Anda di halaman 1dari 10

KAEDAH ‘KADSO’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA

AYAT BERDASARKAN BAHAN GRAFIK

Ranjini A/P Valauthan


Tn.Haji Dzulkarnain Bin Mat
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, PAHANG
jinigirl94@gmail.com

ABSTRAK
Kajian yang dicadangkan ini adalah sebagai satu usaha meningkatkan kemahiran
membina ayat berdasarkan bahan grafik melalui pengaplikasian kaedah ‘KADSO’
(kad soalan) bagi murid-murid tahun 4 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaaan (Tamil)
di daerah Temerloh. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan salah satu
kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran menulis. Murid-murid yang mempunyai
pencapaian yang memuaskan dalam kemahiran membina ayat dipilih sebagai peserta
kajian untuk meningkatkan kemahiran mereka serta membolehkan untuk memperoleh
markah yang cemerlang. Tinjauan awal bagi mengenal pasti masalah yang timbul
telah dilaksanakan melalui semakan ujian diagnostik, ujian penilaian 1 (UP1),
semakan buku latihan dan juga berdasarkan hasil pemerhatian pada sesi pengajaran
dan pembelajaran terhadap murid. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid tidak
mahir dalam pembinaan ayat kerana mempunyai kekeliruan dalam bahagian
pengembangan predikat. Kajian ini adalah berteraskan model kajian tindakan Lewin
(1946) dan Laidlaw (1992. Keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan
prestasi peserta kajian yang memperoleh skor cemerlang sebanyak 71% berbanding
ujian pra sebelum tindakan dijalankan, iaitu 43%. Terbuktinya, peserta kajian lebih
mudah membina ayat lengkap berdasarkan bahan grafik dengan menggunakan kaedah
‘KADSO’. Hasil pelaksanaan kajian ini menunjukkan kaedah KADSO boleh
membantu murid menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan bahan grafik
dengan lengkap dan gramatis. Penggabungjalinan TMK dalam kajian ini adalah antara
cadangan penambahbaikan yang mampu membawa kajian ini ke tahap seterusnya.

Kata Kunci : kaedah, bahan grafik, kemahiran menulis, membina ayat, meningkatkan

ABSTRACT
The proposed study is an effort to improve the skill of constructing sentences based on
graphic materials through the application of 'KADSO' (question card) method for 4th
year pupils at a Tamil National School in Temerloh district. The action plan focuses
on the mastery of one of the basic skills of the language ie writing skills. Pupils with
satisfactory achievement in rendering skills are selected as study participants to
improve their skills and to gain excellent marks. Preliminary surveys to identify
problems have been implemented through diagnostic test checks, assessment tests 1
(UP1), review of training books and also based on observation results in teaching and
learning sessions for pupils. The preliminary results show that pupils are unskilled in
the construction of sentences because of confusion in predicate expansion. This study
is based on the model of the study of Lewin (1946) and Laidlaw (1992). The results of
the post test have shown an improvement in the performance of the study participants
who achieved an excellent score of 71% compared to pre test before 43%. the
complete sentence is based on graphic materials using the 'KADSO' method.The result
of this study shows that KADSO method can help the pupil master the skill of
constructing verses based on graphic material with complete and grammatical.The
TMK combination in this study is one of the proposed improvements that can bring
this study to level next.

Keywords : method, graphic materials, writing skill, sentence construction, improve

PENGENALAN
Menurut Kamarudin Hj.Husin (1988) dalam Abu Bakar Yusof et.al (2007),
pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu peringkat pra menulis peringkat mendirikan  asas yang lebih dikenali
sebagai peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran iaitu peringkat. Berdasarkan
tajuk kajian, masalah membina ayat ini diklasifikasikan dalam peringkat ketiga iaitu
peringkat untuk pelahiran idea, penyampaian buah fikiran atau pendapat dengan tepat
dan berkesan kepada pembaca dalam bentuk tulisan. Pembinaan ayat diumpamakan
sebagai langkah pertama bagi seseorang murid di sekolah rendah sebagai asas
penulisan pelahiran. Seseorang murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR mesti
dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran dalam asas penulisan seperti menulis ayat
dengan memperluas predikat ayat supaya ayat itu bermakna, gramatis, dan lengkap
serta mempunyai struktur ayat yang betul. Kemahiran asas penulisan ini perlu
ditanamkan sebagai benih yang kukuh dalam diri seseorang murid sejak dia menjejak
kaki ke dalam tahun 4 lagi supaya hasilnya dapat diperlihatkan dalam peperiksaan
UPSR.
Menelusuri tajuk kajian secara umumnya, cara atau kaedah yang digunakan
oleh guru dalam pengajaran kemahiran membina ayat merupakan salah satu faktor
yang membawa kepada masalah sedemikian dalam kalangan murid. Pengajaran guru
secara chalk and talk perlu dikurangkan bagi meningkatkan profesional pengajaran
guru. PdPc secara tradisional tidak seharusnya dihapuskan 100%. Akan tetapi, guru
perlu menyesuaikan proses pengajaran mengikut keperluan semasa murid. Masalah
guru yang tidak mengikuti sepenuhnya sukatan pelajaran terkini dalam pengajaran
kemahiran juga merupakan salah satu faktor yang boleh menjejaskan pencapaian
murid dalam kemahiran menulis dan membantutkan hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk menghasilkan murid yang mampu mengungkapkan bidang ilmu
daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran dan seterusnya mengembangkan
kemahiran penulisan (KPM, 2016).
Penulisan yang baik adalah daripada pemikiran yang jelas dan pencetusan idea
yang bernas dengan teknik yang betul. Itulah prinsip yang pengkaji berpegang pada
sejak menjadikan diri ini sebagai seorang guru bahasa Melayu. Pengkaji percaya
bahawa dari aspek kognitif iaitu pelahiran idea, mungkin seseorang guru hanya boleh
membimbing kerana tahap kecerdasan mental seseorang murid kepada yang lain
adalah berbeza tetapi dari segi penstrukturan iaitu dengan teknik pembinaan ayat yang
betul dan teratur seseorang guru mampu membawa perubahan dalam diri murid yang
menghadapi masalah untuk membina ayat yang lengkap berdasarkan bahan grafik
yang diberikan. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah mengendalikan kajian
tindakan ini dengan mengaplikasikan satu kaedah baru yang mampu membantu anak-
anak didik pengkaji untuk menguasai kemahiran ini dengan lebih baik yang
dinamakan sebagai kaedah ‘KADSO’. Istilah penuh bagi akronim ‘KADSO’ ialah kad
soalan di mana kaedah ini berteraskan kepada konsep soal jawab. Hasrat utama
penciptaan teknik ini adalah untuk meningkatkan kebolehan murid dalam membina
ayat berdasarkan bahan grafik dan bahan grafik yang dimaksudkan pula adalah
termasuk gambar tunggal, gambar bersiri, rajah, graf, carta, rajah dan lain-lain yang
terkandung dalam format terkini peperiksaan UPSR.
FOKUS KAJIAN

Isu kajian murid-murid di sekolah rendah pada tahap awal peringkat UPSR seperti
murid-murid di tahun 4 mesti memahami pola ayat dasar sebelum mendalami teknik
pembinaan ayat-ayat yang lebih panjang atau kompleks yang dinamai ayat terbitan
bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dari segi struktur binaan ayat. Fokus kajian
yang akan dijalankan ini menekankan supaya peserta kajian dapat menguasai lima
ayat berpandukan bahan grafik. Hal ini penting kerana membina lima ayat
berpandukan bahan grafik merupakan komponen penting daripada soalan Bahasa
Melayu Penulisan. Sekiranya peserta kajian menguasai kemahiran ini maka peratusan
peserta kajian untuk lulus dengan baik dalam peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan
adalah tinggi dan dapat mempertingkatkan peratusan peserta kajian yang lulus dalam
peperiksaan ini.
Berfokuskan kepada isu kajian, selepas penyemakan ujian diagnostik pengkaji
telah memperbanyakkan aktiviti atau latihan yang berkaitan dengan pembinaan ayat
untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam diri setiap respoden pengkaji dalam
pembinaan ayat bagi mata pelajaran bahasa Malaysia. Antara masalah yang dapat
dikesan ialah masalah dalam mengembangkan bahagian predikat suatu ayat, ada yang
mempunyai kosa kata yang agak terhad dalam bahasa Melayu dan kebanyakkan
daripada anak-anak didik pengkaji tidak tahu teknik menulis ayat berdasarkan gambar
yang diberikan.
Sepanjang berada di sekolah ini, pengkaji telah mengesan pelbagai masalah
responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
dijalankan. Antara masalah yang dikenalpasti ialah masalah menulis, masalah
penggunaan suku kala, kesalahan lalabahasa dalam ayat, masalah penggunaan
imbuhan, dan masalah membina ayat berdasarkan gambar. Setelah membuat refleksi
kendiri terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lalu akhirnya pengkaji membuat
keputusan untuk melakukan kajian tindakan tentang masalah membina ayat
berdasarkan gambar
Masalah ini dipilih kerana sepanjang pengkaji menjalani praktikum selama
tiga fasa di sekolah yang berbewa-beza, pengkaji mendapati masalah membina ayat
berdasarkan gambar merupakan masalah yang yang sering di hadapi oleh segelintir
responden tahun empat. Situasi ini telah menarik minal pengkaji untuk menjalankan
kajian tindakan bagi mengatasi masalah ini kerana bagi pengkaji membina ayat
dengan betul berdasarkan gambar adalah penting bagi memastikan peserta kajian
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran guru
dalam menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik untuk
membantu murid dalam masalah pembelajaran pembinaan ayat terutama kepada enam
orang murid Tahun 4 Kambar dengan meningkatkan kemahiran membina ayat yang
lengkap berdasarkan gambar serta membantu mereka menterjemah maklumat dalam
bentuk gambar kepada perkataan dengan mudah. Murid dapat menggunakan teknik
‘KADSO’ dan memperluaskan bahagian predikat suatu ayat menggunakan teknik ini.

Objektif Khusus
I. Meningkatkan kefahaman murid tentang struktur pembinaan ayat lengkap
dengan kaedah ‘KADSO’
II. Meningkatkan kemahiran menulis ayat dalam penulisan menggunakan kaedah
‘KADSO’

SOALAN KAJIAN

I. Adakah teknik pengaplikasian kaedah ‘KADSO’ dapat meningkatkan minat


murid dalam kemahiran membina ayat lengkap berdasarkan bahan grafik?
II. Adakah kaedah ‘Kad SO’ dapat meningkatkan kemahiran menulis ayat dalam
penulisan bahasa Malaysia?

PESERTA KAJIAN

Peserta kajian ini adalah daripada anak-anak didik dari tahun 4 di daerah Temerloh,
Pahang. Pengkaji telah memilih murid-murid dari tahun 4 kerana mudah bagi pengkaji
untuk melibatkan diri secara langsung sepanjang perjalanan kajian sebagai guru mata
pelajaran bahasa Malaysia mereka. Sebenarnya terdapat 21 orang anak didik dalam
kelas 4 tersebut tetapi pengkaji hanya memilih enam orang sebagai peserta kajian ini.
Para peserta kajian ini terdiri daripada seorang murid lelaki dan lima orang murid
permpuan yang berada dalam lingkungan 10 tahun yang berbangsa India.

Jadual 1 :
Butiran maklumat peserta kajian
BIL PESERTA JANTINA KETURUNAN TEMPAT KEDUDUKAN PEKERJAAN TAHAP PEKERJAAN TAHAP
KAJIAN TINGGAL AKADEMIK BAPA PENDIDIKAN IBU PENDIDIKAN
DALAM KELAS BAPA IBU
(/21)
1 PK 1 LELAKI INDIA TAMAN 19 PENYELIA SPM SURI RUMAH SPM
SAGA KILANG
2 PK 2 PEREMPUAN INDIA TAMAN 16 TIADA - PENIAGA SPM
RIMBA KECIL
3 PK 3 PEREMPUAN INDIA KAMPUNG 17 PEKERJA UPSR SURI RUMAH UPSR
DESA BAKTI KILANG
4 PK 4 PEREMPUAN INDIA TAMAN 14 PEMANDU UPSR SURI RUMAH PMR
TEMERLOH LORI
JAYA
5 PK 5 PEREMPUAN INDIA TAMAN SRI 18 TUKANG SPM KERANI DIPLOMA
LAYANG RUMAH
6 PK 6 PEREMPUAN INDIA TAMAN 15 PEKERJA SPM PEKERJA SPM
RIMBA JAYA KILANG DI KILANG
SINGAPURA

Jadual menunjukkan butiran peserta kajian yang terlibat

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Kajian ini adalah berteraskan model kajian tindakan yang dipelopori oleh Kurt Lewin
(1946) yang memperlihatkan kajian tindakan sebagai suatu lingkaran beberapa tahap
dan setiap tahap tersebut memperincikan beberapa langkah rancangan, tindakan,
perhatian dan refleksi. Selaras dengan adaptasi Model Lewin (1946) dan Model
Laidlaw (1992) sebagai rujukan dalam perancangan pelaksanaan kajian tindakan ini
pengkaji telah mengenalpasti pasti masalah yang wujud dalam kalangan peserta kajian
dari tahun 4 berdasarkan pengumpulan data awal dan juga telah merancang tindakan
yang patut dijalani. Langkah seterusnya berdasarkan model kajian setelah merancang
tindakan ialah pelaksanaan tindakan dengan mengaplikasikan kaedah ‘KADSO’
dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) seperti yang telah dirancang.
Berikut adalah urutan pelaksanaan tindakan kajian ini berdasarkan model yang
dinyatakan.

Mengenal pasti Masalah


 mengenal pasti kelemahan murid dalam kemahiran membina ayat
 menjalankan ujian diagnostik
 mengumpul data awal

Perancangan
 Membuat pemerhatian berkaitan kesalahan-kesalahan yang sering
dilakukan oleh murid
 Membuat ujian pra
 Memperkenalkan kaedah 'kadso' kepada peserta kajian
 Melaksanakan sesi latih tubi
 Membuat ujian pasca
Tindakan
 Melaksanakan kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, ujian
pra, ujian pasca, latih tubi dan analisis dokumen
 Pelaksanaan kaedah 'KADSO'
 Menjalankan tiga sesi latih tubi
 Memberikan ujian pasca
Pengumpulan Data
 Pemerhatian (senarai semak)
 Ujian Pra
 Latih tubi
 Analisis Dokumen
Refleksi
 Meneliti keberkesanan kaedah 'KADSO' yang diperkenalkan
daripada hasil dapatan kajian
 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta langkah penambahbaikan

DAPATAN KAJIAN

Persoalan 1
Perbandingan Data Pra dan Data Pasca Senarai Semak
120

100

100

100
100

83
80
Data Pra
Data Pos
60

40

20

0
Item 1 item 2 item 3 item 4

Adakah pengaplikasian kaedah ‘KADSO’ dapat meningkatkan minat


murid dalam kemahiran membina ayat berdasarkan grafi

Hasil daripada pemerhatian pengkaji terhadap aspek minat murid dalam kemahiran
membina ayat adalah agak berkurangan pada awal kajian iaitu secara lebih
spesifiknya setelah memperkenalkan kaedah ‘KADSO’ dalam sesi latih tubi pertama.
Lama-kelamaan dengan beberapa lagi sesi latih tubi yang berterusan minat para
peserta semakin meningkat setimpal dengan tahap penguasaan para peserta
terhadap kaedah ini. Ringkas kata, persoalan ini dapat dijawab menerusi perspektif
peningkatan purata peratus bagi setiap item yang telah dianalisis dalam senarai
semak berdasarkan pemerhatian pengkaji.

Rajah di atas menunjukkan keputusan analisis data daripada senarai semak. Perbezaan
skala pemeringkatan antara data pra dengan data pasca daripada analisis ini jelas
menunjukkan jumlah peningkatan peratus setiap item dalam senarai semak oleh para
peserta. Selain itu, respons atau tindak balas yang positif juga dapat dikaitkan dengan
minat murid terhadap suatu kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan. Pengkaji
telah mengaitkan tindak balas peserta kajian dengan soalan lisan yang diutarakan
setelah kaedah ‘KADSO’ ini diperkenalkan. Jadi, pengkaji telah tetapkan satu teori
dimana jika respons yang positif diberikan bagi soalan yang ditanya oleh pengkaji
ketika pelaksanaan intervensi kaedah ‘KADSO’ maka minat para peserta dalam
kemahiran juga meningkat. Jika terdapatnya respons yang kurang memuaskan maka
kefahaman dan minat juga masih dalam tahap yang rendah.

Persoalan 2

Adakah kaedah ‘KADSO’ dapat meningkatkan kemahiran peserta kajian


dalam membina ayat berdasarkan bahan grafik dengan tepat?

Setakat menjawab persoalan kajian ini, dua ujian pra dan pasca telah digunakan, sebelum
pelaksanaan kaedah dijalankan, peserta kajian yang terdiri daripada peserta dari tahun 4
Kambar ini agak lemah dalam menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan gambar atau
grafik dengan betul dan gramatis dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Lantaran itu, kaedah
KADSO telah diperkenalkan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh para peserta kajian.
Sememangnya fokus ditujukan kepada peningkatan yang berlaku terhadap peserta kajian yang
rata-ratanya memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding ujian pra yang telah
dijalankan kepada peserta kajian. Ujian pasca dan sesi latih tubi bersama pelaksanaan kaedah
KADSO merupakan antara cara yang paling berkesan untuk mengenali tahap penguasaan
peserta terhadap kajian yang telah dilaksanakan. Dapatan ini telah diterjemahkan ke dalam
bentuk jadual untuk dilihat dengan lebih teliti dan terperinci bagi aspek peningkatan yang
telah berlaku kepada kelima-lima peserta kajian terhadap penguasaan kemahiran membina
ayat berdasarkan grafik. Jadual menunjukkan hasil keputusan perbandingan markah yang
diperolehi daripada keenam-enam peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pasca dalam
bentuk peratus.

BIL PESERTA MARKAH PERATUS MARKAH PERATUS


JULAT
KAJIAN UJIAN 100% UJIAN 100% PERATUSAN
PENINGKATAN JULAT
PRA PASCA PERBEZAAN
(10) (10) 100%

1 PK 1 3 30 7 70 +4 40
2 PK 2 5 50 8 80 +3 30
3 PK 3 5 50 9 90 +4 40
4 PK 4 5 50 10 100 +5 50
5 PK 5 4 40 8 80 +4 40
6 PK 6 4 40 8 80 +4 40

Keputusan ini jelas menunjukkan keberkesanan kaedah KADSO yang mampu


membantu dalam menangani masalah membina ayat berdasarkan grafik yang telah
dihadapi oleh peserta-peserta kajian daripada tahun empat. Melalui analisis jadual di
atas juga, dapat dilihat peserta kajian memperoleh peningkatan markah yang amat
memberangsangkan jika dibandingkan dengan keputusan ujian pra yang dijalankan
kepada kesemua peserta kajian. Secara lebih terperincinya pula, peserta kajian 1 yang
mencapai hanya 30 peratus sahaja pada awal kajian telah menunjukkan peningkatan
yang amat ketara dengan memperolehi markah sebanyak 70 peratus sebaik sahaja
ujian pasca dijalankan. Peserta kajian 2 pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak
30 peratus jika dibandingkan dengan markah ujian pra sebanyak 50 peratus manakala
80 peratus dalam ujian pasca. Seterusnya peserta kajian 3 pula dengan jumlah
peningkatan 40 peratus dengan markah ujian pranya 50 peratus manakal ujian pasca
pula 90 peratus. Peserta kajian 4 telah menunjukkan satu progresif yang cukup tinggi
sepanjang pelaksanaan kajian ini dengan jumlah peningkatan sebanyak 50 peratus jika
dibandingkan dengan markah ujian pra sebanyak 50 pertatus manakala 100 peratus
iaitu markah penuh dalam ujian pasca. Akhirnya, bagi peserta kajian 5 dan 6 pula
telah mencatatkan peningkatan sejumlah 40 peratus dengan markah ujian pra
sebanyak 40 peratus manakala ujian pasca 80 peratus. Tuntas kata, keenam-enam
peserta kajian telah menunjukkan satu peningkatan yang amat baik dalam ujian pasca
jika dibandingkan dengan ujian pra secara keseluruhannya. Hal ini membuktikan
keberkesanan pelaksanaan kaedah KADSO dalam kemahiran membina ayat
berdasarkan grafik. Keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan prestasi
peserta kajian yang memperoleh skor cemerlang sebanyak 71% berbanding ujian pra
sebelum tindakan dijalankan, iaitu 43%. Terbuktinya, peserta kajian lebih mudah
membina ayat lengkap berdasarkan bahan grafik dengan menggunakan kaedah
‘KADSO’.

REFLEKSI
Pembaharuan menerusi kaedah yang diperkenalkan dalam kajian ini, pengkaji turut
bertanggungjawab dalam meningkatkan motivasi belajar dalam diri peserta kajain
untuk mempelajari bahasa Malaysia. Kebijaksanaan guru bahasa Malaysia dalam
mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar sangat penting untuk memastikan
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dalam
suasana yang ceria dan menyeronokkan. Hal ini memerlukan kemahiran dan
kebolehan seorang guru bahasa Malaysia menggunakan kaedah dan teknik pengajaran
yang dapat membantu para peserta kajian memahami dan menguasai segala tajuk dan
juga kemahiran yang sukar berdasarkan kandungan mata pelajaran Bahasa Malaysia
dengan cara yang mudah dan efektif.
Oleh yang demikian, sebagai langkah permulaan terhadap kajian tindakan bagi
diri pengkaji, kaedah KADSO ini merupakan percubaan pertama dalam menjadikan
amalan memperbaiki mutu pembelajaran dan pemudahcaraan. Sekiranya kaedah ini
diterima secara keseluruhannya dalam bidang pendidikan, ternyata kaedah ini mampu
membantu peserta kajian yang lemah untuk membina ayat lengkap berdasarkan bahan
grafik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan mudah dan betul, Peserta kajian
dapat menggunakan kaedah ini sepanjang proses pembelajaran mereka di sekolah dan
membantu mereka terutamanya semasa berada di dalam kelas atau ujian.
Pengkaji mendapati kajian penguasaan kemahiran membina ayat berdasarkan
bahan grafik memerlukan satu pendedahan awal yang cukup kukuh kepada murid-
murid pada awal tahap kedua lagi. Dengan melengkapkan kajian dengan aspek-aspek
tersebut, maka secara tidak langsung gambaran yang lebih menyeluruh tentang
masalah dan penyelesaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Malaysia dapat dikenal pasti. Tambahan pula, kajian ini bukan sahaja dapat
menghasilkan kesan yang positif kepada pengkaji sendiri sebagai seorang guru,
malahan telah meningkatkan penguasaan murid. yang diberikan oleh pengkaji.
Kerjasama yang diberikan oleh peserta kajian amat baik terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh pengkaji.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Beberapa perubahan lagi perlu dilakukan bagi memantapkan penggunaan kaedah


KADSO yang telah dikemukakan dalam kajian ini. Cadangan tindakan susulan yang
dirangka adalah sebagai langkah alternatif dalam usaha meningkatkan penguasaan
murid dengan lebih mudah tentang kaedah ini. Pengkaji turut yakin bahawa dengan
adanya tindakan susulan yang mampu mengembangkan pengaplikasian kaedah ini ke
peringkat seterusnya maka kaedah ini juga sesuai digunakan dalam mata pelajaran lain
seperti bahasa Inggeris dan bahasa Tamil.
Sebagai tindakan susulan pengkaji ingin menyelitkan penggunaan TMK
(Teknologi Multimedia dan Komunikasi) dalam kajian ini. Transformasi pendidikan
kini yang sedang berkembang ke arah era digital lebih menekankan persekitaran
pembelajaran maya. Selaras dengan perubahan tersebut, Frog (VLE) adalah satu
sistem pembelajaran berasaskan web dibawah projek 1BestariNet yang menyerupai
dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan
konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi
tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat
menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE ini. Jadi, pengkaji ingin
membina laman web Pembina Laman seret dalam Frog VLE hanya dengan lepas
dengan hanya berapa klik sahaja. Laman yang dibina akan dilengkapi dengan segala
maklumat mengenai pengaplikasian kaedah ‘KADSO’ secara terperinci serta langkah
demi langkah bagi membolehkan murid dapat mengakesesnya dengan sendiri tanpa
bantuan guru. Beberapa set latih tubi turut dipautkan dalam laman Frog VLE yang
akan dibina.
Selain pelaksanaan Frog VLE, pengkaji juga bercadangan untuk menggunakan
laman blog sendiri pengkaji sebagai satu laman interaktif yang dilengkapi dengan
segala maklumat mengenai kaedah ini berserta aktiviti-aktiviti yang relevan dengan
kaedah ‘KADSO’ ini. Hal ini adalah sebagai satu langkah yang berasaskan
pembelajaran akses kendiri di mana peserta kajian dapat mengakses laman ini secara
sendiri walaupun guru tidak berada di sampingan mereka untuk membimbing.
Cadangan sedemikian mampu membawa kajian ini ke satu tahap yang standard dan
tinggi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian tindakan yang pengkaji lakukan ini sangat memberi manfaat
kepada peserta kajian ini untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi
kelebihan kepada pengkaji untuk memperbaiki pengajaran amnya. Pengkaji juga dapat
meningkatkan lagi pemikiran kreatif dan kritis peserta kajian. Pengkaji berharap hasil
kajian ini boleh digunakan oleh pengkaji-pengkaji lain pada masa akan datang. Dalam
tempoh pelaksanaan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kajian tindakan ini
merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu mengatasi masalah
yang terkandung dalamnya. Perkara yang amat penting dan perlu diambil perhatian
ialah teknik pengajaran guru yang perlu efektif. Perkara ini merupakan suatu kunci
yang mampu merungkai segala masalah yang timbul apabila proses yang dirancang
dan diuji daapt dilaksanakan dengan terperinci dan sistematik. .  Pengkaji percaya
bahawa anjakan paradigma yang telah diambil menerusi kaedah ini mampu
meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat yang gramatis menggunakan
maklumat yang terdapat pada gambar. Aplikasi kaedah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia di bilik darjah akan meningkatkan pencapaian murid
dalam kemahiran menulis khususnya kemahiran membina ayat dan karangan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
Abu Bakar Yusof, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Abdullah (2006), Prinsip
Pengajaran Penulisan, Emiritius Publications, Selangor
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013), Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Tahun 4 Bahasa Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia
(KPM)
Buku Panduan Penyelidikan Tindakan (2016), Pusat Pembangunan Akademik,
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Othman (2011), Kajian Tindakan Dalam Pendidikan; Teori dan Amalan, Penerbitan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim
Ting Len Siong,PhD,etc.(2013), Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan,
Freemind Horizons Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai