Anda di halaman 1dari 11

SMQ3033

TECHNOLOGY IN MATHEMATICAL SCIENCES



ASSIGNMENT 1

BAGAIMANAKAH ALAT TEKNOLOGI/PERISIAN DAPAT MEMBANTU
MEMPERTINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP SESUATU
KONSEP MATEMATIK





MATRIC NO : D20111048003
NAME : ERMAHIJRA BINTI MOHAMAD KALAM
LECTURER : DR. AZHAR BIN AHMAD





Penggunaan teknologi/perisian di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
adalah seiring dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih
dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Teknologi pada hari ini telah membuka satu laluan
kepada remaja untuk bertukar daripada pemikiran konkrit kepada pemikiran yang abstrak. Hal
ini bagi membolehkan mereka meneroka, memerhati dan menjana pelbagai idea matematik
sama ada secara penomboran, grafik ataupun simbolik.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penerokaan bermaksud perihal atau perbuatan
meneroka atau menerokai manakala penyiasatan pula membawa maksud perbuatan menyiasat
(menyelidik), pemeriksaan atau penyelidikan. Jika di terjemahkan di dalam konteks matematik
pula penerokaan dan penyiasatan saling berkait dimana pelajar akan meneroka atau mencari
seterusnya menyiasat akan sesuatu input yang diperolehinya. Pelajar meneroka tentang ilmu
matematik bagi menambahkan pengetahuan sedia ada mahupun memantapkannya lagi.
Kemudian pelajar akan menjalankan penyisatan dengan satu tatacara yang teratur bagi
memastikan kesahihannya atau mencari asal kewujudan sesuatu formula itu.
Kedua-dua perbuatan ini semestinya dijalankan dengan bantuan teknologi iaitu
komputer. Pada hari ini peratusan isi rumah yang tidak memiliki komputer amatlah sedikit
berbanding suatu ketika dahulu. Jadi penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik menjadi satu nilai tambah apabila dapat memperkembangkan dan
memperkayakan lagi topik yang disampaikan. Menurut kajian yang dilakukan Al Ghamdi
(1987), beliau mendapati bahawa perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan
mudah dan efektif. Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik juga memiliki sikap
yang lebih positif terhadap dirinya. Cockcroft (1982) pula menyarankan bahawa penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki
kualiti pengajaran malah berupaya mengubah kepentingan sesuatu topik dalam matematik.
Bagaimanakah alat teknologi/perisian dapat membantu mempertingkatkan kefahaman
pelajar terhadap sesuatu konsep matematik? Perisian yang memberi gambaran secara visual
tentang sesuatu konsep matematik akan meningkatkan kefahaman pelajar serta menarik minat
pelajar untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Perisian yang berfungsi sebagai pemudah
cara akan memudahkan pelajar dalam menyelesaikan pengiraan yang kompleks.
Selain itu, penggunaan alat teknologi/perisian dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan. Sifat ingin tahu dan ingin
mencuba juga dapat dipupuk dalam kalangan pelajar.
Perisian yang berbentuk tutorial dapat membantu pelajar lebih memahami tentang
sesuatu konsep atau cara penyelesaian masalah matematik. Hal ini dapat mengurangkan
ketidakfahaman pelajar ketika di dalam kelas seterusnya membuatkan pelajar terus
berkeinginan untuk mempelajari mata pelajaran matematik.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berfikir ialah menggunakan akal untuk
menyelesaikan sesuatu. Berfikir menurut Mayer, R.E 1977 ialah satu proses yang melibatkan
pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang
yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan
ia merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif. Thompson (2008)
mengklasifikasikan KBAT meliputi penyelesaian masalah dimana algoritma tidak pernah
dipelajari atau menggunakan algoritma yang sudah dipelajari tetapi untuk menyelesaikan
masalah yang bukan rutin.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pada kebiasaannya dirujuk kepada empat teratas dalam
taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta. KBAT dicetuskan
melalui masalah bukan rutin atau masalah yang tidak jelas. Ia termasuk pemikiran kritikal,
pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta-kognitif. KBAT diperlukan
dalam matematik adalah supaya modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif terhasil bagi
memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.


Perisian/Alat Teknologi yang Diaplikasikan Dalam:
Kalkulus
1) Mathway
Mathway merupakan perisian di internet yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah kalkulus secara atas talian. Contoh masalah adalah seperti pembezaan,
pengkamiran, konsep fungsi dan sebagainya.
2) Microsoft Mathematics
Microsoft Mathematics adalah sebuah perisian milik Microsoft yang
membolehkan pelajar menyelesaikan masalah berkaitan kalkulus, aljabar,
trigonometri dan statistik. Perisian ini terdapat gambar kalkulator versi visual
bagi memudahkan guru membuat demonstrasi di dalam kelas.
3) Maxima
Maxima merupakan sistem untuk memanipulasi ungkapan simbolik dan
berangka termasuk pembezaan, kamiran, siri Taylor, persamaan pembezaan
biasa, sistem persamaan linear, polynomial dan transformasi Laplace. Ia juga
boleh memplot fungsi dan data dalam dua dan tiga dimensi.
4) Mathematica
Mathematica adalah perisian pengiraan yang digunakan dalam pelbagai bidang
seperti matematik, saintifik dan kejuruteraan. Ia merupakan salah satu perisian
pemudah cara dalam pengiraaan seperti kalkulator. Ia boleh digunakan untuk
menilai permasalahan kalkulus.
5) Maple 18
Maple 18 merupakan perisian untuk kalkulus yang mana disediakan video
tutorial untuk pengamiran, bentuk kuadratik, mencari luas di bawah lengkung
dan lain-lain bagi memudahkan pelajar memahami konsep matematik.
6) Kalkulator grafik
Kalkulator grafik merupakan sebuah teknologi yang dibangunkan bagi
memudahkan pembelajaran yang melibatkan graf, fungsi dan kalkulus.
7) SpeQ
SpeQ merupakan sebuah program matematik yang mudah. Ia menyokong
semua fungsi, pemalar dan unit serta boleh memplot graf berdasarkan fungsi
yang dikehendaki.
8) Calculus Whiz
Calculus Whiz adalah perisian interaktif yang menyediakan tutorial yang
ringkas, hebat dan mudah difahami khusus dalam bidang kalkulus. Perisian ini
menekankan pemahaman konsep berbanding pemahaman prosedur.
Algebra
1) Microsoft Mathematics
Microsoft Mathematics adalah sebuah perisian milik Microsoft yang
membolehkan pelajar menyelesaikan masalah berkaitan kalkulus, aljabar,
trigonometri dan statistik. Perisian ini terdapat gambar kalkulator versi visual
bagi memudahkan guru membuat demonstrasi di dalam kelas.
2) Mathway
Mathway merupakan perisian di internet yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah aljabar secara atas talian. Input fungsi, log dan matrik boleh digunakan
dalam perisian ini.
3) Sage
Sage adalah sebuah perisian matematik yang memiliki ciri-ciri yang meliputi
pelbagai aspek matematik termasuk aljabar, teori nombor dan kalkulus.
4) Kalkulator saintifik
Kalkulator saintifik merupakan satu teknologi yang mampu menyelesaikan
masalah aljabar yang melibatkan sehingga tiga pemboleh ubah, vektor, matriks,
persamaan kuadratik dan persamaan serentak.
5) Wolfram Alpha
Wolfram Alpha merupakan sebuah perisian atas talian yang menyediakan
soalan latihan matematik serta disediakan langkah penyelesaian satu persatu.
Perisian ini membantu pelajar untuk membuat latihan dan juga ulangkaji.
6) MATLAB
MATLAB menyediakan alat untuk menyelesaikan dan memanipulasi ekspresi
matematik termasuklah matrik dan algoritma.
7) GAP
GAP adalah satu sistem untuk pengiraan diskret aljabar dengan penekanan
khusus kepada teori kumpulan pengiraan.
8) Algebrator
Algebrator juga dipanggil Softmath ialah sistem komputer algebra (CAS) yang
telah dibangunkan pada akhir 1990-an. CAS khusus menjurus ke arah
pendidikan algebra. Perisian ini turut menunjukkan langkah demi langkah
proses penyelesaian dan penjelasan dalam konteks sensitif.



Statistik
1) SPSS
SPSS (Statistical Product and Service Solutions) adalah sebuah program
perisian yang mampu untuk membuat analisis statistik dalam sistem pengurusan
data serta memberikan maklumat yang lebih tepat.
2) Stata
Stata adalah sebuah perisian yang dikhususkan untuk membuat pengurusan
data, analisis statistik, grafik, simulasi dan analisis regresi. Perisian ini juga
mudah, cepat dan senang untuk digunakan.
3) Statistical Analysis Software (SAS)
SAS merupakan perisian yang khusus dalam bidang statistik yang boleh
mengumpul, mengubah, mengurus dan mengambil data daripada pelbagai
sumber. Daripada analisis tradisional varians, analisis regresi dan analisis
Bayesian, perisian statistik ini memenuhi kedua-dua keperluan analisis yang
diperlukan sama ada khusus dan enterprise.
4) Minitab
Minitab juga merupakan perisian statistik yang boleh mengumpul data,
mengurus dan menganalisis data. Graf juga boleh dianalisa terus daripada data
tanpa perlu mengira terlebih dahulu.
5) Microsoft Excel
Microsoft Excel adalah sebuah perisian untuk mengira jumlah, julat, serta
purata bagi sesuatu data yang telah dimasukkan oleh pengguna.



6) Mathway
Mathway merupakan perisian di internet yang digunakan untuk menyelesaikan
masalah statistik secara atas talian. Output purata, julat, varians boleh diperoleh
dengan menggunakan perisian ini.
7) R
R adalah sebuah program bahasa pengaturcaraan dan persekitaran untuk
pengiraan statistik. Paparan grafiknya lebih berkualiti dan lebih senang untuk
digunakan berbanding kalkulator grafik dan lembaran kerja excel.
8) Stat Crunch
Stat Crunch adalah sebuah perisian statistik yang berasaskan web. Ia
membolehkan pengguna mengumpul data, melakukan analisis kompleks, dan
mendapatkan keputusan.
Trigonometri
1) GeoGebra
GeoGebra adalah perisian matematik dinamik yang menggabungkan geometri
dan aljabar. Ia boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan
trigonometri.
2) Geometers Sketchpad (GSP)
Geometers Sketchpad adalah perisian yang boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran trigonometri. Ia merupakan satu perisian khusus yang dapat
digunakan untuk membina rajah-rajah geometri, melukis garisan, mengukur
panjang, sudut dan mengira perimeter, luas dan lain-lain. GSP juga
memudahkan para pengguna melukis apa jua bentuk geometri seperti segitiga,
bulatan, garisan-garisan lurus, bongkah-bongkah serta pelbagai bentuk dalam
tiga dimensi.
3) Advanced Trigonometric Calculator
Advanced Trigonometric Calculator membolehkan pengguna menyelesaikan
pengiraan trigonometri, pengenalan dan tindak balas dalam sistem empat
berangka yang berbeza, serta penciptaan dan penggunaan pemboleh ubah.
4) Geoplan
Geoplan merupakan perisian yang melibatkan eksperimen geometri dan semula
jadi. Ia juga merupakan perisian geometri analisis, dengan semua pengiraan
diplotkan terus pada koordinat. Ia mempunyai dwifungsi iaitu penciptaan objek
matematik yang saling berkaitan dengan sifat mereka di dalam pengekodan
bahasa matematik yang biasa serta tafsiran objek-objek untuk menyediakan
perwakilan grafik yang dinamik dan interaktif.
5) LiveGeometry
LiveGeometry memberi paparan visual dan menyelesaikan masalah melibatkan
geometri. Kerangka utama perisian ini adalah fleksibel dan boleh dipanjangkan.
Oleh itu, pengguna boleh menambah rajah dan ciri-ciri baharu dengan mudah.
6) KIG
KIG adalah aplikasi geometri interaktif yang mempunyai kemudahan
mengendalikan pusat lengkuk dan bulatan berhayun bagi suatu lengkuk,
pengembangan, pertalian generic, penyongsangan, aplikasi unjuran, homografi,
dan homologi harmonik.
7) WIRIS
WIRIS membolehkan pengguna untuk menulis dan melakukan proses
pengubahsuaian terhadap formula matematik, menyelesaikan masalah
matematik dan untuk menunjukkan grafik matematik pada sistem koordinat
Cartesan.
8) Autograph
Autograph adalah sebuah program khusus yang memiliki kemampuan grafik
dua dimensi dan tiga dimensi untuk topik-topik seperti transformasi, vektor dan
koordinat.





















REFERENCES
Al Ghamdi, Y.A.S. (1987). The effectiveness of using Microcomputers in learning algebraic
precedenic conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University.


Cockcroft, W.H (1986). Mathematics Counts. London: HMso.


Definisi penerokaan. Diperoleh pada Mac 7,2014 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penerokaan


Definisi penyiasatan. Diperoleh pada Mac 7,2014 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penyiasatan


Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemahiran berfikir aras tinggi dalam Sains dan Matematik.
Diperoleh pada Mac 8,2014 daripada
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/download/HOTs/HOTsSM%20MATEMATIK.pdf


Penggunaan teknologi dalam matematik. Diperoleh pada Mac 8,2014 daripada
http://www.geocities.ws/pluto_stewart/tugasan_ilmiah2.htm

Perisian-perisian Matematik. Diperoleh pada Mac 8, 2014 daripada https://www.google.com/

Anda mungkin juga menyukai