Anda di halaman 1dari 12

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 Ekonomi Token Dalam Pengurusan Tingkah Laku Pengenalan

Seorang guru atau pasangan suami isteri, seringkali merasa kebingungan bagaimana harus mengawal tingkahlaku anak. Kadang kala guru dan ibu bapa merasa kecewa dengan tingkah laku anak. Mereka agak kebingungan bagaimana cara menghentikan perilaku negatif anak. Reaksi guru atau ibu bapa yang sering kita jumpa adalah membentak, meninggikan tekanan suara, berteriak, bahkan melakukan kekerasan fizikal terhadap anak-anak seperti mencubit, menampar, menarik rambut, memukul atau menekan bahagian tubuh anak. Tindakan kekerasan ini baik dari segi fizikal atau mental kini dikenali sebagai buli(bullying). Anak kecil masih belajar yang mana perkara yang baik dan yang mana perkara yang buruk. Apabila kita hanya memberikan reaksi negatif saja pada anak, maka banyak risiko dan kesan yang buruk akan muncul. Konsep kendiri, keyakinan diri, self-efficacy anak akan menjadi lemah, anak menjadi agresif, berperilaku kasar, mengalami gangguan dalam perkembangan, dan mungkin anak-anak akan mengalami gangguan jiwa apabila terus-menerus menerima kekerasan mental atau pun fizikal. Anak juga perlu dihargai, seperti kita merasa perlu dihargai atas pekerjaan atau perilaku baik yang kita lakukan (golden rules), kita sering berpikir kita ingin diperlakukan orang seperti kita memperlakukan orang dengan baik, begitu pula anak-anak juga ingin dihargai dengan diberikan penghargaan. Ekonomi Token adalah satu teknik yang amat baik dalam mendidik anak-anak berkelakuan yang sewajarnya.

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 Apakah Ekonomi Token? Ekonomi Token adalah program modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk meningkatkan tinglahlaku yang diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini melalui penggunaan Token (tanda-tanda). Individu akan menerima token setelah menunjukkan tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya individu menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan kemudian ditukar dengan peneguh (back up reinforcer)seperti hadiah atau penghargaan. Apakah Tujuan Token Ekonomi? Tujuan utama Ekonomi Token adalah untuk meningkatkan tingkahlaku yang diinginkan dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diinginkan. Ekonomi Token sering digunakan di rumah sakit jiwa atau pusat pemulihan akhlak untuk mengawal tingkahlaku individu yang tidak dapat diramalkan atau agresif. Bagaimanapun, tujuan yang lebih utama adalah untuk mengajar tingkahlaku yang sesuai dan ketrampilan-ketrampilan sosial yang positif dan wajar.

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 Bagaimana ingin memulakan Token Ekonomi? Fasa 1 Data Dasar Rekodkan Pemerhatian Tingkah Laku Sebelum menjalankan intervensi, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku responden terlebih dahulu. Pemerhatian dilakukan semasa responden mengikuti pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Selain itu, pengkaji juga memerhatikan gerak geri responden ketika mereka makan di kantin dan ketika responden bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Pemerhatian ini bertujuan untuk melihat perwatakan responden, serta masalah tingkah laku responden secara rawak. Kenalpasti Tingkah Laku Sasaran Walaupun pemerhatian ke atas responden telah dijalankan, tingkah laku negatif yang ingin diperhatikan adalah masih belum jelas. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah temubual dan senarai semak untuk mengenalpasti tingkah laku negatif responden. Apabila maklumat berkenaan tingkah laku negatif responden telah siap dikumpulkan, pengkaji meneliti dan mengenalpasti tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh responden dan menyenaraikan tingkah laku tersebut. Tingkah laku yang paling kerap dan sering mengganggu kelancaran proses pembelajaran akan dianggap tingkah laku sasaran. Berikut adalah hasil dapatan daripada senarai semak yang telah diagihkan kepada guruguru yang mengajar responden. Melalu dapatan ini, pengkaji telah memilih dua jenis tingkah laku negatif yang paling kerap ditunjukkan oleh responden iaitu tingkah laku mendiamkan diri ketika disoal dan mengasingkan diri dari aktiviti pembelajaran. Fasa 2 Intervensi Pemilihan Token Pengkaji telah memilih token bintang yang dirasakan bersesuaian bagi kajian ini. Penkaji mendapati bahawa token bintang adalah sistematik dan sesuai digunakan kerana ianya cepat dan mudah diberikan kepada responden. Token diberikan kepada responden dengan cara melukis simbol bintang ke atas jadual token ekonomi. Jika sebarang tingkah laku

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 negatif wujud, token bintang yang dilukis dengan pen marker akan dipadam oleh pengkaji. Peraturan Kelas Pengkaji telah menetapkan peraturan dalam bilik darjah dan peraturan ini haruslah dipatuhi oleh responden. Jika responden melanggar peraturan yang diberi, token bintang akan dipadam dari jadual token ekonomi. Peraturan yang telah ditetapkan oleh pengkaji diterangkan terlebih dahulu kepada responden demi mengelakkan kekeliruan. Pengkaji memastikan agar semua responden faham tentang isi peraturan dan membuat demonstrasi bagaimana responden boleh mendapatkan token bintang. Perolehan Token Token diberikan setiap kali responden melakukan tingkah laku positif yang disasarkan oleh pengkaji. Pengkaji memberitahu kepada responden bahawa setiap tingkah laku positif yang mereka tunjukan mempunyai nilai yang tersendiri. Nilai tingkah laku ini ditetapkan sendiri oleh pengkaji dan dipamerkan di dalam bilik darjah sebagai bahan rujukan ketika pemberian token dibuat. Dengan wujudnya nilai bagi setiap tingkah laku ini, responden akan berusaha mengumpul token disamping melakukan sesuatu tingkah laku yang lebih baik dari semasa ke semasa. Jadual 3 menunjukkan nilai token bagi setiap tingkah laku positif. Menu Ganjaran Pemilihan menu ganjaran adalah berdasarkan minat responden. Responden diingatkan supaya berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang diidamkan dengan mengumpul token bintang sebanyak yang mungkin. Jika responden berjaya mengumpul token seperti jadual dibawah, responden akan mendapat ganjaran yang mereka inginkan. Jika responden tidak berjaya mencapai sasaran tersebut, responden hanya akan mendapat ganjaran yang kecil sahaja.

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 Penarikan Token Dendaan atau hukuman terhadap responden dikenakan dengan cara penarikan balik token. Penarikan balik token adalah dendaan yang diberikan kepada responden jika responden melakukan tingkah laku negatif (Abdul Rahim, 2009). Jika responden melanggar peraturan bilik darjah, token bintang akan dipadam dari jadual token. Jumlah penarikan token adalah bergantung kepada kehendak pengkaji. Fasa 3 Susulan Rekodkan Perubahan Tingkah Laku Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat pemerhatian secara sistematik dengan menggunakan borang data perekodan kekerapan atau peristiwa iaitu event recording. Pemerhatian ini telah direkodkan dengan cara tally counting. Melalui pemerhatian ini, pengkaji dapat mencatatkan jumlah tingkah laku yang diperhatikan dalam tempoh masa yang telah dirancang serta melihat perubahan tingkah laku responden (rujuk lampiran B). Selepas perlaksanaan sistem token ekonomi, pengkaji akan menilai kembali perubahanperubahan tingkah laku ke atas responden yang disasarkan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ke atas responden, perubahan tingkah laku responden dapat dilihat menerusi Rajah 2 dan Rajah 3. Melalui rajah ini, pengkaji dapat membuat perbandingan prestasi responden sebelum, semasa dan selepas token ekonomi digunakan ke atas responden.

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 PENERANGAN PROSES PERLAKSANAAN SISTEM TOKEN EKONOMI 1. Mengenali dengan jelas tingkahlaku yang ingin diubah. Definisikan perilaku tersebut secara spesifik, dapat diamati (observable) dan dapat diukur supaya implementasinya berterusan. 2. Pilih jenis token yang akan digunakan. Token adalah satu keadaan atau benda yang mempunyai nilai (value) yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan kepada sesuatu peneguhan tingkahlaku. Banyak benda yang dapat di pakai sebagai token. Anda dapat menggunakan wang mainan, kelereng, kacang, kancing, sticker. Pilih token yang mudah untuk dihitung, dapat dilihat, disukai, sukar untuk dipalsukan dan selamat digunakan. 3. Pilih peneguh (back-up reinforcer) atau hadiah yang boleh ditukar dengan token . Pilih hadiah yang dapat ditukar dengan token yang telah dkumpulkan. Hadiah ini tidak perlu mahal, contohnya seperti wang saku tambahan atau waktu santai atau istimewa (privilage), memberikan makanan kesukaan atau boleh menonton rancangan TV kesukaan. Kejayaan strategi Ekonomi Token bergantung kepada tawaran yang menarik atau kenikmatan daripada mendapat motif peneguhan. 4. Hitung berapa nilai token untuk suatu perilaku. Anda perlu tetapkan berapa nilai token untuk suatu tingkahlaku yang diinginkan. Contohnya datang awal ke kelas bernilai 1 token, mengangkat tangan sebelum bertanya bernilai 1 token, menyelesaikan semua soalan dengan betul 5 token. 5. Berapa harga untuk hadiah yang akan ditukar dengan token. Anda juga perlu mengatur berapa harga hadiah yang dapat ditukar dengan jumlah token. Misalnya 100 token dapat ditukar dengan wang saku tambahan sejumlah RM 2, menonton TV kesukaan bernilai 10 token, main game di komputer 10 token. Anda perlu mengatur dan menjaga ketetapannya. 6. Buatlah Bank Token. Anda perlu mengorganisasikan token untuk anak murid atau anakanak anda. Anda perlu mencatat atau mengorganisasikannya secara teratur, oleh itu anda memerlukan Bank Token. Bank Token boleh berbentukToples untuk token yang berupa

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 kancing, kelereng, atau benda lain yang tidak dapat ditempal. Ia juga boleh berupa papan atau kertas yang dapat ditempal atau ditulis. Token perlu ditempatkan di tempat yang dapat dilihat oleh semua supaya penyelewengan dapat dielakkan. 7. Tentukan bila waktu penukaran token. Menentukan waktu untuk menukar token yang sudah dikumpulkan anak-anak. Anda perlu membuat kesepakatan dengan anak-anak bilakah mereka dapat menukarkan token secara berkala. 8. Implementasikan Program ini.Jelaskan program Ini. Anda harus menjelaskan bagaiman program ini akan dilaksanakan. Berikan Token beserta pujian. Ketika mengimplementasikan Ekonomi Token, pujian harus selalu diberikan untuk perilaku positif yang diinginkan. Pada masa anak menunjukkan perilaku yang diinginkan, token dan pujian harus diberikan dengan cepat dan tidak boleh ditunda. Kurangi token dan kekalkan pujian. Untuk perilaku baru yang positif token hendaklah diberikan. Token dikurangkan apabila perilaku tersebut sudah mula dimiliki oleh anak, namun pujian tetap diberikan sebagai peneguhan apabila anak menunjukkan perilaku yang benar. Token tetap diberikan untuk perilaku-perilaku baru yang harus dikuasai oleh anak. Hal ini dilakukan supaya anak tidak bergantung pada token sehingga anak dapat belajar pada kehidupan sosial sebenar. Buat penyesuaian yang diperlukan. Untuk menjaga motivasi dan minat anak, sesuaikan harga untuk hadiah yang akan ditukar dengan token dan sesuaikan sasaran aras kesukaran tingkahlaku. Hal ini perlu dilakukan supaya anak terus terlibat dalam Ekonomi Token. Apabila perilaku terlalu mudah atau terlalu sulit maka anak akan tidak bermotivasi untuk terlibat aktif dalam program ekonomi token. Anda harus membuat keseimbangan di dalam program token supaya sesuai dengan kemampuan, minat dan motivasi anak-anak.

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 Langkah-Langkah Pelaksanaan Token Ekonomi (tambahan). 1. Kenalpasti terlebih dahulu tingkahlaku yang mahu diubah. 2. Lakukan satu 'baseline' untuk mengetahui apakah yang diperlukan untuk mengubah tingkahlaku tersebut dengan berkesan. 3. Kenalpasti peneguhan yang sesuai berdasarkan dapatan daripada 'baseline'. Peneguhan yang sesuai biasanya bersifat 'extrinsic' seperti ganjaran wang ringgit, markah tambahan atau hadiah. Yang penting peneguhan itu mestilah dapat menggalakkan kepada perubahan tingkahlaku. 4. Pilih token yang mahu digunakan. Token biasanya adalah dalam bentuk benda yang boleh mewakili sesuatu peneguhan itu. Contohnya seperti 'sticker', cop, plastik coin ataupun kad. 5. Kenalpasti bantuan sedia ada. Ini bergantung pada situasi. Kalau ada, ada... Kalau tiada pun tak pe.. Tapi bantuan sedia ada biasanya adalah orang yang boleh membantu dalam proses perubahan tingkahlaku itu misalnya seperti sukarelawan, guru, ataupun saya. 6. Pilih satu tempat atau lokasi yang sesuai. Biasanya ini bergantung kepada apakah dan siapakah sasaran kita yang mahu diubah tingkahlakunya. Jika pelajar sekolah tempatnya di bilik darjah atau sebaliknya. Biasanya dalam mengunakan kaedah token ekonomi modifier tidak memiliki banyak pilihan. 7. Dalam hal ini adalah penting untuk pastikan peneguhan yang dijanjikan memang benarbenar wujud. Selain itu, modifier perlu menjelaskan prosuder penukaran dan kegunaan token dengan jelas dan yang penting mesti ada rekod atau catitan yang menandakan jumlah token yang diberi.

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 Contoh token-token yang digunakan dalam token ekonomi:

Poker chips Smiley Syiling Replika wang kertas Setem Stiker Bintang Tanda pada kad indeks Tanda pada papan tulis Marbles Plastik yang digunting membentuk lingkaran atau persegi Kupon Lubang pada kad Cop pada kad Potongan puzzle yang dapat digabungkan menjadi sebuah puzzle bergambar

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043 CONTOH-CONTOH BAHAN EKONOMI TOKEN

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043

KEKUATAN DAN KELEMAHAN TOKEN EkONOMI KEKUATAN Token dapat digunakan untuk meneguhkan tingkah laku sasaran dengan segera setelah tingkah laku tersebut ditunjukkan. Token ekonomi sangat berstruktur, oleh itu, sasaran tingkah laku yang ingin diteguhkan lebih konsisten. Token digeneralisasikan sebagai peneguh terlazim kerana ianya dipasangkan dengan pelbagai peneguh yang lain. Implikasinya, token berfungsi sebagai peneguh meskipun terdapat operasi spesifik tertentu yang mungkin ada untuk individu pada setiap masa. Token dapat dikuantifikasi dengan mudah sehingga tingkah laku yang berbeza dapat diterima. Tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan individu dapat diberi penghargaan dengan segera. Hadiah adalah sama nilainya untuk semua individu dalam suatu kelompok. Penggunaan response cost lebih sedikit risiko berbanding dengan bentuk-bentuk hukuman yang lain. Individu dapat mempelajari kemahiran-kemahiran yang terlibat dalam perancangan masa depan dengan menyimpan token untuk pembelian yang lebih besar.

KELEMAHAN Penggunaan token ekonomi melibatkan usaha dan masa yang banyak semasa mengendalikan intervensi. Memerlukan kos yang banyak untuk penyediaan peneguh simpanan.

[PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS] KBK 3043

Anda mungkin juga menyukai