Anda di halaman 1dari 4

MODUL 1 : MENGGAMBAR

TAJUK : POSTER
 Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi
perhubungan dan pengiklanan.
 Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahun dan
pengkiklanan.
 Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai serta
dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan
berkesan.

Poster boleh dipersembahkan melalui 2 cara:

i. Menggunakan muka taip (huruf) sahaja.

Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan


maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan
ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang
digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster
tersebut.

ii. Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk


lukisan, gambar atau foto.

Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan.


Sekiranya maklumat yang disampaikan melalui
mukataip tidak dapat disampai dengan jelas
mungkin atas faktor bahasa (yang kurang difahami
kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum
mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk
membaca) dan sebagainya. Dengan itu,
penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai
untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi
hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-
kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip bagi
poster jenis ini.
TEKNIK PENGHASILAN POSTER:

 Teknik Lukisan
 Teknik Catan
 Teknik Kolaj
 Teknik Montaj
 Teknik Cetakan
 Teknik Gabungan

PROSES PENGHASILAN POSTER:

1. Penentuan tema dan tajuk


2. Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi
mendapatkan pemahaman yang
lebih mendalam
3. Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan.
4. Membuat beberapa lakaran kasar dan kemudian pilih hasil
terbaik.
5. Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan
dan bersesuaian.
6. Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang
dapat menarik perhatian.
7. Menentukan teknik yang sesuai untuk membuat poster tersebut.
8. Penyediaan alat dan bahan.
9. Penghasilan poster berdasarkan teknik dan media yang telah
ditetapkan.

CIRIR-CIRI POSTER YANG BAIK

1. Daya penarik yang dinamik.


2. Warna yang berkesan.
3. Mesej yang jelas dan mengandungi satu tema sahaja.
4. Kesesuaiaan ilustrasi dengan tema.
5. Pilihan muka taip yang berkesan.
6. Gubahan asli dan unik.
7. Cogankata yang dapat mempengaruhi pembaca.
8. Penggunaan asas seni reka yang bersesuaian.
9. Memberi mesej yang mempunyai nilai-nilai murni.
Tugasan 1

 Anda diminta membaca dan memahami nota yang


diberi.
 Tampal nota ini di dalam buku nota PSV.

Tugasan 2

 Anda diminta melihat video pada link di bawah dan


hasilkan karya sendiri:
https://youtu.be/j3DgCuv51oo

 Murid diminta merakamkan video menceritakan


pengalaman sendiri dalam proses penghasilan poster
tersebut.
Ceritakan :
 Bahan-bahan yang digunakan
 Teknik-teknik yang digunakan (bahagian poster)
 Perasaan dalam menghasilkan poster tersebut
Tugasan 1

 Anda diminta membaca dan memahami nota yang


diberi.
 Tampal nota ini di dalam buku nota PSV.

Tugasan 2

 Anda diminta melihat video pada link di bawah dan


hasilkan karya sendiri:
https://youtu.be/j3DgCuv51oo

 Murid diminta merakamkan video menceritakan


pengalaman sendiri dalam proses penghasilan poster
tersebut.
Ceritakan :
 Bahan-bahan yang digunakan
 Teknik-teknik yang digunakan (bahagian poster)
 Perasaan dalam menghasilkan poster tersebut

Anda mungkin juga menyukai