Anda di halaman 1dari 3

Pandangan pakar-pakar berikut mengenai kreativiti

E. Paul Torrance

Satu kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang.


Menganjurkan tujuh kaedah utama dalam proses penjanaan
kreativiti seseorang individu :
Penyoalan, Penemuan, Pemerhatian, Percubaan, Penerokaan,
Memanipulasi, Aktiviti bermain

June King McFee

Kreativiti seseorang mampu dirobah bagi melahirkan satu idea yang baru.

Carl Rogers

- Faktor kesihatan adalah menjadi asas kepada menjadi manusia kreatif


Keterbukaan kepada pengalaman, menikmati keindahan, Menghargai diri,
Mengamalkan kebebasan

Victor Lowenfeld
-

Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.


Kreativiti murid boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran,
fleksibel, keaslian dan kepekaan

Guilford
Pengatur kepada Teori Struktur Intelek (SI) terdiri daripada 180 kebolehan (termasuk
kreativiti) dalam dimensi operasi, kandungan dan hasilan

Proses Kreativiti dan Artistik


Proses artistik ialah proses penghasilan karya.
Laura H. Chapman = proses kreativiti mempunyai pertalian dengan proses penghasilan

karya (proses artistik).


Chapman juga menjelaskan bahawa proses artistik itu adalah bersifat boleh ubah dari
segi kaedah dan tekniknya.

Tiga langkah:
1.

Penjanaan Idea (Inception of Idea)


Pengkarya/Pelukis menetapkan objektif dan hala tuju menghasilkan karya.
Ini bergantung kepada idea / sumber idea yang datang kepada pelukis.
Prosesnya mengambil masa yang agak lama.

2. Pengolahan/Pemurnian Idea (Elaboration & Refinement)


Peringkat penghalusan atau pemurnian idea.
Ini dibuat bagi menentukan imej yang dihasilkan benar-benar menepati tema atau tujuan

dan untuk memperolehi hasil terbaik.


Peringkat ini biasanya diulang beberapa kali.

3. Kemahiran Mengguna Bahan (Execution in a Medium)

Pengkarya menentukan bahan yang sesuai untuk berkarya.


Pemilihan bahan memberi kesan kepada hasilan karya dan jangka masa menyiapkan
karya.

Proses artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu pandangan menarik atau memberi
fokus kepada keunikan sesuatu objek hinggalah kepada siapnya sebuah hasil karya.
Dalam hal ini pelajar sebenarnya telah melalui satu proses di mana mereka membuat
pemerhatian, meneroka, menganalisa, menilai secara kritis serta menghasilkan karya,
kemudian menghargai hasil kerja seni mereka sendiri.
Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang nilai-nilai
artistik/estetika pada sesebuah karya.

Ciri-ciri kreatif
Bersifat fleksibel / Sensitive dan peka / Idea yang asli dan tulen / Bersifat terbuka / Logik /
Berfikiran bebas

Perkembangan Artistik Kanak-Kanak


Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana
mereka dibesarkan.
Hurwitz dan Day (2001) membahagikan perkembangan artistik kepada 3 peringkat;

Peringkat 1: Peringkat Manipulatif/zaman awal kanak-kanak (2-5 tahun)

Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.


Lukisan tidak realistik-banyak guna garisan
garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang.
Boleh melukis rupa
Pada peringkat ini aktiviti melukis lebih kepada kepuasan dan keseronokan
melukis/memegang peralatan melukis adalah mengikut gaya dan cara yang mereka
sukai.

Peringkat 2: Membuat Simbol (6-9 Tahun)

Boleh menghasilkan symbol


Kawalan tangan mula seimbang
Persekitaran mempengaruhi lukisan mereka.
Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri/pengalaman mereka (cth;

rumah, kakak, abang, emak, ayah, bilik tidur dll)


Imej penting biasanya dilukis lebih besar (cth; bapa, orang lebih besar drpd latar

belakang)
Warna sesuai (cth; langit biru, pokok hijau)

Peringkat 3: Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Cuba melukis figura dengan saiz yang betul (mengikut kadar banding)
Lukisan lebih rasional-pilih warna yang tepat-ada bayang-bayang-perspektif-lebih
realistik.

Anda mungkin juga menyukai