Anda di halaman 1dari 3

Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu 1972

Seperti yang dinyatakan lebih awal, sistem ejaan Melindo tidak dapat dilaksanakan
kerana terbitnya konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia. Tetapi usaha ini hanya
disambung semula pada tahun 1966 (setelah tamatnya konfrantasi) dan beberapa
rundingan telah diadakan dengan menghasilkan kesefahaman yang lebih konkrit:

i. Mengadakan usaha sama yang berterusan dalam merancangkan

pembinaan bahasa untuk jangka waktu yang panjang

ii. Meningkatkan bahan-bahan berkenaan dengan bahasa dan

sastera

iii. Menyelaraskan pemakaian istilah-istilah.

Persetujuan yang dibuat dalam rundingan Malaysia-Indonesia

Akhirnya setelah mengadakan beberapa kali pusingan rundingan, maka pelaksanaan


ejaan bersama Indonesia-Malaysia yang dikenali dengan nama Sistem Ejaan baru (di
Malaysia) dan Sistem Ejaan yang disempumakan (di Indonesia) telah diisytiharkan
penggunaan rasminya pada 16 Ogos 1972. Dua sistem ejaan yang timbul di Malaysia
dalam tahun 1971 adalah Ejaan Sekarang (dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka)
dan Ejaan Universiti Malaya (dilaksanakan di Universiti Malaya).

Rancangan pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904
dan berjaya disempurnakan pada tahun 1972. Pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama
telah ditandatangani oleh Tun Hussain Onn, Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu itu
dengan Bapak Mahsuri, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Kenyataan ini
mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli
daripada kedua-dua buah negara tentang Ejaan Baru dan ejaan yang disempurnakan.
( Nurlidyawati Jasmin, 2017).

Di samping itu, sistem ejaan ini telah menyediakan satu sistem ejaan yang sama
dengan menggunakan bahasa yang sama. Ia juga bertujuan untuk memperbaiki sistem
ejaan Rumi bahasa Melayu dan menyesuaikannya dengan unsur-unsur yang mempengaruhi
bahasa Melayu sejak sekian lama. Kemuncak bagi segala kegiatan penyempurnaan sistem
ejaan tersebut ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia. Sistem ejaan tersebut diisytiharkan secara rasmi serentak di
kedua-dua buah negara pada 16 Ogos 1972 dan dilancarkan oleh YAB Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Pelancaran ini turut disaksikan oleh Tun Hussain Onn, Menteri Pelajaran Malaysia, Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujak bin Rahiman dan Tan Sri Syed
Nasir Ismail.

Berdasarkan sistem ejaan ini, DBP telah menerbitkan risalah ‘Sistem Ejaan Rumi
Bahasa Malaysia’ untuk kegunaan ramai. Walaupun begitu, sistem ejaan ini masih
mengandungi beberapa masalah kecil lalu dibentuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia
dan bertemu dengan Panitia Pengembagan Bahasa Indonesia. Akhirnya Majlis Bahasa
Indonesia-Malaysia telah dibentuk pada 29 Disember 1972. Persidangan-persidangan majlis
itu telah diadakan untuk membincang tentang segala masalah mengenai ejaan baharu itu.
Setelah lima kali bersidang, Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia ini
berhasil mengeluarkan Pedoman Umum Ejaan yang lebih lengkap, iaitu ‘Pedoman Umum
Ejaan Bahasa Melayu’ yang diterbitkan pada 5 Disember 1974. Di Malaysia, sistem ejaan
baru ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang digunapakai sehingga kini.

Contoh buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu


Rumusannya, Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 adalah hasil daripada pemikiran yang
matang dengan berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi
Baharu bukan sahaja merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada
peringkat supernasional tetapi juga menjadi asas bagi pembinaan dan pemgembangan
bahasa Melayu serantaunya. Sistem ejaan ini dibentuk adalah untuk mendatangkan faedah
dan memenuhi keperluan kepada dua buah masyarakat yang berlainan latar belakang
sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya. Hal ini kerana sistem Ejaan Rumi Baharu ini
megkajikan prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf
standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem yang terdahulu.

Anda mungkin juga menyukai