Anda di halaman 1dari 8

SMQ3033 TECHNOLOGY IN MATHEMATICAL SCIENCES

ASSIGNMENT 1 (BAGAIMANAKAH ALAT TEKNOLOGI / PERISIAN DAPAT MEMBANTU MEMPERTINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP SESUATU KONSEP MATEMATIK)

NAMA : NUR ILHAM BINTI HARON NO MATRIK : D20111048008

1.0

PENGENALAN

Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajajaran dan pembelajaran (PdP). Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah menengah, iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik amat penting kerana National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah mengenalpasti mengenai Prinsip Teknologi sebagai salah satu daripada enam prinsip kualiti pendidikan matematik. Teknologi merupakan alat yang penting amat diperlukan untuk proses PdP subjek matematik yang berkesan sekaligus akan membolehkan mata pelajaran matematik dapat diajar dan dapat mengukuhkan lagi proses pembelajaran dalam kalangan pelajar.

2.0

DEFINISI

Penerokaan dan Penyiasatan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (Edisi Keempat, 2005), penerokaan bermaksud perihal, (perbuatan, usaha, dsb) meneroka atau menerokai. Penerokaan juga bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi. Kesimpulannya, penerokaan bermaksud mencari atau

mendalami bidang sesuatu perkara. Penyiasatan pula merupakan satu cara saintifik bagi mencari pengetahuan yang melibatkan kaedah mengenalpasti sesuatu masalah. Ia juga bermaksud suatu proses untuk mendapatkan maklumat dan keputusan mengenai objektif yang ingin dicari menggunakan bahan bukti yang ditemui sama ada secara lisan atau bertulis. Selain itu, penyiasatan merupakan satu pencarian untuk meyakinkan fakta, pemeriksaan secara teliti dan berhati-hati.

Penerokaan dan Penyiasatan dengan Menggunakan Teknologi Penerokaan dengan menggunakan teknologi berlaku apabila alat teknologi atau perisian digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya. Selain itu, ia juga berlaku untuk mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan melihat demostrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh pelajar.

Penyiasatan dengan menggunakan teknologi ialah mencari bukti dengan menggunakan teknologi untuk mengatur dan menganalisa data serta pengiraan matematik. Penyiasatan ini berlaku apabila kita cuba mengkaji sesuatu perkara yang melibatkan batasan kaedah yang biasa dan salah satu cara mengatasinya dengan menggunakan teknologi yang mempu memberikan hasil dalam jangka masa yang singkat.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis dan memanipulasikan maklumat.

3.0

Perisian / Alat Teknologi yang Diaplikasikan dalam Kalkulus, Algebra, Statistik dan Trigonometri

Kalkulus Autograph merupakan perisian yang digunakan untuk mengajar konsepkonsep kalkulus seperti kecerunan. Geogebra merupakan perisian geometri yang dinamik.

Graphmatica pula merupakan program memplot graf. Math Mechanixs berperanan sebagai Math Editor. Mathematica ialah program perisian pengiraan yang berasaskan matematik simbolik. Matlab digunakan untuk perisian berangka, visualisasi serta

pengaturcaraan. Visual Calculus merupakan salah satu pendekatan untuk menyelesaikan pelbagai masalah pengamiran. Math Wizard merupakan perisian yang mudah dengan menggunakan kalkulator untuk menyelesaikan masalah matematik yang kompleks.

Algebra Maxima telah direka untuk memanipulasi ungkapan aljabar. Maple 18 merupakan system komputer aljabar dan kalkulus. Axiom adalah sistem perkomputeran aljabar. Derive memproses pembolehubah aljabar, ungkapan, persamaan, fungsi vektor, matrik dan ungkapan Boolean. Fermat ialah sistem perkomputeran aljabar. KANT adalah sistem perkomputeran aljabar untuk ahli matematik yang berminat dalam teori nombor aljabar. FORM adalah sistem memanipulasi simbolik. Math Wizard merupakan perisian yang mudah dengan menggunakan kalkulator untuk menyelesaikan masalah matematik yang kompleks.

Statistik Scilab merupakan satu perisian terbuka dan percuma untuk pengiraan numerikal. R digunakan untuk perkomputeran statistik dan grafik. Statistical Product and Service Solutions (SPSS) merupakan modul untuk menganalisis data statistik termasuk statistik deskriptif serta statistik multivariasi dan analisis data berkategori. MacAnova merupakan perisian yang menganalisis statistik secara interaktif. Dataplot boleh digunakan untuk menganalisis statistik deskriptif, regrasi, analisisi siri-masa, analisis faktor serta multivariate analisis. TANAGRA mencadangkan beberapa kaedah analisis data daripada analisis penerokaan data, pembelajaran statistik, pembelajaran mesin dan kawasan pangkalan data. Kalkulator saintifik boleh digunakan untuk mengira min, median, piawaian standard dan varians. WinIDAMS merupakan pakej perisian untuk kesahan, memanipulasi serta menganalisis data statistik.

Trigonometri Trigonometry problem Solver dicipta untuk menyelesaikan pelbagai masalah trigonometri.

Trig kalkulator mampu menyelesaikan masalah segi tiga bersudut tegak segi tiga obligue. Geometers Sketchpad merupakan satu sistem perisian untuk membina, meneroka dan menganalisis pelbagai konsep matematik. KwikTrig mampu menyelesaikan masalah-masalah geometri dan trigonometri dengan lebih mudah, cepat dan menarik. Geoplan adalah perisian yang melibatkan angka matematik dalam dua atau tiga dimensi. WIRIS ialah perisian yang membolehkan proses penyuntingan formula matematik, menyelesaikan masalah matematik dan menunjukkan grafik matematik pada sisitem koordinat Cartes. LiveGeometry membantu untuk member paparan visual dan

menyelsaikan masalah yang melibatkan geometri. KIG ialah aplikasi geometri interaktif.

RUJUKAN Saiful Nizan (2005). Bab 1 diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada

http://eprints.utm.my/6580/4/sitinuradibahmp051222d07tttCHAP1.pdf Penggunaan teknologi dalam pengajaran (2009). Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada http://secretofmine88.blogspot.com/2009/01/penggunaan-teknologi-dalam-pengajaran.html ICT untuk pembelajaran penerokaan. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada http://www.scribd.com/doc/93661501/ICT-Untuk-Pembelajaran-PENEROKAAN-1 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada http://web.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf Elemen KBAT dalam instrument pentaksiran. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada http://ipik.edu.my/KBAT_WEBv2/elemen_KBAT_dalam_instrumen_pentaksiran.pdf Yam Weng Hoong. Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada http://www.oocities.org/uranus_stewart/ilmiahyam.htm Geogebra. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/GeoGebra Graphmatica. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Graphmatica Math Mechanixs. Diperoleh pada Mac 21, 2014 daripada

http://www.mathmechanixs.com/

Anda mungkin juga menyukai