Anda di halaman 1dari 16

Unit 1: TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Sinopsis Unit ini mula dengan definisi teknologi dan kepentingan teknologi

dalam pendidikan. Rekabentuk pengajaran berasaskan teknologi serta peranan dan kepentingan mengaplikasikan teknologi dalam P & P matematik turut dibincangkan. Tambahan pula contoh-contoh metafora teknologi juga diberi diikuti dengan garis panduan penggunaan teknologi.

Hasil Pembelajaran Mengaitkan konsep teknologi dengan pengajaran dan pembelajaran matematik. Menghuraikan kepentingan penggunaan teknologi dalam P & P matematik. Mengenal pasti rekabentuk teknologi dalam P & P matematik dan menghubungkaitkannya dengan peranan teknologi.

Definisi Teknologi Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Teknologi juga bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia menrangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala

kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting (Heinich, Molenda & Rusell, 1983).

Teknologi pendidkan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan ( Crowell , 1971- Encycoledia of Educatiaon).

Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rational bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tata cara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia ,1988).

Kepentingan teknologi dalam pendidikan Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Ia membantu guru untuk menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik. Proses P & P akan lebih menarik dan berkesan contohnya menggunakan powerpoint, flash, video dan guru hanya perlu mengaplikasikan bahan

tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Melalui teknologi juga pelbagai proses P & P dapat meningkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan teknologi dalam P & P guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menympan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pebagai keupayaan kerana tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting daam membantu murid untuk menjelajah dunia melalui internet. Melalui teknologi ia boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding rakan-rakan lain supaya meraka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Rekabentuk pengajaran berasaskan teknologi dalam P & P matematik Terdapat dua model yang sering digunakan sebagai panduan umum dalam pengajaran yang berbantukan teknologi. Model ASSURE sesuai digunakan untuk mereka bentuk proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan media

dalam P & P matematik. Manakala Model ADDIE pula sesuai digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media. Panduan ini adalah sangat berguna kepada guru matematik khasnya semasa membuat perancangan pengajaran yang mengintegrasikan teknologi. Setiap model menggariskan langkah-langkah yang patut diawasi dan diamalkan ketika P & P berlangsung supay P & P keseluruhan adalah berkesan. Rajah 1 dan Rajah 2 di bawah menunjukkan hubungkait di antara elemen-elemen yang terkandung di dalam kedua-dua model ini. Model ASSURE Elemen-elemen mengikut turutan dalam model ini adalah A - Analyse Learner (Analisis keadaan pelajar) S - State objective (Nyatakan objektif) S - select method, media & material (Pilih kaedah, media dan bahan) U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) R - Require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) E - Evaluate and revise (nilai dan semak)

Rajah 1 : Model ASSURE Model ADDIE Elemen-elemen yang digariskan dalam model ini adalah A - analyse (Analisis) D - Design (Reka bentuk) D - Develop (Bina) I Implement (Laksana) E- Evaluate (Nilai)

Rajah 2: Model ADDIE Di samping Model ASSURE dan Model ADDIE, Model Dick dan Carey (1996) juga merupakan model reka bentuk pengajaran dan pembelajaran. Model ini mengambil kira seseorang individu dan perbezaan pengetahuan sedia ada dan juga motivasi dalam pengajaran yang akan bertembung dengan tingkah laku. Dalam model ini , proses pengajaran dapat dibahagikan kepada sembilan langkah asas. Daripada sembilan langkah ini dikategorikan kepada empat

peringkat secara sistematik iaitu Analiasi, Reka bentuk, Pembangunan dan Penilaian. Analisis o Mengenal pasti gol pengajaran o Mengenal pasti ciri-ciri kemasukan tingkah laku o Mengendalikan analisis pengajaran Reka Bentuk o Menulis objektif pencapaian o Membangunkan butir ujian rujukan kriteria o Membangunkan strategi pengajaran Pembangunan o Membangunkan dan memilih bahan pengajaran Penilaian o Reka bentuk dan kendalian penilai formatif o Reka bentuk dan kendalian penilaian sumatif

Rajah 3: Model Dick & Carey Peranan dan kepentingan mengaplikasikan teknologi dalam P & P matematik

Perkembangan teknologi yang pesat hari ini telah mempelbagai pendekatan pengajaran and pembelajaran ( P & P). Kaedah P & P lama yang statik telah berubah menjadi lebih kreatif dan dinamik dengan adanya teknologi. Perubahan ini dihasrat dapat menyumbang kepada daya usaha ke arah pendidikan matematik yang berkualiti.

Salah satu aspek keghairahan penggunaan teknologi adalah untuk memupuk minat pelajar serta menyemai sikap yang positif terhadap matematik. Teknologi mempunyai kesan yang besar dalam amalan pendidikan dan ia hanya berguna jika digunakan dengan cara yang betul. Para guru tidak seharusnya memandang pembelajaran matematik berbantukan teknologi sebagai suatu pemindahan kandungan buku teks ke atas skrin digital sahaja. Malahan, penggunaaan teknologi terkini mampu mengubah kaedah pengajaran yang berasaskan memori kepada pengajaran yang dinamik yang dapat mencungkil kecergasan pelbagai (Gardner, 1983) seseorang pelajar. Teknologi untuk P & P matematik

Banyak alat elektronik telah direka untuk kegunaan pendidikan pada era teknokratik ini. Bagi matematik, terdapat beberapa jenis teknologi yang sesuai digunakan khususnya untuk tujuan P & P. Antara teknologi yang disyorkan adalah: Kalkulator saintifik Kalkulator grafik Lembaran elektronik (spreadsheets) Manipulative maya Applets Perisian Sumber dari Internet Smart Boards

Walau bagaimanapun senarai yang diberikan di atas bukanlah senarai yang muktamat. Banyak lagi yang bakal ditemui dan akan digunakan mengikut arus zaman.

Metafora teknologi dalam P & P matematik Galbraith, Goos, Renshaw and Geiger (2001) menggunakan empat metafora untuk menggambarkan bagaimana teknologi memainkan peranan sebagai pengantara dalam proses P & P. Metafora teknologi sebagai master, teknologi sebagai hamba, teknologi sebagai rakan kongsi dan teknologi untuk peningkatan kendiri (extension of self) sesuai digunakan untuk menerangkan situasi di mana pelajar dan guru bekerjasama meneroka matematik dengan bantuan teknologi. terperinci bagi setiap metafora. Jadual 1 yang berikut memberi penjelasan

Jadual 1. Metafora dan tahap fungsi teknologi dalam P & P Tahap fungsi teknologi Rendah Master Tahap terendah. Pelajar dan guru Metafora Penjelasan

bergantung sepenuhnya kepada output teknologi tanpa siasatan mendalam.

Hamba

Teknologi digunakan sebagai sesuatu yang dipercayai menjimatkan masa bagi kerja minda atau kerja pengiraan yang memerlukan pensel dan kertas.

Rakan kongsi

Pelajar dan guru berinteraksi secara berganding bahu dengan teknologi.

Tinggi

Mematuhi arahan yang dijanakan oleh teknologi. Contohnya jikalau kalkulator grafik keluarkan mesej error, maka mereka akan mengambil tindakan

selanjutnya untuk menyahut amaran ini dengan meneroka dan menyiasat

punca-punca kesilapan.

Peningkatan kendiri

Tahap paling tinggi. Usaha kolaboratif antara manusia dengan teknologi untuk menggabungkan teknologi dalam pelbagai usaha sumber mencari

penyelesaian bagi sesuatu masalah matematik.

Geiger (2009) telah membuat satu pemerhatian ke atas cara bagaimana pelajar-pelajar Tahun 11 berinteraksi dengan kalkulator grafik CAS untuk melukis satu garis lurus yang panjangnya
45 unit. Untuk mendapatkan jawapan pelajar dijangka akan mula dengan

hubungan Pythagoras 6 2 + 3 2 =

( 45 )

untuk membina satu segitiga bersudut tegak


45 unit.

dengan dua sisi berukuran 6 unit dan 3 unit dan sisi hipotenus berukuran

Jadual 2 di bawah menunjukkan perkembangan P & P dalam bilik darjah dan bagaimana teknologi digunakan oleh pelajar.

Jadual 2. Melukis satu garis lurus yang panjangnya Interaksi dalam bilik darjah

45 unit

Peranan teknologi

Pelajar

mencari

punca

kuasadua

bagi

Hamba

berbagai nombor.

Pelajar saling tukar kalkulator untuk berkongsi maklumat dan mengkritik pendapat-pendapat masing-masing.

Rakan kongsi

Guru menjemput pelajar untuk menunjukkan Master

(sebelum

kerja

paparan kalkulator mereka kepada kelas. kumpulan) dan kemudian Pelajar yang lain mengenalpasti miskonsepsi rakan tentang cara bagaimana kongsi (sewaktu

kalkulator paparkan kerja kepada (decimal) kelas dan membincang)

mempamirkan versi perpuluhan bagi nombor bukan rasional.

Petunjuk Pelajar

guru:

fikirkan

tentang

segitiga. dengan tanpa

Hamba

mencari rumus

jawapan Pythagoras

menggunakan

memikirkan bentuk geometri.

Guru mengalihkan perhatian pelajar untuk pertimbangkan penggunaan geometri selain daripada kiraan dalam nombor. Pelajar

Rakan kongsi

cadangkan penggunaan kaedah geometri dalam penyelesaian kepada kumpulan

perbicangan; kalkulatornya

pelajar

menghulurkan

kepada ahli-ahli kumpulan

untuk

berkongsi

maklumat

dan

mempertahankan penyelesaiannya.

Dipetik daripada Goos (2010, m.s. 69 ).

Mengikut Goos (2010), peranan teknologi yang diperkenalkan di atas adalah penting untuk tujuan menerangkan sikap serta persepsi pelajar terhadap penglibatan teknologi elektronik dalam konteks P & P matematik. Dari pihak guru penglibatan alat-alat baru elektronik dalam P & P adalah amalan yang biasa jika kaedah pengajaran memerlukannya. Namun kajian Geiger (2005) mendapati bahawa di sebaliknya ramai pelajar menganggap teknologi eletronik bukanlah suatu alat bantuan P & P yang pasif atau neutral. Mereka melihat alat ini sebagai suatu alat yang berpotensi mengaktifkan keupayaan mereka dalam usaha mencari penyelesaian serta pemahaman semasa pembelajaran. Pemerhatian ini telah menimbulkan cabaran baru kepada guru tentang isu-isu pedagogi dalam P & P yang berbantukan teknologi.

Garis panduan penggunaan teknologi Penggunaan teknologi dengan sewajarnya adalah satu aspek yang penting dalam program latihan guru. Apabila guru-guru diberikan alat-alat bantuan P & P, mereka perlulah tahu bilakah dan bagaimanakah alat-alat ini sesuai digunakan. Garofalo, Drier, Harper, Timmerman, dan Shockey (2000) mengemukakan lima garis panduan untuk menggunakan teknologi secara hemat khususnya dalam pendidikan matematik:

Perkenalkan teknologi dalam konteks Guna pedagogi yang sesuai untuk mengecapi matematik sebenar Memanfaatkan teknologi Menghubungkaitkan topik-topik matematik Menggabungkan pelbagai perwakilan (multiple representations)

Perkenalkan teknologi dalam konteks Kenalpasti objektif pembelajaran dahulu sebelum menggabungkan teknologi yang sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Mengikut Garofalo et al. (2000, m.s. 68), The use of technology in mathematics teaching is not for the purpose of teaching about technology, but for the purpose of enhancing mathematics teaching and learning with technology. Guna pedagogi yang sesuai untuk mengecapi matematik sebenar P & P matematik yang berbantukan teknologi seharusnya dapat memenuhi matlamat kurikulum serta keperluan pelajar. Teknologi tidak digunakan untuk mengajar matematik semata-mata disebabkan mudah diguna atau alatnya senang dicapai. Contohnya slaid powerpoint yang dihiasi dengan gambarmenghilangkan fokus pelajar

gambar yang keterlaluan di sebaliknya akan

terhadap kandungan matematik sebenar dan seterusnya gagal mencapai matlamat pelajaran. Memanfaatkan teknologi Semasa menggabungkan teknologi dalam P & P matematik, guru-guru sepatutnya membentuk aktiviti-aktiviti bersifat interaksi yang menggalakkan

pelajar meneroka matematik secara mendalam. Aktiviti-aktiviti yang dapat meningkat keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik yang mereka tidak mampu melakukannya tanpa teknologi. in the previous section, however, students must still have an understanding of the basic procedures the technology is performing.)

Menghubungkaitkan topik-topik matematik Aktiviti yang berteraskan teknologi perlu (i) menghubungkaitkan topik-topik matematik contohnya algebra, geometri, trigonometri dan sebagainya dan (ii) mengaitkan matematik dengan kejadian kehidupan sebenar. Menggabungkan pelbagai perwakilan Teknologi digunakan untuk membolehkan pelajar berhubung di antara lisan, grafik, numerik dan perwakilan algebra.

Soalan perbincangan kelas:

1. Adakah

anda

berpendapat

bahawa

teknologi

adalah

penting

dalam

menambahbaikan pendidikan matematik? Bincangkan.

2. Dalam menggunakan teknologi untuk P & P matematik, apakah yang anda tekankan dalam proses pengajaran?

3. Apakah teknik pengajaran matematik yang tidak berkesan tanpa penggunaan teknologi? Bincangkan dengan memberi contoh-contoh.

4. Huraikan peranan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Apakah kemahiran asas komputer yang mesti ada pada pelajar untuk

mengaplikasikan teknologi dalam matematik dengan berkesan?

5. Apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu model reka bentuk pengajaran?

6. Pilih satu konsep matematik dan bincangkan bagaimana konsep ini dapat diajar dengan memanfaatkan teknologi.

7. Bagaimana anda sebagai guru matematik dapat membantu pelajar-pelajar membina pengetahuan tentang matematik melalui penggunaan teknologi?

Rujukan Dick, W. & Carey, L. (1996). The sytematic design of instruction. 4th ed. New York, N. Y.: Harper Collin. Galbraith, P., Goos, M., Renshaw, P., & Geiger, V. (2001). Integrating technology in mathematics learning: What some students say. In J. Bobbis, B. Perry, & M. Mitchelmore (Eds.), Proceedings of the 24th annual conference of the Mathematics Education Research Group of Australasia: Numeracy and beyond (pp. 225-232). Sydney: Mathematics Education Research Group of Australasia

Gardner, H. (1983), Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Basic Books. Garofalo, J., Drier, H. S., Harper, S. R., Timmerman, M. A., & Shockey, T. (2000). Promoting appropriate uses of technology in mathematics teacher preparation. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 1(1), 66-88. Retrieved from http://www.citejournal.org/vol1/iss1/currentissues/mathematics/article1.htm Geiger, V. (2009). Learning mathematics with technology from a social perspective: A study of secondary students individual and collaborative practices in a technologically rich mathematics classroom. Unpublished doctoral dissertation. Brisbane: University of Queensland.

Geiger, V. (2005). Master, servant, partner and extension of self: A finer grained view of this taxonomy. In J. P. Clarkson, A. Downton, D. Gronn, M. Horne, A. McDonough, R. Pierce, & A. Roche (Eds.), Building connections: Research, theory and practice. Proceedings of the 28th annual conference of the Mathematics Education Research Group of Australasia (pp. 369 376). Melbourne: MERGA. Goos, M. (2010).Teaching Mathematics? Make it count: What research tells us about effective teaching and learning of mathematics. Research Conference 2010, 67 70. Heinich, R., Molenda, M., & Russell, J. D. (1993). Instructional Media and the New Technologies of Instruction (4th ed.). New York: Wiley.

Anda mungkin juga menyukai