Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN MASALAH

Penguasaan Bahasa Melayu yang lemah di kalangan murid SJKC menyebabkam


mereka sering melakukan kesalahan dalam penggunaan Bahasa Melayu. Menurut
kenyataan Juriah et. al. (1994) yang menyatakan bahawa kesalahan bahasa adalah
sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem yang diterima
sebagai buku penutur jati yang terpelajar dan kesalahan ini meliputi aspek bahasa
seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan kata atau istilah. Mengikut Awang
Sariyan (1984) dan Nik Safiah (1986) kesalah bahasa berlaku kerana terdapat
penggunaan aspek bahasa yang tidak sempurna daripada tatabahasa yang baku.
Kajian ini dijalankan bukan sahaja untuk menganalisis terhadap masalah dan
kelemahan murid SJKC dalam penguasaan Sistem Bahasa Melayu, malah untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan mereka melakukan kesilapan bahasa.
Seterusnya,

strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

akan

dicadangkan

untuk

meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid sekolah rendah.


FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan masalah dan kelemahan penguasaan Bahasa Melayu oleh lima
orang murid Tahun 6U. Selain itu, pengkaji akan mengenal pasti faktor-faktor pengaruh
dan menganalisis masalah berkenaaan dengan mencadangkan strategi pengajaran dan
pembelajaran bagi penambahbaikan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kes ini bertujuan untuk meninjau masalah penguasaan dan kelemahan Bahasa
Melayu di kalangan murid Tahun 6U di SJKC Senai. Melalui penyelidikan ini, pengkaji
ingin mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan bahasa bagi lima
orang murid tersebut iaitu mencari punca kepada masalah penguasaan Bahasa Melayu.
Pengkaji juga akan mengkaji bagaimana faktor-faktor yang terlibat boleh mempengaruhi
prestasi murid dalam Bahasa Melayu.
Kajian terhadap masalah tersebut akan membantu mengesan kegagalan murid
Tahun 6U dalam Bahasa Melayu sehingga akan mempengaruhi prestasi dalam UPSR
yang akan datang. Dalam masa yang sama, masalah penguasaan sering dikaitkan
dengan kelemahan diri individu sama ada dipengaruhi oleh faktor luaran atau faktor

dalaman. Melalui kajian ini, pengkaji juga mencadangkan beberapa strategi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi untuk menambahbaikan masalah yang
berlaku berdasarkan pengenalpastian terhadap faktor-faktor tersebut.
BATASAN KAJIAN
Pengkaji menumpukan kajian terhadap lima orang murid Tahun 6U di SJKC Senai. Oleh
yang demikian, hasil dapatan ini tidak boleh digunakan untuk membuat generalisasi
kerana ia mungkin tidak menggambarkan masalah keseluruhan murid di kelas 6U.
Pengkaji menggunakan soal selidik untuk mengumpul data. Aspek yang dikaji adalah
tertumpu kepada beberapa pembolehubah tertentu seperti dari segi kesediaan belajar
untuk mendapat gambaran tentang masalah dan kelemahan penguasaan Bahasa
Melayu lima orang murid (responden). Variabel lain tidak dikaji oleh pengkaji kerana
terdapat kekangan dalam mengumpul data berkenaan.
RUJUKAN
Arbak Othman. (1989). Imbuhan Dalam Bahasa Melayu. Selangor: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Haji Mohd. Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn.
Bhd.
Koh Boh Boon. (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Prinsip dan Teknik.
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sulaiman Masri & Abdullah Yusof dan Mohd Rain Shaari. (2007). Bahasa Melayu:
Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd Nor. (2006). Tatabahasa Melayu Mesra
Pengguna.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai