Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN
Seni visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain
seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Seseorang guru
hendaklah menggunakan pendekatan, teori, strategi, kaedah dan juga teknik yang
efektif dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) supaya minat pelajar
ditarik dan mereka dapat memahami isi pelajaran dengan lebih terperinci. Maka, guru
haruslah memastikan bahawa kaedah yang diajarnya lebih sesuai supaya pelajar
dapat memahami isi pelajaran dan mengadakan aktiviti yang sepatutnya. Apabila
guru, memberi keutamaan kepada pelajar maka pelajar akan begitu gembira dan
seronok dalam melakukan aktiviti Pendidikan Seni Visual. Oleh itu, guru haruslah
menggunakan pendekatan, strategi serta teknik yang efektif supaya proses PdPc
berjalan dengan lancar mengikut pelajaran abad ke- 21 ini.
2.0 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendekatan pengajaran bermaksud perincian tentang cara seseorang guru ingin


mengajar muridnya. Dengan erti kata lain, pendekatan pengajaran merujuk kepada cara
guru mengajar sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektif jangka panjang (Noriati,
2004). Pendekatan juga merupakan pandangan atau perspektif guru terhadap cara
proses pengajaran. Pendekatan menyediakan hala tuju dan ekspektasi terhadap
keseluruhan spektrum proses pengajaran serta menyediakan landasan untuk
memungkinkan berlakunya pembelajaran. Antara pendekatan yang boleh digunakan
dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) ialah pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan komunikatif, pendekatan tematik,
pendekatan konstruktivisme, pendekatan masteri dan juga pendekatan konstektual.

PENDEKATAN
PENDEKATAN
INDUKTIF
INDUKTIF

PENDEKATAN
PENDEKATAN PENDEKATAN
KONSTEKTUAL PENDEKATAN
KONSTEKTUAL DEDUKTIF
DEDUKTIF

PENDEKATAN
PENDEKATAN PENDEKATAN
PENDEKATAN
MASTERI PENDEKATAN
PENDEKATAN EKLEKTIK
MASTERI EKLEKTIK

PENDEKATAN
PENDEKATAN PENDEKATAN
PENDEKATAN
KONSTRUKTIVISME
KONSTRUKTIVISME KOMUNIKATIF
KOMUNIKATIF

PENDEKATAN
PENDEKATAN
TEMATIK
TEMATIK

Rajah 1: Peta i-Think (Peta buih)

Jenis- jenis Pendekatan


Pendekatan haruslah digunakan oleh setiap guru dalam proses PdPc supaya
menjadikan proses tersebut lebih berkesan. Pendekatan juga boleh dipraktikkan oleh guru
dalam Pendidikan Seni Visual agar murid- murid dapat memahami objektif pelajaran atau
isi pelajaran. Pendekatan yang boleh digunakan dalam Pendidikan Seni Visual adalah
pendekatan John A Michael, pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE) dan
juga pendekatan Chapman.

Menurut Noor Afifah (2004), pendekatan Discipline Based of Art Education iaitu
DBAE adalah salah satu pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni Visual yang
bermula pada awal 1980 an oleh Getty Center For Art Education (dikenali sebagai Getty
Education Institute). DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka
konsep yang menggabungkan elemen- elemen daripada teori- teori pendidikan yang lain
seperti Visual Thinking Strategies. DBAE meliputi empat asas Disiplin Seni seperti produk
seni, sejarah seni, kritikan seni dan juga estetika murid.

Pertama sekali murid dapat mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian


hasil karya secara tersendiri melalui produk seni. Sebagai contoh, seseorang murid dapat
menghasilkan diorama setelah mempelajari teknik dan proses penghasilan karya
tersebut. Akibatnya, pelajar dapat meningkatkan tahap pemikiran kreatif dalam
menghasilkan sesuatu produk yang baru dan luar biasa. Selain daripada itu, melalui
sejarah seni, murid bolehlah mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau
dan semasa bagi memotivasikan diri seperti gaya dan teknik ataupun perbincangan
tentang perhubungan dengan kebudayaan, kemasyarakatan, agama dan pergerakan
seni.

Di samping itu, dari segi kritikan seni pula murid akan menyata, menganalisa,
membuat interpretasi dan membuat penilian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali
sebagai apresiasi seni. Dengan kritikan seni, murid dapat berfikir secara kritis dalam
membuat kajian terhadap sesuatu karya seperti bahasa seni visual yang telah digunakan.
Dalam Pendidikan Seni Visual, estetika murid akan menimbangkan keaslian, maksud dan
impak serta nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan
pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Oleh itu, pendekatan ini
merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training) di mana fokusnya kepada
murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal
mereka.
ASAS PENDEKATAN DBAE
DALAM PENDIDIKAN SENI
VISUAL

PENGENALAN
- kerangka konsep yang
menggabungkan elemen- elemen
daripada teori- teori pendidikan
yang lain

KRITIKAN SENI
PRODUK SENI
 pelajar dapat menyata, menganalisa,
 pelajar meningkatkan membuat interpretasi dan membuat
tahap pemikiran kreatif dalam penilaian sesuatu hasil karya
penghasilan produk
 dapat mengenali bahasa seni visual

SEJARAH SENI ESTETIKA MURID


 pelajar belajar untuk  asas latihan inkuiri
menghasilkan karya pada masa (inquiry based training)
lampau dan semasa

Rajah 2: Peta i-Think (Peta Pokok)


Asas Pendekatan DBAE dalam Pendidikan Seni Visual

3.0 TEORI ATAU MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling
berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematik. Teori dapat diertikan
sebagai ‘pendapat’ yang dikemukakan oleh individu- individu tertentu untuk
memperjelaskan sesuatu perkara. Perkataan teori telah diambil daripada perkataan Latin
theoria, yang seiras dengan perkataan Greek the Oria dan the Orein. Secara umumnya,
ketiga- tiga istilah ini merujuk kepada perkara yang sama iaitu untuk melihat atau
mempertimbangkan. Md.Nasir dan Iberahim Hassan (2003) mengklasifikasikan teori
sebagai asas- asas atau hukum- hukum umum yang menjadi dasar pembentukan
kesenian, ilmu pembentukan kesenian ataupun ilmu pengetahuan. Pendidikan Seni Visual
merupakan sangat luas, subjektif dan abstraktif. Perkembangan seni seseorang individu
melibatkan proses estetik yang rumit dan dengan memahami teori- teori pendidikan seni
visual yang dikemukakan, guru Pendidikan Seni Visual akan mendapat gambaran yang
lebih jelas dan seterusnya dapat diaplikasikan di dalam pendekatan pengajaran mereka.
Dalam Pendidikan Seni Visual, kita boleh melihat beberapa teori seperti teori
behaviourisme, teori kognitif, teori humanis, teori psiko- analitik dan juga teori
konstruktivisme. Teori yang akan dibincangkan dalam tugasan ini adalah teori kognitif.

TEORI
TEORI
BEHAVIOURISME
BEHAVIOURISME

TEORI
TEORI
KONSTRUKTIVIS
KONSTRUKTIVIS TEORI
TEORI
ME
ME HUMANIS
HUMANIS

JENIS-
JENIS-
JENIS
JENIS
TEORI
TEORI

TEORI
TEORI TEORI
PSIKO- TEORI
PSIKO- KOGNITIF
KOGNITIF
ANALITIK
ANALITIK
Rajah 3: Pengurusan Grafik

Jenis- jenis Teori

Teori kognitif melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental yang


berlaku secara aktif (Noriati, 2004). Pembelajaran menurut pandangan psikologi kognitif
ialah perubahan dalam struktur mental yang membolehkan pelbagai tingkah laku
ditunjukkan. Piaget (1936) merupakan ahli psikologi pertama yang membuat kajian
perkembangan kognitif secara sistematik. Menurut Piaget, perkembangan kognitif
melibatkan pengurusan proses mental secara progresif hasil kematangan biologi dan
pengalaman dalam persekitaran. Kanak- kanak membina pemahaman dunia sekeliling
mereka, menemui kepincangan antara perkara yang diketahui dengan perkara yang
ditemui mereka dalam persekitaran. Proses ketidaklarasan antara maklumat kendiri dan
maklumat persekitaran menggerakkan struktur kognitif membentuk dan membina
pengetahuan baharu. Misalnya, kanak- kanak yang mempelajari Pendidikan Seni Visual
dapat melukis pemandangan atau menghasilkan landskap yang baharu apabila mereka
digalakkan untuk memperhatikan keindahan alam seperti gunung- ganang, taman bunga,
persisiran pantai dan sebagainya. Teori kognitif Piaget memiliki tiga komponen iaitu
skema (pembentukan/ pembinaan pengetahuan), asimilasi dan akomodasi serta peringkat
perkembangan kognitif.

Skema merupakan asas pembangunan atau pembinaan kecerdasan


minda, pembentukan dan pengurusan pengetahuan. Skema dapat dikatakan sebagai satu
unit pengetahuan yang setiap satunya merangkumi satu aspek, iaitu konsep, objek,
tindakan atau teori. Menurut Piaget, bayi dilahirkan dengan skema yang membolehkan
bayi bertindak secara refleksif sebelum bayi meneroka dunia sekeliling. Antara skema
tersebut ialah menghisap puting susu, menggenggam, menoleh dan seumpamanya.
Skema mudah akan menjadi bertambah banyak dan bertambah kompleks apabila bayi
bertambah usia. Murid dapat mengaplikasikan skema dalam Pendidikan Seni Visual iaitu
mereka dapat menerap objektif pembelajaran dan boleh menguasai kemahiran-
kemahiran yang tertentu dalam menghasilkan sesuatu hasil karya dalam empat bidang
iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan
juga mengenal kraf tradisional.

Jean Piaget (1952) melihat perkembangan intelek sebagai satu proses adaptasi
(penyesuaian) kepada dunia sekeliling. Proses adaptasi atau penyesuaian ini berlaku
melalui proses asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi. Proses asimilasi menggunakan
skema sedia ada dalam menangani objek atau situasi baharu. Contohnya kanak- kanak
sering terhibur oleh jenaka badut dan mereka dapat mengenali rupa badut yang berambut
kerinting berkepala botak serta berhidung merah. Dengan apa yang dilihat, kanak- kanak
dapat menghasilkan karya seperti boneka.

Akomodasi merupakan skema yang sedia ada tidak dapat menangani situasi
baharu. Skema sedia ada perlu diubah, ditambah baik untuk menangani situasi atau
maklumat baharu. Manakala ekuilibrasi berlaku apabila skema sedia ada kanak- kanak
dapat menangani maklumat atau situasi baharu melalui proses asimilasi. Ekuilibrasi akan
berlaku untuk mengelak rasa kecewa dan gagal. Sebagai contoh, kanak- kanak mungkin
memperolehi kemahiran melukis sebagai pengetahuan sedia ada tetapi mereka dapat
meningkatkan kemahirannya seperti menghasilkan catan iaitu pengetahuan yang baharu
daripada guru. Dalam hal ini, guru haruslah memainkan peranan dalam mengajar
teknik- teknik baru untuk menghasilkan sesebuah karya baru serta memuji pelajar bagi
penghasilan karya mereka supaya mereka tidak mudah kecewa. Oleh itu, teori kognitif ini
dapat dikaitkan dengan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Seni Visual
dan murid- murid dapat melakukan aktiviti dalam keempat- empat bidang sejajar dengan
peningkatan kognitif mereka.

4.0 STRATEGI, KAEDAH SERTA TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 STRATEGI PENGAJARAN

Strategi pengajaran merujuk kepada satu pelan tindakan yang dirancang dan
ditentukan bertujuan memudah cara suatu jenis pembelajaran situasi. Mengikut McClosky
(1971), strategi pengajaran didefinisikan sebagai satu cara pengajaran di dalam bilik
darjah, manakala Frankael (1973) menganggap strategi pengajaran sebagai mewakili
gabungan prosedur spesifik atau operasi dan disusun atur supaya boleh digunakan oleh
guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan objektif kognitif dan afektif. Dalam
Pendidikan Seni Visual, strategi dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
amatlah penting agar proses tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, pelbagai
strategi PdPc Pendidikan Seni Visual boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan
PdPc. Perancangan PdPc yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan
keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Strategi yang boleh digunakan dalam
proses PdPc ialah berpusatkan guru, berpusatkan murid, berpusatkan bahan dan juga
berpusatkan masalah.

Strategi yang berpusatkan guru dikenali sebagai pengajaran langsung yang


bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatannya. Guru
memainkan peranan yang utama dan guru haruslah menguasai dan mengawal segala
aktiviti pelajaran iaitu banyak memberi penerangan dan pelajar hanya mendengar apa
yang disampaikan oleh gurunya. Brophy (1978) menyatakan bahawa pengajaran
pemusatan guru merupakan strategi yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan
model untuk pemikiran yang betul dan juga mengelakkan suasana elitis yang sering
dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Dalam PdPc PSV, strategi ini mungkin kurang sesuai
disebabkan para pelajar tidak akan mendapat peluang untuk menginterpretasikan
sesebuah karya. Hal ini demikian guru hanya memberikan informasi tentang sesuatu
bidang atau aktiviti manakala pelajar pula tidak diberikan peluang untuk membuat aktiviti
tersebut secara praktikal atau merasai benda- benda maujud. Oleh itu, tahap kreativiti dan
pemikiran kritis pelajar mungkin terjejas oleh sebab strategi berpusatkan guru.

Di samping itu, strategi berpusatkan murid merupakan salah satu strategi yang
amat penting dalam PdPc Pendidikan Seni Visual. Strategi berpusatkan murid bermaksud
murid mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa- apa yang diajar dan cara
mempelajari sesuatu. Orlich (2007) menyatakan bahawa strategi ini dapat meningkatkan
penglibatan murid dan murid akan belajar secara lebih aktif. Strategi ini pula dapat
menggalakkan murid untuk lebih bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu
mereka memahami cara untuk belajar. Iklim bilik darjah merupakan salah satu faktor yang
penting dalam melakukan kaedah ini yang mana boleh memperkembangkan kreativiti
murid. Komunikasi dua hala antara murid dan guru haruslah berlaku semasa proses PdPc
Pendidikan Seni Visual. Contohnya, guru haruslah menyediakan set induksi yang mana
boleh menarik minat pelajar dan guru perlu mengadakan sesi soal jawab agar pelajar
dapat berfikir secara kritis tentang isi pelajaran yang akan dipelajari.Oleh itu, strategi
berpusatkan murid mempunyai banyak kelebihan seperti memperkembangkan kebolehan
murid dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta
memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan.

Strategi berpusatkan bahan atau sumber merupakan salah satu strategi yang
boleh diamalkan oleh seseorang guru dengan menggunakan banyak bahan seperti buku,
blok- blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses
kendiri dan lain- lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan
meliputi cara yang luas bagi murid yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara
individu. Kepelbagaian media dapat memeperkembangkan tahap proses pengajaran dan
pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental murid. Dalam
proses PdPc Pendidikan Seni Visual, guru boleh menunjukkan karya- karya seni visual
sebagai bahan rangsangan dalam menghasilkan sesebuah karya. Sejajar dengan itu,
para pelajar dapat mengetahui teknik proses dalam menghasilkan karya dan mereka
dapat menjana idea bagi mencipta suatu hasil karya.

Akhir sekali, strategi berpusatkan aktiviti merupakan salah satu strategi yang boleh
dilakukan di dalam kelas semasa proses PdPc. Guru melibatkan murid dalam aktiviti yang
memberikan peluang kepada murid untuk melatih atau mengaplikasikan apa- apa yang
dipelajari dalam proses memberikan bimbingan, strategi- strategi mempermudah tugasan
atau bantuan/ scaffolding yang membolehkan mereka menyempurnakan aktiviti dengan
jayanya. Aktiviti yang dipilih hendaklah menyediakan peluang untuk berinteraksi dan
membuat refleksi, bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu. Sebagai contoh,
dalam PdPc Pendidikan Seni Visual setiap pelajar hendaklah diberi peluang untuk
membuat apresiasi atau refleksi tentang karya seni yang telah dihasilkan. Guru juga
haruslah berkomunikasi dengan murid- murid tentang karya- karya seni yang telah
dihasilkan. Oleh itu, interaksi antara guru dan pelajar dapat diperkukuhkan seperti
ternyata dalam ciri- ciri Pembelajaran Abad Ke- 21 (PAK 21).

G
M
U
P
R
E
B
L
S
A
N
K
T
H
ID

STRATEGI

Rajah 4 : Pengurusan Grafik

Jenis- jenis Strategi

4.2 KAEDAH PENGAJARAN


Kaedah pengajaran merupakan suatu prosedur yang tersusun, sistematik dan
dirancang dengan baik untuk memudah cara dan merangsang pembelajaran murid.
Kaedah pengajaran juga dirujuk kepada cara guru mengelola dan menggunakan teknik,
isi kandungan dan bahan bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran.
Kaedah digunakan oleh guru untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran dan
menentukan aktiviti yang melibatkan guru dan murid dalam pelajaran. Kaedah pengajaran
memberi hala tuju dan membimbing guru dan murid dalam aktiviti bilik darjah. Kaedah
pengajaran yang baik dan berkesan mengambil kira perbezaan individu murid,
menyediakan pembelajaran dan memudah cara perkembangan murid serta mencapai
objektif pengajaran guru. Jenis- jenis kaedah yang boleh digunakan dalam PdPc
Pendidikan Seni Visual ialah kaedah simulasi, kaedah sumbang saran, kaedah projek,
kaedah akses kendiri dan juga kaedah lawatan.

Kaedah yang amat sesuai bagi Pendidikan Seni Visual ialah kaedah pengajaran
berasaskan projek merupakan kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk
projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran
kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Contohnya, murid- murid boleh diberikan
projek dalam membuat sebuah portfolio khas untuk Pendidikan Seni Visual. Melalui ini,
mereka akan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuannya secara
leluasa seperti mengetahui riwayat seseorang tokoh karya, sejarah kurikulum Pendidikan
Seni Visual dan jenis- jenis bidang serta ciri- cirinya

Di samping itu, pembelajaran akses kendiri (PAK) juga adalah salah satu kaedah
pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan
pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran.
Pembelajaran akses kendiri adalah pembelajaran yang memberi akses kepada sumber
pembelajaran bagi membolehkan murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara
kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat,
keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Semasa kaedah ini
dilakukan, guru akan menjadi seorang fasilitator, jurulatih dan kaunselor.

Akhir sekali, kaedah lawatan juga merupakan salah satu kaedah pembelajaran
yang menepati pendekatan pembelajaran kontekstual dan juga bersesuaian dengan
Pendidikan Seni Visual. Biasanya para pelajar akan dibawa ke tempat- tempat yang
sesuai dengan topik pembelajaran. Sebagai contoh, murid- murid boleh dibawa ke pantai
untuk menikmati keindahan alam serta mengaplikasikannya dalam aktiviti menggambar.
Selain daripada itu, para pelajar juga boleh dibawa ke tempat pembuatan batik supaya
memahami tentang bidang mengenal kraf tradisional. Hal ini dapat meningkatkan tahap
kreativiti serta fikiran yang berkritis. Jelaslah bahawa kaedah lawatan akan memberi
manfaat kepada pelajar dalam mengenali seni visual.

SIMULASI
SIMULASI

SUMBANG
SUMBANG
PROJEK
PROJEK SARAN
SARAN

KAEDAH
KAEDAH

AKSES
AKSES
KENDIRI LAWATAN
LAWATAN
KENDIRI

Raja
h 5: Peta i-Think (Peta Buih)

Jenis- jenis Kaedah Pengajaran

4.3 TEKNIK PENGAJARAN

Teknik pengajaran merupakan salah satu kemahiran atau cara melaksanakan


penyampaian bahan pengajaran kepada murid dari segi langkah- langkah dalam aktiviti
pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan
menjalankan langkah- langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera
yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran. Secara khususnya,
teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat
mempercepat penanggapan murid. Teknik boleh dibahagikan beberapa jenis seperti
teknik drama, teknik bercerita, teknik soal jawab, teknik tunjuk cara, teknik kawalan kelas
dan juga penerangan dengan menggunakan contoh.

Teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam Pendidikan Seni Visual ialah
teknik soal jawab. Teknik ini merupakan salah satu teknik yang boleh melibatkan interaksi
antara guru dengan murid sama ada guru menyoal murid dan murid menjawab atau murid
menyoal guru dan guru menjawab.Teknik ini biasanya dilakukan oleh guru pada set
induksi dan penutup tentang isi pelajaran yang akan belajar atau yang telah belajar.
Seharusnya, guru hendaklah menyediakan soalan yang senang kepada susah di mana
teknik ini dapat meningkatkan tahap pemikiran murid- murid secara kritis dan matang.
Sebagai contoh, dalam Pendidikan Seni Visual, guru boleh mengemukakan soalan
tentang bidang- bidang Pendidikan Seni Visual dan murid- murid pula boleh bersoal
tentang karya yang dihasilkannya pada akhir pembelajaran. Maka, pelajar akan berfikir
secara kritis dan kreatif semasa menjawab soalan yang diajukan oleh gurunya. Oleh itu,
teknik soal jawab dapat menarik perhatian murid- murid jika seseorang guru itu
mengemukakan soalan- soalan yang menarik.

Di samping itu, teknik tunjuk cara juga merupakan salah satu teknik yang efektif di
mana guru boleh menggunakannya dalam proses PdPc Pendidikan Seni Visual. Teknik
tunjuk cara merupakan salah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan
sesuatu aktiviti mengikut prosedur- prosedur yang tertentu. Teknik ini juga melibatkan
teknik demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau
prosedur atau langkah pembelajaran. Dalam penggunaan teknik ini, murid- murid dapat
mendengar arahan dan juga memerhatikan sesuatu objek seperti benda- benda maujud
dan bagaimana mereka berfungsi. Para pelajar juga dapat melakukan aktiviti dengan
menjana idea- idea yang lebih kreatif setelah gurunya menunjuk cara tentang sesuatu
aktiviti. Oleh itu, teknik tunjuk cara ini amatlah penting kepada murid- murid yang belajar
Pendidikan Seni Visual supaya menghasilkan karya- karya seni yang lebih menarik.
DRAMA

PENERANGAN
DENGAN BERCERITA
CONTOH

TEKNIK

KAWALAN SOAL
KELAS JAWAB

TUNJUK
CARA

Rajah 6: Peta i-Think (Peta Buih)

Jenis- jenis Teknik Pengajaran

5.0 RUMUSAN

Dalam Pendidikan Seni Visual, seseorang guru hendaklah mengambil inisiatif bagi
mengukuhkan lagi proses pengajaran dan pemudahcaraan. Setiap guru hendaklah
menggunakan pendekatan yang betul supaya pelajar dapat memahami isi pembelajaran
hari tertentu. Melalui mengatasi pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE),
maka pelajar dapat tahu tentang empat asasnya seperti produk seni, sejarah seni, kritikan
seni dan juga estetika murid. Disamping itu, setiap guru hendaklah mengaplikasikan
sesuatu teori dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menjadi salah satu prinsip
yang lebih sistematik. Sebagai contoh, dengan pengaplikasian teori kognitif melihat
perubahan proses mental akan berlaku secara aktif. Strategi dalam aktiviti pengajaran
dan pemudahcaraan amatlah penting supaya seseorang guru itu dapat menarik perhatian
pelajar dalam mengajar sesuatu yang baru. Dalam strategi pembelajaran masteri, guru
dapat memberi fokus utama kepada pelajar yang lambat ‘slow learners’ yang mana
pelajar yang boleh buat haruslah disuruh untuk membantu mengajar rakannya. Ini dapat
menjimatkan masa dan juga PdPc dapat dihabiskan dalam masa yang tepat. Kaedah dan
teknik juga amatlah penting dalam melaksanakan PdPc secara efektif. Apabila guru
menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, maka pelajar akan begitu
gembira dan minat dalam mempelajari sesuatu dengan cepat. Oleh itu, setiap guru
hendaklah bertindak secara fasilitator dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan
pada abad ke-21 ini supaya pelajar diberi laluan untuk mempelajari sesuatu dengan
penuh keinginan dan tidak berasa bosan.

Anda mungkin juga menyukai