Anda di halaman 1dari 3

Topik: Guru Sebagai Suri Tauladan

Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang


utama dalam pemerkasaan pembangunan negara yang dijana dengan
keberkesanan sistem pendidikan. Tambahan, era globalisasi kini sangat memberi
cabaran kepada para guru dalam memberikan pengetahuan yang berguna kepada
anak-anak bangsa untuk masa depan mereka kelak. Dalam masa yang sama, guru
perlu menitikberatkan tentang sikap dan tingkah laku para murid agar murid dapat
mencapai tahap kecemerlangan diri dari segala aspek. Tidak guna ilmu tinggi di
dada tetapi adab tiada. Benarlah pepatah ada berkata “orang yang tinggi adab tapi
kekurangan ilmu itu lebih mulia daripada orang yang banyak ilmu tapi kurang adab”.
Hal ini sudah jelas menggambarkan bahawa adab dan tingkah laku lebih penting
untuk dijaga. Persoalannya, bagaimanakah seorang insan yang bergelar guru
membentuk tauladan yang baik kepada anak murid mereka? adakah perkembangan
era kini menjadi penghalang seorang guru membentuk tauladan anak murid
mereka?
Dipetik daripada Berita Harian Online (2020), “Cikgu perlu bersabar mendidik
anak-anak murid sebagai ibu bapa kedua mereka di sekolah kerana apa yang kita
semai, itulah yang akan kita tuai,” demikian pesanan penerima anugerah Tokoh
Guru Kebangsaan 2020, Nor Hainei Abu Bakar. Melalui petikan di atas, jelas
menerangkan bahawa seorang guru perlulah mendidik anak murid dengan cara
yang lebih dekat dengan menjadi ibu bapa kepada anak murid di sekolah. Hal ini
kerana anak murid memerlukan tempat bergantung untuk diberikan nilai-nilai yang
baik walaupun berjauhan dengan ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa kepada anak
murid di sekolah, kita perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik seperti ibu bapa
mereka. Hal ini dapat memberi keselesaan kepada mereka untuk meluahkan
sesuatu dan memberikan beberapa pendapat kepada kita sebagai seorang ibu bapa
kepada mereka di sekolah. Selain itu, sebagai seorang guru jangan lupa tugas kita
untuk mendidik dalam masa yang sama menerapkan nilai murni yang boleh
dicontohi oleh mereka. Contohnya, menegur dengan lemah lembut supaya murid
tidak mudah terasa dan dapat menerima teguran tersebut. Dalam masa yang sama,
mereka akan mempraktikkan cara menegur yang dilakukan oleh guru tersebut.
Selain itu, seorang guru mampu menjadi tauladan yang baik walau di media
sosial dan alam maya. Era kini, penggunaan media sosial dan internet meningkat
secara mendadak dari kalangan guru dan murid-murid untuk menjalankan dan
meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian mahupun luar talian. Tambahan
pula, negara masih menjalankan Perintah Kawan Pergerakan (PKP) bagi
mengurangkan wabak yang melanda dalam negara iaitu COVID-19. Isi ini
ditekankan adalah kerana guru tetap boleh mempamerkan nilai dan tauladan yang
baik kepada anak murid dalam keadaan jarak seribu batu sekalipun. Menurut Aizat
et. al (2018), keadaan sekeliling guru terutamanya di dalam kelas dan sekolah tidak
menggalakkan perubahan seperti kondisi kelas, masa, tekanan peperiksaan,
sokongan pentadbir, kewangan dan hanya mencapai tahap minima. Murid tetap

1
memerhati setiap gerak geri guru mereka samada ketika mengajar secara atas talian
mahupun di media sosial. Oleh hal tersebut, mereka akan mencontohi sikap guru
mereka. Jika baik gurunya, maka baiklah anak muridnya. Perkara ini boleh dikuatkan
lagi dengan peribahasa yang berbunyi “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Oleh
itu, seorang guru perlulah menjaga dan mempertingkatkan tingkah laku dan sahsiah
diri bagi mendidik anak murid yang ada di seluruh alam semester.
Suri tauladan adalah penting bagi pertumbuhan dan pembangunan seorang
kanak-kanak. Kebanyakan masyarakat kini menganggap suri tauladan adalah
seseorang yang luar biasa iaitu individu yang dapat membangkitkan rasa kagum
dalam diri mereka dan dijadikan pujaan mereka. Oleh itu, kanak-kanak pada
peringkat usia muda mereka lebih terdedah dengan perilaku yang dilakukan oleh
guru mereka di sekolah. Pendidikan merupakan teras yang dapat menjamin
penghasilan sumber manusia berkualiti bagi memenuhi pelbagai sector dalam
negara (Azizi, Yusof dan Amir Hamzah, 2005). Di sekolah adalah tempat mereka
belajar segalanya bermula mereka melangkah masuk ke pagar sekolah hingga
keluar pagar sekolah. Namun, wajarkah seorang guru menunjukkan tingkah laku
yang buruk terhadap anak didik mereka? Sudah pasti tidak. Guru adalah cerminan
kepada anak murid mereka sepanjang masa kerana guru adalah individu yang
dibangga-bangga dan dikagumi oleh anak murid mereka.
Murut Chaplin (2001), sikap merupakan kecenderungan untuk mereaksi
terhadap seseorang atau institusi serta kejadian, baik secara positif mahupun
negatif. Menurut Azwar (2010), sikap sebagai pandangan dan perasaan kita
terpengaruh oleh ingatan kita akan masa lalu, oleh apa yang kita ketahui dan kesan
kita terhadap apa yang sedang kita alami saat ini. Berdasarkan kedua-dua bukti di
atas, dapat disimpulkan bahawa sikap adalah sesuatu tingkah laku yang dilakukan
seseorang berdasarkan pengetahuan yang ada samada ke arah baik mahupun
buruk. Guru adalah sangat dekat dengan murid untuk diberikan contoh sikap dan
tauladan. Guru perlulah sentiasa meningkatkan prestasi diri dan sikap sebagai
seorang penjawat awam yang berhadapan dengan orang awam terutamanya murid-
murid. Perubahan perlu berlaku dalam diri seorang guru bagi menjadi suri tauladan
kepada anak murid dan dapat melahirkan anak bangsa yang akan berbakti kepada
bangsa dan negara.
Kesimpulannya, peredaran zaman bukan satu halangan kepada guru untuk
mendidik dan membimbing anak murid dari segala aspek termasuk sikap dan
tauladan. Menurut Tai (2013), sikap guru terhadap perubahan adalah keadaan
dalaman yang mempengaruhi pilihan guru terhadap pilihan peribadi guru atau
kecenderungan tindak balas terhadap perubahan. Sebagai seorang guru,
kecemerlangan anak murid bergantung kepada cara guru memberi pengetahuan
kepada anak murid mereka. Dalam masa yang sama, terlahirlah seorang Perdana
Menteri sekarang daripada seorang guru, terlahir seorang Doktor Perubatan
sekarang juga daripada seorang guru dan begitulah lain-lainnya. Oleh itu, seorang

2
yang bergelar guru perlu sentiasa kuat usaha dalam mendidik anak bangsa demi
masa depan negara.

Rujukan
Aizat, et al. (2018). Sikap Guru Terhadap Perubahan dalam Sekolah di Malaysia.
Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Azizi, Yusof & Amir Hamzah (2005). Kecerdasan Emosi dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar. Kuala Lumpur. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azwar, S. (2010). Sikap Manusia Teori dan Pengukurannya. Yogyakarta: Pustaka
Pelajar
Nor Hainei Abu Bakar, (2020). Berita Harian Online - Sabar Hadapi Cabaran
Pendidikan Tokoh Guru 2020. Diambil daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689417/sabar-hadapi-
cabaran-pendidikan-tokoh-guru-2020
Tai, M. K. (2013). Modelling of principal change leadership competencies and its
relationship with teacher change beliefs and teacher attitudes toward change
(Unpublished doctoral dissertation). Tanjong Malim, Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris

Anda mungkin juga menyukai