Anda di halaman 1dari 21

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual adalah salah satu mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah
samada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Di samping itu,
Pendidikan Seni Visual juga turut dipelajari diperingkat kolej mahupun universiti. Pendidikan
Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Umumnya,
murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual
memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi,
dan daya pemikiran.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SENI VISUAL


Visual atau disebut sebagai tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau
disentuh. Oleh itu, sesuatu yang tergolong yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan,
lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan sahaja setakat dilihat
tetapi

ia

perlu

difahami

maksudnya

atau

sekurang-kurangnya

cara

dan

teknik

penghasilannya. Siapa yang menghasilkannya, mengapa ia dihasilkan, apakah rujukannya,


idea untuk menghasilkannya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi
pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun
bertulis.Seni Visual/Tampak ( meliputi Seni Kraf, Seni Lukis, Seni Ukir, Seni Bina dan
sebagainya).

PERKEMBANGAN SENI VISUAL BERMULA


1930 an - 1940 an

Tema keindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat

1950-an

Berlaku pertembungan stail Timur dan Barat.

Hal benda seni potrey yang realistik, unsur-unsur budaya, kesenian tradisi, seni
abstrak dan semi abstrak.

1960-an

Pertembungan stail Timur dan Barat lebih berkembang dan berdaya saing.

1970-an

Menampilkan lebih banyak lagi sumbangan kerana munculnya pelukis-pelukis


berpendidikan Baratyang mendokong isme-isme barat.

1980-an

Perkembangan seni memuncak dan lebih meluas

ASAS SENI REKA UNSUR SENI.

ASAS SENI REKA

UNSUR SENI

PRINSIP REKAAN

garisan

harmoni

rupa

kontra

bentuk

penegasan

jalinan

imbangan

ruang

irama dan pergerakan

warna

kepelbagaian
kesatuan

BIDANG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah

disusun dalam

empat bidang Seni iaitu :


1. Menggambar
2. Membuat Corak dan rekaan
3. Membentuk dam membuat binaan
4. Mengenal kraf tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan , apresiasi seni visual serta
menghargai nilai baik . Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR


Definisi Menggambar
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan yang rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang
dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan
adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek di dalam
gambar. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual
yang dihasilkan adalah dalam bentuk 2 dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang
menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

Alat, Media dan Teknik


Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang
berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat
khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan
lain-lain.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah
semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

BIDANG MENGGAMBAR
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar.
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasrkan tema imaginasi murid.
Menggambar berdasrkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara
manual dan berbantukan komputer.
AKTIVITI BIDANG MENGGAMBAR
Lukisan
Catan
Kolaj
Montaj
Cetakan
Resis
Gosokan
Stensilan
Percikan
Gurisan
Capan
Mozek
Poster
LUKISAN
Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej
menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta
menggunakan campuran warna yang terhad.
contoh lukisan pensel

Contoh lukisan Media - Pensel Warna

CATAN
Adalah proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu
di atas permukaan
komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat
akrilik, minyak linsip, turpentin, kanvas dan berus.
Contoh Lukisan Catan

Karya : Twelwe Sunflower


Artis : Vincent Van Gogh

Media : Cat Minyak dan kanvas

Mozek

Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun bahan-bahan seperti
kaca, marmar dan seramik, disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang
tidak rata dan menghasilkan pantulan dan kilauan.

Suatu imej yang berasingan dan tidak bertindik, disusun secara bersebelahan.

Renjisan dan Percikan

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak
terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.

BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan denngan mana-mana hasil daripada bidang
kegiatan lain seeperti binaan, jraf dan sebagainya.
Corak ialah struktur susunan ulangan berdasrkan motif yang dibuat secara tertrntu
atau bebas.

Motif Corak
Alam semulajadi seperti flora dan fauna
Bahan buatan manusia
Geometri
Abjad
Rupa barangan kraf Malaysia

TEKNIK MEMBUAT CORAK

CORAK

CORAK TERANCANG

CORAK TIDAK TERANCANG

Kolaj
Mozek
Capan
Catan
lukisan
Cetakan

Pualaman
Tiupan
Titisan

Guntingan

lipatan dan Celupan

Resis

Resapan

Gurisan
Stensilan

i) Corak Terancang

Dihasilkan dengan menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis
susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

ii) Corak Tidak Terancang

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas kesan daripada teknik yang
digunakan tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara
merenjis, meniup, mencelup, menitis, menekap, meresap dan sebaginya.

CONTOH HASIL LUKISAN


(Corak Terancang)
Capan

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jasi yang mempunyai
jalinan tertentu.

Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.

Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula
jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghailkan kesan yang sama
dengan jalinan yang ada pada jari.

Lipatan dan Guntingan

Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas dan menggunting mengikut
corak yang dikehendaki.

Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi
mendapatkan corak atau imej yang berulang.

(Corak Tidak Terancang)


Ikatan dan Celupan

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup
cetek coraknya yang terhasil adalah kecil.

Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.

Pualaman

Adalah menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan
ke dalam tray lalu dititiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada
permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

Tiupan

Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan membuat rekaan.
Dengan menggunakan straw warna air yang terdapat pada permukaan kertas ditiup
sehingga mendapat kesan yang diingini.

BIDANG MEMBANTUK DAN MEMBUAT BINAAN.


Membentuk dan membuat binaan adalahsatu bidang yang terdapat dalam Sukatan
pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk
menghasikan karya berbentuk 3 dimensi.

Memilih alat dan bahan yang sesuai

mengikut aktiviti yang dipilih.


Bidang ini memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek
seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau
membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan,
cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dam sebagainya.
Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang
digunakan.
Teknik tersebut ialah:

Teknik picitan

Teknik lipatan

Teknik potongan

Teknik cantuman

Teknik pembungkusan

Teknik guntingan

Teknik luakan

Aktiviti membentuk dan membuat binaan

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang ini
seperti :
Arca timbul
Arca Mobail
Arca stabail
Assemblaj

Model
Diorama
Topeng
Origami

CONTOH HASIL SENI


ARCA TIMBUL

Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga
menyampaikan sesuatu mesej.

Sesetengah arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta
menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan.

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata
atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh
dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

MODEL
Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikuti bentuk sebenar tetapi skala dan
nisbahnya berbeza sama ada dibesarka atau dikecilkan.
Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan
dan

sebagainya.

BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tanganyang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi
turu-temurun. Di sekolah rendah murid diperkenalkan dengan kraf tradisional
seperti :
Alat domestik
Alat permainan
Alat mempertahankan diri
Perhiasan diri
Batik
Tekat
Ukiran
Tenunan
Anyaman
Tembikar
Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat
dan bahan, motif, corak dan hiasan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi
setiap bidang kraf yang dinyatakan.

CONTOH HASIL SENI


ALAT DOMESTIK
Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang
digunakan bagi memudahkan urusan seharian.

Tudung Saji

Kukur Duduk

BATIK
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15
Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat
pengecap batik tetapi kini kain batik ela telah diusahakan dengan menggunakan
alatan moden.

ALAT PERMAINAN
Permainan tradisional berupaya membentu sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui

oleh

nenek

Permainan tradisional

juga

sebagai

rakyat.

permainan

Di antara permainan
- Congkak

- Wau
- Batu seremban

moyang

- Sepak raga

kita.
dikenali

itu termasuklah :

perPERBANDINGAN EMPAT BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL


B Bidang
Menggambar

Membuat corak dan rekaan

Mengenal kraf tradisonal

binaan

Kandungan

deDEFINISI

Membentuk dan membuat

Menggambar adalah satu

Bidang kegiatan ini memberi

Membentuk dan membuat

Kraf tradisional boleh

representasi visual sesuatu

peluang kepada murid

binaan adalahsatu bidang

didefinisikan sebagai

objek atau imej yang

memahami pelbagai cara

yang terdapat dalam

perusahaan (kerja seni)

dihasilkan di atas

untuk menghasilkan corak

Sukatan pelajaran

yang melibatkan

permukaan yang rata. Ia

dan mengaplikasikannya

Pendidikan Seni Visual

kemahiran kerja

mengandungi komposisi

menjadi satu rekaan lain.

KBSR. Bidang ini

tanganyang memerlukan

artistik yang dihasilkan

Corak dan rekaan tersebut

mengandungi aktiviti untuk

daya cipta oleh

melalui aplikasi warna di

boleh juga dipadankan

menghasikan karya

masyarakat yang

atas permukaan rata.

denngan mana-mana hasil

berbentuk 3 dimensi.

diwarisi turun-temurun

daripada bidang kegiatan lain

Memilih alat dan bahan

seeperti binaan, jraf dan

yang sesuai mengikut

sebagainya.

aktiviti yang dipilih.

Lukisan
Catan
TEKNIK
/AKTIVITI PDP

Kolaj
Montaj
Cetakan
Resis
Gosokan
Stensilan
Percikan
Gurisan

Corak Terancang

Arca timbul

Alat domestik

Kolaj
Mozek
Capan
Catan
lukisan
Cetakan
Guntingan
Resis
Gurisan
Stensilan

Arca Mobail

Alat permainan

Arca stabail

Alat

Capan
Corak Tidak Terancang

Mozek
Poster

Menggambar

Pualaman
Tiupan
Titisan
lipatan dan Celupan
Resapan

Assemblaj

mempertahankan

Model

diri

Diorama

Perhiasan diri

Topeng

Batik

Origami

Tekat
Ukiran
Tenunan
Anyaman
Tembikar

Membentuk dan
Membuat Corak dan Rekaan
LILukisan

Mengenal Kraf Tradisional

Membuat Binaan

Ikatan dan Celupan

Binaan Model

Batik

pensel

tisu dapur

kotak

kain putih

kertas lukisan

warna pencelup

gam

bahan pewarna

pemadam

bekas warna

pisau

sekuji

gunting

Funnel pen

kertas warna

kuali/bekas

CONTOH
AKTIVITI

BAHAN DAN
ALATAN YANG
DIGUNAKAN

EREFLEKSI
Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak pengalaman dan ilmu yang saya
perolehi walaupun sebelum ini saya pernah mempelajarinya di sekolah dan Maktab
Perguruan dahulu. Ini kerana ilmu yang telah dipelajari dan diamalkan ini telah luput
dari ingatan serba sedikit. Maklumlah faktor umur sedikit sebanyak mempengaruhi
tugasan yang telah disiapkan ini.
Ketika menjalankan kerja kursus ini, rasa berasa sangat bimbang kerana
takut tidak dapat menyiapkan folio lukisan yang diminta seperti di dalam tugasan.
Hal ini disebabkan oleh komitmen yang terlalu banyak di sekolah dan kekangan
masa yang menjadikan tugasan ini kurang sempurna. Namun begitu saya tetap
berusaha sedaya upaya menghasilkan yang terbaik dan melakukan yang terbaik
bagi menyiapkan kerja kursus ini. Alhamdullilah, saya berjaya menyiapkannya
walaupun berasa tidak bersemangat.
Banyak pengetahuan baru yang ditimba semula, terutamanya bagi aktivitiaktiviti yang sesuai dijalankan untuk menjalankan aktiviti seni visual di dalam kelas.
Selain itu, menambah pengetahuan daripada apa yang tidak saya ketahui menjadi
lebih tahu dan boleh diaplikasikan di dalam kelas. Disamping mengajar di dalam
kelas, saya juga dapat bersama-sama mencurahkan ilmu pengetahuan kepada
murid-murid saya di sekolah. Kebanyakan murid Pendidikan ini suka kepada aktiviti
seni. Ini kerana mereka dapat meluahkan perasaan dan ekpresi melalui seni visual.
Bagi saya, aktiviti menghasilkan folio lukisan ini memberi dugaan yang berat
kerana saya perlu memilih apakah aktiviti dan teknik yang sesuai untuk
menghasilkan sesuatu karya yang baik dan bermutu. Oleh demikian, masa yang
diambil untuk menghasilkan sesuatu karya seni itu amatlah lama. Kerana
penghasilan karya memerlukan ketelitian, ketenangan ketika menghasilkannya.
Tambahan pula ketika saya kekurangan idea untuk menghasilkan karya seni
ini, saya perlu merujuk kepada buku-buku yang berkaitan seni dan juga membuat
rujukan di dalam internet. Tidak disangkal bahawa pelbagai hasil karya yang dapat
saya lihat di dalam teknologi maklumat ini.

Namun begitu, saya berasa gembira kerana dapat menjalankan aktiviti ini
kerana ia dapat menjadikan saya menjadi kreatif di samping dapat menghasilkan
sesuatu itu dengan usaha sendiri walaupun hasil karya tersebut tidaklah secantik
karyawan seni lukis tanah air yang ada kini. Ini menjadikan diri saya lebih
berkeyakinan dan suka kepada aktiviti melukis dan sebagainya. Walaupun tidak
mahir namun kemahiran tertentu dapat diperolehi sepanjang menjalankan tugasan
ini.
Di sini , saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing iaitu Encik Salehuddin kerana memberi tunjuk ajar dan maklumat yang
terkini bagi menyiapkan tugasan ini. Diharapkan apa yang dihasilkan memenuhi
kehendak soalan dan pensyarah pembimbing.

Sekian.

SUMBER RUJUKAN

Hassan Mohd Ghazali (1993), Dimensi Pendidikan Seni


KBSM Tingkatan 4 dan 5. Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd
Kamarudin Haji Husin (1991). KBSM dan model-model
pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd
Modul Pendidikan Seni Visual, Program Pensiswazahan
Guru (PPG), kementerian Pelajaran Malaysia.
Muhd Jamel Ismail, Muhd Taslim b Sarbani, Abdul Rahim
Manan, Rousliluddin b Ambia; HBAE 1103, Pengenalan
Pendidikan Visual: Versi Disember 2009. Meteor.Doc.Sdn.Bhd,
Seri Kembangan.
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,
Pendidikan Seni Visual. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Zulkifli Yaacob, Muhd Jamil Ismail ;HBES -1403 (Seni Dalam
Pendidikan, Open University. Oktober 2009
http://atulada.blogspot.com/2010/07/teknik-teknik-pengajaran.html
http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
http://ppgusm.blogspot.com/pengenalan kepada seni visual
http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

Anda mungkin juga menyukai