Anda di halaman 1dari 37

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN KOTA PUTRA 22200 BESUT TERENGGANU
NAMA PELAJAR HASSAN : CHE HAMIDI BIN CHE

NO KAD PENGENALAN : 690123-03-5491

KUMPULAN AMBILAN SUBJEK BAHASA MELAYU KOD SUBJEK NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: :

BMM 3 JUN 2011 : FONETIK DAN FONOLOGI

: : :

BMM3108

23 MAC 2013

PENGAKUAN PELAJAR

Saya Che Hamidi Bin Che Hassan no kad pengenalan 690123035491 dengan ini mengakui bahawa hasil karya yang diterbitkan ini adalah hasil daya usaha sendiri dan bukan palagiat daripada mana-mana sumber,kecuali sebagai rujukan untuk penghasilan lebih baik.

Pengenalan

Bahasa Melayu di Malaysia (BM) diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan Peraturan 152 Pasal 1. Undang-undang ini baru disahkan pada tahun 1968 M, atau sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di dalam Undang-undang itu digunakan istilah Bahasa Melayu, BM berulangkali berganti nama resmi. Dari pertama bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia, kemudian berganti lagi menjadi Bahasa Melayu, dan terakhir pada tahun 2007, nama resmi bahasa ini kembali menjadi Bahasa Malaysia. Penggunaan BM di Malaysia tidak begitu disambut secara antusias oleh warga ketika bahasa itu disahkan sebagai bahasa nasional. Justeru bahasa Inggris yang sering digunakan, terutama di kalangan etnis Cina dan India walaupun mereka termasuk warga minoritas. Hal ini membuat pemerintah berusaha menggalakkan penggunaan BM melalui beberapa peraturan, misalnya pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan pada tahun 1963 dikeluarkan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturanperaturan ini dinilai secara pesimis oleh sebagian kalangan seperti pernyataan seorang Ketua Hakim Negara pada tahun 1979, bahwa BM tidak mungkin digunakan di mahkamah (pengadilan) karena berbagai keterbatasan yang dimiliki BM. Perubahan baru terjadi pada dekade 80-an, yakni ketika BM berhasil menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah, mulai taman kanak-kanak sampai perguruan tinggi. Perubahan ini seiring dengan peran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP diresmikan pada tahun 1956) yang semakin gencar memasyarakatkan BM. Istilah-istilah teknis

yang selama dua dekade sebelumnya sulit ditemukan masuk menerobos bersamasama dengan gaya bahasa yang estetis, yang banyak digunakan dalam ragam bahasa sastra,

Pasca perubahan ini, BM akhirnya berhasil menduduki lima fungsi yang harus dimiliki oleh sebuah bahasa nasional: fungsi sebagai bahasa nasional itu sendiri, sebagai bahasa resmi, sebagai bahasa perpaduan atau bahasa antaretnis, sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan terakhir sebagai bahasa pendidikan. BM yang memiliki wilayah sebar tutur di sebuah negara yang luas seperti Malaysia, tentunya, memiliki perbedaanperbedaan cara tutur. Masing-masing Negeri (daerah) hampir memiliki satu dialek tersendiri, yang berbeda dengan daerah lainnya. Dialek-dialek BM yang masyhur di Malaysia antara lain, dialek Johor di Negeri Johor yang terletak paling selatan, dialek Perak di Perak Darul Ridzuan, dialek Melaka di Negeri Melaka sebelah utara Johor, dialek Kedah yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman, dan terakhir dialek Sarawak yang terletak di Malaysia Timur atau di Pulau Kalimantan yang disebut juga dengan Pulau Borneo. Kata /kapal/ yang terdapat di dalam BM Piawai (standar) dapat dijadikan sebagai contoh yang jelas. Meski tetap direalisasikan menjadi /kapal/ di Johor, Melaka dan Sarawak, di Perak ia malah direalisasikan (baca; diucapkan) menjadi /kap / dan di Kedah direalisasikan menjadi /kapaj/. Contoh lain yang lebih mencolok perbedaannya adalah kata /pagar/. Di Johor orang menyebutnya /paga/, di Perak orang menyebut /pag/, akan tetapi di Melaka malah disebut /pagaw/, di Kedah disebut /paga?/ (dengan glotal atau hamzah di akhir) dan di Sarawak menjadi /pagaR/. /r/ yang terdapat di akhir kata /pagar/ ternyata direalisasikan dengan cara yang berbeda-beda oleh dialek-dialek ini dan justeru karena perbedaan-perbedaan kecil nan khas inilah mereka menjadi dialek.

Pendahuluan Di antara tataran kebahasaan yang paling mendasar adalah tataran fonem. Tataran ini berada pada tataran bunyi terkecil dari sebuah bahasa, yang juga memiliki sistemnya sendiri. Di dalam ilmu linguistik, cabang ilmu yang mempelajari sistem fonem dalam sebuah bahasa disebut Fonologi. Fonologi adalah ilmu bunyi, yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi atau alat ucap itu disebut fon (phone). Sementara itu, fonem adalah satuan bunyi terkecil dari sebuah bahasa yang mampu menunjukkan kontras makna. Apabila kontras makna tidak terjadi, maka sebuah bunyi bahasa tidak dapat disebut sebagai sebuah fonem yang berbeda. Kontras makna ini adalah syarat bagi keabsahan sebuah fon atau bunyi bahasa untuk disebut sebagai fonem. Satu unit ujaran yang bermakna (bisa morfem dan bisa pula kata) terdiri dari beberapa satuan bunyi. Misalnya kata pagi. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi atau fonem yaitu /p/, /a/, /g/ dan /i/. Terjadinya sebuah fonem bisa ditunjukkan dengan melakukan perbandingan fitur. Anggapan bahwa bunyi p dan b masing-masing merupakan fonem yang berbeda dapat diterima setelah membandingkan kedua bunyi tersebut pada kata pagi dan bagi. Kata pagi menunjukkan waktu, dan kata bagi menunjukkan kata kerja. Kedua-duanya secara makna berbeda. Dari perbedaan itu disimpulkan bahwa anggapan p dan b berbeda adalah benar. Fonologi BM diterangkan dengan terlebih dahulu membicarakan fonem. Fonem vokal, konsonan, diftong dan beberapa alofon merupakan hal-hal yang dibicarakan. Penjelasan kemudian diakhiri dengan menerangkan pola suku kata di dalam BM.

1.0

DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology .

Bidang ini juga umumnya disebut sebagai fonemik atau functional phonetics . Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi
bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.

2.0

DEFINISI FONETIK

Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciriciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik

bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik. Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyibunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyibunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

3.0

DEFINISI BAHASA

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri, tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi. Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup. Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29). Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. Apabila

seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa. 3.1 Bunyi Bahasa Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Pada

Kita sedia

memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. artikulasi adalah alat-alat atau bunyi-bunyi bahasa. Alat organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan

3.2 Alat-alat Pertuturan Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji buyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti yang berikut :

3.3

Fungsi Alat Pertuturan Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Alat-alat sebutan

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bibir Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Lidah

Rongga tekak Rongga mulut Rongga hidung Paru-paru Peti suara dan pita suara

Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator. Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong.Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i] Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik [a] [] [i] [] [o] [u] Contoh perkataan anak, tanah, lada ela, semak, sate iring, kita, seri emak, betul obor, botak, moto ular, sultan, saku
X terdapat dihujung perkataan

Nota

Konsonan asli bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak

sempurna, yakni tidak diletupkan.Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. Suku Kata Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata: 1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata KV VK KKVK Contoh yu am draf, gred. brek

2. Kata tunggal dua suku kata Suku Kata V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + KVK Contoh ibu, ela, era air, aib adat, emas anda, unta, angsa antah, untuk, ingkar, bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata

Suku Kata KV+V+KV KV + V +KV V + KV + V KV+KV+VK KV+KVK+KVK

Contoh biasa, cuaca, suara kaedah abai, usia maruah, peluang kelompok, kumandang

4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata KV+KV+KV+KV KV+KV+KV+KVK KVK+KV+V+KV Contoh panorama masyarakakat sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah: universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata) Dialek Dialek (dari bahasa Yunani , dialektos), adalah varian-varian sebuah bahasa yang sama. Varian-varian ini berbeda satu sama lain, tetapi masih banyak menunjukkan kemiripan satu sama lain sehingga belum pantas disebut bahasa-bahasa yang berbeda. Biasanya pemerian dialek adalah berdasarkan geografi, namun bisa berdasarkan faktor lain, misalkan faktor sosial. Sebuah dialek dibedakan berdasarkan kosa kata, tata bahasa, dan pengucapan (fonologi, termasuk prosodi). Jika pembedaannya hanya berdasarkan pengucapan, maka istilah yang tepat ialah aksen dan bukan dialek.

Variasi Bahasa Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami Dialek oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Idiolek Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Variasi bahasa

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, Dialek sosial dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

Contoh:

Imbuhan Pengimbuhan yang berlaku kepada kata kerja di dalam dialek Kedah ini meliputi imbuhan meN-, teR- dan beke-. Di antara semua jenis ini, imbuhan meN- lebih merupakan gambaran daripada pengwujudan kata yang disengau dan tidak disengaukan. Alomof me- yang disengaukan biasanya berlaku sebelum kosongan sengau, konsonan sisian {i} dan konsonan fikatifuvular{r}.

Awalan meNAwalan meN- di dalam dialek Kedah seringnya membawa makna kebiasaan atau perbuatan yang dilakukan dalam batas waktu yang agak panjang . Perkataanperkataan seperti: {memotong} {memukoy}{menanam} {mengaet} {menjait}

sudah jelas menunjukkan suatu perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan penduduk penuturnya.

Pola meN-

Pola meN- sebenarnya tidak sahaja menunjukkan kebiasaan tetapi juga boleh mengambarkan ciri-ciri tertentu pada nama yang dirujuk. Misalnya kata {menyombong}dan {memakai}sudah dengan sendirinya mengambarkan sifat yang dimiliki olah seseorang. Kebiasaan seseorang itu pula tidak hanya dikaitkan dengan pelaku kerana kebiasaan juga boleh berlaku dan dibina melalui tradisi masyarakat. Dan perlakuan pada satu-satu ketika sudah menjadi adat dalam kehidupan masyarakat berkenaan. Lihat saja kepada perkataan-perkataan berikut: {menengok} {meminang} {memangge} Ketiga-tiga kata di atas jelas menjadi budaya kata di dalam masyarakat Kedah sebelum kenduri kahwin berlangsung.

Imbuhan meNDi dalam beberapa keadaan lain pula, imbuhan meN- boleh membentuk dua kelainan kata terbitan hasil daripada proses pengimbuhannya. Pola meN- + kata nama boleh menerbitkan "kata kerja" dan sebaliknya pula meN + kata kerja telah menerbitkan "kata nama". Perkara ini dapat dilihat pada contoh di bawah :

meN + ekor {KN} meN + potong

{mengekoR} {KK} {memotong }

menurut ke mana sahaja .

menoreh getah

Awalan teR-

Awalan teR-, dan beR- pula mempunyai pola masing-masing mengikut rentak penggunanya yang tertentu. Seperti di dalam dialek standard, imbuhan teRmendukung makna perbuatan yang tidak sengaja berdasarkan kepada penyingkatan dialek yang dituturkan. Dan sesuatu yang barangkali jelas membezakan pola imbuhan ini dengan imbuhan teR-dalam dialek standard ialah pengekalan 'te' sebagai imbuhan tetap kepada teR-. Perhatikan contoh-contoh berikut: Ejaan Standard {tercabut} {terjengul} {tergambar} EjaanDialekKedah {tecabut} {tejengoy} {tegambaR}

Imbuhan peRKeadaan ini juga sama dengan apa yang berlaku di dalam penentuan imbuhan peRyang lebih banyak meninggalkan fungsinya sebagai pengwujudan nilai sebab musabab kepada penutur dialek ini. Misalnya: {peRangat} {pebaik} {pependek} {menghangatkan} {memperbaiki} {memendekkan}

Imbuhan beR-

Imbuhan beR- pula meninggalkan fungsi bila ia digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata kerja dan kata nama yang akan melahirkan makna kata yang tertentu. Bunyi pengucap pada imbuhan beR- ini kerapkali tidak mengikut susunan bunyi dialek standard yang nyata pegangannya. Dan kebiasaannya yang wujud daripada cantuman imbuhanbeR- ini dapat dilihat pada aturan di bawah:

i}beR- + kata kerja beR + {gomoi} beR + {hempas} ii}beR + kata kerja beR +{kelewa} beR +{serungas} iii}beR +kata nama beR +{baw}

perbuatan menyaling {begomoi}-bergaduh seperti bergusti {beRempayh}-bertumbuk perbuatan tanpa tujuan {bekelewa}-merayau tanpa tujuan {beseungayh}-menjadikan tidak kemas memiliki atau mempunyai {berbaw}-mempunyai bau

Imbuhan bekeImbuhan beke- pula barangkali merupakan imbuhan yang janggal kepada bahasa standard. Tetapi di dalam dialek Kedah merupakan imbuhan biasa yang kerap pula digunakan. Sebagai contohnya:

{beketeia} {bekemutih} {bekeseungayh}

menangis bersama-sama - nampak tidak kemas

- nampak penuh dengan warna putih

Suprasegmental Bahasa Melayu

Fonem suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpang sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpang bunyi segmental. Fonem suprasegmental ini bukannya bunyi segmental atau bunyi penggalan tetapi ciri yang hadir bersama dengan cara menumpang bunyi penggalan.Terdapat empat unsurunsur dalam suprasegmental iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Tekanan juga merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Tekanan dalam perkataan bahasa Melayu lazimnya berlaku pada suku kata yang kedua seperti dalam perkataan /kita/, /bapa/, /satu/. Tekanan tidak membezakan makna. contoh ciri suprasegmental bagi tekanan adalah seperti berikut : Contohnya : 1. 2. 3. 4. 5. 6. [amboi kea Rasa] [hai-hai saya] [hai-hai sayang, intan payung mai mai mai] [sakit kaki? Kenapa] [awat ?] [polis]

Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi sekali). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekan dan turun hingga 1. Berdasarkan rakaman tersebut, contoh ciri suprasegmental bagi nada adalah seperti berikut :

Contoh : 1. 2. Jeda

[ amboi belaha? deRayh nh ] [ Saya intan payu mai mai ]

Jeda juga disebut sebagai persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna.

Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya telah speksifikasi rakaman tersebut seperti berikut : Tajuk Masa Dialek Bil. Watak Watak : TeleMovie slot Akasia GRO : Rakaman ditranskripsikan pada minit ke 6.25 saat : Kedah : 2 orang : Nabil dan Fikri

TeleMovie slot Akasia GRO ( AYAT DIALEK KEDAH )

Intro Nabil : Hai dalam kuku pun ada kambin? Fikri : Bek.. Nabil :Uit misin basoh. Hai misin basoh. Ish hang ni Fikri : Misin basoh mai kot mana? Nabil : Amboi mai tergedik-gedik, tergedik-gedik pasai pa. Awat? Fikri : Hang tau malam ni aku pangge hang pasai apa? Nabil: Tak tau.. Fikri: Aku nak bagi hang jadi GRO. Nabil: GRO!! hehehe.. sukanya aku GRO. Abis dia orang tu macam mana? Haa kalau nak tau tengok ni "Ushar Lagi". ............................................................................................................................................ .......... Di suatu tempat yang sunyi Nabil: Amboi. Kenyang rasa. Lega hati.. Arrggghhhhhhh..( bunyi berlahak) Alhamdunillah.. Fikri : Hoi.. Nabil: Oii misin basoh jatoh.. Fikri : Misin basoh jatoh kot mana? Amboi berlahak.. Deras noh... Nabil : Hang. Gelocoh.. Fikri : Gelojoh tang mana? Nabil : Awat lambat sangat? Fikri : Aku pangge hang mai malam ni sebab aku nak bagi hang jadi GRO. Nabil : GRO?Ai.. tak mau jadi GRO.. jadi GRO berdosa.. mak saya marah.. tak mau.. Fikri: Ni..ni.. Dak..dak. Mai sini dulu.. Dengaq aku cakap dulu tak abis lagi.. GRO bukan GRO hak dok nuhnuhnuh.. Bukan.. Nabil : Abis? Fikri : GRO ni singkat daripada Gaya Ragut Orang..

Nabil: Ragut orang? Lagi nak mampuih.. Lolaq hang.. Fikri : Hang pukui aku lagi.. Nabil: Tak mau.. Fikri: Hai..Hai sayang.. Intan payung mai mai mai.. amboi panggil intan payung mai.. nih.. Nabil: Awat? Fikri : Kita, hang mau duit dak? Nabil : Hai duit mesti la nak.. Fikri : Nak kan.. cara orang berjalan pun boleh ragut kan, kita naik moto pun orang buleh ragut lani tak pa biar aku jadi mangsa, hang jadi.. Nabil: GRO.. Fikri: Tu.. GRO kot mana? Nabil: GRO tu Gaya Ragut Orang.. hang yang kata tadi.. Fikri: Dak aih. Nabil: Aku tak mau, aku nak ragut jugak mai.. Fikri: Oi belum lagi.. Nabil : Ha cepat-cepat hang jadi cepat.. Fikri: Aku jalan Nabil : Ha aku nak ragut lekas Lakonan ragut.. Fikri : Eh aduih, aduih, aduih.. Nabil : Ha nah makan bulu kaki Fikri: Hoi, awat woi.. oii jangan lari.. amboi mai ni Nabil : Awat pulak Fikri : Amboi hang pukui aku sakan noh. Hang tak tau aku sakit kaki ni Nabil : Sakit kaki ? Kenapa? Fikri : Hang tau kaki aku kena pa?

Nabil : Kena pa? Fikri : Kena sengat ikan pari.. Nabil : Mai tang mana sengat ikan pari plak Fikri : Hak ni bukan duri ikan pari hak ni paku.. Nabil : Paku? Fikri: Allah.. botak!! Oi..oi.. malu kat orang botak.. ui malu-malu.. Nabil : Awat abang buat mcm ni Fikri : Sabaq la.. Kedengaran bunyi siren.. Fikri : Hang dengaq dak, dengaq dak? dengaq dak ? Nabil : Dengaq, dengaq? Ambulan.. Fikri: Ui.. bukan ambulan Nabil : Haa? Fikri : Polis! Nabil : Ha polis? Fikri : Polis.... Nabil :Polis....

TeleMovie slot Akasia GRO ( SEBUTAN BAKU )

Intro Nabil: Hai dalam kuku pun ada kambing? Fikri : Bek.. Nabil :Uit mesin basuh. Hai mesin basuh. Ish kamu ini. Fikri : Mesin basuh datang dari mana? Nabil : Amboi datang tergedik-gedik, tergedik-gedik sebab apa. Kenapa? Fikri : Kamu tahu malam ini saya panggil kamu sebab apa? Nabil: Tidak tahu.. Fikri : Saya hendak kamu jadi GRO. Nabil : GRO!! hehehe.. sukanya saya GRO. Habis mereka yang lain macam mana? Haa kalau hendak tahu, tengok ini "Ushar Lagi". ............................................................................................................................................ Di suatu tempat yang sunyi Nabil : Amboi. Kenyang rasa. Lega hati.. Arrggghhhhhhh..( bunyi berlahak) Alhamdunillah.. Fikri: Hoi.. Nabil: Oii mesin basuh jatuh.. Fikri: Mesin basuh jatuh dimana? Amboi berlahak.. Kuat bunyinya... Nabil : Kamu.. Gelojoh.. Fikri : Di mana yang gelojoh? Nabil: Kenapa lambat sangat? Fikri : Saya panggil kamu datang malam ini sebab saya hendak bagi kamu jadi GRO. Nabil: GRO? Ai.. tidak mahu jadi GRO.. jadi GRO berdosa.. mak saya marah.. tidak mahu.. Fikri : Ini..ini.. Bukan-bukan. Datang sini dulu.. Dengar saya cakap dulu tidak habis lagi.. GRO bukan GRO yang seperti tuuuuuuuuuhhhhhhh.. Bukan.. Nabil : Habis? Fikri : GRO ini singkat daripada Gaya Ragut Orang.. Nabil : Ragut orang? Lagi hendak mati.. Teruk betul kamu..

Fikri : Kamu pukul saya lagi.. Nabil : Tidak mahu.. Fikri : Hai..Hai sayang.. Intan payung datang, datang, datang.. amboi panggil intan payung datang.. ini.. Nabil : Kenapa? Fikri : Kita, Kamu mahu duit kan? Nabil : Hai duit mesti.. Fikri: Mahu kan.. cara orang berjalan pun boleh ragut kan, kita naik motor pun orang boleh ragut sekarang ini tidak apa biar saya jadi mangsa, kamu jadi.. Nabil: GRO.. Fikri: Itu.. GRO? Nabil : GRO itu Gaya Ragut Orang.. kamu yang kata tadi.. Fikri: Bukan.. Nabil : Saya tidak mahu, saya hendak ragut juga sekarang.. Fikri : Oi belum lagi.. Nabil: Ha cepat-cepat kamu jadi cepat.. Fikri: Saya jalan.. Nabil: Ha Saya ragut sekarang Lakonan ragut.. Fikri : Eh aduh, aduh, aduh.. Nabil: Ha makan bulu kaki.. Fikri: Hoi, Kenapa? Oii jangan lari.. amboi datang sini Nabil : Kenapa pula? Fikri Amboi dasyat kamu pukul saya. Kamu tahu saya sakit kaki. Nabil : Sakit kaki ? Kenapa? Fikri: Kamu tahu kenapa dengan kaki saya? Nabil : Kena apa?

Fikri : Kena sengat ikan pari.. Nabil : Datang mana sengat ikan pari? Fikri: Hak ini bukan duri ikan pari hak ini paku.. Nabil : Paku? Fikri : Allah.. botak!! Oi..oi.. malu dengan orang.. Botak.. ui malu-malu.. Nabil : Kenapa abang buat macam ini? Fikri : Sabar.. Kedengaran bunyi siren.. Fikri: Kamu dengar tidak? Dengar tidak? Dengar tidak ? Nabil : Dengar, dengar.. Ambulan.. Fikri: Ui.. bukan ambulan Nabil : Haa? Fikri: Polis! Nabil : Ha polis? Fikri: Polis.... Nabil :Polis....

Penutup

Melalui kerja kursus ini terdapat banyak yang kita dapat pelajari daripada bahasa Melayu itu sendiri dimana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada 2 iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik berkaitan kajian tentang fungsi dan struktur bunyi bahasa. Di samping itu saya juga mengkaji bagaimana penghasilan vokal, konsonan dan diftong. Setelah mengkaji,vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak halangan semasa udara keluar dari peparu.Lidah dan bibir memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan bunyi yang tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung amat penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu saya juga membuat kajian tentang diftong. Ia merupakan hasil daripada penggabungan dua vokal. Antaranya ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ]. Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearahdaerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih mendalam,carta vokal,konsonan dan diftong dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini.

Refleksi Tugasan

Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkani. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah saya pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang membuat kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu kumpulan pengajian dan menaip hampir 10000 patah perkataan. Tambahan lagi saya telah banyak mempelajari tentang bahasa Melayu ini. Saya pada mulanya memikirkan bahasa Melayu ini hanya direka secara tidak sengaja sahaja, tetapi setelah kajian demi kajian dilakukan akhirnya saya menyedari bahawa bahasa Melayu mempunyai cara-cara penghasilannya tersendiri. Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya dapat ini terus berada didalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bibliografi

Abdullah Hassan (1966), "Pertandingan Tatabahasa antara Dialek Kedah dan Dialek Perak" Kertas Kerja Iimiah Sarjana Muda Sastera, JPM UM. Abdullah Hassan. (2005). Fonologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Ajid Che Kob. (1985). Dialek Geografi Pasir Mas . Selangor : Penerbitan UKM Ali Mahmood, Mashudi Bahari dan Lokman Abd Wahid. (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu HBML1203. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. Asmah Hj Omar, (1980), "Persepsi dan Kenyataan seperti yang tergambar di dalam Dialek Kedah" dlm. Dewan Bahasa bil. 12 jld. 24. Asmah Hj Omar, (1986), Bahasa dan Alam pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, DBP. Asmah Hj Omar, Prof., Dr. (1977), Kepelbagaian Fonologi Dialek- dialek Melayu, Kuala Lumpur, DBP. Farid Mohd Onn. (1980)." Perubahan Bahasa dan Kajian Dialek- satu pendekatan tatabahasa Generatif " dlm. Dewan Bahasa bil. 6 jil. 24. Ismail Dahaman et al. (1997). Glosari dialek Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussin. (1973)." Malay Dialect in Malay Penasular " dlm. Nusantara. jil.3{2} J.K. Chambers et al. (1990). Dialektologi . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James T.Collins. (1983). Dialek Ulu Terengganu . Selangor : Penerbitan UKM James T.Collins. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suhendra Yusuf. (1998). Fonetik dan Fonologi . Jakarta : Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama. Zaharani Ahmad dan Teoh Boon Seong. (2006). Fonologi Autosegmental : Penerapanya pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm http://www.mykedah2.com/10heritage/106_3.html http://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.html http://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=