Anda di halaman 1dari 2

a) Catan

Tajuk: The Fresh Water Series 2001- Harmoni Karya: Tommy Chen Keng Huah Media Campuran

Digarap

berimejkan

ikan

koi

berkonsepkan

falsafah

China Yin dan

Yang.

Keseimbangan dan keharmonian cuba ditonjolkan dalam komposisi bulatan yang menjelaskan bahawa keharmonian lahir daripada kesimbangan Yin dan Yang .

1. Diskripsi Keseimbangan dan keharmonian yang dikaitkan dengan Yin dan Yang boleh diaplikasikan kepada unsur keseimbangan dalam seni tampak. Yin dan Yang disusun hias untuk keperluan tertentu dan mendapat kepuasan estetik. Dalam masa yang sama elemen-elemen juga disusun untuk mencapai imbangan tampak. Setiap unsur yang memenuhi ruang hias mempunyai sifat, rupa, bentuk, warna dan jalinan. Semua sifat ini mempengaruhi corak ruang hiasan dan menarik perhatian dari berbagai aspek serta menyentuh emosi untuk merasai tenang dan damai.

2. Analisis Kesan emosi itu dikaitkan dengan pembacaan, pemerhatian dan pendengaran yang dimainkan dalam karya-karya seni. Kenyataan ini membawa maksud, seni itu ada persamaan dengan permainan emosi. Ia membawa persamaan antara lamunan perasaan dengan perasaan yang dimainkan dari penghasilan seni. Oleh itu Yin dan Yang yang ada di dalam seni berfungsi untuk memberi kesan pada perasaan. estetikanya dan tidak terkandung nilai-nilai murninya akan menganggu emosi walaupun boleh difahami bahasa tampak itu.

3. Interpretasi Dalam kehidupan sebenar ada keharmonian sepertimana adanya Yin dan Yang. Ia dapat disempurnakan melalui keseimbangan dan mengikut falsafah Taoisme setiap kehidupan terbentuk suatu keseimbangan. Ada lelaki dan perempuan, ada hitam dan putih, ada kiri dan kanan, inilah yang dapat dilihat bahawa keseimbangan dan keharmonian terus hidup subur. Ia ibarat satu pusaka untuk diamanahkan kepada kehidupan sejagat, untuk persekitaran dan juga dalam berkarya. Dalam berkarya, keseimbangan menghasilkan keharmonian dan meningkatkan nilai-nilai kualiti. Tanpa keseimbangan dan keharmonian hasilan kerja yang kreatif sekalipun tidak dapat untuk ditonjol dan dipegang lama.

4. Penilaian Karya ini baik kerana bentuk-bentuk emosi itu berbeza peringkatnya, ada yang kuat, lemah dan ada pula tersisih.

Anda mungkin juga menyukai