Anda di halaman 1dari 3

Re-Update - Jenis Kualiti Movie

Zaman sekarang ni, kebanyakannya ramai yang dah jadi kaki


download, tak kira la download apa pun tapi yang famous adalah
download movie.
Bagi beginner mungkin tak tahu lagi nak pilih kualiti movie yang
macam mana. Kalau waktu admin zaman muda-muda dulu, admin
main download jek, lantak la bagus ke tidak dia punya kualiti. Janji
dapat tengok.
Sekarang ni admin nak kongsi bersama korang tentang jenis dan
maksud benda alah tu senua bermula dari bawah atau yang tak
best punya.
1. CAMRip
CAMRip atau CAM adalah hasil daripada Cam-Quality, waktu
zaman cetak rompak dulu, memang popular dengan kualiti movie
macam ni sebab filem dari kualiti ni diambil menggunakan kamera
video digital. Kadang-kadang, ada orang tengah berjalan dekat
screen, ada bunyi penonton ketawa berdekah-dekah. Kualiti
macam ni sangat tak best, sebab bunyi memang diambil terus dari
mikrofon kamera dan kedudukan kamera tidak tetap, sebab tu ada
certain movie, kepala boleh jadi senget bila tengok movie.
2. TS, HDTS
TS atau TELESYNC adalah adik beradik jugak dengan CAMRip
tetapi TS difilemkan dengan keadaan yang berbeza, ia
menggunakan audio luar iaitu merakam bunyi movie dan
menggabungkan rakaman tersebut dengan audio luar
menggunakan software video editor. Tetapi ia tetap tidak
menghasilkan kualiti bunyi yang bagus dan kualiti gambar sedikit
baik dari CAMRip.

3. DVDScr
Ini adalah versi awal DVD atau VHS yang dikeluarkan dari versi
teater, Biasanya dihantar ke peninjau filem, Ahli Akademi, dan
eksekutif untuk tujuan Ulasan. Biasanya mempunyai mesej overlay
pada gambar seperti The film you are watching is a promotional
copy.Screeners biasanya mempunyai kualiti sedikit rendah dari
DVDRip.
*sumber ini biasa keluar pada awal tahun.

4. DVDRip
Kualiti dari jenis DVDRip adalah hasil copy dari DVD asli. Kualiti
gambar dan suara sangat baik, meng-download movie jenis
DVDRip sama saja dengan membeli DVD asli dekat kedai .
5. HDRip, HDTV, PPVRip, WEBRip
HDRip ialah sumber filem asal dari rakaman TV atau web-web
yang menyediakan watch online. Biasanya mempunyai kualiti 720p
- 1080p. Kadang-kadang mempunyai HC (Sarikata hardcode) dari
bahasa lain seperti Korea, Cina, Arab, etc yang mengganggu
apabila ditonton. Kadang-kadang audionya ada yang kurang jelas.
*versi ini biasanya release sebulan atau dua dari tarikh tayangan.
6. WEB-DL
WEB-DL adalah sumber dari laman web yang terkemuka seperti
iTunes, Amazon dan lain-lain. Kualitinya boleh dikatakan setara
dengan BRRip. Kualitinya boleh mencecah hingga 1080p.
7. BRRip

Singkatan daripada Blu-ray dan sumber daripada Bluray disc.


Kualiti jauh lebih baik dari DVDRip, tetapi BRRip memerlukan saiz
hardware yang lebih tinggi untuk 1080p dan dikatakan kualiti
terbaik buat masa ini.
*bluray akan release pada 4/3 bulan dari tarikh tayangan.
Apa itu UNRATED, EXTENDED?
Biasanya ada pada movie yang berasaskan unsur 18+. Pendek
kata, sumber ini tidak dipotong babak yang xxx itu.Ada juga
terdapat pada filem-filem bertaraf tinggi.
Apa itu PROPER?
Sumber ini keluar biasanya bila sesuatu sumber seperti HDRip
yang bermasalah seperti lari suara dari video. Maka, sesuatu
kumpulan encoder akan baiki sumber tersebut.
Semoga bermanfaat buat anda semua.

Anda mungkin juga menyukai