Anda di halaman 1dari 3

The Mona Lisa ( La Gioconda )

Perkaitan hasil karya Dengan Latar belakang Leonardo da Vinci


The Mona Lisa yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci pada aliran
renaissance pertengahan di Italy. Pada period perkembangan seni masa itu,
kebanyakan karya adalah tertumpu kepada bahagian muka manusia. Leonardo da
Vinci merupakan orang yang menggerakkan ke arah kemuncak renaissance.
Beliau mencantumkan unsur-unsur saintifik dan matematik serta pelbagai ilmu
kemanusiaan seperti astronomi, anatomi dan sebagainya dalam hasil karyanya.
Pada isme renaissance, pelukis-pelukis membuat analisis terhadap hal benda yang
dirakam dalam bentuk visual. Untuk tujuan itu, pelukis membuat kajian bermula
daripada lakaran dan lukisan yang memerangkap cahaya yang melimpah hal benda
yang digambar itu. Cara ini mempengaruhi penghasilan The Mona Lisa oleh
Leonardo da Vinci, di mana beliau menggunakan limpahan dan kontras cahaya serta
pembayangan dalam monokrom atau warna untuk memperolehi penghasilan kesan
cerah gelap dengan berfokus kepada cahaya dan pembayangan pada objek yang
digambarkan serta sekitarnya. Penggunaan elemen cahaya dan bayang menimbul
kesan dramatik pada lukisan Mona Lisa.

Kreativiti Pelukis
Leonardo merupakan seorang pelukis yang penuh dengan kreativiti. Dengan
kreativiti yang ada, beliau berjaya menggunakan terminologi seni lukis dalam
penghasilan karya Mona Lisa. Lukisan figura yang menggambarkan seorang yang
bernama Lisa dengan landskap sebagai latar belakangnya, senyuman yang
dipaparkan oleh Mona Lisa ini seakan-akan senyuman yang abadi. Dari senyuman
Mona Lisa ini, kita seakan-akan tertarik dengan senyumannya dan seterusnya
menatap kepada muka Mona Lisa ini.
Figura digambarkan dalam bentuk isipadu yang jelas. Warna digunakan
dengan penekanan terhadap keharmonian dan kejelasan isipadu menjadi figura
yang digambarkan penuh dengan ketenangan. Teknik sfumato telah digunakan oleh
Leonardo dalam menghasilkan karya Mona Lisa . Sfumato merupakan satu olahan
cahaya terang gelap yang menggambarkan kekaburan cahaya dalam
mendefinisikan ruang dalam catan, ini dapat menunjukkan pelukis seorang yang
mempunyai kreativiti yang tinggi.
Konsep karya catan ini jelas menampakkan kepentingan individualistik, yang
dianggap konsep hidup. Catan ini mengajak audian bercerita dan naratif berkisar di
tengah gambar. Aplikasi ciri-ciri cahaya amat ditekankan oleh Leonardo dalam
karya Mona Lisa , sumber cahaya yang melimpah di bahagian-bahagian tertentu
menjelaskan gadis yang bernama Lisa ini.

Nilai / nilai murni / moral yang diterap


Mona Lisa yang berkedudukan dalam bentuk komposisi segi tiga , dia duduk
dengan begitu tenang, tersenyum dengan bahagia dan diam di depan sebuah
landskap. Imej yang digambarkan dengan penuh emosi, psikologi dan personaliti
model. Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci itu walaupun tidak memakai
barang-barang emas dan berpakaian hitam namun ia menggambarkan golongan
wanita pada zaman itu mengagungkan kecantikan dan kekemasan pakaian. Gaya
dan figura yang ditunjukkan oleh Mona Lisa ini mempunyai sifat kewanitaan yang
baik, ini menunjukkan zaman itu mementingkan nilai sopan santun.
Leornado Da Vinci adalah seorang pelukis yang menganut agama kristian,
justeru itu nilai-nilai keharmonian dan keagamaan juga diterapkan pada karya. Nilai
ini jelas dilihat dari unsur komposisi yang ditunjukkan pada hasil karyanya dan
menggambarkan nilai-nilai renaissance yang banyak tertumpu kepada bahagian
muka manusia.

Latar belakang budaya yang dipersembahkan


Leonardo Da Vinci menghasilkan The Mona Lisa pada seni zaman
renaissance. Pada zaman ini, lukisan-lukisan yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri
seperti manusia sebagai pemusatan / tumpuan; idea peniruan iaitu tumpu kepada
saint dan anthony serta menggunakan perspektif, ruang dan lain-lain unsur seni.
Leonardo telah menggerakkan ke arah kemuncak renaissance kerana hasil
karyanya banyak tertumpu kepada bahagian muka manusia. Karya yang dihasilkan
olehnya menjelaskan tentang perkaitan seni dan sains serta memartabatkan seni
bukan sekadar kraf tetapi merupakan suatu ilmu.

Unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan


Figura digambarkan dalam bentuk isipadu yang jelas. Warna digunakan
dengan penekanan terhadap keharmonian dan kejelasan isipadu menjadi figura
yang digambarkan penuh dengan ketenangan. Teknik sfumato telah digunakan oleh
Leonardo dalam menghasilkan karya Mona Lisa . Sfumato merupakan satu olahan
cahaya terang gelap yang menggambarkan kekaburan cahaya dalam
mendefinisikan ruang dalam catan.
Konsep karya catan ini jelas menampakkan kepentingan individualistik, yang
dianggap konsep hidup. Catan ini mengajak audian bercerita dan naratif berkisar di
tengah gambar. Aplikasi ciri-ciri cahaya amat ditekankan oleh Leonardo dalam
karya Mona Lisa , sumber cahaya yang melimpah di bahagian-bahagian tertentu
menjelaskan gadis yang bernama Lisa ini.
Penekanan lukisan ini bukan sahaja pada imej tetapi juga pada emosi,
psikologi dan personaliti model. Unsur komposisi ini banyak menyelesaikan
masalah termasuk imbangan, kestabilan, ketegangan dan keharmonian yang
membolehkan aturan ini memberi rasaan keagamaan pada karya.
Jika kita meneliti garisan yang digunakan oleh Leonarda, kita boleh
mendapati bahawa garisan horizon pada kiri jelas lebih tinggi daripada sebelah
kanan, ini memberi kesan di mana imej Mona Lisa lebih besar apabila kita melihat
lukisan ini dari sebelah kanan.
Latar belakang Lukisan figura Mona Lisa ialah landskap. Lanskap tersebut
kelihatan begitu jauh sehingga dapat memberi kesan kontra dan impak untuk
menonjolkan imej Mona Lisa.
Leonardo da Vinci cuba merakam kesan percikan cahaya di permukaan imej
Mona Lisa untuk menimbulkan bentuk bagi menggambarkan struktur objek melalui
cahaya dan pembayangan. Garisan yang tertumpu dan rapat menghasilkan ton
gelap manakala garisan yang jaraknya jarang menimbulkan ton cerah, justeru itu
dapat menampakkan isipadu dan berat pada Mona Lisa yang dilukisnya.

Anda mungkin juga menyukai