Anda di halaman 1dari 60

KERJA KURSUS PENDEK PELAJAR

PPG
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI



Tajuk Tugasan :
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Nama :
SALLEHUDDIN BIN IBRAHIM

No. Kad Pengenalan :
800219-02-5567

Kelas :
PPG PSV 6I JUN 2011

Pensyarah
EN OTHAYA KUMARAN KANDASAMY

Kod / Subjek :
PSV 3111 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tarikh Hantar
15 MAC 2014


IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
2

2 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567


ISI KANDUNGAN
BIODATA PELAJAR 3
PENGHARGAAN 4
TUGASAN 1 - PENTAKSIRAN 6
PEMARKAHAN SECARA HOLISTIK 12
PERMARKAHAN ANALITIK 19
PERBEZAAN PENILAIAN HOLISTIK DAN ANALITIK 22
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN 24
PENTAKSIRAN AUTENTIK 25
PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED 28
PENTAKSIRAN DAN HASIL PEMBELAJARAN 29
PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN 30
PENTAKSIRAN DAN MOTIVASI 31
PENTAKSIRAN ASPEK NILAI DAN SAHSIAH 33
PENTAKSIRAN PEMBENTUKAN WATAK 34
PENTAKSIRAN BERBANTUKAN KOMPUTER 35
PENTAKSIRAN KONSEP KENDIRI 35
TUGASAN 2 PENGHASILAN RUBRIK 38
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI 38
RUBRIK PEMARKAHAN 43
HASIL KARYA MURID 44
BORANG PENILAIAN MURID 45
ULASAN PENILAIAN MURID 46
REFLEKSI 48
RUJUKAN 50
LAMPIRAN 51
HASIL KARYA MURID 51
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 56

IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
3

3 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567



BIODATA PELAJAR
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
AMBILAN : JUN 2011












MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR KURSUS DALAM PERKHIDMATAN:

1. Nama: Sallehuddin Bin Ibrahim
2. Kad Pengenalan Baru: 800219-02-5567
3. Tarikh lahir: 19 Feb 1980
4. Jantina: Lelaki
5. Agama: Islam
6. Status Perkahwinan: Berkahwin
7. Tempat Lahir: 211, Batu 9, Kota Sarang Semut
8. Daerah: Kota Setar
9. Negeri: Kedah Darulaman
10. Alamat Rumah: 211, Batu 9, Kota Sarang Semut, 06800 Alor Setar, Kedah.
11. No. Tel. Bimbit: 013-4061796
12. Alamat E-Mail: dinkssemut@yahoo.com.my
dinkssemut@gmail.com
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
4

4 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567



PENGHARGAAN

Ahamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatNya dapat
saya menyiapkan tugasan PSV3111 ini setelah bertungkus lumus selama beberapa
minggu. Saya disini mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah saya iaitu En Othaya Kumaran Kandasamy yang banyak memberi
tunjuk ajar dan menyumbangkan tenaga membantu saya.

Juga ucapan terima kasih kepada pihak Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul
Halim kerana memberi pelbagai kemudahan kepada pihak saya bagi melicinkan tugas
saya menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan sekuliah yang
telah banyak membantu berkongsi maklumat, berbincang, memberi penerangan dan
meluangkan masa membantu saya. Sememangya tanpa bantuan dari rakan-rakan
sekuliah, saya pasti tidak dapat menyiapkan tugasan dengan ketetapan yang diberikan.

Kepada pihak sekolah saya iaitu SK Seri Perdana, Alor Setar yang sentiasa
faham akan perkara yang sedang dilalui oleh guru-guru yang sedang melanjutkan
pelajaran. Sudah semestinya melakukan dua perkara besar serentak iaitu mengajar di
sekolah dan belajar di IPG merupakan sesuatu yang sangat berat dan memerlukan
sokongan dari pihak sekolah.

Tidak lupa kepada seluruh ahli keluarga saya yang banyak berkorban masa dan
wang ringgit bagi membolehkan saya meneruskan pengajian dan dapat menyiapkan
tugasan ini.

IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
5

5 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Akhir kata, ucapan terima kasih kepada semua yang membantu saya secara
lansung dan tidak lansung. Semoga Allah membalasnya jasa baik semua. Sekali lagi,
saya mengucapkan terima kasih.



























IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
6

6 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

TUGASAN 1 - PENTAKSIRAN

DEFINISI PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk
menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah kewujudan ciri penguasaan sesuatu tajuk
yang diajar oleh guru kepada murid dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Dari
konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.

KONSEP PENTAKSIRAN



Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
7

7 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la
hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta
Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk
mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran
merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang
hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Hasil pentaksiran
membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya
membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor.

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut iaitu
mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti pelbagai potensi
murid secara menyeluruh, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari masa ke semasa, merangsang aktiviti mengikut keperluan
perkembangan dan pertumbuhan murid, mengesan keberkesanan pengajaran dan
mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRAN
Klein (2000), menyatakan bahawa tujuan pentaksiran boleh dibahagikan dalam
tiga kategori. Kategori-kategori tersebut adalah pentaksiran untuk pembelajaran,
pentaksiran sebagai pembelajaran dan pentaksiran kepada pembelajaran.
Pierangelo, R & Giuliani.G (2006), tujuan pentaksiran adalah sebagai
pemeriksaan dan pengenalpastian .Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa tujuan
pentaksiran adalah untuk kelayakan dan diagnosis, penempatan dan perkembangan
serta dalam perancangan pengajaran dan juga penilaian terhadap murid.
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
8

8 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Tujuan pentaksiran adalah mengesan keberkesanan pengajaran, menjalankan
tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. Ini bertujuan membolehkan murid
dan guru membaiki kelemahan dan memberi penegasan kepada kekuatan.
Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan
pertumbuhan murid. Guru dapat menyerap keperluan sekeliling bagi menghasilkan
aktiviti pembelajaran yang lebih efektif.
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan murid
secara menyeluruh amat penting bagi menjadikan aktiviti pembelajaran yang cukup
efektif.
Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke
semasa.
Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Dengan pentaksiran
guru dapat menilai dan mengenalpasti potensi murid seterusnya dapat merancang
aktiviti pembelajaran yang berlandaskan keperluan murid.

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
Rob Barnes (1987) berpendapat,terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu
proses kerja, pengendalian bahan, penggunaan media, kemahiran kritikal, peringkat-
peringkat perkembangan peribadi.
Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perludinilai iaitu meliputi:
komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /self-esteem, perkembangan persepsi,
ketekalan organisasi estetika,pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan
atau keseronokan.Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untukmenilai
aspek yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta
perkembangan dalam estetika.

Penilaian Formatif
Peniaian Formatif merupakan uUjian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan
serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
9

9 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Misalnya, guru dapat mengenal pasti
kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui
kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Dengan itu penilaian ini bukan sekali-
kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Dengan itu,
tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh penilaian
formatif seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah
yang tidak ditentukan gred.
Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran
dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling memperolehi maklumat
akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa pengajaran pembelajaran
berlangsung berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan motivasi
kepada guru dan murid untuk membaiki prestasi masing-masing. Guru memperbaiki
prestasi penyampaian manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran.

Penilaian Sumatif
Penilaian formatif yang lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar
dalam satu-satu topik pembelajaran, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan
pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif
sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran
pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan
berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian,
peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.
Penilaian sumatif juga bertujuan memberikan gred kepada murid-murid
berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
10

10 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan
antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut
tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan
peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar
lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir
tahun, UPSR, PMR dan SPM.
Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif
Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Konsep Ujian yang boleh dibentuk dan
ditadbir secara formal atau tidak
formal bagi mengesan kemajuan
atau penguasaan murid terhadap
sesuatu pembelajaran
Ujian yang dijalankan
secara formal bagi
mengesan pencapaian
murid dalam tempoh
tertentu persekolahan.
Tujuan Mengenal pasti tahap penguasaan
dan kemajuan murid dan
seterusnya mengambil langkah
susulan bagi membaiki kelemahan
yang wujud.
Mengenal pasti
pencapaian pelajar
untuk beberapa topik
pembelajaran dan
seterusnya
memberikan skor dan
gred pencapaian
pelajar.
Waktu
penilaian
Sepanjang pengajaran dan
pembelajaran berlangsung
Selepas beberapa
topik pembelajaran
atau pada
pertengahan atau
akhir penggal
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
11

11 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

persekolahan.
Kaedah Formal : pensel-kertas
Tidak formal : pemerhatian, soal
jawab, tugasan, latihan
Dibuat secara individu atau dalam
kumpulan
Dibuat secara formal
ujian pensel-kertas,
lisan.
Dijalankan secara
berkumpulan
Selepas
penilaian
dijalankan
Membaiki kelemahan murid serta
merta dengan mengulang semula
topik pembelajaran pemulihan
Menjalankan aktiviti pengukuhan
pengayaan
Menempatkan murid
mengikut kumpulan
pencapaian yang
sesuai.
Memberikan
pengiktirafan sijil,
hadiah dsb.
Membaiki kurikulum /
mata pelajaran







IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
12

12 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

PEMARKAHAN SECARA HOLISTIK

Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai
panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid. Skema ini sesuai sebagai
permarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan kepada
impresi.
Permarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu
jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelaskan pencapaian mengikut
kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.
Pemeriksa secara holistik memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-
benar menguasai bidang atau mata pelajaran tertentu.


CONTOH PEMARKAHAN HOLISTIK
















Contoh hasil karya murid

IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
13

13 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567



PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM) HOLISTIK
PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN TIUPAN (tidak terancang)
Bil Kriteria yang diukur Gred/
Markah (%)
1. Amat baik dalam penerokaan dan penggunaan teknik
dalam banyak aspek.
Cemerlang dalam penggunaan alatan/bahan dalam
semua aspek.
Campuran warna yang sangat baik, terancang dan
menarik.
Hasil karya sangat kemas dan berkualiti dalam semua
aspek.
Dapat mengembangkan sesuatu idea baru dan asli
dalam penghasilan karya dalam semua aspek.




Cemerlang
80-100
2. Penerokaan dan penggunaan teknik yang baik dalam
karya.
Baik dalam penggunaan alatan/bahan.
Menghasilkan campuran warna yang baik dan menarik
Hasil karya menarik dalam banyak aspek.
Dapat mengolah idea dengan baik.


Baik
60 -79
3. Terdapat beberapa teknik dalam penghasilan karya
dan masih perlu peningkatan.
Memerlukan peningkatan dalam penggunaan
alatan/bahan.
Campuran yang sederhana, boleh diperbaiki dan perlu
dipertingkatkan.
Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi
perhatian dalam kekemasan karya.
Pemikiran yang sederhana dalam pengolahan idea
dan perlu dipertingkatkan.



Sederhana
40 - 59
4. Kurang penerokaan dan penggunaan teknik dalam
penghasilan karya.
Penggunaan alatan/bahan yang minimum yang perlu


IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
14

14 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

diberi perhatian.
Lemah dalam campuran dan perlu perhatian serta
kurang menarik.
Hasil karya kurang berkualiti dan kurang bermutu.
Kurang daya pemikiran yang kreatif dalam
penghasilan karya.

Lemah
20 -39
5. Tidak menunjukkan sikap meneroka dalam
penggunaan teknik penghasilan karya.
Penggunaan alatan/bahan yang tidak sesuai.
Tidak mahir dalam penggunaan warna dan campuran
warna dari pelbagai aspek.
Pemikiran dan pengolahan idea yang lemah dalam
penghasilan karya.


Sangat
Lemah
0 -19
JUMLAH 100%



Borang Penilaian Murid Secara Holistik

Nama :Amir Fairus Bin Sallehuddin
Kelas :5 Bestari
Bidang :Membuat corak dan Rekaan
Teknik :Tiupan (tidak terancang)

Bil Kriteria yang diukur Gred/ Markah (%) Pencapaian
1. Amat baik dalam penerokaan
dan penggunaan teknik
dalam banyak aspek.
Cemerlang dalam
penggunaan alatan/bahan
dalam semua aspek.
Campuran warna yang
sangat baik, terancang dan
menarik.
Hasil karya sangat kemas




Cemerlang
80-100

IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
15

15 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

dan berkualiti dalam semua
aspek.
Dapat mengembangkan
sesuatu idea baru dan asli
dalam penghasilan karya
dalam semua aspek.
2. Penerokaan dan penggunaan
teknik yang baik dalam karya.
Baik dalam penggunaan
alatan/bahan.
Menghasilkan campuran
warna yang baik dan menarik
Hasil karya menarik dalam
banyak aspek.
Dapat mengolah idea dengan
baik.


Baik
60 -79

75
3. Terdapat beberapa teknik
dalam penghasilan karya dan
masih perlu peningkatan.
Memerlukan peningkatan
dalam penggunaan
alatan/bahan.
Campuran yang sederhana,
boleh diperbaiki dan perlu
dipertingkatkan.
Terdapat beberapa
kelemahan yang perlu diberi
perhatian dalam kekemasan
karya.
Pemikiran yang sederhana
dalam pengolahan idea dan
perlu dipertingkatkan.





Sederhana
40 - 59

4. Kurang penerokaan dan
penggunaan teknik dalam
penghasilan karya.
Penggunaan alatan/bahan
yang minimum yang perlu
diberi perhatian.



Lemah
20 -39

IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
16

16 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Lemah dalam campuran dan
perlu perhatian serta kurang
menarik.
Hasil karya kurang berkualiti
dan kurang bermutu.
Kurang daya pemikiran yang
kreatif dalam penghasilan
karya.
5. Tidak menunjukkan sikap
meneroka dalam
penggunaan teknik
penghasilan karya.
Penggunaan alatan/bahan
yang tidak sesuai.
Tidak mahir dalam
penggunaan warna dan
campuran warna dari
pelbagai aspek.
Pemikiran dan pengolahan
idea yang lemah dalam
penghasilan karya.


Sangat Lemah
0 -19















IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
17

17 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

KEBAIKAN PEMARKAHAN HOLISTIK
Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada
kehendak soalan. Pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang
kerana pemeriksaan dibuat secara umum tanpa memberikan penekanan pada aspek isi
kandungan, pengolahan bahasa dan sebagainya. Pemeriksadan juga pemarkahan
diandingkan antara setiap pemeriksa member markah yang sama antara mereka.


PEMARKAHAN HOLISTIK
Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai
panduan untuk member markah kepada jawapan murid. Skema ini sesuai bagi
pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan kepada
impresi. Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu
jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelaskan pencapaian mengikut
kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.

KELEMAHAN HOLISTIK
Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai
bidang atau matapelajaran berkenaan sebagai pemeriksa. Adalah pemarkahan secara
umum tanpa member perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi,
tatabahasa, gaya dan lain-lain. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan
pelajar di IPT.
Kemungkinan perselisihan pendapat dalam memberikan markah di antara pemeriksa
dan sukar hendak dijelaskan.









IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
18

18 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

SKEMA PEMARKAHAN HOLISTIK
GRED/MARKAH CIRI JAWAPAN
Gred A
75%-100%
Pemilihan tema yang sangat tepat dalam menghasilkan kolaj.
Pemilihan bahan untuk menghasilkan kolaj mempunyai
kepelbagaian dari bahan alam semulajadi dan alam benda serta
mempunyai warna asas, sekunder dan tertier yang sangat
menarik. Susunan bahan juga sangat kemas dan teratur
mempamerkan kuantiti kerja yang sangat baik.
Gred B
60%-74%
Pemilihan tema yang tepat dalam menghasilkan kolaj. Pemilihan
untuk menghasilkan kolaj mempunyai bahan alam semulajadi dan
mempunyai warna asas dan warna sekunder yang menarik.
Susunan bahan kemas dan teratur serta mempamerkan kuantiti
kerja baik.
Gred C
40%-59%
Pemilihan tema yang sederhana tepat dalam menghasilkan kolaj
mempunyai bahan alam benda dan warna sekunder sahaja.
Susunan bahan sederhana kemas dan teratur serta
mempamerkan kuantiti kerja yang baik.
Gred D
30%-39%
Pemilihan tema yang kurang tepat dalam menghasilkan kolaj.
Pemilihan bahan untuk menghasilkan kolaj dari bahan alam benda
serta mempunyai warna asas sahaja. Susunan bahan kurang
kemas dan teratur serta mempamerkan kuantiti kerja yang kurang
baik.
Gred E
0%-29%
Pemilihan tema yang tidak tepat dalam menghasilkan kolaj.
Pemilihan bahan untuk menghasilkan kolaj dari bahan alam benda
serta mempunyai warna asas sahaja. Susunan tidak kemas dan
tidak teratur serta mempamerkan kuantiti kerja yang tidak kualiti.





IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
19

19 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

PERMARKAHAN ANALITIK
Merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci
yang mana markah diberi berdasarkan criteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi isi
kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Kaedah permarkahan analitik
bermaksud kaedah member markah secara point iaitu ia memerlukan skema
pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan.

Markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria
kandungan, pengolahan dan proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan.
Ini bermakna, jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan
murid, maka tinggilah markah yang akan diberikan kepada murid. permarkahan analitik
memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga
kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenaan.
Pemarkahan analitik juga dikelaskan kepada 6 markah iaitu dari 0 hingga 6 tetapi
ia adalah lebih terperinci dengan setiap peringkat dipecahkan pula kepada 5 bahagian
setiap satu.


PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM) ANALITIK
PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN - TOPENG











IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
20

20 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Kriteria/Gred
1 2 3 4 5
Penggunaan
alat/bahan
Penggunaan
alat/bahan yang
tidak sesuai.
Penggunaan
alat/bahan yang
minimum dan
perlu diberi
perhatian.
Memerlukan
peningkatan
dalam
penggunaan
alat/bahan.
Baik dalam
penggunaan
alat/bahan.
Cemerlang
dalam
penggunaan
alat/bahan
dalam semua
aspek.
Pengolahan
Idea
Pemikiran dan
pengolahan idea
yang lemah
dalam
penghasilan
karya.
Kurang KBKK
dan daya
imaginasi
semasa
penghasilan
karya.
Menggunakan
daya
imaginasidan
masih boleh
dipertingkatka
n.
Penggunaan
daya imaginasi
yang baik.
Daya
imaginasi
yang baik dan
relevan dalam
penghasilan
karya.
Kekemasan Tidak
menitikberatkan
perihal
kekemasan
karya dari
pelbagai aspek.
Hasil karya
kurang
berkualiti dan
bermutu.
Terdapat
beberapa
kelemahan
yang perlu
diberi
perhatian
dalam
kekemasan
karya.
Hasil karya
baik dalam
banyak aspek.
Hasil karya
sangat kemas
dan berkualiti
dalam semua
aspek.
Kreativiti Tidak
mempunyai daya
kreativiti serta
tiada pengolahan
idea.
Lemah dalam
penggunaan
media serta
pengolahan
idea dan tiada
keaslian.
Kurang kreatif
dalam
penggunaan
media dan
pengolahan
idea serta
kurang
keaslian.
Baik dalam
penggunaan
media,
mengolah idea
dengan baik
serta karya
yang asli.

Sangat kreatif
dalam
penggunaan
media,
pengolahan
idea serta
mempunyai
gaya
tersendiri dan
keaslian.
Mengaplikasi
an aspek
seni.
Tidak
mengaplikasikan
aspek seni
dalam
penghasilan
karya.
Kurang
mengaplikasika
n aspek seni
dalam karya
dan perlu diberi
perhatian.
Aspek seni
dalam karya
diaplikasikan
dan boleh
dipertingkatka
n.
Baik dalam
pengaplikasika
n aspek seni.
Sangat baik
dalam
pengaplikasia
n aspek seni
dalam semua
aspek.













IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
21

21 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Borang Penilaian Murid Secara Analitik

Nama :Amir Fairus Bin Sallehuddin
Kelas :5 Bestari
Bidang :Membentuk dan Membuat Binaan
Teknik :Topeng
Bil Kriteria yang diukur Tahap Ulasan
1. Penggunaan alatan/bahan
Mengenal alat/bahan
Penggunaan alat/bahan
dengan baik

1 2 3 4 5
Menggunakan
alatan/bahan
dengan baik
2. Pengolahan idea
Kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis (KBKK)
Imaginasi yang baik


1 2 3 4 5
Bijak
menggunakan
idea serta
imaginasi dengan
baik.
3. Kekemasan
Fungsi karya yang pelbagai
Keseimbangan karya
Hasil karya kemas dan
menarik.


1 2 3 4 5
Hasil karya yang
kemas dan
menarik dari segi
persembahannya.
4. Kreativiti
Mempelbagaikan gaya
persembahan
Sangat kreatif dalam
penggunaan media.


1 2 3 4 5
Kreatif di dalam
penghasilan
karya serta
mengolah idea
dengan baik.
5. Pengaplikasian aspek seni
Bentuk
Rupa
Keseimbangan


1 2 3 4 5
Aspek seni
diaplikasikan
dengan baik
dalam karya.
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
22

22 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Warna
Harmoni
JUMLAH 21 /25




PERBEZAAN PENILAIAN HOLISTIK DAN ANALITIK

PERKARA PEMARKAHAN
ANALITIK
PEMARKAHAN
HOLISTIK
SKEMA PEMARKAHAN Sangat terperinci
berdasarkan unsur-unsur
yang terkandung di
dalam jawapan.
Sangat subjektif
(berdasarkan andaian
bahawa murid mempunyai
pandangan menyeluruh
keatas keseluruhan soalan).
KRITERIA PEMERIKSA Semua guru boleh
menggunakan teknik ini
termasuk yang kurang
pengalaman.
Hanya guru yang
berpengalaman dan
menguasai bidang
berkenaan mampu
menggunakan teknik ini.
UNSUR-UNSUR
PENTING DALAM
JAWAPAN
Kandungan,pengolahan
dan proses.
Apa sahaja aspek yang
terdapat di dalam jawapan.
KEGUNAAN Peperiksaan awam
(peperiksaan biasa).
Soalan berbentuk peng
konsepsian.
SKALA PEMARKAHAN Skala interval. Skala nominal dan ordinal
PENYELARASAN
PEMARKAHAN
Skema pemarkahan
dihuraikan secara
terperinci (meningkatkan
ke objektifan dan
Mesyuarat penyelarasan
oleh ketua pemeriksa dan
pemeriksa berkenaan
diperlukan.
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
23

23 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

kebolehpercayaan) boleh
disediakan secara
bertulis.
BENTUK SOALAN Berstruktur iaitu setiap
soalan diperuntukkan
markah tertentu secara
terperinci.
Sesuai dengan soalan
karangan atau esei.

BENTUK JAWAPAN Perlu dijawab secara
terperinci, seragam dan
berstruktur.
Jawapan tidak semestinya
seragam seperti skema
yang disediakan dimana
sesuatu esei memberikan
pelbagai bentuk luahan
pemahaman murid.
BENTUK MARKAH Secara pecahan contohnya
7/10.
A,B,C,D,E atau pangkat
1-5 (cemerlang-gagal).
MASA panjang Bergantung kepadatahap
kemahiran pemeriksa.


















IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
24

24 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN




















Jenis
Pentaksir
an
Pentaksira
n
Autentik
Pentaksiran
Performance
Based
Pentaksiran
dan Hasil
Pembelajara
n
Pentaksira
n
dan
Penambah
-
baikan
Pentaksira
n
dan
Motivasi
Pentaksira
n
Aspek
Nilai/
Sahsiah
Pentaksira
n
Pembentu
kan Watak
Pentaksiran
Berbantukan
Komputer
Pentaksira
n
Kendiri
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
25

25 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

PENTAKSIRAN AUTENTIK

Pentaksiran Autentik dalam Pendidikan Seni Visual bererti mengevaluasi
pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau
kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran
autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan
pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan
dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Pentaksiran autentik yang disebut oleh HillS (1993) ialah meliputi pentaksiran
dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam,
penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi
terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga
merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang
boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti
yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia
juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan
bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.
(Sumber: Buku Educational Assessment of Students)

Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai
untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni
visual dengan rasional lain seperti perlu mempunyai sistem yang mentaksir secara
autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak.

Menurut Eisner (1980) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran
dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep. Brown (1980) pula mendapati bahawa
pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
26

26 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

mengembangkan pemikiran yang kritis. Selain itu, sekolah perlu memperkenalkan
sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak dan pentingnya perlu
ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan
subjek.

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ialah dapat
mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Selain itu
ia dapat menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia
mereka dan masyarakat luas.Tambahan lagi kaedah ini dapat mengungkapkan dan
memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka selain dapat menangani teknologi
dan berfikir sistematik

Jesteru itu, pentaksiran autentik adalah pentaksiran di mana pelajar
menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, boleh
berbentuk esei atau lukisan, yang bertentangan dengan kaedah memilih daripada
jawapan yang telah diberikan, seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan.

Pentaksiran autentik termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian
prestasi,persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran alternatif ini
menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekspresikan diri secara kreatif melalui
pilihan pelajar sendiri. Pentaksiran alternatif merupakan semua aktiviti pentaksiran yang
dijalankan selain daripada aktiviti pentaksiran tradisional yang menekankan konsep
pensil-kertas untuk menguji dan mengukur


CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam
menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-
kanak. Antara ciri-cirinya ialah menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang
dilaksanakan. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. Subjek menganalisis,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
27

27 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

mensintesis dan mengaplikasi. Subjek membina maksud yang tersirat. Berpusatkan
kanak-kanak.

CONTOH-CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIK
Antara contoh-contoh Pentaksiran Autentik ialah Persembahan
tarian, Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya,
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains)
atau Art show ( pertunjukan Seni) dan Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam
bentuk pengumpulan portfolio.

KEBAIKAN KAEDAH PENILAIAN AUTENTIK INI KEPADA PELAJAR
Antara kebaikan kaedah penilaian autentik ialah dapat mengungkapkan secara
total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran
dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani
teknologi dan berfikir sistematik.


KESIMPULAN PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak
dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan
dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan
kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.





IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
28

28 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED

Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan
subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini
mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga
menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,
penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara
kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan
melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa
hadapan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,
kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.


JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED

Portfolio (dapatan hasil kerja). Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai
pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang
membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.Kaedah
pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar).
JENIS
PENTAKSIRAN
PERFORMANCE
BASED
Pentaksiran
Berpusat
Mengukur
Berdasar
Keupayaan Murid
Portfolio
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
29

29 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan
keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan. Mengukur
berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada
murid seperti, Bahan penulisan, Persembahan Gerak kerja projek.


PENTAKSIRAN DAN HASIL PEMBELAJARAN

Proses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau
pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau
dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada
individu yang terlibat. Menurut Montgomery, Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang
menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran
yang tertentu sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai
keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada seseorang individu sahaja.

Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan
kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu.
Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah
berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

Pendekatan yang dikemukan oleh Montogomery tentang pentaksiran berasaskan
hasil pembelajaran adalah, Student Learning Outcomes (SLO). Jangkaan hasil
pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu
pengetahuan , kemahiran dan sikap. Student Progress Outcomes (SPO), berterusan
iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam peringkat yang
seterusnya. Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata. Pembelajaran
bersifat berterusan maka pentaksiran juga bersifat berterusan.



IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
30

30 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

Menurut Carr dan Kemmis (1986), terdapat dua tujuan utama pelaksanaan
sesuatu kajian tindakan iaitu menambah baik yang merujuk kepada penambahbaikan
dalam tiga peringkat iaitu, penambahbaikan terhadap amalan, penambahbaikan
kefahaman terhadap amalan oleh pengamal dan penambahbaikan terhadap situasi di
mana amalan diamalkan.

Dalam bidang pendidikan, sering kali akan terdapat sesuatu yang tidak kena
dengan amalan pengajaran dan pembelajaran, dan ini menuntut pemulihan keadaan.
Misalnya, katakan sebilangan pelajar tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
apabila diajar oleh seorang guru yang baru mengambil alih tugas daripada guru lain.
Situasi sebegini dapat diatasi melalui pelaksanaan suatu penyelidikan bagi
mengembalikan minat kumpulan pelajar berkenaan terhadap mata pelajaran tersebut,
yakni suatu penambahbaikan terhadap amalan. Penyelidikan juga boleh dijalankan bagi
memahami punca minat sekumpulan pelajar menurun apabila berlaku pertukaran guru
yang mengajar untuk mengetahui sama ada perubahan yang berlaku adalah berikutan
ciri guru atau ciri topik yang diajar oleh guru suatu penambahbaikan terhadap
kefahaman guru terhadap amalan. Malah penyelidikan tindakan juga dapat
dilaksanakan bagi mengubah situasi di mana masalah kekurangan minat berlaku,
contohnya dengan mewujudkan elemen baru. Misalnya, penggunaan pendekatan
bercerita dalam pengajaran guru bagi meningkatkan kembali minat terhadap
pengajaran.
Bertepatan dengan peringkat perubahan yang berlaku dalam memberikan
takrifan konsep penambahbaikan sekolah, dapat dirumuskan bahawa konsep tersebut
lebih menekankan pembolehubah proses dengan bermaksud segala usaha atau
strategi yang dijalankan untuk menjadikan sesebuah seklah sebgai tempat yang lebih
baik. Barth (1990) dan Hopkins (1994) bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan
mengatakan pengkaji sekolah berkesan ketika itu lebih menumpukan pembolehubah
proses berbanding dengan pembolehubah dapatan bagi mendefinisikan konsep
penambahbaikan sekolah kerana pembolehubah proses adalah sumber utama untuk
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
31

31 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

mencapai sesuatu dapatan. Misalnya, kajian Harris (2002) berbentuk meta analisis ke
atas 200 buah kajian lampau telah menemui faktor-faktor penyumbang kejayaan
sekolah seperti mana berikut yang direncana strateginya bagi meningkatkan
pencapaian murid iaitu, sekolah yang melibatkan strategi untuk meningkatkan
pencapaian visi dan misi, pengharapan serta manusia, dan faktor guru yang melibatkan
strategi untuk meningkatkan amalan di dalam bilik darjah serta memberikan hak dan
tanggungjawab kepada murid.
Gerakan sekolah berkesan pada era ini lebih menumpukan penilaian ke atas
sesuatu amalan penambahbaikan oleh pihak sekolah itu sendiri kerana pihak luar
sekolah tidakk mengetahui kemampuan yang dimiliki oleh sesebuah sekolah itu
menerusi proses penilaian kendiri. Pandangan Purkey dan Novak (2003), Stoll dan
fink (1996) serta Stoll dan Reynolds (2000) menyokong kenyataan tersebut dengan
mengatakan kerangka kerja terdahulu mengenai sekolah berkesan hanya tertumpu
kepada pengaruh pembolehubah proses dan konteks ke atas pencapaian murid, namun
kerangka kerja terkini bukan hanya mengambil kira aspek-aspek terdahulu dalam
gerakan masing-masing malah memberikan satu garis panduan kepada pihak sekolah
untuk menilai sendiri pelaksanaan amalan penambahbaikan mereka.

PENTAKSIRAN DAN MOTIVASI

Motivasi adalah suatu proses untuk menggiatkan motif-motif menjadi perbuatan
atau tingkah laku untuk memenuhi kebutuhan dan mencapai tujuan atau keadaan dan
kesiapan dalam diri individu yang mendorong tingkah lakunya untuk berbuat sesuatu
dalam mencapai tujuan. (Drs. Moh. Uzer Usman : 2000)





IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
32

32 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567


Diubahsuai dari Woolfolk, 1998(Rumusan Empat Pendekatan Motivasi)


Terdapat Tiga Kategori Motivasi dalam Pentaksiran dan Motivasi. Antaranya
ialah Motif Primer iaitu dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar, Faali/psikologis,
dan Keinginan untuk makan & minum. Motif Umum adalah dibawa sejak lahir & bukan
hasil proses belajar, tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia,
kekurangan kasih saying dan rasa ingin tahu & diperhatikan. Motif Sekunder ialah
tumbuh sebagai hasil proses belajar, tidak berhubungan dengan proses faali,
kekurangan prestasi & kuasa.








Behaviouristik Humanistik Kognitivisme Pembelajaran
Sosial
Sumber
Motivasi
Ransangan
Ekstrinsik
Ransangan
Intrinsik
Ransangan
Intrinsik
Ransangan
Ekstrinsik dan
Intrinsik
Pengaruh
Penting
Ganjaran, insentif
dan hukuman
Keperluan
harga diri,
pemenuhan
kendiri dan
kekuatan diri
Kepercayaan,
ciri-ciri
kejayaan dan
kegagalan,
serta
pengharapan
Pengharapan
dan nilai
sesuatu
matlamat
yang hendak
dicapai
Pelopor
Teori
Skinner Maslow,
Deci
Weiner,
Covington
Bandura
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
33

33 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567


PENTAKSIRAN ASPEK NILAI DAN SAHSIAH



Nilai murni merupakan tanggapan berkenaan pekara-perkara yang dihajati dan
pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu
masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama
untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.
(Wan Mohd Zahid, 1988).

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
Aspek nilai dan sahsiah murid yang dinilai ialah amalan nilai-nilai murni, perbuatan
menghormati dan mematuhi arahan dan sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan
dan rakan sebaya.
Sahsiah merupakan perkataan Arab yang membawa definisi keperibadian atau
peribadi (Kamus Dewan, 2011). Peribadi pula bererti manusia sebagai diri sendiri,
Aspek nilai dan
sahsiah murid
yang dinilai
Amalan nilai-
nilai
murni
Perbuatan
menghormati
dan mematuhi
arahan
Sifat Menghargai
hasil kerja sendiri,
kumpulan dan
rakan sebaya
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
34

34 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang individu yang sudah sebati dengan diri sendiri
bagi membentuk watak dirinya sendiri.

Keperibadian peribadi yang utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan
proses pembinaan peribadi atau sebagai insan yang terpuji. Tujuannya ialah menilai
penghayatan amalan nilai murni serta keharmonian hidup murid ikut norma masyarakat
Malaysia. Pentaksiran sahsiah dilakukan secara pemerhatian melalui aspek
perkembangan diri, keamanan, keharmonian dan demokrasi.

Pemerhatian secara tidak formal iaitu pemerhatian tidak perlu dilakukan secara
serentak untuk semua murid dimana kebaikkannya murid lebih berani bercakap dan
yakin, menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka, murid boleh berinteraksi
sesama sendiri, bekerjasama dan bertolak ansur.

PENTAKSIRAN PEMBENTUKAN WATAK

Helen Keller (1904) "Watak tidak boleh dibentuk dengan mudah dan cepat.
Hanya melalui pengalaman sahaja ia boleh menjadi berjaya.

Pentaksiran pembentukan watak dibahagikan kepada sikap, minat dan
keutamaan, trait tingkahlaku, perwatakan umum dan perkembangan emosi dan konsep
kendiri. Sikap menunjukkan sikap pengkarya dalam berkarya. Perwatakan umum dan
perkembangan emosi ialah perwatakan pengkarya dan perkembangan emosi pelajar
mampu mempengaruhi produk yang dihasilkan. Contohnya pengkarya menghasilkan
karya yang berkaitan dengan kehidupan atau perasaan dalaman mereka. Dari segi
minat dan keutamaan lazimnya pengkarya lebih suka menghasilkan karya mengikut
minat dan keutamaan mereka.

Trait tingkahlaku pula pengkarya mampu mempengaruhi produk. Contohnya cara
bekerja dan stail mereka dalam menghasilkan karya manakala konsep kendiri pula
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
35

35 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

pengkarya mampu menaikkan konsep kendiri dalam karyanya dengan menunjukkan
stail tersendiri dalam menghasilkan produk.


PENTAKSIRAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Merupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan komputer sebagai
medium untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap. Pentaksiran ini juga
membolehkan data yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik.

Data yang disimpan dapat disimpan lebih lama. Lebih sistematik dan tersusun.
Dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan menyusun maklumat
pentaksiran murid. Dapat memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang
penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan tahap
pembelajaran murid.

PENTAKSIRAN KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri
seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi
tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang
kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik
terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar
benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri
juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan
penilaian.
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
36

36 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri
sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran
persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang
dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri
seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi
tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang
kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi,
peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya
dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku
perasaan dan fikiran.

Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri
membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap
kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin
ilmu. Selain itu ia dapat memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus
memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya. Penilaian kendiri juga mampu
memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan
diri dan pencapaiannya. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan pelajar pada
guru dalam kelebihan dan kekurangan dan kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu
bidang atau kemahiran, dan membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap
kerjanya.

IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
37

37 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,
mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi
sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Penilaian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur
sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada
dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan
sebayanya samada individu atau kumpulan membuat penilaian terhadap dirinya.
Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.













IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
38

38 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567


TUGASAN 2 PENGHASILAN RUBRIK
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PERANCANGAN TAHUN 5
PERKARA TINDAKAN
MATA PELAJARAN Pendidikan Seni Visual
TAHUN / KELAS 5
BILANGAN PELAJAR 33 Orang
TARIKH 12 Mac 2014
MASA 09.00-10.00 (1 jam)
BIDANG Membuat corak dan rekaan

TAJUK Pembalut Buku
KEGIATAN/AKTIVITI Menghasilkan corak terancang dan tidak terancang
melalui teknik lukisan.
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
i. Murid pernah membuat aktiviti corak terancang
tahun 4.
ii.Murid mengetahui bahan yang boleh digunakan
untuk aktiviti mencorak.
HASIL
PEMBELAJARAN
Aras 1.
1. Menghasilkan motif berdasarkan
penerokaan objek alam dan objek buatan
manusia.
2. Menghasilkan corak dengan menggunakan
motif , bahan dan teknik tertentu
Aras 2
1. Mengenal pelbagai jenis grid untuk
membuat corak
2. Menyusun motif mengikut grid
Aras 3
1. Menggunakan computer bagi membantu
menghasilkan corak .
2. Menghasilkan gubahan corak
menggunakan garisan grid yang sesuai
3. Membuat pernyataan secara lisan tentang
hasil kerja sendiri dan rakan

KEMAHIRAN
BERFIKIR
Kritis : Membanding dan membezakan
Kreatif : Menjana idea
PENERAPAN NILAI Keselamatan, kerjasama, ketelitian,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
39

39 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

BAHAN BANTU
MENGAJAR
Papan putih, marker,contoh hasil kerja guru,
ALATAN/ BAHAN Kertas Lukisan, Warna Pensel, Pensel, Pemadam.







PELAKSANAAN
LANGKAH/
MASA
ISI
PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Set Induksi

(5 minit)

Menerangkan
tentang corak
terancang dan tak
terancang










Guru menunjukan
beberapa gambarajah
tentang corak terancang

Guru mengaitkan set
induksi dengan
pembelajaran hari ini.

Kecerdasan
pelbagai:

Verbal linguistik,
Inter/ intrapersonal

Contoh Gambar yang
ditunjukan:





IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
40

40 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567












Langkah 1

( 20 minit )


Menerangkan
konsep corak.

Membuat tunjuk
cara.



Aras 1
Memerhati dan mengkaji
jenis bahan yang boleh
digunakan untuk
membuat corak
terancang dan tidak
terancang.

Guru menerangkan
mengenai Asas Seni
Reka dan Prinsip
Rekaan.

Guru juga menerangkan
motif yang dapat
digunakan dalam
menghasilkan corak.


Murid memerhatikan
hasil contoh yang
ditunjukkan guru.

Guru membuat langkah
tunjuk cara untuk
menghasilkan corak
terancang dan tidak
terancang.







Kecerdasan
pelbagai: Verbal
linguistik,

ABM/BBM:
Hasil kerja guru.
Kertas lukisan, warna
kering.




IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
41

41 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567













Langkah 2

(25 minit )

Menghasilkan
corak.








Aras 2
Membuat lakaran asas
corak.

Aras 3
Membuat corak dalam
pelbagai susunan seperti
:
- selang-seli, berjalur, dll.

Murid menghasilkan
corak bedasarkan motif
yang dikehendaki.


Guru membimbing murid
menghasilkan corak.


Kecerdasan
pelbagai:-

Kinestetik,

KBKK:
Membanding beza,
Menjana idea


Nilai:
Keselamatan
Ketelitian
Kerjasama




Langkah 3
( 5 minit )

Peneguhan dan
penilaian


Aras 4
Mempamerkan hasil
kerja

Guru meminta murid
membentangkan hasil
kerja masing- masing.

Guru menerangkan
bahawa dengan karya
mereka bolehlah
dijadikan kertas pembalut
buku dan menegaskan
nilai-nilai dalam

Kecerdasan
pelbagai:-

Intra/ interpersonal,
verbal linguistik

Nilai: Keyakinan,
Keberanian


IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
42

42 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

menghasilkan karya.


Penutup
( 5 minit )



Penutup



Guru menerangkan
kembali mengenai Asas
Seni Reka dan Prinsip
Rekaan.























IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
43

43 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

RUBRIK PEMARKAHAN

Gred/
kriteria
Kreativiti/
persembahan
10%
Pengwujudan
idea
20%
Unsur seni
30%
Prinsip rekaan
30%
Kekemasan

10%
Cemerlang
80-100
A




Mengandun
gi gubahan
yang sangat
menarik.
Kreatif
dalam
pengolahan
idea.
Dapat
mengemban
gkan sesuatu
idea baru
dan asli
dalam
penghasilan
karya dalam
semua
aspek.
Mengandung
i sekurang-
kurangnya 5
unsur seni
Rupa
Garisan
Jalinan
Warna
Ruang
Mengandungi
sekurang-
kurangnya 5
prinsip
rekaan.
Kesatuan
Kontra
Harmoni
Kepelbagaian
Keseimbanga
n

Sangat
kemas
Bersih
Teliti
berkualit
i
Baik
60-79
B




mengandun
gi gubahan
yang baik.
Pengolahan
idea yang
baik
Dapat
mengolah
idea dengan
baik.
Mengandung
i sekurang-
kurangnya 3
unsur seni
Garisan
Jalinan
Warna

Mengandungi
sekurang-
kurangnya 3
prinsip
rekaan.
Kesatuan
Kontra
Harmoni
Kemas
Bersih
Teliti
Kurang
berkualit
i
Sederhana
40-59
C




Sederhana
dalam
gubahan.
Pengolahan
idea kurang
kreatif.
Pemikiran
yang
sederhana
dalam
pengolahan
idea dan
perlu
dipertingkatk
an
Mengandung
i sekurang-
kurangnya 2
unsur seni
Garisan
Warna
Mengandungi
sekurang-
kurangnya 2
prinsip
rekaan.
Kesatuan
Kontra

Kurang
Kemas
Kurang
Bersih
Kurang
Teliti

Lemah
0-39
D


Lemah
dalam
gubahan
dan
persembah
an.
Kreativiti
terhad atau
tiada
lansung.
Kurang daya
pemikiran
yang kreatif
dalam
penghasilan
karya.
Mengandung
i sekurang-
kurangnya 1
unsur seni
Garisan

Mengandungi
sekurang-
kurangnya 1
prinsip
rekaan.
Kesatuan

Tidak
Kemas
Tidak
Bersih
Tidak
Teliti






IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
44

44 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

HASIL KARYA MURID
























IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
45

45 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

BORANG PENILAIAN MURID

Nama :Asma Husna Binti Nayan
Kelas :5 Kreatif
Bidang :Membuat corak dan Rekaan
Tajuk :Pembalut Buku


Bil Kriteria yang diukur Gred/
Markah
(%)
Pencapaian
1.
Mengandungi gubahan yang sangat menarik.
Kreatif dalam pengolahan idea.
Dapat mengembangkan sesuatu idea baru dan asli dalam
penghasilan karya dalam semua aspek.
Mengandungi sekurang-kurangnya 5 unsur seni
Rupa
Garisan
Jalinan
Warna
Ruang
Mengandungi sekurang-kurangnya 5 prinsip rekaan.
Kesatuan
Kontra
Harmoni
Kepelbagaian
Keseimbangan
Sangat kemas
Bersih
Teliti
berkualiti

Cemerlang
80-100
A





83
2.
mengandungi gubahan yang baik.
Pengolahan idea yang baik
Dapat mengolah idea dengan baik.
Mengandungi sekurang-kurangnya 3 unsur seni
Garisan
Jalinan
Warna
Mengandungi sekurang-kurangnya 3 prinsip rekaan.
Kesatuan
Kontra
Harmoni
Kemas
Bersih
Teliti
Kurang berkualiti
Baik
60-79
B





IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
46

46 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567


3.
Sederhana dalam gubahan.
Pengolahan idea kurang kreatif.
Pemikiran yang sederhana dalam pengolahan idea dan perlu
dipertingkatkan.
Mengandungi sekurang-kurangnya 2 unsur seni
Garisan
Warna
Mengandungi sekurang-kurangnya 2 prinsip rekaan.
Kesatuan
Kontra
Kurang Kemas
Kurang Bersih
Kurang Teliti
Sederhana
40-59
C





4.
Lemah dalam gubahan dan persembahan.
Kreativiti terhad atau tiada lansung.
Kurang daya pemikiran yang kreatif dalam penghasilan karya.
Mengandungi sekurang-kurangnya 1 unsur seni
Garisan
Mengandungi sekurang-kurangnya 1 prinsip rekaan.
Kesatuan
Tidak Kemas
Tidak Bersih
Tidak Teliti
Lemah
0-39
D




ULASAN PENILAIAN MURID

Setelah dibuat penelitian dengan merujuk kepada rubrik pemarkahan, saya
memberikan markah 83% kepada hasil karya murid ini. Ini adalah berdasarkan senarai
semak dan borang pemarkahan yang saya bina membolehkan murid ini di gredkan
dalam kumpulan cemerlang.

Kreativiti/ persembahan 10%
Didapati hasil karya murid menepati kriteria yang pertama iaitu mengandungi
gubahan yang sangat menarik. Disamping itu, karya ini juga menunjukkan kreativiti
dalam pengolahan idea. Markah yang diberi adalah 8%.




IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
47

47 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Pewujudan idea 20%
Dalam aspek pewujudan idea, hasil ini menunjukkan keaslian dan merupakan
idea baru. Murid juga didapati menggunakan proses penghasilan yang mengikut urutan.
Markah yang diberi adalah 18%.

Unsur seni 30%
Dalam hasil karya ini mempunyai 5 unsur seni iaitu rupa pada imej hati (love).
Garisan pada sekeliling imej hati, dan pada warna. Jalinan terdapat pada warna dan
pada rupa berulang. Warna, terdapat dikeseluruhan karya dengan kepelbagaian warna
yang kontra dan harmoni. Ruang memenuhi hasil karya dengan penggunaan pelbagai
saiz imej hati membentuk ruang hadapan dan belakang. Markah yang diberi adalah
25%.

Prinsip rekaan 30%
Hasil karya ini mempunyai 5 prinsip rekaan. Pertama ialah kesatuan yang
terbentuk dari kesatuan rupa hati. Warna yang kontra juga terdapat dalam karya ini
seperti penggunaan warna hijau dan merah. Warna harmoni juga diterapkan dalam
hasil karya murid ini seperti warna merah pelbagai tona. Walaupun imej rupa hati tidak
sama dalam saiz namun ianya masih lagi seimbang. Markah yang diberi adalah 24%.

Kekemasan 10%
Dari segi kriteria kekemasan pula, hasil karya murid ini diadapati cukup kemas,
teliti, bersih dan juga berkualiti. Markah diberi adalah 8%.






IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
48

48 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

REFLEKSI

Tugasan pada kali ini menitik beratkan tentang Rubrik Pemarkahan dan proses
memberikan markah kepada hasil karya murid. Ini merupakan sesuatu pengetahuan
yang sangat berharga kepada saya sebagai guru pelatih PPG kerana sebelum ini saya
hanya menggunakan pemerhatian kasar sahaja iaitu jika saya dapati karya murid itu
cantik, maka saya akan memberikan markah yang tinggi namaun kini, saya dapati cara
yang saya lakukan selama ini adalah kurang tepat dan tidak adil kepada murid.

Melalui penggunaan Rubrik Pemarkahan terdapat beberapa kriteria yang diukur
bagi setiap hasil karya murid. Kriteria-kriteria ini dibahagikan kepada beberapa
bahagian dan pembahagian markah. Maka, dengan penggunaan Rubrik Pemarkahan
ini bukan sahaja saya dapat memberikan markah dengan lebih adil dan tepat malah jika
ada guru lain yang menggantikan pihak saya sebagai pemberi markah juga dapat
melaksanakan dengan baik.

Tugasan kali ini juga dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Tugasan 1-
Penghasilan Folio dan Tugasan 2- Penghasilan Rubrik. Dalam tugasan pertama saya
perlu mengkaji dan mengumpul maklumat tenteng jenis-jenis pentaksiran Pendidikan
Seni Visual. Terdapat 9 jenis pentaksiran yang saya kumpulkan maklumat dari internet,
buku dan rakan sekuliah. Seterusnya, maklumat mengenai peraturan memberi markah
Pendidikan Seni Visual secara Holistik dan Analitik. Semasa mengumpulkan maklumat
inilah saya mendapat serba sedikit idea bagaimana menghasilkan Rubrik Pemarkahan
saya sendiri. Dalam penghasilan folio juga memerlukan saya menghasilkan pengurusan
grafik tentang jenis-jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual. Pada ketika ini, bantuan
dari rakan sekuliah amat saya hargai kerana banyak membantu dan memberi idea.

Bagi tugasan yang kedua pula, saya melaksanakan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual selama satu jam. Setelah dinasihatkan oleh
pensyarah, saya memilih untuk melaksanakannya pada murid tahun 5 di sekolah saya
dengan pemilihan bidang mencorak dan membuat binaan bagi tajuk pembalut buku.
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
49

49 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

Tajuk ini bersesuaian kerana saya dapati murid saya suka melukis corak ketika masa
senggang. Ini bersesuaian dengan apa yang saya pelajari iaitu menitikberatkan minat
dan latar belakang murid.

Seterusnya saya perlu menyediakan Rubrik Pemarkahan bagi hasil karya murid.
Setelah kajian dibuat keatas nota yang diberikan oleh pensyarah serta rujukan internet
saya membina Rubrik Pemarkahan saya secara draf. Draf ini kemudiannya saya rujuk
kepada pihak pensyarah saya dan beliau telah memberikan bantuan serta pembetulan
yang perlu saya lakukan. Setalah pembetulan dilakukan sekali lagi saya rujuk kepada
pihak pensyarah tetapi masih dalam bentuk draf. Setelah berpuas hati, barulah saya
bina Rubrik Pemarkahan saya yang sebenar.

Dengan merujuk kepada Rubrik Pemarkahan saya membina Borang
Pemarkahan pula. Di dalam boring inilah saya memberikan markah kepada hasil karya
murid. Setelah gred diberikan kepada murid, saya perlu menjelaskan bagaimana saya
memperolehi gred tersebut bagi kary murid. Ianya agak sukar pada mulanya tetapi
setelah dapat memahami dengan betul penggunaan Rubrik Pemarkahan maka kerja
menjadi senang.

Akhirnya saya dapat melengkapkan keseluruhan tugasan kali ini dengan baik.
Pengetahuan dan ilmu yang saya perolehi melalui tugasan kali ini amat berguna
kepada saya kerana hampir semua guru Pendidikan Seni Visual yang saya kenali di
sekolah tidak menggunakan Rubrik Pemarkahan dalam memberi gred kepada hasil
karya murid. Saya harap saya dapat memberikan kursus dalaman kepada guru
Pendidikan Seni Sekolah saya kelak.






IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
50

50 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

RUJUKAN

1. Intan Isna(2011) Februari. MOTIVASI. Diambil March 4 2014 daripada
http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/02/motivasi_12.html
2. Intan Isna(2011)Oktober. Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian.
Diambil March 4 2014 daripada http://pengajian-
ipg.blogspot.com/2011/10/konsep-pentaksiran-pengujian-dan.html
3. Nordin, A. B., & Bakar, B. A. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan & Sains
Sosial (Vol.150.287). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
4. Hamsiah Dahalan(2011) Jun. Pentaksiran Berasaskan Web. Diambil March
4 2014 daripada http://hamsiahmd.blogspot.com/2011/06/pentaksiran-
berasaskan-web_10.html
5. Timothy Wibowo(2012) November. Mewujudkan Pendidikan Karakter Yang
Berkualitas. Diambil March 4 2014 daripada
http://www.pendidikankarakter.com/mewujudkan-pendidikan-karakter-
yang-berkualitas/
6. Tdy(2013)September. Pentaksiran Performance Based dan Pentaksiran
dan Motivasi. Diambil March 4 2014 daripada
http://psv3.blogspot.com/2013/09/pentaksiran-performance-based-dan.html
7. Nordin Ahmad(2013)April. Pembentukan Model Keberkesanan dan
Penambahbaikan Sekolah. Diambil March 4 2014 daripada
http://nordinskyu.blogspot.com/2013/04/pembentukan-model-
keberkesanan-dan.html











IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
51

51 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

LAMPIRAN

HASIL KARYA MURID









































IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
52

52 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567














































IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
53

53 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567














































IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
54

54 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567














































IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
55

55 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567














































IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
56

56 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN







IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
57

57 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567










IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
58

58 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567










IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
59

59 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567










IPG Kampus Sultan Abdul Halim
PPG Ambilan Jun 2011
60

60 PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Sallehuddin Bin Ibrahim 800219-02-5567




Hasil karya yang sudah dijadikan pembalut buku

Anda mungkin juga menyukai