Anda di halaman 1dari 2

1.

1 KELAS-KELAS MAKNA
Menurut Faridah Nazir (2014), kelas makna merujuk kepada pembahagian dalam
jenis-jenis makna yang berkait rapat dengan pengalaman, sejarah, tujuan, dan perasaan
pengguna bahasa. Kelas makna merangkumkan pelbagai ragam makna berdasarkan
kekerapan penggunaannya dalam bahasa yang berbeza, di samping dapat menghuraikan
makna dalam sesuatu bahasa. Terdapat dua kelas utama bagi kelas makna dalam bahasa
Melayu, iaitu makna leksikal dan makna struktural.
Bahagian kelas makna yang pertama merangkumi makna leksikal. Makna ini
adalah makna denotatif iaitu makna yang tersurat/ makna umum/ makna lesikal atau makna
kamus. Makna denotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan atau
pemerhatian alat indera atau makna yang nyata. Ia menyatakan makna yang dimiliki atau
ada pada leksem meski tanpa konteks apapun. Makna-makna perkataan yang terdapat di
dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan
penggunaannya dalam ayat. Kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur
bahasa tersebut.
Makna leksikal adalah terdiri daripada makna langsung dan makna kiasan. Makna
langsung atau konseptual ialah makna yang dapat diperhatikan dan difahami secara terus
ataupun langsung. Dalam erti kata lain, makna langsung adalah makna tersurat yang dapat
difahami dengan mudah oleh seseorang. Contohnya, . Makna kiasan atau mengikut
istilahnya asosiatif ialah makna kata yang mencakupi makna luar bahasa ataupun makna
tersirat yang hanya difahami oleh penutur dan pendengar yang berada dalam konteks
budaya yang sama. Misalnya, perkataan malaikat' dikaitkan dengan nilai baik bermaksud
ciptaan tuhan yang hanya berbuat baik dalam kehidupannya.
Bahagian kelas makna yang kedua pula ialah makna struktural yang
merangkumi makna gramatikal dan makna tematis. Makna gramatikal adalah makna
struktural yang muncul sebagai akibat hubungan antara unsur-unsur gramatikal dalam
satuan gramatikal yang lebih besar. Umpama hubungan morfem dan morfem dalam kata,
kata dan kata lain dalam frasa atau klausa, frasa dan frasa dalam klausa. Selain itu, makna
gramatikal merujuk kepada proses gramatikal ataupun tatabahasa yang berlaku dalam ayat
seperti pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan
GANTUNG!!!

Anda mungkin juga menyukai