Anda di halaman 1dari 34

KANDUNGAN TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

1.0 Profesion Keguruan

2.0 Ciri-Ciri Guru Sebagai Seorang Yang Profesional.

3.0 Konsep Kelestarian Global

4.0 Pelan Pembangunan Diri Dalam Membangunkan Kerjaya Guru Yang


Profesional Ke Arah Kelestarian Global

5.0 Justifikasi Setiap Tetingkat Kerjaya Dalam Pelan Pembangunan Diri


Dalam Membangunkan Kerjaya Guru Yang Profesional Ke Arah
Kelestarian Global; Isu, Cabaran Dan Perundangan Dalam Kerjaya Guru.

6.0 Rujukan

1
1.0 PROFESION KEGURUAN

Guru menjadi elemen paling penting dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan
agar segala matlamat dalam dunia pendidikan dapat dicapai secara optimum. Selaras
dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif, dan efektif dalam
penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekaran baharu mengadaptasi amalan
mereka dengan kehendak murid sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat
abad ke-21 (Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, & Boon Pong Yin, 2018). Jelaslah, segala
tanggungjawab guru tidak boleh dipandang remeh. Guru merupakan nadi ilmu, menjadi lilin
yang sentiasa memberi cahaya dan menerangi masa depan adiwangsa negara. Seorang
guru yang berkualiti, mempunyai ilmu yang meluas dan kompeten akan mampu melahirkan
individu-individu cemerlang bagi meneraju negara pada masa akan datang. Pada era
globalisasi ini, tugas hakiki guru adalah lebih sukar berbanding tugas guru pada suatu masa
dahulu. Jika dahulu guru hanya menyampaikan ilmu, kini guru perlu menyediakan diri secara
optimum dalam konteks kemahiran pengetahuan, kecekapan mengendalikan emosi murid,
menjadi fasilitator atau pemudahcara serta menguasai secara holistik pelbagai strategi dan
kaedah pengajaran yang dapat memberi impak terhadap diri anak-anak didiknya.

1.1 Konsep Profesion dan Profesionalisme Keguruan

Secara amnya, Kamus Dewan Keempat (2016) mendefinisikan profesion sebagai satu
bidang pekerjaan yang memerlukan kepada pendidikan, kecekapan dan kemahiran yang
tinggi serta mempunyai latihan yang khusus mengenai pekerjaan tersebut. Dalam konteks
bidang perguruan pula, maksud sebenar profesion keguruan ini dapat didefinisikan secara
literal oleh beberapa orang tokoh berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh mereka.
Menurut Habibah, Zaharah, Saedah, Ridhuan, Ahmad & Norshahrul (2016), profesion
keguruan berkait rapat dengan amalan kerja yang profesional dan bermutu tinggi meliputi
tingkah laku yang patuh kepada keperluan etika, membuat refleksi mengenai tugas
pengajaran serta kesungguhan untuk sentiasa belajar dan meningkatkan diri. Selain itu,
Shuhaimi (2014) pula menyatakan kerjaya guru dianggap sebagai profesion kerana kerjaya
ini memerlukan seorang individu itu untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
ikhtisas dalam bidang pendidikan dan bidang yang diajar di samping mempunyai kod etika
dan akta yang menjadi pegangan kepada semua penjawatnya.

Kini bidang perguruan yang diklasifikasikan sebagai sebuah profesion adalah sangat
relevan. Setiap guru di sekolah kini telah dilatih secara khusus selama bertahun-tahun demi

2
mengasah kualiti dan meningkatkan profesionalisme dalam diri guru tersebut. Bukan itu
sahaja, syarat kelayakan guru juga telah diperketat pada tahun 2014 bagi menapis calon
yang benar-benar cemerlang semasa di peringkat sekolah. Memetik petikan akhbar atas
talian, “Kementerian Pendidikan telah memperketatkan syarat kemasukan ke program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi melahirkan lebih ramai guru
berkualiti serta menjadikan institusi tersebut setanding dengan negara yang mempunyai
sistem pendidikan terbaik.” (Ahmad Shazwan Md Yusof, 2015).

Profesion keguruan juga dapat ditakrifkan sebagai ciri-ciri guru yang berilmu,
berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan
kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai sahsiah yang
tinggi dan boleh diteladani oleh murid (Wong, Noriati & Boon, 2018). Berdasarkan kepada
definisi yang telah disenaraikan tadi, dapat disimpulkan bahawa profesion keguruan
merupakan satu bidang pekerjaan yang memerlukan ahlinya iaitu guru-guru untuk
mempunyai amalan kerja yang berkualiti tinggi merangkumi bidang pengetahuan yang
mendalam, kemahiran ikhtisas yang kompeten serta sahsiah yang dapat diteladani oleh
murid-murid melalui kesungguhan untuk meningkatkan dan membangunkan kerjaya diri
dengan mengikuti pelbagai program dan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan
profesional diri.

1.2 Profesion Keguruan merangkumi Ciri-Ciri Umum Profesion

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), bidang perguruan dilabelkan sebagai


sebuah profesion kerana bidang perguruan memiliki tujuh ciri-ciri umum sesuatu profesion
menurut rumusan Wilensky (1964), Lubell (1978), dan Bayles (1988). Ciri-ciri umum
profesion adalah merupakan perkhidmatan unik, menerima latihan khusus, mempunyai
badan kawalan, mempunyai autonomi, memiliki pengetahuan dan kemahiran,
bertanggungjawab dan mematuhi kod etika.

1.3 Perundangan dan Etika dalam Profesion Keguruan

Perundangan dalam profesion keguruan dikaitkan dengan beberapa peraturan dan


etika yang perlu dipatuhi demi menjaga nama baik profesion. Setiap profesion tidak lari
daripada sebarang perundangan dan etika yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli profesionalnya
seperti yang terkandung dalam ciri-ciri umum sesebuah profesion. Menurut Mohd Nasir

3
Omar (1986) (dalam Zaharah Husin, 2005), etika yang diwujudkan menjadi peraturan dan
panduan dalam hidup manusia. Etika juga bertindak sebagai disipilin yang dapat
menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan. Profesion keguruan juga memiliki
beberapa perundangan berkaitan guru dan pendidik yang perlu dipatuhi mengikut undang-
undang di Malaysia. Menurut Robiah Sidin (1998), untuk menjadi seorang guru yang
profesional, seseorang guru harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu
kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Pembentukan sahsiah menjadi perkara
penting yang dikaitkan dengan peraturan dan etika keguruan supaya guru-guru mengawal
tingkah laku mereka demi menjaga imej profesion keguruan. Menurut Yahya Buntat dan
Zainuddin (2003), Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia
Barat (Laporan Aziz, 1971) telah mencadangkan supaya semua guru yang telah
memperolehi sijil perguruan perlu mematuhi Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi
Pembentukan Tatasusila Guru. EPP tersebut merupakan antara perundangan dan etika
terawal sebagai panduan para guru melaksanakan tugas mereka

Kini, terdapat beberapa perundangan dominan berkaitan guru dan pendidikan yang
perlu dipatuhi. Antaranya, Kod Etika Keguruan, Peraturan-peraturan Pegawai Awam
Kelakuan dan Tatatertib, Akta Pendidikan 1996, dan Hak Asasi Kanak-kanak. Menurut Wong
Kiet Wah et al (2018), guru perlu mematuhi perundangan tersebut supaya guru saling
menghormati dan mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya, serta
berkebolehan mengurus kehidupan dengan baik. Peraturan yang digariskan juga dapat
membuatkan guru tenang, tenteram dan terlindung tanpa merugikan apa-apa
kepentingannya. Sebagai contohnya, menurut Peraturan 4(2)(i) dalamPeraturan-peraturan
Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib yang diwartakan dalam (Warta Kerajaan PU. (A)
395, seorang guru tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugasnya. Guru perlu sentiasa
cermat dan berwaspada mengikut prosedur dan spesifikasi tugas bagi mengelakkan
sebarang kemalangan sama ada ke atas dirinya atau murid-murid. Peraturan ini diwujudkan
bagi menjaga kebajikan semua pihak, mengurangkan risiko dan meningkatkan rasa
tanggungjawab dalam diri guru-guru atas setiap perbuatan mereka.

Dapat dikonklusikan bahawa perundangan dan etika dalam bidang perguruan


menjadi pedoman kepada ahli-ahli profesionalnya serta bertindak sebagai kawalan sosial
untuk masyarakat. Bukan itu sahaja, perundangan tersebut juga dapat membantu para
profesional mencegah campur tangan pihak-pihak yang tidak berkaitan dan menambah lebih

4
banyak masalah (Syed Mohammad Hilmi, Dr Che Zarrina, Azizi, Nur Ulfah dan Muhammad
Zarif, 2018).

2.0 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

Melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)


telah mentransformasi profesion keguruan sebagai profesion pilihan dalam anjakan ke-4.
Transformasi tersebut menekankan syarat kemasukan guru yang telah diperketat mulai
tahun 2013 ke Institut Pendidikan Guru (IPG) (Mohd Fauzi, 2017). Calon guru yang dipilih
perlu benar-benar berkualiti supaya amalan profesionalisme keguruan mudah untuk
diterapkan. Menurut Lilies Noorjannah (2014), syarat bagi guru yang profesional adalah
memiliki kelayakan dalam bidang profesion keguruan yang secukupnya, memiliki
kompetensi ilmu, memilki kemampuan berkomunikasi yang baik dengan anak didiknya,
mempunyai jiwa yang kreatif dan produktif, mempunyai komitmen yang tinggi dalam
profesion dan selalu mengembangkan ilmu diri melalui pembacaan dan sebagainya.

2.1 Ciri-ciri Guru Profesional Melalui Standard Guru Malaysia (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) telah menggariskan beberapa aspek amalan yang
perlu diamalkan oleh guru seperti amalan profesionalisme keguruan, pengetahuan mantap
serta kemahiran PdP yang tinggi demi mencapai aspirasi Wawasan 2020. Standard Guru
Malaysia merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang patut
dicapai oleh guru,dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Idris dan
Hamzah (2013) menyatakan, model Standard Guru Malaysia (SGM) adalah satu standard
yang dapat menjadi penanda aras bagi para guru dan bakal guru di Malaysia dalam
meningkatkan kualiti profesion keguruan.

Aspek amalan pertama dalam SGM mengandungi tiga domain utama iaitu
domain diri, domain profesion dan domain sosial. Setiap domain memerlukan guru memiliki
amalan yang mendukung kepada ciri-ciri guru yang profesional seperti berdaya saing, tahan
lasak, berkemahiran interpersonal dan intrapersonal, bersemangat sukarela dan efisien,
proaktif, kreatif dan inovatif, mempunyai semangat bermasyarakat dan patriotisme yang
tinggi serta kecintaan terhadap alam sekitar. Manakala aspek kedua SGM menuntut guru
memiliki dan menguasai ilmu dan pengetahuan yang mantap agar dapat melaksanakan
tugas dengan cekap dan berkesan. Bukan itu sahaja, guru yang profesional juga akan
mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, menambah baik amalan

5
PdPC melalui penyelidikan tindakan, menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dalam melaksanakan kurikulum serta mengembangkan potensi murid dengan
holistik. Aspek ketiga dalam SGM pula menyeru guru merancang, melaksana dan menilai
PdP akademik dan kokurikulum. Kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif,
kemahiran menyelesaikan masalah aras tinggi, kemahiran mengurus bilik darjah serta
mempunyai kemhairan insaniah yang terpuji menjadi perkara yang perlu dimiliki oleh guru
yang profesional. Aspek tersebut boleh dipenuhi oleh guru dengan memperbanyakkan
penyertaan pertandingan inovasi pendidikan di peringkat sekolah mahupun antarabangsa.

2.2 Ciri-Ciri Guru Profesional Abad ke-21

Seorang guru yang profesional pada abad ke-21 dapat mengetahui tentang semua
kemahiran pendidikan dan bakat yang perlu untuk membolehkan murid-murid bersaing
dalam dunia pendidikan masa ini (Wong Kiet Wah et al,. 2018). Oleh yang demikian, ciri-ciri
guru abad ke-21 yang profesional secara umumnya dapat menguasai subjek, mahir dan
berketerampilan dalam pedagogi, memahami perkembangan murid dan menyayangi
mereka, memahami psikologi pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling dan
menggunakan teknologi terkini dalam PdP. Manakala menurut Janelle Cox (2016) (dalam
Wong Kiet Wah et. al (2018) menyatakan enam ciri utama guru profesional abad ke-21
adalah mudah menyesuaikan diri, melakukan pembelajaran sepanjang hayat, tahu cara
berkolaboratif, celik dalam bidang TMK, futuristik dan penyokong profesion.

Natijahnya, seorang guru yang profesional mesti mempunyai kemahiran yang holistik
dan pengalaman bagi menyampaikan PdP yang memberi impak positif kepada murid.
Kemudahan teknologi marcapada ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha guru
mendidik dan menjalan tugas sebagai seorang guru. Kemahiran kaunseling dan psikologi
juga perlu dikuasai oleh guru supaya guru dapat memahami setiap tingkah laku murid
seterusnya meningkatkan potensi murid-murid dalam apa jua aspek.

6
3.0 KONSEP KELESTARIAN GLOBAL

Kelestarian secara umumnya membawa maksud pengekalan sesuatu perkara atau


keadaan (UNESCO, 2015; Kamus Dewan, 2013). Kelestarian boleh dikaitkan dengan usaha
untuk mengekalkan dan memelihara keaslian dari aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar
yang perlu diwarisi pada masa hadapan (Kamus Dewan, 2013). Dalam konteks yang lebih
luas kelestarian merangkumi pengekalan dan juga penambahbaikan keadaan sedia ada.
Global membawa makna dunia sejagat dan juga merujuk kepada sesuatu yang luas serta
tidak terbatas kepada sesuatu perkara (Kamus Dewan, 2013). Dalam konteks tanpa
sempadan, global merangkumi aspek sosial, budaya, ekonomi dan politik (UNESCO, 2015).
Kesimpulannya, Kelestarian Global bermaksud pengekalan dan penambahbaikan sesuatu
perkara untuk memelihara keaslian daripada aspek sosial dan alam sekitar serta ekonomi
ideal yang perlu diwarisi bagi menjamin kesinambungan warisan untuk kesejahteraan dan
keharmonian generasi masa kini dan masa hadapan dalam konteks persekitaran komuniti,
negara dan global.

Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK,2016), kandungan dalam kelestarian


global mempunyai pelbagai perspektif Kelestarian Global yang ditekankan merangkumi
elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan Perpaduan.
Elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari juga dapat memberi kesedaran supaya lebih
bertanggungjawab kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar. Kewarganegaraan Global
merujuk perasaan kekitaan kepada masyarakat dan kemanusiaan yang menekankan
kepada aspek sosial, budaya, ekonomi dan politik berdasarkan tiga domain pembelajaran
iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku. Elemen Perpaduan mengandungi tiga konstruk
utama iaitu menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian (BPPDP, 2014).

Konklusinya, berdasarkan konsep kelestarian global secara umum yang dinyatakan,


konteks kelestarian global di dalam diri guru membawa maksud kebijaksaan guru dalam
menggunakan sumber sedia ada khususnya bagi sumber pengajaran dan pemudahcaraan
supaya memberi impak kepada warga sekolah untuk memberi kesedaran supaya lebih
bertanggungjawab kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar. Guru juga berperanan sebagai
agen dalam membentuk perasaan kekitaan kepada masyarakat dan kemanusiaan yang
menekankan kepada aspek sosial, budaya, ekonomi dan politik melalui pelabagai domain.
Di samping itu, dalam membangunkan kerjaya guru ke arah kelestarian global, guru
berperanan memupuk perpaduan dalam menerima, menghormati dan mengurus
kepelbagaian agar wujud sikap keterbukaan, percaya dan berkejasama antara semua warga

7
sekolah tanpa mengira perbezaan. Maka, berdasarkan konsep kelestarian global ini,
sebuah pelan pembangunan kerjaya guru akan dirangka sebagai rujukan laluan kerjaya
guru pada masa hadapan.

4.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DALAM MEMBANGUNKAN KERJAYA GURU YANG


PROFESIONAL KE ARAH KELESTARIAN GLOBAL

Pelan Pembangunan Kerjaya Guru Ke Arah Kelestarian Global merupakan satu pelan
perancangan untuk membangunkan dan mengembangkan kerjaya guru mengikut pelbagai
laluan yang telah dipulih. Penulisan ini memfokuskan kepada beberapa aspek iaitu, isu
cabaran serta perundangan dalam kerjaya guru ke arah kelestarian global.

8
9
10
5.0 JUSTIFIKASI SETIAP TETINGKAT KERJAYA DALAM PELAN PEMBANGUNAN DIRI
DALAM MEMBANGUNKAN KERJAYA GURU YANG PROFESIONAL KE ARAH
KELESTARIAN GLOBAL; ISU, CABARAN DAN PERUNDANGAN DALAM KERJAYA
GURU.

5.1 PERINGKAT GRED 41 – Pelaksana (Peringkat beraspirasi)

5.1.1 Tugas Umum Guru Gred 41

Guru baharu yang berada di peringkat ini merupakan pelaksana


pengajaran berkesan dan fasilitator pembelajaran murid. Peringkat ini juga
merupakan peringkat novis kepada guru baharu untuk menguasai pelbagai
bidang khususnya dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Tugas yang
dilaksanakan pula adalah dengan penyeliaan dan bimbingan. Secara amnya,
seorang guru wajib untuk menyampaikan kandungan kurikulum di dalam bilik
darjah melalui pelbagai kaedah pedagogi yang melibatkan murid dan
mengaplikasikan teknik penilaian untuk menunjukkan murid telah mencapai
hasil pembelajaran. Dari Aspek Komuniti Pembelajaran Profesional, guru
dikehendaki menyumbang pada peningkatan PdP dengan membantu
melaksanakan penyelidikan tindakan yang berkaitan dengan amalan PdP.
Kemampuan untuk mengusahakan jalinan kolaboratif dengan pihak ibu bapa,
komuniti dalam dan luar sekolah perlu ditekankan di samping melibatkan diri
dalam Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang digariskan oleh
KPM.

5.1.2 Isu, Cabaran yang perlu dihadapi dan Perundangan dalam Kerjaya
Guru

Isu dan cabaran utama ketika dalam Gred 41 adalah guru novis akan
berhadapan dengan masalah kekurangan guru di sekolah bagi subjek-subjek
tertentu. Susulan daripada masalah ini, guru baharu akan mengajar subjek
yang bukan dalam opsyen atau bidang kepakaran mereka. (Zahanim dan
Qurratu, 2018). Kesediaan guru dengan bidang yang diperlukan masih [ada
tahap yang rendah walaupun bilangn guru yang dikeluarkan semakin
meningkat. Guru novis yang menghadapi masalah ini sedikit sebanyak akan
menghadapi kesan negatif dari aspek kesediaan guru dalam mengajar,

11
penguasaan kandungan pembelajaran dan pedagogi serta keyakinan guru
sebagai agen pemudahcaraan kepada murid. Justeru, sebagai platform
kepada guru baharu untuk meningkatkan kemahiran pengetahuan yang
mendalam tentang selok belok pengajaran dan pemudahcaraan yang
dilaksanakan, program pementoran dijadikan langkah menangani
permasalahan yang dihadapai oleh guru novis ini sebagaimana yang telah
ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Impaknya, guru
novis akan lebih menguasai kaedah PdPc yang sistematik dan menepati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dikuasai oleh guru walaupun perlu
mengajar subjek yang berada di luar ruang lingkup kemahirannya, hasil
daripada bimbingan guru yang lebih berpengalaman. Maka, kepercayaan
murid, serta ibu bapa terhadap tanggungjawab guru dalam mendidik pelajar
tidak akan berkurangan kerana guru yang menguasai pedagogi serta
kandungn pemebelajaran yang baik akan membantu maningkatkan motiasi
murid. Ini adalah bertepatan dalam Perundangan Kerjaya Guru seperti yang
termaktub dalam Kod Etika Keguruan yang menyatakan bahawa guru
tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang
ramai terhadap profesion perguruan. Ini bermaksud, setiap tindak tanduk
guru akan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar.

5.1.3 Pelan Pembangunan Diri ke Arah Kelestarian Global

Sebagai seorang guru yang profesional, dalam membangunkan


kerjaya guru ke arah kelestarian global, perkara yang perlu ditekankan adalah
berfokuskan ke arah pemantapan dan penguasaan dalam bidang kerjaya
guru ini. Berbalik kepada elemen dalam konsep kelestarian global yang
menekankan tentang kewarganegaraan global, sebagai guru baharu,
pemerhatian dan masalah yang melanda perlu diselesaikan dengan
menjalankan kajian tindakan. Kajian tindakan dengan bantuan dan tunjuk ajar
dari guru berpengalaman (senior) melalui pementoran yang dilaksanakan
adalah menjurus kepada penguasaan guru baharu dalam menangani
masalah yang melibatkan PdPc. Masalah ini khususnya akan dilihat dari
aspek kepelbagaian pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan yang dijalankan berlangsung
secara berterusan dan guru sentiasa memantau setiap tindakan yang telah

12
dilaksanakan. Melalui kajian tindakan yang dilaksanakan, guru novis dapat
mengetahui kekurangan, keperluan dan penambahbaikan PdPc sebagai
salah satu usaha dalam mendepani kelestarian global. Ini kerana, apabila
kajian tindakan dilaksanakan, guru baharu dapat mengetahui latar belakang
murid yang pelbagai dan mengambil pendekatan yang terbaik dalam
mengatasi masalah ketika PdPc di dalam kelas. Kepelbagaian pengajaran
guru yang disesuaikan dengan budaya murid yang berbeza-beza akan
mempelihatkan keterbukaan dan penerimaan guru terhadap murid yang
pelbagai. Ini juga akan melatih murid supaya menerima dan menghormati
kepelbagaian di sekeliling mereka.

Maka, disamping membangunkan kerjaya guru ke arah yang lebih


baik, elemen kewarganegaraan global dalam konsep kelestarian global turut
di implementasikan kerana penulis mampu menghadapi cabaran dalam
menjadi agen pemudahcaraan pelajar di samping membantu dalam
memupuk perasaan kekitaan terhadap pelajar. Secara tidak langsung, diri
penulis juga akan bersifat lebih terbuka dan cakna kepada kepelbagaian yang
berbeza budaya dan etnik. Ini akan melahirkan rasa kesefahaman dan
toleransi antara pengajar dan pelajar khususnya. Identiti kewarganegaraan
global dalam elemen kelestarian global turut dapat diterapkan dengan baik
melalui kajian tindakan yang dilaksanakan oleh guru. Menurut Soon (2007),
kajian tindakan akan dapat menambah baik kualiti pdp dari semasa ke
semasa di samping salah satu kriteria pertimbangan kenaikan pangkat
kepada gred seterusnya adalah kebolehan guru untuk menjalankan
penyelidikan tindakan. Dalam konteks penulis sebagai guru Reka Bentuk dan
teknologi, pelan pembangunan guru ke arah kelestarian global boleh
dilaksanakan dengan menjalankan kajian tindakan secara berterusan.

5.1.4 Pelan Persediaan untuk Peringkat Seterusnya

Sebagai seorang guru yang profesional, perkembangan diri ke arah


yang lebi positif adalah ditekankan. Oleh itu, bagi meneruskan kepada
peringkat yang seterusnya, laluan yang ingin dipilih ialah menjadi guru
cemerlang. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan laluan ini berjaya untuk
dicapai, penulis perlu memastikan setiap pra syarat yang telah ditetapkan
akan dapat dipenuhi dengan penglibatan dalam pelbagai program seperti
yang berikut :

13
Pra syarat yang ditetapkan Penglibatan guru
Syarat-syarat Umum Segala syarat umum pada Gred 41 perlu dipatuhi
seperti yang telah digariskan dan memenuhi setiap
kriteria yang telah ditetapkan. Ini adalah bagi
memastikan tiada permasalahan untuk permohonan
guru cemerlang kelak.
Memenuhi penilaian menjadi Penilaian dan syarat khas perlu dipenuhi oleh penulis.
guru cemerlang DG 44 Oleh itu, bagi menepati standard permarkahan yang
telah ditetapkan, penulis akan menepati setiap fasa
bagi memohon sebagai guru cemerlang. Pada fasa 1,
iaitu persediaan diri, penulis memfokuskan kepada
pendokumentasian profil diri, penglibatan kokurikulum,
tugas-tugas sepanjang di sekolah serta inovasi PdPc
yang telah dilaksanakan, Pada fasa kedua, penulis
akan dipantau oleh nazir. Maka, persediaan fail PdPc
dan rekod PdPc harian perlu lengkap.
Pendokumentasian ini hendaklah bermula selepas
penulis dilantik sehinggan permohonan dikeluarkan. Ini
bermakna, penyertaan, kursus, inovasi PdPc serta
sumbangan dalam kurikulum mahupun kokurikulum
perlu diperincikan dengan jelas dalam bentuk
pelaporan.
5 tahun mengajar termasuk 3
Untuk memenuhi pra syarat ini, apabila penulis telah
tahun terakhir mengajar mata
disahkan jawatan (anggaran 1 tahun), fokus kepada
pelajaran pakar
mata pelajaran teras akan dilaksanakan. Ianya
tertumpu kepada pilihan penulis, bidang utama yang
dikuasai penulis, iaitu subjek Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT). Penguasaan pedagogi dan
kandungan bagi PdPc perlu dimantapkan oleh penulis.
Kedah pengajaran dan pemudahcaraan juga perlu
sentiasa dibaiki oleh penulis seiring dengan keperluan
murid. Maka, dalam usaha memenuhinya, penulis
boleh mendapatkan bimbingan daripada mentor (guru
senior) tentang beberapa perkara yang perlu
ditekankan khususnya dalam PdPc RBT yang
melibatkan amali. Sebagai persiapan dan ilmu
tambahan, penulis akan sentiasa mengikuti kursus

14
atau seminar pemantapan pedagogi berkaitan
matapelajaran RBT khususnya yang dianjurkan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti,
kursus Pembelajaran Abad ke 21 dalam matapelajaran
RBT. Penulis juga dapat meluaskan lagi pengetahuan
di samping sentiasa memantau perkembangan diri
sebagai guru yang profesional. Ini berkait rapat dengan
pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran
sepanjang hayat (PSH) menjadi wacana kepada
latihan dan pendidikan di Malaysia. Perlaksanaan PSH
boleh meningkatkan prestasi kerja, pengetahuan,
kemahiran dan tahap pendidikan seseorang individu.
Kemahiran di tempat kerja boleh ditingkatkan melalui
latihan yang berterusan dalam bidang tertentu.
(Mohamed dan Mohd Nasir, 2003)
Nilai tambah Bagi diri penulis sendiri, akan berhasrat menyambung
pelajaran pada peringkat ijazah khusunya dalam
bidang Pendidikan teknik dan Vokasional dalam masa
2 tahun secara sepenuh masa. Permohonan biasiswa/
cuti belajar bergaji penuh bagi pengajian sepenuh
masa akan dilakukan oleh penulis. Ini adalah bagi
memastikan penulis dapat memberi fokus dalam usaha
meluaskan ilmu pengetahuan. Penulis juga akan
sentiasa mengetahui perkembangan semasa dan
terkini tentang PTV bagi memantapkan lagi PdPc bagi
subjek RBT. Dari aspek kokurikulum, penulis akan
memfokuskan kepada warisan seni masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum yang
semakin dilupakan oleg masyarakat masa kini.
Sebagai contoh, reka bentuk wau, seni mencanting
batik, dan seni kaligrafi khat jawi serta cina. Melalui
kaedah ini, penulis juga dapat membantu murid
menegmbangkan potensi bukan sahaja di peringkat
sekolah, namun ke peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

15
5.2 PERINGKAT GRED 44 (Guru Cemerlang) – Penggerak (Peringkat
Beraspirasi)

5.2.1 Tugas Umum Guru Gred 44

Pada peringkat ini, guru sudah mula untuk memberikan khidmat


bimbingan dan permentoran kepada guru-guru baharu tidak kira di peringkat
dalaman sekolah mahupun peringkat kuar sekolah khasnya kepada guru-
guru yang berprestasi rendah. Ia adalah sedikit berbeza dengan peringkat
guru DG 41. Guru DG 44 lebih arif tentang selok belok PdPc dan mengetahui
teknik pedagogi yang lebih berkesan. Pada peringkat ini juga, guru DG 44
lebih berpengalaman dalam melaksanakan kajian tindakan hasil daripada
pengalaman kajian tindakan yang telah dilaksanakan olehnya dengan
bantuan guru lama. Oleh itu, guru akan lebih arif tentang pemilihan
metodologi kajian serta fokus dalam usaha menyelesaikan masalah yang
timbul. Ini adalah bagi menyokong kepelbagaian murid di dalam kelas di
samping membantu murid mempertingkatkan aspek sosialisasi dalam diri
mereka. Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh guru pada peringkat ini
adalah lebih bersifat kendiri.

5.2.2 Isu, Cabaran yang perlu dihadapi dan Perundangan dalam Kerjaya
Guru

Dalam bidang pendidikan, isu yang kerap timbul adalah dari aspek
sumbangan guru cemerlang kepada warga sekolah itu sendiri. Apabila hal ini
diutarakan kepada guru cemerlang, alasan yang diberikan adalah tiada
arahan atau surat dari pihak atasan mengenai peranan mereka secara
khusus di sekolah. Maka, tiada apa apa tindakan yang diambil oleh guru-guru
cemerlang. Ini adalah bertepatan dengan penyataan oleh Khaliza, Hasani
dan Abu Said (2016) yang menyatakan masih terdapat guru cemerlang yang
belum lagi merasakan dapat menyumbangkan sesuatu sama ada kepada
rakan guru ataupun pihak sekolah sendiri. Rentetan daripada permasalahan
ini bukan sahaja meruigikan kerajaan yang telah mengeluarkan wang khas
untuk guru cemerlang, serta proses untuk menganugerahi guru yang ada
sebagai guru cemerlang, ia juga memberikan kerugian kepada pihak sekolah
itu sendiri kerana kemahiran dan kelebihan serta ilmu pengetahuan yang adal

16
pada guru cemerlang tersebut tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin
bagi kepentingan seluruh warga sekolah. Oleh yang demikian, sebagai
seorang guru cemerlang yang profesional, perlulah bersikap proaktif dan
berkeinginan untuk sentiasa memberi dan menyumbang. Perkara ini adalah
termaktub dalam perundangan iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) yang terkandung dalam
Peraturan-peraturan dan tatatertib secara umum menyatakan dalam perkara
4(2), guru oerlu cekap dan sentiasa berusaha (Warta Kerajaan P.U (A) 395
(Pindaan 2002). Ini bermakna, walaupun guru cemerlang beum menerima
arahan dari pihak yang berkaitan, namun guru cemerlang yang berkualiti
perlu berada di barisan hadapan sekolah dalam usaha membantu
membangun dan meningkatkan prestasi sekolah. Guru Cemerlang boleh
mengadakan Sesi Perkongsian dalam pelbagai medium dan pendekatan
melalui Komuniti Pembelajaran Profesional yang menekankan kepada aspek
pedagogi dan perkongsian teknik dalam PdPc.

5.2.3 Pelan Pembangunan Diri ke Arah Kelestarian Global

Sebagai guru cemerlang, pembangunan kerjaya diri penulis pada


peringkat ini untuk menuju ke arah kelestarian global adalah dengan
membuat perkongsian secara langsung dengan rakan-rakan sekerja yang
lain. Dalam erti kata lain, pembangunan kerjaya ini akan dapat dilaksanakan
dengan menekankan kepada salah satu aspek iaitu penglibatan dalam
komuniti pembelajaran Profesional. Dalam hal ini, sebagai guru yang pakar
dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi, guru cemerlang seharusnya
melakukan perkongsian tentang teknik dan kaedah serta pedagogi dalam
pengajaran dan pemudahcaran yang pelbagai untuk disesuaikan kepada
kemampuan dan potensi setiap murid di saming menerapkan aspek
kelestarian global melalui medium pendidikan. Ini kerana, dalam Agenda 21,
Deklarasi Rio secara eksplisit mengiktiraf pendidikan sebagai kunci utama
pembangunan lestari. Malah UNESCO (2005) telah mengisytiharkan tahun
2005 hingga 2014 sebagai dekad Pendidikan Pembangunan Lestari (the
United Nations Decade of Education for Sustainable Development @ DESD).
Dekad tersebut merupakan tempoh bagi mengintegrasikan nilai-nilai yang
wujud dalam pembangunan lestari ke dalam semua aspek pembelajaran
untuk menggalakkan perubahan sikap dan tingkah laku dalam mewujudkan

17
alam sekitar dan komuniti yang lestari. Perkongsian yang diberikan adalah
berfokuskan penggabungjalinan antara pendekatan dan teknik dalam
pembelajaran dengan mata pelajaran sedia ada. Ini kerana, Pendidikan
Pembangunan Lestari bukanlah suatu konsep pendidikan yang secara
keseluruhannya adalah baru, tetapi ia merupakan suatu inovasi dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk
mewujudkan satu subjek baru yang bersifat stand alone, atau merombak
kurikulum sedia ada. Ia perlu diterima sebagai suatu pendekatan
pembelajaran yang bersifat saling melengkapi (complement) dalam
menyampaikan kurikulum sedia ada dan bukan bersifat menyaingi kurikulum
sedia ada. Sebagai contoh, penggunaan permbelajaran kontekstual
berasaskan masalah boleh dilakukan dengan meneliti isu berkaitan alam
sekitar, mengenal pasti punca dan memikirkan secara kritikal jalan
penyelesaiannya. Seterusnya, ia diikuti dengan langkah mengekalkan status
pemuliharaannya dan pemerkasaan isu yang berjaya ditangani.
Pembelajaran aktif seperti ini dapat mencambahkan kesedaran terhadap
pentingnya menjaga alam sekitar seterusnya dapat menjiwai peranan
sebagai individu yang cakna terhadap ekosistem dan kesannya akan
memupuk budaya amalan hijau. Khuausnya dalam pembelajaran RBT, guru
cemerlang mengadakan perkongsian bersama guru baharu dari jabatan RBT
khususnya. Idea-idea dan perkongsian ini akan menjadikan para guru lebih
bersedia untuk mendepani arus zaman pemodenan ini dan bersatu padu
dalam menyediakn mendium pemnelajaran yang berkualiti. Hal ini seiring
dengan konsep kelestarian global yang bukan sahaja menekankan kepada
pembangunan diri namun dalam masa yang sama mampu untuk
membangunkan tahap profesionalisme rakannya melalui perkongsian ilmu
pengetahuan dan wujudnya satu perpaduan antara warga pendidik. Hal ini
menepati konsep kelestarian global yang menekankan elem perpaduan.

5.2.4 Pelan Persediaan untuk Peringkat Seterusnya

Untuk melangkah ke peringkat seterusnya, penulis masih berhasrat


untuk berada di laluan sebagai guru cemerlang bagi jawatan Gred 48. Ini
kerana, penulis masih mahu meneruskan legasi dan berbakti kepada pihak
komuniti sekolah dan memantapkan lagi kesediaan guru-guru di sekolah.
Oleh itu, untuk memastikan laluan ini berjaya, penulis perlu memenuhi pra

18
syarat yang telah ditetapkan bagi mendapat guru cemerlang pada Gred 48.
Walaupun syarat yang ditetapkan adalah sama seperti pada DG41, namun
penulis perlu meningkatkan lagi tahap penglibatan yang meliputi tahap lebih
tinggi.

Pra syarat yang ditetapkan Penglibatan guru


Syarat-syarat Umum •Sepanjang memegang jawatan gred DG44, segala syarat
umum yang telah digariskan hendaklah dipenuhi dan
dipatuhi bagi mengelakkan kecenderungan berlakunya
masalah dalam permohonan guru cemerlang DG48.
Antaranya ialah :
1. Wajaran Markah Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-
kurangnya 80%
2. Diperakui oleh Guru Besar
3. Bebas daripada tindakan tatatertib (Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009)
4. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman
pendidikan institusi tabung pendidikan
Memenuhi penilaian menjadi Penilaian dan syarat khas perlu dipenuhi oleh penulis.
guru cemerlang DG 48 Oleh itu, bagi menepati standard permarkahan yang telah
ditetapkan, penulis akan menepati setiap fasa bagi
memohon sebagai guru cemerlang. Pada fasa 1, iaitu
persediaan diri, penulis memfokuskan kepada
pendokumentasian profil diri, penglibatan kokurikulum,
tugas-tugas sepanjang di sekolah serta inovasi PdPc
yang telah dilaksanakan, Pada fasa kedua, penulis akan
dipantau oleh nazir. Maka, persediaan fail PdPc dan
rekod PdPc harian perlu lengkap. Pendokumentasian ini
hendaklah bermula selepas penulis dilantik sehinggan
permohonan dikeluarkan. Ini bermakna, penyertaan,
kursus, inovasi PdPc serta sumbangan dalam kurikulum
mahupun kokurikulum perlu diperincikan dengan jelas
dalam bentuk pelaporan. Segala pendokumentasian
dibentangkan dan dilaporkan dalam format laporan yang

19
lengkap dan berkualiti.
5 tahun mengajar termasuk 3 Penulis akan memastikan lebih banyak pelaksanaan
tahun terakhir mengajar mata kajian mengenai pengajaran dan pemudahcaraan
pelajaran pakar dilaksanakan dengan berterusan. Selain itu, perkongsian
ilmu yang menjurus kepada penguasaan pedagogi
kandungan yang terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik perlu ditingkatkan bagi
menyokong pembelajaran profesionalisme melibatkan
guru-guru di peringkat pelaksana (Gred DG41). Ini
memastikan bahawa warga pendidik di sekolah sentiasa
bersedia dan ia memberikan motivasi kepada guru baharu
khususnya. Pada peringkat ini, mata pelajaran RBT
merupakan mata pelajaran utama yang diajar ketika
memohon sebagai guru cemerlang. Penulis telah pun
mengajar RBT selama tiga tahun berturut-turut. Pada
ketika ini, selaku guru cemerlang pada Gred 44, penulis
kekal mengajar mata pelajaran kepakaran semenjak
dilantik menjadi guru cemerlang.
Dari aspek hubungan serta jalinan komuniti, selaku guru
cemerlang, hubungan yang terjalin tidak hanya terhad
kepada komuniti pendidik di sekolah sahaja namun ia
terbuka kepada ibu bapa. Maka, dalam hal ini,
perbincangan mengenai kemajuan, jenis pembelajaran
dan bantuan sokongan daripada ibu bapa haruslah
menjadi isu bagi membantu perkembangan dan kemajuan
pembelajaran anak-anak. Sebagai contoh mengadakan
“Program Perkongsian Prestasi Bersama Ibu Bapa”. Ini
adalah sebagai langkah bagi membantu murid untuk
meneruskan kemajuan dalam bidang akademik mahupun
ko-akademik. Kesannya, konflik antara ibu bapa dan guru
dapat dikurangkan.
Nilai tambah Dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
khususnya dalam membangunkan kerjaya ke arah
kelestarian global, penulis akan mengikuti seminar dan
pertandingan yang berbentuk inovasi khususnya dan
tertumpu kepada bidang dan mata pelajaran yang dipilih
oleh penulis. Melalui penglibatan ini, sesi perkongsian

20
penulis bukan sahaja merangkumi pedagogi semata-
mata, bahkan juga meliputi mengenai inovasi pengajaran
dan pembelajaran yang mampu untuk memberikan nilai
tambah kepada rakan sekerja bahkan juga mampu untuk
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas (Jasmi & Tamuri, 2007).

Sebagai guru yang cakna akan sensitiviti dan isu global,


penglibatan dalam seminar kelestarian global akan di
laksanakan oleh penulis. Ini kerana, isu isu kemampanan,
yang merupakan isu kebimbangan global yang bertujuan
untuk memberi platform kepada wacana akademik dalam
pendidikan. Pembentangan kertas kerja pada seminar
kelestarian kebanyakannya mendedahkan isu dalam
bidang kemampanan yang dikaitkan dengan spektrum
isu-isu seperti kemiskinan, reka bentuk sosial, dan
penglibatan masyarakat. Isu kelestarian global tidak
hanya tertumpu kepada masalah alam sekitar sahaja,
namun ianya lebih meluas dan berkait rapat antara
hubungan dalam bidang sains dan kemanusiaan yang
akan diaplikasikan kepada masyarakat. Melalui
penglibatan dalam seminar, penulis akan lebih terbuka
kepada isu global.

21
5.3 PERINGKAT GRED 48 (Guru Cemerlang) – Pembimbing dan Mentor
(Peringkat Kompeten)

5.3.1 Tugas Umum Guru Gred 48

Tugas guru sebagai Guru Cemerlang pada tahap Gred DG48 adalah
sedikit berbeza daripada guru Cemerlang Gred DG44. Pada peringkat ini,
guru cemerlang mempunyai kecenderungan untuk bergiat aktif dalam
Komuniti Pembangunan Profesional melalui bimbingan dan menjadi
pemudahcara dalam pembangunan profesionalisme bukan sahaja kepada
guru baharu tetapi juga kepada rakan sejawat yang lain. Selain itu, guru
cemerlang pada gred ini berkebolehan untuk merangka panduan
pelaksanaan Pdp melalui penghasilan buku panduan dalam melaksanakan
kurikulum. Sebagai contoh penghasilan modul pembelajaran amali dalam
subjek RBT untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai topik reka
Bentuk yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Guru pada
peringkat ini juga berperanan sebagai peneraju kepada pelaksanaan
penyelidikan dalam kalangan rakan sekerja untuk penambahbaikan pdp di
dalam kelas.

5.3.2 Isu, Cabaran yang perlu dihadapi dan Perundangan dalam Kerjaya
Guru

Abdul Malik (2015), menyatakan bahawa bebanan tugas yang berat,


tidak menyempurnakan tugas, dimarahi oleh majikan akan menyebabkan
seseorang itu mendapat “stress”. Ketegangan yang berpanjangan boleh
mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat
meradang, agresif, fikiran menjadi berstruktur dan hilang daya konsentrasi. Ini
juga akan menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat serta tidak
bermotivasi dalam menjalankan tugasnya. Sebagai seorang guru cemerlang
khasnya pada gred DG48 ini, guru sentiasa mengalami kekangan masa untuk
melalukan pelbagai tugas sampingan selain mengajar termasuklah
menjalankan paperwork, tugas-tugas perkeranian, hal ehwal murid serta

22
terpaksa mengahdiri bengkelbengkel dan kursus yang dirancang oleh
Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian dari masa ke masa. Ini juga
akan menjadikan kajian tindakan yang dilaksanakan oleh guru akan
tergendala dan mengambil masa yang lama. Masalah yang berlanjutan ini
akan menjadikan guru berasa bosan dengan kerjaya guru sedikit sebanyak.
Hal ini amat membimbangkan kerana ia tidak bertepatan dengan kod etika
keguruan dalam perkara 10 yang menyatakan guru tidaklah harus menanam
sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.
Maka, bagi menangani masalah ini, guru haruslah bijak mencari alternatif lain
dalam meneruskan kajian tindakan mereka. Guru boleh menjalankan kajian
tindakan secara berkumpulan bersama guru-guru lain yang berada di bawah
jabatan yang sama. Ini adalah satu langkah yang efektif kerana memudahkan
penulisan refleksi dimana guru dapat berbincang sesama sendiri. Fasa
merancang dan pemerhatian juga turut mudah dilaksanakan kerana hasil
perbincangan bersama dan penggabungjalinan idea – idea yang pelbagai
dalam usaha untuk menambah baik PdPc di sekolah. Hal ini juga seiring
dengan tugas utama guru cemerlang pada Gred 48 yang menjadi peneraju
kepada pelaksanaan penyelidikan dalam kalangan rakan sekerja.

5.3.3 Pelan Pembangunan Diri ke Arah Kelestarian Global

Secara umumnya, perkembangan diri pada kali ini adalah sama


seperti guru cemerlang pada gred 44 yang menjalankan inovasi dalam PdPc,
membuat kajian tindakan dan sebagainya. Namun, fokus penulis pada ketika
ini adalah lebih kepada penghasilan modul bagi subjek pakar yang diajar oleh
penulis iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Modul yang dilasanakan ini
mengandungi elemen kelestarian global yang boleh dirujuk oleh guru-guru
RBT di sekolah. Elemen-elemen dalam kelestarian global sebagai satu
elemen merentas kurikulum dalam pengajaran RBT khususnya. Selain itu,
penulis akan melihat dan memfokuskan kepada pembentukan jaringan dan
jalinan kolaboratif antara pihak sekolah dengan komuniti luar. Dalam hal ini,
guru cemerlang pada Gred 48 telah mula menjalinkan hubungan bersama
komuniti luar khasnya para seperti badan bukan kerajaan, serta persatuan
ibu bapa dan guru. Hal ini adalah bagi memupuk kesefahaman bersama
antara komuniti sekolah dengan pihak luar dan ia memudahakan urusan bagi
menjalankan perbincangan bersama ibu bapa mengenai prestasi anak

23
masing-masing. Melalui pembentukan jaringan dan jalinan komuniti luar,
untuk menjadikan perkembangan kerjaya diri penulis ke arah kelestarian
global, penulis akan mengusulkan kertas cadangan kepada pihak sekolah
untuk mengadakan kem bersama perhilitan kepada murid bagi memberi
pendedahan kepada murid untuk cakna terhadap alam sekitar. Dalam
peringkat ini juga, penulis seharusnya bertindak dengan memberi peluang
kepada ibu bapa untuk melibatkan diri secara praktikal dalam pembangunan
PdP anak-anak secara holistik. Ini adalah sebagai pendedahan kepada ibu
bapa tentang pelbagai laatr belakang murid-murid lain di dalam kelas anak-
anak mereka. Ini akan melahirkan sifat penerimaan antara ibu bapa bagi
sesebuah kelas, yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya. Hubungan
yang baik ini akan menggalakkan perpaduan sekaligus membentuk kesan
positif ke arah kelestarian global.

5.3.4 Pelan Persediaan untuk Peringkat Seterusnya

Pada peringkat seterusnya, penulis akan memfokuskan kepada


persediaan untuk menjadi Guru penolong Kanan (GPK) dalam bidang
pentadbiran dan akademik. Penulis akan membuat persediaan diri yang
optima dengan mengumpul sebanyak mungkin pengalaman melalui Jawatan
Guru Cemerlang Gred DG48 untuk digunakan dan diaplikasikan apabila
menjadi Guru Penolong Kanan Pentadbiran kelak. Laluan yang dipilih oleh
penulis pada ketika ini adalah secara time based. Pada fasa ini, penulis akan
sentiasa melihat peluang untuk turut serta dalam penggubalan kurikulum RBT
khususnya di Bahagian Pembangunan Kurikulum. Sebagai nilai tambah,
penulis akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah dalam
bidang Sains Sosial.

24
5.4 PERINGKAT GRED 52 (Guru Penolong Kanan – Pentadbiran dan Akademik)
– Peneraju Perubahan (Peringkat profisien)

5.4.1 Tugas Umum Guru Gred 52

Pemimpin yang berkarisma adalah mereka yang mempunyai kualiti


istimewa atayu luar biasa (Weber, 1947). Dalam bidang kepimpinan, antara
aspek yang ditekankan dalam tugas Guru Penolong Kanan ini adalah
membantu Guru Besar dalam membangunkan standard kualiti pentadbiran
sekolah dan berusaha mencipta suasana yang bermotivasi dan lestarii bagi
membolehkan guru menggunakan kemahiran pengajaran yang profesional
dan mampu memberi penyampaian yang baik di dalam kelas. Dalam konteks
jawatan penulis iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik,
selain daripada melakukan tugas-tugas hakiki seorang Guru Penolong
Kanan, penulis juga bertindak dalam menyelaraskan program-program
pembangunan diri bukan sahaja di peringkat guru-guru baharu, guru lain
bahkan juga pembangunan pembelajaran murid di sekolah. Ini kerana,
pemimpin berkarisma sentiasa mempamerkan kemampuannya untuk
menyelesaikan masalah atau mengharungi sesuatu krisis dengan berjaya.
Oleh hal yang demikian, amat penting untuk Guru Penolong Kanan itu
mempunyai pengalaman yang jitu mengenai program-program yang dapat
membantu meningkatkan kualiti dan kompetensi guru-guru di sekolah.

5.4.2 Isu, Cabaran yang perlu dihadapi dan Perundangan dalam Kerjaya
Guru

Fidler (1997) menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan


mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam banyak perkara,
terutama dalam memotivasikan individu dan memberikan hala tuju kepada
organisasi. Namun, permasalahan yang sering dihadapi oleh Guru Penolong
Kanan adalah guru-guru kurang mematuhi arahan serta kurang disegani oleh
para guru. Ini kerana Singh dan Ahmad (2008) menyatakan bahawa salah

25
satu cabaran utama yang bakal dihadapi oleh pemimpin sekolah adalah
ketidakpatuhan atau ketidakselesaan guru kepada arahan pemimpin di
sekolah. Terdapat pelbagai faktor dalaman oleh guru itu sendiri yang
menjadikan mereka bersikap tidak patuh kepada arahan pemimpin, Sebagai
contoh, hal ini berpunca daripada isu peribadi ataupun tidak selesa dengan
kepimpinan baharu yang dilantik di sekolah. Selain itu, faktor tahap
pendidikan guru yang lama adalah lebih tinggi berbanding pemimpin sekolah
yang dilantik juga menjadi salah satu punca kepada wujudnya sikap ini
kepada pemimpin sekolah. Bebanan tugas guru-guru yang melampau juga
menjadikan para guru bersikap acuh tidak acuh dalam menjalankan tugas.
Hal ini akan menjadikan kesefahaman antara pihak pentadbir dan guru-guru
semakin berkurangan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, seorang
pemimpin perlu bijak dalam menjalinkan hubungan bersama guru-guru untuk
mewujudkan nilai harmoni dalam kalangan guru itu sendiri sekaligus dapat
memupuk jalinan yang mesra dan positif. Kemahiran yang perlu ada pada
GPK adalah berkebolehan membuat keputusan mengunakan bukti dan data.
Oleh itu, pendekatan yang boleh digunakan oleh GPK adalah dengan
menggunakan pelbagai teknik dalam menarik minat guru-guru di sekolah
sebagai contoh taktik pujukan rasional yang yang boleh mempengaruhi orang
bawahan dengan menggunakan alasan-alasan yang logik atau data-data
faktual untuk memberikan pengaruh. Secara tidak langsung, para guru akan
menyedari tentang kepentingan bekerja secara berpasukan dan
berkerjasama di bawah satu tampuk kepimpinan bagi mencapai satu tujuan
yang sama.

5.4.3 Pelan Pembangunan Diri ke Arah Kelestarian Global

Pada fasa ini, sebagai Guru Penolong Kanan akan memfokuskan


terhadap penambahbaikan gerak kerja guru dan merapatkan jurang
kompetensi para guru melalui satu garis panduan dalam penambahbaikan
kurikulum. Ini kerana, selain tugas hakiki sebagai guru penolong kanan, dari
aspek kurikulum, penulis akan sentiasa mengkaji segala jenis laporan yang
berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan kepada
guru-guru. Ini adalah memastikan guru sentiasa kompeten dan bermotivasi
dalam melaksanakan tugas. Dalam usaha untuk membangunkan
pembangunan diri sebagai kerjaya guru yang profesional, ke arah kelestarian

26
global, penulis akan menekankan pengaplikasian STEM bersepadu dalam
pdpc, serta aktiviti luar bilik darjah. STEM bersepadu ini ialah sifat dunia
nyata ini yang merentas pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan bukannya
terpisah (Hurd, 1998). STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang
Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan
bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi
meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Melalui ini,
pembangunan teknologi dan reka bentuk oleh murid akan mengambil kira
pelbagai aspek persekitara, sensitiviti masyarakat dan kesan kepada alam
sekitar dan global. Pendekatan melalui STEM bersepadu yang ditekankan
oleh penulis kepada guru-guru boleh membantu murid mula membina
kepakaran diri mereka untuk membantu secara kolektif dalam
pertanggungjawaban sosial. Kesan ini tidak hanya terhad kepada murid,
namun ia memberi kesan kepada guru-guru. Sebagai langkah persediaan,
penulis akan berusaha untuk mengadakan kursus pemantapan kepada guru-
guru supaya lebih menguasai kandungan dan teknik yang sesuai dalam
penggunaan STEM bersepadu ini. Selain itu, sebagai GPK, penulis boleh
membudayakan Komuniti Pembelajaran Profesional secara lebih menggiat
terutamanya melalui aktiviti Sistem Sokongan Rakan Sekerja (Buddy Support
System) yang menekankan kepada sokongan dan dorongan oleh rakan
sejawat untuk saling meningkatkan kompetensi dan kualiti diri antara satu
sama lain dalam menjayakan STEM bersepadu ini.

5.4.4 Pelan Persediaan untuk Peringkat Seterusnya

Pada gred 54, penulis berhasrat untuk memegang jawatan Guru


besar di sekolah rendah. Sebagai langkah persediaan, perkara yang perlu
dilakukan adalah dengan mengikuti Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang memberi latihan kepada
bakal pengurus dan pemimpin sekolah dalam mengetuai organisasi sekolah
dengan baik (Suprammaniam, 2017). Pada tahun berikutnya pula, penulis
akan menjalani temu duga Pengetua dan Guru Besar (PGB) bagi
meneruskan pelan menjadi Guru Besar. Sekiranya penulis berjaya melepasi
dan lulus temu duga tersebut, maka pada tahun berikutnya pula, penulis akan
dilantik menjadi Guru Besar dengan Gred DG54.

27
5.5 PERINGKAT GRED 54 (Guru Besar) – Pemikir Strategik

5.5.1 Tugas Umum Guru Gred 54

Menurut Reeves (2006) pembangunan profesionalisme adalah amat


pentinguntuk meningkatkan kecemerlangan dalam jangka panjang.
Armstrong (2001) menyatakan latihan adalah proses pembelajaran untuk
meningkatkan tingkah laku, pengetahuan, kemahirandan kompetensi
terhadap tugas yang dilakukan. Oleh itu, kemahiran profesionalisme
pengurusansekolah dapat ditingkatkan melalui latihan pembangunan yang
berterusan. Sehubungan denganitu, guru besar novis perlu dilengkapi
dengan latihan pembangunan profesional yang mantap bagi meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan personaliti dalam mengurus dan memimpin
sekolah dengan berkesan (Abdul Shukor Abdullah, 2004; Peter, 2008); Yukl,
2006). Selain itu, sebagai guru besar, penulis akan memfokuskan kepada
kesaksamaan dan bersikap adil kepada murid. Ini adalah penting supaya
murid berasa penerimaan sekolah adalah berada dalam tahap yang baik
untuknya. Maka, tugas umum Guru Besar pada peringkat ini adalah
merangka dan menambah baik Prosedur Standard Operasi (SOP) sekolah
secara berterusan bagi memastikan kualiti PdP bersesuaian dengan tahap
dan latar belakang demografi murid dari aspek bangsa, kaum dan
pendapatan ibu bapa murid.

5.5.2 Isu, Cabaran yang perlu dihadapi dan Perundangan dalam Kerjaya
Guru

Perubahan pesat dalam arus reformasi pendidikan yang melanda


alam pendidikan kita masa kini tentunya menjadi cabaran kepada Guru Besar
yang baharu khususnya dalam memastikan tugas utama kepimpinan di
sekolah dapat dilaksanakan (Tang, 2004). Hal ini ditambah lagi dengan

28
adanya pelbagai kursus, bengkel dan seminar yang perlu diikuti oleh guru-
guru sekolah sehingga mempengaruhi waktu mengajar para guru (Mariani,
Nazir, Norzana, Norain & Zabidi, 2016). Perkara ini seharusnya dielakkan
kerana menurut perundangan Kod Etika Guru dalam perkara 4 yang
menyatakan tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.
Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain.

5.5.3 Pelan Pembangunan Diri ke Arah Kelestarian Global

Dalam perundangan kerjaya guru, mengikut Kod Etika Guru bagi


perkara 7, guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil
terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa,
agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-
lain. Perkara ini boleh dilaksanakan dalam penambahbaikan Prosedur
Standard Operasi (SOP). Contohnya, dalam menentukan waktu mula
persekolahan dengan mengambil kira tempoh perjalanan murid dari rumah ke
sekolah. Hal ini amat penting bagi memastikan murid tidak mengalami
kesukaran untuk hadir ke sekolah. Ini adalah satu langkah proaktif yang
diambil sebagai guru besar supaya murid tidak dihukum tanpa usul periksa.
Apabila murid dihukum, hal ini akan melahirkan rasa malu dan kurang
motivasi kerana hukuman yang diberikan adalah tidak setimpal kepada
mereka. Apabila keperluan dan kekurangan murid dipenuhi, maka setiap
murid akan lebih menghormati dan memahami rakan mereka melalui sikap
yang ditunjukkan oleh guru. Bagi pelajar yang mempunyai kekurangan,
mereka akan berasa diterima dan ini akan memupukkan lagi
kewarganegaraan global dan perpaduan yang merupakan elemen-elemen
penting dalam kelestarian global. Peranan guru besar pada fasa ini amat
penting dalam menentukan prestasi sekolah. Selain itu, antara tugas umum
penting yang perlu dimainkan oleh Guru Besar adalah dengan berlaku adil
dalam pembahagian tugas, memahami perasaan dan emosi guru, dan
mengagihkan tugas secara seimbang bagi menjamin nilai keharmonian
dalam kalangan guru dapat dibentuk sekaligus mewujudkan kelestarian
global.

29
5.5.4 Pelan Persediaan untuk Peringkat Seterusnya

Penulis memilih untuk berada pada laluan time based untuk ke


peringkat seterusnya iaitu Gred Khas C. Pada fasa ini, persediaan yang
dilaksanakan oleh penulis adalah menimba sebanyak mungkin pengalaman
sewaktu menjadi Guru Besar. Pada Gred Khas C, penulis ingin mencapai
penganugerahan Guru Besar Cemerlang. Oleh itu, penulis akan berkhidmat
dengan baik dan sentiasa melaksanakan inovasi serta penambahbaikan
dalam pengurusan sekolah khususnya bagi meningkatkan prestasi sekolah
dan memenuhi syarat-syarat umum dan khas.

5.6 PERINGKAT GRED KHAS C (Guru Besar Cemerlang) – Pemikir Strategik

5.6.1 Tugas Umum Guru Gred Khas C

Untuk menghadapi cabaran dalam alaf baru ini, guru besar cemerlang
selaku pemimpin sesebuah organisasi seharusnya berani menghadapi
cabaran dan membuat perubahan serta melakukan inovasi di dalam
pendidikan dengan acuan sendiri di sekolah-sekolah yang ditadbir oleh
mereka (Hallinger, 1994; Hussien Mahmood, 1999). Sememangnya tidak
boleh dinafikan bahawa budaya kerja mengurus, seseorang guru besar
dijadikan sebahagian daripada indikator keberkesanan dan kecemerlangan
sesebuah sekolah. Peranan guru besar sebagai “the key factor in the survival
of any school’s effectiveness ” (Roe & Drake, 1980) menjelaskan bahawa
guru besar adalah orang yang dapat membawa kemajuan kepada sekolah
kerana beliau berkuasa dan mempunyai pengaruh dalam menentukan hala
tuju sekolah. Seorang pemimpin yang berkesan sentiasa mengamalkan
budaya kerja cemerlang, pengupayaan, dan memikirkan sesuatu ‘di luar
kebiasaan’ serta kreatif dalam menyelesaikan masalah untuk mengwujudkan
keberkesanan sekolah dan kepimpinan yang efektif (Abdul Ghani, 2002).

5.6.2 Isu, Cabaran yang perlu dihadapi dan Perundangan dalam Kerjaya
Guru

Cabaran utama guru besar pada ketika ini adalah dari segi kepatuhan
guru-guru kepada arahannya.

30
5.6.3 Pelan Pembangunan Diri ke Arah Kelestarian Global

Jemaah Nazir Sekolah (2013) turut menggariskan bahawa pemimpin


sekolah yang berkesan seharusnya memberikan perhatian yang berat
terhadap aspek-aspek seperti gaya kepimpinan; budaya ilmu dan berfikir;
permuafakatan; motivasi dan dorongan; kepimpinan kurikulum dan
pengupayaan kepimpinan di tempat kerja. Aspek-aspek ini telah dikenal pasti
sebagai indikator prestasi oleh Jemaah Nazir Sekolah untuk mengukur
keberkesanan di sekolah. Sebagai guru besar cemerlang, penulis akan
merancang untuk melakukan inovasi pengurusan sekolah secara
keseluruhannya dari aspek persekitaran sekolah, budaya sekolah dan
kurikulum sekolah. Sebagai contoh, dari aspek persekitaran, amalan inovasi
kitar semula perlu diamalkan sebagai aktiviti kokurikulum. Hal ini akan
menjadikan murid lebih prihatin terhadap amalan kitar semula dan memupuk
perasaan sayang dan tanggungjawab sosial dalam diri pelajar. Dari aspek
budaya sekolah, penerapan lebih kepada perkembangan sosialisasi murid
dan amalan yang membawa kepada penerapan kewaarganegaraan global
seperti amalan memberi salam, hari terbuka kebudayaan sekolah yang
mempunyai pameran pelbagai etnik, pertandingan bercerita berdasarkan
pengalaman menurut budaya dan kepercayaan murid. Sebagai guru besar
yang cemerlang, penulis berharap dapat menjadi pencetus terhadap
kesedaran komuniti sekolah khususnya akan kelestarian global demi
kesejahteraan dan kepentingan bersama.

31
6.0 RUJUKAN

Abdul Malik. (2015). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia:
Cabaran dan Strategi, 1-17. [PDF Document]. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/310773147

Ahmad Fauzi, M.A. (2017). Anjakan 4: Mentransformasi Prfesion Keguruan Sebagai


Profesion Pilihan. Retrieved from https://www.pendidik.com.my/2017/08/anjakan-4-
mentransformasi-profesion-keguruan-menjadi-profesion-pilihan/

Ahmad Shazwan Md Yusof. 2015. Syarat Kemasukan Ke IPG Diperketat. Retrieved from
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/syarat-kemasukan-ke-ipg-diperketat-
1.117806

Aspirasi Murid. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013), KPM.

Habibah @ Artini Ramlie, Zaharah Hussin, Saedah Siraj, Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Ahmad
Arifin Satar & Norshahrul Marzuki Mohd Nor. (2016). Keperluan Profesionalisme
Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam Aspek Pengajaran: e-Jurnal Penyelidikan dan
Inovasi, 3(3), 85-109. [PDF Document]. Retrieved from http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-
content/uploads/2016/09/HABIBAH-85-109-1.pdf

Idris, N & Hamzah, R. (2013). Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator
Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi (Sciences and Engineering).

32
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan


Profesionalisme Keguruan. Retrieved from file:///C:/Users/User/Downloads/PIPPK-
2016.pdf

Khaliza Saidin, Mohd Hasani Dali & Abdul Said Ambotang. (2016). Peranan Guru Cemerlang
(The Role of Malaysian Excellent Teachers in School): Fakulti Pendidikan & Psikologi
Universiti Malaysia Sabah, 24, 161-177. [PDF Document]. Retrieved from
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/521/363

Robiah Sidin. (1998). Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1984). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

Shuaimi Taaat. (2014). Profesionalisme Keguruan: Utusan Borneo. [PDF Document].


Retrieved from http://eprints.ums.edu.my/9961/1/nc0000004598.pdf

Soon, S., T. (2007). Perkembangan Terkini dalam Kajian Tindakan: Kursus Pemantapan
Jurulatih Utama Kajian Tindakan. [PDF Document]. Retrieved from
https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/perkembangan-terkini-dlm-
kajiantindakan.pdf

Suprammaniam, S., S. (2017). Model Hubungan Bakat Kepimpinan dengan Kepimpinan dan
Hala Tuju Sekolah Graduan Program Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi
Pemimpin Pendidikan (NPQEL). [PDF Document]. Retrieved from
http://studentsrepo.um.edu.my/7682/6/TESIS_PHD_SATHIE.pdf

Syed Mohammad, H. S. A. R., Che Zarrina, S, Azizi Che, S, Nur Ulfah, H, & Muhammad
Zariff, I. (2018). Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abū Ḥanīfah: Kajian
Tinjauan Terhadap Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Di Selangor, 22(April),
40–58. Retrieved from
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00008486_168198_80470.pdf

33
Topics and Learning Objectives, Global Citizenship Education. (2015). Paris: United Nations
Educational, Scietific and Cultural Organization.

Wong Kiet Wah, Noriati, A. R, & Boon Pong Yin. (2018). Asas Kepemimpinan dan

Pembangunan Profesionalisme Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zahanim Ahmad & Qurratu ‘Aini Syamimi Rahman Hadzari. (2018). Konsep Mentoring
dalam
Kalangan Guru: Satu Penelitian Awal. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial dan Kemanusiaan 2018: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 557-
576. [PDF Document]. Retrieved from
http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_2130.pdf

34

Anda mungkin juga menyukai