Anda di halaman 1dari 68

Satu Perjuangan

Memori di Maktab Perguruan Tengku Ampuan


Afzan,
Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

“Emak, abang akan jadi pelajar terbaik KPLI.” Itulah

kata-kataku kepada ibu. Lantas ibuku menjawab,

“Anak emak boleh buat.” Tahun 2004, aku

melanjutkan pengajian ke peringkat Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab

Perguruan Tengku Ampuan Afzan, dalam bidang

pengajian Matematik sekolah rendah. Kehidupan di

sana sungguh mencabar. Begitu banyak tugasan,

aktiviti luar yang perlu dilibatkan. Aku menjejakkan

kaki ke maktab dengan semangat dan harapan

1
Satu Perjuangan

yang tinggi, untuk menjadi pelajar terbaik. Aku

sedar, untuk menjadi yang terbaik, bukanlah suatu

tugas yang mudah. Ianya perlu kepada

perancangan, displin dan usaha yang tinggi, serta

konsisten. Ayahku selalu berkata padaku, jika kita

tiada disiplin, apa sahaja perkara yang

dilakukan, akan menemui kegagalan. Sedar akan

cabaran yang menanti, aku mula mengorak

langkah, membuat perancangan.

Kehidupan di maktab, sama seperti kehidupan di

sekolah. Masuk kelas jam 8 pagi, dan kelas

berakhir pada jam 2 petang. Setiap kali pulang dari

kelas, aku telah membuat jadual waktu belajar.

Jadual belajar aku bermula dari jam 2 petang

hingga jam 5 petang. Pada waktu itu, aku akan

siapkan apa-apa tugasan yang ada dan membuat

2
Satu Perjuangan

ulangkaji pelajaran. Teman sebilikku, namanya

Yasir, selalu menegurku. “Rajinnya kau ni Rizal.

Orang lain balik bilik tidur, kau asyik study.”

Ingat lagi pada waktu itu, untuk belajar pada waktu

itu amatlah sukar. Kekadang rasa mengantuk

menjelma teramat sangat. Tapi aku kuatkan

semangatku. Aku mesti lawan rasa mengantuk. Jika

tidak tahan, aku pergi mandi, basuh baju. Itulah

antara aktiviti yang boleh menghilangkan rasa

mengantuk, di samping mendengar lagu rancak.

Masa itu, kumpulan pilihanku adalah Linkin Park.

Hari-hari dengar lagu itu sahaja. Tak berkembang

langsung. Pada waktu malam pula, jadual belajar

aku bermula pada jam 8.00 malam hingga 12.00

tengah malam dan kadang-kala ianya berlanjutan

sehingga jam 2.00 pagi.

3
Satu Perjuangan

Selain itu, aku juga selalu menyiapkan tugasan

yang diberikan oleh pensyarah lebih awal

seminggu. Bukan untuk membodek pensyarah,

tetapi sebagai draf awal. Kemudian, aku akan

berjumpa dengan pensyarah, memberikan draf

awal tugasan yang disiapkan, meminta pensyarah

memberikan pandangan. Segala kelemahan yang

ada akan dibaiki. Dari situlah tugasan yang aku

lakukan, sama ada tugasan individu atau

berkumpulan, selalu mendapat pujian daripada para

pensyarah. Betul kata pepatah, “Hendak seribu

daya, tidak hendak seribu dalih.”

Antara pengalaman semasa di maktab, yang tidak

dapat aku lupakan ialah pengalaman semasa

praktikum. Pensyarah Matematik yang setia

memantau aku ialah Puan Latifah. Orangnya

4
Satu Perjuangan

sangat baik dan bijak berkata-kata. Aku pertama

kali dipantau oleh Enzik Aziz, pensyarah

Pendidikan Jasmani (kini bertukar ke Jabatan

Pelajaran Pahang, sudah mendapat PhD dan

bergelar Dr. Aziz).

Pada masa itu, begitu banyak komen yang Encik

Aziz berikan sehingga aku terlupa untuk masa

berikutnya, aku pertama kalinya akan dipantau pula

oleh Puan Latifah. Oleh kerana terlalu banyak

komen daripada En. Aziz, maka aku tidak masuk

kelas 3 Amanah pada masa Matematik, sedangkan

Puan Latifah telah berada dalam kelas tersebut.

Aku sama sekali tidak menyedari kehadiran Puan

Latifah. Aku hanya dimaklumkan oleh rakan guru

lain apabila Puan Latifah sudah beredar pulang.

Terkejut betul mengetahui perkara itu.

5
Satu Perjuangan

Aku lantas menelefon Puan Latifah. Teringat

bebelan Puan Latifah. Beliau sangat marah kerana

aku membiarkan kelas tanpa ada guru yang

mengajar. “Rizal tahu tak, jika berlaku sesuatu pada

murid-murid pada waktu itu, Rizal mesti

bertanggungjawab kerana pada waktu itu, masa

untuk Rizal mengajar.” Itulah antara bebelan Puan

Latifah yang masih aku ingat.

Aku memberikan alasan bahawa aku sedang

dipantau oleh Encik Aziz, tetapi Puan Latifah sama

sekali tidak menerima alasan itu. Keadaan itu

membuatkan aku merasa marah dan tercabar

dengan sikap Puan Latifah. Aku berkata pada Puan

Latifah, untuk hari-hari seterusnya, Puan Latifah

boleh pantau aku pada bila-bila masa, tanpa perlu

memaklumkan pada aku terlebih dahulu. Pada

6
Satu Perjuangan

masa itu, semangatku semakin kuat. Aku akan

tunjukkan pada Puan Latifah komitmen aku untuk

mengajar dan untuk buat yang terbaik. Puan Latifah

memantau aku selang beberapa hari berikutnya.

Beliau berpuas hati dengan kaedah pengajaran dan

kesungguhan yang aku tunjukkan.

Pada masa yang sama, beliau juga memberikan

panduan untuk memperkemaskan lagi proses

pengajaran. Pada saat itulah aku berkata pada

Puan Latifah, “Puan, saya ingin menjadi pelajar

terbaik KPLI, jadi puan kena bantu saya untuk

mencapai matlamat itu.”

Sejak dari itu, hubungan antara aku dan Puan

Latifah semakin baik. Kerap aku berjumpa dengan

Puan Latifah, untuk mendapatkan bimbingan yang

7
Satu Perjuangan

berterusan. Terima kasih Puan Latifah. Seorang

lagi pensyarah yang banyak membantu aku ialah

Cik Norizan, juga pensyarah Matematik. Begitulah

kehidupan aku di Maktab Perguruan Tengku

Ampuan Afzan, selama setahun.

Dengan semangat, azam, komitmen yang tinggi

dan tunjuk ajar daripada para pensyarah, maka

diringkaskan cerita, alhamdulillah, niatku

dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa. Aku

mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang dalam

bidang pengajian Matematik sekolah rendah. Aku

merasa amat puas. Kejayaan ini aku hadiahkan

buat ibu dan ayahku, yang teramat rindu untuk

melihat kejayaan anakmu ini dalam dunia

akademik.

8
Satu Perjuangan

Memori di Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya,


Rompin, Pahang Darul Makmur

Di akhir pengajian di maktab, aku memohon untuk

bertugas di Sabah. Pada masa itu, hanya aku dan

ketua kelas aku, nama panggilannya Mat Yo, yang

memohon untuk mengajar di sana. Kami amat yakin

akan mendapat peluang itu. Namun apabila keluar

keputusan di internet, aku di tempatkan di Sekolah

Kebangsaan Muadzam Jaya, Rompin, Pahang. Aku

merasa amat kecewa. Aku merasakan pada usia

yang muda ini, eloklah aku merantau dan mencari

pengalaman di Sabah. Lagipun ibu bapaku telah

memberi keizinan untuk aku bertugas di sana. Apa-

9
Satu Perjuangan

pun, aku perlu melapor diri di Sekolah Kebangsaan

Muadzam Jaya terlebih dahulu. Aku pergi dengan

ditemani oleh ayah dan ibuku.

Minggu pertama di sekolah, aku masih cuba untuk

di tempatkan semula di Sabah. Aku mula menefon

Jabatan Pelajaran Sabah dan Kementerian

Pelajaran Malaysia. Beratus ringgit bil telefon aku

dalam tempoh seminggu itu. Urusan penempatan

semula aku itu hampir berjaya. Namun begitu,

sebelum aku membuat panggilan terakhir ke

Kementerian Pelajaran Malaysia, nada telefon aku

berdering. Panggilan daripada ayahku. Ayahku

berkata “Mat Rizal, abah rasa tak perlu kamu ke

Sabah, dah mu dapat di Muadzam, bermaksud

rezekimu di sanalah.” Aku begitu terkejut dengan

10
Satu Perjuangan

kata-kata ayahku itu. Namun sebagai seorang

anak, aku taat dan akur pada nasihat ayahku.

Ada pengalaman yang tidak dapat aku lupakan

semasa bertugas di Muadzam Jaya. Muadzam

Jaya merupakan sebuah pekan kecil. Pada masa

itu, aku hanya berbekalkan wang saku RM 700. Aku

sedar, untuk mendapat gaji pertama sebagai

seorang guru, akan memakan masa selama 2

hingga 3 bulan. Aku yakin dengan wang sebanyak

itu, tidak cukup untuk menampung kehidupan

dalam tempoh 3 bulan. Pada awalnya, aku

menyewa sebuah bilik (bukan sewa rumah) di

sebuah taman yang diberi nama Desa Melati.

Teman serumah aku seorang ahli silat Cekak

Malaysia, Yusrizal namanya. Rumah itu

sememangnya tempat latihan Silat Cekak. Oleh

11
Satu Perjuangan

kerana wang saku amat sikit, aku berfikir, sesuatu

harus dilakukan untuk menampung perbelanjaan

bulan berikutnya.

Aku meminjam motosikal Yusrizal, dan pergi

meronda sekitar bandar kecil Muadzam. Akhirnya

aku mendapat satu idea. Aku melihat di bandar

kecil ini, tiada pusat tuisyen untuk sekolah rendah.

Aku memikirkan, inilah peluang yang aku ada.

Akhirnya berbekalkan duit saku RM 700, aku

meminta bantuan Cikgu Shuib, Penolong Kanan

Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya

untuk pergi ke Segamat bagi tujuan membeli kerusi

dan meja tuisyen, kerana harga barangan itu lebih

murah di sana. Cikgu Shuib memang antara guru

dan rakan yang aku sangat hormat dan kasih.

12
Satu Perjuangan

Begitu banyak jasa Cikgu Shuib ketika aku bertugas

di Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya.

Setelah semua kelengkapan dibeli, aku memulakan

kelas tuisyen. Pusat tuisyen aku dikenali dengan

nama Pusat Tuisyen Gemilang. Aku naikkan kain

rentang di depan rumah sewa. Kain rentang itu

berwarna kuning di raja, jelas kelihatan dari jalan

besar iaitu jalan utama Muadzam ke Segamat.

Pusat Tuisyen Gemilang menawarkan semua mata

pelajaran sekolah rendah, iaitu Bahasa Malaysia,

Sains, Bahasa Inggeris dan juga Sains, termasuk

juga mata pelajaran Matematik bagi tingkatan 1,2

dan 3. Pusat tuisyen ini mendapat sambutan yang

menggalakkan. Namun begitu, aku terpaksa

menghadkan bilangan murid kepada maksima 50

orang murid, memandangkan tempat yang terhad.

13
Satu Perjuangan

Aku menggunakan rumah sewa baru sebagai pusat

tuisyen tersebut. Pendapatan Pusat Tuisyen

Gemilang amat berbaloi dan lebih tinggi daripada

gaji guru yang aku terima pada waktu itu.

Alhamdulillah. Itulah yang berlaku apabila kita

menyediakan perkhidmatan yang belum disediakan

oleh mana-mana individu atau organisasi.

Akhirnya, hasil daripada pendapatan tuisyen itu aku

“laburkan” untuk majlis perkahwinan. Sebelum

mendirikan rumahtangga, bakal isteriku itu adalah

seorang staf sokongan di Sekolah Menengah

Tanjung Gemuk, Rompin. Selepas mendirikan

rumahtangga, rezeki isteriku bertambah baik

dengan mendapat pekerjaan baru di Kolej

Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM)

dan kini dikenali pula sebagai Universiti Malaysia

14
Satu Perjuangan

Pahang, sebagai seorang pegawai di Jabatan Hal

Ehwal Pelajar. Rezeki aku juga semakin murah

apabila permohonan untuk bertukar daerah

mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran

Pahang. Ini bermakna perkhidmatan aku di di

Sekolah Kebangsaan Muadzam Jaya hanyalah

setahun sebelum aku berpindah ke Sekolah

Kebangsaan Lepar, Pekan.

15
Satu Perjuangan

Coretan di Sekolah Kebangsaan Lepar,


Pekan, Pahang Darul Makmur

Cikgu Tuan Haji Bakri B Awang Mohamad


Guru Besar, sehingga Mac 2006

Sekolah Kebangsaan Lepar merupakan sebuah

sekolah yang mempunyai murid seramai 350 orang

pada waktu itu. Guru Besarnya pada waktu itu ialah

Cikgu Tuan Hj. Bakri. Namun aku hanya sempat

bersama Cikgu Tuan Hj. Bakri selama 2 bulan,

sebelum beliau berpindah ke Kuantan.

16
Satu Perjuangan

Cikgu Mustapa B Kechik


Guru Besar, April 2006 - 2007

Guru Besar berikutnya ialah Cikgu Mustapa B

Kechik, seorang Guru Besar yang sangat pemurah

dan begitu mengambil berat kebajikan staf di bawah

seliaannya. Pada peringkat awalnya, aku kurang

bersetuju dan tidak berminat dengan cara

pentadbiran Cikgu Mustapa. Beliau seorang yang

sungguh bersahaja, sangat terbuka dan simple.

Namun beliau sering mengatakan bahawa setiap

sekolah di bawah seliaannya, keputusan

peperiksaan UPSR akan meningkat. Aku sama

sekali tidak percaya dengan kata-katanya. Suatu

hari, ketika Cikgu Mustapa berjalan dari rumahnya

17
Satu Perjuangan

ke sekolah, aku memanggil dan mengajak beliau

berbual di kantin sekolah.

Perasaan tidak puas hati aku terhadap Cikgu

Mustapa memang meluap-luap pada tika itu.

Namun aku sembunyikan perasaan yang ada.

Sebaik sahaja Cikgu Mustapa duduk, aku bertanya

padanya satu soalan, “Bagaimana cikgu mengawal

guru-guru sekolah ni?” Cikgu Mustapa tersenyum

lalu menjawab, “Mu ni bodohlah Rizal.” Aku terkejut

dengan kata-kata Cikgu Mustapa, tetapi langsung

tidak terasa hati dengannya. Memang cara berbual

Cikgu Mustapa begitu. Dia membahasakan dirinya

sebagai “Aku” dengan staf-stafnya. Cikgu Mustapa

menambah, “Aku lihat misai kau Rizal, aku tahu

engkau macam mana. Jadi mudah aje aku kawal

cikgu. Aku takkan menekan cikgu. Bila aku

18
Satu Perjuangan

menekan cikgu, cikgu akan menekan murid.

Apabila cikgu menekan murid, proses pengajaran

tidak berjalan dengan baik. Sebab itu Rizal, semua

sekolah yang aku pergi, keputusannya semua naik,

sebab aku tidak menekan cikgu.”

Itulah prinsip dan kaedah pentadbiran Cikgu

Mustapa di sekolah. Selepas mendengar

penerangan daripada Cikgu Mustapa, aku rasa

berpuas hati. Walaupun begitu kaedah pentadbiran

Cikgu Mustapa, tetapi beliau amat mengambil berat

kebajikan anak buahnya. Soal untuk memohon cuti,

pengesahan jawatan, gaji dan sebagainya, amat

diberi perhatian serius oleh Cikgu Mustapa. Bekerja

dengan Cikgu Mustapa juga amat mudah. Serah

sahaja kertas kerja program, dia akan luluskan dan

terus meminta kerani memberikan peruntukkan

19
Satu Perjuangan

kewangan. Sebab itulah begitu banyak program di

bawah Panitia Matematik dan Unit Bimbingan

Kaunseling yang dijalankan sepanjang aku

bertugas di bawah seliaan Cikgu Mustapa.

Keputusan UPSR di Sekolah Kebangsaan Lepar

juga meningkat semasa beliau bertugas di sana.

Zaman Cikgu Mustapa di Sekolah Kebangsaan

Lepar tidak lama. Beliau akhirnya bertukar ke

Sekolah Kota Perdana, dan pengganti beliau ialah

Tuan Minah Bt Tuan Ngah, Guru Besar daripada

Sekolah Kebangsaan Ahmad. Dengan

keperihatinan beliau, aku nobatkan Cikgu Mustapa

sebagai “Bapa Prihatin” di hati sanubariku.

20
Satu Perjuangan

Cikgu Tuan Minah Bt Tuan Ngah


Guru Besar, 2008

Aku dengar banyak cerita tentang Tuan Minah. Ada

guru yang mengatakan beliau seorang yang amat

tegas dan garang. Aku mula mengenali Tuan Minah

semasa kursus Pengajaran dan Pembelajaran

Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris

(ETEMS). Pada waktu itu, aku tidak banyak berbual

dengan beliau. Namun beliau pernah berkata pada

aku yang beliau ada kemungkinan untuk bertukar

ke Sekolah Kebangsaan Lepar. Katanya pada aku

yang kekal diingatan “Jika saya bertukar ke Sekolah

Kebangsaan Lepar, awak akan jumpa seorang

Guru Besar yang balik jam 5 petang setiap hari.”

Mendengar kata-kata itu, aku sebenarnya tidak

21
Satu Perjuangan

begitu faham apa yang dimaksudkan olehnya.

Adakah beliau hendak menggambarkan beliau

seorang yang tegas dan garang, aku sendiri tidak

mengerti.

Akhirnya aku

mendapat seorang

Guru Besar yang baru,

iaitu Tuan Minah.

Dalam mesyuarat kali

pertama di sekolah,

beliau menampakkan

ketegasan sebagai

seorang pentadbir. Pada waktu itu, aku baru sahaja

memegang jawatan Ketua Panitia Matematik

Sekolah. Fail-fail matematik memang tidak lengkap

sebagaimana yang dikehendaki. Beliau

22
Satu Perjuangan

menegaskan kepada aku, fail-fail panitia matematik

perlu dilengkapkan dan dikemaskini. Jantung aku

begitu berdebar-debar. Buat pertama kali dalam

sejarah perkhidmatan, aku pulang lewat dari

sekolah selama sebulan. Aku kerap pulang pada

jam 4 atau 5 petang, bagi melengkapkan fail-fail

tersebut. Aku juga kerap menghubungi rakan-rakan

dari sekolah lain bagi mendapatkan bantuan.

Setelah sebulan, aku menemui Tuan Minah di

biliknya. Aku membawa fail-fail matematik yang

telah dikemaskini. Tidak dinafikan aku rasa

gemuruh untuk berjumpa beliau. Setelah aku

letakkan semua fail di atas meja, beliau mengambil

sebahagian daripada fail-fail itu, membelek dan

melihat isinya. Kata pertama yang keluar dari

mulutnya, “Ok Rizal. Isi masih ada yang tidak

23
Satu Perjuangan

lengkap. Tapi tidak mengapa. Yang penting awak

dah usaha.” Kata-kata itu cukup menggembirakan

aku. Rupa-rupanya, beliau tidaklah segarang yang

dikatakan, masih ada pertimbangan.

Pada zaman pentadbiran Tuan Minah Bt Tuan

Ngah, terlalu banyak pengalaman dan idea baru

yang aku terokai. Sememangnya beliau seorang

yang amat tersohor namanya di dalam Daerah

Pekan, dengan komitmen kerja yang tinggi dan

pencapaian UPSR sekolah yang amat baik. Beliau

mendidik aku bagaimana untuk menguruskan

Panitia Matematik Kelompok Paloh Hinai, kerana

aku telah dilantik sebagai Ketua Panitia Matematik

Kelompok Paloh Hinai pada waktu itu. Beliau juga

telah melibatkan aku sebagai jawatankuasa Panitia

Matematik Daerah Pekan. Di sana, aku bertemu

24
Satu Perjuangan

dengan ramai rakan sejawat, yang jauh lebih

berpengalaman. Antaranya beliau memperkenalkan

aku dengan Cikgu Rozita Bt Buang, guru Sekolah

Kebangsaan Ahmad, yang merupakan anak didik

Tuan Minah. Cikgu Rozita Bt Buang juga adalah

seorang guru Matematik yang hebat (kini Puan

Rozita Bt Buang berkhidmat di Pejabat Pelajaran

Daerah Pekan, sebagai Pegawai FasiLINUS

Numerasi). Akhirnya, banyak idea dan pengalaman

yang aku dapati, dan ini semua memberikan aku

keyakinan, pengetahuan untuk berjuang dengan

lebih jauh dalam dunia akademik ini.

Suatu hari Tuan Minah berkata padaku, “Rizal, saya

nak awak mengajar tahun 6, kelas yang kedua.”

Aku merasa terkejut. Jawapan aku ringkas sahaja,

“Saya tidak berani puan, sebab saya masih baru,

25
Satu Perjuangan

masih banyak perkara perlu saya belajar.” Tuan

Minah membalas, “Jika tidak sekarang, bila lagi

Rizal. Anggap ini sebagai cabaran dan pendedahan

awal. Sebab itu saya bagi awak kelas kedua.”

Memang rasa itu satu beban yang amat berat untuk

dipikul. Tetapi sebagai seorang yang sentiasa

berfikir positif, aku menerima tanggungjawab itu.

Tahun pertama mengajar tahun 6, kelas yang

kedua, amat memeritkan. Aku kerap meminta

pandangan Tuan Minah dan juga Cikgu Halim,

kaedah untuk mengajar murid tahun 6.

Alhamdulillah, mereka memberikan kerjasama.

Namun, beban berat itu masih terasa. Masih segar

dalam ingatan, dalam peperiksaan percubaan

UPSR, murid aku hanya seorang sahaja yang lulus,

iaitu Cheong Jaya (murid Cina asli). Aku

26
Satu Perjuangan

menunjukkan keputusan itu kepada Tuan Minah.

Pada masa itu, Cikgu Zaiton, Penolong Kanan

Pentadbiran turut ada bersama. Air mataku menitis.

Aku merasa gagal untuk mengajar murid tahun 6.

Peperiksaan sudah semakin hampir, entah

bagaimana keputusan peperiksaan sebenar itu

nanti. Tahun pertama mengajar tahun 6, keputusan

matematik agak mengecewakan, iaitu hanya 79%.

Aku berfikir sendirian. Mengapa aku gagal? Di

mana kesilapan aku? Tidak mengapa, tahun kedua

mengajar tahun 6, aku akan perbaiki kelemahan

yang ada. Namun begitu, jasa Tuan Minah di

Sekolah Kebangsaan Lepar tidak lama. Tahun

berikutnya, beliau berpindah ke Sekolah

Kebangsaan Gambang. Namun kepercayaan yang

diberikan oleh Tuan Minah, sama sekali tidak aku

27
Satu Perjuangan

sia-siakan. Aku bertekad untuk terus mengajar

tahun 6, dan aku bertekad untuk mengatasi

kelemahan-kelemahan yang aku dapati pada tahun

pertama aku mengajar tahun 6. Namun begitu,

didikan yang diberikan oleh Tuan Minah tidak aku

nafikan. Begitu banyak didikan, nasihat dan

panduan yang diberikan. Bagi aku, Tuan Minah

layak untuk aku nobatkan sebagai “Ibu Pendidik”.

28
Satu Perjuangan

Cikgu Tuan Hj. Abu Bakar B Mamat


Guru Besar, 2009 - 2010

Sebagaimana Tuan Minah, aku mula mengenali

Tuan Haji Abu Bakar ketika kursus ETEMS. Pada

waktu itu, beliau seorang yang pendiam. Jika tidak

silap aku, sepanjang kursus ETEMS selama

sebulan, aku tidak pernah sekali berbual dengan

beliau. Kehadiran beliau ke Sekolah Kebangsaan

Lepar tidaklah begitu membimbangkan para guru.

Peribadi beliau sangat lembut, kadang-kala suka

mengusik dan membuat lawak dengan guru-guru.

Oleh kerana ini tahun kedua aku mengajar tahun 6,

aku bertekad untuk meningkatkan pencapaian

matematik UPSR.

29
Satu Perjuangan

Pada tahun kedua

ini, aku membuat

analisa SWOT. Aku

mencari di mana

kelemahan dan

kekuatan yang aku

ada, peluang dan ancaman yang wujud. Akhirnya

aku menemui rahsia yang dicari. Aku yakin bahawa

untuk murid-murid kelas kedua tahun 6, murid yang

masih lemah konsep asas matematik, ada

pendekatan yang sesuai. Oleh hal itu, pendekatan

lama mesti diubah. Aku membuat perancangan

strategik selama satu tahun. Aku membina modul-

modul yang khusus untuk murid-murid lemah ini.

Modul itu aku namakan “Modul Cemerlang

Matematik”. Modul itu diberi komen oleh Tuan

30
Satu Perjuangan

Yahaya (pada masa itu beliau sebagai Pegawai

Pelajaran Daerah Pekan, kini Timbalan Pengarah

Jabatan Pelajaran Negeri Pahang) yang datang

memantau semasa hujung minggu. Beliau memuji

modul itu dengan mengatakan bahawa kaedah ini

telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di

negara Jepun. Wah! Rasa berbangga dengan

komen yang diberi walaupun pada waktu itu, aku

sama sekali tidak mengenalinya sebagai Pegawai

Pelajaran Daerah Pekan.

Tuan Yahaya

sempat bertanya

padaku akan target

pada tahun itu. Aku

dengan penuh

yakin mengatakan bahawa sasaran tahun ini adalah

31
Satu Perjuangan

85%. Aku juga telah membuat pelbagai program

termasuk program Kem Kecemerlangan

Matematik, yang diuruskan oleh aku dan isteriku

pada waktu itu. Pada waktu itu, isteriku dalam

keadaan sakit. Dia baru sembuh daripada lumpuh

kaki kanan. Walaupun dalam keadaan masih sakit,

isteriku sanggup untuk bermalam di sekolah,

menemani anak murid perempuan seramai 6 orang.

Aku merasa amat berbangga kerana mempunyai

seorang isteri yang amat memahami kerjaya aku,

dan sentiasa memberikan semangat dan kata-kata

yang positif. Pada masa itu, aku selalu berkata

pada isteriku. “InsyaAllah, walaupun masih dalam

keadaan sakit, moga-moga dengan niat murni dan

ikhlas menemani murid abang ini, Allah akan

menyegerakan sembuh daripada sakit ini.” Aku

32
Satu Perjuangan

melihat Kem Kecemerlangan Matematik ini,

walaupun nampak simple, namun ia amat memberi

kesan ke atas motivasi, keyakinan, minat dan

keputusan murid-murid tersebut. Aku menganggap,

inilah antara senjata utama untuk aku mencipta

kejayaan luar biasa di Sekolah Kebangsaan Lepar.

Aku juga mengambil dan menghantar anak muridku

yang sukar untuk datang ke kelas tambahan.

Walaupun ayah dan ibu murid-murid ini mempunyai

kenderaan sendiri, bagi aku ianya bukanlah suatu

masalah bagi aku. Kekadang bila tiba di rumah

mereka, ayah dan ibu ada di rumah, sedang

berbual dengan jiran-jiran. Terfikir juga dibenakku,

“Tak ke bodoh aku ini, ayah dia ada, kereta ada,

bukannya tidak boleh hantar atau ambil anak di

sekolah, aku pula yang macam menyibuk terlebih-

33
Satu Perjuangan

lebih”. Sungguhpun begitu, aku dengan pantas

membuang pemikiran itu. Aku fikir, biarlah, yang

penting anak murid aku hendak datang ke kelas.

Sebab itulah aku

kerap sampai ke

rumah jam 6.00

petang, walaupun

kelas tambahan

berakhir pada jam 5.00 petang. Aku tidak kisah

balik lewat, asalkan ia setimpal dengan kejayaan

yang dicapai.

Tuan Haji Abu Bakar pula, sentiasa menyokong

perjuanganku. Beliau sentiasa memberikan aku

kata-kata perangsang, kerap datang melawat ke

kelas tambahan yang aku adakan, dan turut kerap

menjenguk Kem Matematik yang dijalankan.

34
Satu Perjuangan

Sokongan moral daripada Tuan Haji Abu Bakar

memberikan aku lebih semangat dan keyakinan

untuk mencipta kejayaan.

Sungguhpun demikian, dalam kelas itu, aku

mempunyai 4 orang murid asli. Masalah utama

murid ini adalah kehadiran kelas biasa dan kelas

tambahan. Namun dari sudut minat terhadap

matematik, mereka amat berminat. Masalahnya

mereka terpaksa bekerja pada hujung minggu,

membantu keluarga mencari rezeki. Namun begitu,

pada minggu-minggu akhir peperiksaan, 3 orang

murid asli ini kerap tidak hadir ke kelas. Pada waktu

itu, kerisauan aku amat tinggi. Berdasarkan

pemerhatian yang aku lakukan ke atas murid-murid

lemah ini, sekiranya mereka tidak hadir sehari ke

sekolah, maka mereka akan hilang 10% ilmu yang

35
Satu Perjuangan

telah diajar. Mereka mudah lupa. Sebab itu aku

sering memberi penekanan kepada para ibu bapa

dan penjaga, sebulan sebelum peperiksaan,

pastikan kehadiran anak-anak ke sekolah dan ke

kelas tambahan, adalah penuh dan tiada gangguan,

melainkan di atas sebab-sebab yang rasional

sahaja.

Dua minggu sebelum peperiksaan, aku sudah mula

boleh membaca keputusan yang bakal diperolehi.

Namun begitu, ketidakhadiran 3 orang murid asli itu

tadi, amat merisaukan aku. Diringkaskan cerita,

apabila keluar keputusan rasmi UPSR, matematik

mencapai 83%, kurang 2% daripada sasaran. Rasa

sedikit kecewa ada, namun aku harus berfikiran

positif.

36
Satu Perjuangan

Tahun ketiga aku mengajar tahun 6, aku sekali lagi

membuat perancangan strategik untuk matematik.

Perancangan ini lebih berfokus, terperinci dan

modul-modul baru dibangunkan.

Jika pada tahun

kedua aku

membangunkan

Modul Cemerlang

Matematik, pada

tahun ketiga, aku membangunkan “Modul Gila

Matematik” dan “Modul Kreatif Matematik”.

Ramai yang bertanya kenapa diberi nama Modul

Gila Matematik. Jawapan aku mudah sahaja,

pertama ianya “berbunyi agak ringan”, bermaksud

apabila murid-murid lemah ini mendengarnya, maka

tidak dirasakan modul ini sesuatu yang berat.

37
Satu Perjuangan

Keduanya, nama ia agak unik, dan aku yakin ianya

boleh merangsang minat murid untuk mendalami

dan mengetahui, apakah bentuk dan soalan-soalan

yang ada di dalam modul ini sebenarnya.

Ketiganya, dari sudut psikologi, aku menyakini

melalui nama modul ini, jika selalu disebut-sebut,

ianya boleh membangkitkan semangat dan rasa

cinta matematik di kalangan murid-murid.

Semua modul ini dijalankan secara mengikut fasa

dan kategori murid. Akhirnya, dengan perancangan

yang terperinci ini, aku menyakini bahawa akan

berlaku suatu lonjakan dalam keputusan matematik

UPSR di Sekolah Kebangsaan Lepar. Niat aku

adalah untuk membuat rekod, menjadikan

keputusan tahun itu sebagai keputusan yang

terbaik dalam sejarah Sekolah Kebangsaan Lepar

38
Satu Perjuangan

ditubuhkan, walaupun aku baru mempunyai

pengalaman mengajar selama tiga tahun di tahun 6.

Aku juga mempunyai

keyakinan bahawa

untuk menarik minat

murid-murid yang

lemah dalam

matematik, terlebih dahulu murid-murid perlu

mempunyai minat dan rasa kasih pada guru yang

mengajar. Itulah yang aku laksanakan di Sekolah

Kebangsaan Lepar.

Apabila kita mengajar dengan jiwa yang ikhlas,

yang penuh dengan rasa kasih dan sayang, penuh

rasa hormat, maka gelombang itu akan sampai dan

menyentuh jiwa murid. Akhirnya murid-murid akan

memberikan respon yang positif. Sebab itulah

39
Satu Perjuangan

berlaku murid-murid lemah ini yang mencadangkan

agar diadakan kelas tambahan yang lebih kerap,

diadakan Kem Kecemerlangan Matematik yang

lebih kerap, dan murid-murid juga sanggup untuk

mengeluarkan duit belanja sendiri bagi tujuan murni

tersebut.

Akhirnya, dua bulan sebelum peperiksaan, aku

sudah nampak ada sinar harapan di sana. Suatu

keputusan yang luar biasa boleh dicapai dengan

usaha yang luar biasa ini. Aku mula memendam

harapan yang tinggi. Namun sebagaimana tahun

sebelumnya, berlaku juga masalah di saat-saat

akhir ini. Seorang murid aku yang namanya

berdaftar di Sekolah Kebangsaan Lepar, telah

bertukar sekolah. Ini suatu masalah yang besar

bagi diriku, namun tiada apa yang mampu aku buat.

40
Satu Perjuangan

Aku hanya kerap memberikan pesanan sms agar

murid berkenaan terus komited dengan modul-

modul yang aku bekalkan. Sasaran aku pada tahun

itu adalah 95%, dan mungkin mencapai sasaran

100%.

Sungguhpun demikian, sebaik mana kita

merancang, Dia juga ada perancangan-Nya. Malah

Dialah Yang Maha

Merancang. Apabila

diumumkan keputusan,

alhamdulillah, syukur

teramat pada Yang Maha

Kuasa, walaupun sasaran

tidak dicapai, namun seperti tahun yang

sebelumnya, pencapaian sebenar tidak jauh dari

sasaran, iaitu 93.33%. Keputusan ini adalah

41
Satu Perjuangan

keputusan yang terbaik bagi Sekolah Kebangsaan

Lepar dalam tempoh 5 tahun ke belakang. Lebih

manisnya pada kali ini, ada beberapa orang murid

kelas aku yang mendapat keputusan lebih daripada

jangkaan.

Terdapat 4 orang murid yang mendapat B dan

seorang murid mendapat A. Akhirnya, slogan yang

aku dendangkan, bahawa, kita sama sahaja

dengan kelas pertama, menjadi kenyataan. Jika

murid kelas pertama boleh dapat A dan B,

mengapa kita tidak. Terasa terubat jiwa dengan

keputusan yang sebegini. Akhirnya, aku

mempunyai keyakinan yang lebih tinggi. Aku yakin

dengan komitmen dan perancangan yang hebat ini,

tidak mustahil pada tahun ke empat aku mengajar

tahun 6 kelas yang kedua, aku akan terus mencipta

42
Satu Perjuangan

rekod. Peratus pencapaian bukan lagi matlamat

utama, sebaliknya kualiti pencapaian menjadi

sasaran utama. Aku yakin untuk murid-murid ini

mencapai A dan B, diminimakan bilangan yang

mendapat C, bukanlah sesuatu yang mustahil. Oleh

itu, modul-modul yang ada perlu diperkemaskan di

samping membangunkan lagi modul-modul baru.

Tahun 2011 adalah tahun yang paling mencabar

bagi diriku. Aku mengejar kuantiti dan juga kualiti.

Aku mempunyai keyakinan untuk mengatasi rekod

UPSR tahun 2010. Aku yakin keputusan luar biasa

mampu untuk dilakukan sekali lagi.

Sungguhpun demikian, dua bulan sebelum UPSR,

sekali lagi aku diberi ujian oleh Allah. Isteriku sakit

untuk kali keduanya. Kali ini doktor berkata

43
Satu Perjuangan

kepadaku, “Jika isteri kamu tidak dibedah, maka dia

berkemungkinan besar akan lumpuh.” Tersentak

mendengar kata doktor itu. Isteriku mengalami

masalah tulang belakang yang kritikal. Akhirnya,

aku dan isteriku mengambil keputusan untuk

menjalani pembedahan tulang belakang. Banyak

duit terpaksa dihabiskan bagi tujuan tersebut

kerana isteriku menjalani pembedahan itu di

hospital swasta, memandangkan urusan di hospital

kerajaan memerlukan masa yang lama, iaitu perlu

menunggu giliran.

Pembedahan kali pertama boleh dikatakan gagal.

Doktor terpaksa menjalankan pembedahan kali

kedua. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan

selamat. Namun begitu, isteriku diberi cuti sakit

selama tiga bulan. Proses penyembuhan berjalan

44
Satu Perjuangan

dengan amat perlahan. Pada waktu itu, aku berkata

pada isteriku, “Murid abang dua bulan lagi nak

periksa. Abang terpaksa bahagi dua otak abang,

sebelah kanan abang kena fikir pasal kesihatan

sayang, sebelah kiri abang kena berfikir tentang

murid abang.” Sebagaimana biasa, isteriku amat

memahami kata-kata aku itu.

Sepanjang bulan Ramadan, aku bangun seawal

jam 4.30 pagi. Aku perlu siapkan urusan dan

keperluan isteriku, menyediakan makanan dan

sebagainya. Pada waktu itu, isteriku masih tidak

boleh berjalan. Untuk ke bilik air, perlu dipimpin

oleh aku. Namun begitu, apabila aku berkata

padanya “Abang ada kelas hari ini, macam biasa la,

sampai jam 5.00 petang. Selepas tu abang kena

hantar anak murid pulang ke rumah. Jadi, abang

45
Satu Perjuangan

sampai di rumah dalam jam 5.30 petang. Takpe ke

sayang?” Isteriku menjawab “Takpelah bang, abang

letak aje telefon kat sebelah. Kalau ada apa-apa,

Azie telefon la abang.” Begitulah keadaan isteriku

sepanjang bulan yang mulia itu.

Ada rakan-rakan yang berkata padaku “Rizal zalim.

Kenapa biarkan isteri begitu, tak perlu la buat kelas,

beri keutamaan pada isteri.” Aku membalas

“InsyaAllah kak, saya dah didik isteri saya sebaik

mungkin. Saya tanamkan dalam diri dia, setiap

kebaikan yang dia buat, Allah akan balas. Moga-

moga dengan itu, isteri saya segera sembuh.”

Oleh kerana keadaan isteri aku yang masih tidak

dapat bergerak sendiri pada masa itu, maka Kem

Kecemerlangan Matematik yang aku rancang

46
Satu Perjuangan

terpaksa dibatalkan. Sememangnya aku agak risau

bukan sahaja dengan keadaan isteriku, malah

keputusan UPSR yang bakal diperolehi. Semasa

buku ini ditulis juga, isteriku masih belum sembuh

sepenuhnya. Aku sentiasa memohon pada Allah,

agar aku diberi kekuatan dan murid-murid aku

diberikan kejayaan.

Alhamdulillah, apabila keluar keputusan

peperiksaan UPSR tahun 2011, sekali lagi rekod

tercipta di Sekolah Kebangsaan Lepar. Murid kelas

kedua aku, seramai 2 orang murid berjaya

mendapat A dalam Matematik. Seramai 2 orang

murid lagi mendapat B. Walaupun sasaran aku

ialah sekurang-kurangnya 6 orang murid mendapat

A dan 4 orang murid mendapat B. Sedikit kecewa

ada, namun peratus kelulusan terus meningkat

47
Satu Perjuangan

kepada 96%. Apa-pun, aku amat bersyukur kerana

segala cabaran yang ada, mampu aku lalui dengan

bantuan-Nya, dan yang jauh lebih penting, sekali

lagi aku berjaya buktikan pada diriku, aku boleh

lakukan sesuatu dengan lebih baik, lebih daripada

apa yang aku fikirkan!

48
Satu Perjuangan

Master Pengurusan Perniagaan (MBA)

Bagi menambahkan lagi ilmu di dada, aku

merancang untuk sambung belajar dalam peringkat

Sarjana atau Master. Aku memujuk isteriku untuk

turut bersama menyambung pengajian. Pada

peringkat awalnya, isteriku terasa keberatan,

kerana kariernya sebagai pegawai di Jabatan Hal

Ehwal Pelajar agak sibuk. Namun aku memberikan

keyakinan bahawa kita boleh buat jika

perancangannya betul. Akhirnya isteriku bersetuju.

Pada peringkat awal, aku bercadang untuk

sambung pengajian di dalam bidang matematik.

Aku membuat sedikit “kerja rumah”, dengan

menghubungi universiti yang menawarkan bidang

pengajian Master Matematik. Aku menghubungi

49
Satu Perjuangan

Fakulti Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia,

Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu

dan Universiti Islam Antarabangsa.

Setelah memilih universiti yang dirasakan sesuai,

aku mula menyediakan dokumentasi bagi tujuan

permohonan. Malangnya, di saat-saat akhir, aku

dapati aku tidak layak untuk memohon bidang

berkenaan. Rupa-rupanya, untuk memilih kursus

pada peringkat master, kursus berkenaan perlulah

selari dengan kursus semasa peringkat ijazah. Aku

merasa tidak berpuas hati. Aku pergi menemui

seorang pensyarah di Universiti Malaysia

Terengganu, Profesor Abu namanya. Aku

menyatakan kepada Profesor Abu, bahawa aku

memiliki Diploma Pendidikan Matematik, dan telah

mengajar matematik selama beberapa tahun. Aku

50
Satu Perjuangan

meminta sokongan daripada Profesor Abu. Profesor

Abu berkata, “Rizal, permohonan kamu ini akan

disemak oleh Senat universiti. Bukan saya yang

menentukan. Pengalaman saya sebelum ini, senat

akan menolak apa-apa permohonan pengajian

sarjana jika ianya tidak berkait dengan ijazah

sarjana.” Jawapan Profesor Abu itu sungguh

mengecewakan aku. Namun aku masih bertekad,

untuk tetap sambung pengajian. Oleh sebab itulah,

aku dan isteriku akhirnya menyambung pengajian

dalam jurusan Pengurusan Perniagaan

memandangkan ijazah sarjana muda kami adalah

dalam bidang Perakaunan. Oleh kerana yuran

pengajian master amat tinggi, iaitu sebanyak RM 19

800 seorang, aku dan isteriku menggunakan

sepenuhnya wang simpanan yang ada di samping

51
Satu Perjuangan

terpaksa “mengikat perut” dan berbelanja dengan

berhemah.

Masih segar dalam ingatan aku, kelas master aku

terdiri daripada 40 orang lebih pelajar. Hanya aku

sahaja yang bergelar guru. Rakan-rakan lain adalah

jurutera, pegawai universiti, pegawai-pegawai bank,

pensyarah kolej, pegawai tadbir dan diplomatik,

pengurus-pengurus kilang, ahli perniagaan dan

sebagainya. Rasa rendah diri dan dipandang

rendah memang ada. Hari pertama kuliah juga, aku

telah ditertawakan oleh rakan-rakan lain, lantaran

pandangan yang aku lontarkan semasa di dalam

kelas. Namun begitu, aku bertekad untuk menjadi

yang terbaik, walaupun aku cikgu sekolah rendah.

Aku mesti bersaing dengan rakan-rakan lain, yang

jauh lebih tinggi jawatan dan gajinya. “Kita mesti

52
Satu Perjuangan

mendapat sekurang-kurang CGPA 3.50. Abang

yakin kita boleh buat dengan usaha yang gigih”,

kata-kata aku pada isteriku.

Tahun 2009, aku menamatkan pengajian Master

Pengurusan Perniagaan

dari Universiti Utara

Malaysia. Keputusan

yang diharapkan,

menjadi kenyataan.

Syukur pada Allah yang

memberikan aku dan

isteriku kejayaan itu.

Selepas menamatkan pengajian itu, aku memohon

untuk mengajar di Pusat Matrikulasi dan Maktab

Perguruan. Segala permohonan itu perlu melalui

Guru Besar sebagai Ketua Jabatan. Setiap kali aku

53
Satu Perjuangan

membuat apa-apa permohonan kepada Tuan Haji

Abu Bakar, akan beliau ajukan aku satu soalan.

“Dah siap isi semua dah borang ini?” Bila aku

menjawab, “Sudah cikgu”, beliau membalas,

“Senangla begitu tugas Guru Besar, bagi komen

ajelah.” Pernah sekali ketika aku hendak

menghantar borang permohonan pensyarah

maktab, aku tertinggal satu dokumen.

Selepas menelefon Tuan Haji Abu Bakar, waktu itu

hujung minggu, iaitu malam Sabtu, beliau terus

menyuruh aku datang ke sekolah. Beliau turut

menelefon Pembantu Tadbir, Encik Amin untuk

datang ke sekolah dan menyediakan dokumen

tersebut, walaupun keadaan pada masa itu hujan

yang sangat lebat. Begitulah Tuan Haji Abu Bakar.

Segala perkara yang dirasakan sukar, akan menjadi

54
Satu Perjuangan

amat mudah apabila berurusan dengan beliau.

Sungguhpun begitu, permohonan aku untuk

mengajar di Pusat Matrikulasi dan Maktab

Perguruan, akhirnya tidak berjaya memandangkan

gred aku adalah DG 41, sedangkan peluang itu

lebih diberikan kepada guru-guru yang sudah

berada pada gred gaji DG 44.

Akhirnya pada Mei 2010, Tuan Haji Abu Bakar

menamatkan perjuangannya

dalam dunia akademik.

Beliau bersara daripada

seorang Guru Besar dan

majlis besar-besaran

meraikan persaraan beliau telah diadakan oleh

semua guru di Sekolah Kebangsaan Lepar. Oleh

kerana sikap beliau yang banyak memudahkan

55
Satu Perjuangan

sesuatu perkara untuk dilaksanakan, sentiasa

prihatin bukan sahaja dengan masalah kerja guru,

malah beliau juga mengambil berat masalah

peribadi guru seperti masalah keluarga dan

sebagainya, maka aku menobatkan Tuan Haji Abu

Bakar sebagai “Bapa Berhati Mulia”.

56
Satu Perjuangan

Guru Cemerlang Matematik

Semasa di bawah pentadbiran Tuan Haji Abu Bakar

juga, aku membuat permohonan Guru Cemerlang.

Permohonan kali

pertama tiada

jawapan daripada

Jemaah Nazir dan

Jaminan Kualiti.

Namun begitu, aku

sama sekali tidak berputus asa. Aku membuat

permohonan untuk kali kedua. Suatu hari, seorang

pegawai Jemaah Nazir menelefonku, meminta aku

membuat persediaan untuk dipantau. Setahu aku,

dulunya mana-mana guru yang membuat

permohonan Guru Cemerlang, ada yang dipantau

oleh Guru Besar atau Pengetua. Aku juga

57
Satu Perjuangan

dimaklumkan ada juga yang dipantau oleh Pegawai

JPN atau Pegawai PPD. Aku pula akan dipantau

oleh Pegawai Jemaah Nazir itu sendiri.

Sungguhpun begitu, aku tidak merasa apa-apa

tekanan. Bagi aku, ini adalah satu ujian buat diriku.

Aku telah melakukan yang terbaik, sama ada

berjaya atau gagal, itu bukan suatu yang perlu

untuk difikirkan. Jika gagal, aku rasa berpuashati

dan bertuah, kerana dapat pengalaman bagaimana

dipantau oleh nazir.

Aku seterusnya menetapkan hari untuk dipantau

oleh nazir berkenaan. Hari Khamis adalah hari

pilihanku. Namun begitu, Jemaah Nazir datang ke

sekolah awal sehari daripada yang dijanjikan.

Alasannya ialah, dia tersilap hari. Namun begitu,

aku telah bersedia dari awal. Aku dipantau hampir

58
Satu Perjuangan

selama 4 jam. Bukan aku sahaja yang dipantau,

malah rakan sejawat iaitu Cikgu Saadah dan Cikgu

Siti juga ditemubual oleh Jemaah Nazir. Terima

kasih tak terhingga aku

ucapkan kepada rakan

sejawat, kerana dengan

jasa mereka ini turut

menyumbang kepada

kejayaan aku. Tiada apa

yang dapat aku balas, tetapi insyaAllah, segala

bakti yang aku taburkan sebagai Guru Cemerlang

juga, pahala dan berkatnya akan turut mengiringi

mereka. Begitu juga kepada Tuan Haji Abu Bakar

yang menyokong penuh permohonan aku ini.

Sungguhpun demikian, bergelar Guru Cemerlang

bukanlah sesuatu yang aku hendak banggakan.

59
Satu Perjuangan

Selalu aku berkata kepada isteriku, “Abang bukan

mengejar wang, nama atau pangkat, tetapi

abang mengejar kepuasan diri. Abang berasa

amat puas setelah berusaha, akhirnya berjaya.

Abang berjaya buktikan pada diri abang, abah,

emak dan adik-adik, bahawa abang boleh buat.

Kepuasan yang tidak mampu dibeli oleh wang.

Abang tidak rasa abang hebat. Bagi abang,

sesiapa sahaja yang mengajar dengan jiwa

layak diberi anugerah Guru Cemerlang.”

60
Satu Perjuangan

Penutup

Pepatah berkata “Disebalik kejayaan seorang

suami, berdirinya seorang isteri.” Begitulah dengan

diriku. Segala kejayaan yang aku kecapi bermula

semenjak di zaman maktab lagi, bukanlah kejayaan

aku seorang. Ianya juga adalah berkat doa

daripada ayah, ibu dan juga isteriku. Mereka juga

sentiasa memberikan aku semangat dan keyakinan

untuk menjadi yang terbaik.

Kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Lepar,

iaitu guru-guru, pihak pentadbiran dan para pekerja,

terima kasih atas komitmen dan sumbangan yang

61
Satu Perjuangan

diberikan. Juga kepada PIBG Sekolah Kebangsaan

Lepar, ladang-ladang di sekitarnya, para ibu bapa

yang memberikan kerjasama yang mantap, yang

menghulurkan bantuan kewangan dalam

menjayakan Kem Kecemerlangan Matematik,

terima kasih yang tidak terkira diucapkan.

InsyaAllah, sebagai seorang yang telah mengikat

ikrar dan janji setia sebagai guru, akan aku

teruskan perjuangan ini. Walau apa-pun ranjau dan

halangan yang ada, akan ditempuhi dengan penuh

semangat. Prinsip aku mudah sahaja, “Jika murid-

murid berjaya, ianya adalah kerana murid-murid

dan ibu bapa dan penjaga adalah hebat. Namun

jika murid-murid gagal, puncanya ialah aku

yang mengajar.”

62
Satu Perjuangan

Semoga dengan itu, aku akan mendapat balasan

yang setimpal di akhirat kelak, kerana bukan dunia

yang aku cari, namun ilmu yang dicurahkan, doa-

doa dan pahala-pahala yang bakal dikirimkan oleh

anak-anak murid ini sahaja yang amat diharapkan.

Sekian dan salam perjuangan buat semua warga

pendidik.

63
Satu Perjuangan

Statistik
Pencapaian Matematik di Sekolah
Kebangsaan Lepar

96.6%
93.3%
100
83%
90 79%

80
70
60
50
40
30
20
10
0
2008 2009 2010 2011

64
Satu Perjuangan

Penulisan Ilmiah

1. Perkaitan Masalah di Tempat Kerja Dalam


Sektor Perguruan (2008)

2. Analisa Perancangan Sumber Manusia


Dalam Sektor Perguruan (2008)

3. Isu Latihan Dalam Sektor Perguruan (2008)

4. Analisa Beban Kerja Guru (2008)

5. Perkaitan Antara Pengurusan dan


Pentadbiran Sekolah Dengan Peratus
Pencapaian Literasi dan Numerasi Dalam
Daerah Pekan (2010)

65
Satu Perjuangan

Penerbitan

1. Modul Rahsia Cemerlang Matematik UPSR


(2009)

2. Modul Gila Matematik (2010)

3. Modul Kreatif Dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Matematik (2010)

4. Buku Simply Sifir Jilid 1 (2011)

5. Buku Simply Sifir Jilid 2 (2011)

6. Satu Perjuangan (2011)

66
Satu Perjuangan

67
Satu Perjuangan

68

Anda mungkin juga menyukai