Anda di halaman 1dari 32

Bab Kedua: Memulakan Projek

Bab Kedua
Memulakan projek


MENENTUKAN TAJUK PROJEK
Memberi tajuk kepada projek

MENULIS PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF,
SKOP DAN METODOLOGI
Menulis Pernyataan Masalah
Menulis matlamat dan objektif
Menulis Skop
Menulis metodologi

MENULIS ABSTRAK

MENULIS PENGENALAN: BAB PERTAMA

MENULIS KESIMPULAN DAN CADANGAN
KAJIAN LANJUT: BAB AKHIR

MENYEDIAKAN KAJIAN LITERATUR
Kepentingan kajian literatur
Kandungan kajian literatur
Jenis bahan yang patut dirujuk
Di mana mencari bahan?
Sedalam mana pembacaan?
Kewajipan menyatakan rujukan
Kaedah menyatakan rujukan

ISBN 978-983-41293-6-1
11
Bab Kedua: Memulakan Projek
MENULIS FORMAT RUJUKAN



ISBN 978-983-41293-6-1
12
Bab Kedua: Memulakan Projek
Bab Kedua
Memulakan projek


Terdapat pelbagai projek dalam bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan
Perisian yang terdiri daripada projek pembangunan produk perisian, projek
pembangunan perisian aplikasi dan projek penyelidikan asas. Perisian aplikasi
pula merangkumi aplikasi bisnes sehinggalah aplikasi saintifik. Sehubungan itu,
memang merungsingkan bagi seorang pelajar untuk memilih satu projek untuk
dilaksanakan.

Pelbagai sebab menjadi asas pemilihan suatu projek. Ada yang memilih kerana
pernah melaksanakan yang seumpamanya semasa latihan industri, ada yang
memilih kerana terdapat permintaan daripada kenalan, ada yang memilih kerana
mendengar kehebatan suatu bidang dan ada juga tiada pilihan kerana itulah
yang diberikan oleh penyelianya.

Selain daripada subjek wajib, fikirkan alasan lain untuk anda melaksanakan
projek. Pemikiran ini adalah nilai tambah kepada diri anda agar masa dan usaha
yang diperuntukkan dapat digunakan seoptimumnya.

Adakah anda membuat projek untuk dijadikan bahan tambahan sewaktu
temuduga kerja?
Anda membuat projek untuk mengaplikasi pengetahuan yang anda miliki?
Anda membuat projek untuk membantu abang anda yang bertugas
sebagai guru sekolah?
Anda membuat projek kerana ingin menjelajah teknologi baru?

Cubalah fikirkan satu sebab selain daripada syarat wajib untuk mendapat ijazah.

Bab ini membincangkan mengenai kandungan am bagi dokumen projek tahun
akhir anda. Rajah 2.1 menunjukkan perkara yang akan diliputi dalam bab ini dan
kedudukannya dalam dokumen anda. Dalam rajah tersebut, dapat dilihat
kedudukan penulisan dokumen teknikal, iaitu di pertengahan penulisan.
Penulisan bahagian teknikal projek akan dibincangkan dalam bab seterusnya.









ISBN 978-983-41293-6-1
13
Bab Kedua: Memulakan Projek




Abstrak
Tajuk Projek
Bab Pertama: Pengenalan
Objektif
Skop
Pernyataan Masalah
Metodologi
Bab Akhir: Kesimpulan
Ulasan pencapaian
Kajian Lanjut
Ringkasan projek
Senarai Sumbangan
Bab Kedua: Kajian Literatur
Perisian Setara
Kaedah penyelesaian lain
Teknologi Baru
Rujukan
Dokumen
Teknikal
Abstrak Abstrak
Tajuk Projek Tajuk Projek
Bab Pertama: Pengenalan
Objektif
Skop
Pernyataan Masalah
Metodologi
Bab Pertama: Pengenalan
Objektif
Skop
Pernyataan Masalah
Metodologi
Bab Akhir: Kesimpulan
Ulasan pencapaian
Kajian Lanjut
Ringkasan projek
Senarai Sumbangan
Bab Akhir: Kesimpulan
Ulasan pencapaian
Kajian Lanjut
Ringkasan projek
Senarai Sumbangan
Ulasan pencapaian
Kajian Lanjut
Ringkasan projek
Senarai Sumbangan
Bab Kedua: Kajian Literatur
Perisian Setara
Kaedah penyelesaian lain
Teknologi Baru
Bab Kedua: Kajian Literatur
Perisian Setara
Kaedah penyelesaian lain
Teknologi Baru
Perisian Setara
Kaedah penyelesaian lain
Teknologi Baru
Kaedah penyelesaian lain
Teknologi Baru
Rujukan Rujukan
Dokumen
Teknikal


























Rajah 2.1: Kandungan Dokumen Penulisan


Tajuk Projek Tajuk Projek MENENTUKAN TAJUK PROJEK

Anda perlu memilih tajuk projek yang bersesuaian dan menarik supaya setiap
saat dirasakan mengujakan. Projek yang mengujakan dapat melestari dan
memotivasi pelajar. Projek anda tidak perlu unggul, yakni tidak pernah difikir dan
dilaksanakan oleh orang lain. Projek anda boleh berasaskan kepada hasil
penyelidikan orang lain seperti Penyemak Jenis Spesifikasi Z, atau membina
sistem yang terdapat di pasaran seperti Penyunting Teks ala-Microsoft Words.
Ingatkah anda kepada pengeluar kereta nasional Proton? Walaupun kita tidak
dapat menandingi kualiti kereta keluaran seperti Mercedes Benz, yang penting
adalah Proton berjaya membangunkan kepakaran tempatan.

ISBN 978-983-41293-6-1
14
Bab Kedua: Memulakan Projek
Begitu juga anda. Setelah mengharungi beberapa tahun mempelajari teknik dan
teknologi dalam bidang Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian, ini adalah
masanya untuk anda cuba membangunkan satu produk. Kembali kepada kes
Proton tadi, tidak semestinya anda menghasilkan sebuah kereta yang sempurna.
Anda boleh hasilkan bahagian enjin sahaja, atau sehingga rekabentuknya
sahaja.

Beberapa persoalan berikut dapat dijadikan asas dalam menentukan projek:

1. Apakah bahasa pembangunan yang akan digunakan?
2. Apakah masalah yang ingin diselesaikan?
3. Adakah projek tersebut boleh disiapkan dalam masa yang
diberi?
4. Adakah projek tersebut berpadanan dengan keupayaan dan
minat anda?
5. Adakah projek tersebut dapat membantu dalam kerjaya yang
bakal anda ceburi?
6. Adakah peralatan pembangunan (perkakasan dan perisian) dan
rujukan cukup untuk anda melaksanakan projek?
7. Adakah projek tersebut berada dalam definisi projek Sains
Komputer? Apakah kategori perisian tersebut?


Rajah 2.2 Senarai semak penentuan projek


Apakah bahasa pembangunan yang akan digunakan?

Sekiranya bahasa pembangunan itu baru bagi anda, maka kebaikannya
adalah anda mendapat kemahiran baru. Namun, keburukannya ialah anda
perlu menggunakan sejumlah masa yang diberikan untuk menyiapkan
projek bagi menguasai bahasa tersebut. Sebaiknya anda memilih bahasa
pembangunan yang bersesuaian dengan keperluan masalah yang ingin
diselesaikan. Sebagai contoh, sekiranya masalah yang ingin diselesaikan
perlu merentasi platform, maka J ava sesuai digunakan. Contohnya projek
Laman Video Atas Permintaan. J ika hanya aplikasi berasaskan komputer
peribadi, gunakan saja bahasa seperti Visual Basic. Begitu pula, jika
melibatkan pengiraan saintifik yang banyak, guna bahasa C.

Apakah masalah yang ingin diselesaikan?

J ika masalah tersebut sesuatu yang jelas atau anda pernah
menyelesaikannya sebelum ini, kebaikannya ialah anda sudah
mengetahui kelemahan sebelum ini dan boleh menambahbaik kelemahan
tersebut. Sehubungan itu, ini akan menjimatkan masa anda. J ika masalah
tersebut baru bagi anda, anda akan mendapat pengalaman
ISBN 978-983-41293-6-1
15
Bab Kedua: Memulakan Projek
menyelesaikan masalah tersebut, namun ianya akan memperlahankan
sedikit masa anda, kerana perlu memahami keperluan pengguna dengan
tepat. J uga, jika anda berminat untuk menyertai syarikat tertentu,
selidikilah domain masalah yang diuruskan oleh syarikat tersebut, dan
jadikannya projek anda.

Adakah projek tersebut boleh disiapkan dalam masa yang diberi?

Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia mengamalkan sistem semester iaitu
terdiri daripada 14 minggu. Cukupkah 14 minggu untuk anda menyiapkan
projek beserta penulisan berkaitan?

Adakah projek tersebut berpadanan dengan keupayaan dan minat anda?

Anda perlu mengetahui kelebihan dan kelemahan anda dalam bidang ini.
Namun begitu, kelemahan dalam pengaturcaraan adalah satu alasan
yang tidak langsung boleh dipertimbangkan dalam menentukan projek.
Apa yang pasti, jangan syorkan satu projek yang anda sendiri tidak
berpengetahuan melaksanakannya kecuali penyelia anda bersedia untuk
membantu khasnya dari aspek teknikal.

Adakah projek tersebut dapat membantu dalam kerjaya yang bakal anda
ceburi?

Isu ini tidak begitu kritikal tetapi memberi nilai tambah pada kemudian
hari. Sekiranya anda berminat untuk terlibat dalam bidang Robotik, anda
boleh memilih tajuk projek yang berkaitan dengannya. Malah anda boleh
cuba mencari idea untuk tajuk projek anda melalui Internet dengan kata
kunci tersebut.

Adakah peralatan pembangunan (perkakasan dan perisian) dan rujukan
cukup untuk anda melaksanakan projek?

Perkara ini perlu dipastikan sebelum anda menetapkan projek kerana
ketiadaan peralatan tersebut menyebabkan anda perlu menukar tajuk
projek dan akibatnya anda akan kerugian masa. Contohnya anda ingin
membuat projek berkaitan kawalan robot, tetapi anda tidak mempunyai
robot. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengubah projek kepada
simulasi kawalan robot. Anda ingin membuat projek komputer untuk orang
buta. Namum, anda tidak cukup peralatan untuk menjadikan keyboard ke
dalam bentuk braille. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan
menyetarakan sejumlah kekunci kepada kod-kod braille.

Adakah projek tersebut berada dalam definisi projek Sains Komputer?
Apakah kategori perisian tersebut?

ISBN 978-983-41293-6-1
16
Bab Kedua: Memulakan Projek
Sebagai pelajar dalam bidang Sains Komputer atau Kejuruteraan
Perisian, kita perlu tahu skop bidang ini. Contohnya anda ingin membuat
projek yang melibatkan pembinaan sebuah basikalCerdik yang berupaya
memberi maklumat semasa basikal seperti angin tayar, keupayaan break,
fungsian lampu dan seumpamanya. Maka, projek ini adalah di luar skop
bidang kerana ianya melibatkan pembinaan perkakasan yang berada
dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau kejuruteraan elektronik.

Soalan-soalan di atas hanyalah untuk memandu anda dalam menentukan projek.
Seimbangkan jawapan bagi persoalan di atas. Sekiranya teknologi baru ingin
dijelajah, maka masalah yang ingin diselesaikan perlulah tidak begitu rumit.
Contohnya anda tidak pernah menggunakan PHP. Sehubungan itu anda ingin
membuat projek menggunakan PHP. Maka fikirkanlah satu masalah yang
sederhana kerumitannya supaya anda boleh memfokus kepada PHP. Begitu
pula jika anda ingin membantu menyediakan Sistem Pengurusan Sekolah untuk
sekolah di mana abang anda mengajar, pilihlah bahasa pembangunan yang
anda biasa dengannya seperti Visual Basic supaya anda boleh fokus kepada
masalah itu sendiri.

Walau apapun projek yang dipilih, dapatkan persetujuan penyelia anda.


Memberi tajuk kepada projek

Setelah mendapat gambaran projek yang ingin dilakukan, maka anda perlu
memberikan tajuk kepada projek tersebut. Tajuk menggambarkan keseluruhan
apa yang akan anda hasilkan. Pada peringkat permulaan projek, tajuk diperlukan
supaya tiada pelajar lain yang membuat projek yang sama. Namun apabila
projek telah siap, mungkin anda ingin mengubahsuai tajuk tersebut akibat
perubahan yang telah dilakukan.

Berdasarkan penelitian penulis terhadap beratus-ratus tajuk tesis di peringkat
sarjanamuda, didapati tajuk-tajuk tersebut dapat dikategorikan strukturnya
seperti berikut:

Bentuk Pertama: <Nama produk>

Nama produk bermula dengan perkataan umum: sistem, alat, perisian,
aplikasi dan pakej. Contohnya:
Sistem Maklumat Pensyarah
Alat Pemarkahan Spesifikasi Z

Nama produk bermula dengan perkataan lebih jelas tugasnya: penyunting,
penganalisa, pemantau, penghasil, penterjemah. Contohnya:
Penyunting Paparan Buletin
Penganalisa Protokol TCP/IP
ISBN 978-983-41293-6-1
17
Bab Kedua: Memulakan Projek

Nama yang dipilih perlu mencerminkan tugas atau kegunaan produk. J ika
produk adalah sistem maklumat, maka nama jenis maklumat yang terlibat
perlu menjadi tajuk. Contohnya:
Sistem Maklumat Tempahan Katering
Sistem Maklumat Latihan Industri

Adakalanya, pengguna, organisasi mahupun bidang yang menggunakan
produk tersebut dinyatakan dalam nama produk. Contohnya:
Sistem Penyediaan Jadual Waktu Sekolah Islam Al-Amin
Sistem Maklumat Tempahan Langat Katering

Nama produk yang diakhiri dengan perkataan seperti: berbantukan komputer
(iaitu mengikut kaedah penamaan seperti CAL, CASE dan CAD), automatik
atau semi-automatik (iaitu mengikut kaedah penamaan automated)
Contohnya:
Sistem Pemilihan Pelajar Berbantukan Komputer
Alat Pemarkahan Esei Berkomputer

Nama seperti ini tidak digalakkan kerana dalam konteks projek anda,
sememangnya sistem bermaksud sistem berkomputer, kecuali jika projek
anda juga melibatkan kajian tentang sistem tidak berkomputer.


Bentuk Kedua: <Nama produk> + <Teknik/pelantar/framework >

Bentuk kedua bagi tajuk projek anda melibatkan nama produk diikuti dengan
pendekatan, teknik, pelantar, framework atau seumpamanya yang tertentu
yang digunakan. Contohnya:
Perisian Klien E-Mail Berasaskan Konsep Aplikasi Teragih
Sistem Pemarkahan Esei Berdasarkan Padanan Kata Kunci


Bentuk Ketiga: <Nama produk> + <Ciri istimewa>

Bentuk ketiga pula menyerlahkan ciri istimewa yang boleh pengguna dapati
dari produk tersebut. Contohnya:
Alat Pengira Insurans Pintar
Sistem Perbankan Islam Mudah-Alih





ISBN 978-983-41293-6-1
18
Bab Kedua: Memulakan Projek
Bentuk Keempat: <Kata perbuatan> + <Nama produk>

Terdapat juga tajuk projek yang dimulakan dengan kata nama perbuatan
umum seperti: Pembangunan, Pembinaan, Penilaian, Implementasi dan
Penyiasatan. Contohnya:
Pembinaan Automata Keadaan Terhingga Deterministik Yang Minimal
Penilaian Crossover Annealing

Atau kata nama perbuatan teknikal seperti Simulasi, Pengujian, Penjadualan,
Penspesifikasian, Pengesahsahihan. Contohnya:
Simulasi Kelakuan Satelit MESO
Pengesahsahihan Protokol CSMA/CD Secara Formal


Atau kata perbuatan seperti Melukis, Mencipta, Menjelajah. Contohnya:
Menjelajah Algoritma Stokastik Perseptron Baru
Mencipta Pembuktian Formula yang boleh jelajah atas WWW


Bentuk lain: <Pelbagai Nama>

Selain daripada bentuk-bentuk yang dinyatakan, terdapat juga tajuk yang
tidak berada dalam corak tajuk yang dinyatakan seperti berikut:
NETPONG

Walaupun tajuk seperti ini kadang-kala dibenarkan, namun ia tidak begitu
digalakkan kerana ia tidak dapat menggambarkan projek yang dilakukan
dengan jelas. Mungkin lebih baik sekiranya tajuk tersebut dikembangkan
supaya menjadi lebih jelas, misalnya
NETPONG: Permainan PingPong Atas Talian

Contoh lain: Rangkaian Persendirian Maya
Tajuk ini juga tidak sesuai kerana ia terlampau umum. Tajuk seperti ini boleh
diubahsuai supaya menjadi lebih khusus seperti berikut:
Rekabentuk Rangkaian Persendirian Maya Bagi Syarikat XYZ


ISBN 978-983-41293-6-1
19
Bab Kedua: Memulakan Projek
MENULIS PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF, SKOP DAN METODOLOGI


Sebelum memulakan projek,
kebiasaannya anda perlu menyediakan
cadangan projek untuk dinilai oleh bakal
penyelia. Kandungan utama bagi
cadangan tersebut perlu meliputi perkara
berikut:
Pernyataan masalah
Objektif








Bab Pertama: Pengenalan
Objektif
Skop
Pernyataan Masalah
Metodologi
Bab Pertama: Pengenalan
Objektif
Skop
Pernyataan Masalah
Metodologi
Skop
Metodologi

Kadangkala bahan dari cadangan projek ini akan turut menjadi bahan dalam bab
pertama penulisan anda. Menjadi kebiasaan juga, ubahsuaian perlu dibuat
mengikut nasihat penyelia. Bahagian seterusnya ini akan memberi panduan
kepada anda untuk menyediakan perkara tersebut.


Menulis Pernyataan Masalah

Penyelidikan atau pembangunan perisian dilakukan bagi menyelesaikan suatu
masalah. J usteru, adalah sangat penting bagi anda menerangkan:
Apakah masalah yang hendak diselesaikan?
Mengapa masalah ini perlu diselesaikan?

Anda perlu boleh meyakinkan pembaca bahawa masalah yang hendak
diselesaikan itu memang wujud dan wajar untuk diselesaikan.

Berbeza dengan bidang ilmu berkait secara langsung dengan manusia seperti
perubatan dan sosiologi, masalah boleh muncul di persekitaran mereka.
Contohnya telur nyamuk aedes tetap hidup jika disembur dengan asap. Maka
masalah ini telah menyediakan satu masalah projek penyelidikan. Terdapat
ramai muda-mudi melepak di kompleks membeli-belah. Bagaimanakah suasana
keluarga mereka?

Dalam bidang Sains Komputer mahupun Kejuruteraan Perisian, ada ketikanya
masalah tidak begitu jelas. Kadang-kala penyelesaian terfikir dahulu, dan
daripada penyelesaian ini barulah masalah diwujud dan diperincikan bagi
merasionalkan projek. Sebagai contoh, Ahmad ingin menjalankan kajian bagi
mengautomasikan pemarkahan bagi Spesifikasi Z. Hasil daripada kajian tersebut
ialah satu Alat Pemarkahan bagi Spesifikasi Z. Setelah mendapat idea apa
yang ingin dilakukan, barulah Ahmad mencipta suatu masalah bagi
merasionalkan kerja projeknya. Bermula dengan pernyataan, memarkahkan
tugasan berasaskan spesifikasi Z secara manual adalah satu masalah. Masalah
ISBN 978-983-41293-6-1
20
Bab Kedua: Memulakan Projek
kerana emosi manusia boleh mempengaruhi konsistensi pemarkahan. Dan
seterusnya Ahmad terus mewujudkan pernyataan lain bagi menyokong sebab
projek itu dilaksanakan.

Sama ada anda berfikir secara masalah-kepada-penyelesaian atau
penyelesaian-kepada-masalah adalah tidak kritikal dalam hal ini kerana proses
pemikiran itu tidak perlu didokumenkan.


Menulis matlamat dan objektif

Setelah menjelaskan pernyataan masalah, maka anda perlu menyatakan apa
yang ingin dibuat bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Matlamat menjelaskan hasil akhir yang ingin dicapai. Ia ditulis dalam bentuk
pernyataan yang umum. Contohnya:
Matlamat projek ini adalah untuk menghasilkan sistem yang membantu
guru untuk menilai spesifikasi Z secara berkomputer.

Objektif pula menyatakan cara matlamat boleh dicapai. Ianya dinyatakan
dengan lebih fokus. Contohnya, bagi mencapai matlamat di atas, objektif projek
boleh ditulis sebagai berikut:
1. Mengenalpasti faktor kualiti bagi spesifikasi Z.
2. Mengenalpasti kaedah pemberian markah bagi setiap faktor kualiti
yang dipilih.
3. Membangunkan perisian berasaskan kepada kaedah yang dinyatakan
di atas.

Semasa menulis objektif, pelajar kerapkali terkeliru antara objektif pelaksanaan
suatu projek dan objektif pembangunan suatu perisian. Perlu diingat bahawa
objektif yang perlu ditulis mestilah objektif projek. Bagi menyatakan objektif
projek, gunakan ayat yang berasaskan hasil, seperti:

Untuk memilih .
Untuk menentukan .
Untuk mengenalpasti .
Untuk merekabentuk .
Untuk membangun
Untuk menguji ..
Untuk menspesifikasi .

Objektif mestilah dinyatakan dengan jelas dan boleh diukur atau boleh
diperlihatkan ianya boleh dicapai. Sebagai panduan, setiap objektif yang anda
nyatakan, bayangkan hasil daripada objektif tersebut. Lebih baik lagi bukan
ISBN 978-983-41293-6-1
21
Bab Kedua: Memulakan Projek
sekadar dibayangkan, malah dinyatakan hasil tersebut apabila menjelaskan
objektif.

Bagi projek kepujian, cukuplah sekadar dua objektif sahaja. Beberapa contoh
penulisan objektif ditunjukkan dalam J adual 2.1 di bawah.

J adual 2.1: Contoh Penulisan Objektif Yang Baik
Tajuk Projek Objektif
Pembangunan Alat Pemarkahan
untuk Aturcara C
1. Untuk mengenalpasti faktor-faktor kualiti
suatu aturcara C.
2. Untuk membangunkan satu perisian bagi
memarkah aturcara C berasaskan faktor
kualiti di atas.

Perlombongan data
menggunakan kaedah aruhan
berasaskan atribut bagi prestasi
pekerja kilang.

1. Untuk membina model pengelasan bagi
prestasi pekerja kilang menggunakan
kaedah aruhan berasaskan atribut.
2. Untuk membangun dan mengimplemen-
tasikan dua algoritma berasaskan model
pengelasan di atas.



J adual 2.2 berikut adalah contoh-contoh objektif projek yang tidak sesuai.

J adual 2.2: Contoh Penulisan Objektif Yang Tidak Sesuai
Pernyataan Objektif Ulasan
Tajuk Projek: Analisis Trafik Rangkaian Kawasan
Bersaiz Kecil Menggunakan Alat Penganalisa
Rangkaian: Kajian Kes di Organisasi Y
Objektif:
Untuk menyelesaikan masalah yang
dinyatakan, kajian ini melibatkan dua
eksperimen pada waktu dan rangkaian
tertentu. Eksperimen dijalankan menentukan
keputusan tanpa ralat yang besar. Selepas
itu, analisis akan dibuat berdasarkan
keputusan yang diterima. Dalam eksperimen
tersebut, peralatan yang digunakan adalah
Ethereal Packet Capture. Pelbagai aspek
dicatatkan maklumatnya untuk ketepatan
keputusan. Selesai analisis maka laporan
tersebut akan dibincangkan berdasarkan
maklumat yang dicatatkan daripada hasil
analisis.

Pernyataan di atas ditulis
dalam bentuk perenggan.
Objektif tidak sesuai ditulis
sebegini. Dalam perenggan
ini, terdapat juga maklumat
skop dan metodologi projek.
Pembaca tidak akan
mengetahui dengan jelas
yang mana satu dikatakan
objektif.

Tajuk projek: Perisian Chinese e-Travel Guides
Objektif :
menyediakan kemudahan pembelajaran
Masalah objektif ini ialah
ianya tidak boleh diukur dan
diperlihatkan. Bagaimanakah
ISBN 978-983-41293-6-1
22
Bab Kedua: Memulakan Projek
bahasa Mandarin melalui sistem Pinyin dan
audio supaya pengguna dapat belajar dengan
lebih berkesan.
mempercepatkan proses pembelajaran
bahasa Mandarin di kalangan pengguna yang
ingin melancong ke negara China.
membolehkan pengguna mengira nilai mata
wang Ringgit Malaysia atau Ren Ming Bi iaitu
mata wang China supaya dapat menyemak
harga suatu barang semasa menjalankan
urusan jual beli di negara China.
mempercepatkan proses
pembelajaran boleh
diperlihatkan atau diukur?
Elakkan daripada
menggunakan kata
perbuatan yang abstrak
seperti mengetahui,
memahami, menghargai dan
merasai. Ini kerana kita tidak
dapat memerhati mahupun
mengukur objektif sebegini.


Perekabentuk maklumat mencadangkan penggunaan format 3 bahagian dalam
menulis objektif bagi perspektif perisian, seperti dalam J adual 2.3. Bahagian
pertama adalah pernyataan objektif. Nyatakan objektif ini sebagai kata perbuatan
perlakuan, seperti menginstal, menaip, menjelaskan, dan menyatakan.
Perkataan seperti "mengetahui," "memahami," "menghargai," dan "memaklumi"
bukanlah istilah yang sesuai untuk tugas kerana ianya tidak boleh diukur.
Bahagian kedua pernyataan objektif adalah keadaan yang mana tugasan
berkaitan patut penuhi. Apabila mengukur objektif, maklumat ini perlu diambil
kira. Manakala bahagian ketiga menyatakan paras penerimaan prestasi.


J adual 2.3: Rekabentuk Struktur Objektif
Format Bahagian Pertama Bahagian Kedua Bahagian Ketiga
Keterangan Matlamat yang boleh
diperlihatkan dan boleh
diukur.
Ketrampilan tugasan Paras penerimaan
prestasi
Contoh menentukan sama ada
dua jawapan aturcara
adalah setara
Dalam masa kurang
2 saat
tanpa ralat


Menulis Skop

Semua projek mempunyai had dan skop yang terhingga. Had ini disebabkan
oleh kekangan masa dan wang. Senaraikan dengan jelas had kajian anda.
J elaskan sejauh mana anda yakin had tersebut akan memberi kesan kepada
kualiti projek anda. Boleh juga difikirkan skop ini sebagai apa yang tidak akan
anda lakukan. Selain perkataan skop, anda boleh juga menggunakan
perkataan batas projek.

Pertimbangkan skop seperti yang ditunjukkan dalam J adual 2.4 berikut.




ISBN 978-983-41293-6-1
23
Bab Kedua: Memulakan Projek
J adual 2.4: Contoh Penulisan Skop
Tajuk Penulisan Skop Ulasan
Pembangunan
Alat Pemarkahan
untuk Aturcara C
Aturcara C yang akan dimarkahkan
adalah aturcara yang disediakan
oleh pelajar sahaja.

Boleh diterima.
Subjek yang dimarkahkan adalah
hanya untuk Aturcara C. Aturcara
yang ditulis dalam bahasa
pengaturcaraan lain seperti J ava
tidak akan dipertimbangkan. Alat ini
akan dibangunkan menggunakan
Visual Basic 6.0. Sasaran
penggunanya ialah pengajar kursus
Aturcara C.

Tidak sesuai kerana ia
berkaitan dengan projek
yang tajuknya jelas
menyatakan tentang
aturcara C.

Selain itu, bahasa
pembangunan iaitu Visual
Basic, bukan diletakkan
dalam skop sebaliknya
dalam spesifikasi
keperluan pembangunan.

Begitu juga, sasaran
pengguna tidak sepatutnya
berada dalam skop.
Analisis Trafik
Rangkaian
Kawasan Bersaiz
Kecil
Menggunakan
Alat Penganalisa
Rangkaian:
Kajian Kes di
Organisasi Y
Bacaan bagi kemasukan paket ke
semua bangunan di Organisasi Y
diambil dengan menjalankan 4
eksperimen pada sesi tertentu dan
hari tertentu.

Boleh diterima
Rangkaian yang dikaji adalah di
Organisasi Y.

Tidak sesuai kerana
kawasan yang dikaji telah
dinyatakan dalam tajuk.


Menulis metodologi

Setelah anda menyatakan masalah yang ingin diselesaikan dan objektif projek
yang ingin dicapai, seterusnya anda perlu jelaskan cara anda akan
melaksanakan projek tersebut. Penjelasan tentang cara bagi melaksanakan
projek ini dikenali sebagai metodologi projek.

Metodologi biasanya dinyatakan dalam bentuk langkah-langkah yang perlu diikuti
bagi melaksanakan projek. Tanpa metodologi yang betul, anda dikatakan tidak
menyelesaikan masalah secara saintifik. Metodologi dinyatakan secara terperinci
bagi membolehkan penyelidik lain boleh mengulangi projek anda. Sebaiknya,
alasan kenapa sesuatu langkah itu dipilih dibincangkan di sini. J ika boleh,
ISBN 978-983-41293-6-1
24
Bab Kedua: Memulakan Projek
kenalpasti peralatan khusus, kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan
dalam pernyataan metodologi anda.

Pelajar seringkali terkeliru antara dua jenis metodologi: metodologi pelaksanaan
projek dan metodologi pembangunan perisian. Metodologi pelaksanaan projek
menerangkan cara melaksanakan projek, manakala metodologi pembangunan
perisian adalah cara membangunkan perisian tersebut. Antara metodologi
pembangunan perisian yang boleh digunakan ialah seperti:
Metodologi Air Terjun
Metodologi Evolusi
Metodologi Pembangunan Formal
Metodologi Pembangunan Berasaskan Guna-Semula
Metodologi Pembangunan Bertokok
Metodologi Pembangunan Spiral
Metodologi Pendekatan Bersepadu (Unified Approach)

Semasa menulis metodologi projek, anda janganlah menulis metodologi
pembangunan perisian. Metodologi pembangunan perisian sesuai dinyatakan
dalam bab ketiga atau keempat yang membincangkan tentang pembangunan
perisian.

Satu lagi yang pelajar sering keliru ialah antara metodologi dan metod.
Metodologi adalah gabungan pelbagai metod.

Selain daripada metodologi pembangunan perisian di atas, terdapat juga
metodologi bagi penggunaan teknik atau algoritma tertentu. Contohnya projek
berasaskan perlombongan data mempunyai metodologi perlombongan data
yang standard. Pembinaan sistem pakar juga mempunyai metodologinya sendiri.
Anda perlu memastikan sama ada wujud metodologi bagi teknik yang anda
gunakan itu. J ika ada, maka anda perlu ikuti dan nyatakan dalam penulisan
anda.

Ini bermakna jika anda membina perisian dan mengimplemen teknik tertentu,
maka metodologi anda terdiri daripada tiga perspektif iaitu; perspektif projek,
perspektif perisian dan perspektif teknik yang diguna. Contohnya:

Tajuk projek: Aplikasi Kawalan Proses Berasaskan Algoritma Genetik

Tajuk projek ini menunjukkan algoritma genetik digunakan dalam perisian
tersebut untuk mengawal proses. Sehubungan itu, tiga jenis metodologi perlu
dinyatakan iaitu; metodologi projek, metodologi pembangunan aplikasi tersebut
dan metodologi pembinaan algoritma genetik.

Apabila menulis metodologi;
Mesti bermula dengan kata perbuatan perlakuan.
Mesti berjujukan dan dinomborkan jujukan tersebut.
ISBN 978-983-41293-6-1
25
Bab Kedua: Memulakan Projek
Mesti boleh dilaksanakan.

Sebagai contoh, perhatikan penulisan metodologi berikut:

Tajuk projek: Perlombongan data menggunakan kaedah aruhan berasaskan
atribut bagi prestasi pekerja kilang.

Metodologi perlombongan data digunakan dalam penyelidikan ini. Ia terdiri
daripada beberapa peringkat iaitu:
1. Pengumpulan Data: Data-data sebenar dikenalpasti dan dikumpulkan
daripada pejabat FTSM, UKM.
2. Pembersihan Data: pada peringkat ini, data-data yang tidak lengkap dan
data yang tikda relevan dilengkapkan.
3. Pemilihan Data: data-data yang relevan dalam proses pengitlakan ini dipilih.
4. Pembahagian Data kepada Data Latihan dan Data Ujian: data dibahagikan
kepada 2 bahagian iaitu set data latihan dan set data ujian. Set data latihan
digunakan dalam proses pengitlakan bagi menghasilkan model pengelsan.
Manakala set data ujian digunakan untuk menguji model pengelesan yang
diperolehi daripada set data latihan.
5. Perlombongan Data: kaedah aruhan berasaskan atribut dilaksanakan
terhadap set data latihan bagi menghasilkan model pengelelasan.
6. Penjelmaan Petua: pada peringkat hubungan pengitlakan akhir, satu rekod
yang diperolehi dijelmakan ke dalam bentuk normal konjungsi dan rekod
yang berganda dijelmakan dalam bentuk normal disjungsi.
7. Pengujian Data: model pengelasan yang diperolehi diuji terhadap set data
ujian bagi menentukan ketepatan model pengelsan yang diperolehi.


Metodologi yang dinyatakan adalah sesuai dengan teknik yang digunakan.
Namun, ianya tidak melibatkan metodologi projek secara keseluruhan. Dan
daripada metodologi di atas, dijangkakan projek tersebut tidak melibatkan
sebarang pembinaan perisian.

Perhatikan satu lagi contoh berikut:














ISBN 978-983-41293-6-1
26
Bab Kedua: Memulakan Projek
Tajuk projek: Simulasi Realiti Maya: Sistem Storan dan Capaian Automatik

Metodologi yang dinyatakan adalah seperti berikut:
1. Fasa kajian kesusasteraan: sebelum pembangunan sistem bermula,
kajian kesusasteraan dijalankan untuk menilai idea-idea yang diperoleh.
Kemungkinan terdapat idea-idea yang perlu ditambah dan diperbetulkan.
Penilaian dan pentafsiran ini diperlukan unuk mengelakkan daripada
menghabiskan masa yang terlalu lama yang kemudianya akan
menghasilkan sesuatu yang sia-sia sahaja. Output bagi fasa ini adalah
ciri-ciri awal sistem yang diperlukan seperti spesifikasi dan keperluan
sistem.
2. Fasa analisis: dalam fasa ini semua maklumat yang berjaya dikumpulkan
akan dianalisis. Selain itu, spesifikasi perkakasan dan perisian juga
ditakrif dan dianalisis. Output bagi fasa ini adalah cadangan spesifikasi
bagi sistem yang diperlukan.
3. Fasa rekabentuk: fasa rekabentuk penting sebelum langkah yang lebih
praktikal dilaksanakan. Dalam fasa ini, rekabentuk AS/RS akan dibina
menggunakan perisian AutoCAD 2002. Output bagi fasa ini adalah
lukisan 3D bagi struktur binaan sistem AS/RS. Setelah fasa rekabentuk
disiapkan, kerja perlaksanaan pembangunan sistem simulasi RM AS/RS
boleh dimulakan. Rekabentuk AS/RS yang telah siap dihasilkan
sepatutnya boleh dianimasikan dalam fasa ini.
4. Fasa perlaksanaan: dalam fasa perlaksanaan, dua perkara utama yang
ditekankan adalah pengimplementasian sistem dan pengujian sistem.
Sistem akan dilaksanakan dan akan diuji. J ika terdapat sebarang ralat,
kerja pembaikan akan dilakukan pada fasa ini. Ujian perlaksanaan akan
dilakukan sehinggalah sistem dapat dianimasi dengan lancar.
5. Fasa penulisan: fasa penulisan adalah fasa terakhir untuk menyiapkan
projek ini. Latihan ilmiah akan dihasilkan untuk melaporkan kerja-kerja
yang telah dihasilkan.


Metodologi ini dinyatakan dengan baik dan jelas. Ia turut menerangkan
berkenaan hasil bagi setiap langkah. Namun begitu, ianya memperlihatkan
aspek teknikal sahaja. Walaupun fasa satu menampakkan kajian kesusasteraan,
namun penerangannya menunjukkan ianya memfokus kepada sistem yang ingin
dibangunkan sahaja.

Berikut pula adalah contoh metodologi yang ringkas dan baik.

Tajuk Projek: Aplikasi Algoritma Sistem Semut

Metodologinya adalah seperti berikut:
1. mengkaji algoritma-algoritma jarak terpendek yang ada.
2. membangunkan algoritma sistem semut.
3. mengimplemen dan menguji algoritma sistem semut.
4. mengenalpasti senarai bandar dan jarak antaranya bagi negeri Selangor,
J ohor dan Kedah.
5. membangunkan aplikasi algoritma sistem semut.
6. menguji aplikasi tersebut.
ISBN 978-983-41293-6-1
27
Bab Kedua: Memulakan Projek

Abstrak Abstrak
MENULIS ABSTRAK

Abstrak adalah satu perenggan yang meringkaskan berkenaan projek anda. Ia
sepatutnya menyentuh dengan jelas dan padat berkenaan konsep utama. Dalam
masa satu minit atau kurang, pembaca boleh memahami rasional sebalik kajian,
masalah yang ingin diselesaikan, pendekatan kepada masalah, hasil utama dan
ketrampilan hasil. Abstrak adalah perkara pertama penilai akan baca dan ianya
adalah jantung kepada dokumen berkaitan.

Kandungan abstrak perlu mengandungi tujuan kajian, hipotesis jika ada,
persoalan keseluruhan, hasil kajian, pengujian yang telah dilakukan dan
ketrampilan hasil. Latar belakang kajian tidak diperlukan dalam bahagian
abstrak.

Pertimbangkan contoh abstrak dan komen yang dinyatakan berikut:

Tajuk: Sistem Data Rekabentuk Produk Dalam
Persekitaran CIM

Abstrak:
Sistem Data Rekabentuk Produk merupakan satu
sistem pangkalan data yang dibangunkan untuk
menyimpan maklumat berkenaan data rekabentuk
sesuatu produk dan memastikan aliran maklumat yang
sistematik dalam kilang Ingress Engineering Sdn. Bhd.
Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk
mengatasi masalah yang dihadapi dalam sistem
semasa iaitu kurangnya perkongsian data antara
J abatan Rekabentuk dengan jabatan lain, kehilangan
data dan masalah kelambatan dalam pemprosesan
data. Sistem ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
pengurus dan pengguna sistem. Penyelarasan
maklumat, pengemaskinian data, penghapusan data
atau penambahan data hanya boleh dilakukan oleh
pengurus sistem manakala pengguna hanya
dibenarkan menguna sistem tanpa melakukan operasi
ke atas sistem. Data-data disimpan dalam satu
pangkalan data yang tersusun dan kemas. Ini
membolehkan proses penyelarasan maklumat,
pengemaskinian data, penghapusan data atau
penambahan data lebih mudah dilakukan. Sistem ini
menggunakan Microsoft
TM
Visual Basic Enterprise
Edition 6.0 untuk pembangunan antaramuka sistem
manakala MicrosoftTM Access 97 digunakan dalam
pembinaan pangkalan data sistem ini.

Ulasan:
Abstrak ini menyatakan
tentang maklumat yang
disimpan, objektif, fungsi
sistem dan peralatan
pembangunan.

Ayat yang ditulis
condong tidak bermakna
dalam abstrak ini dan
ianya boleh dihapuskan.


ISBN 978-983-41293-6-1
28
Bab Kedua: Memulakan Projek
Secara amnya, panjang suatu abstrak adalah antara 250 hingga 300 patah
perkataan; jangan tulis abstrak sehinggalah anda selesai menulis keseluruhan
dokumen projek anda. Dengan cara begini anda tidak perlu menulis semula
sekiranya perlaku perubahan dalam melaksanakan projek.

Kita lihat satu contoh abstrak lagi seperti berikut:

Tajuk: Role Playing Game

Abstrak:
Permainan komputer Role Playing Game adalah satu
permainan komputer yang berbentuk "point and click".
Sasaran pengguna untuk permainan ini ialah remaja
berumur 12 tahun dan ke atas. Permainan ini juga
menggunakan Bahasa Melayu. Permainan ini
mempunyai satu peringkat yang boleh dimainkan.
Permainan ini dibangun dengan beberapa perisian
seperti 3D Game Studio, 3D Studio Max, Adobe
Photoshop dan Sound Forge.

Ulasan:
Abstrak ini menyatakan
tentang kaedah meng-
gunakan permainan
yang dibangunkan,
sasaran pemain, baha-
sa permainan, pering-
katnya dan alat pem-
bangunan.
Kelemahan utama
abstrak ini ialah ianya
tidak menyatakan
apakah permainan itu
sendiri.



Contoh berikut pula adalah abstrak yang berlebihan maklumat. Ayat yang ditulis
condong tidak sesuai ditulis dalam bahagian abstrak.

Tajuk: Aplikasi Analisis Data Dalam Rangka Kerja Soal-Selidik Berasaskan
Pengkomputeran Mudah Alih Menggunakan Alat Analisis OLAP.

Abstrak:
Soal-selidik merupakan elemen penting dalam membantu membuat
perancangan, penggubalan polisi, pemantauan industri serta dapat memajukan
aktiviti perniagaan. Namun kaedah-kaedah soal-selidik yang ada pada masa kini
masih lagi kurang memberi penekanan terhadap penglibatan teknologi maklumat
dalam melancarkan proses pengumpulan data. Oleh yang demikian, matlamat
penyelidikan adalah membuat analisa perbandingan di antara kaedah soal
selidik manual dan berkomputer yang ada pada masa kini, mengenalpasti satu
model aplikasi soal-selidik berautomasi penuh berdasarkan model yang telah
dikenalpasti menggunakan teknologi berautomasi penuh. Metodologi
penyelidikan terdiri daripada empat fasa utama iaitu perolehan maklumat,
perlaksanaan penyelesaian, analisis hasil penyelidikan dan dokumentasi. Hasil
penemuan yang diperolehi dari penyelidikan ini merupakan sebuah Aplikasi Soal
Selidik Komputer Berautomasi (ASKB) yang dibangunkan menggunakan model
air terjun. Ia tidak hanya memberi ruang kepada pengguna untuk merekod data
semata-mata tetapi membantu pengguna mengolah soalan soal selidik dengan
pantas serta membuat keputusan strategik melalui fungsian analisa hasil dan
perumusan data. Pembangunan aplikasi adalah berlandaskan prinsip
pengautomasian penuh untuk membantu mempercepatkan kerja-kerja soal
ISBN 978-983-41293-6-1
29
Bab Kedua: Memulakan Projek
selidik. Aplikasi ini terdiri daripada empat modul utama iaitu Modul Proses
Soalan, Modul Proses PDA, Modul Analisa Hasil dan Modul Soal Selidik. Selain
dari itu, proses pengumpulan data dilaksanakan menggunakan PDA (Personal
Digital Assistant). Proses penghasilan soalan soal selidik dan analisa hasil
dilakukan di desktop yang bertujuan untuk pemusatan dan pengurusan data.
Data ini kemudiannya dianalisis dan rumusan populasi akan dijanakan
menggunakan alat analisis dari gudang data iaitu OLAP Cube. Namun
penyelidikan ini hanya tertumpu kepada soalan-soalan soal selidik berbentuk
kuantitatif sahaja.

Contoh berikut pula adalah abstrak yang tidak bermakna:

Tajuk: e-ADUN

Abstrak:
e-Adun dibangunkan untuk digunakan oleh mana-mana
wakil rakyat yang berminat untuk mengaplikasikan
teknologi maklumat sebagai alat untuk meningkatkan
produktiviti dan kualiti kerja mereka. Idea untuk
membangunkan sebuah sistem sokongan tugas-tugas
ADUN (e-Adun) tercetus apabila konsep pentadbiran
sistem semasa yang digunakan pada masa kini didapati
kurang cekap malah menimbulkan beberapa masalah
sama ada bagi pihak wakil rakyat mahupun penduduk
setempat. Antara masalah yang sering dihadapi adalah
masalah komunikasi di antara pihak wakil rakyat dengan
penduduk setempat, kelewatan penerimaan aduan
penduduk dan kesukaran untuk menyampaikan maklumat
atau pengumuman kepada penduduk setempat.
Kewujudan sistem ini diharap dapat membantu wakil
rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Sistem ini akan mengautomasikan beberapa tugas harian
seorang wakil rakyat dengan tujuan untuk meningkatkan
kualiti serta produktiviti kerja mereka.


Ulasan:
Abstrak ini menya-
takan tentang
pengguna perisian,
pernyataan masa-
lah dan tugas
sistem. Pernyataan
masalah (huruf
condong) tidak
diperlukan dan
boleh dihapuskan.
Manakala isi pen-
ting iaitu meng-
automasi tugas
harian seorang
wakil rakyat tidak
dinyatakan dengan
tepat. Apakah
tugas tersebut? Ini
sebenarnya adalah
modul dalam e-
Adun.














ISBN 978-983-41293-6-1
30
Bab Kedua: Memulakan Projek
Beberapa contoh abstrak yang baik:

Tajuk: Sistem Kawalan J arak J auh Kereta Berasaskan Web

Abstrak:
[Sistem Kawalan J arak J auh Kereta Berasaskan Web yang
dibangunkan bertujuan untuk mengawal kereta secara jarak
jauh melalui web.] [Pengawalan kereta ini melalui web ini
membolehkan pengguna boleh mengawal kereta ini dari
mana-mana tempat yang mempunyai rangkaian kepada
Internet melalui Internet Browser]. [Sistem ini membolehkan
pengguna melakukan navigasi kereta seperti melakukan
pergerakan kereta maju hadapan, undur ke belakang, belok
ke kiri dan kanan]. [Sistem ini dibangunkan dengan
menggunakan J ava Servlet dan bahasa himpunan. Bahasa
himpunan digunakan dalam sistem ini untuk
mengaturcarakan fungsi mikropengawal. Antaramuka
sistem ini adalah memaparkan kandungan yang dinamik dan
dibangunkan menggunakan J ava Server Pages.]
Pengenalan kepada
sistem
Mengapa diperlukan?
Fungsi disediakan
Kaedah pelaksanaan

















Lagi contoh abstrak yang baik:

Tajuk: Sistem Pakar Diagnosis Kanak-kanak Autisme (SPAUTISME)

Abstrak:
Sistem Pakar Diagnosis Kanak-kanak Autisme (SPAutisme) dibangunkan untuk
membantu pengguna terutamanya para doktor dalam menjalankan diagnosis bagi
mengesan kanak-kanak autisme selain mendapatkan maklumat berkenaan simptom dan
tahap dari pakar. Sistem ini mengintegrasikan penggunaan sistem yang 'stand-alone'
dan konsep sistem pakar berasaskan petua, rantaian hadapan, dan KADS sebagai
metodologi pembangunan sistem. Modul aplikasi diagnosis diimplementasikan
sepenuhnya menggunakan prolog manakala antaramuka sistem dibangunkan
menggunakan Microsoft Visual basic 6.0. Pada dasarnya, penggunaan sistem pakar
adalah untuk mengaplikasikan kepakaran dalam sistem pakar atau sistem berasaskan
pengetahuan, kebolehan mewakilkan pengetahuan, memanipulasikan pengetahuan dan
penggunaan teknik penaabiran.


ISBN 978-983-41293-6-1
31
Bab Kedua: Memulakan Projek
Tajuk: Pembangunan Sistem Pengurusan Kluster

Abstrak:
Tugas utama Sistem Pengurusan Kluster yang dibangunkan ini ialah untuk
menjadualkan perlaksanaan tugas-tugas dalam kluster. Tugas-tugas tersebut terdiri
daripada program selari yang memerlukan beberapa komputer dalam penyelesaian
masalah. Secara ringkasnya, kluster merupakan satu rangkaian komputer. Komputer-
komputer yang terlibat tidak semestinya jenis yang sama malah boleh terdiri daripada
pelbagai jenis komputer. Sistem Pengurusan Kluster ini berasaskan model pelayan-
pelanggan yang mana pelayan akan menerima permintaan pelanggan dan seterusnya
menjadualkan pelaksanaan tugas mengikut giliran dan juga sumber yang bersedia
melaksanakan tugas. Sistem ini terdiri daripada tiga program, iaitu program pelayan,
program pelanggan dan program daemon. Program pelayan akan dilarikan pada salah
sebuah komputer dalam kluster yang dijadikan sebagai pelayan. Komputer selainnya
adalah pelanggan dan dua program yang akan dilarikan pada setiap pelanggan ialah
program pelanggan dan daemon. Komputer pelayan perlu dikonfigurasikan supaya fail-
fail tertentu boleh dikongsikan kepada komputer-komputer lain. Buat masa ini, kluster
yang digunakan di sini hanya terdiri daripada 20 buah komputer dengan sistem
pengoperasian Red Hat Linux 7.2 dan Microsoft Windows 98.


MENULIS PENGENALAN: BAB PERTAMA

Bab atau bahagian pertama suatu dokumen ilmiah biasanya dinamakan
Pengenalan atau Pendahuluan. Bahagian ini akan menggabungkan elemen
penulisan sebelum ini iaitu:
Membincangkan motivasi projek yang dijalankan.
Menyatakan masalah yang ingin diselesaikan (pernyataan masalah).
Menyatakan tujuan projek dijalankan; yang mencerminkan jalan bagi
penyelesaian masalah (objektif).
Menyatakan cara projek akan dilaksanakan bagi mencapai objektif
(metodologi).
Meringkaskan setiap bab agar pembaca mengetahui bagaimana setiap
bab berkait dan bukti-bukti bagi menunjukkan penyelesaian yang telah
dilakukan.

Bahagian ini sangat penting kerana ia menunjukkan kesinambungan penceritaan
projek. Sekiranya obektif projek tidak menyelesaikan masalah yang dinyatakan,
maka anda perlu mengubahsuai salah satu antaranya. Begitu juga sekiranya
metodologi tidak menunjukkan yang ianya ke arah mencapai objektif, maka anda
perlu mengubahsuainya. Manakala, bab-bab seterusnya perlulah bab yang
signifikan yang sebaiknya berkaitan dengan hasil daripada langkah-langkah yang
dinyatakan dalam metodologi. Sehubungan itu, biasanya bahagian Pengenalan
akan sempurna setelah semua bahagian lain telah siap ditulis.



ISBN 978-983-41293-6-1
32
Bab Kedua: Memulakan Projek
MENULIS KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUT: BAB AKHIR

Bab akhir bagi suatu penulisan dokumen projek
akhir berkait rapat dengan bab pertamanya. Ini
kerana di dalam bab terakhir, anda perlu
bincangkan sama ada objektif yang dinyatakan
dalam bahagian pertama telah diulas
pencapaiannya dalam bahagian ini.
Kemungkinan pencapaian tersebut dinyatakan







secara tersirat di dalam pernyataan sumbangan. Namun, lebih baik jika anda
menyatakan dengan jelas berkenaan pencapaian objektif. Bagi projek yang
mempunyai elemen penyelidikan, pastikan anda dapat menunjukkan hasil kerja
anda menyumbang kepada bidang pengetahuan. Sebaiknya anda sertakan
rujukan mana-mana bahagian dalam penulisan anda bagi menyokong
pernyataan dalam bahagian kesimpulan ini.
Bab Akhir: Kesimpulan
Ulasan pencapaian
Kajian Lanjut
Ringkasan projek
Senarai Sumbangan
Bab Akhir: Kesimpulan
Ulasan pencapaian
Kajian Lanjut
Ringkasan projek
Senarai Sumbangan
Ulasan pencapaian
Kajian Lanjut
Ringkasan projek
Senarai Sumbangan

Bahagian kajian lanjutan pula menerangkan pelbagai masalah yang masih belum
dapat diselesaikan oleh projek anda. Sebagai pelajar, anda dikekang oleh masa.
Oleh itu adalah tidak mungkin anda berjaya menyelesaikan semua masalah
dalam bidang yang dikaji. Anda diharap dapat mencadangkan cara hasil kerja
anda boleh diperbaiki. Berasaskan hasil projek, anda perlu mengenalpasti
bahagian yang perlu dilakukan siasatan yang lebih mendalam. Kematangan
anda dapat dilihat dalam bahagian cadangan kajian lanjutan ini.

Secara ringkasnya, bab terakhir ini mengandungi perkara berikut:
Ringkasan hasil projek.
Ulasan pencapaian objektif yang telah dinyatakan dalam bab pertama.
Senarai sumbangan projek; boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
sumbangan utama dan sumbangan minor.
Cadangan arah tuju kajian seterusnya.


MENYEDIAKAN KAJIAN LITERATUR

Kepentingan kajian literatur

Terdapat pelbagai tajuk untuk bab ini
seperti Kajian Lepas, Kajian Literatur,
Kajian Latar, dan seumpamanya. Bagi
projek di peringkat sarjanamuda,
kebiasaannya kajian literatur tidak
begitu kritikal berbanding projek







Bab Kedua: Kajian Literatur
Perisian Setara
Kaedah penyelesaian lain
Teknologi Baru
Bab Kedua: Kajian Literatur
Perisian Setara
Kaedah penyelesaian lain
Teknologi Baru
Perisian Setara
Kaedah penyelesaian lain
Teknologi Baru
Kaedah penyelesaian lain
Teknologi Baru
sarjana dan PhD. Ini kerana dokumen yang anda hasilkan adalah lebih kepada
dokumen teknikal, menjurus terus kepada produk yang dihasilkan.

ISBN 978-983-41293-6-1
33
Bab Kedua: Memulakan Projek
Tujuan penulisan bab ini bagi pelajar peringkat sarjanamuda adalah untuk
memperlihatkan latar belakang pengetahuan yang anda ada di dalam
melaksanakan projek berkaitan. Siapakah yang ingin melihat pengetahuan
anda? Sudah pastinya penyelia dan penilai dokumen anda. Sehubungan itu,
tunjukkanlah seluas mungkin pengetahuan latar yang anda miliki dalam
menjayakan projek berkaitan.

Selain itu, bab ini juga menjadi pelantar untuk anda jelaskan beberapa perkara
yang dapat mengelakkan anda daripada isu memplagiat hasil kerja orang lain.

Namun, perlu dinyatakan juga di sini bahawa, secara idealnya, bagi peringkat
sarjana dan PhD, tujuan menulis kajian literatur adalah bagi membuktikan
bahawa suatu kajian itu belum pernah dilakukan. Dalam kes sebegini,
kandungan bab perlu dirangka dan dianalisa secara kritis. Sejumlah bibliografi
perlu dirujuk. Apa juga yang dianalisa, kesimpulan hasil dari analisa tersebut
mestilah mencapai tujuan bahawa idea kajian yang dicadangkan belum lagi
dilaksanakan oleh pengkaji lain. Selain itu, kajian literatur juga memberi peluang
kepada pelajar lanjutan untuk menunjukkan bukti kukuh secara berteori dalam
bidang berkaitan dan menjadi asas kepada projek mereka. J uga mereka dapat
menunjukkan hubung-kait antara kajian-kajian lain yang pernah dilakukan
dengan kajian yang sedang mereka laksanakan.

Bagi yang pertama kali menulis kajian literatur, anda akan merasa susah untuk
menulis bab ini. Antara sebabnya adalah
Tidak arif dalam mencari bahan: Anda akan dapati terlalu banyak bahan
terbitan bagi topik tersebut, dan sukar untuk menentukan mana yang
relevan dengan topik anda.
Topik yang dipilih adalah topik hangat dan sukar untuk mendapatkan
perkembangan terkini dalam topik tersebut.
Anda merasa susah untuk meringkaskan dan menyimpulkan idea dan
hasil penyelidikan daripada pelbagai penerbitan.

Kemahiran untuk melakukan kajian literatur, hanya boleh digarap melalui
pengalaman. Namun, tip yang diberikan di bawah, diharap dapat membantu.


Kandungan kajian literatur

Kebanyakan projek peringkat ijazah sarjanamuda bukanlah bercirikan
penyelidikan. Sehubungan itu kajian literatur tidak perlu begitu mendalam dan
boleh dipelbagaikan lagi. Keutamaan projek adalah untuk melihat kebolehan
pelajar mengaplikasikan pengetahuannya. Dengan adanya kajian literatur, maka
ia menambah nilai ilmiah dalam projek mereka. Selain itu, penulisan kajian
literatur juga dapat mempamerkan kefahaman pelajar dalam perkara yang ingin
diselesaikan.

ISBN 978-983-41293-6-1
34
Bab Kedua: Memulakan Projek
Dalam hal ini, kajian literatur boleh terdiri daripada perkara yang berikut mengikut
turutan kepentingan:
Perisian yang setara yang telah dibangunkan untuk masalah yang lain.
Kaedah semasa yang dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah.
Teknologi yang digunakan khasnya jika teknologi adalah baru di pasaran.
J ika teknologi adalah baru bagi pelajar, dan tidak di pasaran, mahupun
kepada penyelia, maka tidak perlu diulas dengan panjang. Memadai satu
atau dua perenggan sahaja.

Pertimbangkan contoh berikut:

Tajuk projek yang ingin dilaksanakan oleh Ahmad ialah Sistem Pemarkahan
Aturcara J ava Berasaskan Web. Bahasa pembangunan yang dipilihnya ialah
bahasa pengaturcaraan C untuk proses pemarkahan dan ASP untuk antara
muka web. Ahmad memang arif dengan bahasa pengaturcaraan C, tetapi
baru pertama kali mencuba menggunakan ASP. Manakala penyelia Ahmad
arif dengan kedua-dua bahasa pembangunan. Adalah dicadangkan Ahmad
melakukan kajian literatur terhadap perkara berikut:
Mengulas rekabentuk dan ciri-ciri sistem-sistem pemarkahan yang pernah
dibangunkan oleh penyelidik lain: Ahmad perlu mencari artikel-artikel
berkaitan sistem pemarkahan yang telah dibina. Mulakan carian di internet
dengan kata kunci seperti marking system, assessment system,
automatic assessment dan seumpamanya. Gunakan kata kunci dalam
bahasa Inggeris kerana kebanyakan artikel ilmiah ditulis dalam bahasa
tersebut.
Mengulas kaedah pemarkahan manual terhadap subjek J ava oleh guru.
Ahmad perlu mendapatkan maklumat bagaimana seorang guru
memarkahkan sesebuah aturcara J ava. Hal ini sebenarnya merujuk
kepada mengenalpasti faktor-faktor kualiti yang terlibat. Maklumat ini
boleh didapati dengan menemubual guru yang terbabit atau
mendapatkannya daripada artikel-artikel jika ada.
Menjelaskan tentang keputusan memilih bahasa C dan ASP. Ahmad
boleh menjelaskan dengan sangat ringkas tentang bahasa C dan
menjelaskan dengan sederhana panjang berkenaan ASP.


Jenis bahan yang patut dirujuk

Sebaiknya bahan yang dirujuk adalah bahan arkib seperti buku, jurnal ilmiah dan
prosiding persidangan. Untuk mengetahui sama ada sesuatu bahan itu bahan
arkib atau bukan; adakah ianya disimpan oleh kebanyakan perpustakaan utama?
Kertas yang disenaraikan oleh pangkalan data piawai seperti INSPEC adalah
contoh arkib. Bahan seperti paten dan laporan kerajaan adalah bahan arkib
tetapi tidak dipertimbangkan sebagai bahan ilmiah.

ISBN 978-983-41293-6-1
35
Bab Kedua: Memulakan Projek
Sebaiknya seseorang tidak memetik bahan penulisan yang mempunyai hak milik
seperti nota aplikasi pengilang, dokumen spesifikasi untuk sesuatu produk,
majalah perniagaan dan sumpamanya. Bahan-bahan ini bukanlah bahan arkib.

Dalam kes Internet pula, terdapat dua kategori bahan iaitu; arkib dan bukan
arkib. Contoh bahan arkib yang boleh dicapai di Internet ialah kertas-kertas
ilmiah dalam prosiding persidangan dan jurnal ilmiah yang boleh dilanggan atau
dibeli secara berasingan. Biasanya organisasi tertentu seperti IEEE dan ACM
mengendalikan bahan seperti ini. Bahan sebegini boleh dicapai melalui Internet,
dan pada masa yang sama ianya adalah sumber arkib.

Manakala bagi kategori bahan bukan arkib yang dicapai di Internet, contohnya
adalah nota kuliah subjek tertentu yang disediakan oleh seseorang dan
diletakkan atas laman webnya. Satu contoh lagi adalah laman web bagi produk
tertentu. Anda tidak digalakkan merujuk bahan sebegini. Ini kerana penulis
bahan Internet boleh mengubah dan manambah bahan mereka dengan kerap.
Bahan sebegini adalah sumber rujukan yang tidak stabil. Kandungan bahan
tersebut hanya betul pada masa ianya dilayari. Sehubungan itu, tarikh melayari
bahan sedemikian perlu direkodkan.

Baik bahan bukan arkib di Internet ataupun yang mempunyai hak milik, ianya
tidak digalakkan untuk dirujuk, kecuali bahan tersebut unik dan tidak ada rujukan
lain, ataupun anda telah mendapatkan kebenaran pemiliknya. J anganlah rujukan
bukan arkib melebihi bilangannya berbanding rujukan arkib.


Di mana mencari bahan?

Terdapat banyak sumber untuk anda mencari bahan bagi menulis kajian literatur.
Bahan-bahan dalam bentuk artikel ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah
mahupun prosiding persidangan adalah keutamaan. Seboleh-bolehnya dapatkan
dua atau tiga kertas ilmiah ini. J ika banyak lebih baik bagi anda. Selain itu,
laporan teknik dan artikel atas talian juga boleh diterima, namun begitu artikel
atas talian jangan terlalu banyak. Manakala sebahagian lagi adalah buku teks,
disertasi dan tesis-tesis. Setelah mengetahui apa yang ingin dicari, mulakan
carian di beberapa tempat seperti:

Bahan-bahan di perpustakaan khasnya Pangkalan Data Dalam Talian
yang dilanggan oleh perpustakaan institusi anda. Di situ terdapat banyak
artikel ilmiah yang boleh dirujuk.
Dokumentasi yang pernah ditulis oleh pelajar lain berkenaan masalah
yang setara biasanya ada disimpan di Pusat Sumber Fakulti atau
perpustakaan. Mungkin juga anda boleh menghubungi pelajar itu sendiri.
Maklumat di Internet dengan menggunakan kata kunci yang sesuai.
Cubalah beberapa kali dengan kata kunci yang berlainan. Terdapat juga
ISBN 978-983-41293-6-1
36
Bab Kedua: Memulakan Projek
jurnal ilmiah dan prosiding persidangan yang diterbitkan atas talian dan
boleh dicapai dengan percuma. Anda boleh mencubanya.

Kesilapan memilih kata kunci boleh menyebabkan bahan terbaik gagal
diperolehi. Pertimbangkan kes berikut sebagai contoh. Perisian Rational Rose
(RR) berfungsi untuk menyokong pemodelan UML. Rajah kelas bagi RR
disimpan dalam fail berformat *.mdl. Ahmad ingin mencari di Internet, sebarang
kajian atau program yang telah dibuat bagi memproses maklumat dalam fail
berformat .mdl ini. Apakah kata kunci yang sesuai? J ika Ahmad menggunakan
kata kunci Rational Rose, "UML" dan ".mdl", beliau gagal menemui maklumat
yang relevan. Namun, jika Ahmad menggunakan kata kunci yang lebih teknikal
seperti grammar mdl dan parser, banyak maklumat yang relevan diperolehi.

Sekiranya anda tidak mahir mencari maklumat di perpustakaan, rujuklah
pegawai di perpustakaan bagi membantu anda mendapatkan bahan. J angan
lupa, rujukan perlu sentiasa direkodkan. Subjek yang telah anda pelajari seperti
Kemahiran Maklumat sepatutnya membantu anda dalam menguruskan
maklumat yang sedemikian.


Sedalam mana pembacaan?

Setelah anda mendapat bahan-bahan yang dicari, anda boleh memulakan
pembacaan. Bagi kertas ilmiah, bacalah bahagian abstrak dan kesimpulan
dalam kertas tersebut terlebih dahulu. J angan baca kandungan kertas selagi
anda tidak memahami abstrak dan kesimpulan yang dinyatakan. Setelah anda
mendapat idea apa yang dibicarakan dalam kertas tersebut, mulalah mencari
maklumat yang diingini seperti apakah rekabentuk bagi perisian yang
dibincangkan. Bagaimanakah prestasi hasil yang dibina. Apakah kelebihannya
dan seumpamanya. Anda tidak perlu memahami 100% kertas ilmiah tersebut.
Cukuplah sekadar membolehkan anda menulis maklumat tersebut ke dalam
dokumen anda. Namun, hendaklah maklumat yang betul.

Sekiranya anda ingin menganalisa perisian-perisian yang setara dengan projek
yang ingin anda laksanakan, sama ada di pasaran atau diiklankan di Internet,
maka anda perlu mengenalpasti terlebih dahulu apakah maklumat yang anda
ingini. Contoh maklumat yang mungkin berfaedah ialah; tahun ia dilancarkan,
fungsi-fungsi yang disediakan, beberapa screen-shot antaramuka yang penting,
harganya, latar belakang pengguna dan seumpamanya. Dengan mengenalpasti
apa maklumat yang ingin anda dapat, maka ianya memudahkan proses
pembacaan anda.

Bagi kes menganalisa perisian-perisian setara, terdapat juga pihak yang
telahpun melakukan analisis seperti yang ingin anda lakukan. Sebagai contoh,
semasa menyediakan buku ini, penulis ingin menganalisa beberapa perisian
alatan CASE untuk disyorkan kepada pelajar. Dan penulis memperolehi satu
ISBN 978-983-41293-6-1
37
Bab Kedua: Memulakan Projek
laman web yang telah siap menganalisa sejumlah alatan CASE. Penulis
mengambil peluang ini dengan menyatakan rujukan terus kepada sumber
maklumat tersebut.

Kewajipan menyatakan rujukan

Penulisan ilmiah bukan sahaja menekankan ciri-ciri penulisan yang baik, turut
sama penting adalah petikan penulisan yang dirujuk. Pernyataan yang tidak
disokong adalah tidak mempunyai nilai. Sebahagian pelajar keliru tentang
kepentingan petikan penulisan. Oleh kerana anda risau dikatakan plagiat, maka
anda langsung tidak menyatakan rujukan. Inilah kesilapan yang besar. Penyelia
anda tidak mengharap anda menghasilkan satu projek yang tidak pernah dibuat
oleh manusia lain. Sehubungan itu berbincanglah secara terbuka dengan
penyelia anda bagaimana anda boleh dokumenkan bahan yang dirujuk supaya
jelas peranan anda bukanlah memplagiat hasil kerja orang lain, tetapi
mengulangi proses yang sama. Ingat semula analogi kereta Proton.

Rujukan memberikan sokongan kepada pernyataan dan menambah kredibiliti
kepada sesuatu penulisan. Semua petikan langsung daripada penulis lain mesti
dinyatakan rujukannya. Kegagalan untuk menyatakan petikan dikenali sebagai
plagiat. Sekiranya satu atau beberapa pernyataan diambil secara terus dari
penulisan asal, maka letakkan pernyataan tersebut dalam tanda kutip atau dalam
satu blok yang dianjak (indented).

Kesemua maklumat yang penting yang diambil daripada sumber lain mesti
dinyatakan rujukannya. Dari aspek undang-undang, sekiranya sumber yang
dirujuk mempunyai tanda hak cipta, maka anda boleh dikenakan tindakan
undang-undang jika tidak menyatakan sumbernya. Dari aspek ilmiah pula, antara
sebab mengapa rujukan perlu dinyatakan adalah:
untuk memberi penghargaan kepada mereka yang menyediakan
maklumat atau yang pertama melakukan penemuan. Ini juga dapat
mengelakkan salah faham yang suatu idea itu adalah hasil kerja asal
penulis.
untuk membebaskan penulis daripada tanggungjawab terhadap ketepatan
atau kebenaran sesuatu maklumat.
untuk membawa pembaca kepada sumber asal yang lebih terperinci atau
maklumat yang lengkap.
untuk menunjukkan susur galur evolusi idea yang dibincangkan.

Namun, rujukan kepada pengetahuan umum yang sudah dikenali seperti
Pengujian Kotak Hitam dan Model Air Terjun tidak diperlukan. Bagaimana ingin
mengetahui sama ada sesuatu itu pengetahuan umum atau bukan? Kurikulum
yang disediakan di peringkat sarjanamuda adalah berdasarkan satu badan
pengetahuan yang telah diterima dalam disiplin berkaitan. Sehubungan itu,
mana-mana pengetahuan yang diajar di peringkat tersebut boleh diterima
sebagai pengetahuan umum bagi disiplin tersebut.
ISBN 978-983-41293-6-1
38
Bab Kedua: Memulakan Projek


Kaedah menyatakan rujukan

Sewaktu menulis bahagian kajian literatur ini, sebenarnya anda sedang
mendokumenkan hasil pembacaan anda. Setiap apa yang diceritakan dalam
bahagian ini, jika ianya dirujuk daripada mana-mana bahan, maka anda perlu
nyatakan rujukan tersebut. Beberapa cara boleh anda gunakan seperti:

Ruzi (2005) telah membangunkan rekabentuk umum bagi objek
pembelajaran bagi bahasa pengaturcaraan C yang berasaskan gaya
pembelajaran majoriti pelajar.

Atau boleh juga;

Rekabentuk umum bagi objek pembelajaran bagi bahasa pengatucaraan
C telah dibangunkan dengan gaya pembelajaran majoriti pelajar
mendasari rekabentuk tersebut (Ruzi 2005).

Dalam bahagian rujukan ditulis;

Ruzi Bachok. 2005. Rekabentuk Umum Objek Pembelajaran Bahasa
Pengaturcaraan C Berdasarkan Gaya Pembelajaran Majoriti Pelajar.
Tesis Sarjana. UKM Bangi.

Selain itu, terdapat juga keadaan yang mana pelajar ingin menggunakan rujukan
sekunder. Katakan Ahmad merujuk dokumentasi tesis Asmady (2004). Dalam
tesis tersebut, Asmady telah merujuk artikel ilmiah yang ditulis oleh Tsinsifas
(2003). Namun Ahmad gagal mendapatkan artikel asal Tsinsifas ini. Sehubungan
itu Ahmad mengambil keputusan untuk menggunakan terus pernyataan yang
diambil atau diulas oleh Asmady terhadap artikel Tsintifas dalam tesisnya. Maka
Ahmad boleh mengambil salah satu dari pendekatan berikut:

Tsinsifas (2003) sebagaimana yang dinyatakan dalam (Asmady 2004)
telah membina satu sistem pemarkahan bagi subjek yang berasaskan
grafik dengan menggunakan

Atau guna terus (namun, jangan kerap melakukan hal sebegini);

Tsinsifas (2003) telah membina satu sistem pemarkahan bagi subjek
yang berasaskan grafik dengan menggunakan


ISBN 978-983-41293-6-1
39
Bab Kedua: Memulakan Projek
Atau boleh juga

Dalam tahun 2003, Tsinsifas (Asmady 2004) telah membina satu
sistem pemarkahan bagi subjek yang berasaskan grafik dengan
menggunakan

Sekiranya anda ingin menyatakan muka surat tertentu yang dirujuk, maka boleh
ditulis seperti berikut:

Contohnya, senibina proses bagi sistem penggera ceroboh (Sommerville
2001: 297)


Sekiranya anda menggunakan pernyataan berikut dalam ayat anda, pastikan ia
mempunyai rujukan, contohnya:

Adalah menjadi keyakinan umum bahawa ...
Adalah diketahui ramai bahawa ...

Kenyataan seperti di atas memerlukan sekurang-kurangnya dua rujukan yang
menyokongnya.

Kaedah menulis petikan rujukan boleh berbeza antara institusi. J adual 2.5
menunjukkan beberapa cara menulis petikan rujukan berdasarkan buku panduan
Gaya UKM.

J adual 2.5: Cara menulis petikan rujukan
Bilangan Pengarang Kaedah
Pengarang Tunggal Mohd. Azman Abu Bakar. 1990.
dirujuk sebagai (Mohd. Azman 1990)

Koh Aik Khoon. 1998.
dirujuk sebagai Koh (1998)

Sommerville, I. 2001....
dirujuk sebagai (Sommerville 2001)

Pengarang Bersama Swales, J .M. & Feak, C.B. 1996. ...
dirujuk sebagai (Swales & Feak 1996)

Pengarang Lebih Dua Fincher, S. Petre. M. & Clark M. 2001. ...
dirujuk sebagai (Fincher et al. 2001)

Tanpa Pengarang (Laporan J awatankuasa Tetap Bahasa Malaysia
1987)

ISBN 978-983-41293-6-1
40
Bab Kedua: Memulakan Projek



Rujukan Rujukan
MENULIS FORMAT RUJUKAN

Setiap institusi mempunyai format rujukan masing-masing. Anda perlu merujuk
format tersebut. Sebagai contoh jika anda adalah pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia, maka anda boleh merujuk buku panduan Gaya UKM bagi menulis
rujukan. UKM menggunakan sistem pengarang tarikh bagi menulis rujukan. Anda
tidak sesekali digalakkan menulis rujukan mengikut piawaian anda sendiri atau
institusi lain. J adual 2.6 menyenaraikan ringkasan format berkenaan.

J adual 2.6: Cara menulis senarai rujukan
J enis Bahan Cara Menulis Rujukan
Buku Sommerville, I. 2001. Software Engineering. 6
th
Ed. England:
Addison Wesley.

Zarina Shukur, Abdullah Mohd. Zin & Bahari Idrus. 2005.
Pemodelan Perisian Menggunakan Spesifikasi Z. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Makalah
dalam jurnal
Yuwaldi Away, Zarina Shukur dan Mohammad Asmadi Dawari.
2005. Formulasi Faktor Kualiti Bagi Pemarkahan Lukisan
Kejuruteraan. J urnal Kejuruteraan, UKM. J ilid 15, 2003, ms 97-
110.

Makalah
dalam
pascasidang

Nursyahidah Alias, Mohd Hazali Mohamed Halip, Zarina Shukur dan
Bahari Idrus. 2005. Specification Of Selective Acknowledgement
Protocol Using Z Language. Proceeding of Second International
Conference On Research And Education In Mathematics (ICREM2),
Universiti Putra Malaysia, 25-27 May 2005 (CD).

Abdul Rahim Samsudin & Abdul Ghani Mohd. Rafek. 1990.
Kajian geofizik di lebuh raya Tangkah Pagoh, J ohor, Malaysia.
Prosiding Persidangan Sains Bumi dan Masyarakat, hlm. 281-
291.

Tesis atau
latihan ilmiah

Ahmad Rizal bin Mohd. Yusof. 2003. Mengukur Kesahihan
Spesifikasi Z Melalui Perlaksanaan Bersimbol. Tesis Sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia

Chong Teck Chin. 2001. Sistem Capaian Maklumat
Perpustakaan Atas Talian. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia

Laporan Laporan J awatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. 1987. Ed. ke-
2. Pedoman umum ejaan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
ISBN 978-983-41293-6-1
41
Bab Kedua: Memulakan Projek
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan
Rujukan
Elektronik
Laman Web

Penulisan Tesis Gaya UKM. (atas talian).
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/ panduan/index.html (3 Mac
2006).

Pritzer, T.J . (tanpa tarikh). An early fragment from central Nepal
(atas talian). htpp://www.ingress.com/astanart/pritzker/pritzker.
html (5 J un 2000)

J urnal-elektronik

Kawasaki, J .L. 1996. Computer administered surveys in
extension. J ournal of Extension 33(3): 204-210 (atas talian)
http://www.apa.org/journals/sebret.html (18 November 1999)


Dalam kes bahan rujukan elektronik, cara menulis rujukan agak berlainan,
khasnya laman web. Ini kerana biasanya laman web mempunyai maklumat
rujukan yang tidak lengkap, dan boleh berubah kandungannya pada bila-bila
masa. Sehubungan itu, umumnya rujukan bahan yang diterbitkan secara
elektronik seperti CD-ROM, laman sesawang, pangkalan data sesawang, jurnal-
elektronik dan mel-elektronik haruslah mempunyai maklumat berikut:
Nama pengarang
Tahun
Tajuk makalah
Nama jurnal/buku, (huruf condong)
No, jilid (huruf tebal)
Nombor keluaran (dalam tanda kurungan)
Halaman seluruh makalah
J enis media (dalam tanda kurungan)
Tapak/jejak /fail/alamat sesawang
Tarikh akses (dalam tanda kurungan)

Cuba perolehi maklumat yang di atas sebanyak mungkin untuk diisi dalam
pernyataan rujukan anda.

ISBN 978-983-41293-6-1
42

Anda mungkin juga menyukai