Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT

NAMA PELAJAR : SRI YANTI BINTI KAMAL

ANGKA GILIRAN : 2018062340078

NO. KAD PENGENALAN : 991222-12-5598

KUMPULAN/UNIT :PISMP AMBILAN JUN 2018-BAHASA MELAYU 4 (SK)

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB3103 – PENULISAN KREATIF SASTERA

KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI

NAMA PENSYARAH : PARIDAH BINTI MAMAT

TARIKH HANTAR : 12 OKTOBER 2020

MARKAH KERJA KURSUS :

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Nama pensyarah Nama pelajar

Tandatangan tarikh Tandatangan tarikh

Tarikh Tarikh

1
Biodata Diri

Nama : Sri Yanti Binti Kamal

No Ic : 991222-12-5598

TarikhLahir : 22 Disember 1999

TempatLahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu

Alamat : Blok C-1-13 Tmn Sri Rugading 89200 Tuaran Sabah

No Telefon : 0165014738

Hobi : Hiking

Email : Sriyanti358@Gmail.Com

2
Penghargaan

Pertama sekali bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat
menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua individu yang
banyak membantu melaksanakan tugasan ini secara langsung ataupun tidak langsung.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibubapa saya kerana sentiasa mendoakan
saya agar diberi kemudahan dalam melaksanakan tugasan ini. Mereka juga banyak memberi
sokongan saya dalam semua aspek seperti rohani dan kewangan dalam menghasilkan
tugasan yang terbaik ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada bonda Paridah binti Mamat selaku
pensyarah kursus Penulisan Kreatif Sastera Kanak-Kanak (BMMB3103) ini atas bimbingan
dan tunjuk ajar kepada saya. Mereka sering mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan
menegur kesilapan saya dengan cara yang baik. Semoga jasa baiknya akan terus diberkati
dan diganjari oleh tuhan yang tidak terhingga nilainya.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada sahabat-sahabat
yang banya kmembantu dengan berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan dalam
menyiapkan tugasan ini. Segala jasa baik rakan-rakan amatlah saya hargai, kerana tanpa
kawan-kawan, banyak kesalahan yang saya akan lakukan yang boleh mengakibatkan markah
saya ditolak.

Akhir kata, saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan dalam melaksanakan tugasan ini, segala kekurangan harap dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari
kelemahan diri saya sendiri, hakikatnya kedua-dua datangnya daripada Allah.

3
1.0 Pengenalan

Perkembangan awal kesusateraan kanak-kanak dalam masyarakat Melayu, seperti sastera


untuk kanak-kanak dapat dikesan daripada tradisi sastera lisan. Perkembangan
kesusasteraan kanak-kanak dianggap selaras dengan proses tumbesaran kanak-kanak
kerana terdapatnya hubungan yang mesra dan sebati antara sastera dan kanak-kanak.
Menurut Nijar (1984), kesusasteraan kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan kreatif
dan imaginatif yang dikhususkan untuk bacaan, hiburan dan penilaian kanak-kanak. Secara
amnya, kesusasteraan kanak-kanak ini meliputi keseluruhan buku bermutu dan berfaedah
yang ditulis untuk bacaan kanak-kanak yang merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiskyen.
Perubahan dan kemajuan telah menukar corak hidup manusia dan menjadikan kesusasteraan
kanak-kanak begitu penting dalam kehidupan masyarakat moden terutamanya dalam sistem
pendidikan. Menurut Hadijah Rahmat (2006), sastera kanak-kanak berperanan dalam
masyarakat Melayu, khususnya sebagai penyalur nilai-nilai pembangunan, pencapaian serta
pembinaan konsep wira dan kecemerlangan dalam diri kanak-kanak. Hal ini kerana buku
sastera lebih mudah menarik perhatian dan minat kanak-kanak kerana mempunyai
kecenderungan semula jadi terhadap sesuatu yang berunsur kreatif dan imaginatif jika
dibandingkan dengan bahan bacaan lain yang biasa dan mendatar.

Oleh itu, seorang penulis atau pengarang perlulah mempunyai pemikiran yang kreatif
dalam menerbitkan idea, mereka cipta, membuat pertimbangan, mentafsir maklumat dan
membuat keputusan dalam menghasilkan karya sastera kanak-kanak yang bermutu dan
berkualiti. Menurut kamus Webster’s (1976) dalam Mohd Azhar (2001), pemikiran kreatif ialah
“the ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan pemikiran kreatif
ialah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Justeru itu, tugasan ini akan
membincangkan berkaitan dengan konsep kreativiti dan proses kreatif dalam penghasilan
karya sastera kanak-kanak serta perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia bermula
tahun 1963 sehingga tahun 2019.

4
2.0 Kreativiti dan Proses Kreatif Dalam Penghasilan Karya Sastera Kanak-Kanak

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), mentakrifkan kreativiti sebagai kemampuan


(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan dan mengembangkan idea baharu dan asli.
Dalam konteks ini juga, perkataan kreativiti ini merujuk kepada kebolehan kemampuan
seseorang bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif. Manakala Prof. Dr. Abdul Shukor et.al
(2011:63), menyatakan bahawa perkataan kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu
creare bermaksud ‘membuat’, manakala dalam bahasa Greek pula, creare membawa maksud
‘memenuhi’. Ini dapat disimpulkan bahawa kreativiti adalah kemampuan untuk mencipta
sesuatu yang bernilai dengan menggabungkan kemahiran dan imaginasi bagi menghasilkan
sesuatu yang kreatif yang melibatkan kecerdasan dan kecergasan kreatif bagi merangsang
minda kanak-kanak ke arah melahirkan dan membentuk individu yang kreatif dalam segenap
aspek. Cropley (2001), menyatakan bahawa pakar-pakar dalam bidang kreativiti bersepakat
bahawa kreativiti mempunyai tiga unsur teras, iaitu (i)keaslian, (ii)keberkesanan, dan (iii)
beretika. Manakala menurut Muhammad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait
dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa
kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir di luar kotak). Victor Lowenfeld
(1975) menyatakan bahawa, kreativiti sebagai suatu naluri semula jadi dimilik oleh setiap
insan sejak ia dilahirkan. Jauharah (1995) melihat kreativiti sebagai penglahiran sesuatu yang
baru dan mempunyai nilai yang bermutu.

Menurut Sharp (2004), kreativiti adalah kemampuan untuk membuat perhubungan


antara sesuatu bidang pengetahuan dengan bidang pengetahuan yang lain bagi
memperluaskan kefahaman. Menurut Mohd Azhar (2004), kreativiti merupakan kebolehan
berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan logik biasa. Ringkasnya konsep kreativiti
merupakan suatu proses yang berlaku tanpa manusia sedari dan bersifat dualiti iaitu secara
semulajadi dan boleh dipelajari. Oleh sebab itu, definisi bagi kreativiti amat luas dan tidak
terhad berdasarkan tempat ruang dan masa untuk ditafsirkan. Secara amnya, kreativiti ialah
kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu,
menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif Pada umumnya, semua orang
mempunyai potensi menjadi kreatif. Namun, disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih
menggalakkan penggunaan fungsi otak kiri, manusia jarang mempunyai masa melibatkan diri
dalam aktiviti otak kanan yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis. Oleh sebab
itu, menurut Edward de Bom (1994) daya kreativiti menjadi kurang aktif disebabkan kurang
penggunaannya. Sehubungan itu, dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita
perlulah merangsang otak sebelah kanan supaya lebih aktif. Ini boleh dilakukan dalam
pelbagai aktiviti masa lapang termasuk aktiviti yang berbentuk kesenian dan penulisan.

5
Bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif, ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif
iaitu inovatif, intuitif, imaginatif dan ilham dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan
berbeza. Pengarang merupakan pihak yang paling hampir keterlibatannya dalam proses
kreatif. Keterlibatan langsung pengarang dapat dirujuk kepada dua bentuk proses iaitu proses
kognitif dan proses penulisan. Menurut Mana Sikana (1998), pengarang mendapat ilham
sewaktu berada dalam alam bawah sedar (subsconsious), kemudian menulis ilhamnya dalam
bentuk perkataan apabila berada dalam keadaan sedar (conscious). Memahami proses yang
berlaku dalam mental manusia adalah paling penting daripada memikirkan kreativiti. Proses
kognitif menyimpan rahsia di sebalik kebolehan luar biasa seseorang pengarang. Hal inilah
menurut Thomas J. Berry (2002) yang membezakan manusia dengan manusia lain dan
meletakkan dirinya sebagai manusia yang luar biasa di mata umum. Di sebalik sifat kreatif
pengarang itu, timbulnya cakap-cakap dan ungkapan orang bahawa bahasa puisi penyair itu
sangat puitis, sajaknya sangat indah dan menarik dan bermacam-macam lagi. Daya kreatif ini
timbul daripada sumber utama iaitu kreativiti. Daya ini berfungsi dalam ruang abstraksi dan
terpancar hasilnya menerusi kreativiti pengarang dalam sesebuah karya. Jelaslah, proses
kognitif merupakan bahagian yang sangat penting daripada keseluruhan proses kreatif
penciptaan karya. Menurut Thomas et.al (1997), menyebutkan bahawa manusia merupakan
pembina struktur kognitif yang menakjubkan.

Menurut Crow & Crow (1983: 365), pemikiran kreatif melibatkan proses mental yang
sama seperti yang berlaku dalam bentuk-bentuk pemikiran yang lain, iaitu dalam pengalaman,
pengaitan dan pernyataan. Anggapan mental diterima, diingat kembali, digambarkan dan
digunakan. Daripada proses tindak balas ini kerap kali timbul pernyataan dan penikmatan.
Peringkat pemikiran kreatif biasanya meliputi persediaan, masa pemeraman dan celik akal.
S.C Parker (1920:199), berpendapat seseorang yang kreatif melalui peringkatan persediaan,
walaupun mungkin bagi seseorang itu mencipta sesuatu dalam masa yang begitu singkat.
Sesiapa yang berjaya mengeluarkan satu hasil tersendiri adalah celik akal, mempunyai
pengalaman, tenaga dan kekuatan yang cukup untuk menciptanya. Pemikiran kreatif juga
berbentuk kegiatan mental yang lain melibatkan proses pengenalan akan tetapi dalam
penyelesaian masalah sehari-hari identiti yang mendasari kesimpulan adalah agak mudah
dan biasa. Daya cipta menunjukkan pengeluaran satu identiti yang baru sama ada seluruhnya
atau sebahagiannya. Pengenalan yang baru timbul sebagai identiti yang diketahui, disusun
semula secara mental untuk membentuk perkataan yang ada hubungan dengan matlamat
yang diingini.

6
Salah satu model proses kreatif yang terawal telah dikemukakan oleh Graham Wallas
pada tahun 1926. Wallas mencadangkan tahap proses pemikiran kreatif kepada empat
peringkat. Peringkat pertama persediaan (preparation) meliputi definsi isu, keperluan,
keinginan pemerhatian dan kajian. Pada peringkat ini, tindakan menyusun cerita bagi
persediaan penyelesaian juga dilakukan. Menurut A. Samad Said (2003), menjelaskan semua
karya yang dihasilkan perlulah melalui satu perancangan, baik perancangan itu teratur atau
tidak. Perancangan ini dilakukan secara sedar dengan keinginan yang timbul dari dunia nyata
dan proses ini disedari oleh penulis. Terdapat beberapa aktiviti yang berlaku pada peringkat
persediaan ini. Antaranya membaca, menyelidik, mengumpul, menganalisis dan membuat
kerangka minda. Proses pembacaan merupakan aktiviti paling praktikal yang dilakukan oleh
seseorang penulis sebelum memasukkan diri ke dalam ‘lorong’ kreatif. Pembacaan tentunya
sudah memadai untuk membantu seseorang penulis memulakan sesuatu cerita. Proses yang
lazim berlaku ialah mengintegrasikan pelbagai idea, stail, kaedah dan teknik bercerita
daripada beberapa buah karya, kemudian dihasilkan karya baharu dalam bentuk yang baharu
pula. Proses sebegini disebut sebagai ‘interteks’. Semangat karya yang dibawa sebelumnya
hadir dan bercerakin dalam karya baharu. Kaedah interteks ini sangat lazim berlaku dan
dilakukan oleh para penulis. Walaubagaimanapun, kaedah ini tidak bermakna penulis
menciplak atau meniru idea penulis lain. Selain daripada melakukan pembacaan, penulis juga
perlulah melakukan penyelidikan. Penyelidikan menuntuut seseorang penulis lebih serius,
teliti, kritis dan analitis. Penulis akan lebih bertanggungjawab membuat pertimbangan,
menerima atau menolak sesuatu untuk dimasukkan dalam karya mereka. Menurut A. Samad
Said (2003), penyelidikan membantu menyempurnakan maklumat yang diperolehi daripada
pembacaan, baik dari segi kesahihan mahupun keesahannya. Penyelidikan memerlukan
masa yang panjang, bergantung kepada tujuan penulisan dan skop bidang yang dikaji.

Kedua, pemeraman (incubation) iaitu membiarkan idea atau permasalahan dalam


minda untuk diselesaikan atau dikeluarkan semula. Fasa inkubasi adalah keadaan di mana
pengalaman, data, dan maklumat yang telah dibaca dan diperhatikan kemudian difikirkan
secara sedar dan kemudian disimpan. Menurut Tapomoy Deb (2006), keadaan ini adalah
usaha dalam menyelamatkan masalah untuk digunakan pada masa-masa tertentu yang lain.
Pada fasa ini, semua pengalaman, data dan maklumat yang diperoleh pada peringkat
persiapan disimpan hingga akhirnya memberikan idea dan inspirasi. Kemunculan ini adalah
langkah pertama dalam membuat ciptaan baru. Wallas menyebutnya sebagai keadaan atau
keadaan yang bebas dari proses minda atau sedar berfikir. Inkubasi ini juga dapat dikatakan
sebagai tahap pematangan dan pemprosesan idea yang juga dikenali sebagai ‘idea menetas’.
Kemunculan idea yang disimpan atau ‘diinkubasi’ itu diperlukan supaya dapat mengingat
kembali maklumat, data, dan engalaman yang telah diperoleh semasa fasa persediaan.

7
Steven M. Smith (1999) mengemukakan bahawa kesan daripada fasa ini antaranya
kemunculan idea untuk mencari jalan penyelesaian. Keupayaan mencari jalan penyelesaian
ini berlaku secara semula jadi sama ada ketika menghadapi masalah atau selepas mengalami
sesuatu masalah sepanjang tempoh inkubasi. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa ciri
yang boleh dikesan semasa tempoh inkubasi dalam proses kreatif ini. Pertama, inkubasi boleh
berlaku bergantung kepada persiapan yang teliti, intensif dan berhati-hati. Kedua, seperti yang
telah dihujahkan oleh Wallas, pengeraman tidak memerlukan pemikiran yang sedar dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Ketiga, inkubasi berfungsi dalam keadaan yang optimum
khususnya ketika berehat daripada memikirkan sesuatu masalah. Keempat, inkubasi dapat
meningkatkan fungsi hemisfera kanan atau imaginasi kreatif dengan munculnya kemampuan
menyelesaikan masalah secara kreatif. Oleh itu, seseorang yang belajar dari peristiwa
sebenar mempunyai kesan di mana kesan-kesan itu akan tetap ada di dalam fikiran mereka.
Kesan dari pengamatan itu terdapat dalam teori Wallas yang dikategorikan sebagai fasa
inkubasi, di mana pengalaman akan berlaku dalam tempoh pemeraman.

Ketiga, pengeluaran (illumination) saat idea baru muncul ada akhirnya. Idea-idea ini
boleh menjadi pecahan dari satu keseluruhan atau satu keseluruhan itu sendiri. Peringkat ini
juga adalah peringkat penyelesaian yang mana seseorang itu telah mendapat idea baharu
daripada idea yang diperamkan. Pada peringkat ini, seseorang itu lazimnya mendapat ilham
dari sumber-sumber yang tidak dijangka. Beberapa aktiviti di bawah sedar sangat aktif dan
bergerak dalam jalur kognitif yang menghadirkan sebuah inspirasi. Perkara di bawah sedar
ini menjadi tumpuan utama para Psikoanalisis, khususnya Sigmund Freud dan pengikutnya.
Menurut Hassan Langgulung (1991:113), perbincangan Freud tentang sublimasi menjelaskan
fenomena proses kreatif berkait langsung dengan kreativiti seni. Menurut A. Samad Said
(2002), beliau tidak dapat menentukan secara pasti saat kehadiran idea-idea baharu itu,
kerana perkara itu berlaku secara spontan, berkebetulan dan diluar jangka. Terdapat perkara-
perkara yang spesifik dan unik dapat dilihat apabila idea-idea baru yang dinyatakan telah
diekspresikan. Menurut M. Suyanto (2005), tahap iluminasi ini merupakan titik permulaan dari
segi kemampuan untuk bertindak balas, menyelesaikan masalah dan menyatakan maklumat
yang diterima secara kreatif. Menurut Sarumpaet (2002), keupayaan untuk mengeluarkan
atau mengekspresikan idea ini berkait rapat dengan kemahiran berbahasa seseorang. Oleh
itu, seseorang itu perlulah memperkayakan perbendaharaan kata dengan cara membaca,
berbincang, bertanya dan sebagainya. Menurut David Campbell (2012), proses kreativiti
dalam peringkat ini digambarkan sebagai tahap AHA. Hal ini kerana pada fasa ini, seseorang
itu telah meneroka perlbagai persoalan, mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang
mungkin berlaku dan mendapat idea bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi sebelum menzahirkan dan menyatakan semula idea tersebut.

8
Akhir sekali, pengesahan (verification) iaitu penyemakan untuk mengesahkan
maklumat yang akan diguna pakai. Peringkat ini juga merupakan fasa pengujian. Yang mana
semua data dan idea yang ada sebelumnya telah dikaji, disimpan dan diekspresikan, diuji
keberkesanannya dengan menggunakan sesuatu ‘alat bantuan’ dalam bentuk eksperimen.
Eksperimen dalam fasa ini penting kerana dapat menentukan sama ada idea yang tercetus
boleh dikategorikan sebagai idea kreatif ataupun tidak. Menurut Murray (2009), eksperimen
mempunyai beberapa kegunaan antaranya untuk melihat adakah idea yang dihasilkan itu
mempunyai persamaan dengan eksperimen lain yang sudah ada atau tidak. Menurut
Tapomoy Deb (2006), menyatakan fasa ini sebagai checking out atau fasa pemeriksaan.
Dalam fasa pemeriksaan ini, kemampuan dan kemahiran berfikir memainkan peranan yang
sangat penting. Hal ini kerana, dengan adanya kecelikan dan kemampuan berfikir itu akan
dapat membantu dalam melihat sejauh manakah seseorang itu boleh mengurus dan
menghubungkan idea-idea yang telah dikumpul supaya dapat dikembangkan menjadi sesuatu
yang lebih menarik, inovatif, baru dan unik. Menurut Sarumpaer (2002), fasa ini juga boleh
diuji dengan cara membuat perbandingan dengan karya atau hasil oang lain, serta meminta
cadangan dan kritikan dari orang lain. Cadangan mereka kemudian digunakan sebagai
‘bahan’ untuk diproses sebagai penambahbaikan yang dapat menyokong idea-idea tersebut
agar dapat menjamin kesempurnaan hasil kreativiti yang telah dihasilkan.

Menurut Torrance (1988) mendakwa, model Wallas merupakan asas kepada program
latihan berkaitan pemikiran kreatif yang diguna pakai pada masa kini. Walaubagaimanapun,
tahap-tahap dalam model ini bukannya yang pertama dan terakhir, kerana tanggapan
terhadap pemikiran kreatif bermula dengan persediaan yang sebaikya dan berakhir dengan
pencetusan idea yang kritis. Hal ini menunjukkan bahawa pemikiran analitis dan kreatif
sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. Penulis yang kreatif belajar dan
menganalisis, tetapi mereka mempunyai mekanisma melakukan tanggapan yang telah dilatih
untuk menyatakan sesuatu perkara yang orang lain tidak mampu buat. Sebenarnya, semua
orang mempunyai potensi kreatif yang mendalam terhadap dirinya. Namun tidak semua orang
boleh memahami potensi ini padahal potensi kreativiti dapat meningkatkan kemampuan untuk
seseorang itu mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi dengan baik serta dapat
menjadikan hidup menjadi lebih berkualiti. Dengan adanya teori Graham Wallas ini akan dapat
membantu dalam mengasah dan meningkatkan daya kreativiti seseorang. Persoalannya,
sejauh manakah kreativiti dan proses kreatif ini berupaya untuk menggerakkan
perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia?

9
Salah satu sebab mengapa kreativiti dan proses kreatif membantu dalam
menggerakkan perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia adalah kerana dengan
adanya karya sastera yang kreatif ini dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan
kanak-kanak. Hal ini kerana menurut Safiah (1979), menegaskan minat membaca dalam
kalangan kanak-kanak berkait rapat dengan faktor pencapaian. Membaca teks sastera
memerlukan cabaran-cabaran intelektual yang berbeza. Membaca teks sastera bukan sahaja
sekadar menikmati maksud yang tersurat, tetapi juga maksud yang tersirat di mana ia
melibatkan penaakulan dan gerak hati. Unsur sastera dalam pendidikan berfungsi untuk
memperluaskan pemikiran individu kerana genre sastera yang bermutu tinggi mempunyai
makna yang tersirat yang perlu dihalusi oleh pembaca. Bahan bacaan sastera yang kreatif
boleh mananam dan membudayakan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Dapatan kajian Kathy (1994) membuktikan bahawa kekurangan buku-buku sastera berbentuk
rekreasi di pasaran merupakan faktor kekurangan minat kanak-kanak terhadap sastera.
Beliau mencadangkan kelab membaca ditubuhkan agar murid boleh digalakkan membaca
dengan adanya sedikit cenderahati dan menyeru pihak penerbit atau pengarang
menghasilkan buku-buku sastera dalam bentuk rekreasi yang sesuai untuk dibaca oleh
kanak-kanak. Menerusi pembacaan bahan sastera, secara tidak langsung kanak-kanak
didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan menarik perhatian mereka serta dapat
memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menurut Susan R. Horton (1993),
penulisan yang baik datangnya daripada pengarang yang baik. Pengarang yang baik haruslah
membaca bahan-bahan yang berfaedah. Pengarang sastera kanak-kanak seharunsya
banyak melakukan pembacaan dan penyelidikan berkaitan psikologi termasuklah tentang
minat dan tabiat kanak-kanak agar menjadi seorang yang lebih arif dan dapat merungkai
jawapan kepada permasalahan yang ingin diselesaikan sebelum menghasilkan sesuatu karya
kanak-kanak. Menurut Bernard (1973) berpendapat sastera kanak-kanak mestilah
mencerminkan keseronokan, memberikan pengetahuan dan pengalaman baharu kepada
pembaca, penyemai dan pendengarnya. Oleh itu, seorang penulis karya sastera kanak-kanak
tidak seharusnya menggunakan piawai orang dewasa dalam menghasilkan sebuah karya
sastera kanak-kanak agar kanak-kanak dapat membaca dan memahami apa yang ingin
disampaikan oleh penulis.

Selain itu, sebab mengapa kreativiti dan proses kreatif membantu dalam
menggerakkan perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia adalah kerana dengan
adanya karya sastera yang kreatif, pengarang dapat menghasilkan karya yang dapat
memberikan tauladan yang baik agar dapat dicontohi oleh kanak-kanak. Fungsi sastera
kanak-kanak adalah menyampaikan tugas yang murni, kerana melaluinya akan dapat
dinyalakan semangat kerajinan, pembangunan, patriotisme, kasih sayang di samping

10
menanamkan sifat-sifat keberanian, budi pekerti yang baik serta memupuk rasa cinta
terhadap bahasa ibundanya. Dalam konteks sastera kanak-kanak, perkara yang sering
dijadikan tema oleh penulis adalah berkenaan dengan nilai-nilai murni dan pengajaran agar
kanak-kanak dapat mencontohi dan mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Menurut Othman
Puteh dan Abdul Ahmad (1984), tema penulisan sastera kreatif atau penulisan buku sastera
kanak-kanak adalah tentang cerita dan persekitaran kanak-kanak. Tema-tema penulisan
karya sastera kanak-kanak yang menjadi kegemaran ialah pengembaraan, nyanyian,
penyiasatan dan cerita berbentuk permainan. Tema-tema lain adalah seperti menyelongkar
dunia misteri, hiburan, pendidikan dan bertemakan ejen pembangunan untuk meningkatkan
tahap kematangan kanak-kanak. Tema penulisan sastera kanak-kanak yang pelbagai ini
memberikan laluan kepada kanak-kanak untuk memilih saluran bacaan mengikut kegemaran
masing-masing. Keadaan ini sekaligus meningkatkan tahap pemikiran kognitif mereka.
Menurut Lynch-Brown (1999), perkembangan kognitif dapat diterapkan kepada kanak-kanak
dengan memberikan pengetahuan baharu dan mempertingkatkan kefahaman kanak-kanak
terhadap pengetahuan sedia ada di samping menggalakkan mereka untuk mencari maklumat
sendiri. Sebagai contohnya, dalam cerita rakyat, pengarang menggambarkan kasih sayang
yang sangat utuh seorang ibu kepada anaknya yang sanggup mengorbankan segalanya demi
kejayaan anaknya. Cerita sebegini mampu membentuk keperibadian mulia dalam diri kanak-
kanak. Kanak-kanak mampu untuk membentuk nilai kasih sayang dalam diri mereka agar
ikatan kasih sayang ini mampu menjanjikan kebahagiaan dalam diri mereka. Berpaksikan
kepada permalasahan ini, terbukti bahawa sastera memainkan peranan penting dalam
memupuk nilai-nilai murni terutama bagi golongan kanak-kanak kerana usia seawal mereka
perlu diberi perhatian sewajarnya terutama dalam membentuk keperibadian seseorang
kanak-kanak. Oleh itu, kebijaksanaan pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya yang
sarat dengan pengolahan nilai murni dan pengajaran mampu mencetuskan suatu khazanah
nilai yang berharga kepada kanak-kanak.

Seterusnya, sastera bukan sekadar bahan bacaan, tetapi lebih daripada itu. Menurut
Shahnon Ahmad (1991) menegaskan bahawa sastera sebagai seismografi kehidupan iaitu
sastera bukan sahaja mencatat, tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui
sastera, banyak yang boleh dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk
melengkakan nilai sesebuah masyarakat. Melalui sastera juga, masyarakat dapat
mempelajari sejarah yang bertujuan untuk memperbaiki kehidupan mereka. Sehubungan
dengan itu hakikat atau isi kesusateraan adalah fenomena kehidupan yang berkait dengan
manusia, haiwan, makhluk lain seperti flora dan fauna, malah dalam penghasilan sastera
mutakhir, robot dan alam fantasi juga dijadikan pelaku baik dalam bentuk cerita mahupun
filem. Kreativiti seorang penulis akan menjadi lebih bermutu apabila penulis dengan rela hati

11
memberi kepercayaan yang tinggi kepada fikiran rasional dan sentuhan perasaan. Hal ini
bersangkutan dengan nilai sensitiviti seorang penulis yang penuh dengan rona-rona estetika
untuk diterjemahkan ke dalam karya. Penulis yang memberi kepercayaan kepada
kemampuan intelektualnya menulis akan mencambahkan idea yang unik dan tulisan yang
mesra dengan khayalak pembaca. Di sinilah bersatunya kesasteraan dengan falsafah, iaitu
terhasilnya pengucapan seni yang merangkumi seluruh persoalan kehidupan yang mencapai
tahap keinsafan insan. Dengan adanya karya sastera, kanak-kanak dapat diajar dan dididik
untuk menghayati persoalan manusia dan kemanusiaan. Sebagai contohnya, karya Anis
(2009) iaitu puisi ‘Dari Jendela Terbuka’ dapat membimbing anak-anak meneroka alam di luar
rumah, mengaktifkan minda muda yang sentiasa mahu bertanya tentang banyak perkara yang
dilihat dan didengar. Keajaiban alam seperti awan, angin, hujan, matahari, bulan, pokok,
burung menjadi tanda tanya. Pertanyaan ini dapat dijawab berdasarkan sains dan kekuasaan
Ilahi. Secara tidak langsung jawapan itu dihulurkan berlandaskan sains dan agama. Puisi
seperti ini sebenarnya meminta kanak-kanak supaya berfikir dengan kreatif dan kritis,
memikirkan unsur-unsur alam yang boleh dikaitkan dengan unsur sains, geografi dan
sebagainya. Namun disebalik itu kanak-kanak harus diterapkan dengan pemikiran
kerohanian, betapa agungnya ciptaan Yang Maha Kuasa iaitu Allah S.W.T. Dari bahan-bahan
bacaan seperti ini kanak-kanak akan menyedari bahawa mengalami kegelisahan,
kekecewaan, kebimbangan dan kemerosotan hidup adalah merupakan fenomena sejagat.
Dengan ini mereka dapat membuat perhitungan sendiri untuk menyelesaikan masalah-
masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, pengarang perlulah mengolah dan menggabungkan
serta melengkapi karyanya dengan daya rasa atau sensitiviti mereka. Menurut Arba’ie et.al
(2008) untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan
masyarakatnya yang mana pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber
asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan
membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya.

Di samping itu, seni bahasa dalam karya kreatif kanak-kanak menjadi alat pengucapan
yang melambangkan pemikiran kebitaraan dan pemikiran kekreatifan seorang pengarang.
Pengarang juga dapat menghasilkan karya kreatif yang dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa kanak-kanak dalam menggerakkan perkembangan sastera kanak-kanak di
Malaysia. Hal ini kerana kanak-kanak akan memberi tindak balas kepada pola-pola bahasa
yang bersifat seni. Pengucapan bersifat seni ini akan memberi makna keseluruhan atau
kesempurnaan, keseimbangan, kejernihan, kekuatan dan kesatuan yang ditampilkan melalui
karya yang berseni iaitu karya sastera. Bahasa ibarat pedang, sastera adalah kilaunya.
Ungkapan ini membawa maksud, kata-kata (bahasa) mempunyai kuasa yang diibaratkan
pedang, dan seni bahasa adalah kehalusan yang diibaratkan kilauannya. Begitulah ibaratnya

12
bahasa. Bahasa yag baik adalah bahasa yang bertenaga (berilmu) dan halus (indah)
penyampaiannya. Justeru, ia mudah diterima khalayak. Bahasa yang halus adalah bahasa
sastera. Bahasa sastera juga merupakan bahasa yang bergaya kerana bahasa ini mempunyai
manfaat pada isinya dan indah persembahannya. Dalam hubungan ini Cox (1998)
mengatakan dengan mendengar, menyebut dan membaca pola-pola bahasa seperti puisi
berungkali membolehkan kanak-kanak mengingati frasa dan ungkapan-ungkapan yang
menarik dan kemudian menggunakannya dalam pertuturan dan penulisan. Melalui
pengulangan pola-pola bahasa yang dijangkakan kanak-kanak akan mempelajari proses dan
urutan idea secara tidak langsung. Pola-pola bahasa yang ringkas dan indah itu kadang-
kadang menjadi bahan nyanyian hingga menjadi hafalan mereka. Melalui isi yang bernas dan
bahasa yang indah dapat menjadi ransangan kanak-kanak membina kemahiran
mengungkapkan idea atau pemikiran secara tersusun dan berturutan. Latihan menggunakan
pola-pola bahasa warisan seperti ini memberikan dorongan semula jadi yang menghiburkan
kanak-kanak. Langkah ini menggerakkan mereka menulis variasi-variasi bahasa ciptaan
mereka sendiri. Kemahiran bermain pola-pola bahasa tradisional yang telah sedia ada seperti
pantun, kanak-kanak boleh meluaskan konsep dan perbendaharaan kata. Lanjutan daripada
itu dapat melatih mereka membentuk kemahiran menyepadukan pengalaman hidup sebagai
isi dan seni bahasa sebagai alat pengucapan seni. Dari sudut ini akan terhasillah nilai-nilai
kemanusiaan, pemikiran dan perasaan; dan dari sudut bahasa pula terciptalah pelbagai
variasi seni bahasa bagi menampilkan citra fikir dan rasa mereka. Selain daripada itu kanak-
kanak boleh digalakkan bermain dengan kata-kata seni yang berbentuk lambang-lambang
dan fikiran yang berkaitan dengan pengalaman hidup harian atau pengalaman imaginatif
mereka. Melalui karya kreatif yang diperkenalkan kepada kanak-kanak, ia boleh dijadikan
bahan cerita oleh kanak-kanak untuk membina daya kreativiti mereka dan melihat emosi
mereka. Kanak-kanak dapat mengetahui bentuk perkataan yang boleh dijadikan cerita
berdasarkan sesebuah karya yang dibacakan atau diperdengarkan kepada mereka sekali gus
dapat memantapkan perkembangan bahasa dan bunyi perkataan mereka.

Kesimpulannya, bidang kesusateraan membuka ruang kepada penulis untuk


melahirkan daya kreatif dan sensitiviti berdasarkan pemikiran dan pengalaman ke dalam
bentuk karya. Hasil karya yang baik mempunyai nilai-nilai berunsur kebudayaan yang mampu
mempengaruhi minda pembaca. Hal ini kerana menurut Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik
Muhammad & Asiah Abdul Rahman (2011), karya sastera merupakan sebahagian daripada
seni dari kebudayaan dan telah menarik ramai orang untuk meminatinya. Antaranya ialah
sastera kanak-kanak yang mana merupakan bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak
kerana dapat memberikan gambaran kehidupan dan fikiran manusia sejagat serta
menambahkan pengalaman kanak-kanak. Kesusasteraan kanak-kanak ini akan terus

13
berkembang bersama-sama arus globalisasi sekiranya sastera Melayu terus mendapat
tempat di hati msyarakat dan selagi sastera Melayu masih mempunyai khalayaknya. Sastera
kanak-kanak merupakan penyumbang besar terhadap asas pembentukan serta minda kanak-
kanak. Hal ini kerana pembentukan minda kanak-kanak pada peringkat rebung mudah
menerima didikan serta ajaran. Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa penulisan dan kreativiti
mempunyai hubungan yang sungguh rapat serta saling memerlukan. A. Samad Said dalam
Abdul Halim Ali (2004), menyebutkan insan kreatif itu lazimnya amat berhati-hati, sentiasa
menghalusi, sentiasa menilai, rajin berwaras dan bersabar mengeram sesuatu sebelum
mencernakannya menjadi karya seni. Seorang pengarang atau penulis harus mempunyai ciri-
ciri tertentu antaranya mendidik jiwa, membatasi khayalan, mengawal imaginasi, kreativiti dan
ideanya bagi membolehkan penulisan kreatif yang dihasilkan bermutu dan berada di landasan
yang benar. Melalui sastera kanak-kanak ini, keseimbangan pembentukan dan
perkembangan dari aspek kognitif, afektif serta psikomotor kanak-kanak akan menjadi lebih
berkesan. Peranan pengarang karya sastera kanak-kanak ini adalah untuk menghasilkan
lebih banyak bahan-bahan pembacaan yang kreatif yang mampu mendidik jiwa dan pemikiran
kanak-kanak ke arah insan seimbang dan menjadi insan yang kamil.

14
3.0 Analisis Perkembangan Sastera Kanak-Kanak (Tahun 1963-2019)
Terbubarnya Biro Karang-Mengarang bukanlah bermakna bahawa kerja-kerja penerbitan
buku, termasuk buku kanak-kanak turut terkubur. Pada tahun 1956, Dewan Bahasa dan
Pustaka ditubuhkan dan badan kerajaan ini telah meniupkan satu semangat baru kepada
dunia penerbitan dan pengkaryaan buku kanak-kanak. Peranan dan tanggungjawab Biro
dengan sendirinya ke bahu Dewan Bahasa dan Pustaka yang ternyata lebih bertenaga dari
segi kemampuan dan sumber-sumber utamannya seperti kewangan, tenaga kerja dan
peralatannya. Tahun 1950 juga menyaksikan penubuhan ASAS 50, iaitu persatuan penulis
muda untuk memajukan lagi bidang persuratan Melayu. Hasil penubuhan ASAS 50,
muncullah pelbagai persatuan menulis di peringkat wilayah dan negeri seperti Angkatan
Sasterawan Pantai Timur, Angkatan Sasterawan Utara Malaya dan Angkatan Sasterawan
Negeri Sembilan. Melalui kegiatan mereka, bidang kesusateraan menjadi semakin luas
dengan munculnya pelbagai bentuk penulisan sastera yang meliputi sajak, drama dan cerita
pendek.

Bekas graduan Sultan Idris Trainning College (SITC) yang telah muncul berkarya pada
tahun 1960-an dan 1970-an adalah seperti Awang Had Salleh, Atan Long, Salleh Daud dan
kemudian diikuti oleh Ali Majod, Dharmawijaa, Othman Puteh pada dekad-dekad selepasnya.
Namun yang menonjol dalam penulisan untuk kanak-kanak remaja ialah Othman Puteh dan
Nazel Hisham Mohammad walaupun kedua-duanya juga menghasilkan novel untuk bacaan
dewasa. Secara umumnya pada tahap ini profesion perguruan memainkan peranan yang
penting sebagai sumber karyawan. Sebagai kelompok Melayu yang berpendidikan,
merekalah yang lebih berkemampuan melalui hubungan yang rapat dengan bidang pelajaran
selain kemahiran yang dimiliki dalam bidang penulisan. Selain itu, golongan wartawan
merupakan satu lagi kelompok yang terlibat dalam bidang penulisan buku dan sebahagian
mereka menunjukkan kecenderungan dalam pengkaryaan buku kanak-kanak.

Pada keseluruhannya sehingga tahun 1982, perkembangan buku cerita rakyat dan
fantasi berganding atau selari dengan perkembangan buku cerita realistik. Cerita-cerita yang
menyentuh kisah atau kehidupan keluarga, dunia pelajar, kenakalan dan suka duka alam
kehidupan kanak-kanak dan sebagainya boleh ditatap oleh pembaca bersama-sama dengan
cerita-cerita rakyat, seperti mitos dan legenda, yang penuh dengan unsur-unsur magis dan
imaginatif. Cerita-cerita rakyat ini merupakan sebahagian daripada warisan sastera tradisional
yang cuba dikekalkan dan dikembangkan. Jenis sastera ini mendapat perhatian yang
berterusan dari dahulu sehingga tahun 1982. Usaha menggali dan mengumpul sastera
tradisional untuk kanak-kanak tidak terbatas pada cerita rakyat sahaja, tetapi juga bidang
puisi, khususnya pantun dan teks hikayat Melayu yang klasik. Minat pada pantun dan teks
klasik ini jelas kelihatan mulai akhir tahun 1970-an. Semua usaha ini memperlihatkan suatu

15
keinginan untuk memelihara warisan seni dan tradisi serta suatu langkah untuk mencari
kekuatan yang belum lagi dapat diisi oleh bentuk pengucapan seni yang baharu.
Kesusateraan kanak-kanak masih mencari kekuatan dengan menyingkap tradisi dan warisan
silam dan ini secara sedar atau tidak membuktikan betapa kukuhnya pengaruh dan
kepercayaan pada nilai sastera tradisional.

Terdapat juga cerita-cerita yang menekankan unsur rasionalisme dan sains seperti
cerita rekaan sains. Cerita rekaan sains, bagaimanapun baru diteroka dan masih belum
mendapat tempat dalam dunia kesusateraan kanak-kanak tempatan. Penulis-penulis pereka
sains perlu mempunyai pengetahuan sains dan daya imaginasi yang kuat. Inilah punca yang
menyebabkan amat kurang para penulis menghasilkan cerita-cerita jenis ini. Malahan, konsep
fiksyen sains ini terasa masih agak kabur dan belum betul-betul difahami oleh sebahagian
penulis-penulis tempatan. Mulai akhir dekad 1970-an juga, cerita-cerita yang berunsur sejarah
mula diberi perhatian. Cerita-cerita tentang tokoh-tokoh atau peristiwa-peristiwa sejarah ini
dirakamkan dalam bentuk novel, drama, cerpen dan biografi. Selain membantu murid-murid
dalam matapelajaran sejarah di sekolah, cerita-cerita corak sejarah ini diharapkan dapat
membantu mencapai matlamat pendidikan dan politik kebangsaan.

Perkembangan terbaharu yang menarik ialah munculnya istilah dan konsep “sastera
remaja” (literature of young adults) pada awal dekad 80-an. Misalnya, Esso GAPENA telah
menganjurkan Peraduan Mengarang Cerpen untuk Remaja pada tahun 1981 dan pada tahun
1982 diadakan pula Peraduan Mengarang Novel. DBP pula telah mengadakan sebuah
Cawangan Khas untuk remaja Bahagian Penerbitan Umumnya pada awal tahun 1981. Sejak
ditubuhkan, Cawangan Remaja telah menghasilkan lebih kurang 20 buah buku dan sebuah
majalah bernama Dewan Siswa. Kemunculan istilah ‘sastera remaja’ dan bermulanya usaha-
usaha penerokaan dalam bidang ini membayangkan suatu kesedaran baharu terhadap
keperluan dan sastera yang berbeza di antara pembaca remaja dengan golongan kanak-
kanak yang lebih muda dan rendah usianya. Ini merupakan suatu kesedaran dan tindakan
yang baik walaupun lahirnya agak lewat.

Dari segi bentuk persembahan pula, terdapat penekanan pada aspek ilustrasi dalam
buku-buku bacaan kanak-kanak untuk menjadikannya lebih menarik. Ini menunjukkan adanya
kesedaraan bahawa cita rasa dan daya kemampuan pembaca kanak-kanak yang berbeza
perlu diberi perhatian. Buku-buku berilustrasi mula meluas kerana banyak jenis-jenis cerita
rakyat, cerita binatang, puisi dan drama diterbitkan dalam bentuk ini. Bentuk persembahan
dan teknik penerbitan juga teah ditingkatkan dan dipelbagaikan sebagaimana dijelaskan
dalam tahap perluasan (terutama dalam tahun 1970-an). Penerbitan buku secara bersiri
semakin popular dalam industri kesusasteraan kanak-kanak dan penerbitan serta pengedaran

16
buku-bukunya tidak lagi dilakukan secara kecil-kecilan, bahkan jumlah buku yang dikeluarkan
adalah besar dan sebarannya lebih meluas.

Menurut perangkaan Perpustakaan Negara Malaysia, jumlah buku untuk kanak-kanak


yang diterbitkan di Malaysia dari tahun 1967 hingga 1980 ialah sebanyak 2000 judul. Dari
jumlah tersebut terdapat hanya 965 judul buku-buku sastera. Jumlah buku yang diterbitkan
oleh pihak swasta di Malaysia (1975-1981), mengikut senarai SUMBANGSIH 1981, katalog
Pameran Buku sempena Jubli Perak DBP ialah 603 judul. Perangkaan DBP, yang
mengandungi jumlah buku-buku terbitan DBP sahaja, terdapat 282 buah buku kesusasteraan
kanak-kanak terbitan DBP (1956-1981). Menurut tinjauan kasar, terdapat lebih kurang 2714
judul buku sastera kanak-kanak dalam bahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia dan di
Singapura dari tahun 1901-1982. Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan
perkembangan sastera kanak-kanak ini dari segi kuantiti amatlah perlahan dan lambat.
Kenyataan ini membuktikan bahawa jumlah buku masih berkurangan untuk memenuhi
keperluan dan permintaan bahan bacaan kanak-kanak. Antara genre-genre sastera yang
dihasilkan adalah cerita rakyat, cerpen, novel, biografi, puisi, drama dan lain-lain. Namun
begitu, cerita rakyat merupakan genre yang paling banyak diterbitkan, bahkan merupakan
genre sastera kanak-kanak yang paling awal dibukukan.

Hampir kesemua cerita rakyat dicedok dari sumber tradisi lisan yang memang kukuh
dan meluas dalam masyarakat tradisional sama ada masyarakat tempatan dan juga
masyarakat luar dari merata pelosok dunia. Cerita-cerita rakyat ini ditulis semula untuk tatapan
pembaca kanak-kanak. Walaupun perhatian pada penceritaan semula hanya tertumpu pada
cerita-cerita tempatan popular sahaja, usaha mengambil dan menterjemahkan dongeng-
dongeng luar telah diluaskan, malahan menenggelamkan jenis-jenis cerita tempatan.
Walaubagaimanapun, usaha tersebut telah mempelbagaikan genre sastera kanak-kanak ini.
Penghasilan dan penguasaan cerita-cerita dongeng ini, terutama cerita-cerita rakyat
(tempatan dan luar negeri) memperlihatkan bahawa hubungan antara sastera lama dengan
kanak-kanak sekarang tidak terputus dengan lahirnya sastera tulisan. Malahan hubungan
antara duanya melalui pembacaan karya sastera kanak-kanak kelihatan begitu teguh.

Cerpen diterbitkan dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk buku berilustrasi,
bergambar, antologi, bersiri dan dalam bentuk dwibahasa. Genre ini mendapat tempat bukan
sahaja dalam penulisan dan penerbitan buku sastera, tetapi juga dalam majalah-majalah
untuk kanak-kanak dalam setiap keluarannya. Majalah kanak-kanak ini juga turut
menambahkan bilangan buku cerpen kanak-kanak. Buku cerpen banyak dihasilkan mungkin
kerana bentuknya yang lebih mudah disiarkan, dibaca dan difahami berbanding dengan jenis-
jenis bacaan lain seperti novel ataupun puisi. Penghasilan novel kanak-kanak telah meningkat

17
dengan cepat terutama pada tahun 1970-an dan memuncak pada tahun 1980. Malangnya,
novel-novel yang dihasilkan sebahagiannya besarnya (70%) adalah novel-novel
pengembaraan dan penyiasatan yang lebih dikenali sebagai novel advancer. Keadaan ini
diburukkan lagi dengan pengambilan dan penterjemahan novel-novel keluarga, fiksyen, sains,
sejarah dan lain-lain. Jumlah setiap jenis novel ini masih kecil dan terhad.

Keadaan ini memperlihatkan suatu arah perkembangan yang tidak seimbang.


Walaupun hakikat ini disedari oleh pihak tertentu sebagaimana terbukti dari beberapa usaha
yang dilakukan dengan menganjurkan peraduan, tetapi hasilnya belum dapat mengatasi
keadaan ini. Novel-novel advancer ini pada umumnya mengambil beberapa orang kanak-
kanak (tiga hingga enam orang) sebagai watak-watak utama dan mempunyai dasar persoalan
dan pengolahan plot atau cerita “stereotype”. Novel-novel advancer terjemahan
walaubagaimanapun dapat membawa pembaca ke alam lebih luas dan rencam serta lebih
informatif seperti penerokaan alam haiwan liar, angkasa, dan laut dalam. Biografi atau kisah
sejarah, walaupun dapat memberi peluang kepada pembaca kanak-kanak untuk mengetahui
dan mengikuti peristiwa sejarah dan riwayat hidup tokoh-tokoh tempatan Islam dan dunia
umumnya. Sungguhpun sudah lahir minat pada bentuk biografi dan telah ada usaha untuk
mencari dan memperkenalkan para wira masyarakat sejak kebelakangan ini, perhatian masih
tertumpu pada para hero atau tokoh yang sama sahaja.

Puisi dan drama pula merupakan bidang-bidang yang masih belum diteroka dengan
luas dan mendalam. Malah jika dibandingkan dengan jenis-jenis sastera yang lain kedua-
duanya tidak mendapat perhatian yang cukup dan sewajarnya. Walaupun sudah terdapat
pelbagai jenis puisi, dunia puisi kanak-kanak masih perlu dikembangkan terus. Kecuali
pantun, jenis-jenis puisi lain belum dikembangkan sepenuhnya. Begitu juga dengan drama
yang perlu digiatkan terutama sekali drama muzika dan cereka sains. Sebenarnya bidang-
bidang puisi, drama dan genre baru yang mula diperkenalkan baru-baru ini (seperti cerita
perumpamaan, kiasan, pekerjaan dan perayaan), masih berada pada tahap mencuba dan
menguji bentuk pengucapan seni dan belum benar-benar berjaya merangsang dan memupuk
minat dan bakat seni pembaca kanak-kanak.

Menurut Azizah Hamdan dan Md Sidin Ahmad Ishak (2004), sepanjang tahun 1999,
buku-buku berbentuk nonfiksyen yang terdiri daripada buku pelajaran, buku teks, buku
agama, kamus dan buku ilustrasi merupakan buku paling banyak diterbitkan iaitu 82%
daripada jumlah keseluruhan terbitan buku kanak-kanak pada tahun berkenaan. Selebihnya
ialah buku-buku fiksyen serta komik. Pada tahun tersebut, 2414 judul buku kanak-kanak yang
diterbitkan merupakan buku pelajaran. Data ini menunjukkan bahawa kategori buku
berkenaan menguasai 77% terbitan buku kanak-kanak di Malaysia. Jika diteliti,

18
perkembangan sastera kanak-kanak dari tahun selepas penubuhan Malaysia sehingga kini,
kita dapati bahawa pada umumnya, kesuasteraan kanak-kanak ini lebih banyak mengalami
perubahan dari segi kuantiti daripada kualiti. Jumlah karya sastera kanak-kanak pada masa
kini masih kecil untuk memenuhi keperluan permintaan terhadap buku-buku tersebut yang
kian meningkat biarpun setiap jenis buku sastera dan jumlah keseluruhannya bertambah
setiap tahun.

Perkembangan sastera kanak-kanak dari segi kualiti pula ternyata amat perlahan.
Tidak banyak penerokaan dan pembaharuan yang telah dilakukan sejauh ini, kecuali
peningkatan dari segi percetakan, penerbitan dan teknik penulisan. Menurut Hadijah Rahmat
(2006), mendapati bahawa karya sastera dalam bahasa Melayu agak lewat dihasilkan dan
lambat pula berkembang. Biarpun pertumbuhan karya sastera kanak-kanak sudah meningkat
cepat, tetapi perkembangannya lebih kepada aspek kuantiti berbanding dengan
perkembangan aspek mutunya. Keadaan ini disebabkan oleh kurangnya penulis-penulis
tempatan yang berkebolehan dan juga kerana perhatian para penulis tersebut, dan
masyarakat umumnya masih tertumpu pada usaha menambah bilangan buku daripada
meningkatkan ilmu. Bukan itu sahaja, buku sastera kanak-kanak bahasa Melayu yang ditulis
hingga ke akhir ini masih berkurang jika dibandingkan dengan buku sastera kanak-kanak
bahasa Inggeris. Buku sastera kanak-kanak dalam bahasa Inggeris mempunyai banyak
gambar yang jelas jika di bandingkan buku sastera kanak-kanak dalam bahasa Melayu. Buku
sastera kanak-kanak ini bukan sahaja terkandung penceritaan, malah dari segi penulisan dan
penerbitan juga perlu menarik dan sebagai seoang penulis dan editor perlu bijak bagi
menerbitkan buku kanak-kanak itu. Pengurusan yang terancang amat penting dalam usaha
mengkomersialkan buku kanak-kanak yang bermutu tinggi dan digemari kanak-kanak.

Oleh itu, para penerbit perlu memastikan buku-buku kanak-kanak karya sastera yang
diterbitkan bermutu dari aspek bahasa, cerita, kertas, nilai, pengajaran, ilustrasi dan lain-lain
agar memberikan fungsional dari segi pendidkan. Hal ini penting kerana bahan kesusasteraan
kanak-kanak merupakan teman paling rapat kepada kanak-kanak selain memupuk minat
membaca sepanjang hayat. Bukan itu sahaja, dalam memastikan sastera kanak-kanak terus
berkembang, para pengarang, pelukis ilustrasi dan penerbit harus meninjau pendapat,
permintaan dan pemikiran kanak-kanak sebelum menerbitkan bahan sastera. Penghasilan
karya sastera kanak-kanak tidak harus berpusatkan pemikiran orang dewasa semata-mata
kerana kanak-kanak merupakan pelanggan utama, maka segala permintaan dan kehendak
mereka perlu diambil kira bagi memenuhi kepuasan mereka dalam menimba ilmu selain
berhibur. Seiring dengan era teknologi maklumat, permintaan dan kehendak kanak-kanak kini
adalah berbeza, beragam dan canggih berbanding zaman dahulu. Maka ketiga-ketiga pihak
tersebut perlu memikirkan karya sastera kanak-kanak yang akan dihasilkan harus bersifat

19
gabungan dua atau tiga dimensi yang mempunyai kesan visual, audia dan video. Dalam hal
ini, bahan sastera kanak-kanak luar negara khususnya barat, harus dijadikan contoh kepada
pengarang, pelukis ilustrasi dan penerbitan tempatan untuk mendapat ilham, idea atau
gambaran tentang apakah bentuk isi dan pengajaran yang ingin diketengahkan oleh
sesebuah karya sastera kanak-kanak itu. Hal ini akan dapat membantu dalam memastikan
karya sastera terus berkembang mengikut arus pemodenan pada masa kini.

20
4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, memiliki tahap kreativiti yang tinggi merupakan matlamat setiap individu
terutamanya bagi seorang penulis. Bidang kesusasteraan ini sebenarnya membuka ruang
kepada penulis untuk melahirkan daya kreatif dan sensitiviti berdasarkan pemikiran dan
pengalaman ke dalam bentuk karya. Terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira dalam
pembinaan bahan karya sastera kanak-kanak yang berkualiti. Secara umumnya penulisan
karya sastera kanak-kanak perlu sesuai dengan usia, tahap berfikir dan pencapaian bahasa
kanak-kanak itu sendiri. Bentuk, isi dan tujuannya perlulah segera agar dapat menarik minat
membaca dalam kalangan kanak-kanak. Menurut Izzah Abd Aziz (2000), bagi memastikan
kesesuaian sesebuah buku untuk kanak-kanak, penulis perlu memastikan cerita atau
karyanya dapat memberikan perlindungan material, perlindungan emosi, perlindungan
intelektual dan perlindungan spiritual kepada pembacanya. Manakala Menurut Misran
Rokimin (2001), sastera kanak-kanak merupakan agen pembangunan yang menjurus kepada
pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran atau
kebahasannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin banyak karya
sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak
itu.

21
Rujukan

Abdul Halim Ali. 2019. Proses Kreatif A. Samad Said dalam Penghasilan Karya Kreatif.
PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 3, 155-180.

Ani Haji Omar. 2012. Kesusasteraan dan Peranan Puisi Dalam Kehidupan. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Chew Fong Peng, MAhzan Arshad, Zahari Ishak & Loh Sau Cheong. 2008. Pendidikan
Kesusasteraan Awal Kanak-Kanak Isu dan Masalah. Jurnal Masalah Pendidikan,
31(1).

Hadijah Rahmat. 2006. Peranan dan Perkembangan sastera kanak-kanak Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leonard M.S. Yong 1993. Kreativiti ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Kuala Lumpur:
Incotrends (M) Sdn. Bhd.

Masuri S.N. 1988. Kreativiti dan Kemanusiaan dalam Kesusasteraan. Shah Alam: Fajar Bakti.

Md. Sidin Ahmad Ishak. 2005. Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Malaysia. Shah Alam:
Cerdik Publications Sdn.Bhd.

Mohammad Mohsin Mohamad Said &Nasruddin Yunos. 2008. Peranan guru dalam memupuk
kreativiti pelajar. Jurnal Pengajian Umum. UKM. Bil. 9:58-71

Mohd Firdaus Che Yaacob’ & Normaliza Abd Rahim. 2014. Cerita Rakyat Membentuk Moral
Positif Kanak-Kanak Melalui Nilai Murni. Journal of Business and Social Development
Volume 2 Number 2, September 2014: 74-85.

Salam Rusdi. 2018. Implementasi Teori Kreativitas Graham Wallas Dalam Sekolah
Kepenulisan Di Pesantren Mahasiswa Hasyim Asy’ari Cabeyan Yogyakarta. Muslim
Heritage, Vol. 2, No. 2, April 2018.

Salmah Binti Hj. Ayob. 2009. Sastera untuk Kanak-Kanak dan Implikasinya. Jurnal Pendidik
dan Pendidik. Jilid. 3 Bil.1.

Siti Khairiah Mohd Zubir. 2012. Penulisan Kreatif Menjana Minda dan Sumber Pendapat Belia.
Malaysia Journal of Youth Studies, Vol 7:159-169.

Talib Samat. 2008. Proses Kreatif dan Pengalaman berkarya. Tanjong Malim: penerbitan
Profesional Baharu.

22

Anda mungkin juga menyukai