Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Komunikasi berasal daripada perkataan Latin communiatus yang membawa maksud


berkongsi sesuatu. Definisi khusus komunikasi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat
(2016), komunikasi ialah perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan),
mengadakan perhubungan (berbincang, bertukar-tukar fikiran) atau menyampaikan
maklumat. Berdasarkan Mansor et.al (1984), komunikasi merupakan satu proses sesuatu
idea, nilai, sikap dan sebagainya disalur dan dipindahkan serta dikongsikan oleh seseorang
individu dengan orang lain. Komunikasi boleh dikategorikan kepada dua, iaitu komunikasi
lisan dan komunikasi bukan lisan. Komuikasi lisan melibatkan proses pemindahan maklumat
atau idea secara lisan daripada seseorang individu kepada individu yang lain,manakal
komunikasi bukan lisan adalah penyampaian mesej melalui gerak isyarat atau bahasa
badan.

Bidang-bidang dalam komunikasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu komunikasi


intrapersonal (diri) dan komunikasi interpersonal (antara individu). Komunikasi intrapersonal
ialah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang. Contohnya, apabila seseorang yang
sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi
dengan dirinya. Dalam erti kata lain, individu tersebut sedang bermonolog dengan diri untuk
membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat. Komunikasi interpersonal pula
ialah komunikasi yang berlaku antara individu. Proses komunikasi ini melibatkan dua orang
atau lebih dan bersifat terus, iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan
atau saluran tertentu. Komunikasi interpersonal juga berlaku dalam keadaan yang tidak
formal dan bersahaja.

Proses komunikasi lazimnya melibatkan pemindahan suatu bentuk maklumat atau


idea daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Satu proses komunikasi
biasanya mempunyai elemen-elemen seperti penyampai, penerima, maklumat atau mesej,
saluran dan konteks (persekitaran). Seorang penyampai maklumat hendaklah peka
terhadap keadaan (situasi) persekitarannya seperti masa, persekitaran fizikal, jumlah
peserta dan sebagainya yang boleh mempengaruhi keberkesanan penyampaian maklumat
yang cuba untuk disampaikan. Oleh yang demikian, proses komunikasi dapat ditakrifkan
sebagai suatu proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan
maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman. Pertukaran idea ini boleh berlaku
secara lisan ataupun bukan lisan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada
manusia. Komunikasi yang berkesan penting untuk memastikan maklumat atau idea yang
cuba disampaikan difahami dengan baik oleh penerima supaya tidak menimbulkan salah
sangka.

1
2.0 Kemahiran Komunikasi Lisan Dan Komunikasi Bukan Lisan

Menurut Khairudin Mohamad et.al (2016) dalam bukunya Bahasa Melayu Komunikatif,
komunikasi terdiri daripada dua, iaitu komunikasi lisan (komunikasi verbal) dan komunikasi
bukan lisan (komunikasi non-verbal). Menurut Mohd. Safar dan Fatimah (1988), komunikasi
lisan dan bukan lisan perlu dianggap sebagai satu unit yang lengkap, tidak terpisah dan
kedua-duanya akan sentiasa bersepadu antara satu sama lain untuk menyampaikan
sesuatu mesej itu dengan berkesan.

2.1 Kemahiran Komunikasi Lisan

Komunikasi verbal (lisan) boleh didefinisikan sebagai proses komunikasi yang melibatkan
maklum balas menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat dengan lengkap
kepada penerima. Komunikasi lisan juga dikenali sebagai komunikasi verbal, iaitu
komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual.
Perbualan tersebut boleh dilakukan secara bersemuka ataupun secara maya, iaitu melalui
kecanggihan teknologi seperti menggunakan telefon dan Internet. Secara tidak langsung,
komunikasi lisan boleh mengeratkan hubungan antara sesama manusia atau boleh
menjalinkan hubungan peribadi antara dua orang manusia.

Komunikasi lisan lazimnya diertikan sebagai komunikasi yang dilakukan melalui


percakapan. Ketika berbual, mereka akan saling memerhatikan gerak-geri masing-masing
untuk mengetahui reaksi yang ditunjukkan kepada mesej yang disampaikan. Maklum balas
yang diberikan menjadi kayu ukur sama ada komunikasi lisan tersebut berkesan atapun
tidak. Komunikasi verbal ataupun lisan merangkumi beberapa aspek dan disiplin ilmu yang
penting demi memastikan komunikasi lisan tersebut dilakukan dengan berkesan, iaitu
Vocabulary (perbendaharaan kata), Racing (kecepatan), intonasi suara, Humor (lawak),
singkat dan jelas, Timing (masa).

Pertama, perbendaharaan kata yang luas penting untuk memastikan proses


komunikasi lisan ini berkesan. Komunikasi tidak akan berkesan sekiranya disampaikan
dengan kata-kata yang tidak dapat difahami oleh pendengar kerana kekurangan kosa kata.
Sebagai contoh, dalam satu ceramah penceramah tidak tahu untuk menggunakan
perkataan menjalinkan lalu dia menggunakan perkataan connecting untuk
menyampaikan idea yang cuba disampaikan namun sesetengah pendengar yang tidak
mahir dalam bahasa Inggeris tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh
penceramah. Keadaan sebegini menyebabkan komunikasi tersebut tidak berkesan. Kedua,
komunikasi juga akan lebih berkesan apabila kelajuan percakapan dapat diorganisasikan
dengan baik, iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.

2
Ketiga, Intonasi suara yang tidak bersesuaian merupakan salah satu masalah dalam
komunikasi. Intonasi suara mempengaruhi maksud mesej yang cuba disampaikan. Pendek
kata, intonasi suara memberi kesan kepada mesej yang cuba disuarakan. Seterusnya,
Humor (lawak). Dungan (1989) dalam buku Bahasa Melayu Komunikatif, menyatakan
bahawa lawak jenaka merupakan satu-satunya selingan dalam komunikasi untuk
memastikan komunikasi tersebut menghiburkan dan maklumat senang untuk dicapai oleh
pendengar. Kelima, maklumat yang cuba disampaikan hendaklah menggunakan susunan
atau ujaranujrn ayat yang singkat, jelas dan mudah difahami oleh pendengar. Terakhir ialah
Timing (masa). Masa merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan dalam komunikasi,
persediaan yang tidak mencukupi misalnya dalam sesuatu ucapan akan menyebabkan
mesej yang disampaikan tidak begitu padat, ringkas dan jelas.

Proses komunikasi lisan boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Proses
komunikasi lisan secara tidak formal berlaku dengan mudah serta merupakan satu cara
untuk meluahkan perasaan dan fikiran secara bersahaja tanpa memerlukan tindak balas
serius kedua-dua pihak. Komunikasi lisan secara formal pula merangkumi aktiviti seperti
mesyuarat, taklimat, temu duga, demonstrasi, mengajar dan pengucapan awam. Dalam
suasana tersebut, penyampai perlu menyediakan bahan atau dokumen yang sah untuk
persediaan komunikasi lisan. Penyampai yang berkesan perlu memahami aspek-aspek
yang penting dalam komunikasi lisan seperti yang telah dibincangakan di atas.

Komunikasi lisan sama ada formal ataupun tidak formal mempunyai kebaikan dan
kelemahannya sendiri. Antara kebaikan komunikasi lisan ialah mesej cepat sampai kepada
penerima. Kecanggihan teknologi yang ada seperti telefon bimbit mempercepatkan
penyebaran serta perkongsian maklumat melalui perbualan melalui telefon bimbit.
Seterusnya, gambaran lebih jelas dengan menggunakan audio-visual. Ini lazimnya berlaku
semasa proses komunikasi lisan secara formal seperti pembentangan dan juga ceramah.
Audio-visual yang digunakan dapat membantu mengukuhkan lagi mesej yang ingin
disampaikan. Kebaikan komunikasi lisan yang terakhir ialah kejujuran penghantar boleh
dirasakan. Hal ini kerana proses komunikasi ini dilakukan secara bersemuka sama ada
secara langsung mahupun maya. Sebagai contoh, pengucapan awam. Dalam pengucapan
awam seperti aktiviti perbahasan segala ketidakpuasan hati mengenai sesuatu perkara
disampaikan secara bersemuka dengan intonai suara yang berbeza. Situasi ini maih
dianggap baik sekiranya tidak berlaku perbalahan yang melampaui batas.Keburukan
komunikasi lisan yang jelas ialah tidak ada rekod simpanan yang lama kerana maklumat
hanya disampaikan dalam bentuk lisan. Selain itu, penyampai atau penghantar yang tidak
mahir berkomunikasi mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan baik.

3
2.2 Komunikasi Bukan Lisan

Mohammed Zin Nordin dan Mohd Taib Ariffin (2012), mendefinisikan komunikasi bukan
lisan sebagai semua jenis komunikasi yang tidak melibatkan perkataan. Semua perkara
boleh menjadi sumber maklumat jika seseorang itu sengaja meletakkan makna bagi
perkara tersebut. Seiler dan Bell (2002) dalam buku Kemahiran Komunikasi, menjelaskan
bahawa komunikasi bukan lisan sebagai paparan menerusi tingkah laku, sifat dan objek.
Dalam erti kata lain, komunikasi bukan lisan (non-verbal) merupakan komunikasi tanpa
berkata-kata, bercakap dan bertutur untuk memberikan maklumat tentang sesuatu perkara
kepada orang yang dijadikan rakan untuk bercakap. Komunikasi dapat dibahagikan kepada
dua, iaitu komunikasi bahasa badan dan komunikasi bertulis.

Komunikasi bahasa badan ini dikenali sebagai kinesik, iaitu komunikasi yang
dilakukan berasaskan pergerakan dan gaya badan (posture), gerak badan (gesture), mimik
muka dan pergerakan mata. Setiap bahagian badan kita dari kepala hingga ke kaki boleh
dimanipulasikan untuk menghasilkan sesuatu makna. Komunikasi bahasa badan (kinesik)
memberikan impak yang besar dalam aspek komunikasi bukan lisan. Lazimnya,
komunikasi bukan lisan kinesik amat berkait rapat dengan komunikasi lisan untuk
menghasilkan suatu proses komunikasi yang berkesan. Misalnya, seseorang memarahi
kawannya, maka intonasi suara (komunikasi lisan) dan mimik muka (komunikasi bukan
lisan) dilakukan secara serentak untuk menyampaikan mesej. secara berkesan. Ini
bermakna setiap bahagian.

Terdapat beberapa komunikasi bahasa badan ini yang boleh diaplikasikan untuk
memastikan proses komunikasi dilakukan dengan berkesan. Antaranya ialah, gerak badan
(gesture) yang merujuk kepada pergerakan kecil atau besar anggota badan dalam proses
komunikasi yang membawa makna. Contohnya, seorang guru meletakkan jari telunjuk di
depan mulutnya yang bermaksud diam lebih baik jika dibandingkan dengan guru
berkenaan yang terjerit-jerit sambil meminta murid-murid diam terutama dalam majlis rasmi
yang dihadiri oleh khalayak ramai.

Seterusnya, ekspresi wajah, Noresah Baharum et.al (2000) dalam buku Bahasa
Melayu Komunikatif, mentakrifkan ekspresi sebagai pelahiran maksud seperti perasaan
dan sebagainya. Menurut beliau lagi, mimik muka juga dikenali sebagai mimik muka. Mimic
muka menunjukkan mesej gembira, sedih, marah dan sebagainya. Emosi ini dapat
memberikan maklumat kepada sesiapa sahaja yang berkomunikasi dengan kita. Ketiga
hubungan mata. Hubungan mata lazimnya digunakan untuk menyatakan minat atau
menyatakan kuasa. Hubungan mata ini sangat penting dalam memastikan komunikasi
berkesan dengan memberi mesej sejauh mana seseorang itu bersifat dinamik, boleh

4
dipercayai dan disukai. Misalnya, jika pandangan mata seseorang itu bergerak ke sana ke
mari menunjukkan dia tidak berminat.

Selain itu, haptik yang juga dikenali sebagai sentuhan merupakan antara komunikasi
bahasa tubuh. Haptik atau sentuhan menyatakan kefahaman, simpati dan kasih sayang.
Sebagai contoh, bersalaman, pukulan, sentuhan dan sebagainya merupakan salah satu
bentuk komunikasi yang menyampaikan suatu maksud atau tujuan tertentu dari orang yang
menyentuhnya. Kelima, postur badan,. Misalnya berdiri dengan tangan di poket seluar.
Bagi masyarakat Melayu, cara berdiri sebegini rupa menggambarkan seseorang itu ego,
sombong dan ingin menonjolkan kuasanya. Elakkan daripada menyeluk poket semasa
berkomunikasi kerana boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada rakan yang dilawan
berbicara.

Bukan itu sahaja, komunikasi bukan lisan juga boleh dilakukan secara bertulis. Don
Bryne dalam buku Kemahiran Komunikasi mentakrifkan komunikasi bertulis sebagai satu
proses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman,
perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik. Komunikasi ini boleh dikenal
pasti kerana mempunyai format tertentu, tujuan dan sasaran tertentu dan penggunaan
bahasa mengikut laras bahasa tertentu. Contohnya, surat kiriman rasmi. Komunikasi jenis
ini dapat dilakukan secra berkesan apabila ayat ditulis dengan teratur, lancar , jelas dan
bersesuaian, rumusan yang berkualiti disediakan, tulisan yang kemas dan menggunakan
dakwat pen yang mudah dilihat seperti hitam atau biru.

Komunikasi bukan lisan juga mempunyai kebaikan dan keburukan sama seperti
komunikasi lisan. Antara kebaikan komunikasi lisan ialah tiada had penerima maklumat
seperti akhbar. Ini bermakna tiada batasan maklumat yang diberikan. Seterusnya, mesej
boleh disesuaikan dengan bakal penerima. Hal ini bermaksud seseorang penulis buku itu
mengambil kira sensitivity masyarakat dalam penghasilan karyanya. Terakhir, maklumat
dalam bentuk rekod tetap dan boleh disimpan dengan lama. Keburukan komunikasi bukan
lisan pula iala penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej yang dihantar dan
tidak boleh menentukan pembacanya. Selain itu, maklum balasa tidak dapat diterima
dengan segara dan kemungkinan penerima hanya memahami sebahagian mesej yang
diterima.

5
3.0 Teks Ucapan Majlis Perasmian Hari Anugerah Kecermelangan Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

Terima kasih Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis,

Yang Dihormati Encik Juwizit Jupain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kesapang, Yang
Berusaha Puan Che Murni Chua, Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Kesapang selaku
Pengarah Program Majlis Anugerah Kecermelangan Sekolah Kebangsaan Kesapang kali
ke-54, barisan Ketua-ketua Panitia, Guru-guru, barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, Yang
Diraikan Para Penerima Anugerah, Para Ibu Bapa dan para pelajar sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi
menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan
Kesapang kali ke-54, bagi tahun 2017. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pihak sekolah terutamanya kepada Puan Che Murni Chua, selaku pengarah
program kerana berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan sekolah
demi menghargai usaha para pelajar. Majlis Hari Anugerah Cemerlang merupakan satu
majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka
dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar
cemerlang sekolah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan jelas
daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar
tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan
berakhlak mulia. Hal ini selari dengan aspirasi sistem pendidikan negara yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), iaitu meluaskan akses
kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam konteks ini, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) itu sendiri merupakan satu inovasi dasar dan strategi
dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara. Kita perlu
bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan
strategi yang berterusan.

6
Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan
kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan
bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa
meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam
kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan
syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu
bapa juga serta para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan
kejayaan untuk mereka.
Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak terletak pada usaha dan kesungguhan
yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita perlu sedar bahawa guru-guru di peringkat
sekolah rendah perlu harus Memberi, agar para pelajar bersedia untuk Menerima. Selain
insan yang ibarat lilin yang membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan
peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan
dan puan-puan, pada saya kejayaan anak-anak terletak pada diri para pelajar itu sendiri,
agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi
kecemerlangan.
Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke menara gading,
banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu para hadirin sekalian,
marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat
anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu
anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan sebagai ibu
bapa mereka.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada murid-murid yang akan menerima hadiah di atas pencapaian mereka dan
diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah
kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita.
Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh
selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan
berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi
pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini,
melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.
Kepada murid-murid yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah
pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai
sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa. Saya percaya murid-murid yang

7
mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten
dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya
rajin menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim. Semua murid
mestilah mencontohi mereka ini. Saya percaya jika murid-murid dapat mencontohi mereka
yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada
tahun akan datang.
Kalau beberapa tahun yang lalu, sekolah begitu terikat dengan rutin dengan
memberikan hadiah kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan awam dan dalaman,
namun mutakhir ini sudah banyak sekolah yang meluaskan skop pemberian hadiah ini
kepada guru, panitia dan bidang-bidang yang terbabit. Adalah wajar guru-guru dengan
panitia masing-masing turut sama diraikan kerana di belakang kejayaan seorang pelajar
ialah guru dan panitia mata pelajaran yang diurus dengan baik.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar
yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan
Negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Untuk itu, saya menyeru
kepada hadirin sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup
sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada
kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan
puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya
dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan
para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara
pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan
kelekaan kita. InsyaAllah.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus
menjayakan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kesapang kali-54 ini. Digerak
oleh iltizam untuk mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim
(Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang) merasmikan, Majlis Anugerah
Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kesapang kali ke-54 bagi tahun 2017.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.


Sekian, terima kasih.

8
4.0 Penutup

Secara keseluruhnnya, kita dpat lihat komunikasi sangat penting dalam kehidupan manusia
sehari-hari. Komunikasi diperlukan oleh manusia untuk menyatakan perasaan, idea,
pemikiran dan arahan. Komunikasi manusia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu komunikasi
lisan dan komunikasi bukan lisan. Setiap manusia memerlukan orang lain kerana manusia
tidak mampu hidup bersendirian. Kehidupan bermasyarakat ini memerlukan satu bentuk
komunikasi yang berkesan demi memastikan idea yang disampaikan dapat diterima dan
difahami oleh pendengar.

Penguasaan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan amat penting terutama
sekali bagi mereka yang bergelar guru. Komunikasi lisan ialah komunikasi yang berlaku
secara langsung apabila dua orang berbual. Komunikasi lisan dikatakan mampu
mengeratkan hubungan silaturrahim. Komunikasi bukan lisan pula boleh didefinisikan
sebagai semua jenis komunikasi yang tidak melibatkan perkataan. Pada masa yang sama,
kita juga telah membincangkan fungsi komunikasi serta kebaikan dan keburukan komunikasi
sama ada secara lisan dan bukan lisan. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan
kepentingan menguasai kemahiran komunikasi ini untuk membantu mereka pada masa
hadapan misalnya untuk mendapatkan kerja, mengajar di sekolah dan sebagainya.

Kesimpulannya, setiap rakyat hendaklah berusaha memahami dan mempraktikkan


komunikasi yang berkesan agar tidak berlaku pertelingkahan dan kesalahan menyampaikan
sesuatu maklumat. Kita mungkin tidak dapat mencontohi semua aspek komunikai yang
berkesan tetapi menerapkan salah satu aspek adalah usaha yang terbaik yang boleh
dilakukan.

9
Rujukan

Abdull Shukor Shaari dan Nuraini Yusoff et.al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong:
PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Awang Sariyan. (2007). Siri Kesantunan Bahasa: Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Goay Teck Chong dan Choo Say Tee et.al. (2009). Bahasa Malaysia Kertas 1. Selangor
Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad dan Maridah Alias et.al (2016). Bahasa Melayu Komunikatif. Selangor
Darul Ehsan: Sasbadi Sdn.Bhd.

Mohammed Zin Nordin dan Mohd Talib Ariffin. (2012). Kemahiran Kominikasi. Tanjung
Malim Perak: Emeritus Publication.

Mansor Ahmad Saman, Ramli Mohamed dan Shawaluddin Alias. (1984). Pengantar
komunikasi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Nuraini Yusoff et.al. (2005). Bahasa Melayu untuk Pengurusan. Sintok: Penerbit Universiti
Utara Malaysia

Shahida Shauki. (2017). Bab 4 Laras Bahasa. Dipetik daripada


https://www.academia.edu/13777781/BAB_4_LARAS_BAHASA pada 15 Februari
2017

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu I. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

10

Anda mungkin juga menyukai