Anda di halaman 1dari 44

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

BAHASA MELAYU KONTEKSUAL (PPISMP)


NAMA: LU NGUK SIA NO K/P: 910501-13-5716 UNIT : PPISMP PRASEKOLAH(SJKC)/MU/PJ SEM 2 NAMA PENSYARAH: EN.MOHAMAD ZAIM BIN MOHAMAD NAMA MAJALAH/TABLOID:MAJALAH APO? TAJUK ARTIKEL: -KISAH IZAH DAN KELUARGA BELIAU -MEMBUANG HANTU PENERBIT: MOY PUBLICATION SDN BHD TARIKH ARTIKEL DITERBITKAN:15 MEI 2010

Halaman Pengakuan

Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Tarikh

: .. : LU NGUK SIA : 28 MAC 2011

HALAMAN JUDUL

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) -KERJA KURSUS PENDEK -

Jabatan Pengajian Bahasa Melayu

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala lipis,Pahang

ISI KANDUNGAN
BIL
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

PERKARA
HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN JUDUL PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1.0 SEJARAH SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU 2.0 KESALAHAN UMUM TATABAHASA 3.0 POLA KESELARASAN VOKAL 3.1 POLA KEKECUALIAN KESELARASAN VOKAL 3.2 ANALISIS KATA EJAAN PINJAMAN 3.3 ANALISIS KESILAPAN UMUM TATABAHASA(MORFOLOGI DAN SINTAKSIS) 3.4 KESANTUNAN DAN KEBIADABAN BERBAHASA ULASAN RUMUSAN BORANG KOLABORASI LAMPIRAN

MUKA SURAT

16.

BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu,saya,Lu Nguk Sia,guru pelatih dari PPISMP Unit Pendidikan Prasekolah Semester 2 ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En.Mohamad Zaim Bin Mohamad, pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual yang banyak memberikan penerangan yang jelas dan dorongan kepada saya sepanjang masa saya menyiapkan kerja kursus ini.Tanpa bantuan beliau,tentunya saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baiknya dalam jangka masa yang ditetapkan. Selain itu,saya mahu berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang sentiasa memberikan galakan kepada saya supaya meneruskan kerja kursus ini. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya terutamanya ibu bapa saya yang berada berjauhan di Sarawak sekarang.Mereka banyak memberikan sokongan moral dan kewangan serta dorongan dengan penuhnya kepada saya semasa saya membuat kerja kursus ini. Akhir sekali,saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang pernah menghulurkan bantuan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini

1.0 SEJARAH SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU


Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi menurut kaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878),Ejaan Rumi Maxwell (dilaksanakan padatahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881).

Ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu Tulisan Jawi, dan Tulisan Rumi. Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan hurufRoman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya bermula pada tahun 1996. Anda boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam beberapa dokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Aturan ejaan bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama pada tahun 1967.

Perkembangan

dalam

sistem

ejaan

adalah

sebahagian

daripada

perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu,penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu.

Bagaimanapun, pengkajian tentang system bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf- huruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada

bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-tulisan oleh orangorang Inggeris dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan.

Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum.

Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang

kemudiannya diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922.Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Di antaranya ialah : (i)Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato Muda Linggi (1921), (ii) KitabPelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii)Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924)( Ahmad

Hafiz Wahy et al,2005).

Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SIT C. Sistem Ejaan Rumi Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Zaba. Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942-1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan 50 yang ditubuhkan sekitar bulan Ogos 1950 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Tujuan penubuhan angkatan ini adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang perpaduan kebangsaan dan menganggap kemerdekaan sebagai jambatan ke arah keadilan dan keamanan masyarakat. Selain daripada itu, terdapat juga"Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistemsistem yang ada, termasuk daripada system ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku.

Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Singapura menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Zaba dan ketidakpuasan pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura, wujud pula "Sistem Ejaan Kongres". Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia. Dengan ini dapat dikatakan bahawa kedua- dua buah negara mengalami perubahan sistem ejaan dari semasa ke semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di

Indonesia adalah menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris. Perbezaan ejaan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah Negara untuk mengkaji dan menyemak semula sistem ejaan yang digunakan)( Ahmad HafizWahy et al,2005). Secara tidak langsung proses penyatuan dan penyamaan sistem ejaan kedua-dua negara dapat dilakukan.

Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli bahasa berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Usaha-usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa Indonesia.

Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian persahabatan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai pada 17 April 1959. Kemudian, satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham)Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana ( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Hasil daripada pertemuan ini, wujudlah pula "Ejaan Malindo". Akibat pergolakan politik,perkembangan selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila rundingan kali kedua telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo.

Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan.Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa

Melayu dan bahasa Indonesia pada16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yangdiguna hingga kini.

2.0 KESALAHAN UMUM TATABAHASA


2.1 Kesalahan dari Segi Kata A. Kata Ganti Diri 1. 2. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau

kanak-kanak dan binatang. Contoh:

Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah ) Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )

Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah ) Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )

3.

Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah ) Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul ) Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah ) Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul ) Kata kami bererti saya dengan dia. Orang yang diajak bercakap tidak

4.

disertakan. Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang diajak bercakap disertakan.

Kami mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( salah ) Kita mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( betul ) Kita akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah ) Kami akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul ) Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.

5.

Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah ) Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul ) Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah ) Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul ) Kata mereka tidak boleh diulang.

6.

Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah ) Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )

7.

Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan. Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah ) Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul ) Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah ) Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

B. Kata Bilangan 1.

Terdapat 6 jenis kata bilangan: Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya. Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.

Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya. Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap. Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya. Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-

2.

dua tidak boleh disingkatkan. salah a. setengah orang b. tiap murid

betul a. setengah-setengah orang b. tiap-tiap murid 3.

Kata para tidak boleh diulang. Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )

Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul ) Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh

4.

didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengahuntuk penghitungan.

dua setengah meter ( salah ) dua suku jam ( salah ) tiga setengah ringgit ( salah ) dua meter setengah ( betul )

C. Penjodoh Bilangan 1. 2. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan. SALAH setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung setiap murid semua pekerja seluruh kampung BETUL

3.

Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. SALAH BETUL beberapa usul kedua-dua sifat setiap sumbangan

beberapa buah usul kedua-dua bentuk sifat setiap buah sumbangan

D. Kata Sendi 1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada . 2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan. SALAH Devi datang daripada Batu Kurau. BETUL Devi datang dari Batu Kurau.

Saya menunggu Yatie daripada pukul dua. Saya menunggu Yatie dari pukul dua. Ely terima surat dari Elyas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca. Ely menerima surat daripada Elyas. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.

3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.

Contoh: a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah ) ~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul ) b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah ) ~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul ) c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah ) ~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul ) d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah ) ~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul ) 4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa.

Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa. Contoh: a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah ) - Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul ) b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah ) - Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul ) E. Kata Kerja 1. Ada dua jenis kata kerja: a. kata kerja transitif b. kata kerja intransitif atau tak transitif 2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:

kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. ) kata kerja yang berapitan men..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)

kata kerja yang berawalan mengi ( membanjiri, menghadiahi dsb.) kata kerja yang berawalan rangkap memper . ( memperdaya, memperoleh) kata kerja yang berapitan memper.kan ( memperhatikan, mempergunakan). Kata kerja yang berapitan memper.i ( mempelajari, mempersentai dsb.)

3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan mena. buang sampah ( salah ) membuang sampah ( betul ) b. goring ikan ( salah ) menggoreng ikan ( betul )

4. Kata kerja transitif yang berapitan menkan dan meni berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati. Contoh: SALAH Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Baginda mengurniai beliau bintang Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. kebesaran. BETUL Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan Ishak segelas air.

5.

Kata kerja intransitif terbahagi kepada: Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya. Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.) Kata kerja yang berapitan beran ( berdekatan, berguguran ) Kata kerja yang berapitan berkan ( berpandukan, berlandaskan dsb.) Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.) Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.) Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan

6.

awalannya. Contoh: - tanya kepada Hamidah ( salah ) bertanya kepada Hamidah ( betul ) - jangan lompat ( salah ) jangan melompat ( betul ) F. Kata Hubung 1.

Ada 3 jenis kata hubung iaitu: Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi. Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb. Kata hubung berpasangan seperti baikataupun, baikmahupun. Bukan saja.tetapi juga dan sebaginya.

2.

Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara

menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh: Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan. Budak itu cantik kecuali sombong. Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.

3.

Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu

merupakan kata tanya. Contoh: Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah ) Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah ) Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah ) Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )

G. Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat 1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan. SALAH Apakah benar kata-katamu itu? Apakah dia menangis? Apakah aku bersalah? BETUL Adakah benar kata-katamu itu? Adakah dia menangis? Adakah aku bersalah?

2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan. Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.

SALAH

BETUL

Syimir sudah boleh menunggang kuda. Syimir sudah dapat menunggang kuda. Mazni tidak boleh pergi kerana demam. Mazni tidak dapat pergi kerana Kami tidak boleh datang kerana hujan. demam. Kami tidak dapat datang kerana hujan. digunakan apabila frasa nama menjadi predikat. Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat. SALAH Cincin ini bukan cantik. Kami bukan membaca buku. Basikal ini bukan mahal. Saya bukan duduk di situ. BETUL Cincin ini tidak cantik. Kami tidak membaca buku. Basikal ini tidak mahal. Saya tidak duduk di situ. 3. bu kan da n tidak: Bukan

4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan. SALAH Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. Beberapa BETUL Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. Beberapa

kawasan pendalaman Sarawak sukar kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi. dihubungi.

Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.

Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.

2.2 Kesalahan Dari Segi Frasa A. Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM) 1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui: pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya. Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya. Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya. Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh: dua biji telur semua murid para pendidik

3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:

Lukisan itu cantik-cantik belaka. Pakaian di situ mahal-mahal harganya. Ayam di situ gemuk-gemuk. Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.

4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat: D beerti unsur yang diterangkan M beerti unsur yang menerangkan Contoh: SALAH lain-lain hal Nani Kedai Roti goreng cempedak Maggi mi tomato sos mini bas mini taman B. Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata hal-hal lain Kedai Roti Nani cempedak goring mi Maggi sos tomato bas mini taman mini BETUL

adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.

Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.

Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak

boleh bertugas sebagai predikat. Contoh: SALAH Bangunan itu tertinggi. Nani terpandai. Orang itu terkuat. BETUL Bangunan itu paling tinggi. Nani paling pandai. Orang itu paling kuat

Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat

tidak diperlukan. Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah ) Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul ) Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah ) Noralah pemain yang terhandal. ( betul ) Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif

sekali gus. Contoh: SALAH Buah langsat ini sangat manis sekali. BETUL Buah langsat ini manis sekali.

Budak itulah yang paling nakal sekali.

Budak itulah yang paling nakal. Sungguh indah pemandangan di situ.

Sungguh indah nian pemandangan di situ. Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu

diperluas.Contoh: SALAH Budak itu tidak suka durian. Nora sangat takut anjing. BETUL Budak itu tidak suka akan durian. Nora sangat takut akan anjing.

Nani sangat gemar filem Hindustan. Nani sangat gemar akan filem Hindustan. Mereka tidak perlu pertolongan kami. Saya benci sikapnya itu. Saya benci akan sikapnya itu. C. Frasa Kerja Intransitif Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas Mereka tidak perlu akan pertolongankami.

sebagai predikat tanpa objek. Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang

mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya. Kata kerja intransitif yang berapitan ber.kan mesti diikuti frasa nama untuk

dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat. SALAH BETUL

berlandaskan pada undang-undang berlandaskan undang-undang berbantalkan dengan lengan berpandukan pada kamus berbantalkan lengan berpandukan kamus

Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh: SALAH BETUL Kamu mesti ingat akan janji-janjimu. Kakak tidak mahu tidur di sini. Beliau akan datang ke kampung ini. Nani ingin berjumpa dengan cikgu.

Kamu mesti ingat janji-janjimu Kakak tidak mahu tidur sini. Beliau akan datang kampung ini. Nani ingin berjumpa cikgu.

D. Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.

Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan. SALAH BETUL

Beliau turut menyentuh tentang perkata itu.

Beliau turut menyentuh perkara itu.

Nora tidak mengetahui akan hal itu. Nora tidak mengetahui hal itu. Kami membincangkan tentang masalah itu. Kami membincangkan masalah itu.

E. Frasa Kerja Pasif 1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. 2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada : frasa kerja pasif diri pertama frasa kerja pasif diri kedua frasa kerja pasif diri ketiga

3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertamaaku, kami, kita, saya dan sebagainya. 4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri keduaanda, awak, kamu dan sebagainya.

5.

Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang

berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.

6.

Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk

frasa kerja pasif diri ketiga. SALAH diambil olehku dibuang oleh kami disimpan oleh kita dihantar oleh saya dilaksanakan oleh patik diburu oleh hamba kuambil kami buang kita simpan saya hantar patik laksanakan hamba buru BETUL

7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga. SALAH BETUL

ditanya oleh anda diberikan oleh engkau dibeli oleh kamu dikirim oleh awak diperintahkan oleh tuanku dibersihkan oleh kalian

anda Tanya engkau berikan kamu beli awak kirim tuanku perintahkan kalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua. SALAH beliau tulis dia kumpulkan mereka kutip baginda rasmikan ia bersihkan BETUL ditulis oleh beliau dikumpulkan olehnya dikutip oleh mereka dirasmikan oleh baginda dibersihkan olehnya

9. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu. SALAH BETUL

kami akan atasi kita perlu tolong saya sudah kirim hamba akan khabarkan

akan kami atasi perlu kita tolong sudah saya kirim akan hamba khabarkan

2.3 KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT A. Ayat Gabungan Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang

dihubungkan dengan kata hubung. Contoh: Nani dan Nora ke perpustakaan. Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah. Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat

tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh: SALAH Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? BETUL Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggaldi Relang atau Jelai. Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai. Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk

Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.

Hazwan. Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.

B. Ayat Pancangan Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah

satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh: a. Kereta Pak Leh itu terbabas. b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia. Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu: i. Kereta itu terbabas. ii. Kereta itu kereta Pak Leh. Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut: i. Keluarga Mak Piah miskin ii. Keluarga Mak Piah bahagia.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila

unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh: SALAH Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank. BETUL Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak

ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh: SALAH Kami berdoa kamu berjaya. Semua orang tahu dia anak Pak Hamid. BETUL Kami berdoa agar kamu berjaya. Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.

C. Ayat Tergantung Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan

letak predikat di belakang. Contoh:

Budak itu / menangis. Farhana / jatuh ke dalam longkang. Dalam susunan ayat songsang,

letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh: Siapakah / gadis itu. Itulah / teman saya. Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai

ayat tergantung Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi,

kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya. SALAH Di seluruh negara mengalami banjir. Kerana hal itu akan dibincangkan. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Banyak pelajar yang lulus Banyak pelajar lulus dengan baik. Ada pihak membangkang cadangan itu. Dia yang datang kelmarin dengan baik. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. Dia datang kelmarin. BETUL Seluruh negara mengalami banjir. Hal itu akan dibincangkan. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.

D.

Ayat yang Tidak Betul Susunannya Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam

bentuk ayat.

Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah

atau tidak baku. Contoh: Ini hari Azizah tidak datang. Buku ini saya tidak mahu membaca. Yang melukis gambar ini Zainallah. Yang memukul awak siapakah?

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP SEMESTER 2 FORMAT TUGASAN NAMA MAJALAH / TABLOID TAJUK ARTIKEL : MAJALAH APO? :-KISAH IZAH DAN KELUARGA BELIAU -MEMBUANG HANTU PENERBIT TARIKH ARTIKEL DITERBITKAN : MOY PUBLICATION SDN BHD : 15 MEI 2010

3.0 ANALISIS POLA KESELARASAN HURUF VOKAL a. Contoh contoh perkataan yang menepati pola keselarasan vokal BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 POLA aa ai au e ( pepet ) a e ( pepet ) i e ( pepet ) u e ( taling ) a e ( taling ) e ( taling ) CONTOH PERKATAAN Dalam,laman,sana,ayah,bahawa,anak,sahaja Gadis,dari,mari Sayup,rambut,mahu Senang,dengan Lebih,sering,mesti Tegur,meletup Selesa Menggeleng

9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

e ( taling ) o i a i i i u oa o e ( taling ) oo ua ui uu

Menelefon Tiga,bingkas,tidak Fikir Timbul,ibu Hormat,sofa Boleh Menyorok , tolong Rumah,bunga,pulang Sunyi,bunyi Untuk,dulu

b.Contoh kesalahan ejaan BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 POLA aa ai au e ( pepet ) a e ( pepet ) i e ( pepet ) u e ( taling ) a e ( taling ) e ( taling ) e ( taling ) o i a i i i u oa o e ( taling ) oo ua ui uu KESALAHAN EJAAN Ajelah Kat Anih Tak Pileh Tidor,tu Jugak,pulak Usek Untong PEMBETULAN sajalah dekat aneh Tidak pilih Tidur,itu Juga,pula Usik Untung

3.1 ANALISIS POLA KEKECUALIAN KESELARASAN VOKAL


a. Contoh contoh perkataan yang tidak menepati pola keselarasan vocal BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 POLA a e taling ao e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling uo a e pepet e taling i e taling u e pepet e pepet i e pepet oi ou u e pepet Aneh Mereka Menoleh Beberapa Trofi CONTOH PERKATAAN

b. Contoh kesalahan ejaan BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 POLA a e taling ao e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling uo a e pepet e taling i e taling u e pepet e pepet i e pepet oi ou u e pepet KESALAHAN EJAAN Anih Beberape beberapa PEMBETULAN Aneh

3.2 ANALISIS PENGEJAAN KATA PINJAMAN


a. Penggunaan kata pinjaman BIL 1 2 3 HURUF Q-k C-k A-a BAHASA INGGERIS quality classic alternatif BAHASA MELAYU Kualiti Klasik alternatif CATATAN
Penyesuaian huruf konsonan tertentu Penyesuaian huruf konsonan tertentu Penyesuaian huruf konsonan tertentu

b. Kesalahan penggunaan Kata Pinjaman BIL 1 2 3 4 HURUF L-A C-k a CONTOH KESALAHAN Last-last fantastic legend PEMBETULAN Akhir Fantastic Legenda CATATAN
Penyesuaian huruf konsonan tertentu Penyesuaian huruf konsonan tertentu Penyesuaian huruf konsonan tertentu

3.3 ANALISIS KESILAPAN UMUM TATABAHASA (MORFOLOGI-kata)


BIL 1 2 3 4 CONTOH KESALAHAN Eh,ke situ pulak perginya? Saya dah panggil tadi Kami semua tak dapat nak tolong Mungkin die ada kerja kat luar PEMBETULAN Eh,ke situ pula perginya? Saya sudah panggil tadi Kami semua tidak dapat nak tolong Mungkin dia ada kerja di luar CATATAN Pulak-pula Dah-sudah Tak-tidak Die-dia

ANALISIS KESILAPAN UMUM TATABAHASA ( SINTAKSIS-frasa & ayat ) BIL 1 CONTOH KESALAHAN pakcik PEMBETULAN Pak cik CATATAN Pisahkan perkataan menjadi dua perkataan Pisahkan perkataan menjadi dua perkataan Pisahkan perkataan menjadi dua perkataan

makcik

Mak cik

ibubapa

Ibu bapa

3.4 ANALISIS ASPEK KESANTUNAN BAHASA BIL 1 2 3 CONTOH KESALAHAN Diorang Pulak Aku Mereka Pula Saya PEMBETULAN

ULASAN
Secara umumnya, selepas membaca Majalah Apo ? ini,saya mendapati ia mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri dan dapat diperbaiki lagi. Kekuatan yang ada dalam majalah ini ialah pihak penerbit banyak menyelitkan unsur-unsur lawak serta gambar-gambar yang menarik untuk menarik perhatian para pembaca terutamanya kanak-kanak. Selain itu,petikan dan rencana yang ditulis di dalam majalah ini boleh dikatakan hampir keseluruhannya sukar untuk mencari kesalahan ejaan dan tatabahasa dalam jumlah yang besar.Ini adalah perkara yang baik kerana para pembaca tidak akan begitu mudah dipengaruhi oleh kesalahan tatabahasa yang serba kurang muncul di dalam majalah ini.Penulis petikan ataupun rencana pula menggunakan teknik penyampaian mesej yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada para pembaca melalui apa yang dia tulis itu.Di samping itu,harga jualan majalah ini bukannya sangat mahal,jadi semua orang mampu membelinya. Kelemahan majalah ini pula ialah penulis rencana banyak menggunakan perkataan singkatan yang biasanya mengguna dalam kehidupan seharian. Majalah ini juga mempunyai ketidaksantunan berbahasa,penggunaan perkataan seperti ini tidak sepatutnya muncul kerana ini boleh mempengaruhi pembaca terutamanya generasi muda zaman ini . Penerbitan Majalah Apo? ini turut kurang menepati garis panduan Dewan Bahasa Dan Pustaka.Hal ini akan

mempengaruhi pemahaman dan penulisan para pelajar dalam pelajaran jika mereka mencontohi apa yang terdapat dalam majalah ini tidak kira sama ada betul atau salah.Sebagai contoh,bahasa rojak yang terdapat dalam sebarang satu petikan itu akan mengelirukan pemahaman mereka,lama-kelamaan mereka juga akan menggunakan bahasa rojak dalam penulisan Bahasa Melayu semasa peperiksaan.Ini merupakan tabiat yang tidak berapa baik kerana para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa melayu yang tulen dan berstandard semasa mengambil peperiksaan. Jadi,saya ingin mencadangkan pihak penerbit agar senantiasa memberikan perhatian terhadap penggunaan kata istilah,ejaan,kesantunan berbahasa dan sebagainya dalam rencana keluaran majalahnya.Hal ini adalah penting untuk mengurangkan kekeliruan para pembaca terutamanya pelajar.Pihak penerbit harus berusaha menjadikan majalah ini lebih berkualiti dan menjadi salah satu sumber bacaan dan rujukan para pelajar.

RUMUSAN
Konklusinya, Majalah Apo? ini dikategorikan sebagai sebuah majalah yang berkualiti sederhana.Majalah ini tentunya akan mendapat sambutan yang lebih hangat serta menjadi salah satu buah majalah yang berkualiti jika majalah ini diterbit mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka . Di samping itu,majalah ini memang bersesuaian dibaca oleh pelbagai pihak sama ada kanak-kanak ataupun remaja.Isi kandungannya banyak dan kebanyakkannya meliputi unsure-unsur lawak dan gambar kartunis.Dari segi penulisan pula,rencana-rencana dalam majalah ini mempunyai sedikit sahaja kesalahan tidak kira dari aspek ejaan,kesantunan berbahasa ataupun tatabahasa.Ini merupakan perkara yang baik dan masih boleh memperbaiki lagi demi pembelajaran para pembaca.Hal ini demikian kerana majoriti pembaca akan mencontohi tatabahasa tersebut justeru ini akan mempengaruhi penggunaan bahasa melayu yang standard dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun,majalah ini masih boleh dijadikan sumber rujukan pelajar kerana tiada kebanyakkan kelemahan yang tidak dapat diperbaiki.Melalui majalah ini,para pembaca masih boleh mempelajari tatabahasa yang betul di samping dihiburkan oleh rencana lain.

BORANG REKOD KOLABORASI


NAMA PELAJAR: LU NGUK SIA NO. K/P: 910501-13-5716 UNIT : PPISMP PRA(SJKC)/MU/PJ SEMESTER : SEM 2 NAMA PENSYARAH: EN.MOHAMAD ZAIM BIN MOHAMAD HASSAN

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN Tugasan perlu dihantar selewatlewatnya pada 21 Feb 2010

T/TANGAN

07.02.2011 Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran. - En.Mohamad Zaim Bin Mohamad Hassan 09.02.2011 Menganalisis dan memahami kehendak soalan. 11.02.2011 Mencari dan membeli bukubuku majalah yang berkaitan untuk menjalankan kerja kursus pendek ini.

(En.Mohamad Zaim Bin Mohamad Hassan)

Membuat analisis soalan tugasan Memilih majalah yang sesuai untuk diguna serta menepati kehendak soalan tugasan. (LU NGUK SIA) ( LU NGUK SIA)

14.02.2011 Menggunakan kemudahan internet mencari maklumat yang berguna.

Mencatat maklumat yang penting dan berguna serta bibliografi yang berkenaan. (LU NGUK SIA)

16.02.2011 Mengumpul maklumat yang berguna.

Membuat nota ringkas tentang tugasan dan menghubungkaitkan maklumat dengan tajuk tugasan tertentu. (LU NGUK SIA)

18.02.2011 Membuat bahagian tugasan masing-masing dalam bentuk Microsoft Word.

Menyemakkan dan membetulkan ejaan serta menggunakan format yang dikehendaki. (LU NGUK SIA)

21.02.2011 Menghantar tugasan yang lengkap kepada pensyarah pembimbing.

Tugasan akan disemak oleh pensyarah pembimbing. (En.Mohamad Zaim Bin Mohamad Hassan)

BIBLIOGRAFI
LAMAN WEB http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kesalahan.htm http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kesalahan.htm http://www.scribd.com/doc/37568111/Pola-Keselarasan-Huruf-Vokal www.scribd.com/doc/37317644/Sistem-Keselarasan-Huruf-Vokal www.scribd.com/doc/15453160/Nota-Ejaan-Kata-Pinjaman typecat.com/pdf/kesalahan-umum-tatabahasa.html kafeilmu.co.cc/tema/kesalahan-bahasa-dalam-sintaksis.html www.scribd.com/KESANTUNAN-BAHASA/d/44123907

KAMUS Sheikh Othman Bin Syeikh Salim (2002),Kamus Dewan Edisi Ke-3 ,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai