Anda di halaman 1dari 10

POSTER adalah satu bentuk seni komunikasi. sebagai alat perhubungan dan pengiklanan.

ia juga berfungsi sebagai alat pengumuman, pemberitahuan dan untuk mempromosikan sesuatu barang atau perkhidmatan. poster yang berkesan perlulah dapat menarik perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan. Ciri-ciri Poster yang baik 1. Menyatakan mesej secara efektif lagi mudah 2. Menarik perhatian audien 3. Mesej yang ringkas, mudah difahami 4. Mempunyai keterbacaan yang terbaik Jenis-jenis Poster 1. Notis 2. Poster Berilustrasi Notis * Merupakan poster yang tidak mempunyai ilustrasi * Ia hanya mengandungi susunan * Muka taip yang memberi maksud atau mesej tertentu contoh

Poster Berilustrasi * Ilustrasi bermaksud lukisan untuk memperjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej dan sebagainya. * Ilustrasi yang baik akan memberi kesan kepada orang yang mengamatinya contoh

Elemen-elemen yang terdapat di dalam poster 1. Tipografi 2. Imej 3. Warna Tipografi Pemilihan sesuatu imej ( ilustrasi, lakaran atau gambar foto ) yang menari dalam visual memberi kesan yang menarik kepada poster, namun demikian poster tidak akan lengkap tanpa tipografi ( huruf/muka taip) yang memberi penerangan atau maklumat. contoh ;

Imej-Ilustrasi Imej ialah bentuk gambaran yang menceritakan konsep atau mesej yang penting. ia disampaikan secara ilustrasi, catan, lukisan, lakaran, foto dan sebagainya. Contoh :

Warna warna memberi kesan yang mendalam kepada pemerhati. warna memberi kesan atau mood pada poster. Misalnya poster pesta akan diwarnai dengan warna-warna meriah sementara poster amaran seperti Jauhi Dadah akan diwarnai dengan warna gelap dan muram. contoh :

Grafik Poster * Poster adalah satu bentuk seni komunikasi/ sebagai alat perhubungan dan pengiklanan. * Ia berfungsi sebagai alat pengumuman, pemberitahuan dan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan . * Poster yang berkesan harus menarik perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan . * Poster boleh di persembahkan melalui pelbagai cara: * Menggunakan muka taip sahaja / notis * Menggunakan muka taip berserta ilustrasi dalam bentuk lukisan , gambar atau foto.

Cara-cara mencipta poster

Teknik lukisan * Menggunakan pen , pensel , pensel warna dan sebagainya.

* Media dan alat : Alat tulis, alat lukisdan sebagainya.

Teknik Catan * Menggunakan cat air , cat poster, cat guac dan sebagainya. * Media dan alat : pewarna , alat lukis dan berus.

Teknik Kolaj * Menampal kertas berwarna warni , keratan akhbar dan majalah , tekstil bercorak dan jalinan. * Media dan alat : Bahan-bahan kutipan yang sesuai , alat lukis dab alat tulis ,gam , gunting , pisau dan berus.

Teknik Cetakan * Dengan cara capan ,mencetak timbul dan benam. * Media dan alat : alat lukis , alat dan bahan yag sesuai mengikut pilihan jenis cetakan atau capan

Teknik Fotomontaj * Dengan cantuman keratan foto berdasarkan tema yang sama * Media dan alat : alat lukis dan alat tulis , gambar foto yang ada kaitan dengan tema , alat pemotong, gam , pewarna , berus dan lain-lain.

Teknik Campuran * Aplikasi pelbagai teknik : Catan dan kolaj , lukisan dan catan , cetakan dan catan.

Proses mencipta poster Penentuan tema dan tajuk Mendapatkan maklumat berkaitan dengan tema melalui kajian Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan Membuat beberapa lakaran kasar Menentukan jenis ilustrasi dan muka taip yang berkesan. Merancangkan skima warna Menentukan teknik Menyediakan alat dan bahan Memperkembangkan poster mengikut pilihan lakaran , teknik dan media.

Unsur warna dalam gubahan poster Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam poster . Penggunaan warna tidak sesuai akan mengakibatkan poster menjadi kurang menarik . Kajian teliti tentang pilihan warna haruslah dilakukan dengan mempertimbangkan kandungan mesej dan tujuan sesuatu poster. Latar belakang poster haruslah di catkan dengan warna rata tanpa menu jukkan ton-ton yang berlainan . Warna yang rata akan menimbulkan kesan yang lebih kuat dan bertenaga.

Ciri-ciri poster yg baik Mempunyai tema yang tertentu Mengandungi tajuk yang sesuai dengan tema Kesesuaian gambar atau ilustrasi dengan tema atau tajuk. Mesej yang jelas Daya penarik

Warna dan pilihan muka taip yang berkesan Penggunaan prinsip rekaan dan unsur seni yang sesuai . Di antara prinsip rekaan yang sesuai digunakan dalam menghasilkan poster iaitu imbangan , kontra , penegasan , pergerakan ( irama ) Gubahan asli dan unik Mesej mengandungi nilai-nilai moral di samping mencapai tujuan memaklumkan sesuatu.

Penilaian ( teknik dan proses serta hasil kerja ) Penggunaan cogan kata yang berkesan Mempunyai nilai estetik Keaslian Fungsi yang sesuai Mesej tercapai Menarik Kesesuai seni huruf dan ilustrasi Pemilihan dan kesesuaian warna dengan mesej Reka letak yang seimbang Penggunaan media dan alat yang betul Kerja yang kemas.

SETIAP POSTER MESTILAH DIBUAT DALAM KEADAAN MENEGAK DAN BUKANNYA DALAM KEADAAN MELINTANG

Rupa dan muka taip Muka Taip adalah jenis rupa dan bentuk huruf

A . Jenis-jenis muka taip

Huruf Blok Muka taip serif Mempunyai serif halus , tebal atau tajam pada bahagian atas dan bawah. Contoh : Huruf Roman Muka Taip sans serif Tidak mempunyai serif : Contoh: Huruf Blok asas Huruf Bebas Muka taip hiasan / Fancy Dihias dengan corak dalam bentuk geometri , flora , fauna atau kadang kala mempunyai irama atau mesej tertentu Huruf manuskrip / kaligrafi Huruf huruf yang berhubung kait dengan nilai budaya. Contoh : Huruf Italik, Seni Khat, Kaligrafi Cina , Huruf Old English

B. Fungsi Muka Taip Mudah dibaca Menarik perhatian pembaca tentang judul tajuk Menyatakan maksud sesuatu mesej C. Teknik mencipta muka taip Kurangkan Tambahkan Tindihan / tindanan

Struktur Muka Taip

Aplikasi Unsur Ruang Dalam Menjarak Huruf ke Huruf

Contoh reka letak dalam poster a. Penggunaan prinsip imbangan simetri

b. penggunaan imbangan tak simetri

Contoh-contoh poster

Reka letak Aplikasi prinsip rekaan imbangan simetri Cara menjarak huruf

Anda mungkin juga menyukai