Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 1 : Laporan temubual

Sediakan satu set soalan temubual berstruktur berkaitan dengan ciri-ciri guru sebagai seorang
profesional, isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru serta peranan guru sebagai
pemimpin dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran dan laksanakan temubual
dengan seorang pensyarah akademik. Analisis hasil dapatan temubual tersebut dan sediakan
satu laporan temubual yang lengkap.
Tugasan 1

Laporan temubual

Saya telah menjalankan satu temubual dengan pensyarah akademik di IPG Kampus Kent.
Melalui temu bual itu, saya mendapati bahawa beliau setuju bahawa guru ialah satu pekerjaan
profesional. Hal ini demikian kerana guru perlu mengikuti latihan khusus yang lengkap dalam
bidang perguruan ini. Latihan khusus ini termasuk amali dan praktikal seperti PBS dan
praktikum. Latihan ini dijalankan untuk membantu guru menjadi seorang yang berilmu,
bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah. Pendek kata, guru yang tidak mengikuti
latihan khusus tidak dianggap sebagai seorang guru yang profesional.

Pada pendapat beliau, guru yang profesional perlu memiliki kedua-dua ciri berikut. Ciri
yang pertama ialah sikap baik seorang guru. Dalam kajian perpustakaan K C Lam (2011),
sikap (attitude) seseorang merujuk kepada bentuk pemikiran, perasaan dan tindak balasnya ke
atas individu, kumpulan, isu-isu sosial mahupun apa-apa peristiwa di persekitaran yang mana
bentuk tersebut adalah tersusun dan konsisten (Lambert & Lambert, 1973:72). Sebagai contoh,
guru perlu mempunyai sikap rajin mengikuti khusus . Hal ini demikian akan menambah
pengalaman dan pengetahuan guru. Hal ini disokong oleh Schwartz (1975) yang menyatakan
bahawa perubahan tingkah laku berlaku apabila pengetahuan bertambah. Jika pengetahuan
seseorang itu bertambah, maka perubahan sikap akan berlaku dan secara tidak langsung
tingkah laku juga akan berubah (dalam Williams, 2008). Dengan erti kata yang lain, guru yang
memiliki komitmen tinggi, sikap jujur, menepati masa dan rajin merupakan guru yang
profesional dan ia akan meningkatkan imej seorang guru.

Ciri-ciri yang kedua ialah guru perlu berilmu. Seorang guru yang profesional mempunyai
ilmu pengetahuan di pelbagai bidang dan mereka akan selalu mendalami bidang tersebut
kerana mereka menjadi lebih berilmu. Guru yang profesional mempunyai pelbagai ilmu seperti
psikologi, pedagogi pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Sebagai contoh, guru
menggunakan ilmu psikologi kanak-kanak dalam merancang pengajaran dan pembelajaran
murid bagi menyelesaikan masalah murid kurang motivasi dan kurang minat dalam kelas.
Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan menarik perhatian dan minat murid-murid.
Murid-murid akan berasa seronok kerana mereka minat dengan cara tersebut. Hal ini disokong
oleh Schimdt et al (2006), pelajar lebih bermotivasi untuk belajar,kehadiran pelajar ke kelas
meningkat kerana mereka seronok untuk belajar, meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli
kumpulan, dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam jangka masa yang lama,
mengembangkan maklumat yang didapati dan hal ini akan mendorong pada pembelajaran
sepanjang hayat. Oleh itu, seorang guru yang profesional perlu selalu menimba ilmu bagi
melahirkan murid yang berkualiti.

Beliau juga mengatakan bahawa banyak isu dan cabaran telah muncul dalam alam
perguruan. Beliau mengatakan bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
paling memberi cabaran kepada guru. Hal ini demikian kerana pencapaian hasil pembelajaran
PdP susah dicapai atas beberapa faktor seperti bilangan murid dan kerja yang berat. Tugas
guru sekarang bukan sahaja sebagai seorang pendidik, malah guru juga perlu menjalankan
tugas lain seperti kerja perkeranian, guru kokurikulum dan sebagainya. Kerja perkeranian yang
berat telah menyebabkan guru tidak dapat menumpu perhatian sepenuhnya dalam penyediaan
dan perancangan PdP. Hal ini telah menjejaskan kualiti guru dan secara tidak langsung
menjejaskan keputusan murid-murid. Dengan ini, guru perlu meningkatkan diri dengan
menghadapi cabaran ini supaya menjadi seorang yang lebih profesional.

Dari aspek pemimpin profesional dalam pengajaran dan pembelajaran, beliau


mengatakan bahawa guru mempengaruh rakan sejawat dan murid-murid di sekelilingnya. Guru
perlu menjadi role model atau teladan kepada mereka. “Role model” bagi seseorang guru
dapat diperlihatkan melalui prestasi cemerlang guru tersebut. Abdul Rahim (2005) mrnyatakan
bahawa seseorang guru yang cemerlang adalah guru yang mencapai tahap tinggi dalam
penglibatan dalam perancangan, dasar aktiviti pendidikan, pengalaman mengajar, pengekalan
prestasi tinggi dalam pengajaran mata pelajaran, kepimpinan di peringkat sekolah, masyarakat
dan negara. Guru-guru akan mempelajari sifat yang baik dalam guru tersebut dan murid-murid
juga terikut dengan nilai-nilai yang ada dalam personaliti guru tersebut. Secara konkluksi, guru
yang profesional perlu selalu meningkatkan kualiti diri sendiri supaya generasi muda menjadi
lebih baik dan meningkatkan kualiti profesional dalam negara kita.

605 patah perkataan


TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK
Menulis satu esei berdasarkan penyataan berikut:

a. Menjelaskan konsep mengajar sebagai satu profesion berdasarkan definisi daripada


seorang tokoh pendidik.
b. Analisis satu kes disiplin guru dan huraikan Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib
Penjawat Awam yang berkaitan dengan kes tersebut.
c. Menyediakan satu pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya untuk menjadi
seorang yang profesional berdasarkan Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,
1986).

Anda mungkin juga menyukai