Anda di halaman 1dari 4

MODUL 1 : MENGGAMBAR

TAJUK : LUKISAN
Bidang menggambar mengandungi beberapa teknik seperti lukisan,
catan, kolaj, percikan, cetakan, gosokan, capan, tiupan dan stensilan.  Di
tahap dua sekolah rendah aktiviti menggambar melibatkan gabungan dua
atau tiga teknik dalam satu karya. Ini dapat mempertingkatkan imaginasi dan
kereativiti murid melalui eksplorasi dan eksperimentasi gabungan media dan
teknik. 

1.1 Teknik Lukisan
  

Lukisan merupakan asas dalam aktiviti menggambar.Pelbagai jenis media


kering yang boleh digunakan dalam menghasilkan lukisan. Pelbagai teknik
dan media campuran boleh digunakan dalam penghasilan karya yang
kreatif.Contoh menghasilkan lukisan dengan pelbagai kaedah seperti
gabungan antara capan, catan, kolaj dan gosokkan.

KARYA MENGGAMBAR DENGAN GABUNGAN TEKNIK

Contoh : Mohd. Nazri Rozali, teknik


gurisan, kolaj dan gosokan

Roslina Ahmad, teknik mozek, 


lukisan dan perckan
Tugasan 1

 Anda diminta membaca dan memahami nota yang diberi.

 Anda diminta mencari sukurang-kurangnya 10 gambar yang


menggunakan teknik gabungan. Print, gunting , susun dan tampal
secara kreatif dalam kertas lukisan. Pastikan anda tuliskan nama dan
teknik gabungan setiap gambar yang ditampal. Contoh seperti di
dalam nota.

Tugasan 2

 Anda diminta melihat nota yang dilampirkan.

 Anda diminta menjawab kuiz secara atas talian yang akan diberikan
link pada hari Isnin , 25 Januari 2021.
1.3  Teknik Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam


dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu
permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau
bahan lain di atas permukaan 2D
yang  mengandungi sebahagian imej seperti gambar
foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih
untuk menjadi satu komposisi.  Berbagai jenis bahan
dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang
berlainan dan daripada berbagai media.  Ia juga dapat menghasilkan satu
komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang
yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan
dihasilkan  secara ‘superimpose’ di antara satu sama lain dengan menggam
berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema
tertentu.

1.7  Teknik Gosokan
  

Gosokan adalah satu proses menggosok


dan merekod corak daripada permukaan yang
berjalinan.   Ia adalah satu psoses penerokaan
murid mula menggambar melalui deria sentuh
yang terdapat di sekeliling mereka.  Gosokan
adalah satu cara paling mudah dan terbaik
untuk merakamkan berbagai jalinan pada
sesuatu permukaan.  Apabila salah satu atau
kedua-dua objek digerakkan di antara satu
sama lain, maka gosokan akan terhasil.  Hasil
cetakan dibuat dengan menggosok dakwat,
pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu
permukaan yang berjalin.  Satu representasi yang mengandungi salinan
dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan
jalinan dan ton.

Anda mungkin juga menyukai