Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Pengajaran Bahasa Melayu pada hari ini masih lagi menggunakan teknik tradisional iaitu
guru mengajar dan menulis nota dengan menggunakan papan tulis manakala pelajar pula
hanya mendengar dan mencatat nota-nota yang diberikan. Lebih-lebih lagi dalam
pengajaran tatabahasa dalam subjek Bahasa Melayu. Pengajaran tatabahasa yang
dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid,
malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini.

Kita sering kali mendengar bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa sangat
membosankan bagi pelajar-pelajar sekolah. Hal ini secara tidak langsung mengurangkan
minat pelajar-pelajar tersebut untuk mempelajari tatabahasa. Oleh itu, penyediaan
pengajaran yang memberangsangkan pelajar amat diperlukan bagi menarik minat pelajar
tersebut mempelajari tatabahasa dan teknik pengajaran yang digunakan perlulah pelbagai,
seiring dengan bahan bantu mengajar yang mampu untuk menarik perhatian pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang menarik, kreatif dan sebagainya. Salah satunya adalah
dengan menggunakan modul pengajaran. Modul pengajaran yang digunakan oleh guru
haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar. Modul pengajaran yang disediakan
sesuai untuk pelajar Tingkatan 4 kerana modul pengajaran ini telah diselaraskan dengan
tahap kognitif pelajar Tingkatan 4.

Penyediaan modul pengajaran ini bertujuan untuk memudahkan guru untuk


menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Malahan dengan adanya modul ini akan
dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Tidaklah kiranya, pelajar berasa bosan dengan pengajaran yang dijalankan
oleh guru mereka. Hal ini demikian kerana guru menggunakan pelbagai bahan rangsangan
yang menarik dan guru membuat aktiviti yang pelbagai semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu, dengan adanya modul pengajaran yang pelbagai ini akan dapat
memberikan kefahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu topik pengajaran. Para
pelajar akan mudah faham tentang apa yang disampaikan oleh guru mereka. Bahkan para
pelajar dapat memberikan sepenuh perhatian mereka semasa guru menerangkan sesuatu
topik tersebut dengan menggunakan modul pengajaran ini. Kesimpulannya, modul
pengajaran ini amat penting untuk memastikan para pelajar berasa tertarik untuk terus
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

1
2.0 FRASA

Menurut Abdullah Hassan et.al (2006:3) Frasa merupakan unit yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya satu atau lebih daripda perkataan dan berpotensi untuk diperluaskan
menjadi dua perkataan atau lebih. Manakala Nik Hassan Basri (2007:134) menyatakan
bahawa frasa adalah satu kata atau kumpulan kata yang berpotensi untuk menjadi unit yang
lebih besar atau yang membentuk unit sintaksis bagi sesuatu klausa atau ayat.

Azahar Bahari (2009) pula menyatakan bahawa frasa berpotensi untuk


dikembangkan dan diperluaskan. Meskipun ada ketikanya frasa boleh terdiri daripada satu
perkataan. Tetapi frasa dapat diperkembangkan menjadi unit yang mengandungi dua
perkataan atau lebih. Malahan frasa juga terbahagi kepada empat iaitu sebagai frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif dan juga frasa sendi nama.

3.0 KONSEP FRASA NAMA

Frasa nama merupakan salah satu unsur yang boleh berfungsi sebagai predikat dalam
binaan ayat. Menurut Tatabahasa Dewan, frasa nama ialah binaan yang, dari sudut nahu
boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai
konstituen dalam binaan ayat. Selain itu, Tatabahasa Dewan juga menyatakan bahawa
frasa nama ialah frasa yang kata utamanya (kata inti) terdiri daripada kata nama khas, kata
nama terbitan atau kata ganti nama. Sebagai contoh:-

i) Kampung baharu (kata nama khas)


ii) persatuan itu (kata nama terbitan)
iii) kamu semua (kata ganti nama)

Semua contoh di atas ini merupakan frasa nama. Namun setiap contoh ayat ini
mempunyai kata inti yang berlainan. Contoh seperti dalam ayat yang (i) kata intinya adalah
daripada kata nama khas, frasa nama yang (ii) pula merujuk kepada kata nama terbitan
manakala bagi frasa nama yang (iii) adalah kata ganti nama. Kesemua kata nama ini
tergolong dalam frasa nama.

Asmah Hj. Omar pula mendefinisikan frasa nama sebagai frasa yang boleh berdiri
pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, di samping boleh menggantikan kata nama.
Oleh itu konsep frasa nama ialah binaan yang terdiri daripada 1 atau beberapa perkataan
yang berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Frasa nama boleh menepati
bahagian subjek atau predikat.

2
4.0 KEDUDUKAN FRASA NAMA DALAM AYAT

Unsur frasa nama dapat dilihat fungsinya di dalam ayat yang dibina. Setiap fungsi-fungsi ini
perlulah berasaskan kepada frasa nama sebagai unsurnya. Malahan setiap fungsi ini
mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Antara fungsinya adalah seperti sebagai subjek, predikat,
objek, pelengkap dan sebagai unsur frasa sendi nama.

4.1 Frasa Nama sebagai subjek

Za’ba (1965) menggunakan istilah benda bagi subjek. Istilah benda oleh Za’ba ialah “tentang
apa yang diperkatakan” merupakan sorotan subjek dari segi makna. Subjek dalam
Tatabahasa Dewan (1993) ialah konstituen dalam ayat terdiri daripada frasa nama sebagai
modul (fokus) atau unsur yang diterangkan. Dikatakan juga bahawa unsur yang mengisi
konstituen subjek ialah frasa nama sahaja.

Selain itu menurut Abdullah Hassan (2006:9), subjek merupakan konstituen ayat dan
terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Setiap fungsi subjek ini perlulah
bersifat kepada unsur frasa nama. Berdasarkan contoh ayat di bawah ini unsur yang
menduduki subjek adalah frasa nama sahaja.

i) Dia sedang tidur.


ii) Penduduk Malaysia perlu bersatu padu.
iii) Guru baharu sekolah itu dari terengganu

Berdasarkan kepada contoh di atas ini, perkataan yang condong seperti Dia,
Penduduk Malaysia dan Guru baharu sekolah merupakan subjek dan ketiga-tiga subjek ini
merujuk kepada unsur frasa nama.

4.2 Frasa Nama sebagai Predikat

Menurut Abdullah Hassan (2006:9), predikat adalah kumpulan perkataan yang tergolong
dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Bagi Nik Safiah et al. pula
menyatakan bahawa predikat sering berada selepas subjek kerana menjadi bahagian yang
menerangkan subjek. Kehadiran predikat selepas subjek amat diperlukan untuk memberikan
penjelasan mengenai subjek. Oleh sebab itu, subjek dan predikat merupakan inti klausa.
Sebagai contoh :-

i) Latifah sangat cantik.


ii) Baju itu ada di dalam almari.

Berdasarkan kepada contoh ayat di atas ini, kehadiran predikat amat perlu di dalam
sesuatu binaan ayat. Contohnya ayat (i), predikatnya adalah “sangat cantik”. Predikat ini

3
adalah untuk menerangkan subjek “Latipah”. Bagi ayat (ii) pula, subjeknya adalah “baju itu”
manakala predikatnya pula adalah “ada di dalam almari”. Kehadiran predikat selepas subjek
amat penting untuk mengelakkan binaan ayat menjadi tergantung dan tidak gramatis.

Di samping itu juga, fungsi predikat ini boleh terdiri daripada beberapa unsur.
Antaranya adalah seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan juga frasa sendi nama.
Setiap daripada unsur-unsur ini mempunyai ciri-ciri dan kata intinya tersendiri. Frasa nama
dapat menduduki beberapa tempat di dalam ayat. Salah satunya adalah frasa nama yang
boleh berfungsi sebagai predikat. Predikat yang ada di dalam sesuatu binaan ayat perlulah
merujuk kepada kata nama. Malahan unsur yang menjadi pengisi frasa nama ini kata intinya
adalah kata nama. Selain itu frasa nama yang berfungsi sebagai predikat ialah frasa nama
yang hadir dalam ayat yang berpola FN + FN sahaja. Contohnya seperti :-

i) Pembelajaran itu satu proses perseikatan idea-idea.


ii) Suara itu suara gadis yang disukainya.

Contoh ayat di atas ini menerangkan tentang predikat seperti dalam contoh ayat (i)
predikatnya adalah “satu proses” manakala bagi ayat (ii) pula predikatnya adalah “suara”.
Kedua-dua predikat yang ada seperti dalam contoh ini merupakan frasa nama.

4.3 Frasa Nama Sebagai Objek

Objek ialah bentuk kata nama atau kumpulan kata nama yang menjadi penyambut kata
kerja transitif. Kehadiran objek dalam struktur ayat ditentukan oleh kata kerja transitif yang
mengisi fungsi predikat. Objek ialah frasa nama yang berada di belakang predikat yang
berupa kata kerja transitif. Objek berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut diubah menjadi
ayat pasif.

i) Nenek sedang menjolok rambutan.


ii) Sekumpulan kambing meragut daun semalu di tepi hutan.

Dalam ayat-ayat di atas, frasa nama rambutan dan daun semalu masing-masing
menjadi penyambut bagi frasa kerja transitif menjolok dan meragut. Kedua-dua objek itu
tidak boleh digugurkan, kerana pengguguran akan menyebabkan makna frasa kerja transitif
itu tidak lengkap. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd dalam buku Tatabahasa
Dinamika (1994:153), objek ialah jawapan bagi pertanyaan “Apa?”. Oleh itu, rambutan dan
daun semalu masing-masing menjawab pertanyaan “menjolok apa?” dan “meragut apa?”.

Kedua-dua ayat di atas ialah ayat aktif transitif. Ayat aktif transitif boleh dipasifkan.
Apabila proses pasif dilaksanakan, objek dalam ayat aktif transitif yang asalnya menduduki

4
konstituen (bahagian) predikat akan dijadikan subjek pula. Oleh itu, rambutan dan daun
semalu telah bertukar fungsi menjadi subjek ayat seperti yang berikut.

i) Rambutan sedang dijolok oleh nenek.


ii) Daun semalu di tepi hutan diragut oleh sekumpulan kambing.

Setakat ini, kita telah dapat mengenali beberapa ciri objek. Pertamanya, objek terdiri
daripada frasa nama. Dalam kata lain, objek tidak boleh terdiri daripada frasa kerja, frasa
adjektif, atau frasa sendi nama. Keduanya, objek terletak dalam bahagian predikat ayat. Hal
ini bermakna, frasa nama yang terdapat dalam bahagian subjek ayat tidak berfungsi sebagai
objek. Ketiganya, objek mengikuti frasa kerja aktif transitif dalam ayat aktif transitif. Oleh itu,
frasa nama dalam ayat aktif tak transitif tidak bersifat objek. Demikian juga halnya dalam
ayat pasif, mana-mana frasa nama yang ditemukan tidak berfungsi sebagai objek.

4.4 Frasa Nama sebagai Pelengkap

Menurut Tatabahasa Dewan, pelengkap ialah unsur yang menjadi pencakup pada sesuatu
kata kerja tak transitif. Pelengkap merupakan sebahagan daripada kata kerja yang
menjadikannya predikat yang lengkap. Unsur pelengkap tidak boleh digugurkan atau
ditinggalkan kerana ia akan menyebabkan frasa kerja tidak mempunyai makna yang lengkap
dan ayat yang terhasil tidak sempurna atau tidak grmatis. Walaubagaimana pun, unsur yang
menjadi pelengkap boleh juga terdiri daripada frasa nama, frasa adjektif atau frasa sendi
nama. Sebagai contoh:-

i. Dia akan menjadi pengapit perempuan.


ii. Kesihatan emaknya beransur pulih.
iii. Sudah lama saya menetap di kampung ini.

Berdasarkan ayat-ayat diatas, jika tiada pelengkap, ayat-ayat tersebut akan


tergantung contohnya ayat i, dia akan menjadi…menjadi apa?, hal ini jelas menunjukkan
ayat tersebut tidak boleh berdiri sendiri dan tergantung serta memerlukan pelengkap di
belakangnya iaitu pengapit perempuan bagi melengkapkan ayat tersebut. Begitu juga bagi
ayat ii dan iii.

Frasa nama merupakan unsur bagi kata kerja tak transitif. Oleh itu, frasa nama tidak
boleh menjadi subjek kerana ayat aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan. Frasa nama
sebagai pelengkap juga tidak boleh diperluaskan berbanding frasa adjektif dan frasa sendi
nama sebagai pelengkap. Namun, hal ini tidak bermakna tidak ada ayat yang menunjukkan
frasa nama dijadikan sebagai pelengkap. Terdapat beberapa ayat yang menunjukkan
kedudukan frasa nama sebagai pelengkap. Sebagai contoh:-

5
i. Dia menjadi mahasisiwa upsi
ii. Anis menyerupai ibunya
iii. Itu baru merupakan suatu pendapat

Berdasarkan ayat-ayat di atas, perkataan yang condong itu merupakan frasa nama
yang berfungsi sebagai pelengkap contohnya, ‘mahasisiwa upsi’ merupakan frasa nama dan
berfungsi sebagai pelengkap bagi melengkapkan ayat ‘dia menjadi’. Jika tiada pelengkap
tersebut, ayat tersebut menjadi tergantung dan tidak sempurna. Begitu juga bagi ayat ii dan
iii. Hal ini jelas menunjukkan bahawa frasa nama sebagai pelengkap ada dalam ayat-ayat
tertentu.

4.5 Frasa Nama Sebagai Unsur dalam Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama
dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama
ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Antara kata sendi
nama yang sering digunakan dalam Bahasa Melayu termasuklah: di, ke,dari, daripada,
pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai dan
sebagainya.Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan didahului oleh kata bantu.
Sebagai contoh:-

i) Abang ke Ipoh
ii) Sedekah ini untuk fakir miskin
iii) Rumah di atas bukit itu besar

Unsur dalam frasa sendi nama perlu diikuti dengan frasa nama. Berdasarkan contoh
(i) “ke” merupakan unsur frasa sendi nama manakala “Ipoh” pula merupakan frasa nama.
Unsur frasa sendi nama ini tidak boleh diikuti dengan frasa kerja mahupun frasa adjektif.
Bagi contoh (ii), “untuk” ini merujuk kepada unsur frasa sendi nama dan “fakir miskin” pula
adalah unsur frasa nama.

5.0 AKTIVITI YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGAJARAN

Pelbagai aktiviti yang dapat disediakan oleh guru untuk mengajar tatabahasa. Aktiviti yang
disediakan ini perlulah menarik dan kreatif agar dapat menarik minat pelajar untuk terus
mengikuti pengajaran guru. Bagi mengajar binaan frasa nama sebagai beberapa fungsi,
antara aktiviti yang digunakan adalah seperti menggunakan teks, nyanyian dan sebagainya.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai


urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran.

6
Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh
pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada
para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang
akan digunakan.

5.1 Aktiviti Kenalpasti Frasa Nama

Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama yang akan dijalankan dalam pengajaran Frasa Nama.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai Frasa Nama
dahulu sebelum guru meneruskan pengajaran mengenai kedudukan frasa. Guru
menginginkan para pelajar boleh mengenalpasti Frasa Nama. Hal ini demikian kerana bagi
memudahkan pelajar untuk memahami apa yang akan diajarkan seterusnya.

Aktiviti ini meminta para pelajar untuk mengenalpasti yang manakah Frasa Nama
seperti yang terdapat di dalam kotak tersebut. Aktiviti pertama ini mempunyai beberapa
frasa di dalamnya. Guru mencampurkan beberapa frasa seperti Frasa nama, Frasa Kerja,
Frasa Adjektif dan lain-lain. Hal ini demikian kerana menilai para pelajar adakah mereka
dapat mengenal dan mengecam mana satu frasa nama.

Guru akan memberikan masa kepada pelajar untuk mengecam dan mengenalpasti
frasa nama. Setelah tamat tempoh, guru akan meminta pelajar untuk memberikan jawapan
kepada guru. Melalui aktiviti ini, guru dapat mengenalpasti adakah pelajar memahami apa
itu frasa nama ataupun sebaliknya.

5.2 Aktiviti Kedudukan Frasa Nama sebagai Subjek

Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan


penyampaian sesuatu subjek atau modul. Terutamanya dalam pembelajaran bahasa. Guru
harus kreatif merangcang aktiviti pengajaran. Hal ini kerana bahasa adalah suatu mata
pelajaran yang tidak nampak dan memerlukan pemahaman pelajar yang jelas. Oleh itu guru
harus merancang teknik pengajaran yang dapat merangsang minat pelajar untuk
mempelajari bahasa. Dalam mengajar untuk mengenalpasti kedudukan frasa nama sebagai
subjek dalam ayat guru akan menyediakan aktiviti dalam bentuk pantun. Hal ini bertujuan
bagi memudahkan lagi pemahaman mengenai Frasa Nama

Bagi pengajaran kedudukan Frasa Nama sebagai subjek dalam ayat yang
menggunakan pantun ini guru menerangkan terlebih dahulu tentang konsep subjek, konsep
frasa nama dan ayat dalam rangkap pantun. Iaitu dalam pantun rangkap 1 dan 2 adalah

7
satu ayat dan rangkap 3 dan 4 satu ayat. Oleh itu terdapat dua ayat dalam satu rangkap
pantun, manakala dalam satu ayat pula terdapat subjek dan predikat.

Buah cempedak di luar pagar, Ayat 1

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar Ayat 2

Kalau salah tolong tunjukkan

Subjek Predikat

Buah cempedak Di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan

Saya budak Baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan

Oleh itu berdasarkan pantun di atas, kita dapati bahawa perkataan “buah cempedak”
ialah unsur frasa nama yang menduduki fungsi subjek ayat. Hal ini selaras dengan definisi
subjek dalam Tatabahasa Dewan (1993), iaitu subjek sebagai satu konstituen dalam ayat
yang terdiri daripada frasa nama yang menjadi judul (fokus) atau unsur yang diterangkan. Di
sini jelaslah bahawa subjek dalam ayat hanya boleh diisi oleh Frasa Nama sahaja.

Bagi pengajaran ini, guru perlu menjelaskan serba sedikit mengenai subjek dalam
sesuatu ayat kepada pelajar-pelajarnya. Contohnya definisi subjek dan kedudukan frasa
nama yang menduduki fungsi subjek dalam ayat, dengan menggunakan pantun supaya
pelajar mudah memahami. Hal ini kerana pantun dalam bentuk rangkap . Maka murid lebih
jelas dan nampak unsur frasa nama yang menduduki fungsi subjek. Kemudian guru juga
akan menjelaskan kepada pelajar-pelajar bahawa subjek hanya terdiri daripada unsur Frasa
Nama sahaja.

Bagi aktiviti ini, pelajar-pelajar dikehendaki mencari frasa nama sebagai subjek
dalam pantun tersebut. Guru akan merangsang minat pelajar untuk menjawab soalan yang
berbentuk pantun bagi membantu mereka memahirkan diri tentang pengajaran frasa nama
ini. Selain itu juga pelajar dapat mengenal pasti dengan jelas kedudukan Frasa Nama
sebagai subjek dalam ayat. Pengajaran seperti ini sedikit sebanyak mampu menarik minat
mereka semasa proses P&P bahasa yang dijalankan dijalankan dalam kelas.

5.3 Aktiviti Kedudukan Frasa Nama sebagai Predikat

Aktiviti ini hanya akan memfokuskan kepada frasa nama sebagai predikat. Sebelum guru
memulakan pengajaran, guru perlu menerangkan kepada para pelajar tentang predikat.
Guru perlu menerangkan kepada pelajar tentang predikat secara umumnya. Predikat ialah

8
bahagian ayat yang memberikan keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu objek.
Pada masa ini guru perlu menerangkan lebih lanjut mengenai kedudukan predikat iaitu
predikat ini berada selepas subjek.

Selepas guru menerangkan serba sedikit mengenai predikat, guru menerangkan


dengan lebih mendalam iaitu menjurus kepada subtajuk iaitu mengenai frasa nama sebagai
predikat. Guru menerangkan kepada para pelajar iaitu predikat terdapat dalam ayat dan
predikat ini perlu merujuk kepada frasa nama. Kemudian guru akan menerangkan bahawa
frasa nama ini terdiri daripada kata nama dan berfungsi sebagai predikat.

Penerangan secara lisan daripada guru perlu dikukuhkan dengan contoh ayat bagi
menerangkan lebih lanjut tentang predikat. Para pelajar akan lebih mudah memahami apa
yang diterangkan oleh guru apabila guru memberikan beberapa contoh bagi mengenalpasti
predikat sebgai frasa nama. Sebelum guru menerangkan lebih lanjut, guru perlulah
menunjukkan dahulu bagaimana untuk mencari subjek dan predikat dalam ayat. Hal ini
demikian kerana bagi mengajar para pelajar bagaimana untuk mengenalpasti subjek dan
predikat.

Setelah guru menerangkan subjek dan predikat, guru perlu lebih menumpukan
kepada predikat. Kemudian guru akan menunjukkan predikat bahawa predikat ini perlulah
berdasarkan kepada kata nama. Contohnya “ Dia anak Pak Mat ”. “ anak Pak Mat ” adalah
predikat bagi ayat ini. Guru menerangkan kepada para pelajar bahawa perkataan yang ada
dalam predikat ini merujuk kepada kata nama iaitu perkataan “anak”.

Bagi memastikan para pelajar memahami apa yang telah dipelajari, guru
memberikan satu contoh yang lain dan menerangkan lebih lanjut bagaimana utnuk
mengenalpasti predikat yang terdapat dalam ayat. Setelah guru menerangkan mengenai
predikat, guru membuat sedikit aktiviti mengenai predikat sebagai frasa nama. Aktiviti ini
meminta pelajar untuk mencari dan menggariskan predikat yang terdapat dalam ayat.
Contohnya seperti:

i) Kami ahli Kadet Polis.

Berdasarkan kepada contoh di atas predikat yang ada di dalam ayat ini ialah “ahli

Kadet Polis”. Predikat dalam ayat ini merujuk kepada frasa nama. Latihan ini akan
meminta pelajar untuk mengenalpasti dan menggariskan frasa nama sebagai predikat.
Semasa aktiviti ini dijalankan, guru akan memberikan masa kepada semua pelajar untuk
mencari dan mengenalpasti predikat yang ada dalam ayat tersebut.

9
Setelah tamat tempoh masa yang diberikan, guru akan memilih beberapa orang
pelajar untuk mengemukakan jawapan yang telah mereka perolehi. Guru juga boleh
meminta para pelajar untuk memperjelaskan kenapa mereka memilih jawapan tersebut.
Selesai pelajar memberikan jawapan mereka, guru bersama-sama pelajar akan berbincang
mengenai aktiviti tersebut. Guru akan memberikan jawapan yang sebenarnya kepada
pelajar. Hal ini demikian bagi mengurangkan kekeliruan yang pelajar hadapi semasa mereka
mencari jawapan yang sebenar untuk soalan yang diberikan.

5.4 Aktiviti Kedudukan Frasa Nama sebagai Objek

Sebelum guru meneruskan aktiviti di dalam kelas, guru menerangkan kepada pelajar
tentang maksud objek iaitu objek merupakan bentuk kata nama atau kumpulan kata nama
yang menjadi penyambut kata kerja transitif. Guru juga menerangkan kepada pelajar
tentang tiga ciri-ciri objek iaitu objek terdiri daripada frasa nama sahaja dan tidak boleh
terdiri daripada frasa kerja, frasa adjaktif, atau frasa sendi nama. Objek juga haruslah
terletak dalam bahagian predikat ayat dan objek haruslah mengikuti frasa kerja aktif transitif
dalam ayat aktif transitif.

Setelah murid memahami tentang topik yang diajar, guru mengarahkan pelajar
membuat satu latihan bagi mengetahui tahap pemahaman pelajar tentang topik yang diajar
pada hari tersebut. Guru mengedarkan teks kepada pelajar dan murid melakukan aktiviti
tersebut dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti yang diberikan berbentuk satu latihan dimana
pelajar perlu memilih dan menandakan jawapan yang menunjukkan kedudukan objek dalam
frasa nama diatas kertas yang telah diedarkan. Pelajar harus memilih salah satu jawapan
dan menandakan ( / ) bagi soalan yang diberikan. Contohnya:

Dia membeli banyak buku di kedai itu /

Setelah murid selesai membuat latihan dalam masa yang ditetapkan, guru
melakukan perbincangan di dalam kelas tentang aktviti kedudukan frasa nama sebagai
objek dalam ayat tersebut sekaligus dapat mengetahui kelemahan pelajar tentang topik
tersebut.

5.5 Aktiviti Kedudukan Frasa Nama sebagai Pelengkap

Dalam mengajar kedudukan frasa nama sebagai pelengkap dalam ayat memerlukan
pemahaman yang tinggi dan bahan pengajaran yang mampu menarik pelajar-pelajar
mempelajari tatabahasa.

10
Bagi pengajaran ini, guru perlu menjelaskan serba sedikit mengenai pelengkap
dalam sesuatu ayat kepada pelajar-pelajarnya contohnya apa itu pelengkap dan bagaimana
pelengkap dalam sesuatu ayat menjadi frasa nama. Kemudian guru juga akan menjelaskan
kepada pelajar-pelajar bahawa pelengkap boleh terdiri daripada frasa nama, frasa adjektif
atau frasa sendi nama. Guru akan memberikan beberapa contoh ayat bagaimana frasa
nama boleh menjadi pelengkap dalam sesuatu ayat menggunakan papan tulis. Sebagai
contoh:-

i. Suhaili akan menjadi ahli kumpulan nasyid.


ii. Hani tidur berlengankan tangan bapanya.
iii. Dia merupakan ayah Ali.

Berdasarkan ayat di atas, guru akan menerangkan kepada pelajar-pelajar


bagaimana frasa nama boleh menjadi pelengkap. Frasa nama menjadi pelengkap apabila
frasa nama ‘ahli kumpulan nasyid’ melengkapkan ayat ‘Suhali akan menjadi’. Seterusnya,
guru akan terangkan ,jika hanya mengandungi ayat ‘Suhaili akan menjadi’, ayat tersebut
akan menjadi tergantung dan tidak sempurna. Begitu juga dengan ayat ii dan ayat iii.
Kemudian guru akan memberikan contoh pelengkap yang bukan terdiri dariada frasa nama
contohnya ‘ lantai rumah itu menjadi bersih selepas diberus’ dan ‘Zahin pernah tinggal di
rumah setinggan’. Ayat tersebut menunjukkan pelengkap ayat bukan terdiri daripada frasa
nama. Hal ini demikian kerana frasa yang menjadi pelengkap ayat tersebut merupakan frasa
adjektif iaitu ‘bersih selepas diberus’ dan juga frasa sendi nama iaitu ‘di rumah setinggan’.
Penerangan tersebut secara tidak langsung memudahkan pemahaman pelajar tentang
kedudukan frasa nama sebagai pelengkap dalam sesuatu ayat.

Guru menyediakan beberapa soalan dan pelajar-pelajar dikehendaki menjawab


soalan-soalan tersebut dengan menyarankan sesiapa yang ingin menjawab soalan tersebut.
Sebagai contoh, soalan satu dan dua adalah sama iaitu pilih jawapan yang menunjukkan
frasa nama sebagai pelengkap dan jawapan-jawapan yang dikemukan ialah:

i) Kita harus sentiasa berbuat baik.


ii) Sudah lama saya menetap di kampung ini.
iii) Dia menjadi mahasiswa upsi.

Jawapan yang dikehendaki ialah ‘C’ kerana pelengkap ayat iaitu ‘mahasiswa upsi’
merupakan frasa nama dan pelengkap ayat bagi jawapan A dan C merupakan frasa adjektif
sifat iaitu ‘berbuat baik’ dan frasa sendi nama ‘di kampung ini’ . Jika pelajar meneka jawapan
kepada soalan tersebut, maka pelajar perlu memberikan sebab mengapa dia memilih
jawapan tersebut tidak kira sama ada jawapannya betul atau salah. Begitu juga soalan yang

11
seterusnya. Bagi soalan tiga dan empat, soalannya adalah sama iaitu pilih jawapan yang
bukan menunjukkan frasa nama sebagai pelengkap contohnya dan jawapan-jawapan yang
diberikan ialah:

i) Lelaki itu mempunyai kakak kurang upaya.


ii) Keretanya yang besar itu membelok ke kiri.
iii) Itu baru merupakan suatu pendapat.

Jawapan yang dikehendaki ialah ‘B’ kerana pelengkap bagi ayat tersebut iaitu ‘ke kiri’
merupakan frasa sendi nama. Pengajaran seperti ini sedikit sebanyak mampu menarik minat
mereka semasa proses P&P tatabahasa dijalankan dalam kelas.

5.6 Aktiviti Kedudukan Frasa Nama Sebagai Unsur Frasa Sendi Nama

Teknik nyanyian adalah antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak
membosankan pelajar. Teknik nyanyian ini adalah berdasarkan kepada menayangkan video
kepada pelajar mengenai lagu yang telah dipilih dan memberikan lirik lagu yang digunakan
kepada pelajar. Kaedah pengajaran seperti inilah yang digunakan untuk menerangkan
kepada pelajar mengenai tajuk ini. Teknik nyanyian ini digunakan untuk menerangkan
mengenai kedudukan frasa nama sebagai unsur frasa sendi nama.

Penggunaan teknik nyanyian dan lirik lagu ini adalah kerana banyak lagu yang
mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di
samping meminta pelajar menyanyikan lagu, guru juga boleh meminta pelajar untuk
menyanyi berdasarkan lirik lagu yang diberikan. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu
tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Aktiviti nyanyian ini
merupakan salah satu aktiviti yang digunakan sebagai satu permulaan yang menarik
sebelum guru mengajar mengenai tajuk ini.

Selesai nyanyian ini, guru akan menyatakan kepada pelajar tentang apa yang akan
mereka pelajari pada hari tersebut. Guru akan menerangkan serba sedikit mengenai unsur
frasa sendi nama. Contohnya seperti apa itu unsur frasa sendi nama, bagaimana unsur
frasa sendi nama ini boleh menjadi unsur kepada frasa nama. Guru perlu terangkan semua
perkara ini kepada pelajar. Hal ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada pelajar
mengenai topik yang diajarkan kepada mereka. Setelah pelajar dapat memahami apa yang
diajarkan oleh guru, guru boleh menjalankan aktiviti seterusnya untuk menilai kefahaman
pelajar terhadap pelajaran yang telah diajarkan.

Berdasarkan aktiviti yang dijalankan pada awal sesi pembelajaran, lirik lagu yang
diberikan mereka akan diguna kembali untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya. Guru

12
meminta pelajar untuk mencari frasa nama yang berfungsi sebagai unsur frasa sendi nama
berdasarkan kepada lirik lagu yang diberikan kepada mereka tadi. Guru akan memberikan
mereka masa untuk menyiapkan latihan yang diberikan kepada mereka ini.

Setelah pelajar sudah selesai tugasan yang diberikan, guru meminta beberapa
pelajar untuk memberikan jawapan dan meminta pelajar tersebut menyatakan alasan
kenapa mereka memberikan jawapan tersebut. Seterusnya guru akan memberikan jawapan
yang sebenarnya kepada pelajar dan menyatakan alasan mengapa jawapannya sebegitu.
Hal ini demikian kerana untuk memberikan satu penjelasan yang nyata kepada pelajar.
Dalam aktiviti kelima ini, inilah caranya bagaimana guru menggunakan bahan rangsangan
iaitu nyanyian dan lirik lagu untuk mengajar pelajar mengenai topik ini.

5.7 Latihan Pengukuhan

Latihan pengukuhan ini dijalankan selepas pengajaran mengenai kedudukan frasa nama
dalam ayat. Guru menjalankan aktiviti pengukuhan ini bagi melihat sama ada pelajar
memahami topik yang telah diajarkan. Guru akan menggunakan permainan “Kad Ayat”
sebagai latihan pengukuhan. Guru akan menyediakan beberapa sampul yang mengandungi
beberapa kepingan kad. Setiap kad ini mengandungi ayat-ayat pendek yang merangkumi
lima fungsi frasa nama dalam ayat iaitu subjek, predikat, objek, pelengkap dan unsur frasa
sendi nama. Sebagai contoh:

Pemuda yang ditimpa kemiskinan itu terpaksa meminta sedekah dengan pakaian
koyak-rabak walaupun sering dihina orang kerana menjadi sampah masyarakat.

Berdasarkan kepada contoh di atas ini mempunyai beberapa kedudukan frasa nama
iaitu seperti “pemuda yang ditimpa kemiskinan itu” iaitu sebagai subjek, “terpaksa meminta
sedekan dengan pakaian koyak-rabak” sebagai predikat dan sebagainya.

Bagi melaksanakan aktiviti ini, guru akan membahagikan pelajar kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil ke hadapan untuk mengambil
sampul surat berisi Kad Ayat. Guru mengarahkan setiap kumpulan mencari fungsi frasa
nama dalam ayat-ayat tersebut. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk
menjalankan perbincangan sesama ahli sekaligus menyelesaikan latihan tersebut.

13
Selepas masa yang diberikan tamat, guru akan meminta wakil setiap kumpulan
untuk memberikan jawapan yang tepat. Setelah selesai setiap kumpulan memberikan
jawapan, guru akan membincangkan kembali jawapan-jawapan yang telah pelajar berikan.
Aktiviti ini secara tidak langsung, pelajar dapat memahami isi pengajaran yang telah diajar
oleh guru melalui latihan pengukuhan ini. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti tahap
kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah dijalankan.

6.0 KESIMPULAN

Guru perlulah menyediakan pelbagai modul pengajaran yang mempunyai pelbagai bahan
rangsangan sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.. Hal ini demikian
kerana, pada zaman kini guru tidak boleh terus menggunakan teknik tradisional untuk
mengajar pelajar pada era yang serba maju ini. Guru perlulah menggunakan teknik
pengajaran yang baharu seiring dengan perkembangan teknologi dan tahap kognitif pelajar
pada zaman kini. Penyediaan modul pengajaran ini penting untuk memastikan guru
melaksanakan satu proses pengajaran yang menarik, kreatif, dan tidak membosankan

Penggunaan modul pengajaran Sekurang-kurangnya mampu untuk menarik


tumpuan pelajar untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu.
Sekiranya pelajar dapat menumpukan perhatian mereka terhadap pengajaran guru, tahap
kefahaman mereka akan bertambah. Sekaligus pencapaian mereka dalam subjek Bahasa
Melayu akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, modul pengajaran ini boleh membuatkan pencapaian akademik


pelajar meningkat. Selain itu dengan adanya model pengajaran ini akan membuatkan
pengajaran di dalam kelas akan bertambah lancar dan teratur. Oleh itu, setiap guru
khususnya guru yang mengajar Bahasa Melayu perlu menyediakan pelbagai modul
pengajaran supaya pelajar tidak berasa bosan berada di dalam bilik darjah.

7.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (2006). Sintaksis: Siri Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2008). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

14
Nik Safiah Karim (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita: Jilid 2. Selangor: Cerdik
Publications Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku Bahasa: Ke Arah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul
dan Indah. Selangor: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2010).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

15

Anda mungkin juga menyukai