lain wujud oleh sebab-sebab ayat tersebut disusun berturut-turut.Contohnya,
Aman juruteratetapi adiknya peguam.

2. Ayat Majmuk Pancangan

Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu
atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi
sebahagian daripada ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat pancangan iaitu :
i. Ayat relatif
Ayat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang seperti dalam contoh
berikut:
Adik memakai baju yang berwarna kuning.
ii. Ayat komplemen
Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu bahawadan
untuk. Contohnya,
a. Tidak mustahil untuk dia mencapai kemahuannya.
b. Orang ramai menyedari bahawa peristiwa itu benar-benar terjadi.
3. Ayat Majmuk Campuran
Ayat Majumuk Campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang
terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan
berbagai-bagai jenis ayat majmuk dan biasanya panjang. Contohnya,Sofea sedang
mengulang kaji pelajarannya, tetapi kawan-kawannya yang letih telah lama dibuai
mimpi.
4. Ayat Majmuk Pasif
Ayat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang mengandung kata kerja
transitif. Ayat majmuk pasif terdiri daripada:
i. Ayat Majmuk Pasif Gabungan
Contohnya ,
Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.
ii. Ayat Majmuk Pasif Relatif
Contohnya ,
Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.
iii. Ayat Majmuk Pasif Komplemen
Contohnya ,

Bahawa sekolah ditutup minggu ini diterangkan oleh Guru Besar.


iv. Ayat Majmuk Pasif Keterangan
Contohnya ,
Abu akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.

5.Unit-unit sintaksis terdiri daripada frasa, klausa dan ayat. Susunan yang
sistematik bermula dari frasa sehinggalah ke peringkat melahirkan ayat yang
gramatis.
(a) Berikan definisi klausa.
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat,
yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu
klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas). Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan
boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang
sempurna. Contohnya ;
a. Kamu pandai.
Klausa kamu pandai mengandungi subjek kamu dan predikat pandai,dan sekiranya
diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi
ayat yang gramatis.
b. Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.
Klausa kamu pandai ialah klausa bebas kerana boleh berdiri sendiri.
Klausa kerana kamu rajin belajar ialah klausa terikat yang tidak dapat berdiri sendiri
kecuali dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas.
(b) Jelaskan pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola
seperti yang berikut:
Pola

Jenis Pola

Subjek

Predikat

1.

FN + FN

Encik Shari

ejen insuran

2.

FN + FK

Dia

menjerit kesakitan

3.

FN + FA

Budak itu

sangat nakal

4.

FN + FS

Pejabat saya

di Kuala Terengganu

(c) Bincang proses penerbitan ayat bahasa Melayu.


Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat terhasil melalui proses transformasi yang
mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula, atau peluasan kepada unsurunsur struktur dalaman. Terdapat tiga proses transformasi, iaitu :
i. Proses transformasi yang melibatkan pengguguran
Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur
ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan
ayat itu. Oleh itu pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu
tidak lagi wujud.
Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:
a. Pengguguran frasa nama sebagai subjek
Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh:
i. Kamu keluar! => Keluar!
ii. Awak semua pergi dari sini! => Pergi dari sini!
* Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Contoh:
i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar
=Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.
=Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu
=Adik saya cerdik tetapi pemalu.
b. Pengguguran frasa predikat
Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan.
Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk
gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh
digugurkan.
Contoh:

Frasa Predikat

Contoh Ayat

Frasa kerja
yang serupa

Adik Ali belajar di Pahang. Sepupunya belajar di


Pahang.
= Adik Ali belajar di Pahang dan
sepupunya belajar di Pahang.
= Adik Ali dan sepupunya belajar di Pahang.

Frasa nama
yang serupa

Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru


sekolah.
= Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru
sekolah.
= Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.

Frasa
adjektif yang
serupa

Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.


= Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat
rajin.
= Abang saya dan abang Ali sangat rajin.

Frasa sendi
nama yang
serupa

Dia masih di kampung. Isterinya masih di


kampung.
= Dia masih di kampung dan isterinya masih di
kampung.
= Dia dan isterinya masih di kampung.

c. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.


Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat
yang satu
lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu
boleh
digugurkan. Contoh;
Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.
= Kereta yang kuning itu pilihan saya.
= Yang kuning itu pilihan saya.
Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.
= Dia membeli baju yang cantik itu.
= Dia membeli yang cantik itu.
d. Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa.
Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh
digugurkan

sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang
mungkin
bukan daripada kelas kata nama. Contoh:
Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
=Bersenam boleh menyihatkan badan.
Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
=Merokok membahayakan kesihatan.
ii. Proses transformasi yang melibatkan penyusunan semula
Dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah
susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.
Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun
pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata
lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian proses penyusunan semula ini
tidak membawa perubahan pada makna ayat.
Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:
Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
Penyusunan semula melalui ayat songsang.
Contoh-contoh ayat :

Ayat Asal

Penyusunan Semula

Adik
menendang
bola itu.

Bola itu ditendang oleh adik.


(Frasa nama sebagai subjek)

Allah
mengurniai kita
rahmat.

Allah mengurniakan rahmat kepada kita.


(Frasa nama sebagai objek)

Orang itu pergi


ke kedai.

Ke kedai orang itu pergi.


(Ayat songsang )

iii. Proses transformasi yang melibatkan peluasan

Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur dalam ayat
yang baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam bahasa Melayu , iaitu:
Peluasan frasa nama sebagai subjek;
Peluasan frasa predikat;
Peluasan dengan kata hubung; dan
Peluasan melalui proses komplementasi.
Contoh-contoh ayat:
Ayat Asal

Peluasan

Budak itu adik saya.


Budak itu membaca
buku.

Budak yang membaca buku itu adik


saya.
( Frasa nama sebagai subjek )

Osman mengusik
budak itu. Budak
itumenangis.

Osman mengusik budak


yangmenangis itu.
( Frasa predikat )

Ayah tidak pergi


kerja.
Ayah sakit perut.

Ayah tidak pergi kerja kerana


( Kata hubung ) sakit perut.

Mereka melaporkan.
Guru kelas tidak
hadir.

Mereka melaporkan bahawa guru


kelas tidak hadir.
(Proses komplementasi).

9.(a) Buat takrif kata kerja dan terangkan kaedah menggolongkan kata kerja ke
dalam dua golongan kecil dan berikan contohnya.
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.
Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti
kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Kata kerja
digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu :
1. Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada
frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :
a. Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif.
Kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau
i. Contoh :
Anak Pak Abu membaca buku cerita.
b. Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.
Kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat
pasif. Contoh :
Buku cerita itu dibaca oleh anak Pak Abu.
2. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni
tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Kata kerja transitif dapat
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu :
a. Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri
tanpa objek atau penyambut. Contoh : Kanak-kanak sedang bermain.
b. Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah :
i.Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
ii.Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif.
iii.Ayat yang mengandungi pelengkap TIDAK boleh dipasifkan.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:
*Kata adjektif
Contoh : Perbincangan itu menjadi tegang.

*Frasa sendi nama


Contoh : Kereta itu berhenti di persimpangan jalan.
*Kata nama
Contoh : Orang miskin itu tidur berbantalkan surat khabar.
(b) Terangkan perbezaan antara kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dengan
kata kerja tak transitif berpelengkap dan berikan contoh bagi kedua-duanya.
# rujuk cadangan jawapan 9(a) Kata Kerja Tak Transitif

11.Antara kajian penting sintaksis ialah memerihalkan bentuk atau pola, jenis dan
ragam ayat.
(a) Berserta contoh ayat, perihalkan pola ayat dasar bahasa Melayu.
# rujuk cadangan jawapan 5(b).
(b) Berdasarkan pengkelasan ayat bahasa Melayu, jelaskan EMPAT jenis ayat
dengan menurunkan contoh yang sesuai.
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis, berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya
iaitu:
a. Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata
mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat
jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Contohnya; Saya
mempunyai sebuah komputer.
b.Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan
berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat pula
digolongkan kepada dua jenis iaitu :
i. Ayat Tanya tanpa Kata Tanya
Contohnya; Dia guru cemerlang?
ii. Ayat Tanya dengan Kata Tanya.
Contohnya; Apa kursus yang awak hadiri?
c. Ayat Perintah
Ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah
ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua

seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang digugurkan.


Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:i. Ayat suruhan
Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat ini
subjek ialah kata ganti nama orang kedua sepertiawak, kamu, engkau dan selainnya
digugurkan. Contohnya; Awaksiapkan kerja itu sekarang.
ii. Ayat larangan
Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata
kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya. Contohnya;Jangan ambil wang
orang.
iii. Ayat silaan
Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja
dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan
digunakan pada permulaan ayat.Contohnya; Sila datang ke rumah saya petang ini.
iv. Ayat permintaan
Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolongdengan tujuan
memohon permintaan dan pertolongan. Contohnya;Tolong hantarkan tugasan itu
sebelum hari Isnin.
d. Ayat Seruan
Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan
melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan
sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang
biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau
tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas
dan sebagainya. Contohnya; Wah, cantiknya kereta itu!
12.Dalam huraian tatabahasa tradisional, frasa ialah gabungan dua perkataan atau
lebih yang berpotensi untuk menjadi binaan atau unit yang lebih besar.
(a) Beri konsepsi anda tentang frasa kerja dengan memberikan contohnya.
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak
transitif atau kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan
perkataan. Contohnya; Ali berjalan.

Manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur
lain. Contohnya;
Gembala itu menghalau binatang ternakannya.
(b) Huraikan perbezaan antara frasa kerja yang mengandungi objek dengan frasa
kerja tanpa objek.
Jenis
Frasa Kerja
dengan Objek

Keterangan
Mengandungi kata kerja
transitif.
Frasa kerjanya
mengandungi objek untuk
melengkapkan kata
kerjanya.
Objek boleh juga diikuti
oleh bahagian
keterangan.

Frasa Kerja
tanpa Objek

Mengandungi kata kerja


tak transitif.
Kata kerjanya tidak perlu
disambut oleh sesuatu
frasa nama sebagai objek
untuk melengkapkannya.

Contoh
a.Afendi minum air suam.
minum = kata kerja
air suam = objek
b.Pegawai kanan
itumempengerusikanmesyuarat.
mempengerusikan = kata kerja
mesyuarat = objek
c.Petinju itu menumbukmuka
lawannya hingga lebam.
menumbuk = kata kerja
muka lawannya = objek
hingga lebam = keterangan
a.Ahmad berlari.
b.Mereka menari.
c.Adik bongsuku sedangtidur.
berlari, menari, tidur = kata kerja

13.Kata sendi nama ialah kata yang menjadi inti dalam binaan frasa sendi nama
atau menjadi perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
(a) Beri SEPULUH contoh frasa nama yang menggunakan kata sendi nama yang
berbeza. Kemudian, dengan contoh ayat yang sesuai, tunjukkan perbezaan antara
frasa sendi nama yang wujud dengan kata nama arah dengan frasa sendi nama
tanpa kata nama arah.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
di
rumah
dari
hati

ke
sampai
kepada
pada
untuk
sejak
tentang
bagi

Kota Bharu
Zohor
Halimah
waktu itu
pelajar-pelajar cemerlang
zaman dahulu
negara maju
kanak-kanak terencat
akal
Ayat

Dengan kata nama arah


Pak Akob menebas lalang
dibelakang rumahnya.
Dia berkata-kata dari hatinya
yang ikhlas.
Ahmadun memandu kereta ke
Kota Bharu.
Kakak mengulangkaji pelajaran
dari pagi sampai Zohor.
Salina membaling bola kepada
Halimah.
Mereka menari di atas pentas
pada waktu itu.
Hadiah-hadiah itu disediakan
khas untuk pelajar-pelajar
cemerlang.
Pelaut itu mengusaha
tangkapan ikan pinggir pantai
sejak zaman dahulu.
Perdana Menteri berbicara
tentang negara maju.
Dia mendemakan sebahagian
hartanya bagi membantu
kanak-kanak terencat akal.

Tanpa kata nama arah


Pak Akob menebas lalang dengan
parang.
Dia berkata-kata dengan ikhlas.
Ahmadun memandu kereta.
Kakak mengulangkaji pelajaran
dengan bersungguh-sungguh.
Salina membaling bola dengan
kuat.
Mereka menari dengan baik.
Hadiah-hadiah itu dibungkus
dengan cantik.
Pelaut itu mengusaha tangkapan
ikan dengan tekun.
Perdana Menteri berbicara
dengan lantang.
Dia mendemakan sebahagian
hartanya dengan ikhlas.

(b) Huraikan fungsi frasa sendi nama yang menjadi keterangan frasa kerja dan frasa

sendi nama yang menjadi keterangan frasa nama. Sertakan contoh yang sesuai
untuk mengukuhkan huraian anda.
Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerjaboleh mendukung
beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal,
penyertaan, dan alat.
Contohnya;
a. Kereta api bertolak pada pukul empat. (masa)
b. Budak-budak itu berehat di bawah pokok. (tempat)
c. Pembahas itu berpidato seperti murai. (bandingan)
d. Kita harus berusaha demi keutuhan kita. (tujuan)
e. Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)
f. Saya datang dengan adik. (penyertaan)
g. Bapanya memukul ular itu dengan kayu. (alat)
Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa namaantara lain
mendukung makna-makna keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan.
Contohnya;
a. Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)
b. Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal)
c. Bayi itu selalu lapar pada waktu malam. (masa)
d. Rumah kita harus bersih untuk kesihatan hidup kita. (tujuan)
14.Ayat terbitan ialah ayat yang terbit melalui proses transformasi iaitu
pengguguran, penyusunan semula dan perluasan.
(a) Beri takrifan anda tentang proses pengguguran kemudian huraikan proses
pengguguran frasa nama sebagai subjek dan pengguguran keseluruhan frasa
predikat.
# rujuk cadangan jawapan 5(c).

(b) Bina rajah pohon untuk menunjukkan transformasi pengguguran bagi ayat-ayat
di bawah;
(i) Pergi. (kamu pergi)

(ii) Tunggu di sini. (Kamu tunggu di sini)

(iii) Jangan ganggu dia. (Kamu jangan ganggu dia)

15.Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat yang berfungsi sebagai


keterangan kepada predikat ayat.
(a) Dengan contoh, perihalkan keterangan cara, keterangan tujuan dan keterangan
perbandingan dalam ayat majmuk pancangan keterangan.
a. Keterangan Cara
Keterangan cara merupakan unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu
perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Contoh
ayat keterangan cara:
Dia pergi ke sekolah dengan menaiki kereta ibu saudaranya.
b. Keterangan Tujuan
Keterangan tujuan merupakan unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu
perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan ialah untuk, demi dan
bagi. Contoh ayat keterangan tujuan:

Dia berusaha bersungguh-sungguh demi tanah air yang tercinta.


c. Keterangan Perbandingan
Keterangan perbandingan merupakan unsur yang menerangkan kejadian yang menjadi
persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan ialah seperti, macam, seolaholah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak. Contoh ayat keterangan perbandingan:
Azman berlari pantas seperti seekor burung unta.
(b) Nyatakan jenis-jenis keterangan dalam ayat-ayat majmuk pancangan
keterangan di bawah;
1. Dia belajar terlalu lama sehingga dia terlupa akan janjinya.
= Keterangan Akibat
2. Orang ramai berkumpul di luar dewan itu sejak awal pagi tadi.
= Keterangan Waktu
3. Saya akan mengikuti rombongan ke Beijing jikalau ibu saya mengizinkan.
= Keterangan Syarat
4. Tatkala hari hampir senja, mereka masih bermain di padang.
= Keterangan Waktu
5. Puan Mariam sudah ligat ke pusat beli-belah walaupun dia masih dalam pantang.
= Keterangan Pertentangan
6. Kita harus berwaspada agar tidak ditipu oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
= Keterangan Harapan
7. Ketika ayahnya masih hidup, Emira selalu bercuti ke luar negara.
= Keterangan Waktu
8. Penduduk-penduduk kampung kesedihan lantaran banjir merosakkan semua
harta benda mereka.
= Keterangan Musabab
9. Eisya jarang-jarang makan di kantin kerana keluarganya miskin.
= Keterangan Musabab
10. Sekiranya dia lulus peperiksaan dengan cemerlang, ayahnya akan
menghadiahinya sebuah basikal.
= Keterangan Syarat

(b) Dengan menggunakan strategi atau teknik yang sesuai, cadangkan bagaimana
anda boleh mengajarkan tajuk kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan tak
transitif berpelengkap kepada murid-murid tahun enam.

Pengajaran Secara Pendekatan Induktif :


1. Guru mendedahkan beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan tajuk.
2. Tindak balas murid-murid dengan mengemukakan contoh yang tepat dan sesuai.
3. Guru memandu murid-murid langkah demi langkah sehingga mendapat satu hukum,
peraturan, dan generalisasi tentang tajuk dan bahan yang diajar.
4. Guru mengemukakan contoh-contoh bahan berkaitan tajuk dalam situasi yang
sesuai dan disampaikan secara tidak langsung.
5. Murid-murid diberi latihan melalui latih tubi bagi meningkatkan kefahaman dan
penggunaan kemahiran dan aspek tajuk pelajaran.
18.Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, (2002) menjelaskan bahawa ayat majmuk
ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat
majmuk juga disebut sebagai ayat berlapis.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan gambarajah yang sesuai
untuk anda membincangkan tentang binaan ayat majmuk atau ayat berlapis
kepada murid-murid dalam tahun enam.
Contoh ayat :
Balkis makan nasi sambil menonton televisyen.
Keterangan ayat :
Balkis = Frasa Nama
makan = Kata Kerja Transitif
nasi = Frasa Kerja Kata Nama
sambil = Kata Hubung
menonton = Kata Kerja Transitif
televisyen = Frasa Kerja Kata Nama

(b) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan konsep setiap ayat
majmuk pancangan berikut :
i. Ayat Relatif
Ayat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang seperti
dalam contoh berikut:
Adik memakai baju yang berwarna kuning.
Dalam ayat di atas, sebenarnya terdapat dua ayat, iaitu:
a. Adik memakai baju.
b. Baju itu berwarna kuning.
Ayat Baju itu berwarna kuning dipancangkan kepada ayat induk Adik memakai baju.
Perkataan baju yang diulang dalam kedua-dua ayat digugurkan dan digantikan dengan
kata relatif yang, maka terbentuklah ayat majmuk pancangan.
Secara kasar, proses pembentukan kedua-dua ayat majmuk yang dihuraikan di atas
mengalami tingkat-tingkat perubahan seperti yang berikut:
Ayat
: Adik memakai baju yang berwarna kuning.
Pertama : Adik memakai baju + Baju itu berwarna kuning.
Kedua
: Adik memakai baju + baju ituberwarna kuning.
Ketiga : Adik memakai baju yang berwarna kuning.
ii. Ayat Komplemen
Menurut Nik Safiah et. al. (2002:488), pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya
disertai beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk
menandakan hubungan berkenaan. Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa
Melayu, iaitubahawa dan untuk.
Contoh ayat : Dia memberitahu bahawa lukisan itu cantik.
Ayat di atas merupakan ayat relatif yang asalnya daripada ayat-ayat:
a. Dia memberitahu sesuatu.
(Ayat Induk)
b. Lukisan itu cantik.

(Ayat Komplemen)
Dalam contoh di atas, ayat Lukisan itu cantik telah dipancangkan ke dalam ayat Dia
memberitahu sesuatu sebagai pelengkap kata kerja dalam ayat berkenaan. Hubungan
sedemikian dinamai hubungan komplemen dan berbeza daripada hubungan ayat
relatif. Dalam ayatDia memberitahu bahawa lukisan itu cantik, ayat induknya
ialah Dia memberitahu sesuatu, manakala ayat komplemennya ialah Lukisan itu
cantik.
iii. Ayat Keterangan
Ayat majmuk keterangan menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002:492) terdiri
daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau leih yang berfungsi sebagai
keterangan kepada predikat.
Contoh ayat :
Dia merupakan ketua pelajar ketika saya di bangku sekolah dahulu.
Terdapat dua ciri dalam contoh ayat majmuk di atas, iaitu yang pertama, adanya
ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri,
manakala yang kedua, adanya kata-kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan
ayat-ayat kecil (contoh:ketika, semasa, kerana, sewaktu). Ayat-ayat kecil itu disebut
ayat keterangan. Hubungan antara ayat-ayat itu digambarkan seperti yang berikut:
Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan
Kedudukan ayat keterangan adalah tidak tetap dan boleh hadir sama ada di belakang
atau di hadapan ayat induk, yang mana contoh ayat di atas boleh juga berbentuk:
Ketika saya di bangku sekolah dahulu, dia merupakan ketua pelajar.
19.Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Dengan mengemukakan
contoh ayat yang sesuai, huraikan jenis-jenis ayat berikut:
(a) ayat penyata
(b) ayat tanya
(c) ayat perintah
(d) ayat seruan
# rujuk cadangan jawapan 11(b)
20.Ayat dikatakan sebagai inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam
susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk
daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya
dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang
sempurna.

(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan
dengan perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna.
Ayat
Anak orang itu sedang makan.
Klausa
Anak orang itu sedang makan.
Frasa
Anak orang itu
sedang makan
Perkataan anak
orang
itu
sedang
makan
Contoh ayat ; Anak orang itu sedang makan, terbentuk daripada unit-unit lain yang
lebih rendah, iaitu klausa, frasa, dan kata.
Klausa Anak orang itu sedang makan, merupakan satu unit rangkaian perkataan yang
mengandungi Anak orang itu sebagai Subjek dansedang makan sebagai Predikat.
Rangkaian ini menjadi konstituen kepada ayat tersebut.
Anak orang itu merupakan klausa bebas dan sedang makan pulamerupakan klausa
terikat atau klausa tak bebas. Klausa terikat sedang makan hanya dapat berdiri
apabila dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas Anak orang itu.
Dalam susunan tatabahasa, Anak orang itu adalah frasa yang mengandungi tiga
perkataan manakala sedang makan adalah frasayang mengandungi dua perkataan.
Frasa-frasa ini menjadi konsituten kepada klausa dalam ayat.
Sebagai bentuk bebas yang terkecil, perkataan-perkataan yang terdiri
daripada anak, orang, itu, sedang, dan makan boleh berdiri sendiri dan binaan
perkataan-perkataan tersebut tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk
tatatabahasa yang lebih kecil lagi.
HIMPUNAN SOALAN BAHAGIAN C
1. Ayat terbitan dalam bahasa Melayu terhasil daripada tiga proses.
Nyatakan proses-proses itu dan huraikan secara mendalam satu daripada prosesnya
dengan memberikan contoh-contoh ayatnya.

Ayat terbitan terbentuk daripada ayat dasar melalui suatu proses gramatis.
Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi
mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat
ataupun frasa.
Ringkasnya, ayat terbitan ini terhasil apabila unsur-unsur struktur dalaman mengalami
proses transformasi yang mengakibatkan:

i.Pengguguran

Merupakan satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat. Proses ini
melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Dalam bahasa
Melayu terdapat empat jenis pengguguran:
a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek;
b) Pengguguran frasa predikat;
c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif; dan
d) Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.
ii.Penyusunan semula
Dalam proses transformasi ini, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya
dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses ini akan
mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu,
penggantian atau penambahan kata-kata lain tanpa membawa perubahan pada makna
ayat yang diterbitkan.Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:
a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.
iii.Peluasan
Proses transformasi ini boleh berlaku apabila adanya penambahan unsur-unsur dalam
ayat yang baharu. Terdapat empat bentuk proses peluasan ayat iaitu:
a) Peluasan frasa nama sebagai subjek
Ayat bahasa Melayu yang mengandungi urutan Frasa Nama + Ayat boleh tertakluk
kepada satu frasa nama dan jika ayat menguasai satu frasa nama yang sama dengan
frasa nama dalam urutan Frasa Nama + Objek, maka frasa nama yang dikuasai itu
akhirnya menjadi kata relatif yang seperti contoh ayat:
a. Rumah itu besar.
b. Rumah itu telah roboh.
c. Rumah yang besar itu telah roboh.
Berdasarkan contoh, ayat yang gramatis terbentuk dengan penggunaan yang .
Bagi ayat yang tidak sama fungsinya, maka ayat itu perlulah dipasifkan terlebih
dahulu. Contoh:
a. Kereta itu berwarna hitam.
b. Encik Zaki membeli kereta itu.
c. Kereta yang dibeli oleh Encik Zaki berwarna hitam.
b)

Peluasan frasa predikat

Contoh ayat yang menunjukkan proses peluasan frasa predikat adalah seperti di
bawah:
a. Hafsah membeli baju itu.
b. Baju itu cantik.
c. Hafsah membeli baju yang cantik itu.
Dalam proses peluasan frasa predikat ini yang digunakan bagi menghasilkan ayat yang
gramatis.
c)
Peluasan dengan kata hubung
Ayat-ayat juga boleh diterbitkan melalui proses peluasan kata hubung dengan cara
menggabungkan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung seperti dan,
atau, tetapi dan lain-lain. Contoh ayat yang menunjukkan proses peluasan ini adalah
seperti di bawah:
a. Ibu bekerja di pejabat.
b. Ayah bekerja di ladang.
c. Ibu bekerja di pejabat tetapi ayah bekerja di ladang.
Kata hubung tetapi menggabungkan ayat a dan ayat b.
Ada kalanya, kata hubung digunakan dalam pembentukan ayat majmuk yang
menggabungkan frasa bagi membentuk satu frasa nama majmuk seperti dalam contoh
ayat:
a. Balkis makan nasi.
b. Balkis menonton televisyen.
c. Balkis makan nasi sambil menonton televisyen.
Kata hubung sambil menggabungkan ayat a dan ayat b. 'Balkis' dalam klausa kedua
(ayat b) digugurkan.
d)
Peluasan melalui proses komplementasi.
Ayat yang diterbitkan melalui proses peluasan komplementasi melibatkan perubahan
fungsi, iaitu daripada ayat menjadi frasa nama. Hal ini berlaku dengan
memancangkan ayat berkenaan kepada ayat lain. Cara mudah untuk mengenali ayat
jenis ini ialah wujudnya kata bahawa. Proses peluasan melalui proses ini melibatkan
tiga keadaan, iaitu:
i.Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat.
Contoh ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat ialah:
a. Asmawi menyatakan
b. Mazlina pergi ke kedai.
c. Asmawi menyatakan bahawa Mazlina pergi ke kedai.

Ayat a dan ayat b dihubungkan dengan perkataan bahawa.


ii.Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek sipi.
Contoh ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek sipi ialah:
a. Aini memberitahu
b. Aina ada seutas rantai yang cantik.
c. Aini memberitahu bahawa Aina ada seutas rantai yang cantik.
Perkataan bahawa menghubungkan ayat a dan ayat b.
iii.Transformasi komplementasi terhadap frasa kerja
Contoh ayat bagi transformasi komplementasi terhadap frasa kerja ialah:
a. Orang itu berdiri.
b. Orang itu mengambil buku.
c. Orang itu berdiri mengambil buku.
Frasa 'orang itu' dalam klausa kedua (ayat b) digugurkan.

2. Ayat majmuk pancangan mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat
kecil yang dipancangkan kepada ayat induk itu.
Huraikan kriteria yang digunakan untuk mengenal pasti tiga jenis ayat majmuk
pancangan dengan memberikan contoh ayat bagi setiap jenis itu dan buat rajah pohon
untuk menganalisis ayat-ayat itu.
Dalam bahasa Melayu, Ayat Majmuk Pancangan dibahagikan kepada tiga jenis:
i.
Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif)
ii.
Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen)
iii. Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan)
i. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan perkataan yang.
Contoh ayat:
Adik memakai baju yang berwarna kuning.

Sebenarnya terdapat dua ayat iaitu:


a. Adik memakai baju.
b. Baju itu berwarna kuning.
Dalam contoh di atas, ayat Baju itu berwarna kuning dipancangkan kepada ayat
induk Adik memakai baju. Perkataan baju yang diulang dalam kedua-dua ayat

digugurkan dan digantikan dengan kata relatif yang. Hal ini dapat diperjelaskan
melalui rajah pohon di bawah:

ii. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


Ayat yang dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung
komplemen bahawa dan untuk. Contoh ayat:
Dia memberitahu bahawa lukisan itu cantik.
Ayat di atas asalnya daripada ayat-ayat:
a. Dia memberitahu sesuatu.
b
b. Lukisan itu cantik.
Dalam ayat Dia memberitahu sesuatu, subjeknya terdiri daripadadia, manakala kata
kerja transitif ialah memberitahu dan ayatlukisan itu cantik, seolah-olah menjadi
objek kepada kata kerja transitif tersebut. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah
pohon di bawah:

iii. Ayat majmuk pancangan keterangan


Merupakan ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang
tidak dapat berdiri sendiri. Kata-kata hubung seperti ketika, semasa,
kerana, dan sewaktumenghubungkan ayat induk dengan ayat-ayat kecil yang berfungsi
sebagai keterangan kepada predikat. Contoh ayat:
Dia gagal dalam peperiksaan kerana dia tidak berusaha.
Ayat di atas berasal daripada ayat-ayat:
a. Dia gagal dalam peperiksaan. (Ayat Induk)
b. Dia tidak berusaha. (Ayat Keterangan)
Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

5. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran,


penyusunan semula, dan perluasan.
(a) Dengan memberikan contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses
pengguguran dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu.
Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat.
Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu.
Oleh itu pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi
wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:
i.
Pengguguran frasa nama sebagai subjek
Contoh ayat: Pergi dari sini!
ii.
Pengguguran frasa predikat
Contoh ayat: Adik saya cerdik tetapi pemalu.
iii.
Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
Contoh ayat: Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.
iv.
Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama
Contoh ayat: Yang biru itu pilihan saya.
(b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana berlakunya
pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat berikut:
i. Kamu tunggu di sini.
Proses pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat di atas dapat digambarkan
dalam bentuk rajah pohon berikut:

(c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan bagaimana berlakunya
pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat berikut:

i. frasa kerja yang serupa


Contoh ayat bagi pengguguran frasa kerja yang serupa adalah seperti yang berikut:
(a) Nazilatul belajar di perpustakaan dan Zaidi belajar di perpustakaan.
(b) Nazilatul dan Zaidi belajar di perpustakaan.
Contoh ayat (a) mengandungi pengulangan predikat frasa kerja yang serupa dalam
ayat majmuk gabungan, iaitu belajar di perpustakaan. Oleh itu, predikat belajar di
perpustakaan dalam klausa pertama ini telah digugurkan seperti dalam ayat (b).
ii. frasa adjektif yang serupa
Contoh ayat bagi pengguguran frasa adjektif yang serupa adalah seperti yang berikut:
(a) Bunga melur harum baunya dan bunga kemboja harum baunya.
(b) Bunga melur dan bunga kemboja harum baunya.
Ayat (a) mengandungi frasa predikat, iaitu frasa adjektif harum baunya yang serupa
dalam ayat majmuk gabungan. Oleh itu, frasa adjektif harum baunya dalam klausa
yang pertama telah digugurkan seperti dalam ayat (b).
iii. frasa sendi nama yang serupa
Contoh ayat bagi pengguguran frasa sendi nama yang serupa adalah seperti yang
berikut:
(a) Adik saya masih di sekolah dan adik Zafri masih di sekolah.
(b) Adik saya dan adik Zafri masih di sekolah.
Dalam contoh ayat (b), predikat frasa sendi nama di sekolahdalam klausa pertama
telah digugurkan kerana mengandungi frasa predikat yang sama dalam ayat majmuk
(a), iaitu frasa sendi nama di sekolah.
Pengguguran frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang serupa dalam ayat
majmuk perlu dilakukan untuk mengelakkan pengulangan frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama yang serupa dalam ayat.

ii. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


Ayat yang dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung
komplemen bahawa dan untuk. Contoh ayat:
Dia memberitahu bahawa lukisan itu cantik.
Ayat di atas asalnya daripada ayat-ayat:
a. Dia memberitahu sesuatu.
b
b. Lukisan itu cantik.
Dalam ayat Dia memberitahu sesuatu, subjeknya terdiri daripadadia, manakala kata
kerja transitif ialah memberitahu dan ayatlukisan itu cantik, seolah-olah menjadi
objek kepada kata kerja transitif tersebut. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah
pohon di bawah:

iii. Ayat majmuk pancangan keterangan


Merupakan ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang
tidak dapat berdiri sendiri. Kata-kata hubung seperti ketika, semasa,
kerana, dan sewaktumenghubungkan ayat induk dengan ayat-ayat kecil yang berfungsi
sebagai keterangan kepada predikat. Contoh ayat:
Dia gagal dalam peperiksaan kerana dia tidak berusaha.
Ayat di atas berasal daripada ayat-ayat:
a. Dia gagal dalam peperiksaan. (Ayat Induk)
b. Dia tidak berusaha. (Ayat Keterangan)
Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

5. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran,


penyusunan semula, dan perluasan.
(a) Dengan memberikan contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses
pengguguran dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu.
Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat.
Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu.
Oleh itu pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi
wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pengguguran:
i.
Pengguguran frasa nama sebagai subjek
Contoh ayat: Pergi dari sini!
ii.
Pengguguran frasa predikat
Contoh ayat: Adik saya cerdik tetapi pemalu.
iii.
Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
Contoh ayat: Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.
iv.
Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama
Contoh ayat: Yang biru itu pilihan saya.
(b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana berlakunya
pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat berikut:
i. Kamu tunggu di sini.
Proses pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat di atas dapat digambarkan
dalam bentuk rajah pohon berikut:

(c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan bagaimana berlakunya
pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat berikut:
i. frasa kerja yang serupa
Contoh ayat bagi pengguguran frasa kerja yang serupa adalah seperti yang berikut:
(a) Nazilatul belajar di perpustakaan dan Zaidi belajar di perpustakaan.

(b) Nazilatul dan Zaidi belajar di perpustakaan.


Contoh ayat (a) mengandungi pengulangan predikat frasa kerja yang serupa dalam
ayat majmuk gabungan, iaitu belajar di perpustakaan. Oleh itu, predikat belajar di
perpustakaan dalam klausa pertama ini telah digugurkan seperti dalam ayat (b).
ii. frasa adjektif yang serupa
Contoh ayat bagi pengguguran frasa adjektif yang serupa adalah seperti yang berikut:
(a) Bunga melur harum baunya dan bunga kemboja harum baunya.
(b) Bunga melur dan bunga kemboja harum baunya.
Ayat (a) mengandungi frasa predikat, iaitu frasa adjektif harum baunya yang serupa
dalam ayat majmuk gabungan. Oleh itu, frasa adjektif harum baunya dalam klausa
yang pertama telah digugurkan seperti dalam ayat (b).
iii. frasa sendi nama yang serupa
Contoh ayat bagi pengguguran frasa sendi nama yang serupa adalah seperti yang
berikut:
(a) Adik saya masih di sekolah dan adik Zafri masih di sekolah.
(b) Adik saya dan adik Zafri masih di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai