Anda di halaman 1dari 6

BAB 5 AYAT DASAR

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.Setiap ayat dasar terbentuk daripada dua unsur, iaitu subjek dan predikat.Ayat dasar mesti bermula dengan subjek dan diikuti oleh predikat. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut.

5.1 Pola Ayat Dasar 1 : Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )


Jika subjek suatu ayat itu Frasa Nama dan predikatnya pun Frasa Nama, maka ayat itu mempunyai pola FN + FN. Contohnya: No. 1 2 3 Subjek ( Frasa Nama ) Dia Ini Dua orang itu lori. doktor. Predikat ( Frasa Nama ) Abu Bakar.

Semua kata dalam ayat-ayat (1) hingga (5) di atas termasuk dalam kata nama, iaitu:(a) ini, itu ( kata ganti tunjuk ) (b) Abu Bakar ( kata nama khas ) (c) lori, doktor, orang ( kata nama am ) (d) dua ( kata bilangan )

Daripada contoh di atas, ternyata bahawa: (a) sepatah kata boleh menjadi Frasa Nama. Misalnya kata Dia, Ini. (b) Lebih daripada sepatah kata boleh juga menjadi Frasa Nama misalnya Dua orang itu.

5.2 Pola Ayat Dasar 2 : Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )


Jika subjek suatu ayat itu Frasa Nama dan predikatnya pun Frasa Adjektif, maka ayat itu mempunyai pola FN + FA. Contohnya: No. 1 2 3 Subjek ( FN ) Garam ini Laut itu Mansur masin. dalam. penakut. Predikat ( FA )

Bahagian Dua: Ayat

22

Oleh sebab dapat bertugas sebagai predikat, maka kata adjektif seperti masin, dalam dan penakutmenjadi frasa adjektif walaupun hanya sepatah kata

Ada kalanya, frasa adjektif disertai kata keterangan penguat seperti paling, sangat dan amat.Ada kata penguat yang letaknya di depan adjektif dan ada yang letakknya hanya di belakang adjektif. Ada juga kata penguat yang bebas, yakni di depan atau di belakang adjektif. Contohnya: cantik sekali paling jahat sangat ringan atau ringan sangat.

Kata adjektif boleh diimbuhi awalan ter-, misalnya terburuk, terbanyak yang masingmasing membawa makna paling buruk dan paling banyak.

Kata adjektif boleh juga disertai kata keterangan bantu yang letaknya di depan. Contohnya: akan mundur belum masak

5.3 Kesalahan dan Contoh Ayat 1 Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contohnya: * Masakan itu paling pedas sekali. ( salah ) Masakan itu paling pedas ( betul )

Masakan itu pedas sekali. ( betul )

Apabila kata adjektif diimbuhi awalan ter-, maka kata penguat tidak diperlukan lagi. Contohnya: * Ikan paus ialah mamalia amat terbesar di dunia. ( salah ) Ikan paus ialah mamalia terbesar di dunia. ( betul )

5.4 Pola Ayat Dasar 3 : Frasa Nama + Frasa Sendi ( Fn + Fs )


Jika subjek suatu ayat itu Frasa Nama dan predikatnya pun Frasa Sendi, maka ayat itu mempunyai pola FN + FS. Contohnya: No. 1 2 3
Bahagian Dua: Ayat

Subjek (Frasa Nama) Ayah Majalah ini Pekan itu

Predikat (Frasa Sendi) ke Singapura. untuk perpustakaan. di Pahang.

23

Gabungan kata sendi dengan frasa nama menghasilkan frasa sendi. Frasa nama yang menyertai kata sendi bertugas sebagai objek. Tanpa objek, kata sendi tidak dapat menjadi frasa sendi. Contohnya: Kata Sendi ke untuk di Frasa Nama (Frasa Nama) Singapura perpustakaan Pahang Frasa Sendi (FrasaSendi) ke Singapura untuk perpustakaan di Pahang

Frasa sendi boleh didahului oleh kata keterangan bantu seperti pernah, sudah, belum, boleh, hendak, masih, mungkin dan sebagainya. Contoh: (a) sudah ke luar negeri (b) mungkin di dalam almari itu (c) pernah ke Sabah Kata sendi iaitu di, ke dan dari dapat disertai kata nama arah seperti atas, kiri, dalam, luar,barat, bawah, sampingdan sebagainya bagi membentuk frasa sendi. Contohnya: (a) ke dalam sungai (b) di samping itu (c) dari sebelah kanan pintu

5.5 Pola Ayat Dasar 4 : Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )


5.5.1 Frasa Kerja Tak Transitif Jika subjek suatu ayat itu Frasa Nama dan predikatnya frasa kerja tak transitif ( KKTT )maka pola ayat itu ialah FN + FK. Contohnya: No. 1 2 3 Subjek (Frasa Nama) Mereka Ketiga-tiga pelajar itu Kami Predikat (Frasa Kerja) berdiri. mencuri. tersenyum

Kata berdiri, mencuri dan tersenyum dalam ayat di atas ialah kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ( KKTT ) pada dasarnya dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap tanpa objek. Kata kerja tak transitif berapitan berkan, tidak dapat berdiri sendiri sebagai frasa untuk bertugas sebagai predikat. Kata kerja berapitan berkan memerlukan
Bahagian Dua: Ayat

24

pernyataan frasa nama sebagai objek kepada kata sendi akan yang disingkatkan menjadi akhiran -kan pada kata kerja yang berapitan berkan itu. Contohnya: No. 1 2 3 Subjek Perniagaan itu Oleh sebab tidak ada bantal, dia tidur Keris panglima itu Predikat KKTT bermatlamatkan berbantalkan berhulukan Frasa Nama keuntungan. lengan. gading.

KKTT boleh disertai kata bantu seperti sudah, akan, masih, telah dan sebagainya untuk membentuk frasa kerja yang berdiri sebagai objek. Contohnya:

sudah tiba 5.5.2 Frasa Kerja Transitif

telah pergi

masih muda

Jika subjek suatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja transitif, pola ayat masih FN + FK juga. Contohnya: No. 1 2 3 Subjek Ibu Pak Amir Cikgu Ghaffar Predikat KKTT menghadiahi memperbesar memperkatakan Frasa Nama anaknya jam tangan. rumahnya. sejarah negara.

Frasa kerja transitif dapat juga diluaskan dengan menambahkan frasa sendi. Contohnya: No. 1 2 3 Subjek ( FN ) Ayah Kassim Fauziah Predikat Frasa Kerja menebang pokok mengirim buku memandu keretanya Frasa Sendi dengan kapak. kepada adiknya. ke pejabat.

Bahagian Dua: Ayat

25

5.6 Latihan Pengukuhan


5.6.1 Mengenal Pasti Kesalahan

Ke Singapura Encik Fadzil.

Menggemparkan seluruh rakyat berita letupan itu.

Duduk di bangku budak-budak itu.

Minuman itu sangat manis sekali.

Kami suka durian.

5.6.2 Membetulkan Kesalahan 1 Dekat Dataran Merdeka para remaja berkumpul. ______________________________________________________________

Menguning padi kepunyaan Pak Ali. _______________________________________________________________

Lagu itu sungguh merdu nian. ________________________________________________________________

Mereka akan lalu jalan itu. _________________________________________________________________

Pesakit itu hendak berjumpa doktor.

__________________________________________________________________ 5.6.3 Menentukan Ayat yang Betul / Salah

Comel kucing kesayangan Azim

Bahagian Dua: Ayat

26

Madu semanis gula

Mereka berasal daripada sebuah keluarga yang besar. ()

Hadiah itu daripada Rozana. (

Sedang berehat bapa kesayangan mereka. (

Bahagian Dua: Ayat

27

Anda mungkin juga menyukai