Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Kualiti seorang guru yang baik dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid.
Oleh itu, amatlah penting untuk seseorang guru itu mengetahui dan mempunyai ciri-
ciri profesionalisme keguruan dalam diri mereka. Hal ini disebabkan dengan
wujudnya ciri-ciri profesionalisme keguruan dalam seseorang guru itu, maka dapat
dikatakan bahawa guru tersebut memupakan seorang guru yang berkualiti.

Profesionalisme bermaksud sifat-sifat iaitu kemampuan, kemahiran, cara


pelaksanaan sesuatu dan lain-lain sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada
atau dilakukan oleh seorang profesional [ CITATION Kam17 \l 17417 ]. Ini bermaksud,
profesionalisme keguruan merujuk kepada tatacara yang sebenarnya perlu diikuti
oleh mana-mana guru dalam mencapai objektif utama pekerjaan mereka sebagai
seorang pendidik.

2.0 Elemen-elemen dalam profesionalisme perguruan dan pembelajaran


sepanjang hayat

Salah satu daripada elemen-elemen yang penting dalam profesionalisme perguruan


adalah pengetahuan yang mendalam oleh seseorang pendidik itu dalam bidang
ilmunya[ CITATION JMa16 \l 17417 ]. Kemahiran yang mendalam dalam bidang
seseorang guru itu mampu membantu mereka untuk mengajarkan ilmu yang dilabel
fakta yang sahih dan bukannya sebaliknya. Hal ini dapat memastikan murid-murid
yang akan diajar oleh guru tersebut dapat menimba ilmu yang sebenar-benarnya
mempunyai kesahihan dalam sesuatu bidang itu. Sebagai contoh, seorang guru
dalam bidang Sains perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
persekitaran. Apabila melakukan perbincangan, akan ada pelbagai jenis soalan akan
muncul daripada murid-murid. Oleh itu, guru yang berpengetahuan luas dalam
bidang Sains sudah tentu dapat menjawab soalan-soalan yang akan diajukan tanpa
perlu merujuk kepada buku. Untuk memberikan gambaran lebih lanjut, ianya adalah
seperti buku Sains yang menjadi rujukan murid sudah berada dalam dada guru yang
mengajar itu malahan lebih terperinci lagi pengetahuannya. Guru seperti inilah yang
dianggap sebagai seorang yang mempunyai elemen profesionalisme.

Seterusnya ialah kemahiran praktikal. Perkara yang dimaksudkan disini


merupakan kemahiran guru dalam mempraktikkan kemahirannya dalam
menjalankan proses mendapatkan maklumat dalam pengajaran. Dengan adanya ciri
ini dalam diri seseorang guru itu, murid-muridnya akan dapat memperoleh ilmu

1
sebanyak mungkin ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
disebabkan, guru yang mempunyai elemen ini mengetahui cara-cara yang berkesan
untuk mengajar sesuatu kepada murid-murid. Selanjutnya, dalam kemahiran
praktikal ini juga terkandung kemahiran guru dalam menunjukkan cara berfikir aras
tinggi secara kritis dan innovatif. Ketika seseorang guru itu telah menguasai
kemahiran ini, dia akan mampu merangsang minda anak-anak muridnya untuk
berfikir dengan cara lebih berfikiran aras tinggi. Oleh yang sedemikian, murid-murid
sudah pasti akan dapat keberanian dan juga keyakinan untuk menjawab soalan-
soalan yang menguji kemahiran berfikir kerana sudah didedahkan dengan pemikiran
secara kreatif. Maka, dapat dikatakan bahawa kemahiran pratikal sebagai elemen
profesionalisme guru ini amat benar kerana ianya akan banyak membantu murid-
murid dalam menimba ilmu, hasil daripada tahap profesional yang ada dalam
seseorang guru itu.

Selain daripada yang telah disebut, seterusnya adalah nilai, sikap,


profesionalisme guru. Diterangkan bahawa ciri profesionalisme perguruan ini
membawa maksud seorang guru mempraktikkan kemahiran interpersonal dan
intrapersonal yang telah dipelajarinya semasa mengadakan pengajaran di dalam
kelas. Dalam erti kata lain, ianya merupakan kemahiran berkomunikasi yang akan
membantu guru ketika mengajar di dalam kelas[CITATION Wha19 \l 17417 ].
Menggunakan kemahiran ini dapat memastikan tiadanya rasa sakit hati dan juga
perasaan didiskriminasi di dalam kalangan pelajar yang diakibatkan oleh seseorang
guru itu. Melalui pengalaman saya sendiri, beberapa kali kejadian yang dikatakan
boleh menyinggung perasaan seseorang telah dilakukan oleh seorang guru di dalam
kelas. Pada pendapat saya sendiri, hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana seorang
guru yang mempunyai ciri profesionalisme tidak akan melakukan perkara tersebut
atas sebab untuk memelihara hubungan diantara murid dan guru.

Di samping itu, ciri profesionalisme guru yang sepatutnya wujud dalam diri
seorang guru adalah nilai, sikap, dan profesionalisme itu sendiri. Maksud sebenar ciri
tersebut adalah usaha yang dilakukan oleh seseorang guru itu adalah untuk
memberikan kesemua ilmu yang diketahuinya kepada anak-anak muridnya. Segala
ilmu yang ada dalam diri seorang guru adalah tidak berguna jika tidak disampaikan
kepada murid-murid. Sebaiknya keseluruhan yang diketahui oleh seseorang guru
tersebut, dapat disampaikan kepada murid-muridnya. Melalui ciri ini, sudah tentu
murid-murid yang diajar oleh guru yang mempunyai ciri ini akan dapat menimba ilmu
semaksimum mungkin daripada guru tersebut. Hal tersebut dapat memastikan
murid-murid dapat diisi dengan ilmu-ilmu sebanyak mungkin agar lebih mudah bagi

2
mereka untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi di
kemudian hari.

Selain daripada yang telah dinyatakan, kemahiran komunikasi, kerja


berpasukan dan kepimpinan juga merupakan salah satu isi yang penting bagi
seseorang guru dalam menjaga profesionalismenya. Komunikasi di tempat kerja
amatlah penting bagi memastikan pertukaran dan perkongsian idea dapat diteruskan
diantara kalangan pelajar. Mengetahui cara yang berkesan untuk mengajar murid-
murid di suatu tempat bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan kerana ia akan
mengambil masa yang agak lama bagi mengetahui cara sebenar mengajar murid-
murid di tempat tersebut. Perkara tersebut seperti itu kerana lain tempat mengajar,
lain cara murid-muridnya memahami apa yang disampaikan. Oleh itu, komunikasi
yang baik dan kerja berpasukan adalah berkait rapat dalam hal ini. Tidak lupa juga
dengan kepimpinan yang perlu ada dalam diri seorang guru yang mempunyai
profesionalisme. Hal tersebut penting bagi memastikan seseorang guru itu dapat
mengawal murid-murid yang bermacam-macam karenah. Selain itu, sifat kepimpinan
juga perlu ada dalam diri seorang guru yang profesional agar guru tersebut dapat
menjadi seorang yang dipercayai untuk memikul apa-apa tanggjungjawab yang
diberi kepadanya. Adalah perlu seseorang yang diberikan amanah,
melaksanakannya sebaik mungkin iaitu dengan melakukannya sepenuh hati
berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

Ciri profesionalisme perguruan yang seterusnya ialah mempunyai kemahiran


penyelesaian masalah dan saintifik. Pada era globalisasi ini, pengetahuan dan juga
kemahiran berfikir aras tinggi amat diperlukan. Oleh yang demikian, bagi memastikan
murid-murid dapat diajar untuk mempunyai perkara-perkara tersebut, adalah amat
perlu bagi guru itu terlebih dahulu dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan
baik melalui cara sentiasa meaplikasikan kemahiran yang telah dikuasai. Dengan
adanya kebolehan tersebut dalam diri seorang guru itu, maka dapatlah kebolehan
tersebut disemai ke dalam diri murid-muridnya melalui penggalakkan kepada murid-
muridnya tersebut. Hal ini adalah benar kerana murid-murid akan terjana pemikiran
menyelesaikan masalah mereka sekiranya seseorang guru di dalam kelas itu mampu
melakukan perkara sedemikian terlebih dahulu kerana ianya akan menjadi panduan
bagi murid-murid berkenaan cara untuk melakukan penyelesaian masalah dengan
baik.

Ciri profesionalisme dalam diri seorang guru yang terakhir adalah keupayaan
mengurus dan keusahawanan Seorang guru tidak akan terhindar daripada

3
melakukan pengurusan ketika berada di dalam sekolah. Kerja-kerja yang diberikan
bukan mengajar sahaja namun, turut disertai dengan aktiviti-aktivit lainnya seperti
sukan, perkhemahan dan sebagainya. Perkara ini juga dikaitkan dengan
keusahawanan dalam diri seorang guru. Sekiranya ingin melakukan sesuatu aktiviti,
penggunaan duit perlu dilakukan dengan sebaik mungkin agar tidak membazir dan
membolehkan pembelian barang-barang dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan adanya
ciri tersebut dalam diri seorang guru, sudah pasti tidak akan ada pembaziran yang
akan berlaku. Setiap sen yang digunakan oleh mereka akan digunakan bagi
kebaikan anak-anak murid di sekolah dan bukannya atas sebab kepentingan diri
sendiri.

Menyusul seterusnya adalah pembelajaran sepanjang hayat yang amat


penting dalam meneruskan tahap profesionalisme guru. Di Malaysia, pembelajaran
sepanjang hayat menjadi "tonggak ketiga" untuk menggerakkan pembangunan
modal insan di negara ini selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari[ CITATION
KPM20 \l 17417 ]. Pembelajaran sepanjang hayat bagi seorang guru adalah amat
penting agar mereka dapat menambah tahap penguasaan mereka ke tahap yang
lebih tinggi dalam sesuatu bidang. Selagi seseorang itu masih lagi boleh bernafas
dan masih dalam keadaan yang sihat untuk melakukan aktiviti, sebaiknya individu
tersebut menambah ilmu di dadanya kerana pembelajaran tidak hanya terhenti di
zaman seseorang itu bersekolah. Ianya adalah berterusan sehingga ke akhir hayat.

Setelah membincangkan tentang elemen-elemen dalam profesionalisme


perguruan dan pembelajaran sepanjang hayat, seterusnya tumpuan dialihkan
kepada cabaran yang dilalui oleh guru masa kini dalam memastikan kepentingan
kesepaduan komuniti dalam pendidikan dititik beratkan.

3.0 Cabaran Guru Masa Kini

Salah satu daripada cabaran-cabaran tersebut adalah rasa hormat terhadap


guru yang semakin berkurang. Pada masa kini, keadaannya sudah berbeza daripada
zaman dahulu di mana guru perlu berhadapan dengan ragam murid-murid yang
semakin menjadi-jadi[ CITATION MLZ \l 17417 ]. Segala denda atau hukuman yang
diberikan oleh guru adalah dianggap sebagai cara mendisiplinkan anak mereka dan
sampai pada suatu tahap, guru adakalanya terpengaruh dengan emosi mereka
kerana kenakalan anak-anak murid mereka. Namun, ianya adalah suatu perkara
biasa. Kini, denda terhadap murid-murid adalah satu perkara yang dianggap sebagai

4
tidak mempunyai fungsi dan dianggap hanya untuk menghukum membuta tuli. Ibu
bapa tidak lagi mempunyai rasa hormat kepada orang-orang yang memberikan ilmu
kepada anak-anak mereka. Sekiranya seseorang guru itu menghukum muridnya,
kemungkinan besar guru tersebut akan diserang oleh ibu bapa murid tersebut
walaupun sebenarnya niat seorang guru ketika mendenda adalah semuanya baik
dan bertujuan untuk mendidik murid-muridnya.

Dalam menyelesaikan hal ini, cara bagaimana seorang guru boleh


menghadapinya dengan melibatkan diri dalam Persatuan Profesional dan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah ketika mana NGO tersebut dapat
membantu menyebarkan kesedaran terhadap keadaan sebenar di dalam sekolah.
Adakalanya murid-murid yang berada di sekolah terlalu nakal dan denda yang kecil
tidak akan memberi kesan kepada kedegilan sesetengah murid tersebut. Oleh itu,
hukuman yang bersesuaian dengan pelajar tersebut perlu dilakukan agar mereka
dapat diberikan kesedaran akan kesilapan yang telah dilakukan. Sekiranya ibu bapa
murid tersebut melenting, NGO boleh menggunakan pengaruh mereka dalam
memberikan nasihat kepada mereka yang terlibat bagi memastikan mereka sedar
bahawa guru tersebut hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh seorang guru di masa kini adalah
berkait rapat dengan tugas guru yang terlalu luas di dalam sekolah. Kerja-kerja yang
tidak melibatkan pengajaran juga menjadi tanggungjawab seorang guru di mana
ianya seperti tidak sesuai dengan kerja sebenar guru di sekolah. Menguruskan
rekod-rekod kehadiran dan sebagainya yang boleh dilakukan oleh siapa-siapa yang
tidak mempunyai status guru turut diberikan tugas tersebut kepada guru. Perkara ini
amatlah meletihkan bagi seorang guru. Seorang guru sebaiknya hanya diberikan
tugas untuk menyediakan strategi pembelajarannya yang seterusnya dan bukannya
dibebani oleh kerja-kerja yang tidak melibatkan pengajaran.

Daripada perkara ini, dengan penglibatan guru di dalam NGO, pihak NGO
bolehlah mendapatkan pandangan daripada guru-guru tentang keadaan mereka
pada masa kini. Setelah mendengar pandangan tersebut, bolehlah pihak NGO
menjalankan sesuatu perkara yang akan membantu meringankan tugas guru-guru.
Sebagai contoh, NGO boleh menggunakan contoh di luar negara untuk
menyedarkan keperluan pembantu guru di sekolah untuk melakukan kerja-kerja
pentadbiran. Di Amerika Syarikat misalnya, tanggungjawab seorang guru di sekolah
hanyalah melakukan pengajaran sepenuhnya manakala urusan-urusan pentadbiran
dilakukan oleh staf-staf. Sekiranya perkara seperti ini dapat dilaksanakan oleh pihak

5
yang bertanggungjawab, maka bolehlah guru-guru mula memfokuskan lebih kepada
mendekati murid-murid mereka dengan lebih lagi bagi memastikan meraka dapat
dididik agar menghormati antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, akan ada lebih
masa buat guru-guru untuk memperbaiki akhlak murid-murid mereka.

Akhir sekali, cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini adalah gaji
yang kurang. Hal ini merupakan isu yang sudah lama, namun kerap disuarakan
kembali oleh para pendidik. Mereka menyatakan bahawa gaji mereka tidaklah
selaras dengan tugas-tugas yang dilakukan oleh mereka di dalam sekolah [ CITATION
MyN16 \l 17417 ]. Tidak mengira pula masa yang diluangkan untuk menyiapkan kerja
yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa hal ini
masih boleh diterima akal jika dinyatakan sebagai salah satu cabaran yang perlu
dilalui oleh seorang pendidik anak bangsa.

Sekiranya seseorang guru yang amat terkesan dengan kurangnya gaji ini
melibatkan dirinya dalam NGO, bolehlah dia menyuarakan isi hatinya kepada
golongan atasan NGO tersebut. Setelah perkara tersebut dilakukan, terpulanglah
NGO itu untuk melakukan tugasnya iaitu menyampaikan keluhan tersebut. Perkara-
perkara yang akan berlaku sekiranya perkara tersebut telah disebarkan adalah
kemungkinan pihak kerajaan akan menaikkan gaji guru sekiranya dan juga
kesedaran masyarakat tentang pengorbanan guru akan wujud.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, guru perlu memenuhi pelbagai ciri-ciri profesionalisme perguruan


serta melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan mereka dapat
menyampaikan khidmat yang berkualiti. Dengan itu, maka dapatlah mereka
membantu negara dalam melahirkan masyarakat yang berpendidikan walaupun
cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh para guru dengan bantuan daripada NGO.
Harapnya, para guru pelatih yang sedang dalam pengajian dapat mewujudkan
elemen-elemen yang telah disebut dalam diri mereka serta menyedari kepentingan
untuk mendekatkan diri dalam NGO bagi memastikan kesepaduan komuniti.

6
5.0Sumber Rujukan

EduSys Corporation. (2019, June 3). What are the 10 qualities of a good teacher? -
Checklist for effective teachers. Retrieved from EduSys:
https://www.edusys.co/blog/qualities-of-a-good-teacher

Kamus Bahasa Melayu. (2017). Retrieved from Dewan Bahasa dan Pustaka:
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=profesionalisme

KPM. (2020). Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat. Retrieved from Kementerian


Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/pendidikan/pembelajaran-
sepanjang-hayat/konsep

Man, J., Don, Y., & Ismail, S. N. (2016). Kualiti Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan,
32.

MyNewsHub Editor. (2016, April 14). Cabaran Masa Kini Tugas Dan Tanggungjawab
Seorang Guru. Retrieved from My News Hub:
https://www.mynewshub.tv/terkini/cabaran-masa-kini-tugas-dan-
tanggungjawab-seorang-guru/

Zahid, M. L. (n.d.). Cabaran Guru Alaf Baru. Retrieved from Dewan Siswa:
http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?p=3245

Anda mungkin juga menyukai