Anda di halaman 1dari 25

Disediakan oleh : Zashila bt Aziz Faezah bt Mohamad Norailezah bt Nordin

Tajuk 10

AYAT BAHASA MELAYU


Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan Ayat Dasar Ayat Tunggal

AYAT
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang

pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan dan mempunyai intonasi yang sempurna

Ayat terdiri daripada subjek dan predikat Dalam huraian tatabahasa, subjek adalah bahagian

yang diterangkan manakala predikat adalah bahagian yang menerangkan subjek, contohnya :-

Ayat
Subjek 1) Bangunan itu 2) Adik 3)Pengarang itu Predikat tinggi menangis menulis novel

Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian

utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Ayat dapat dibahagian kepada empat jenis : i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan

Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu

penyataan, iaitu mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Contoh :

1) Pemuda itu seorang jurutera. 2) Bunga Mawar itu sangat wangi. 3) Bangunan itu sangat tinggi. 4) Abdullah seorang doktor.

AYAT TANYA

Ayat yang digunakan bertujuan untuk menanyakan sesuatu hal. Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis: Ayat tanya tanpa kata tanya. Ayat tanya dengan kata tanya. 1) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya. > Diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. > Menggunakan lambang tanda soal (?). > Contoh :1) Ayah masih bekerja? 2) Mereka sedang menonton televisyen? 3) Orang tua itu sakit?

Ayat perintah Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan
Jenis perintah Contoh penggunaan

Perintah
Suruhan Larangan Permintaan Ajakan Silaan

Berdiri di atas kerusi itu.


Ikat tali kasut anda dengan betul. Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. Tolong angkat baju itu. Mengucaplah banyak-banyak. Sila jamu selera.

Doa
Harapan

Syukurlah kamu sudah kembali.


Harap harap hari tidak hujan.

AYAT SERUAN
Ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seruan

bertujuan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, sedih, sakit, geram dan sebagainya.

Menggunakan lambang tanda seru (!) yang diletakkan pada

akhir ayat.

Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis,

eh, aduh, syabas.

Contoh :

1) Oh, Tuhanku!
2) Aduh, sakitnya!

3) Syabas, anda telah berjaya!

Ragam ayat ( Ayat Aktif )


Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di

hadapan (sebagai subjek ayat) manakala benda yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan

dan men.i.
Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat).

Ayat pasif
Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak

di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat).
Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau

di.i.
Kekecualian untuk pelaku ganti nama diri pertama dan

kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.


Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

KLAUSA
- Klausa ialah satu rangkaian perkataan yang terdiri

daripada subjek dan predikat. - Klausa menjadi konstituen kepad ayat dan terbahagi kepada dua jenis iaitu : a) Klausa bebas klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap. b) Klausa tak bebas klausa yang tidak boleh berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas.

Contoh :
klausa 1 : Majid kaya ( klausa bebas ) klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan. ( klausa tak bebas)

Klausa Bebas
boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat

lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Cth : kamu pandai

saya akan hadir dia sedang bekerja kami sudah makan

Klausa tak bebas


tidak dapat berdiri sendiri.
Cth : Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.

(ayat induk)

(ayat kecil)

Klausa tak bebas hanya dapat hadir sekiranya wujud ayat

induk. Klausa tak bebas yang hadir bersendirian dianggap tidak gramatis spt: Walaupun hari telah gelap. (salah) Walaupun hari telah gelap, mereka tetap meneruskan

pertandingan itu. (betul)

FRASA
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang

terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Frasa tidak boleh dipecahkan kepada

subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

jenis frasa
Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti

FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik

PERKATAAN Perkataan ialah konstituen kepada frasa Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, kata hubung, kata tugas dan sebagainya. Contoh : kata nama : pelajar, ayah, Seremban, taman kata kerja : makan, tidur, melukis

AYAT DASAR
Ayat dasar adalah ayat yang menjadi sumber bagi

pembentukan ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayat majmuk Dalam bahasa melayu, pola dan struktur binaan ayat mempunyai bentuk yang tetap, iaitu mempunyai 4 pola seperti berikut :
Pola 1 (FN + FN) = Frasa nama +Frasa nama

Pola 2 (FN + FK) = Frasa nama + Frasa kerja


Pola 3 (FN + FA) = Frasa nama + Frasa adjektif Pola 4 (FN + FS) = Frasa nama + Frasa sendi nama

Pembahagian adalah berdasarkan unsur-unsur yang

terdapat dalam konstituen subjek dan konstituen predikat.


Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa

nama manakala konstituen predikat diisi oleh 4 jenis unsur seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh:
Pola Pola 1 (FN + FN) Pola 2 (FN + FK) Pola 3 (FN + FA) Pola 4 (FN + FS) Subjek Harun Jurulatih Marlina Muzium Predikat pesilat amatur. sedang berehat. sungguh pandai. di Pusat Islam.

AYAT TUNGGAL Ialah ayat yang mempunyai satu klausa sahaja dan di dalam klausa terkandung satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Kesemua ciri ini menggambarkan bahawa adanya persamaan antara ciri ayat tunggal dan ayat dasar. Namun masih terdapat perbezaan diantara ayat tunggal dan ayat dasar/inti iaitu : Struktur ayat tunggal tidak semestinya subjek mendahului predikat seperti ayat dasar. Ini bermakna predikat boleh mendahului subjek untuk ayat tunggal dan ayat-ayat songsang merupakan ayat tunggal. Contoh ayat tunggal:

Kata Dasar (Subjek + Predikat)

Kata Tunggal ( Predikat + Subjek)

1. Dia membeli buku.

Membeli buku dia.

2. Lukisannya cantik

Cantik lukisannya.
Di atas bukit rumah mereka.

3. Rumah mereka di atas bukit.

Ayat tunggal boleh berdiri daripada jenis ayat yang lain, misalnya ayat tanya dan ayat seruan, dan ayat dasar terdiri daripada ayat penyata Sebagai contohnya : Ke pejabatkah, bapa? Kayakah keluara, mereka?

Sekian. Terima Kasih!!!!

Anda mungkin juga menyukai