Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Perkamusan, peristilahan dan penterjemahan bahasa Melayu merupakan bidang-bidang yang


berkaitan antara satu sama lain dalam memastikan bahasa Melayu sentiasa dinamis dan
berkembang. Bidang leksikografi merupakan satu cabang linguistik terapan yang menjurus
kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019).

2.0 SEJARAH PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

Perkataan ‘kamus’ berasal dari perkataan ‘qawamis’ dalam bahasa Arab yang menjadi wadah
pengetahuan tentang bahasa yang sangat luas. Sejarah perkamusan bahasa Melayu bermula
dengan wujudnya Kamus Melayu-Cina yang dikumpulkan antara 1403M dan 1511M (Asmah Haji
Omar, 1987). Kamus dwibahasa ini diterbitkan dengan nama Cinanya iaitu Man La Jia Gua Yi Yu
(senarai perkataan negeri Melaka). Kamus dwibahasa merupakan kamus yang mengandungi dua
bahasa. Kamus ini disusun oleh orang Tionghoa di Tiongkok yang melambangkan kemuncak
hubungan dua bangsa yang berlainan bahasa dan budaya iaitu Melayu dan Cina serta
melancarkan hubungan antara Cina dan Melaka khususnya dalam urusan pemberian
ufti.Terdapat 482 perkataan yang terpilih sebagai entri kamus ini yang meliputi pelbagai kategori.

Seterusnya, terdapat pula senarai yang dikeluarkan oleh Antonio Pigafetta yang terdiri daripada
426 entri bahasa Melayu yang sepadan dengan bahasa Itali pada tahun 1522 yang pada akhirnya
dibawa balik ke Sepanyol juga merupakan kamus dwibahasa (Deny Arnos Kwary dan
Norhashimah Jalaludin, 2012) . Pigafetta merupakan pengembara yang mengembara bersama-
sama Ferdinand Magellan. Beliau mengumpul perkataan-perkataan Melayu di Tidore., Indonesia
Timur.

Selama 200 tahun (1403-1601), daftar kata bahasa Melayu hanya ada empat dan bentuknya
sangatlah ringkas. Pada tahun 1603, Frederick de Houtman telah menghasilkan kamus Melayu-
Belanda semasa beliau menjadi tahanan di Acheh. Daftar kata Melayu-Belanda yang dikumpul
adalah lebih daripada 2000 perkataan. Spraeck de woordboek in de Maleysche en de
Madagaskarse Talen atau Grammar and Dictionary of the Malayan and Malagasy Languages
yang mengandungi bentuk percakapan dan dialog bahasa Melayu serta kosa kata Melayu-
Belanda telah diterbitkan apabila Houtman dibebebaskan dan kembali ke Amsterdam
(Norhashimah Jalaluddin, Intan Safinaz Zainudin, Zaharani Ahmad, Fazal Mohamad,Mohamad

Sultan dan Harishon Mohd Radzi, 2013).

1
Kemunculan pertama kamus dwibahasa Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu telah terhasil pada
1701 oleh Thomas Bowrey dengan 468 halaman. Kamus ini mengandungi peta negara-negara
yang menggunakan bahasa Melayu, nahu bahasa Melayu, koleksi perbualan dalam pelbagai
konteks, contoh surat menyurat, dan contoh huruf Melayu dalam skrip Roman dan Arab yang
membantu dalam urusan perdagangan. Kamus ini boleh dianggap sebagai kamus istilah (Nazilah
Mohamad dan Hasimah Ismail, 2017). Kamus ini hanya menunjukkan padanan perkataan bagi
bahasa Inggeris atau bahasa Melayu tanpa menerangkan tentang entri tersebut.

Pada abad ke-19, James Hownson telah hasilkan kamus Inggeris-Melayu mirip seperti Thomas
Bowrey teapi tulisannya berubah dari tulisan Rumi kepada Jawi. Menurut Mohamad Najmi (2016),
data korpus penyusun kamus pada abad ke-19 tidak jelas. Pada abad ke-20, sebelum tahun
1950, kamus agak besar saiznya dan usaha menyusun kamus masih dijalankan oleh tokoh
seperti R.S. Wilkinson, William G. Shellabear, dan R.O. Winstedt yang merupakan penjajah di
tanah Melayu. Haji Shamsuddin Mohd Yunus merupakan tokoh perkamusan yang menghasilkan
Kamus Melayu (Makna Perkataan) pada tahun 1920 yang merupakan kamus ekabahasa.

Selepas tahun 1950, bidang perkamusan amat pesat. Kemunculan kamus-kamus kecil ini
dihasilkan semata-mata tujuan komersial agar ramai pengguna akan membaca kamus (Noresah
Baharon et al, 2009). Daftar istilah pada tahun-tahun 60-an lebih berbentuk ekabahasa yang
mengandungi satu bahasa sahaja. Kamus Dewan Edisi Pertama (1970) yang merupakan kamus
ekabahasa yang diketuai Ketua Bahagian Perkamusan pertama iaitu Dr Teuku Iskandar.Kamus
ini mengikut Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1972).Kamus ini telah ditambah baik
sehingga 2005 sebagai Kamus Dewan Edisi Keempat dengan mengandungi entri-entri terkini.
Hajah Noresah Baharom yang pernah menjadi Ketua Bahagian Perkamusan pada tahun 1988-
1995 dan 2001-2005 telah menghasilkan pelbagai kamus seperti Kamus Rendah Dewan
Bergambar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat (Noresah Baharom et al, 2015).
Bahagian Perkamusan DBP banyak menghasilkan kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus
istilah bagi kegunaan penutur bahasa Melayu.

Setelah kamus bahasa Melayu mengalami pelbagai perubahan, dapat disimpulkan bahawa untuk
menyusun sesebuah kamus ialah tidak mudah kerana teori dan prinsip-prinsip yang tertentu yang
perlu diikuti. Antaranya ialah perancangan perlu dilakukan (Sahlberg,2009). Sebagai contoh,
Frederick Houtman yang menerbitkan kamus Melayu-Belanda hanya apabila beliau pulang ke
Amsterdam. Seterusnya, aspek linguistik perlulah mengikut cabang ilmu linguistik yang berkaitan
dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia
dan sebagainya. Sebagai contoh, kamus Melayu-Inggeris yang dihasilkan oleh Thomas Bowrey.

2
Selain itu,pra-syarat peneliti kamus ialah penguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa
ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa seperti
pengembara Antonio Pigafetta. Penyusun kamus juga perlulah tekun serta cermat. Selain
daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak
kurang penting. Contohnya seperti, Noresah Baharom yang menjadi Ketua Bahagian
Perkamusan sebanyak dua kali di DBP. Menurut Mohamad Omar (2016), penelitian aspek
bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan.
Sebagai contoh,

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DAN INSTITUSI YANG LAIN DALAM

MENENTUKAN MASA DEPAN PERKAMUSAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan satu badan berkanun yang diberikan kuasa untuk
melaksanakan pembinaan bahasa Melayu secara terancang. DBP berperanan untuk mencetak
atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan persuratan dalam bahasa
kebangsaan. DBP juga berperanan untuk mengumpul perkataan-perkataan baharu yang
digunakan dalam zaman ini dan melupuskan perkataan yang tidak lagi relevan. Sebagai contoh,
perkataan ‘swafoto’ telah diiktiraf oleh DBP yang berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu
‘selfie’. DBP juga berperanan untuk mengkaji bahasa-bahasa dan istilah-istilah yang sering
digunakan sama ada dalam perbualan harian atau di media sosial supaya mereka boleh
menyerap mana-mana perkataan baharu ke dalam kamus seterusnya memperkembangkan
bahasa Melayu ke serata dunia (Muhamad Taufik Abdullah, 1992).

Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) berperanan mengangkat industri terjemahan di


Malaysia. ITBM banyak menterjemah karya bahasa asing ke dalam bahasa Melayu sama ada di
peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa (Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamed
Zain,1990). Kewujudan ITBM mampu untuk memastikan bahasa Melayu kekal digunakan dengan
ilmu yang diterjemah dari bahasa asing. ITBM memang berkait rapat dengan Bahagian
Perkamusan DBP bagi memastikan penterjemahan mereka mantap dan dapat digunakan oleh
semua pembaca.

Selain itu, pelbagai kajian dan tindakan diambil oleh DBP khususnya Bahagian Perkamusan serta
ITBM dalam memastikan perkamusan ini terus berfungsi dan bahasa Melayu tidak akan mati
(Zaidi Ismail, 2012).

3
4.0 PENUTUP

Bidang perkamusan, penterjemahan dan peristilahan merupakan bidang yang tidak akan berhenti
fungsinya kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik seiring zaman dan akan terus
berkembang ke serata dunia.

Anda mungkin juga menyukai