Anda di halaman 1dari 15

NOTA PENYUNTINGAN- KMK penggal 3

ASPEK BAHASA DALAM PENYUNTINGAN

Pengertian Penyuntingan
Perihal melakukan pembetulan atau pembaikan karangan, karya, buku, makalah, manuskrip dan lain-lain.

Peranan Penyunting
a. Memilih dan menyusun karya orang atau pihak lain untuk diterbitkan;
b. Menyediakan karya atau sekumpulan karya orang lain untuk diterbitkan;
c. Menyediakan manuskrip sendiri untuk diterbitkan.

•SUMBER RUJUKAN

Gaya Dewan Edisi Ketiga


Kamus Dewan Edisi Keempat
Daftar Ejaan
Tatabahasa Dewan
Kamus/Daftar/Glosari Istilah
Tesarus Bahasa Melayu Dewan
Kamus Dwibahasa Edisi Kedua
prpm.dbp.gov.my

•JENIS PENYUNTINGAN

* Penyuntingan Substantif

* Penyuntingan Kopi

Aspek bahasa dalam penyuntingan lebih menjurus kepada peranan penyunting kopi
•Peranan Penyunting Kopi

Edtior berperanan untuk :-


i. memotong, menambah atau membetulkan sesebuah karya mengikut keperluan dan kesesuaian
bagi menjamin karya penulis memenuhi piawai penerbit
ii. Memastikan karya memperkatakan tujuan karya itu;
iii. Melenyapkan pertentangan fakta;
iv. Membetulkan kesalahan dan kerancuan aspek bahasa seperti ejaan, ayat, frasa, pemilihan kata, tanda
baca,penggunaan huruf besa, penggunaan huruf kecil, kependekan, penggunan istilah dan sebagainya.

Penyuntingan Substantif

Pembaikan atau penambahbaikan dari aspek isi dan organisasi sesebuah karya itu. Antaranya, isu yang berkaitan
dengan penggunaan bahasa yang lewah, pengungkapan pemikiran penulis, fakta yang tepat, plagiarisme,
pengolahan yang segar, inti pati cerita yang mekar dan bersesuaian, dan mengikut standard yang ditetapkan
penerbit.

•PENYUNTINGAN KARYA KREATIF

Ingatlah 5 Perkara:
a. Anakronisme
b. Bahasa
c. Dialog
d. Bahasa Basahan dan Dialek
e. Plot

•Anakronisme
Kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat, percakapan dan sebagainya pada zaman yang
sebenarnya.
1. Hang Jebat melihat-lihat jam tangannya sambil membetul-betulkan songkoknya.
2. “Cis! Nanti aku tembak kau dengan M16 ini,” teriak Tun Perak.
3. Rosli Dhobi, pejuang kemerdekaan Sarawak mati digantung pada tahun 1959 kerana membunuh Duncan
Stewart.

Bahasa

1. Ejaan
2. Istilah
3. Tatabahasa
4. Semantik
5. Gaya Bahasa
6. Tanda Bacaan

TANDA BACAAN
i. Membantu penyusunan frasa, klausa dan ayat.
ii. Sebagai gambaran seni yang turut membantu pernyataan sikap, perasaan dan emosi penulis.

1. Tanda Noktah (.)


1.1 Di akhir setiap ayat lengkap.

Kesusasteraan tradisional terbahagi kepada lisan dan tulisan.


1.2 Penamat ayat perintah atau suruhan.
Jangan bising.
•1.3 Penamat ayat tanya berbentuk retorik, yakni yang tidak memerlukan jawapan.
Siapa yang tidak tidak marah kalau
diperlakukan demikian rupa.

1.4 Penamat ayat tanya dalam ragam cakap pindah.


Ketua Pengarah bertanya siapa pegawai projek program itu.

1.5 Kependekan Nama

Abg. Zohari Abdul Rahman


S. Jibeng

1.6 Selepas setiap nombor senarai tanpa tanda kurung.


1. Singapura
2. Malaysia
3. Indonesia

1.7 Memisahkan Ringgit Malaysia dengan sen.


RM149.90

1.8 Menunjukkan tanda perpuluhan.


76.8 peratus
20.59 saat
5.5 juta
1.9 Tanda penulisan senarai bibliografi atau rujukan
Hashim Othman 2003. Kemahiran Menulis:Perspektif Komunikasi. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa
dan Pustaka.

•2. Tanda Koma

* Tanda pemisah yang sementara sifatnya;


* Memisahkan satu klausa atau frasa dengan yang lain.

2.1 Memisahkan tiga atau lebih unsur dalam ayat


Dalam setiap aktiviti sekolah, seperti program orientasi pelajar baharu, pelantikan pengawas dam perhimpunan,
pihak sekolah perlu menitikberatkan aspek pembudayaan amalan berbudi bahasa dan nilai murni.
2.2 Memisahkan frasa keterangan daripada ayat induk dalam ayat songsang.
Selepas persaraan beliau daripada dunia pendidikan, Mahmud bertukar kerjaya.

2.3 Menggabungkan beberapa ayat menjadi satu ayat


Selain memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang kesusasteraan Melayu dan bidang kebudayaan,
Mahmud Ahmad merupakan salah seorang aktivis bahasa yang turut terlibat dalam meletakkan batu asas dalam
memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu di tempat yang sewajarnya di Singapura.

•2.4 Menghubungkan ayat-ayat yang boleh berdiri sendiri dalam ayat majmuk dengan menggunakan kata
hubung seperti dan, sambil, tetapi, kemudian, serta dan lalu.

Bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa dan negara, khususnya
sebagai bahasa kebangsaan, tetapi adalah antara elemen yang penting sebagai asas kepada pembentukan rakyat
Malaysia yang unggul lagi perkasa.

•2.5 Memisahkan ayat induk daripada petikan langsung


“Ini ada sepucuk surat untuk ibumu. Harap Lina sampaikan kepada ibu sebaik-baik sampai di rumah nanti,”
pesan ayahnya sambil menghulurkan surat tersebut kepada Lina.

2.6 Memisahkan keterangan setara


Menurut Pegawai Penyelidik Radiokimia, Insititut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Dr.
Zaharuddin bin Ahmad, aktiviti nuklear ini boleh dibahagikan kepada dua tujuan utama iaitu keamanan dan
bukan keamanan.

2.7 Menyisipkan kata, frasa atau klausa ke dalam sesuatu ayat atau perenggan
Oleh itu, selain memantapkan kursus fakulti ini, kerajaan sewajarnya membuka kursus yang sama di IPTA lain
supaya mampu meramaikan profesional pertanian untuk memenuhi keperluan negara yang semakin berkurangan
dan tidak mencaukupi.

2.8 Menandakan Contoh


Dia suka akan novel-novel Melayu, contohnya Salina, Merpati Putih Terbang Lagi dan sebagainya.

2.9 Menandakan unit geografi


Mahmud lahir pada 29 Mac 1906 di Kallang, Singapura.

2.10 Memisahkan unsur berlawanan


Yang menang Barisan Nasional,
bukan parti pembangkang.

2.11 Memisahkan kata dengan unsur ayat


Pementasan itu berakhir pada pukul 10.30 malam, 7 Mei 2006.

2.12 Menandakan Pengulangan


Aku benci, benci dan benci.
Nyah kau dari sini.
•Sekadar Renungan

Semua wanita yang bercermin mata,masuk dahulu.

Semua wanita yang bercermin, mata masuk dahulu.

3.0 TANDA SEMPANG ( - )

Sekurang-kurang ada 10 fungsi tanda sempang.


3.1 Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan
Kata p-e-l-a-n-c-o-n-g-a-n dan p-e-l-a-c-u-n-g-a-n mempunyai makna yang berbeza.

Kata g-o-l-o-n-g-a-n tidak g-u-l-u-n-g-a-n tidak sama ertinya.

•3.2 Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar


“Sa-sa-ya, ” katanya dengan gugup.

3.3 Memisahkan angka yang berbeza fungsi

ISBN 983-62-8339-0
012-8920460

•3.4 Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.


Anglo-Saxon
Indo-Belanda

3.5 Memisahkan huruf kecil dengan huruf besar

rahmat-Nya
pra-Kongres
Pan-Malaysia
•3.6 Menandakan penulisan
dalam transliterasi
huruf Arab-Rumi

al-Fatihah
al-Quran

3.7 Memperjelas ungkapan yang seakan-akan sama


be-revolusi dengan
ber-evolusi

3.8 Merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an


zaman 60-an
tahun 1990-an

3.9 Merangkaikan ke- dengan angka


ke-9
ke-30

3.10 Menunjukkan kata gandaan


porak-peranda
simpang-siur
kertas-kertas kerja
Timbalan-timbalan Menteri

4. TANDA PISAH (—)

Ada 6 fungsi tanda pisah, dan bentuknya lebih panjang daripada tanda sempang

4.1 Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau siri idea


Sepanjang kerjayanya sebagai ahli politik pelbagai kemewahan hidup sudah dikecapinya—wang, harta, kuasa
dan wanita, bagaimanapun, dia tidak pernah berasa puas.

4.2 Menggantikan pengulangan nama penuh penulis dalam sesuatu penulisan, khususnya untuk
katalog perpustakaan.
Nordin Hassan—Nordin
Jong Chian Lai—Jong
4.3 Memperlihatkan gangguan aliran pemikiran penulis, pembicara dan lain-lain yang terhenti,
berubah-ubah dan berpindah-pindah

Semasa berceramah di Labuan—isu ini sudah saya bangkitkan—pembangunan mapan adalah untuk generasi
akan datang.

4.4 Memperkenalkan satu


perkataan atau beberapa
perkataan yang hendak
ditegaskan.

Sejak kematian isterinya dia mengalami aneka tekanan perasaan—sedih, pilu, duka, lara rindu, dan kecewa.

4.5 Menyisipkan perkataan,


frasa atau klausa untuk
penegasan atau untuk
maksud tertentu.

Setelah balik dari Paris minggu depan—kalau tidak ada aral melintang—saya akan uruskan perkara itu.
4.6 Menggantikan perkataan
“hingga”

Dalam tempoh 2001-2003 beliau menuntut di London.

5.0 Tanda Titik Bertindih ( : )

Terdapat 7 fungsi tanda


titik bertindih

5.1 Memperkenalkan atau


menambah keterangan

Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah


•5.2 Menyenaraikan
sesuatu perkara

Antara karya yang dihasilkannya ialah:

Pindah, Pemberontakan, Langit Nanga Hijau


•5.3 Memisahkan judul kecil
dengan judul utama

Penterjemahan : Satu Pengenalan

Islam Hadhari : Cabaran dan Harapan


•5.4 Memisahkan adegan
dan drama/filem/lakonan

Lantai T. Pinkie, 5:6


(Adegan 5, Babak 6)

5.5 Menunjukkan nisbah


9:6

5.6 Memisahkan jilid dan halaman


rujukan bagi buku berjilid
“Ketrampilan Penulis dalam Menuju Wawasan 2020”, Dewan Sastera,
7:6:25 (Jilid 7, Bilangan 8 dan
Halaman 25)

5.7 Memisahkan surah dan ayat al-Quran

al-Baqarah 2:33
(Surah 2, Ayat 33)

6. TANDA KOMA BERTITIK ( ; )

4 fungsi tanda koma bertitik ialah :

6.1 Memisahkan keterangan yang


bersiri, yang berlainan kategori,
jika keterangan itu dipisahkan
oleh koma.

Kepada yang berjaya diucapkan


tahniah; kepada yang belum
berjaya, janganlah bersedih.

6.2 Memisahkan dua atau beberapa


klausa utama yang biasanya
disambung oleh dan, tetapi,
atau, namun dan lalu

Buat baik berpada-pada;


buat jahat jangan sekali; jadikanlah ini amalan hidup kita.
6.3 Memisahkan lebih daripada satu klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat.

Kritikan karya itu menggunakan pelbagai teori normatif;teori strukturalisme;teori takmilah;termasuklah teori
femenisme.

6.4 Memisahkan klausa utama yang


dimulai dengan kata hubung
juga, kendatipun demikian,
malah, selain itu, oleh yang
demkian, seyogianya dan lain-
lain.

Peperiksaan STPM tinggal tiga bulan lagi; oleh sebab itu dia tekun mengulang kaji.

7. TANDA ELIPSIS ( …)

7.1 Menunjukkan satu siri atau


senarai nama yang bersambung
yang bermaksud dan seterusnya
atau dan sebagainya.

Kanak-kanak harus diajarkan


membilang 1, 2, 3, 4…

7.2 Menunjukkan pengguguran


bahagian teks sama ada di
awal, pertengahan atau akhir
sesuatu ayat.

…asas-asas yang menjamin keharmonian dan kestabilan masyarakat. Kemajuan negara banyak bergantung pada
perpaduan rakyat…Tanpa kestabilan, amat sukar untuk membangunkan dengan negara.
7.3 Memisahkan sekumpulan
perkataan yang pendek
dalam pengucapan dengan
tujuan memberi penegasan.

Buat tempahan itu segera…Telefon pihak tersebut hari ini juga…Lepas itu buat laporan kepada saya…Saya
hendak awak selesaikan hari ini juga.

9.0 TANDA TANYA ( ? )

9.1 Pada akhir ayat tanya.


Yang mana satu pilihan anda?

9.2 Antara kalimat yang menyatakan


bahagian kalimat yang disangsikan
atau kurang dapat dibuktikan
kebenarannya.

Tragedi itu berlaku sekitar tahun


1876 (?)
10.0 TANDA KURUNG ( )

10.1 Mengapit keterangan


atau penjelasan tambahan.

Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) akan mengadakan mesyuarat tergempar.



10.2 Mengapit huruf atau angka
yang menunjukkan bilangan

Perkara-perkara yang berikut hendaklah disediakan untuk mesyuarat itu :

(a) Prosiding mesyuarat;


(b) Agenda mesyuarat;
(c) Senarai panggilan mesyuarat.

10.3 Mengapit keterangan


atau penjelasan
sumber bahan.

Antologi puisi Kerikil Tajam dan Yang Terhempas dan Yang Putus memuatkan 55 buah puisi Chairil Anwar
(Penerbit Dian Rakyat, 1994)
•11.0 TANDA PETIKAN (“ ”)

11.1 Mengapit cakap ajuk.

“Kau hanya pondan yang


berdiri di belakang
perempuan,” kata Rusli
Dhoby.

•11.2 Mengapit petikan langsung


daripada sumber lain
yang panjangnya tidak
lebih daripada tiga baris

Perwatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad digambarkan oleh Subky Latif sebagai “sepanjang perjuangannya juga
dia adalah
seorang yang kontroversial”.

11.3 Mengapit judul rencana,


karangan, puisi dan bab buku
yang digunakan dalam kalimat.

Buku berjudul “Managing The Non-Profit Organization” yang ditulis oleh Peter F. Drucker amat sesuai menjadi
rujukan bagi pengurusan organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan.

8.0 TANDA SERU ( ! )

Hei, jaga sikit mulut itu!

Nah, rasalah tikamanku ini!

Jangan merokok!

12. TANDA MIRING ( / )

12.1 Sebagai pengganti kata


dan, atau dan per ataupun
digunakan emasa menulis
nombor alamat.

Tun/Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan
Harga bunga itu 90 sen/kuntum.
No. 11, Jalan 12/146, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur.
•12.2 Dalam penomboran kod
surat rasmi, sistem fail
dan sebagainya.

DBP/2-4/324/6/5-3 (44)

13.0 PENULISAN
KATA MAJMUK

a. Kata yang terbentuk dengan


merangkaikan dua atau lebih
sehingga membawa maksud
khusus.

b. Hampir semua kata majmuk


dieja secara terpisah dan
bentuknya tidak boleh menerima
sebarang penyisipan unsur lain.

c. Empat jenis kata majmuk :

i. Rangkai kata bebas

ii. Nama gelaran/jawatan


iii. Istilah khusus

iv. Kiasan/simpulan bahasa


•13.1 Kata Majmuk
Rangkai Kata Bebas

tengah hari
kereta api
alat tulis
kapal selam
•13.2 Kata majmuk
gelaran/jawatan

naib pemuda
ketua wanita
timbalan presiden
inspektor polis

13.3 Kata majmuk
istilah khusus

alat pandang dengar


cakera liut

13.4 Kata majmuk kiasan/simpulan bahasa

kaki pukul
muka tembok

13.5 Kata majmuk yang


ditulis bercantum

apabila
antarabangsa
tandatangan
setiausaha
jawatankuasa
bumiputera
warganegara

13.6 Kalau kata majmuk menerima
imbuhan awalan atau akhiran
sahaja, ejaannya tetap terpisah.

terima pakai – diterima pakai


temu duga – menemu duga

13.7 Jika menerima apitan :

kemas kini – pengemaskinian


anak tiri - menganaktirikan

SEKADAR RENUNGAN
jurukur atau juruukur
sama ada atau samada
ibu bapa atau ibubapa
bual bicara atau bicarawara
14.0 PENULISAN KATA PUN

Pun yang bermaksud juga


atau lantas ditulis terpisah.

Berbanding dengan dia,


saya pun hebat dalam perdebatan.
Tanpa banyak bicara dia pun pergi.

13 pun Yang Bersambung

adapun andaipun ataupun


bagaimanapun biarpun
kalaupun kendatipun
lagipun
mahupun meskipun
sekalipun sungguhpun
walaupun

SEKADAR RENUNGAN

Jangankan dua kali sekali pun dia tidak pernah menang.

Surat itu telahpun ditaip.

Walau apapun yang terjadi


saya tetap mencintainya.

15.0 PENULISAN KATA GANDA

i. Kata ganda penuh


ii. Kata ganda separa
iii. Kata ganda berentak

15.1 Kata Ganda Penuh


mukun-mukun
kecil-kecil
molek-molek
cita-cita
minum-minum
santai-santai

15.2 Kata Ganda Separa


mengalu-alukan
ternanti-nanti
sepandai-pandai
bercakap-cakap
umpat-mengumpat

15.3 Kata Ganda


Berentak

porak-peranda
simpang-siur
bukit-bukau
lenggang-lenggok
kuih-muih

SEKADAR RENUNGAN

Sekiranya kata majmuk digandakan, hanya kata pertama sahaja yang digandakan.
menteri-menteri besar
kertas-kertas kerja
rumah-rumah hijau

•Sekiranya kata majmuk yang telah mantap atau simpulan bahasa/kiasan yang digandakan, kedua-dua unsur
perlulah digandakan.

warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
setiausaha-setiausaha

16.0 PENGGUNAAN KATA

16.1 Bila dan Apabila


Bila dia sampai, dia terus marah.

16.2 Kedua dan Kedua-dua


Kedua ibu bapanya telah bercerai.

16.3 Karenah dan Kerenah


Karenah birokrasi
perlulah dikurangkan.

16.4 Ia dan Ianya


Ianya baru bermula.
•16.5 Mereka dan Mereka-mereka

Mereka-mereka yang
mereka-rekakan cerita.

16.6 Dari dan Daripada

Tangan yang menghulur lebih


baik dari yang menerima.

16.7 Berbagai dan Pelbagai


Berbagai data perlu dikumpul.

16.8 Setengah dan Sesetengah

Setengah perkara dapat dikompromi.

16.9 Ialah dan Adalah

Menurut Juita antara masalah dihadapi sepanjang di luar negara ialah dari segi makan.
Underwater World adalah akuarium akuatik terbesar di Asia.

16.10 Prihatin dan Perihatin


Keperihatinan kerajaan dengan menghantar tim perubatan (MASMEDTIM) ke kawasan tersebut amat
disanjung.

16.11 Adakah dan apakah


Apakah tindakannya itu betul?
Dia sendiri pun tidak begitu yakin
apakah dia patut menerima lamaran
Masniah.

17. SEKILAS TENTANG UNGKAPAN DAN AYAT

17.1 Kata kerja transitif


a. Ada gadis yang tidak mahu
melaporkan kepada ibu bapa
kerana malu dan takut.
•b. Menyentuh tentang agenda
memartabatkan profesion
keguruan dan kaitannya
dengan kualiti guru, beliau
berkata, aspek pemilihan
bakal guru telah diperketatkan.

17.2 Ayat Tergantung

Sebagaimana deritanya seorang gadis muda yang bertandang ke rumah saya beberapa hari sebelum menjelang
Ramadan.

17.3 Pemilihan Ungkapan


i. Pahang guna senjata sulit
kalahkan Selangor.

ii. Seramai lebih 2,000 orang


pelawat telah mengunjungi
Pameran Pendidikan yang telah
diadakan dari 13 hingga 15 Mei
2005.

•TUJUH PROSES MANUSKRIP YANG LEBIH BAIK

Manuskrip yang baik adalah


merupakan gabungan dua aspek, yakni SENI dan KRAFTANGAN.

Kesilapan sebahagian besar penulis adalah mengharapkan editor menjalinkan kedua-dua unsur itu.

Proses 1 – KAWAL EDITOR


DALAMAN

Menulis itu seni, dan menyemak


semula itu kraftangan. Jangan
biarkannya bermaharajalela dalam
diri anda. Apabila menulis draf,
ketepikan soal bentuk dan gaya.
Semakin senang karya itu dibaca,
maka kian payah usaha untuk
menulisnya.

•Proses 2 – BACA UNTUK


MEYAKINKAN DIRI
SENDIRI
Bacalah manuskrip itu berulang kali. Yakinlah diri sendiri bahawa perkataan, ungkapan dan ayat adalah indah,
baik dan persis. Gaya bahasanya menarik. Jalan ceritanya menambat hati pembaca. Usaha menambah
baik karya itu hendaklah terus dilakukan.

Proses 3 – BANYAK-BANYAKLAH BERSABAR

Mustahil anda dapat menyemak dan


mengeditkan karya itu sebaik sahaja
anda menyiapkannya. Perkataan,
ungkapan dan ayat yang hendaklah
dipastikan dapat memberi kesan
emosi kepada pembaca.

Proses 4 – GUNAKAN SENARAI SEMAK

Semasa membaca manuskrip,


tanyakan pelbagai soalan.
1.Adakah pendulu karya itu akan menguntungkan pembaca?
*Maklumat
*Menghibur
2.Adakah pendulu itu menawarkan fokus yang jelas dan spesifik?

“Angle” atau “slant” (kecondongan) itu menambat pembaca.

5. Sudahkah pembaca dipimpin daripada satu persoalan kepada persoalan yang lain?

Pertautan dan jalinan cerita antara


perenggan-perenggan atau dalam
bab-bab.

6. Adakah cerita, persoalan,


mesej, watak dan perwatakan,
yang digarapkan memadai?

Judul?
Tema?
Latar ?
Dialog?
Pemilihan katanya?

7. Adakah anda lebih banyak


menggunakan ayat aktif?

•Ayat pasif lazimnya mendorong pembacaan yang pasif.


•Ayat pasif memperlahankan aksi dalam tulisan.
•Penulisan yang berkesan dan berkualiti itu memerlukan pelaku aksi itu di hadapan ayat.

8. Adakah setiap ayat dibina dengan kata kerja aktif?


Kata kerja ialah unsur yang cukup penting dalam
binaan sesuatu ayat. Kata kerja yang dipilih pun
hendaklah Kuat, dan memberikan kesan, misalnya
dengan menambahkan kata adjektif.
Dia merenung tajam wajah Rokiah.
Sufian memandang sayu kekasihnya yang berlalu
meninggalkannya.

Perhatikan ayat pasif berikut:


i.Wajah Rokiah direnung tajam oleh dia.
ii.Kekasihnya yang berlalu pergi dipandang sayu oleh Sufian.

9. Sudahkah anda menggantikan kata-


kata yang panjang dan sukar dengan kata yang mudah dan ringkas?

Elakkan penggunaan perkataan yang bombastik dan dirasakan gah, tetapi menyukarkan pemahaman
pembaca.

dekad daripada dasawarsa


minggu daripada pekan
merah ungu daripada merah lembayung
sarapan daripada minum pagi

10. Adakah anda menggunakan ayat


panjang, pendek atau mempelbagaikannya
mengikut keadaan?

Kata-kata yang digunakan boleh sahaja dalam


bentuk anekdot, peribahasa, pantun, syair,
dialog harian atau bahasa berirama.
Ayat yang berjela-jela hendak dielakkan agar
segala yang diungkapkan itu tidak menjadi
seperti khutbah.

Sesuatu perenggan itu paling banyak pun lima


baris ayat, yakni sekitar 30 perkataan untuk
satu perenggan.

Proses 5 – PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT,


TERMASUK EJAAN DAN NAHU
PERSIS
Selepas mengedit karya itu anda haruslah
membaca karya itu sekali lagi. Kali ini
pembacaan adalah secara perlahan dan
teliti. Periksa semua fakta, kata, petikan,
ejaan dan nahu.
Pastikan produk terakhir anda itu sifar
kerancuan bahasa.

Proses 6 – MEMBUAT SEMAKAN DENGAN


PANCAINDERA TELINGA
Sekarang anda sudah mempunyai manuskrip yang
jelas dan padat. Baca sekali manuskrip itu dengan
nyaring. Membaca dengan nyaring akan
membolehkan kita menangkap nada dan aliran cerita.
Abu Bakar melontar ibu ciuman dari atas keretapi.
Hatinya hancur bagaikan tauhu terhempas ke batu.

Proses 7 – DAPATKAN BANTUAN APABILA PERLU


a.Tunjukkan tulisan yang siap itu kepada orang lain apabila anda sudah benar-benar bersedia.
b. Tunjukkan draf manuskrip anda sebelum sampai ke peringkat akhir.
c.Terimalah kritikan dengan hati terbuka.

•RENUNGAN TERAKHIR
Aspek bahasa dalam penyunting adalah merupakan asas kepada penyuntingan yang persis—yang tiada cacat
celanya dari aspek kerancuan bahasa.

Anda mungkin juga menyukai