Anda di halaman 1dari 7

PERSOALAN KAJIAN

Perkembangan ekonomi orang Melayu di Kelantan dikatakan agak mundur berbanding dengan taraf ekonomi orang Melayu di negeri-negeri lain, khasnya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Walaupun pada hakikatnya taraf hidup masyarakat Melayu Kelantan lebih kurang sama dengan orang-orang Melayu di negeri lain, namun KDNK yang direkodkan hanyalah berdasarkan data-data yang ada dan direkodkan sahaja. Ketiadaan rekod pendapatan sebenar masyarakat Melayu Kelantan menyukarkan pengkaji mengetahui tahap ekonomi mereka.

TINJAUAN BACAAN Banyak buku, risalah, jurnal, keratan akhbar dan sebagainya yang menulis tentang negeri Kelantan. Bahan-bahan yang ditulis itu sama ada mengenai politik negeri

Kelantan, kebudayaan, masyarakat dan sebagainya.

Pengkaji memilih beberapa buah buku sebagai sorotan kajian yang berkaitan dengan kajian tesis yang ditulis. Buku-buku yang dipilih ialah siri Warisan Kelantan I 27 yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, diselenggarakan oleh Dato Nik

Mohamad bin Nik Mohamad Salleh dan beberapa orang penulis lain. Buku ini mula ditulis pada tahun 1982, dan setiap tahun sebuah buku dikeluarkan pada tahun-tahun berikutnya.

Buku Warisan Kelantan ini mempunyai banyak edisi iaitu edisi 1 sehingga edisi 27. Buku-buku ini banyak membincangkan tentang negeri Kelantan pada awal penubuhannya,

kerajaan-kerajaan awal negeri Kelantan, asal keturunan pemerintah Kelantan, kemasukan Islam di Kelantan, sistem pentadbiran, Kelantan sebagai pusat pengajian Islam, perjuangan orang Melayu di Kelantan menentang penjajah, ulama-ulama di Kelantan. Kajian banyak dibuat pada tahun-tahun sebelum merdeka. ditulis, walaupun tidak banyak. Walau bagaimanapun penulisan selepas merdeka ada juga

Penulisan buku-buku keluaran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan ini banyak membantu penulis dalam menyediakan bahan kajian tesis. Sebagai seorang pengkaji sejarah, bacaan buku yang berkaitan dengan sejarah Kelantan sebelum dan juga selepas merdeka amat penting dalam mempengaruhi corak penulisan. Walaupun sumber yang diperolehi tidak

membincangkan mengenai sejarah ekonomi Kelantan secara langsung.

Buku lain yang dikaji oleh penulis ialah History of Kelantan 1840 1940 yang ditulis oleh Shahril Talib, 1994. Buku ini diterbitkan oleh Academe Art & Printing Services Sdn.Bhd di Kuala Lumpur. Di dalam buku History of Kelantan 1890-1940, Shahril Talib

membincangkan tentang sejarah ringkas negeri Kelantan, kerajaan-kerajaan tempatan, krisis dan persetujuan dalam kerajaan Kelantan, permulaan sistem penasihat di Kelantan bermula pada 1903-1909 melalui Perjanjian Bangkok. Shahril Taib juga sentuh tentang kesan pemerintahan dan penjajahan British kepada masyarakat Melayu di Kelantan.

Melalui buku ini pengkaji dapat pengetahuan tentang sejarah dan pentadbiran negeri Kelantan dari tahun 1890 sehingga 1940. Walaupun kajian tesis bermula selepas merdeka iaitu

1959 sehingga 2009, namun segala perbincangan dalam buku ini dapat memberi gambaran sebenar sebelum merdeka.

Buku ketiga yang dipilih oleh pengkaji ialah buku Kelantan, Religion, Society and Politics in a Malay State yang ditulis oleh William R.Roff cetakan tahun 1974 oleh Oxford Universiti Press. Buku ini memuatkan 12 rencana mengenai negeri Kelantan yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh 12 orang penulis. Walau bagaimanapun pengkaji hanya mengkaji beberapa rencana yang berkaitan sahaja. Di dalam buku ini memuatkan rencana, Nineteenth Century Kelantan: A Thai View yang ditulis oleh Davis K. Wyatt. Rencana ini mengenai Kelantan sekitar abad ke-19 dari kacamata Thailand. Rencana Kelantan in Transition:1891-1910 pula ialah tentang Kelantan dalam peralihan tahun 1891-1910 oleh Muhamad b. Nik Mohd Salleh. Ibrahim Nik Mahmood pula menulis rencana The To Janggut Rebellion of 1915 tentang pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915.

William R.Roff pula menulis The Origin and Early Years of the Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Roff menulis tentang penubuhan awal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu pada tahun 1915 dengan 12 ahli jwatankuasanya, peranan majlis, lokasi dan bangunan awal, jawatan-jawatan dalam majlis, sumber pendapatan dan sebagainya. Rencana lain yang dimuatkan dalam buku ini ialah Theological Debates : Wan Musa Bin Haji Abdul Samad and His Family yang ditulis oleh Muhamad Salleh &

Wan Musa (with Othman Kelantan). Rencana Social Stress and Social Structure in Kelantan Village Life ditulis oleh Dougls A Raybeck. Rencana Ethnicity, Centrality and Education in Pasir Mas pula ditulis oleh Manning Nash. Sementara rencana The Social Organization of Islam in Kelantan ditulis oleh Robert L. Winzeler.

Penulisan rencana-rencana yang terdapat di dalam buku Kelantan, Religion, Society and Politics in a Malay State yang ditulis oleh Roff, Kessler, Nik Mohd Salleh dan beberapa orang penulis dalam dan luar Negara ini amat bermanfaat sebagai panduan para pelajar dan pengkaji sejarah. Rencana-rencana di dalam buku ini banyak membincangkan tentang negeri Kelantan sebelum dan selepas merdeka. Kessler membincangkan mengenai parti-parti politik yang terdapat di Kelantan seperti Pas, Umno, Pan Malayan Islamic Party (PMIP) dan Parti Negara selepas merdeka iaitu tahun 1959. Jadi, rencana ini banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan tesis yang dikaji dari tahun 1959. Pengkaji juga meninjau tulisan Wan Harun Wan Yaacob yang ditulis pada tahun 1986 yang bertajuk Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan semasa pemerintahan Pas 1959-1973 Melalui buku ini, penulis memaparkan kegagalan PAS memajukan ekonomi negeri Kelantan, Kerajaan Persekutuan yang mengabai dan melambatkan kemajuan di negeri Kelantan, serta hubungan tegang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan telah membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi dinegeri Kelantan.

Selain itu juga, pengkaji turut meninjau buku yang ditulis oleh Wan Harun Wan Yaakub iaitu buku Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Semasa Pemerintahan PAS 19591973 Dalam buku ini penulis menyentuh tentang kegagalan kerajaan PAS dalam memajukan negeri Kelantan. Penulis juga menyentuh tentang Kerajaan Persekutuan yang mengabaikan negeri Kelantan, menyebabkan negeri Kelantan lambat memperolehi kemajuan.

Seterusnya pengkaji mengupas buku yang ditulis oleh Maziyah Abdullah yang bertajuk SejarahPenubuhan dan Perkembangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Tahun 1969-1983 Buku ini membincangkan matlamat penubuhan PKINK dan pencapaiannya.

Akhir sekali pengkaji memilih buku Perindustrian di Kelantan yang ditulisoleh Nural Huda Ahmad pada tahun 1984. Buku ini membincangkan tentang negeri Kelantan yang

mempunyai potensi dalam sektor industry, tenaga buruh yang murah dan banyak, peranan kerajaan dalammembantu sector industri, infrustruktur yang semakin baikdi negeri Kelantan. Selain itu penulis menyentuh tntang peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir, kedudukan negeri Kelantan yang jauh dari Pantai Barat serta kemudahan asas yang tidak mencukupi di negeri Kelantan.

METODOLOGI

Penulis membuat kajian dengan menggunakan kajian sumber-sumber bertulis seperti buku-buku rujukan, risalah-risalah mengenai negeri Kelantan, contoh-contoh

tesis, keratan-keratan akhbar lama dan artikal-artikal mengenai perkembangan ekonomi di Kelantan. Sumber rujukan daripada sumber pertama ini banyak dibuat di Perpustakaan Negeri Kelantan, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Perpustakaan Negeri, Negeri Sembilan.

Manakala kajian daripada sumber pertama seperti fail-fail kerajaan, pengkaji banyak buat kajian Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara Malaysia cawangan Kelantan. Kajian jugadibuat di perpustakaan Setiausaha Kerajaan Kelantan di Kota Darulnaim.

Kaedah pemerhatian dan ikut serta juga turut diguna oleh pengkaji. Pemerhatian pengkaji sendiri turut digunakan dalam kajian ini bagi menunjukkan perkembangan ekonomi yang berlaku di negeri Kelantan.

SUMBER RUJUKAN

Sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh pengkaji dalam menyiapkan kertas cadangan ini ialah buku-buku, laporan, tesis dan keratan akhbar. Di antara buku yang digunakan ialah buku Warisan Kelantan 1-27 yang diterbitkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada tahun 1982-2003. Buku History of Kelantan 1890-1940 juga menjadi rujukan pengkaji hasil tulisan Shahril Talib yang yangditerbitkan oleh Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd pad tahun 1994 di Kuala Lumpur. Selain itu pengkaji juga guna buku Kelantan Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan yang

ditulis oleh Hassan Harun dan diterbitkan oleh DD Mediaconsult Sdn. Bhd pada tahun 1999 di Kula Lumpur. Buku Detik-detik Sejarah Kelantan ditulis oleh Saad Shukri Bin Haji Muda juga diguna oleh pengkaji yang dikeluarkan oleh Pustaka Aman Press di Kota Bharu pada tahun 1971.

Selain buku-buku ilmiah, pengkaji juga turut menggunakan contoh-contoh tesis sebagai bahan rujukan. Di antara tesis yang digunakan ialah Sejarah Pembangunan Ekonomi Negeri Kelantan Semasa Pemerintahan PAS 1959-1975 oleh Wan Harun Wan Yaakub. Sejarah Perkembangan Ekonomi Negeri Kelantan 1945-1957 oleh Rosmi Bin Mat Nasir. Ekonami Kelantan Selepas Merdeka: Penilaian Terhadap Perkembangan & Masalah 1945/1995 olehWee Lip Ping, Sejarah Penglibatan Wanita Kelantan Dalam Aktiviti Perniagaan oleh Rose Anita Abdullah turut dikaji oleh pengkaji.

Anda mungkin juga menyukai