Anda di halaman 1dari 9

Permainan Kanak-kanak Kategori Jaringan

1.0 TAJUK PERMAINAN

"Penampas

Sedas"

merupakan

permainan

kategori

jaring/dinding.

Permainan ini diberi nama "Penampar Sedas" kerana menggunakan tapak tangan untuk menampar bola. 2.0 MATLAMAT PERMAINAN Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syaratsyarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan. Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jarring / dinding. Nama permainan ini ialah "Penampar Sedas". Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

3.0 OBJEKTIF PERMAINAN 3.1: Bidang Psikomotor

Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan kecil kategori jaringan/ dinding. Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf, kelajuan, imbangan, kelenturan dan daya tahan secara maksimum. Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan Tahap Dua. Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini. Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan. 3.2: Bidang Kognitif Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu. Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan permainan tersebut. Dapat membandingbeza permainan permainan tradisional yang sebenar. kecil yang dilakukan dengan

Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yang dipilih. 3.3: Bidang Efektif Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan. Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya. Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar. Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

4.0 TARIKH Amali permainan kanak-kanak ini dijalankan pada 4/10/2011. 5.0 JANGKA MASA Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu set permainan ialah apabila pungutan mata mencapai 10 markah. 6.0 TEMPAT Gimnasium IPG Kampus Perlis 7.0 KUMPULAN SASARAN Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. 8.0 BILANGAN PESERTA Setiap kumpulan terdiri memerlukan 2 kumpulan. daripada 5 orang. Dalam setiap permainan

9.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 9.1 Jawatankuasa Kerja

PENSYARAH PENASIHAT Pn Norazelina binti Awang @ Man (Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) PENGERUSI Ashaari bin Selamat NAIB PENGERUSI Fateen Amirah binti Ramli SETIAUSAHA

Fatimatuzahrah binti Zaudi NAIB SETIAUSAHA Nur Anita Binti Hasnan AJK PERALATAN Zalikha Asyran binti Akilul Nazar

9.2 Senarai Nama Peserta Dan Kumpulan

1. 2. 3. 4. 5.

Kumpulan Boboy Amir Farid bin Khairuddin Mohd Faris bin Ismail Mohd Haziem bin Baseri Amir bin Razak Abu Mansur bin Mod Hanapiah

Kumpulan Gegurl 1. Fatimah binti Zainal Abidin 2. Narermon Qetkeaw 3. Farah Hani binti Che Rani 4. Hafizati Husna binti Ibrahim 5. Sheril Mieza Yushima binti Md Yusoff

9.3 Senarai Semak Gerak Kerja

9.4 Senarai Alatan

Jaring

sarung tangan

bola

kon

9.5 Prosedur Pelaksanaan Permainan

9.5.1 Pelan Kedudukan Perlaksanaan Permainan

Cara bermain 1. Murid dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. 2. Setiap kumpulan dianggotai oleh 5 orang murid. 3. Setiap peserta diberikan satu sarung tangan yang diperbuat daripada kotak dan mereka dikehendaki menyarungnya pada tangan kiri. 4. Pada permulaan, seorang peserta akan menghantar bola dengan menggunakan kaki seperti dalam permainan sepak takraw kepada pemain tengah untuk servis bola kepada pihak lawan. 5. Permainan akan diteruskan sehingga mata penamat iaitu mata yang ke- 10. 1. Syarat-syarat permainan 1. Setiap peserta perlu memakai sarung tangan yang diperbuat daripada kotak di sebelah tangan kiri. 2. Peserta yang ingin menghantar bola kepada rakan sepasukan perlu melambung bola dan menendang bola menggunakan kaki sebelum bola dihantar kepada pihak lawan. 3. Hanya dua kali percubaan diberikan kepada setiap pasukan sekiranya bola gagal diservis. Servis akan berpindah ke pihak lawan. 4. Orang yang menservis dan menerima servis bola mestilah orang yang berlainan.

5. Pihak lawan yang menerima servis bola, hanya boleh menyentuh bola maksimum 3 kali sahaja dan seterusnya menghantar bola kembali. 6. Mata akan dikira apabila sekiranya bola jatuh atau tidak dapat disambut oleh pihak lawan. 7. Sekiranya berlaku penipuan, mata tidak akan dikira. Mata bonus akan diberikan kepada pihak lawan. Keselamatan Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang tertutup dan dapat membolehkan bola melantun apabila melantun ke lantai.

Pastikan jarak pemain antara kumpulan yang lain sesuai bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Bola yang digunakan mestilah lembut dan tidak terlalu keras. Contohnya fit ball.

Pakaian yang dipakai mestilah sesuai ( pakaian sukan yang lengkap).

Anda mungkin juga menyukai