Anda di halaman 1dari 2

i. Sistem ini mengandungi 6 huruf vokal (a,e,e,i,o dan u), tiga diftong (ay, aw dan oy).

ii. Fonem f, s dan z hendaklah digunakan untuk menggambarkan kata-kata asing.


Sistem Ejaan Malindo

Oleh kerana beberapa desakan daripada pengguna bahasa, maka sebuah


jawatankuasa telah dibentuk untuk menghalusi Ejaan Kongres dan membuat hubungan
dengan pihak Indonesia bagi tujuan penyelarasan. Akhimya hasrat tersebut menjadi
kenyataan apabila sidang pertama antara jawatankuasa Ejaan Rumi Baru Persekutuan
dengan Jawatankuasa/Panitia Ejaan (Indonesia) berlangsung pada 7 Disember 1957.
Dalam perundingan tersebut satu persetujuan telah diambil berdasarkan kepada gagasan:

Ejaan yang dipersetujui hendaklah disebut Ejaan Melayu-Indonesia atau singkatannya


ejaan Malindo.

Persetujuan berdasarkan gagasan

Antara persetujuan yang dicapai dalam sistem ejaan Malindo ini ialah:

Persetujuan terhadap sistem ejaan Malindo

Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu Malaysia dengan bahasa Melayu
Indonesia bermula pada tahun 1959, iaitu setelah dua tahun kajian dijalankan. Rundingan
yang diadakan di Jakarta pada tahun 1959 memaktubkan perjanjian persahabatan antara
Persekutuan Tanah Melayu dengan negara Indonesia.

Dengan ini, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1966. Jawatankuasa
Ejaan Rumi Persekutuan Melayu ini adalah di bawah pimpinan Allahyarham Tuan Syed
Nasir bin Ismail manakala Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia adalah di bawah pimpinan
Dr.Slametmuljana. Namun demikian, usaha tersebut terbantut akibat tercetusnya konfrantasi
dan disambung semula pada tahun 1966 yang dikenali sebagai Ejaan Malindo.

Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah pimpinan
Kolonel Wahju Sukatjo telah mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau telah
mencadangkan kepada kerajaan masing-masing supaya Ejaan Malindo (1959) itu
dilaksanakan. Beliau juga mencadangkan agar istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia diselaraskan. Dengan ini, suatu kertas kerja telah disediakan untuk
mengemukakan sistem Ejaan Malindo tersebut. Walaupun begitu, sistem ejaan tersebut
perlu diperbaiki lagi sebelum dilaksanakan di kedua-dua buah negara. Menurut Asmah Haji
Omar ( Sejarah dan Sistem Ejaan Bahasa Melayu), Ejaan Malindo ini tidak pernah
diumumkan. Oleh yang demikian, tidak diketahui bentuk dan sistem ejaannya.

Intihanya, Sistem ini dijangkakan akan digunakan sepenuhnya dalam tahun 1964 tetapi
kerana perselisihan politik antara Malaysia dan Indonesia, persetujuan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai