Anda di halaman 1dari 17

PENGALAMANKU SEBAGAI SEORANG GURU

Apabila aku menerima surat penempatan, aku merasa gembira bercampur dengan gelisah kerana inilah kali pertama aku akan bekerja secara tetap dan akan menerima Panggilan 'cikgu'. Sekolah yang aku tidak pernah dengar sebelum ini terletak di Sebuah bandar Sri Gombak yang aku tidak pernah sampai. Dengan semangat yang Berkobar aku telah pergi bersendirian dengan menaiki bas. Dalam perjalanan, aku telah merasakan betapa sukar untuk sampai ke tempat berkenaan dengan jalan yang penuh kesesakan kenderaan.Sebaik saja aku sampai di pinggir pekan berkenaan aku telah diberi isyarat konduktor bas untuk turun kerana destinasinya sudah sampai. Sebaik saja aku turun, jam menunjukkan hampir 2.00 petang.Kelihatan murid-murid dari sekolah berkenaan mula keluar dari sekolah. Ada yang berjalan kaki, ada yang menyorong basikalnya dan ramai yang menaiki Motorsikal ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka. Murid-murid sekolah ini nampaknya hebat belaka, aku berkata-kata dalam hati sambil meneguk air teh 'O' ais di warong bersebelahan sekolah berkenaan. Sambil memerhati gelagat murid-murid yang keluar dari pagar sekolah aku telah menelah apa yang bakal aku lalui selepas ini.
1

Di tempat ini aku akan mencari rezeki dan di sinilah bermulanya kerjayaku sebagai Seorang guru. Sebaik saja aku habis menjamah makanan tengahari, aku telah menumpangkan beg galasku di warong berkenaan kerana aku ingin melapor diri. "Encik ni cikgu baru sekolah ini ke?" Tanya makcik yang menjual di warong itu. Sambil mengangguk kepala aku terus ke sekolah dengan berjalan kaki saja. Sebaik saja aku sampai di pejabat terdapat dua orang kerani dan seorang pelayan pejabat. Aku terus memaklumkan kepada kedua-dua kerani akan kehadiranku di situ.

Sementara menunggu guru besar, aku berjalan-jalan di persekitaran sekolah untuk mendapat gambaran keadaan sekolah. Bangunannya bercampur-campur, ada yang telah didirikan hampir 50 tahun dulu yang dalam keadaan daif dan ada yang baru. Apabila aku kembali ke pejabat. Penolong Kanan dan seorang guru lain ada di pejabat. Aku memperkenalkan diri dan seterusnya perbualan berkisar mengenai latar belakang aku. Oleh kerana aku tiada saudara mara dan kenalan di bandar ini, maka guru yang ada di pejabat bersama penolong kanan tadi telah menumpangkan aku di rumahnya untuk beberapa hari sebelum aku dapat mencari rumah sewa. Aku pulang bersama-sama dengan guru tadi dan terus ke rumahnya. Aku telah mengumpul sebanyak maklumat yang mungkin dari guru berkenaan mengenai sekolah, baik dari segi akademik, gelagat murid, guru-guru, staf dan berbagai-bagai lagi yang mungkin dapat membantu aku nanti. Keesokan harinya aku pergi ke sekolah bersama dengan guru tadi dan aku telah diperkenalkan dengan guru besar, semua guru dan staf sekolah. Selepas itu aku telah

diberi jadual waktu peribadi. Aku dikehendaki mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tiga kelas darjah 5 dan pendidikan jasmani.Hari pertama aku di sekolah, aku telah dimaklumkan oleh Penyelaras tahun 5 bahawa sekolah ini mengamalkan sistem penjurusan kelas terbaik mengandungi mereka yang mendapat peratusan tertinggi dalam peperiksaan akhir tahun.Begitulah seterusnya kelas-kelas lain di kelompokkan dengan peratusan yang semakin berkurang. Aku melapor diri pada bulan Januari 1995. Didapati terdapat perbezaan yang ketara dari segi sukatan yang diajar bagi dua kelas yang terbaik dibandingkan dengan dua kelas yang lain. Mungkin ini menunjukkan bahawa muridmurid di dua kelas terbawah tidak mampu mengikuti silibus dengan kadar kelajuan di dua kelas yang pertama tadi. Dari segi buku latihan juga, didapati kelas yang terkebelakang ini kurang dari segi latihan-latihan yang diberikan.Kekerapan menggunakan buku latihan menjawab soalan-soalan latihan juga kurang.Kemungkinan besar murid-murid ini agak kurang berkemampuan seperti mana murid-murid di dua kelas terbaik tadi.

Panaroma pada malam itu sungguh indah. Keindahan itu turut dihiasi pula dengan simbahan cahaya purnama yang amat mendamaikan. Burung layang-layang pula berkicauan menambahkan seri malam itu. Nun jauh di sana, sebuah kereta Toyota Camry berwarna silver membelah jalan raya dengan pemanduan yang cermat. Dari arah selatan bergerak ke utara. Dari Sri Gombak melintasi destinasi utama iaitu Bandar Rawang. Kereta bernombor plat WCF 8244 itu terus kencang dengan kepantasan

maksimum. Sedang mengejar masa. Masa semakin mencemburuinya. Melalui roundboard di tengah-tengah metropolitan Bandar Rawang yang sibuk lalu pantas stereng membelok memasuki perkarangan Dewan Besar Templer Park.Tayar kereta pula sedang mencari ruang kosong yang amat sesuai untuk diparkir. Setelah ruang ditemui, terus kereta berkenaan berhenti. Pintu kereta terbuka lalu kakiku mula mengatur langkah menuju ke dewan dengan derapan yang pantas. Kaki terus melangkah laju mendaki anak-anak tangga. Seketika, aku terpaku di hadapan dewan yang tersergam indah. Aku kaget seketika. Permaidani merah terhampar memanjang daripada pintu ke ruang tengah dewan tersebut. Sekilas, mataku menangkap paparan yang tertera pada banner majlis malam tersebut.

Majlis Anugerah dan Jamuan Makan Malam Guru Anugerah Khidmat Cemerlang Negeri Selangor.

Dewan Utama, Templer Park 15 Mei 2006 8.00 11.00 malam

Dirasmikan oleh : Yang Amat Berhormat DatoSeri Dr. Mohd Khir Bin Toyo. Menteri Besar Selangor

Dengan segala hormatnya, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Cikgu Norman Bin Muhamad Isa untuk masuk ke dalam dewan. Seorang lelaki sederhana tinggi berpakaian segak dan kemas menjemput aku masuk. Dia bertindak sebagai pengacara majlis. Dadaku mula berdegup kencang. Merasa suatu yang amat ganjil dalam hidupku. Tibatiba sahaja namaku diumumkan sebentar tadi melalui pembesar suara menjemput untuk aku melangkah masuk ke dalam dewan. Saat langkah pertamaku menjejak kaki seiring dengan itulah tepukan yang gemurah oleh seluruh hadirin membuatkan diriku menjadi tidak keruan. Apakah yang sedang berlaku ini? Kemudian, aku dipersilakan untuk duduk bersama dengan barisan guru-guru yang terdiri daripada daerah-daerah yang berbeza dalam negeri Selangor.Aku pada mulanya meragui apakah benar ini tempat dudukku. Namun, segala resah dan gundah-gulana ini ditenteramkan oleh guru-guru yang hadir. Mereka membenarkan keraguan aku itu. Malahan, mereka menyatakan sememangnya aku harus berada di tempat tersebut. Entah mengapa tiba-tiba memoriku berputar sekitar sedekad yang lalu. Mengenangkan kembali peristiwa yang telah berlalu di telan zaman. Tiap-tiap
5

cerita dahulu kala yang menggamit perasaan kembali bertandang dalam kotak permikiranku. Aku menghela nafas dan menghembuskannya perlahan. Satu per satu nostalgia lama menari-nari dalam mindaku. Aku kembali menjejaki peristiwa lama yang telah berlaku sekitar sedekad yang lalu.

Rahmat, Oh Rahmat, mana kerja yang cikgu bagi semalam? tanyaku dengan nada yang tinggi. Membuatkan suasana kelas pada mulanya seperti pasar malam bertukar sunyi sepi. Kerja? Kerja apa cikgu? Setahu saya semua kerja saya sudah lama saya hantar Rahmat menjawab dengan sinis. Sengaja ingin menyakitkan hati gurunya itu. Padahal, memang satu kerja pun yang diberikan tidak pernah disiapkan. Kamu ni ada masalah apa? Cikgu bagi kerja sedikit pun kamu tidak mahu buat, nafasku mendengus kasar. Sedang menahan api kemarahan yang sedang membuak di dalam dada. Kalau ikutkan hati mahu sahaja melepaskan pelempang yang berbisa ini. Setakat ini, kesabaran masih lagi menjadi benteng. Alah cikgu ni, takkan la cikgu tak kenal pelajar yang paling pandai dalam kelas ini, Rahmat bin Dollah. Buat apa la nak susah-susah buat buang masa ni, dengan perasaan bongkak Rahmat menjawab. Itulah hakikat yang payah untuk aku terima. Dia seorang pelajar paling pandai dalam kelas darjah 6 Ehsan. Tetapi sikapnya sangat malas dan suka meninggi diri, membuatkan aku menyampah dan meluat. Tetapi hakikat pahit itulah yang harus aku telan. Mentang-mentanglah ayahnya adalah penghulu kampung Sungai Cincin ni. Dia suka tunjuk lagak. Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu atau lebih lagi dikenali dengan nama SKSP. Sekolah ini

tempat aku memberikan khidmat sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Subjek yang menjadi ketakutan segelintir pelajar. Jika dikatakan subjek ini susah, aku rasa tanggapan itu silap kerana bagiku subjek sains yang lain jauh lebih sukar daripada subjek ini. Mungkin kerana pengajarnya itu terkenal dengan gelaran Cikgu Singa membuatkan pelajar lain kecut-perut denganku. Memang aku di sekolah ini terkenal dengan karakter guru yang sangat garang. Oleh sebab itulah, aku dilantik sebagai guru disiplin. Segala masalah disiplin semuanya akan ku tangani dengan mudah.Tetapi yang menghairankan aku ialah sikap aku yang sangat tegas ini tidak dihiraukan oleh Rahmat. Dialah satu-satunya pelajar yang tidak gerun denganku. Sudah banyak kali dia telah ditangkap atas sebab masalah disiplin. Tetapi sikapnya tetap begitu malahan semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini. Kes rokok, bergaduh,ponteng kelas, biadap dengan guru-guru dan banyak lagi kes yang sudah menjadi lali apabila aku mendengarnya. Rahmat tetap juga tidak serik bahkan telah meluaskan pengaruhnya kepada rakan-rakannya yang lain. Jika ingin diambil tindakan terhadapnya maka ayahnya pula datang mengeruhkan keadaan. Tok Penghulu itu tetap mempertahankan anaknya biarpun mengetahui masalah yang dilakukan oleh anaknya terlalu banyak. Telah banyak surat amaran yang telah pula, si Rahmat ini memang licik. Dia berkelakuan amat baik di hadapan ayahnya. Tetapi di belakang ayahnya alahai hanya Allah yang tahu. Memang dasar hipokrit! Aku memahami kondisi ayahnya sebagai ketua kampung Sungai Cincin yang ingin sentiasa dipandang elok oleh masyarakat setempat. Sebagai ketua kampung, amatlah mengaibkan jika penduduk tempatan mengetahui sikap buruk anaknya. Justeru itu, ayahnya selalu menggunakan kuasa yang

dimiliki untuk membetulkan setiap laporan disiplin berkenaan tingkah laku anaknya. Apa lagi semakin naik minyaklah si Rahmat itu. Sungguh, tindakannya yang terlalu memanjakan dan membiarkan perilaku Rahmat itu amat meresahkanku. Memang anaknya itu menaikkan reputasi sekolah dengan pencapaian yang membanggakan tetapi dalam masa yang sama turut mencemarkan imej dengan kesalahan disiplin. Belum lagi cerita tentang masalah pelajar lain. Aduh, masalah semakin bertimbun dan memberat! Aku pulang lewat ke rumah hari ini. Baru sebentar tadi aku bertekak dengan penghulu Dollah berkenaan anaknya, Rahmat. Sang ayah yang tidak habis-habis menyalahkan pihak sekolah . Aku bertambah geram melihat senyuman sinis Rahmat yang mendapat pembelaan ayahnya. Aku juga mendapat makluman bahawa ayahnya juga merupakan seorang imam di masjid berdekatan. Oleh sebab itulah, aku mula memandang serong terhadap ahli agama. Semua yang memakai jubah, kopiah aku anggap mereka bodoh dan tidak boleh menilai keburukan. Lantaran itu, aku telah mula meninggalkan solat. Penyakit hati, benci bersarang dalam hatiku. Semua yang berkaitan dengan agama, yang aku pelajari ketika waktu kecilku dahulu ditinggalkan sedikit demi sedikit. Entah mengapa, hari yang aku lalui semakin suram. Perasaan dengki, benci dan dendam kesumat semakin membarah dan mendarah daging dalam jiwaku. Al-Quran langsung aku tinggalkan. Aku lebih berminat dengan majalah hiburan tanah air. Jiwaku mula terasa kosong dan kesepian. Biarpun aku menyedari berlaku kelompongan dalam sukma ini, aku tetap dengan pendirianku ini. Sampai tahap solat bagiku tiada apa-apa makna. Sejak ketika itu, hiduplah aku dengan kehidupan yang baru jauh daripada hidayah

Allah. Kekadang pernah juga untuk aku rasa ingin seperti dahulu, seperti sedia kala. Tetapi apabila teringatkan masalahku dengan Penghulu Dolah yang tidak pernah surut, aku pantas melupakan hajatku itu. Aku membawa perasaan amarah membuakbuak dalam jiwa. Tanpaku sedari, sikapku tadi telah menyebabkan aku telah hilang punca. Hanyut ditelan emosi yang membaham diri. Malam itu, aku mula membuka lap topku.Mula mencongak-congak memikirkan bagaimana kerja yang bertimbun boleh disiapkan dalam masa yang singkat dan efektif. Jari-jemariku mula menari-nari pada papan kekunci lap top. Menulis perancangan mengajar untuk esok hari. Sambil mata ini sedang fokus kepada paparan di skrin komputer, tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Tanda ada orang sedang membuat panggilan telefon terhadapku. Helo,.Assalamualaikum, muqadimah perbualan bermula. Waalaikumusslam, ini Cikgu Norman kah? Guru yang mengajar Bahasa Melayu? Lontaran soalan bergema. Kedengaran batuk kecil dihujung talian. Suaranya kedengaran agak garau. Mesti lelaki ni. Ya saya. Kenapa encik? aku membenarkan dakwaannya. Begini cikgu. Saya ada hajat yang sangat besar cikgu. Saya ada seorang anak darjah enam pada tahun ini dan akan menduduki UPSR tidak lama lagi. Jadi saya amatlah berbesar hati jika cikgu boleh tolong ajarkan subjek Bahasa Melayu kepadanya. Dia amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada cikgu. Lelaki menutur bicara dengan nada yang sayu. Menandakan pengharapan yang tinggi terhadapku. Bila tu encik? Kenapa dia tidak memantapkan sahaja pembelajarannya di sekolahnya sahaja? Doa soalan sekali gus terpancul keluar dari mulutku. Pada setiap hujung minggu. Erm, sebenarnya anak saya memang saya telah menghantarnya ke sekolah. Tetapi malanganya

dia baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia mengalami kecederaan yang amat teruk dan kedua-dua kakinya patah. Jadi, dia telah mendapat cuti selama 6 bulan setakat ini. Menurut doktor kemungkinan cutinya akan berpanjangan. Oleh itu, saya tidak mahu dirinya ketinggalan dalam pelajaran dan menjemput cikgu untuk mengajarnya. Boleh cikgu? Mendatar sahaja suara lelaki berkenaan bercerita. Aku sungguh tersentak mendengar perkhabaran itu. Sungguh perit jika terlibat dalam kemalangan kemudian cedera kedua-dua belah kaki patah. Amat payah untuk bergerak kemana-mana. Tanpa berfikir panjang aku menerima sahaja tawarannya itu. Biarpun aku menyedari penerimaan aku itu telah menyebabkakn masa lapangku dirumah telah dicuri. Ah, biarkanlah. Aku bersimpati terhadap nasib pelajar itu. Lagipun, aku sudah kebosanan di rumah mendengar leteran teman sebumbung denganku. Biasalah kehidupan bujang selalunya begitu. Mendengar jawapanku yang positif itu, aku dapat merasakan kegirangan pada hati seorang insan bernama ayah. Kemudian melalui corong telefon berkenaan sang ayah mengkhabarkan berita gembira itu kepada anaknya. Lafaz tahmid kedenganran panjang. Aku juga tumpang gembira atas berita itu. Seulas senyuman bergayut pada bibir. Maka pada hari itu, tanpa aku sedari bermulalah episod kehidupan aku yang baru.

Pap! satu tamparan yang deras melekat pada pipi Rahmat. Mungkin kerana daya yang dikenakan terlalu kuat menyebabkan Rahmat jatuh tersungkur. Wajahnya mula kemerahan. Tanda kemarahan yang telah merasuk jiwa anak muda tersebut. Pada hari ini
10

aku tidak mampu lagi menahan kesabaran aku pabila mengetahui dia mula terbabit dalam kes juvana yang bagiku amat serius.Iaitu terbabit dalam kes buli. Malah, kes tersebut telah sampai kepada pengetahuan pihak polis. Hal ini pastinya akan mencemarkan imej sekolah. Aku sudah tidak mampu menahan amarah yang sedang membuak. Perkara itu aku sudah jangkakan akan berlaku, Rahmat bangun kembali dan bersiap sedia untuk lakukan serangan. Aku juga telah bersedia untuk menyambut serangannya. Aku dahulu pernah menjadi jaguh dalam ilmu persilatan yang diwarisi secara turun-temurun. Siapa yang cuba mencabarku, Maka terimalah akibatnya. Seorang pelajar yang degil sedang mencabar guru disiplinnya untuk bertumbuk. Itulah antara aku dan Rahmat. Rahmat mula melepaskan tumbukan, aku menangkap tangannya lalu memusingkannya kebelakang. Mematikan pergerakannya. Satu dengusan yang kuat melewati kerongkongnya menandakan mengalami kesakitan akibat pergerakan aku yang pantas itu. Hanya beberapa pergerakan sahaja sudah mampu untuk aku mematikan langkahnya. Kemudian Rahmat terduduk berlutut. Saat inilah suatu tamparan lagi hinggap dipipinya. Percikan api kemarahan membuak sehingga tidak mampu untuk aku menahan gelojak amarah ini. Kemudian, bertalu-talu tendangan dan tumbukan kulepaskan kepadanya. Sehingga tubuhnya yang tinggi lampai itu menjadi lembik. Mukanya turut lebam menerima amukanku pada hari itu. Guru-guru lain hanya mampu untuk mendiamkan diri dan tergamam menyaksikan tragedi itu. Bilik guru yang riuh-rendah tiba-tiba bertukar menjadi sunyi. Kamu tahu tak, tindakan kamu ini boleh menyebabkan kamu dihantar ke sekolah Hunrey Gurney. Mahu kamu ke sana,? Pekikan aku boleh meluruhkan jantung sesiapa yang mendengarnya. Rahmat ketika itu hanya mendiamkan diri. Cecair merah pekat mengalir
11

keluar daripada mulutnya. Bibirnya pecah akibat hentakan aku yang begitu kuat. Cikgu Mizi datang kepadaku lalu mencuba untuk mententeramkan api kemarahan yang sukar untuk dipadamkan. Aku berundur beberapa langkah kebelakang. Lafaz istighfar berkumandang panjang. Tatkala inilah Penghulu Dollah datang lalu menerpa ke arah Rahmat. Memangku Rahmat yang sudah tidak terdaya dek pukulan yang padu. Kemudian, penghulu Dollah bangun dan mula memaki-hamun kepada aku. Segala sumpah-seranah, perkataan kotor keluar daripada mulutnya. Aku bertambah meluat melihat seorang ayah yang hanya tahu membela anak yang sudah terang-terangan melakukan kesalahan. Tok imam apakah ini yang sudah tidak tahu akan adab dan sopan ketika berucap. Aku mula rimas apabila dilabelkan sebagai pendidik yang tidak layak menjadi guru, cuai dan ganas. Bukan setakat itu sahaja, dia mula menuduh aku dengan tuduhan yang menyakitkan hati. Menuduh aku guru yang tidak cukup bertauliah dan makan gaji buta. Terasa sahaja tangan ini ingin bertindak, namun pergerakan aku itu dikesan oleh Cikgu Mizi lalu dia cuba bertindak sebelum apa-apa perkara yang buruk berlaku. Kata-kata penenang dan kesabaran sering meniti dibibirnya. Aku jadi serba salah dan tertekan. Maka aku dahulukan perasaan sabar menyelubungi hati jiwa dan perasaan. Memang pedih menerima tohmahan dan cacian yang berbaur fitnah ini. Mujur guru lain bertindak menenangkanku sebelum kaki pula yang terangkat! Siaplah kamu wahai Tok Penghulu!

Tiba-tiba memoriku terhenti secara tiba-tiba.Bahuku ditepuk oleh rakanku disebelah.Dengan spotan aku bertanya,kenapa? Apa yang berlaku? Terukir senyuman rakanku disebelah, tersedar olehnya aku sebenarnya tidak berada di dalam
12

majlis pada malam tersebut dari segi rohaniku.Rakanku mencuit pahaku supaya segera naik ke pentas kerana namaku telah dipanggil untuk menerima sijil Anugerah Khidmat Cemerlang.Aku berdiri dari kerusi sambil membetulkan baju melayu yang menjadi tema berpakaian pada malam tersebut.Tergesa-gesa aku terus melangkah dengan pantas menuju ke tangga untuk naik ke pentas.Aku terpaksa melajukan langkahku kerana sudah dua kali namaku di panggil untuk naik ke pentas gara-gara aku mengelamun nostalgia lalu sewaktu majlis sedang berjalan.Dalam keadaan tergopoh gapah tersebut aku berasa bangga diberi penghargaan terhadap jasaku selama ini yang tidak pernah aku harapkan melainkan keredhaan Allah semata-mata supaya aku dapat jiwa yang ikhlas semasa mendidik murid-murid dalam perkhidmatan aku sebagai seorang pendidik.Semasa ingin menerima anugerah yang ini terdetik di hatiku bahawa indahnya berada dalam bidang perguruan ini kerana apa yang aku lakukan bukan diminta untu dibalas bahkan aku tidak mengharapkan langsung balasan seperti anugerah ini, namun apakan daya apabila orang sudah mengiktiraf dan mengenang jasaku,maka aku terima dengan hati yang terbuka.Ini adalah satu perhargaan yang besar dalam diriku yang memberi impak yang sangat mendalam sehingga aku berasa semacam tidak percaya yang aku mampu sampai ke tahap ini dan aku juga tidak pernah untuk bermimpi atau bercita-cita sampai ke tahap yang aku rasakan ia adalah tinggi setinggi Puncak Everest.Semasa mengambil anugerah di atas pentas aku diserangi lampu cahaya yg terang berkelip-kelip beberapa kali iaitu lampu pancaran dari kamera-kamera yang mengambil gambarku semasa menerima anugerah.Ini pengalaman pertama bagiku sebab itu aku berasa sedikit janggal namun aku melangkah gagah dan segak bagaikan laksamana Melayu yang ingin menghadap sultan.

13

Aku berjalan dengan sopan dan juga berdiri tegak sambil menyambut salam daripada Menteri Besar dengan diiringi senyuman yang sangat manis serta tidak akan kulupa detik ini pasti menggamit seribu pengertian dalam sejarah hidup seorang yang insan biasa yang berkerja secara luarbiasa seperti aku.Selepas itu aku turun dengan perasaan yang bercampur sama ada mempercayai atau tidak bahawa detik ini berlaku di alam fantasi atau realitiku bahkan aku berasa yang aku tidak berpijak di bumi yang nyata dan seakan-akan berada di antara alam yang berbeza.Ini adalah suatu sejarah yang terukir di bintang hidup sehingga menjadi satu perkara yang menyuntik semangatku di alam fana cinta ini. Alhamdulilah berkat doa dan juga tunjuk ajar daripada semua orang sekeliling dan dari mula bekerjaya sehingga menjadi berjaya sampai ke tahap ini akan tidak aku lupakan jasa kalian semua.Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa yang telah ditaburkan kalian sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui lisan ataupun perbuatan ia akan dikenang sampai ke liang lihad.Di samping itu,aku diminta untuk memberikan ucapan selepas menerima anugerah tersebut,tanpa ragu-ragu aku berucap dengan penuh keyakinan tanpa rasa was-was dengan keagungan Ilahi aku dapat berdiri disini dengan kudrat tulang empat kerat mendidik anak bangsa menjadi indan berguna sehingga dewasa dan aku berharap agar dapat meneruskan legasi ini sehingga titisan nafas terakhir.Aku juga berharap agar diberikan kesihatan yang baik dan sempurna serta memiliki kekuatan dari segi rohani dan jasmani untuk menjalankan tugas yang mulia ini.Aku juga berharap agar acara ini akan diteruskan lagi untuk mengiktiraf ramai lagi guru-guru yang berbakat besar dan juga mempunyai daya saing yang tinggi dalam melaksanakan tugasan harian mereka dengan penuh dedikasi tanpa rasa jemu.
14

Selepas selesai,kami dijemput ke dewan makan bersebelahan untuk menjamu selera kerana ada sedikit santapan dan juga untuk meraikan penerima anugerah kali ini.Aku terus mencapai gelas di atas meja dan mengisi air seterusnya membasahkan tekakku yang basah dengan air sirap limau yang kelihatan sangat sedap tanpa embuang masa aku mengambil makanan dan duduk bersama kawan-kawan lain yang menerima anugerah sambil berborak-borak mengenai kisah masing-masing tanpa rasa jemu.Kami juga berkongsi pendapat dan juga idea-idea baru semasa di meja makan.Apabila selesai sesi kudapan dan juga majlis penutup aku mulai keluar dari dewan ke tempat parker untuk mengambil kereta bergerak pulang ke rumah.Sepanjang perjalanan pulang aku tersenyum panjang mengenangkan kisah pengalamanku sebagai seorang guru.Apabila tiba di rumah aku berkongsi kegembiraan bersama anak-anak dan isteriku mereka juga gembira atas anugerah yang diterima dan membelek sijil yang aku perolehi.Aku berborak dengan mereka sampaikan tanpa kusedari aku sudah terlelap di sofa berada di ruang tamu akibat kepenatan yang amat melampau.Syukur alhamdulilah, Allah memberikan nikmat sihat sehingga ke hari ini untuk berjuang dalam bidang pendidikan yang aku cintai ini.Aku berharap agar suatu hari nanti anak-anak juga dapat mengikut jejak langkahku malah mereka menjadi lebih baik daripada bapamu ini.

15

16

17

Anda mungkin juga menyukai