Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk
memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan.
Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi
satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu
yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,
kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan
dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.

Dalam konteks ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu bersungguh-


sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan
disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan
Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
(UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan
selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan
masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai
jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

2.0 ISU DAN CABARAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Pada masa kini, terdapat banyak isu yang dikaitkan dengan sistem pendidikan
negara. Ianya tidak hanya terhad kepada isu pencapaian akademik yang rendah dalam
kalangan pelajar. Sebaliknya, meliputi pelbagai isu seperti masalah disiplin dalam
kalangan pelajar, sistem pengurusan sekolah, bebanan kerja guru dan sebagainya. oleh
yang demikian, berikut adalah beberapa isu dan cabaran yang masih wujud dalam
sistem pendidikan negara pada masa kini:-

(1) Cabaran Mengendalikan Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar


Salah satu cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini adalah
mengendalikan pelajar yang dikaitkan dengan pelbagai masalah disiplin.
Menurut Habib Mat Som dalam artikalnya, situasi disiplin pelajar pada masa
kini adalah berbeza dengan masalah disiplin pelajar pada masa lampau. Pada

1
masa kini, terdapat ramai pelajar yang lebih berani melakukan pelbagai
tindakan yang melanggar etika dan peraturan disiplin di sekolah. Keadaan ini
turut diulas oleh Siti Zohara Binti Yassin dalam artikalnya di mana masalah
disiplin dalam kalangan pelajar pada hari ini adalah suatu yang sangat kronik.
Perkara ini juga turut dapat dilihat menerusi pelbagai isu moral yang dikaitkan
dengan pelajar. Contohnya seperti pelajar yang terlibat dengan isu dadah,
pelajar memukul guru, penglibatan pelajar dengan gejalah rempit dan pelbagai
masalah sosial lain yang dilakukan oleh pelajar.

Datuk Noh Omar dalam akhbar tempatan (Utusan Malaysia, 25hb Julai 2007)
mengakui bahawa masalah disiplin pelajar dan cara sekolah menanganinya
sering menjadi isu dan perhatian ibu bapa serta masyarakat berikutan perubahan
masa serta cara pemikiran. Situasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar ini
dikatakan berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah kegagalan sekolah
dan guru membentuk sahsiah dan disiplin dalam kalangan pelajar. Kegagalan
pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang
mendorong meluasnya masalah ini.

(2) Cabaran Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran Guru Dalam


Mengajar
Cabaran kedua guru pada masa kini adalah kemampuan guru dalam
melengkapkan diri dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah dapat ditingkatkan. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2009) dalam
kajiannya menyatakan bahawa kurangan kefahaman guru terhadap amalan
pedagogikal isi pengajaran dilihat menjadi faktor yang menyebabkan pelajar
sukar untuk memahami kandungan pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Menurut Mahyuddin Bin Arsat & Maizura Binti Mohd Yunus pula, guru yang
ingin dihantar mengajar di kawasan pedalaman perlu dilengkapkan dengan
pelbagai bentuk pengetahuan dan kemahiran. Ini kerana, proses pengajaran di
kawasan pedalaman adalah berbeza dengan proses pengajaran di kawasan
bandar. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan pelajar di kedua-dua kawasan
khususnya dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh guru.

2
Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar
tetapi persediaan mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi,
perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif dan kesimpulan yang
dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual,
konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu
diterapkan yang mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan
dalam isi pengajaran. Untuk menghadapi cabaran ini seorang guru perlu
menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi yang dianjurkan oleh
Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan
keperluan bahan bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Semua ilmu pedagogi yang diperoleh akan dapat dilaksankan dengan
baik.

(3) Cabaran Tugas Guru


Cabaran ketiga yang perlu dihadapi oleh guru pada masa kini adalah bebanan
tugas yang sangat mencabar dan pelbagai. Menurut Mohd Ridhuan Tee
Abdullah (2009), tugas guru pada masa dahulu hanya mendidik pelajar untuk
menjadi seorang insan yang berkualiti, berpendidikan dan lebih berakhlak
mulia. Namun begitu, tugas guru pada masa kini adalah lebih pelbagai. Ianya
tidak hanya terhad kepada tugas mengajar di dalam kelas semata-mata.
Sebaliknya, guru juga turut menghadapi pelbagai tugas lain seperti kerja
pengurusan sekolah, tugas pengkeranian, tugas kepimpinan di luar sekolah dan
pelbagai tugas yang lain.

Seorang guru terpaksa memegang beberapa potfolio dalam sesuatu


jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan dengan
subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai
Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan
Hal Ehwal Pelajar seperti Bahagian Perabot, Keceriaan dan Keselamatan
sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan Bangunan dan pelbagai
ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan
pengajaran dalam kelas serta menanda latihan pelajar seorang guru terpaksa
menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori,

3
rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan
baik.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan


bahawa terdapat beberapa isu dan cabaran yang berlaku dalam sistem pendidikan
negara khususnya yang melibatkan guru dan pelajar di sekolah.

3.0 IMPLIKASI ISU DAN CABARAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Berdasarkan kepada isu dan cabaran yang berlaku dalam sistem pendidikan
negara, terdapat beberapa kesan atau implikasi yang mungkin akan berlaku. Antaranya
adalah seperti mana yang berikut:-

(1) Implikasi Kepada Guru


Cabaran yang wujud dalam sistem pendidikan akan memberikan banyak kesan
kepada guru. Contohnya seperti bebanan kerja guru yang boleh meningkatkan
tekanan kerja dalam kalangan guru. dalam sesetengah keadaan, motivasi guru
untuk bekerja boleh terjejas yang seterusnya akan memberikan kesan langsung
kepada kualiti pengajaran guru di dalam kelas. Dalam keadaan seperti ini, fokus
guru untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar tidak akan dapat dicapai
dengan memuaskan.

(2) Implikasi Kepada Pelajar


Cabaran yang wujud dalam sistem pendidikan negara juga akan turut
memberikan kesan langsung kepada pelajar. Sekiranya guru berhadapan dengan
bebanan kerja yang tinggi dan seterusnya menjejaskan fokus guru untuk
mengajar, maka pencapaian akademik pelajar tidak akan dapat ditingkatkan
dengan memuaskan. Dalam masa yang sama, masalah disiplin yang dihadapi
oleh pelajar juga akan turut memberikan kesan negatif kepada pelajar
khususnya yang melibatkan masa depan pelajar. Ini kerana, masalah disiplin
yang dihadapi oleh pelajar memperlihatkan ketida sungguhan pelajar untuk
belajar. Dengan demikian, usaha pelajar untuk meningkatkan pencapaian
akademik mereka juga tidak akan dapat dilakukan dengan memuaskan.
(3) Implikasi Kepada Profesion Perguruan

4
Kesan lain juga akan dapat dilihat ke atas profesion perguruan. Memandangkan
kualiti pengajaran guru dilihat kurang memuaskan kesan daripada pelbagai isu
dan cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini, maka usaha untuk
memartabatkan profesionalisme keguruan kebangsaan juga tidak akan dapat
dicapai dalam masa yang cepat. Sebaliknya, profesion keguruan tidak akan
dipandang sebagai satu kerjaya yang mempunyai nilai profesionalisme yang
tinggi. Dalam masa yang sama, ianya juga akan menjejaskan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengangkat martabat profesion
keguruan kebangsaan.

(4) Implikasi Kepada Masyarakat


Implikasi lain adalah kepada masyarakat. Kepelbagaian isu dan cabaran yang
wujud dalam sistem pendidikan negara akan menyebabkan masyarakat tidak
mempercayai peranan yang dilaksanakan oleh guru. Perkara ini adalah
disebabkan oleh kegagalan institusi perguruan negara dalam melaksanakan
tugas dan tanggung jawab mereka dalam mendidik para pelajar. Secara tidak
langsung, masyarakat tidak akan bergantung sepenuhnya terhadap institusi
pendidikan negara untuk mendidik pelajar dengan cemerlang.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa kesan atau
implikasi yang akan dihadapi kesan daripada pelbagai isu dan cabaran yang wujud
dalam sistem pendidikan negara.

4.0 CABARAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH DAN CADANGAN


Seperti mana yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa isu dan cabaran yang
berlaku dalam sistem pendidikan negara. Perkara yang sama juga turut berlaku di
Sekolah Kebangsaan Padang Berampah (SKPB), Sipitang. Di SKPB, terdapat beberapa
cabaran yang dihadapi oleh warga sekolah. Antaranya ialah:-

(1) Bebanan Tugas Guru


Salah satu cabaran yang dihadapi dalam kalangan guru di SKPB ialah bebanan
tugas guru yang terlalu banyak. Tugas guru tidak hanya terhad kepada tugas
mengajar dan mendidik pelajar sahaja. Sebaliknya, guru juga turut

5
melaksanakan banyak tugas pengkeranian khususnya selepas pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaan PBS ini memaksa guru
untuk merekodkan data dan maklumat pelajar pada sistem PBS, menyediakan
dokumen penilaian, membuat penilaian terhadap perkembangan pelajar dan
sebagainya. Dalam pada itu, guru juga turut terlibat dengan aktiviti
kokurikulum yang memerlukan guru merancang dan melaksanakan pelbagai
aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini bermakna bahawa guru di SKPB terbeban
dengan pelbagai tugas yang juga menjejaskan peranan dan taugas utama guru
sebagai pendidik.

(2) Masalah Disiplin Pelajar


Cabaran lain yang dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin dalam kalangan
guru. Terdapat beberapa masalah disiplin yang berlaku di sekolah khususnya
yang melibatkan masalah ponteng dan juga masalah merokok. Kedua-dua
perkara ini adalah antara masalah disiplin yang tinggi yang kerap dilakukan
oleh pelajar. Walaupun ianya tidak menjejaskan aktiviti pengajaran guru di
dalam kelas, namun pencapaian akademik pelajar berkenaan akan terjejas
sekiranya masalah disiplin tersebut tidak diatasi dengan berkesan. Ini juga akan
turut menjejaskan kredibiliti guru dalam mendidik dan membantu
meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Daripada dua cabaran yang wujud di SKPB seperti mana yang dinyatakan di
atas, maka terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi
cabaran tersebut. Antaranya ialah:-

(1) Latihan Kemahiran


Latihan kemahiran adalah antara tindakan yang boleh dilaksanakan untuk
menangani isu bebanan kerja dalam kalangan guru. Menerusi latihan kemahiran
ini, pihak berkain seperti KPM dan juga guru besar merancang aktiviti yang
dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru untuk mengurus tugasan
di sekolah. Ini juga adalah untuk memastikan agar guru dapat mengurus dan
mengendalikan tugas mereka dengan lebih cemerlang walaupun dibebani
dengan pelbagai tugas.
(2) Program Mentor-Mentee

6
Program mentor-mentee juga boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah
disiplin dalam kalangan pelajar. Pelaksanaan program mentor-mentee ini adalah
untuk memastikan pelajar yang mempunyai masalah disiplin dididik dan
dipantau oleh guru yang berkaitan. Elemen-elemen nilai murni juga perlu
diterapkan dalam program berkenaan agar guru dapat mendekati pelajar dengan
lebih rapat dan seterusnya membantu guru menyelesaikan masalah disiplin
yang dihadapi oleh pelajar.

Oleh yang demikian, dua cadangan di atas adalah tindakan yang boleh
dilaksanakan untuk menghadapi dan mengatasi cabaran yang wujud di SKPB.

5.0 KESIMPULAN
Pada masa kini, institusi pendidikan negara berhadapan dengan pelbagai isu
sama ada yang melibatkan isu pelajar, isu guru mahupun isu sekolah. Isu dan cabaran
yang wujud ini dilihat memberikan banyak kesan negatif kepada guru, pelajar dan juga
profesion keguruan seperti mana yang telah dijelaskan. Oleh itu, tindakan yang lebih
berkesan perlu dilakukan untuk memastikan isu dan cabaran tersebut dapat dihadapi
dan ditangani dengan lebih berkesan.

RUJUKAN

7
A. Samana, M. Pd, (1994). Profesionalisme Keguruan. Yogyakarta: Penerbit Kanisius

Danielson, C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice.


Alexandria,VA : Association for Supervision and Curriculum Development

Esah Sulaiman, (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai, Johor Darul Tazim:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Nurul Ain Hidayah Abas et al. (2011). Pembangunan Sahsiah : Unit 7 - Aplikasi Nilai
Bitara UPSI : Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan. Universiti Perguruan
Sultan Idris: Tanjung Malim

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamarudin, Abd.Aziz Abd.Shukor, Ramlah Jantan,


Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah, (2009). Pembelajaran dan
Perkembangan Pelajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Tan Sri Muhyiddin Yassin. (2011,17 Mac,). Negara Perlu Guru Berkualiti Tinggi .Utusan
Online

Anda mungkin juga menyukai