Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Tugas guru Pendidikan Seni dan Visual (PSV) bukan sahaja mengajar
tetapi bertanggungjawab dalam pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar.
Bilik PSV merupakan tempat yang digunakan dalam proses pembelajaran dan
penghasilan karya seni. Bagi menjamin perkembangan bakat dan potensi murid
dalam bidang seni, guru PSV perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
kondusif. Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar yang baik dapat
membantu dalam mewujudkan persekitaran kondusif dan memupuk semangat
murid untuk belajar.

2.0 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR OLEH GURU PSV

Semua peralatan dan perabot yang terdapat dalam bilik seni merupakan
sumber yang perlu diurus dengan baik. Guru PSV bertanggungjawab dalam
menjaga dan menyusun atur peralatan dalam bilik seni. Dalam bilik seni
selalunya mempunyai studio seni visual, galeri dan bilik pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Guru PSV perlu kreatif dan bijak dalam menyusun atur bilik
objek, karya atau sumber dalam bilik seni supaya dapat membangkitkan ilham dan
keseronokan ketika menghasilkan karya. Menurut Marjorie Schiller (1995) dalam
(….), bilik darjah dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan
bagaimana memberi makna kepada kehidupan kita. Susun atur atau reka letak
perabot, alatan dan karya yang baik melambangkan guru PSV tersebut sangat
menghargai dan menjiwai seni. Buktinya, guru tersebut mempraktikkan seni dalam
menyusun atur bilik seni.

Dalam mengurus sumber atau karya yang telah dihasilkan oleh murid,
papan pameran perlu disediakan pada sudut pameran. Hasil kerja murid akan
dipamerkan pada papan pameran. Menurut Johari (2010), guru perlu mempunyai
masa untuk memilih hasil kerja murid untuk dipamerkan dalam bilik seni. Hasil-hasil
karya daripada luar juga boleh dipamerkan. Sebagai contoh, semua bidang perlu
dipamerkan iaitu bidang seni halus, kraf dan reka bentuk. Murid akan lebih
bermotivasi untuk menghasilkan karya lain sekiranya karya mereka dipamerkan.
Selain itu, sudut pameran perlu disediakan di tempat yang mudah dikunjungi oleh
murid dan warga sekolah agar dapat memberi pendedahan mengenai bidang seni
visual. Dalam usaha untuk mempamerkan hasil karya, guru PSV perlu tahu cara
menyusun dan mereka letak bahan atau karya mengikut jenis. Sebagai contoh,
bahan dua dimensi (2D) seperti lukisan, catan dan lain-lain perlu digantung dan
ditampal manakala bahan tiga dimensi (3D) seperti arca boleh disusun pada rak.
Hal ini membolehkan bahan tersebut mudah dilihat dan tidak terlindung.

Papan notis yang lain juga boleh dimuatkan dengan info-info atau buletin
berkaitan Pendidikan Seni Visual. Buletin tersebut perlu dikemas kini dari semasa
ke semasa supaya murid sentiasa peka dengan maklumat terkini dan
membolehkan murid mendapat maklumat dengan mudah. Tanggungjawab guru
PSV juga ialah perlu menyediakan bahan rujukan mengenai penghasilan karya
oleh pakar seni dari pelbagai kebudayaan zaman. Pada papan kenyataan juga
boleh ditampal carta organisasi kelas. (rujuk lampiran). Dalam pengurusan bilik seni
yang efektif, peraturan keselamatan perlu diwujudkan dan juga boleh ditampal
secara jelas pada papan kenyataan. Murid perlu dijelaskan dengan peraturan
keselamatan. (rujuk lampiran). Hal ini sedemikian kerana untuk mengelakkan
berlaku kecederaan. Apabila murid berupaya mematuhi peraturan keselamatan,
perjalanan proses pembelajaran di bilik seni akan berlaku dengan baik tanpa ada
gangguan. Guru PSV juga perlu sering memantau murid dan mengingatkan mereka
mengenai peraturan keselamatan secara kerap. Guru PSV perlu pegang dengan
tanggungjawab dalam memastikan keselamatan murid dalam bilik seni sentiasa
terjaga.

Zon kerja perlu diwujudkan untuk memastikan proses pengurusan


berjalan dengan lancar. Zon kerja merupakan tempat murid untuk menghasilkan
karya. Keadaan di zon kerja seharusnya luas supaya dapat mengelakkan
kesesakan dan mendatangkan keselesaan kepada murid. Faktor pencahayaan
dalam bilik seni khususnya zon kerja sangat penting supaya penglihatan murid
tidak terhad dan memudahkan penghasilan karya. Sehubungan dengan itu, faktor
pemilihan warna dinding dalam bilik seni mempengaruhi sikap atau. Contohnya,
warna kuning akan dapat menaikkan semangat murid. Perkara yang paling penting
ialah guru PSV perlu menjaga kebersihan bilik seni agar sentiasa ceria.

Aspek penyimpanan dan merekod stok perlu diambil perhatian kerana


membantu dalam pengurusan sumber yang berkesan. Stor merupakan bilik khas
yang berfungsi menyimpan stok atau pelbagai barangan yang digunakan untuk
menghasilkan karya seni. Stor perlu diurus dengan baik supaya kebersihan dan
kekemasan terpelihara. Selain itu, stor yang berada dalam keadaan baik membantu
guru PSV untuk mengurus stok atau sumber dengan baik di samping mengambil
kira aspek penggunaan ruang yang optimum. Pengurusan stor dilakukan bagi
memastikan bahan sentiasa ada semasa hendak digunakan oleh murid. Guru PSV
perlu memastikan susun atur stok di dalam stor dalam keadaan baik bagi
mengelakkan kerosakan. Keselamatan bahan perlu diambil berat supaya tidak
berlaku kecurian dan kehilangan. Bagi menjamin pengurusan stor yang lebih
sistematik, guru boleh memasang pengesan kebakaran dan menyediakan
pemadam kebakaran bagi memastikan keselamatan bahan dan alatan.

Dalam memastikan pengurusan stok berlaku dengan baik, guru perlu


mencatat setiap alatan atau bahan yang dibeli di dalam Buku Stok. Semua butir-
butir penting perlu dicatat supaya mudah dijadikan rujukan pada masa akan
datang. Sekiranya guru ingin menempah alatan atau bahan daripada pembekal
melalui pihak sekolah, guru perlu menyenaraikan kesemua alatan atau bahan yang
diperlukan dengan lengkap. Hal ini memudahkan pihak sekolah memperuntukkan
dana untuk membeli alatan dan bahan. Setelah alatan atau bahan telah diterima,
guru PSV perlu menyemak dan mengesahkan bahan tersebut seperti menyemak
bil serahan, nota bungkusan, invois dan kuantiti barangan yang diterima. Hal ini
bagi membolehkan guru mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan
bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan mengawal paras stok (Suzanne, 2012).

Stok perlu diperiksa dan dikemas kini dari semasa ke semasa agar guru
PSV dapat mengesan dan mengenal pasti kelemahan sehingga menyebabkan stok
berlebihan, berkurangan, rosak, luput tempoh dan sebagainya supaya tindakan
susulan dapat diambil. Pemeriksaan ini dibuat juga membantu memudahkan guru
membuat laporan mengenai stok pada akhir tahun dan didokumentasikan. Guru
PSV boleh menyediakan dua jenis buku stok untuk merekod stok. (Rujuk lampiran).
Contohnya, buku stok untuk merekod bahan kekal seperti berus, pisau NT, pisau
ukir dan sebagainya. Buku stok untuk bahan habis guna pula perlu diasingkan.
Contoh bahan habis guna ialah cat air, pelaka, kertas lukisan dan sebagainya. Hal
ini bagi memudahkan guru PSV mengenal pasti bahan habis guna yang telah
berkurangan untuk digantikan dengan stok bahan yang baru. Dalam konteks yang
sama guru juga perlu sentiasa memeriksa dan merekod inventori yang ada
dalam bilik seni. Inventori ialah barang yang tidak luak seperti perabot serta langsir.
Kesemua inventori yang ada di bilik seni perlu direkodkan dalam Kad daftar
Inventori (Rujuk lampiran). Pengurusan inventori yang baik menjimatkan kos
perbelanjaan dan pengeluaran sekolah.

Dalam mengurus sumber secara bertanggungjawab, kreatif dan inovatif,


guru PSV perlu menetapkan prosedur mengenai mengguna dan menyimpan
alatan dan bahan. Bahan atau alat seni perlu disimpan dengan teratur. Contohnya,
diletakkan di dalam almari atau disusun pada rak. Murid perlu ditegaskan dengan
prosedur menyimpan alatan setelah digunakan. Guru PSV perlu menyimpan bahan
atau alatan mengikut jenis supaya tidak bercampur aduk. Sekiranya, murid ingin
menggunakan bahan, mereka perlu mendapat kebenaran daripada guru PSV.
Setiap bahan atau alatan yang hendak digunakan hendaklah dicatat supaya
membolehkan guru membuat kemas kini kiraan baki alatan dan bahan yang tinggal.
Murid perlu mengisi borang permintaan bahan dan murid perlu mengembalikan
borang dikembalikan setelah bahan diterima (Rujuk lampiran). Murid perlu
diingatkan bahawa untuk menggunakan alatan dan mengembalikannya dalam
keadaan baik. Bagi prosedur menyimpan alatan dan bahan pula, murid perlu
menyimpan alatan dan bahan di tempat asal dan disusun mengikut jenis bahan
yang betul. Hal ini bagi mengelakkan bahan dan alatan bercampur aduk sehingga
sukar untuk dicari pada lain masa. Bahan atau alatan juga tidak mudah rosak
sekiranya disusun dengan baik. Alatan seperti berus yang telah digunakan
hendaklah dibersihkan sebelum disimpan. Prosedur mengguna dan menyimpan
alatan ini perlu ditegaskan supaya menjadi rutin dan membentuk murid yang
berdisiplin.

Menurut Khairuddin (2010) bahan bantu mengajar ialah bahan yang


digunakan guru secara langsung dalam proses P&P. Guru PSV juga sering terlibat
dalam pengurusan bahan bantu mengajar seperti reka bentuk dan penghasilan
bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar digunakan sebagai kerangka yang
menyokong pembelajaran murid agar mereka mudah memahami sesuatu isi
pelajaran. Penggunaan BBM dapat menggalakkan murid berfikir dan merangsang
pelbagai deria seperti penglihatan dan pendengaran. Di samping itu, pembelajaran
aktif berlaku apabila murid berinteraksi dengan bahan dan proses pemindahan
pembelajaran juga turut berlaku. Guru PSV perlu tahu bahawa BBM yang
dihasilkan perlu sesuai dengan objektif dan isi kandungan pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Tahap kefahaman dan kognitif juga perlu diambil kira. Oleh
itu, bahan maujud iaitu bahan asli digunakan kerana sesuai dengan tahap
pemikiran murid sekolah rendah. Hal ini supaya murid mudah menerima
penerangan daripada guru dengan adanya BBM serta mengurangkan
penyampaian secara verbal dalam proses P&P untuk mengelakkan murid bosan.
Contoh jenis BBM ialah bahan bantu mengajar elektronik, bahan bantu belajar
bukan elektronik dan bahan bantu belajar bercorak bahan sebenar.

Bahan bantu mengajar juga perlu diurus dengan baik bagi mengelakkan
berlaku kerosakan. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai jenis alatan atau bahan
yang digunakan untuk menghasilkan bahan bantu, dan kesemuanya perlu dijaga
dan diurus dengan BBM perlu dipamerkan dan diletakkan di tempat yang sesuai
supaya proses pembelajaran kendiri berlaku dan mudah dicari apabila hendak
diperlukan semula. Murid akan memanipulasi sendiri bahan bantu tersebut untuk
memahami kandungan pembelajaran. baik. Justeru, guru PSV perlu menonjolkan
kreativiti dan inovasi dalam penghasilan bahan bantu mengajar yang menarik dan
berkesan.

3.0 PENUTUP
Guru Pendidikan Seni dan Visual perlu menjalankan tanggungjawab dengan
baik dalam memastikan pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar dalam bilik
seni sentiasa berjalan dengan sempurna. Pengurusan yang baik melambangkan
kesungguhan guru PSV dalam menjalankan tugas dengan sempurna. Pengurusan
sumber dan bahan bantu mengajar yang baik akan memberi kemudahan kepada
guru supaya proses P&P berlaku dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai