Anda di halaman 1dari 9

Sistem Kata Nama

Sistem juga boleh didefinisikan sebagai satu set atau perangkat benda sama
ada konkrit atau abstrak yang saling mempunyai satu kaitan dengan satu sama
lain untuk membentuk satu komponen yang besar.
Kata nama pula merupakan kata yang menjadi inti frasa nama dalam ayat dan
lazimnya kata ini menamakan orang, tempat dan benda.

Hal ini demikian kerana keahlian dalam kata nama boleh bertambah disebabkan
oleh cirinya yang bersifat terbuka.

Mengikut sistem kata nama boleh dicipta melalui proses morfologi seperti
proses penambahan, pemajmukan, dan penggandaan.
PENGIMBUHAN

• Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar
untuk membentuk kata terbitan.

• Dalam kata nama, penambah atau imbuhan yang terlibat ialah {peN-}, {pek-},
{peR-}, {ke-}, {-an}, {–el}, {-en-}, {-er-}, {peN-…-an}, {peR-…-an} dan {ke-…-an}.

• Penambah yang diimbuhkan dengan kata kerja, kata sendi nama serta kata
adjektif berfungsi sebagai pengubah golongan kata iaitu perubahan kepada kata
nama.

• Perubahan golongan kata ini melibatkan proses pengimbuhan terhadap sesuatu


perkataan yang berbentuk tunggal dan tidak berlapis.

• Sistemnya yang terbuka menyebabkan kata nama dapat dibentuk daripada


pelbagai kelas kata.
1) Perubahan Kata kerja → Kata nama Perkataan yang merupakan ahli dalam

Latih → Pelatih kata kerja dimasukkan ke dalam

Lawan→ Pelawan sistem kata nama dengan penambahan


awalan {peR-}.

2) Perubahan kata sendi → Kata nama Kata sendi nama menjadi ahli dalam
Oleh→ Perolehan kata nama apabila ditambah dengan
Untuk→ Peruntukan imbuhan {per-...an}

3) Perubahan kata adjektif → Kata nama Kata adjektif bentuk tunggal berubah
Besar → Pembesar menjadi kata nama apabila mengalami
Tinggi → Ketinggian proses pengimbuhan.
PEMAJMUKAN

• Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih sehingga menjadi bentuk kata majmuk
yang membawa makna khusus.

• Kata majmuk terhasil daripada gabungan dua kata dasar dan tidak ada hubungan makna
antara perkataan pertama dan kedua.

• Kedua-dua perkataan tersebut mendukung makna tersendiri dan apabila digabungkan ia


membawa maksud yang lain.

• Kata nama memasuki sistem terbuka menerima keahlian dan boleh diperluaskan melalui
pelbagai proses.
Jenis kata majmuk Kata nama majmuk Proses pembentukan kata

Kata majmuk mantap Setiausaha KA-KK

Tandatangan KK-KN

Kata majmuk bebas Alat tulis KN-KK

Kolam renang KN-KK

Kata Nama Kiasan Campur tangan KK-KN

• Kata nama majmuk mantap setiausaha, memiliki dua kelas kata yang berbeza iaitu kata
adjektif setia dan kata kerja usaha.

• Kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza misalnya setia menunjukkan keadaan
atau sifat yang amanah manakala usaha merupakan kegiatan atau perbuatan yang menunjukkan
daya upaya dalam melakukan sesuatu.
PENGGANDAAN
• Proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar.

1) Kata ganda Layang-layang Layang (KK)

seluruh Riang-riang Riang (KA)

• Kata dasar bagi kata ganda seluruh tersebut ialah layang iaitu berasal dari
golongan kata kerja manakala riang berasal dari golongan kata adjektif.
• Namun, ia dapat dimasukkan dalam kata nama melalui proses
pemajmukan.

2) Kata ganda Kenang-kenangan Kenang (KK)

berimbuhan Jadi-jadian Jadi (KK)

• Perubahan dari kata kerja kepada kata nama dimungkinkan oleh


penggandaan menyaling.
3) Kata ganda Sesekat Sekat (KK)

separa Geganti Ganti (KK)

• Bunyi vokal pada suku kata pertama akan berubah menjadi vokal yang
dilambangkan dengan huruf e.
• Kesemua perkataan yang dibentuk daripada proses ini mempunyai ciri
sintaksis yang sama iaitu menjelaskan konsep.

4) Kata ganda Turun-temurun Temurun (KN)

berentak Tindak-tanduk Tindak (KK)

• Menentukan makna kesangatan, dan makna berlanjutan dalam sesuatu


ayat.
Sistem Tertutup
Sistem tertutup bermaksud keahlian dalam sistem ini tidak boleh ditambah atau tidak
boleh diperluaskan.

Kata nama Contoh


Purata
Akronim Jentolak
Halaju
Cerpen

• Dihasilkan dengan pencantuman bahagian-bahagian tertentu daripada rangkaian perkataan.


• Kata akronim digolongkan sebagai kata nama tunggal kerana ditulis dan disebutkan sebagai satu perkataan
yang utuh.
• Kata nama akronim dimasukkan dalam sistem kata nama tertutup kerana perkataan yang terhasil daripada
proses pengakroniman ini tidak boleh diperluaskan lagi dengan proses morfologi.
Kata nama Contoh
Tunjuk Itu
Ini

• Kata nama penunjuk ini boleh berfungsi pada subjek dan predikat
• Kata ganti nama tunjuk tergolong dalam sistem kata nama tertutup kerana ia tidak boleh terdiri sendiri sebagai
subjek atau predikat.
• Perkataan tersebut perlu didahului oleh kata nama atau kata sifat untuk memberikannya fungsi.
• Perkataan ini turut tidak boleh diluaskan melalui apa-apa proses morfologi yang menjadikannya tergolong
dalam sistem kata nama tertutup.

Anda mungkin juga menyukai