Anda di halaman 1dari 8

TRANSKRIP TEMUBUAL Assalammualaikum W.B.

T dan selamat sejahtera, berikut merupakan temubual lisan yang telah dijalankan oleh En Sallehuddin Bin Ibrahim ke atas Encik Lokman Bin Desa, yang merupakan seorang guru bagi aliran Pendidikan Khas dan berkhidmat di SMK Darulaman, Alor Setar, Kedah.

En. Sallehuddin En. Lokman

: :

Assalamualaikum cikgu. Waalaikumussalam.

En. Sallehuddin

Saya minta maaf sebab terpaksa mencuri sedikit masa cikgu untuk menjalankan temubual ini.

En. Lokman

Tidak mengapa. Saya sangat berbesar hati kerana sudi menemubual saya. InsyaAllah, saya akan cuba

menjawab soalan dengan sebaik yang mungkin.

En. Sallehuddin

Sebelum itu, boleh saya tanyakan dulu, apa nama penuh cikgu?

En. Lokman

Nama saya Lokman Bin Desa. Tapi cikgu boleh panggil saya Cikgu Man atau sekadar cikgu sahaja. Itulah nama panggilan yang selalu digunakan oleh murid-murid, rakanrakan, penduduk sekitar malah sanak saudara.

En. Sallehuddin

:Jika begitu, saya akan gantikan dengan panggilan cikgu Man sahaja. Bolehkah Cikgu Man ceritakan sedikit mengenai latar belakang cikgu?

En. Lokman

:Saya dilahirkan di Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. Kampung saya terletak kira-kira 14 kilometer dari Bandar Alor Setar. Saya menerima pendidikan awal sekolah rendah di SK Buluh Lima dari tahun 1987 sehingga 1992. Pendidikan menengah pula saya perolehi di SMA Kampung Pisang di Kupang daerah Baling, Kedah. Dari sana, saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan Pengurusan Undang-Undang. Setelah tamat belajar di Universiti Malaya, saya mengikuti program KPLI di Maktab Perguruan Ilmu Khas dalam bidang Pendidikan Khas Kanak-kanak.

En. Sallehuddin En. Lokman

:Apakah cita2 cikgu Man sejak kecil? :Cita-cita saya sejak dari kecil sebagai guru sahaja. Ya, itu cita-cita saya. saya memang sejak dari kecil bercita-cita untuk menjadi guru. Sebab bagi saya guru ni satu pekerjaan yang mulia dan sangat dekat dengan masyarakat. Sejak kecil, saya dan

bertekad untuk berjaya dan Alhamdulillah, rezeki dari Allah membolehkan saya merasa sendiri pengalaman yang hebat ini.

En. Sallehuddin

:Berapakah bilangan adik beradik cikgu Man? :Saya mempunyai 6 orang adik beradik dan saya anak yang ketiga.

En. Lokman

En. Sallehuddin

:Wah! Mesti seronok kan bila berkumpul. Bagaimana hubungan cikgu Man dengan adik beradik yang lain?

En. Lokman

:Hubungan kami sangat rapat. Tambahan pula saya merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga. Ini memberikan saya satu tanggungjawab yang berat bagi menjaga ahli keluarga yang lain. Dalam erti kata yang lain saya seperti timbalan pengarah dalan institusi keluarga saya.

En. Sallehuddin

:Boleh cikgu Man terangkan sedikit lagi maksud cikgu mengenai cikgu seumpama timbalan pengarah dalam keluarga cikgu?

En. Lokman

:Sebenarnya perbezaan umur antara kami adik beradik adalah tidak begitu ketara, jadi saya sebagai anak lelaki yang paling tua mempunyai tanggungjawab yang berat bagi menjaga kesejahteraan ahli keluarga. Saya perlu menegur, membimbing serta membantu seluruh ahli keluarga tetapi tidaklah sampai membuat keputusan yang besar seperti soal perkahwinan dan sebagainya kerana ayah saya merupakan nakhoda utama dalam keluarga.

En. Sallehuddin

:Adakah perkara tersebut pada ketika dahulu ataupun pada masakini?

En. Lokman

:Situasi berubah mengikut peredaran masa namun bukannya sesuatu perubahan yang besar kerana walaupun masing-masing sudah berkeluarga, kami masih lagi sentiasa berkumpul dan

beramah mesra. Selalunya perjumpaan keluarga adalah setiap hari Jumaat.

En. Sallehuddin

:Jadi setiap hari Jumaat, cikgu Man akan balik kampong lah? Bagaimana pula penerimaan isteri?

En. Lokman

:Alhamdulliah. Isteri seorang yang sangat memahami malah dia sendiri tidak lokek membantu dari segi masa dan wang ringgit. Anakanak saya juga gembira apabila dapat balik kampong kerana dapat berjumpa datuk dan nenek mereka. Lagipun, sepupu mereka juga akan balik. Riuh rendah rumah dikampung seperti menyambut hari lebaran pula setiap hari Jumaat.

Tujuan utama saya membuat perjumpaan setiap Jumaat ini adalah kerana semua adik beradik saya tinggal berasingan dan pastinya ibubapa saya merindui kami serta cucu mereka. Jadi dengan aktiviti ini, sudah pastinya mengubat kerinduan mereka. Saya juga ingin menerapkan rasa hormat kepada ibubapa saya kepada semua ahli keluarga saya kerana saya percaya orang yang menghormati dan meraikan ibubapa mereka akan sentiasa dilindungi Allah.

En. Sallehuddin

:Bagaimana pula kehidupan adik-adik cikgu Man sekarang? :Syukur Alhamdulillah. Mereka semua sudah bekerjaya berkeluarga. dan

En. Lokman

En. Sallehuddin

:Bagaimana perasaan cikgu Man sekarang? :Saya rasa lega dan tenang sekarang melihat adik-adik semua berjaya. Ini semua berkat dari usaha yang berpanjangan.

En. Lokman

En. Sallehuddin

:Bagaimana pula dengan pengalaman cikgu Man mengajar? :Saya sebenarnya masih baru dalam bidang pendidikan ini kerana baru memulakan khidmat sebagai guru pada tahun 2005. Ini bermakna saya baru mengajar selama 8 tahun. Dalam tempoh tersebut saya tidak pernah bertukar ke mana-mana sekolah lain dan saya masih belum ada terlintas dalam fikiran untuk bertukar. Ini mungkin kerana saya sangat gembira di sekolah sekarang dan lokasinya juga berdekatan dengan kediaman saya. Saya mengajar di aliran pendidikan khas yakni semua murid saya adalah murid yang terlibat dalam masalah pembelajaran dari pelbagai jenis seperti autism dan hyper aktif. Segala pengetahuan dan ilmu yang saya perolehi semasa mengikuti program KPLI dahulu saya praktikkan sebaik-baiknya.

En. Lokman

En. Sallehuddin En. Lokman

:Adakah cikgu Man berasa susah mengajar aliran khas? :Seperti yang saya katakan tadi, saya sangat gembira bertugas di sekolah sekarang. Bagi sesetengah orang mungkin mendidik murid khas adalah sesuatu yang tidak popular dan sangat meletihkan. Malah ada yang berpendapat buang masa kerana kadang kala apa yang diajar tidalk lansung diperolehi murid tersebut. Ya. Mendidik murid bekeperluan khas sangat meletihkan namun jika kita tanamkan minat dan tekun, kita boleh jadikan keletihan itu sebagai turning point bagi menjadikan pembelajaran sesuatu yang

menyeronokkan. Anak-anak khas sangat suci dan bersih. Jika kita amati wajah mereka, seperti tiada dosa dan masalah. Duduk bersama mereka setiap hari memang meletihkan tetapi jiwa saya sentiasa tenang. Mungkin ini adalah jalan yang Allah tentukan buat saya dan saya sangat bersyukur kepadaNya kerana memberi tanggungjawab yang mulia ini. En. Sallehuddin : Saya ada diberitahu cikgu juga ada mengajar murid aliran normal. Bolehkah cikgu jelaskan sedikit mengenai perkara tersebut? En. Lokman : Oh mengenai perkara tersebut tidaklah menjadi sesuatu perkara yang besar. Ini kerana saya mengajar murid ini di luar waktu persekolahan iaitu pada setiap malam Rabu. Kelas ini dihadiri oleh murid dari keluarga yang berpendapatan rendah dan saya lakukannya secara sukarela dan tidak kenakan sebarang bayaran.

En. Sallehuddin En. Lokman

:Bagaimana pula aktiviti cikgu Man di luar? :Saya tinggal di sebuah kampung berhampiran Bandar Alor Setar, jadi aktiviti saya di luar bersama masyarakat lebih banyak tertumpu kepada aktiviti di masjid berdekatan bersama-sama ahli kariah. Saya juga minat dengan aktiviti berbasikal dan sentiasa berbasikal bersama rakan-rakan pada masa kelapangan.

En. Sallehuddin

:Bijak cikgu Man menguruskan masa dan bersosial bersama masyarakat.

En. Lokman

:Biasa sahaja. Tiada yang ruginya apabila kita bermasyarakat.

En. Sallehuddin

:Apakah nasihat cikgu Man kepada masyarakat kini? :Nasihat saya sentiasalah dekatkan diri dengan masjid dan jadikan masjid sebagai tempat utama aktiviti seharian. Di masjid kita dapat melalukan pelbagai aktiviti yang dapat menjadikan kita insan yang lebih baik. Dan yang paling penting, patuh kepada ajaran Islam dan sentiasa mendalaminya.

En. Lokman

En. Sallehuddin

:Baiklah cikgu Man, saya rasa cukuplah sampai di sini sahaja temubual kita. Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih keran a sudi meluangkan masa untuk saya. Semoga apa yang dilakukan oleh cikgu akan menjadi panduan kepada masyarakat kita di luar sana. Terima

kasih banyak-banyak. En. Lokman :Sama-sama. saya juga nak mengucapkan terima kasih kerana sudi menemu bual saya. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. Apa yang baik itu semuanya dari Allah s.w.t. Dan yang buruk itu adalah kelemahan dari diri saya sendiri.

En. Sallehuddin

:InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita jumpa lagi. Assalamualaikum.

En. Lokman

:InsyaAllah. Waalaikumussalam.

Anda mungkin juga menyukai