Anda di halaman 1dari 1

Pelan Induk Perindustrian 1,2 dan 3- Perbezaannya

Pelan Induk Perindustrian Pertama, dari tahun 1986 sehingga 1995,


telah menyediakan asas pertumbuhan sektor perkilangan, dengan
menggariskan perubahan struktur ekonomi daripada aktiviti
berasaskan pertanian dan barangan asas kepada sebuah ekonomi
yang memfokuskan kepada aktiviti perkilangan.
Pelan Induk Perindustrian Kedua, dari tahun 1996 sehingga 2005,
telah mempertingkatkan lagi momentum pertumbuhan sektor
perkilangan, melalui pembangunan sepanjang rantaian nilai dan
pembangunan kelompok industri. Pelan ini juga telah menekankan
pembangunan perkhidmatan berkaitan perkilangan.
Pelan Induk Perindustrian Ketiga, yang merangkumi tahun 2006
sehingga 2020, menggariskan strategi serta dasar ke arah
merealisasikan Wawasan 2020. Malaysia berhasrat untuk
memantapkan daya saing global negara melalui peningkatan inovasi
dan transformasi sektor perkilangan dan perkhidmatan. Penekanan
diberikan kepada :
kemajuan teknologi;
pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif; dan

integrasi ke dalam pasaran serantau dan global.

Anda mungkin juga menyukai