Anda di halaman 1dari 15

Lampiran 2 (Artikel 2) PENGAYAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Mohd Nain Bin Muhamad Penggunaan teknologi

dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan pelajarpelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) . Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan

proses mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di

dapat membantu

mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat

memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif. Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah kebergunaannya.Matematik pendidikan tinggi dan digunakan turut di dalam perdagangan,perindustrian dalam di kehidupan Malaysia dunia

diaplikasikan

sebenar.Pendidikan

Matematik

sekolah-sekolah

bertujuan

menyumbang idea-idea kepada pelajar untuk membentuk pemikiran yang logik,

analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta kemahiran penyelesaian masalah seterusnya berkebolehan menggunakan formula dalam kehidupan seharian.Ini bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan menghargai kepentingan matematik. Fenomena ini mungkin hanya kekal sebagai teori pengajaran dan pembelajaran jika arus dalam pendidikan matematik di negara kita berada dalam keadaan statik. Kita perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kita khususnya dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses mempelajari koleksi hukum dan penelitian aplikasi ,prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang jauh daripada matlamat dan objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik. Kandungan dan aktiviti yang digubal secara amat tersusun dan kurang memberi peluang kepada pelajar

mengembangkan fikiran kritis,imaginatif dan kreatif mereka. Maka pelaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada penggunaan teknologi untuk mengatasi masalah ketidakserasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik ini.Untuk menjadikan pendidikan

matematik lebih bernas maka pengintergrasian tekonologi dalam pengajaran dan pembelajran matematik perlu dilakukan.

Pendidikan Matematik Berbantukan Komputer.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara komputer yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu seseorang pelajar mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau perisian. Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimenafaatkan untuk peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat kognitif dalam membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakan ke atas sesuatu konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka idea-idea sains dan matematik menjadi lebih mudah difahami oleh lebih ramai individu apabila ianya dipersembahkan secara lebih konkrit. Dalam keadaan ini, teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak kepada konkrit dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik, animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini

mampu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta perbezaan individu mengikut keupayaan masing-masing . Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat yang disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi pelajaran berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu komputer mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan pembelajaran secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih seabad yang lalu NCTM (National Council of Teachers of Mathematics, 1980), mencadangkan supaya pengajaran metematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Crockroft (1982), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu topik dalam sukatan pelajaran matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak akan bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Crockroft (1982), menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan ke dalam sebutan bahasa matematik sebelum ia diselesaikan. Langkah terjemahan seumpama ini memerlukan kefahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dan kesulitan pembelajaran di kalangan setengahsetengah pelajarWalau bagaimana pun masalah, kesukaran dan kesulitan ini boleh di atasi melalui penggunaan teknologi komputer. Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu

memasukkan unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan. Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai sikap yang lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidangbidang lain. Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan 80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau bagaimana pun, keadaan telah berubah di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer. Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melasanakan aktiviti-aktiviti berikut : 1. 2. 3. 4. Penghasilan bahan kurikulum Latih tubi Tutorial Pemulihan dan pengayaan

5. 6. 7.

Simulasi Pengiraan Alat Bantu Mengajar

(A) Penggunaan Spreadsheet (MS-ExceL)

Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran komputer. Kajian-kajian yang telah dijalankan menyatakan berbagai cara

penggunaan spreadsheet dalam matematik. Ada juga kajian yang menyatakan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep matematik. Malah kini, penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman web yang memaparkan penggunaan spreadsheet. Umpamanya, Algebraic Problem-Solving Using Spreadsheet (Spreadsheet Problem Collection Laman Web:http://forum.swarthmore.edu/workshops/suticipants/sinclair/problem/ probfile.html). Di sinilah kita mendapati bahawa penggunaan spreadsheet boleh membantu pengajaran matematik. Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan spreadsheet dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sementara menunggu pakej pengajaran berbantukan komputer yang sesuai.

(B) Penggunaan Multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang

menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar menggunakan

sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah : 1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing 2. Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan

pengetahuan kepada pelajar 3. Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik dan menyeronokkan. 4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. 5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.

(C) Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK)

Internet atau International Network of Network ialah sebuah rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian Internet terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber itu termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru matematik boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Sumber dari pengajaran lain seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh juga diperolehi daripada Internet.

Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli

masyarakat.Melalui internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus, algebra, sejarah matematik dan sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail memupuk semangat belajar secara kumpulan dan pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan bari ini membawa perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat kajian dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang boleh dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik melalui internet ini seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh para pendidik iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri penemuan. Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam matematik seperti soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan oleh guruguru dan para pelajar untuk diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar kelas.Lantaran menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada para pendidik dan pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaring Pendidikan.Projek tersebut termasuklah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan golongan pendidik di sekolah serta maktab-maktab perguruan. Selain itu ,

kementerian memberi latihan dan bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan segala kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya merancang,melaksanakan serta memantau pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda danpengetahuan di samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif

berasaskan ICT.

Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang berbincang tentang perkara yang sama termasuklah tentang matematik. Selain

daripada diskusi elektronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang matematik. Berikut adalah beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran daripada WWW yang boleh membantu guru matematik mengajar matematik : 1. 2. 3. 4. 5. 6. The Math Forum Ask Dr. Math Tulang Napier The Tower of Hanoi Pembuktian Teorem Pithagoras Manipula Math With Java

Menyedari potensi dan keupayaan sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada pelbagai organisasi, Kementerian Pendidikan telah melancarkan beberapa projek yang berlandaskan jaringan pendidikan. Dalam perlaksanaan kepelbagaian projek ini antara lain Kementerian Pendidikan berhasrat : 1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan bagi melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang sedia ada (Internet)

2. Merancang, melaksana dan menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan

perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat.

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer., khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat kepelbagaian program yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat Penggunaan Geometers Sketchpad

(D)

Pada tahun 1987 Nicholas Jackin begitu serius membuat programman geometri ini sehingga terbinalah Geometers Sketchpad untuk Machintoch. Guru-guru serta pengguna amnya mencuba versi awal ini. Pada tahun 1990 Nicholas berjaya menghasilkan versi beta . Pembiyaan dari Yayasan Sains Kebangsaan untuk meneruskan penyelidikan . Versi kedua program ini program ini dilancaarkan pada April 1992. Manakala vrsi pertama Sketchpad untuk Window pula dilancarkan pada April 1995. Penggunaanya berluasa sehingga ke hari ini.

Kewujudan program menonjolkan keupayannya untuk

menggambarkan rajah

geometri seperti Euclidean Geometri. Geometers Sketchpad banyak membantu pelajar menerokai dan mencipta bentuk-bentuk geometri sehingga ke peringkat membuat konjektur mengenai rajah tersebut. Pembelajaran geometri tidak lagi berakhir kepada noktah tapi sentiasa mencapah ke aras yang lebih tinggi. Ia memudahkan pelajar menemui ciri-ciri spesifik dan menjana pelajar membuat open ended questions. Michael Serra, dalam bukunya, Discovery Geometry: An Inductive Approach (1999) menerangkan bahawa melalui pendekatan terhadap GSP membolehkan pelajar

membina rajah geometri sendiri dan berbincang bersama rakan mengenai konjektur yang terhasil, melalui pengamatankepada pola pola. Pelajar selanjutnya akan memberi alas an kewujudan konjektur berkenaan. Pierre Van Hiede dan Dina Van Hiede Geldoft menyatakan melalui GSP secara tidak langsung mengarahkan pelajar membuat visualisasi, analisis,rigor , deduks informal dan deduksi formal. Seterusnya membolehkan pelajar menemukan 3 peringkat pembinan rumus matematik yang terdiri dari perinkat permulaan, diikuti dengan peringkat visualisasi, kemudian peringkat analisis dan seterusnya membuat konjektur sebelum

membuktikan kebenaranya. Pelajar dapat menerokai secara dinamik serta membuat perubahan kepada rajah geometri dengan lebih analitik.Melaluinya pelajar menjalani demonstrasi interaktif, membuat kolaborasi dan meyuarakan hasil dapatannya. Dalam ertikata yang lain, penggunaan GSP ini secara tidak disedari mencetusan cooperative learning .

Pembelajaran Berbantukan Kalkulatur Grafik.

Kalkulatur Grafik merupakan

alat teknologi yang mudah dan boleh

diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat menengah atau rendah. Kalkulator-kalkulator grafik yang boleh diperluaskan

penggunaannya adalah seperti Calculator-Based Laboratory (CBL-2) dan TI-83 Plus. Berbeza dengan negara-negara barat, kalkulatur telah diperkenalkan kepada

kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih menilai sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa kita boleh biarkan murid menggunakan kalkulator grafik dalam pembelajaran matematik? Antara sebab-sebabnya seperti berikut: Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat Dapat belajar sendiri Merdeka minda Menyingkatkan masa pengiraan Kalkulator sebagai agen visualisasi Mudah menggraf

Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam tiga peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan pentafsiran matematik

Keterangan/ulasan selanjutnya:

1.

Kalkulator

mampu

mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menyeronokkan dan memberi keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.

2.

Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak terlibat kepada kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah ia memberi peluang untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. Kalkulator membolehkan kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan billion yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka berhadapan dengan masyarakat sekeliling .Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah kalkulator juga mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada kanak-kanak.

3.

Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajaran yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol,menerangkan konsep dengan mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan "number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza

4.

Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini mengalakkan idea-idea yang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah kanak-kanak tidak mampu untuk mencapai pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan

menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi.

5.

kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental unutk memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak.

Kesimpulan

Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila

pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan refelektif. Jesteru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan. Oleh itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja dan teknologi tidak digunakan untuk stresming. Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1) 2)

Rujukan: Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3)

Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary Mathematics Education. Prentice Itall Inc. A

4)

Dinsan of Simon & Sehuster Englewood Cliffs New Jersey 07632

5)

Leone Burton and Barbara Jawarski [1995]. British Libary Cataloguing in Publication Data.

6) 7)

Nota-nota Kuliah En. Narjoharuddeen Mohd. Nor Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur

8)

Sulaiman Hashim (1996), Jaringan Pendidikan, Proceedings of the National Symposium on Educational Computing, USM : MCCE

9)

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia

10)

Ibrahim Saad (1990) Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran, DBP, Kuala Lumpur

11)

Janet, L.M (1988), Intergrating spreadsheets into the mathematics classroom. Mathematics Teacher, 81(8), 615 652, Kementerian Pendidikan Malaysia.

12)

NCTM (1989), Curiculum and Evaluations Standards For School Mathematics, New York.

13)

Sue Brown & Bette Bush (1992), Multimedia math.The Computer Teacher, 20(3), 57 58

14) 15)

Roger M. Garrett, (1984), Education and Development,New York Paul Fisher, (1990), Education 2000: Educational Change With Consent, Issues in Education, London

16) 17)

Mok Soon Sang (1990), Pedagogi 4, Kuala Lumpur. Michael T. Battista (1998), Shape Makers Developing Geometric Reasoning With Geometers Sketchpad, Key Kurikulum Press

http://www.oocities.org/uranus_stewart/ilmiahnain.htm

Anda mungkin juga menyukai