Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Setiap jenis laras bahasa yang digunakan adalah bersesuaian dengan situasi
semasa penggunaan sesebuah laras bahasa tersebut. Jika satu-satu laras bahasa
digunakan dalam konteks yang salah, adalah tidak sesuai kerana ia akan
menimbulkan kecelaruan. Oleh yang demikian, adalah satu keperluan untuk umum
mengetahui perbandingan atau perbezaan di antara laras-laras bahasa dengan
penggunaannya.

2.0 Bandingbezakan laras bahasa undang-undang dengan laras bahasa kreatif

2.1 Ciri-ciri Laras Bahasa Undang-undang dan Laras Bahasa Kreatif

Laras bahasa undang-undang dan laras bahasa kreatif digunakan pada masa dan
mengikut kesesuaian yang bertepatan. Hal ini adalah disebabkan setiap laras
bahasa tersebut mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang berlainan. Perkara tersebut
menyebabkan penggunaan laras bahasa undang-undang dalam situasi yang
menggunakan laras bahasa kreatif tidak sesuai dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu,
mengetahui laras-laras bahasa tersebut penting bagi memastikan penggunaannya
bersesuaian dengan situasi.

Sebelum membandingbezakan antara kedua laras bahasa, adalah lebih baik


jika ciri-ciri keduanya diketahui. Laras bahasa undang-undang banyak menggunakan
istilah-istilah yang khususnya digunakan di dalam mahkamah. Ia kebiasaannya
hanya digunakan dalam bidang keadilan dan undang-undang (Abergs, n.d.).
Kebanyakan daripada istilah-istilah dalam laras bahasa ini dipinjam daripada bahasa
Inggeris. Maka,boleh dikatakan bahawa perkataan-perkataan pinjaman digunakan
dalam laras bahasa undang-undang sebagai istilah yang difahami dalam kalangan
mereka yang terlibat di dalam mahkamah.

Selain itu, laras bahasa undang-undang lebih mementingkan kejelasan dan


ketepatan ayat. Hal tersebut adalah disebabkan perlunya kejelasan dan ketepatan
yang tinggi dalam mahkamah bagi mengelakkan salah faham ataupun risiko
mengeluarkan kenyataan yang salah di dalam mahkamah. Tambahan pula, ramai
pihak yang mendengar apabila sesiapa sahaja yang diberikan peluang untuk
memberi kenyataan di dalam mahkamah, sama ada pihak wartawan, juri dan
terutama sekali hakim. Dengan itu, laras bahasa undang-undang mempunyai ciri
kejelasan dan kepersisian yang tinggi.
Laras bahasa kreatif pula mempunyai beberapa ciri yang ketara
perbezaannya dengan laras bahasa undang-undang. Antaranya ialah sifatnya yang
bebentuk figuratif dan imaginatif. Penulisan seperti ini sering digunakan bagi
menunjukkan keindahan bahasa. Selain itu, penulis juga dapat menunjukkan
kepakaran mereka bermain bahasa dalam penulisan karya mereka.

Menyusul, laras bahasa kreatif mempunyai unsur-unsur gaya bahasa di


dalamnya. Antaranya adalah beberapa jenis gaya bahasa iaitu gaya bahasa
perbandingan, pertentangan, pengulangan, pertautan,dan penyirnaan( (Kadir, 2005).
Ia memperlihatkan penggunaan bahasa yang disebut sebagai puitis. Gaya bahasa
yang terdapat di dalam laras bahasa kreatif dapat menjadikan sesebuah penulisan
itu lebih gramatis dan lebih menarik bagi seseorang pembaca. Oleh yang demikian,
penggunaan laras bahasa kreatif menunjukkan unsur-unsur gaya bahasa di dalam
aplikasinya.

2.2 Perbandingan dan Perbezaan

Dengan mengetahui sedikit sebanyak mengenai kedua-dua laras bahasa tersebut,


kita dapat melihat bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara diantara kedua-
duanya. Laras bahasa undang-undang lebih mementingkan kejelasan ayat yang
disampaikan, di mana ia amat berguna apabila berada di dalam mahkamah. Berbeza
pula dengan laras bahasa kreatif, di mana struktur ayat kurang diberikan perhatian
untuk menonjolkan ciri-ciri seni dari segi pemilihan kata dan juga bunyi pembacaan
bagi karya mereka. Hal ini bermakna, penggunaan bahasa undang-undang adalah
lebih baik untuk hanya digunakan di dalam perbicaraan mahkamah kerana kejelasan
dan ketepatan ayatnya. Tidak seperti laras bahasa kreatif yang kebiasaannya
berkias menyebabkan ia tidak sesuai digunakan di dlam perbicaraan mahkamah.

Selain daripada itu, laras bahasa undang-undang menggunakan istilah-istilah


daripada luar negara. Perkataan seperti prosiding, bona fide dan lain-lain masih
digunakan di dalam mahkamah di Malaysia. Sebagai contoh, penulis yang mengkritik
tahap penggunaan bahasa kebangsaan di mahkamah juga menggunakan istilah
prosiding (Bakar, 2019). Bagi laras bahasa kreatif pula, penggunaan istilah-istilah
dari luar adalah amat jarang sekali. Hal ini adalah disebabkan penggunaan laras
bahasa kreatif hanya menggunakan perkataan-perkataan baku untuk diletakkan di
dalam karya semua penulis-penulis. Penggunaan perkataan daripada luar hanya
akan merosakkan penulisan mereka. Ini bermaksud, laras bahasa undang-undang
tidak sesuai digunakan di dalam majlis-majlis atau tempat-tempat umum kerana

2
mempunyai istilah-istilah yang hanya difahami oleh mereka yang biasa berada di
mahkamah.

Dari segi penggunaan kedua-dua laras bahasa tersebut, kedua-duanya


digunakan di tempat yang amat berbeza. Laras bahasa undang-undang digunakan
dalam pelaporan dan juga pertuturan ketika berada di dalam mahkamah. Ketepatan
dan kejelasan yang wujud di dalam laras bahasa tersebut amat penting di dalam
mahkamah. Manakala, laras bahasa kreatif digunakan lebih kepada untuk
penghasilan karya. Laras bahasa kreatif mempunyai unsur penyimpangan makna,
iaitu penggunaan bahasa yang memerlukan penelitian untuk memahami apa yang
disampaikan oleh penulis.

3.0 Pengurusan dan Atur Cara Majlis

3.1 Sebelum Majlis

Dalam sesebuah majlis, persediaannya terbahagi kepada dua bahagian yang perlu
dititik beratkan. Dua bahagian tersebut adalah ketika pra majlis dan ketika majlis.
Kedua-dua bahagian ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya oleh pihak penganjur
bagi memastikan kelancaran majlis

Menggunakan majlis perasmian ataupun sesebuah pelancaran sebagai


contoh, perkara yang pertama sekali perlu dilakukan adalah perlantikan jawatan
kuasa tetap dalam kalangan penganjur. Perkara ini perlu agar pengagihan tugas
kepada ahli-ahli di kalangan penganjur dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.
Tidak lupa juga kepada beberapa tugas-tugas penting seperti pengacara dan
penyambut tetamu yang sesuai bagi memastikan suasana ketika majlis tidak kekok
dan berjalan dengan lancar.

Selain itu, mereka yang bertanggungjawab, kebiasaannya setiausaha,


hendaklah menyediakan senarai semak yang berkaitan dengan perkara-perkara
yang perlu disediakan bagi menjalankan majlis tersebut. Hal ini merupakan antara
perkara yang paling penting untuk dilakukan kerana ia membolehkan kesemua
perkara-perkara yang diperlukan dapat disediakan dengan baik sebelum majlis
berlangsung. Ia juga dapat memastikan tiada perkara yang terlepas pandang yang
akan menyebabkan kecatatan majlis.

Seterusnya, perkara yang perlu dilakukan adalah pemilihan tempat bagi


majlis tersebut dilaksanakan. Sama ada menggunakan tempat di luar yang akan

3
memerlukan sewaan mahupun menggunakan dewan milik organisasi penganjur
sendiri. Kemudiannya, perkara yang perlu diberi perhatian adalah bilangan tetamu
dan juga tetamu-tetamu yang berpangkat besar. Senarai perlu disediakan bagi
memudahkan pihak ahli jawatankuasa protocol menyusun atur kedudukan kerusi di
dalam tempat majlis berlangsung. Akhir sekali, sebelum hari majlis berlangsung,
adalah wajib untuk atur cara telah dibuat bagi menggambarkan kelangsungan majlis
pada hari yang sebenarnya ia dilangsungkan. Adalah lebih baik sekiranya raptai
dilakukan sehari sebelum majlis dilaksanakan.

3.2 Ketika Majlis dan Atur Cara

Semasa majlis berlangsung, sebaiknya pengacara yang telah dipilih mempunyai


pengetahuan yang baik tentang pengacaraan. Selain itu, mempunyai penggunaan
bahasa yang baik bagi memastikan kelancaran majlis diadakan. Oleh itu, pemilihan
pangacara yang sesuai amat perlu dititik beratkan sebelum majlis kerana ia boleh
menjadi penentu kejayaan sesbuah majlis itu.

Bagi atur cara majlis perasmian atau pelancaran ini, yang pertama sekali
adalah kehadiran para hadirin yang datang. Sebagai contoh, dalam perhimpunan
rasmi di Institut Pengajian Guru Tun Abdul Razak, kedatangan pelajar-pelajar adalah
yang pertama dalam atur cara majlis. Seterusnya diikuti dengan kedatangan
jemputan, kebiasaannya perasmi bagi majlis tersebut. Sesi ini selalunya diakhiri
dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu institusi sekiranya ada.

Kemudiannya, ucapan-ucapan akan disampaikan oleh tetamu-tetamu


kehormat. Pertama sekali, ucapan alu-aluan akan diberi laluan. Ucapan alu-aluan ini
akan disampaikan oleh ketua bagi institusi pihak penganjur kebiasaannya.
Seterusnya, disusuli dengan ucapan daripada tetamu kehormat yang lain sebelum
akhir sekali, diakhiri oleh ucapan perasmian yang akan dilakukan oleh perasmi.

Setelah pengisytiharan perasmian telah dilakukan oleh perasmi, majlis


disusuli dengan gimik pelancaran. Terserah kepada kekreatifan pihak penganjur
untuk mereka gimik yang akan menimbulkan suasana yang boleh melekat dalam
ingatan kesemua yang hadir di dalam majlis tersebut.

Apabila gimik perasmian telah dilaksanakan, maka majlis boleh diteruskan


dengan persembahan-persembahan yang ada. Setelah kesemua perkara telah
diselesaikan, tamatlah sudah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh kebanyakan

4
ahli jawatankuasa dan hanya perlu menanti makluman mengenai perjumpaan post-
mortem

Setelah majlis telah selesai, mereka yang masih bertugas perlu merujuk
kepada senarai semak untuk mengembalikan barang-barang yang telah digunakan.
Akhir sekali, kesemua ahli-ahli yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut perlu
mengadakan perjumpaan yang terakhir bagi mengadakan post-mortem membuat
refleksi sepanjang apa yang berlaku semasa pengajuran majlis tersebut.

5
4.0 Sumber Rujukan

Abergs. (n.d.). Register and Style. Retrieved from Ello:


http://www.ello.uos.de/field.php/Sociolinguistics/Registerandstyle

Bakar, Z. R. (2019, Januari 25). Memartabat bahasa kebangsaan di mahkamah. Retrieved


from Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/9559/KOLUMNIS/bahasa-kebangsaan

Kadir, N. H. (2005). Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa Melayu. Journal Pengajian
Melayu, 38. Retrieved from My Jurnal.

Anda mungkin juga menyukai